THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, August 29, 2009

PESTA IBADAH DI KELANTAN

Oleh DINSMAN

Ramadan sebagai 'pesta ibadah'? Memang mengejutkan. Pertama kali mendengarnya disebut oleh seorang kawan di Kota Bharu, memang saya pun terkejut dengan istilah 'pesta' itu. Kami berbincang mengenai 'Ihya' Ramadan'. Bukan mengenai maksudnya tetapi mengenai program-program yang dibuat oleh kerajaan negeri di Kelantan, bagi menghidupkan bulan yang mulia dengan janji seribu rahmat dari Allah itu.

Dalam perbincangan itulah kawan saya menyebut bahawa Ramadhan di Kelantan, dengan pelbagai program Ihya' Ramadannya, menjadi umpama suatu 'pesta ibadah'.

Pesta ibadah? Ibadah pun boleh jadi pesta? "Umpama," katanya.
Kenapa umpama pesta? "Kerana meriahnya," jawabnya pula.

Meriah? Macam manalah meriahnya tu? Kalau suasana membeli-belah di bazar-bazar Ramadan untuk berbuka puasa, itu memanglah meriah. Tetapi itu bukannya pesta ibadah. Itu 'pesta makan'. Sesuatu yang tidak seharusnya menjadi kebanggaan kita untuk bulan Ramadan. Jadi, apakah yang dimaksudkan 'meriahnya ibadah' di bulan Ramadan itu?

"Pertama," kata kawan saya itu, "masjid-masjid dan surau-surau menjadi pusat tumpuan orang ramai. Baik di bandar mahupun di kampung. Selepas berbuka dan sebelum azan isya' berkumandang, mata kita akan sejuk melihat manusia lelaki perempuan, orang tua dan juga kanak-kanak, berduyun-duyun menuju ke masjid dan surau. Ada yang berjalan kaki, ada yang berbasikal, bermotosikal, dan ada yang berkereta. Suasananya memang menyentuh sanubari."

"Dan suasana yang hampir sama begitu," katanya lagi, "boleh kita lihat dan rasai juga pada waktu malam menjelang subuh. Di banyak tempat. Terutama selepas pertengahan Ramadan. Mereka berkumpul di masjid untuk qiyamullail dan solat subuh. Sungguh syahdu."

Ya, betul, saya pun pernah menunaikan solat subuh di beberapa masjid di Kota Bharu, Pasir Puteh dan Tanah Merah dalam bulan Ramadan tahun-tahun yang lalu, memang kehadiran jemaahnya luar biasa ramai. Hampir seperti solat Jumaat.

Hari ketiga Ramadan tahun ini saya dan Qosim berjemaah subuh di Masjid Muhammadi (KB). Waktu kami tiba, masjid masih kosong. Tetapi ketika bangun untuk solat fardu subuh dan menoleh melihat ke belakang, Qosim terkejut kerana orang sudah penuh hingga ke saf belakang.

Selesai solat dia masih kehairanan memikirkan bagaimana hal itu boleh terjadi di Kelantan. Maka saya pun berkata: "Inilah hasil kegigihan dan kesungguhan Tok Guru mendidik dan mentarbiyah rakyat. Dia tak serupa dengan Perdana Menteri atau Menteri Besar lain.

"Orang lain mengutamakan urusan ekonomi dan pembangunan material, Tok Guru Nik Aziz lebih mengutamakan tugas dan tanggungjawab membetulkan akidah dan pemikiran manusia, terutama rakyat negerinya."

Berbalik kepada cerita 'pesta ibadah' kawan saya tadi. "Di Kelantan," katanya, "bila menyambut Ramadan, semua orang akan sentiasa berlumba-lumba untuk membuat ibadah. Semua orang akan berlumba-lumba bersedekah, berlumba-lumba nak menyumbang untuk juadah berbuka puasa, berlumba-lumba menjamu anak yatim, berzakat dan sebagainya."

"Di tempat lain," jelasnya lagi, "orang mungkin berasa seronok tibanya Ramadan kerana ia menandakan tak lama lagi akan tiba pula hari raya.

Tetapi di Kelantan tak begitu. Di Kelantan orang berasa gembira dan tak sabar-sabar menyambut Ramadan kerana Ramadan membolehkan kita berasa seronok membuat ibadah, berasa teruja untuk buat kebaikan, berasa gembira bila dapat bersedekah, dan rasa tak sabar-sabar untuk ke masjid berjemaah, tak kira zuhur, asar, maghrib, isya' mahupun subuh."

Ini benar-benar satu dimensi baru dalam ibadah, kata Qosim. Ramadan bukan lagi bulan puasa seperti yang kita faham selama ini. Ramadan ialah bulan 'pesta ibadah'.

Seperkara lagi, yang turut memeriahkan Ihya' Ramadan di Kelantan ialah tadarus al-Quran. Bukan tadarus sekadar membaca al-Quran beramai-ramai, tetapi membaca al-Quran dan memahami makna dan maksudnya.

Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama Islam pada setiap tahun menetapkan satu surah atau sejumlah ayat al-Quran pilihan, untuk dijadikan Ayat Tadarus rasmi bagi negeri Kelantan. Sebuah buku Tadarus yang mengandungi ayat Quran tersebut berserta tafsirnya, akan dicetak dalam jumlah yang banyak, untuk diberikan percuma kepada seluruh rakyat yang berkenaan.

Bayangkan setiap tahun kerajaan negeri mencetak sebanyak 50,000 naskah buku tersebut, yang tebalnya sekitar 40 halaman. Dan buku itu digunakan di seluruh ceruk negeri, di bandar dan di desa, oleh semua golongan masyarakat.

Mereka sedikit pun tidak menyebutnya sebagai kempen membaca. Tetapi sebenarnya itulah, mereka membuat kempen membaca yang cukup berkesan, tanpa perlu mengheboh-hebohkannya.

"Hasrat Tok Guru hendak melihat setiap rakyatnya menghidupkan Ramadan dalam erti yang sebenarnya. Dia hendak melihat rakyatnya sentiasa mengkaji ayat-ayat cinta daripada Tuhan Sekalian Alam, yang kadang-kadang kita alpa dan lalai.

"Biasanya ayat-ayat yang dipilih adalah berdasarkan suasana semasa, supaya rakyat terus kembali kepada Allah dalam apa jua keadaan." Demikian kawan saya di Kota Bharu itu menjelaskan.

SUMBER DARI http://www.detikdaily.net/v5/

KELAINAN RAMADHAN DI KELANTAN

Oleh LANJUSOH

SEKALI tengok macam di Padang Arafah. Ada khemah tempat orang beribadat. Ada pula alat penghawa dingin. Cuma apa yang membezakan di sini ada sebuah khemah besar boleh menampung 2,000 jemaah.Di Padang Arafah terdapat banyak khemah kecil. Di situlah bermula ibadat haji dengan bermalam di Mina. Ganjaran beribadat di Makkah tidak sama dengan tempat lain. Misalnya, ibadat umrah pada bulan Ramadan sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud, "Satu umrah pada bulan Ramadan ganjarannya menyamai satu haji." (riwayat Bukhari dan Muslim)

Maka mengambil kira kelebihan itulah, kerajaan Kelantan menjadikan Ramadan setiap tahun sebagai 'ibadat tourism'. Tahun lepas diisytiharkan Tahun Melawat Kelantan 2008. Suatu kelebihan yang tidak ada di tempat lain, apabila ada khemah khas disediakan sebagai tempat solat sunat tarawih.

Bermula pada awal 1990-an, apabila Jalan Tok Hakim yang ditutup kepada lalu lintas dan dijadikan Dataran MPKB. Di situlah didirikan khemah-khemah kecil yang dihimpunkan menjadi besar. Di bawahnya dipasang playwood dan di bahagian atas dihampar tikar. Di bahagian depan tempat imam dipasang dinding kayu.

Kedudukan dataran tersebut bersebelahan dengan stesen bas SKMK dan pasar malam Parit Dalam, dan tidak jauh dari Pasar Raya The Store. Disebabkan kedudukan yang strategik, khemah solat tarawih sentiasa menjadi tumpuan ramai. Lebih-lebih orang ramai yang menunggu bas ekspress ke destinasi luar Kelantan. Tidak kurang juga si bapa yang menunggu isteri membeli belah di pasar raya, mengambil peluang solat tarawih di situ.

Keistimewaan lain selepas selesai dua salam pertama tarawih, ada ustaz akan memberi tazkirah. Imam solat dijemput khas dari kalangan hafiz. Setiap malam khemah solat tarawih itu penuh sesak dengan kehadiran ramai jemaah. Tempat solat tarawih itu terus kekal di situ setiap kali tiba Ramadan. Bagaimanapun disebabkan pertambahan bilangan jemaah, lokasi sedia ada tidak sesuai lagi.

Ekoran itu, pada 2006, lokasi tarawih dipindahkan ke perkarangan Stadium Sultan Mohammad Ke-IV. Reka bentuk khemahnya hampir sama dengan di Dataran MPKB. Namun selepas Perbadanan Stadium menaiktaraf kawasan berkenaan, Dataran Warisan pula diwujudkan di situ. Ada pentas khas yang disediakan dan ruang kosong dipercantikkan dengan pemasangan bata berwarna. Lokasi itu turut diadakan pelbagai aktiviti pada bulan lain termasuk sambutan Hari Peladang peringkat negeri.

Dan sejak dua tahun lepas khemah lebih besar yang lengkap dengan alat penghawa dingin disediakan. Lokasi solat tarawih itu kini dikenali sebagai Qaryah Ramadan. Khemah tersebut ternyata memberi keselesaan kepada jemaah. Ketika hujan makmum tidak perlu lagi bimbang, tidak lagi basah seperti Ramadan sebelum ini.

Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Masyarakat, Jabatan Pembangunan Islam, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI), Ustaz Rafei Hassan berkata, kelainan Qaryah Ramadan anjuran MPKB BRI kerana sendat dengan program agama sejak Asar sehingga solat Subuh. Katanya, pada sebelah petang tiga kali seminggu diadakan program khusus untuk golongan remaja termasuk persembahan nasyid, kuiz, interaktif audien dan menjemput tetamu undangan. "Program itu dikenali sebagai ambang Ifthor dikendalikan kumpulan Nasyid Advice, Elham, dan interaksi Nisa' yang bermula jam 5.45 petang," katanya, di sini.

MPKB BRI juga menyediakan 500 bungkus nasi bagi mereka yang tidak berkesempatan berbuka di rumah. Beberapa pihak menaja jamuan berbuka puasa termasuk Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, MSO Sdn Bhd, De Carpet. Selain itu Qaryah Ramadan juga menganjurkan program kebajikan bagi membantu penduduk miskin, anak yatim dan ibu tunggal. Dua program baru yang disusun khas tahun ini iaitu forum kemerdekaan pada 30 Ogos ini dan bicara ilmiah oleh pakar geologi, Dr Arif Kosmo, 7 September depan.

Solat tarawih tahun ini diimamkan Sheikh Ahmad Rejeb Yassin Saad dari Mesir. Ramadan ini merupakan kali kedua beliau didatangkan ke Kota Bharu. Beliau pernah menjadi imam tarawih di England, Afrika Selatan dan Hawai. Beliau turut dibantu Ustaz Said Hawa Al-Hafiz bekas pelajar Maahad Tahfiz Pulai Chondong. Setiap kali selepas dua salam solat tarawih, para makmum berpeluang mendengar kupasan ayat-ayat yang dibaca imam oleh pengkuliah jemputan. Selepas solat tarawih kira-kira jam 10.15 malam, Sheikh Ahmed akan mengalunkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dengan berlagu.

Orang ramai juga berpeluang untuk membetulkan tajwid dengan qari tersebut. Kemudian mulai jam 12 pagi pula diadakan relay qiraatul Quran yang membabitkan kumpulan pelajar hafiz. Mereka akan bergilir-gilir memperdengarkan bacaan. Kemudian pada jam 4 pagi qiamulai diadakan dengan diimamkan Sheikh Ahmed. Pada jam 5 pagi makanan untuk bersahur disediakan percuma. "Selepas solat Subuh diadakan kuliah oleh ustaz jemputan," kata Rafei.

Mengambil kira begitu sendat program Ihya' Ramadan di Kelantan maka tidak hairanlah ramai pelancong Ramadan datang ke sini untuk menjalani ibadat puasa. Biar pun tidak berpeluang beribadat di Makkah, namun di Kota Bharu ada kelainan yang mereka dapat. "Tidak kurang 10 pelancong ibadat dari luar Kelantan datang ke sini setiap tahun. Tahun ini ada yang datang dari Perak, Selangor dan Kuala Lumpur di mana mereka tinggal dua hingga tiga minggu di sini. "Tahun lepas pelancong ibadat dari Melaka dan Johor menjadikan Qaryah Ramadan sebagai lokasi tumpuan mereka," katanya.

Selain itu, di Masjid Muhammadi Kota Bharu juga ada program khusus ihya' Ramadan. Tadarus di situ diadakan selepas solat Asar. Setiap petang kelihatan ramai yang datang berbuka puasa secara percuma yang disediakan. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) juga mengadakan program tadarus di peringkat jajahan membabitkan ketua-ketua jajahan. Tahun ini petikan surah an-Nahl ayat 120 hingga 128 dijadikan panduan bagi program tadarus al-Quran. Ramadan tahun ini merupakan kali ke-17 program tadarus diadakan di Kelantan. Ketua Pengelola Unit Dakwah Halaqat, Jaheaik, Ustaz Abdullah Abdul Razak berkata, surah tersebut dipilih memandangkan minat orang bukan Melayu mengenali Islam semakin meningkat sekarang.

Dalam pada itu, Badan Perhubungan PAS Kelantan juga mengadakan takzirah khas setiap hari selepas solat Zohor di Dewan Zulkifli Mohamad. Tadarus peringkat kawasan juga diatur. Manakala kebanyakan masjid jajahan dan mukim mengadakan tazkirah Ramadan selepas solat Jumaat.

Inilah fenomena yang sering dilihat di Kelantan setiap kali menjelma Ramadan. Kelainan itu sesungguhnya tidak terdapat di tempat lain.

SUMBER DARI http://www.detikdaily.net/v5/

KEPALA LEMBU SATU PROVOKASI DAN HASUTAN

Perarakan anjuran Jawatankuasa Bertindak Membantah Pembinaan Kuil di Seksyen 23, Shah Alam telah disertai beberapa NGO dari luar yang tidak dikenali. Perkara ini telah disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa tersebut, Mahyuddin Manaf. Beliau juga menegaskan bahawa protes tersebut tidak berniat untuk mencetuskan ketegangan kaum tetapi sebaliknya untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengannya. Pihaknya juga tidak dapat memastikan pihak yang membawa kepala lembu yang masih berdarah ke dalam perhimpunan itu.

Pakatan Rakyat Selangor mendakwa perarakan 'kepala lembu' yang masih segar berdarah semalam adalah usaha terbaru 'pelampau Umno' untuk menjatuhkan kerajaan negeri itu.

Banyak pihak berpendapat bahawa apa yang dilakukan dalam perhimpunan ini bukan sahaja provokasi bagi menghina masyarakat India beragama Hindu tetapi telah juga melampaui undang-undang negara. Disamping itu, mereka juga dengan jelas membelakangi agama Islam. Rasulullah s.a.w tidak pernah menyuruh ummatnya berbuat demikian atas nama Islam.

Pada ketika kejadian, pihak polis juga didapati enggan bertindak terhadap perhimpunan itu kerana mereka percaya perhimpunan dan perarakan itu didalangi oleh Umno. Bagaimanapun pagi tadi, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Noor Azam Jamaluddin memohon maaf kerana tidak mengambil tindakan pantas sewaktu berlakunya protes dan perarakan. Perkara ini dimaklumkan kepada beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dalam satu pertemuan dengannya. Alasan yang diberikan adalah pegawai yang bertugas di tempat kejadian adalah seorang pegawai junior.

Bagaimanapun kita percaya, pihak polis Malaysia sesungguhnya cekap dalam menjalankan siasatannya dan yakin dapat mencari dan menghukum orang-orang yang bersalah. Terdapat banyak gambar-gambar kejadian tersebut yang boleh dijadikan bahan bukti. Orang yang melakukan jenayah dalam isu ini, bukan sahaja orang yang mambawa kepala lembu tersebut tetapi juga orang yang mengheret, menendang dan lain-lain perlakuan yang bersifat menghasut dan membuat provokasi perlu dihukum. Polis seharusnya bertindak pantas bagi menyelesaikan isu ini supaya tidak berlarutan dan disensasikan.

DEMO KUIL DI SEKSYEN 23

Pemindahan kuil Sri Maha Mariaman dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 di Shah Alam telah mendapat bantahan dari penduduk setempat walaupun beberapa perbincangan dengan pihak kerajaan negeri telah diadakan. Satu perarakan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Bertindak Pembantahan Pembinaan Kuil Seksyen 23 telah diadakan selepas solat Jumaat lepas. Perarakan penduduk ini telah dilakukan dari Masjid Negeri menuju ke Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah. Pengerusinya, Ahmad Mahayuddin Manaf berkata, "tindakan Khalid dan Kerajaan Negeri yang selama ini mengabaikan hak dan kepentingan orang Islam mendorong penduduk mengadakan bantahan bagi memperjuangkan hak mereka."

Penggunaan kepala lembu (masih berdarah) dalam demonstrasi yang diadakan telah mengundang kontroversi dan mendapat ulusan dari pelbagai pihak termasuk Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Najib membuat tanggapan bahawa penggunaan kepala lembu itu sebagai simbolik kepada tindakan Khalid, Rodziah dan Kerajaan Negeri yang dianggap seperti 'dicucuk hidung' apabila meluluskan pembinaan kuil di kawasan perumahan majoriti penduduk beragama Islam.

Umumnya penganut Hindu menganggap lembu sebagai binatang suci dan diharamkan untuk memakannya. Bagi penganut agama Hindu terdapat roh-roh suci menempati tubuh lembu. Kepercayaan mereka mesti dihormati seperti kita mahukan mereka menghormati agama kita.

Saya percaya Islam melarang kita bermusuhan dengan penganut agama lain. Surah Al An’am 108, Allah berfirman, “Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan." Islam sendiri membawa kepada prinsip berbaik-baik sesama manusia. Banyak lagi ayat-ayat dalam Al-Quran dan sunnah menggariskan amalan mendorong manusia berbuat baik sesama manusia.

Berbagai alasan dan persepsi dijelaskan berhubung 'lembu' ini tetapi saya beranggapan 'orang Melayu' di Shah Alam yang menggunakan kepala lembu itu seharusnya sensitif kerana isu yang dibangkitkan adalah berkaitan dengan rumah ibadat iaitu kuil yang secara spesifik berhubung dengan sesuatu kepercayaan. Ianya berbeza dengan persoalan lain walaupun ada kaitan dengan lembu. Saya percaya tindakan ini bukanlah tindakan yang diterima oleh agama kita. Islam menggalakkan kita menghormati kepercayaan orang lain. Janganlah isu kuil ini menyebabkan keamanan yang dikecapi hilang.

PRK KOTA SIPUTEH

Oleh Sofi Wahab

Mengapa begitu lama masa diambil SPR untuk menentukan kedudukan kerusi DUN Kota Seputeh sedangkan ianya sudah jelas kosong sebagaimana pemberitahuan dari Speaker DUN Kedah, Datuk Abdul Isa Ismail. Kelewatan SPR membuat pengumuman tentang kedudukan DUN tersebut menimbulkan pelbagai reaksi dan spekulasi.

Apa yang ditakutkan SPR sehingga mengambil masa yang begitu lama?
Ada udang di sebalik mee ke?

Pengerusi SPR sila jawab persoalan yang ditimbulkan oleh rakyat berhubung isu ini dengan segera. Apakah SPR mengambil kira perkara di bawah ini?

Mendapat lampu hijau dari BN.
Memberikan masa untuk BN bersedia.
Melakukan pelbagaikan persediaan untuk kepentingan BN????

Semuanya bermain di kepala rakyat.

SUMBER DARI http://www.detikdaily.net/v5/

SARANAN NAJIB YANG LUCU

Oleh Salmiyyah Harun

KUALA LUMPUR:Perdebatan berhubung hukuman sebatan terhadap model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno timbul apabila peruntukan di dalam Kanun Acara Jenayah yang dikuatkuasakan di Mahkamah Sivil dijadikan kayu pengukur dalam menilai pelaksanaan undang-undang janayah Islam. Sedangkan adalah jelas dengan berdasarkan semangat dari Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan, apa jua keputusan dan perjalanan prosiding di Mahkamah Syariah adalah tidak tertakluk kepada mahkamah sivil.

Pengamal Undang-undang Abdullah Abdul Karim berkata, hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Yang Arif Dato’ Haji Abd Rahman Yunos pada 20hb Julai 2009 yang lalu adalah satu hukuman yang sah yang berdasarkan kepada peruntukan undang-undang yang masih berkuatkuasa iaitu Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan dibaca bersama Seksyen 4 Enakmen Pantadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (pindaan 1987) yang memperuntukkan bahawa bagi sesiapa yang didapati bersalah meminum minuman yang memabukkan boleh dijatuhkan hukuman denda tidak lebih RM5,000.00 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam kali sebatan.

Katanya, mana-mana pihak yang menyatakan hukuman itu kejam, tidak berperikemanusiaan atau mendikskriminasikan wanita seperti yang dibayangkan oleh Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil agar mencadangkan Kerajaan Pahang yang dikuasai Barisan Nasional meminda atau memansuhkan peruntukan tersebut di Dewan Undangan Negeri Pahang. "Selagi peruntukan berkaitan dengan kesalahan meminum arak tersebut dan hukumannya tidak dipinda atau dimansuhkan oleh Dewan Undangan Negeri Pahang, maka peruntukan di dalam enakmen tersebut adalah kekal menjadi undang-undang yang sah yang boleh dikuatkuasakan," tegas Abdullah yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang.

Abdullah berkata, berdasarkan kepada peruntukan terperinci di dalam Seksyen 125 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Pahang 2002, jelas menunjukkan hukuman sebat yang dilaksanakan di Mahkamah Syariah adalah berbeza dengan hukuman sebat di Mahkamah Sivil.

Kebimbangan pihak-pihak tertentu kononnya hukuman sebat itu adalah zalim serta tidak berperikemanusiaan, katanya tuduhan itu tidak berasas sama sekali. Cara perlaksanaan (mode of execution) hukuman tersebut telah diperincikan dengan jelas sekali di dalam Seksyen 125 (2) dan (3) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Pahang 2002 yang antara lain memperuntukkan bahawa:

1. Alat sebatan yang digunakan hendaklah diperbuat dari rotan atau ranting kecil pokok yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.
2. Kalau pesalah itu hamil, hukuman itu hendaklah dilaksanakan selepas 2 bulan dia melahirkan anaknya.
3. Pesalah hendaklah diperiksa tahap kesihatannya oleh Pegawai Kesihatan Kerajaan sebelum hukuman tersebut boleh dijalankan.
4. Hukuman sebat itu hendaklah dengan kehadiran Pegawai Perubatan Kerajaan.
5. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
6. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
7. Sebatan hendaklah dijalankan dengan kekuatan sederhana iaitu tukang sebat itu tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah.
8. Jika semasa perlaksanaan hukuman sebat itu Pegawai Perubatan Kerajaan memperakui bahawa pesalah itu tidak lagi dapat menerima sebatan, sebatan itu hendaklah ditangguhkan sehingga Pegawai Perubatan Kerajaan itu memperakukan bahawa pesalah itu sihat tubuh badannya untuk menjalani baki sebatan yang tinggal.
9. Selepas mengenakan satu sebatan, tukang sebat hendaklah mengangkat alat sebatan itu ke atas dan tidak menariknya.
10. Semasa disebat, pesalah hendaklah memakai pakaian menurut Hukum Syarak.

Bahkan, jelasnya, peruntukan Seksyen 125 jauh lebih mendalam dan terperinci berbanding dengan peruntukan berkaitan dengan cara perlaksanaan hukuman sebat yang terdapat di dalam Kanun Acara Jenayah. Justeru, beliau berpendapat, segala kritikan dan kecaman yang dihamburkan kepada Mahkamah Syariah Kuantan dan juga Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bersabit dengan isu Kartika ini adalah lahir daripada sikap prejudis dan buruk sangka terhadap apa jua perkara yang berkait dengan perlaksanaan hukum Islam. Sedangkan katanya, hukuman yang dijatuhkan ke atas Kartika bukanlah hukuman yang menurut hukum Islam sebenar yang berkait dengan minum arak sebagaimana yang diperuntukkan di dalam hukum hudud. "Sikap prejudis dan buruk sangka ini telah lama tertanam di dalam minda mereka yang anti kepada perlaksanaan hukum Islam ke atas umat Islam di negara ini dan pelbagai alasan dikemukakan bagi menggambarkan betapa zalim dan buruknya hukuman yang dibuat atas nama Islam," katanya.

Saranan Perdana Menteri supaya Kartika membuat rayuan, katanya ianya saranan yang melucukan dan 'ill advised'.

"Bagaimana Perdana Menteri boleh memberikan saranan sedemikian sedangkan Kartika sendiri memilih untuk tidak memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah di atas hukuman yang dijatuhkan ke atasnya. Jika beliau sendiri memutuskan untuk tidak merayu, maka kenapa Perdana Menteri pula yang sibuk-sibuk?" tambah Abdullah.

Oleh itu, Abdullah menggesa Mahkamah Syariah dan Hakim-Hakim Syarie supaya menjalankan tugas dengan adil dan amanah serta tidak tunduk kepada ‘serangan psikologi’ oleh pihak-pihak yang memang sentiasa bersikap prejudis terhadap hukum Islam dengan memberikan pelbagai gambaran negatif.

Katanya, dalam masa yang sama, usaha dakwah bagi memberi penerangan berkaitan dengan hukum Islam terus dijalankan bagi mendidik masyarakat dan menghapuskan sebarang kesangsian serta pandangan buruk mereka terhadap undang-undang Islam.

SUMBER DARI http://www.detikdaily.net/v5/

Friday, August 28, 2009

USTAZ ISMAIL KAMUS

Terdapat SMS yang menyatakan bahawa Ustaz Ismail Kamus telah meninggal dunia. Cepat betul SMS tersebut tersebar. Ternyata SMS itu cuma khabar angin dan tak betul sama sekali. Berdasarkan satu sumber, menurut adiknya Mohamad Kamus, Ustaz Ismail Kamus berada dalam keadaan sihat waalafiat dan sedang mengerjakan umrah di Mekah.

Thursday, August 27, 2009

BEBERAPA KENYATAAN MENGHINA ISLAM

Dalam akhbar HARAKAH bertarikh 30 Syaaban – 2 Ramadhan 1430/21 – 23 Ogos 2009, saya tertarik dengan dua fakta yang ditulis oleh Mohamed Hanipa Maidin dalam artikel beliau bertajuk “Sejak bila Umno tidak hina Islam.” Ia berbunyi seperti berikut:


i) Ucapan Dato’ Rais Yatim di Hotel Equatorial, Bangi semasa merasmikan seminar Inter Faith Commission (IFC) antara lain menyatakan (dalam bahasa Inggeris) yang terjemahannya:


(Dalam masyarakat majmuk) tiada orang yang boleh mendakwa bahawa agamanya adalah agama terbaik dengan mengenepikan agama-agama lain kerana dengan mengatakan demikian akan memusnahkan prinsip persamaan (agama) dan prinsip kemanusiaan.


Ucapan Rais Yatim ini telah diterbitkan di dalam Infoline Majlis Peguam.


ii) Dato’ Nazri Aziz pernah secara terang-terang di satu forum anjuran Majlis Peguam berkata Umno terpaksa menggunakan Islam kerana jika parti itu tidak berbuat demikian ia akan hilang undi kepada PAS.


Buat Rais Yatim dan orang-orang yang berfikiran seperti beliau, saya ingin bertanyakan begini. Dimana nak diletakkan pengesahan Allah S.W.T tentang taraf ugama islam melalui Ayat yang bermaksud:


Sesungguhnya Deen (agama) yang diredhai Allah hanyalah Islam? Inna deen na in dallah hil Islam? (Sebahagian Ayat 19: Surah Ali’Imran).”


Inikah caranya seorang pemimpin Islam membuat kenyataan? Dengan kata-kata seperti ini, syahadah kita yang bermaksud “tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah” akan menjadi satu lafaz kosong. Ia bo;eh menukarkan “Asyhadu” ; langsung tidak berfungsi. Sepatutnya secara pengertiannya yang bergerak, dia(Asyhadu itu) memberi erti bahawa kita yakin sampai sanggup menjadi saksi. Perihal seriusnya kalimat syahadah ini sampai ia tidak boleh diwakili kepada orang lain untuk dilafaz.


Ucapan dan pegangan pemimpin Umno yang sebeginilah sebenarnya yang perlu direnung oleh seluruh umat Islam. Inilah salah satu puncanya sehingga saya berani membuat penegasan bahawa Umno ini membawa Islam dari benih kacukan. Islam dari jenis palsu dan plastik. Memang tepat sungguh sikap PAS yang telah menolak sebulat suara teori Kerajaan Perpaduan.


Jika samalah kedudukan rakyat yang ada agama seperti Islam, Kristian, Hindu dan Buddha maka apa pula halnya dengan mereka yang berfaham Atheis yang langsung tak beragama? Apa pula kedudukan golongan komunis yang menolak agama dalam kerangka pemikiran Rais? Sama? Tak serupa? Atau serupa tapi tak sama? Yang peliknya, dalam hal semangat Melayu, pemimpin Umno bermati-matian pula mempertahankan ketuanan Melayu. Apakah Rais bermaksud, faham kebangsaan Melayu itu berada di atas dari segala-galanya termasuk Islam itu sendiri? Malu sangatkah untuk iktiraf ketuanan Islam? Tidakkah Islam itu tempatnya di atas dan tiada yang mengatasi ?


Sedarkah kita bahawa jika dilayan logik pemikiran pemimpin bertaraf Menteri di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ini, maka bila semua agama ini serupa tidakkah Hukum Murtad sudah tidak lagi diperlukan? Kubur muslim dan Non- muslim pun sudah menjadi tidak perlu kerana semua orang boleh ditanam bersekali? Mayat muslim pun apakah halal dibakar?


Sedarkah kita bahawa pemikiran jenis ini boleh membawa kita kepada fenomena perkahwinan campur antara muslim/non-muslim yang berleluasa tanpa perlu menukar agama. Ini juga bermakna Mahkamah Syariah tidak diperlukan lagi. Tak timbullah isu sebat Kartika sama ada perlu dibedal atau tidak mengikut peraturan dan syariat Islam. Pendek kata, kenyataan ini sudah tidak syak lagi telah menimbulkan keresahan yang bukan sedikit kepada umat Islam.


Menyentuh tentang kenyataan Dato’ Nazri Aziz pula, yang secara terang-terangan berkata di dalam satu forum anjuran Majlis Peguam bahawa Umno terpaksa menggunakan Islam untuk meraih undi kerana bimbangkan kehilangan sokongan kepada PAS jika tidak berbuat demikian; maka jelas di sini bahawa Umno tidak menjadikan Islam ugama untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kenyataan ini mengesahkan bahawa Islam bukan menjadi landasan perjuangan Umno. Islam itu bukan “a complete way of life”. Sahlah dengan ini, Umno hanya menggunakan Islam untuk tujuan-tujuan upacara dan “ritual” semata-mata. Ugama Islam hanya sekadar untuk cari makan dengan mengekalkan kekuasaan? Jika timbul keperluan, Islam itu boleh diperalatkan. Yang penting ialah hegemoni dan kekuasaan politik.


Jika begitu apa pula fungsi tilawah, perarakan maulidurrasul atau sambutan maal hijrah di sisi Umno yang dianjurkan selama ini? Dalam hubungan ini, jangan salahkan rakyat jika mereka menuduh Umno sebagai parti yang hanya pentingkan kuasa. Segala komitmen terhadap projek-projek agama hanya bertujuan kosmetik, pameran atau bahan perhiasan semata-mata untuk tujuan-tujuan materialistik.


Sebenarnya, inilah yang mendorong saya untuk mengatakan bahawa Umno ini sebuah parti politik sekular yang oportunis. Ia gemar dan selalu menggunakan faham kebangsaan dan Islam bagi mengelirukan orang Melayu. Umno menggunakan kesempatan sistem sekular yang memisah agama dengan kehidupan dan kadang kala mencampur adukkan segala benda itu untuk hidup sepenuhnya dalam tubuh pergerakan Umno. Ini yang menjadikan perjuangan mereka berkecamuk, tidak berhaluan dan tidak berdasar. Dasar Umno ialah “tiada dasar”.


Inilah juga alasannya ; saya mengistilahkan Umno ini sebagai parti yang mengamalkan Islam dari baka kacukan. Inilah juga Islam palsu yang saya telah namakan kepada parti Melayu ini kira-kira dua minggu yang lalu. Saya kata Umno ini beramal atas Islam plastik, dia memfitnah saya pula yang kononnya saya mengatakan mereka mengamalkan Islam Palestin. Inilah susahnya bermain dengan parti yang tidak menjaga agama dan menjadikan dosa pahala sebagai dasar, agenda dan program perjuangan.


Pendek kata sebelum Umno menuduh saya sebagai orang yang kononnya sedangkan mengelirukan umat mengenai Islam maka melalui bukti-bukti ini rakyat sekalian boleh melihat siapa dan parti manakah sebenarnya yang sedang keliru dan tekun mengelirukan rakyat dalam segenap segi. Sambil-sambil beriktikaf di masjid dalam bulan yang semulia ini, eloklah juga kita semua membuat renungan bagaimanakah cara yang sebenar untuk menyelamatkan Islam dan umat Islam dari tipu daya rakan-rakan kita dari Umno ini ?


Sebagai penutup, izinkan saya berundur dengan menumpang doa Nabi Allah Ibrahim a.s. yang berbunyi, “ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).” (Surah Ibrahim : Ayat 41).



NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Bertarikh : 5 Ramadhan 1430 / 26 Ogos 2009.

MUHYIDDIN PECAH TEMBELANG

Oleh Ustaz Idris Ahmad

Kenyataan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kecewa dengan kekalahan teruk Umno di Permatang Pasir memperjelaskan lagi sikap berdolak dalik dan ketidakikhlasan Umno dalam membantu rakyat.

Dalam kenyataan beliau yang dipetik Bernama, Muhyiddin memfitnah penduduk Permatang Pasir sebagai pengundi yang tidak mahukan perubahan dan menolak pembangunan.

Kenyataan berbaur dendam itu diluahkan setelah mengetahui Calon PAS-PAS, Ust. Mohd Salleh Man berjaya menewaskan Calon BN-Umno, Rohaizat Othman dengan majoriti 4,551 undi.

Semasa berkempen, Muhyiddin bersama jentera Umno menyatakan bahawa “Permatang Pasir anak Emas Kerajaan BN’. Merata ceramah dan poster-banner menggunakan slogan ini. Slogan yang sama digunakan di Manik Urai.

Namun, penduduk Permatang Pasir lebih cerdik dan membuat pilihan tepat dengan mengekalkan DUN berkenaan dibawah kepimpinan PAS dengan majoriti yang besar.

Setelah gagal dengan Slogan ‘Anak Emas’ kini, Umno memecahkan tembelang sebenar mereka dan menjadikan Permatang pasir sebagai ‘Anak Betong’ pula.

Begitulah tabiat buruk Umno yang tidak pernah Ikhlas untuk berjuang bagi kesenangan rakyat. Bila mahukan undi mereka tabur apa sahaja termasuk duit palsu dan janji palsu. Bila kalah mereka melatah dan memfitnah pengundi dengan bermacam-macam perkataan. Hakikatnya pengundi tolak BN-Umno bukannya tolak pembangunan.

Akhirnya janji pembangunan BN tidak ke mana. Mujurlah Permatang Pauh tidak jatuh pada BN-Umno. Pas mengucapkan terima kasih kepada para pengundi yang memberikan mandat kepada PAS dan seterusnya kepada para petugas yang bertungkus lumus membantu mempertahankan kerusi DUN Permatang Pasir untuk PAS dan rakyat.

SUMBER DARI http://www.detikdaily.net/v5/

Wednesday, August 26, 2009

ANALISIS DARI LIM HONG SIANG - PERMATANG PASIR

Pakatan Rakyat berjaya menyapu bersih semua saluran pengundian di DUN Permatang Pasir semalam, sementara menjauhkan jurang antara PR dengan BN dengan rekod 6-1, dalam pilihan raya kecil sejak Malaysia dilanda tsunami politik pada 8 Mac 2008.

Begitu juga apabila UMNO-BN dihampakan dengan 10 undi sahaja, di saluran pengundian kedua di Kampung Pelet, kawasan yang terdiri daripada 72% pengundi Melayu. PAS-PR memperolehi 185 undi, berbanding UMNO-BN dengan 175 undi.

Antara sembilan daerah mengundi, PAS-PR menang dengan margin majoriti yang paling selesa di Cross Street, dengan menyapu 75% undi. Cross Street terdiri daripada lebih 80% pengundi bukan Melayu. Sebaliknya, di daerah mengundi yang terdiri daripada 93% pengundi Melayu, Kubang Semang, menyaksikan PAS-PR merangkul 74% jumlah undi.

Di daerah mengundi seperti Sama Gagah, Permatang Pauh dan Permatang Tengah, PAS-PR berjaya mencatat nisbah jumlah undi 7:3, berbanding UMNO-BN.

UMNO-BN hanya mampu merapatkan jurang di daerah mengundi seperti Permatang Ara (43% undi), Kampung Pelet (42% undi) dan Bukit Indera Muda (40% undi). Dari struktur kaum pengundi, kawasan tersebut adalah kawasan Melayu majoriti, dengan Permatang Ara 97% pengundi Melayu, Kg.Pelet 72% pengundi Melayu dan Bukit Indera Muda 96% pengundi Melayu.

Pengundi muda tetap memihak PR

Walau bagaimanapun, PR kekal dengan kelebihannya di saluran pengundian ketiga dan keempat, memperlihatkan sokongan pengundi muda terhadap pakatan politik baru ini. Walaupun di kawasan yang majoritinya pengundi Melayu, misalnya di ketiga-tiga daerah pengundian di mana UMNO-BN "berjaya merapatkan jurang", golongan pengundi muda tetap bersama PR. Di Permatang Ara misalnya, UMNO-BN kalah dengan satu undi di saluran pengundian kedua, tetapi kalah dengan 152 undi majoriti (PAS 349: BN 197) di saluran ketiga.

Di daerah mengundi Permatang Tengah misalnya, dengan majoriti 89% pengundi Melayu, jumlah undi di saluran pengundian ketiga, keempat dan kelima menyaksikan bagaimana UMNO-BN tewas dengan 491 undi majoriti, apabila PAS-PR memperolehi 804 undi dan UMNO-BN mendapat 313 undi.

UMNO-BN dijangka tidak berubah

Jelas, kelebihan UMNO-BN hanya pada saluran pengundian pertama dan kedua, iaitu golongan pengundi yang umurnya lebih lanjut, di kawasan pengundi Melayu majoriti. Peningkatan sokongan Melayu mungkin tidak jelas, khususnya di kubu politik Anwar Ibrahim. Tetapi, mungkinkah keputusan ini cukup untuk memberangsangkan pemimpin UMNO?

Pengarah Strategi PKR, Tian Chua meramalkan bahawa UMNO-BN akan terus dengan propagandanya seperti "Anwar pengkhianat", "DAP hina Islam" dan sebagainya, memandangkan peningkatan undi 1% pun mungkin memberi kepuasan kepada UMNO.

"Sememangnya kami (PR) juga bimbang akan kehilangan undi Melayu, tetapi selagi kami mengambil pendekatan yang sederhana, mengekalkan sokongan dari struktur pengundi yang sedia ada, maka UMNO-BN akan musnah dengan sendirinya," jelas Tian Chua kepada MerdekaReview.

Kelas pekerja bersama PR

Ahli Parlimen Batu ini mengingatkan bahawa golongan yang tidak mengundi semalam adalah dari kelas pekerja, yang tidak mempunyai cuti, malah mungkin keberatan untuk balik mengundi kerana tambang kenderaan yang mahal.

Beliau yakin bahawa penurunan peratus pengundian sebanyak 10%, dikenalpasti sebagai pengundi pekerja yang akan mengundi untuk PR. Maka, kemenangan PAS-PR semalam mengukuhkan keyakinan PR bahawa strategi dan pendekatan yang sama wajar diteruskan, untuk berdepan dengan PRU ke-13.

Cuma, bagaimana pula dengan UMNO-BN?

Lim Hong Siang, Merdeka Review

GET-RICH-QUICK SCHEME

(BERNAMA) : TUMPAT, Aug 26 - Eleven investors in a worm rearing project have lodged a police report claiming losses of RM200,000 after the company failed to make monthly payments and dividends.

Mohd Fadil Mustafa, 29, and ten investors lodged the report at Wakaf Bharu police station today claiming that they had been cheated by a worm rearing company in Kadok, Kota Baru. He said they agreed to invest in the worm rearing project last year after the parties involved agreed that monthly dividends would be paid. "According to the agreement, the entrepreneur will return 70 per cent of the total investments after one month," he told reporters here today.

Mohd Fadil also said that based on the agreement, the entrepreneur promised to give second parties 12-16 per cent profit on investments monthly, for 12 months.

SALAH SIAPA?

Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pasir (N.11) telah tamat dan menyaksikan kemenangan calon Pakatan Rakyat dari PAS, Ustaz Mohd Salleh Man dengan mendapat 9,618 undi berbanding 5,067 diperolehi oleh Rohaizat.

Jika ditakdirkan UMNO B-end yang menang, sudah tentu pemimpin-pemimpin UMNO B-end akan mewar-warkan bahawa rakyat Malaysia telah menolak pembangkang dan mahukan pembangunan yang hanya boleh dibawa oleh UMNO B-end. Malangnya, UMNO B-end kalah kesemua 7 PRK yang dijalankan di Semenanjung. Kalimat yang sama telah dihamburkan apabila B-end menang di Batang Ai, Sarawak namun telah diimbangi dengan 2 kekalahan di Semenanjung pada masa yang sama. Jika tidak, sudah pasti pemimpin-pemimpin UMNO dan media arus perdana akan terus berkokok selama sekurang-kurangnya seminggu bagi menunjukkan kejaguhan mereka. Kemenangan dalam 1 PRK bagi UMNO B-end sudah mengambarkan seluruh rakyat Malaysia menolak pembangkang tetapi 7 kekalahan UMNO B-end tidak menjejaskan mereka malah kemerosotan undi yang diperolehi oleh pihak lawan dijadi modal 'kemenangan moral' UMNO B-end. Biarlah UMNO B-end ini menang moral selama-lamanya kerana untuk menang kerusi tidak penting lagi buat mereka.

Seperti biasa perangai orang Melayu UMNO, mereka akan mencari salah orang lain. Lihat sahaja sebaik selepas pengumuman kekalahan mereka, masing-masing menuding jari kepada pihak lain bagi melepaskan kelemahan diri sendiri.

Menurut Rohaizat (calon UMNO B-end), "Saya sedih dengan hakikat bahawa masyarakat Cina di sini gagal menunaikan janji mereka untuk menyokong." Dalam hal ini, dengan penuh kedangkalan, beliau menyalahkan kaum Cina dengan beranggapan bahawa kaum Cina bodoh sebab gagal memahami konsep pembangunan yang cuba dibawa oleh BN kepada rakyat. Beliau tidak sedar bahawa sikap, perangai dan kredibiliti yang rendahnya itu telah menyebabkan kaum Cina menolak beliau. Tahukah Rohaizat bahawa orang Cina merupakan rakyat yang pandai menilai pemimpin dan bukannya kaum yang taksub seperti Melayu UMNO. Dari dulu hingga kini, orang UMNO akan mengundi calon mereka walaupun diletakkan 'seekor monyet'.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga tidak mahu menyalahkan diri sendiri kerana gagal memilih calon yang berwibawa, amanah dan mempunyai keperibadian yang mulia. Muhyiddin meletakkan kesalahan kepada calon yang dipilihnya sendiri. Muhyiddin mengaitkan isu Rohaizat sendiri sebagai faktor kekalahan BN.

Tidak kurang dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri telah menyalahkan rakyat di Permatang Pasir kerana menurut beliau "Penduduk memberi mesej bahawa mereka tidak mahukan perubahan." Di sini mungkin Datuk Seri Dr tidak faham mesej rakyat. Rakyat sememangnya dahagakan perubahan bagi menolak UMNO B-end sepenuhnya dari menjadi pemerintah di Malaysia. Rakyat hendak perubahan dari B-end kepada Pakatan Rakyat (PR).

MUHYIDDIN BERDALIH

By Pak Tam Mat

Bagi sesiapa yang tonton Buletin Utama TV3 tadi tentu perasan bagaimana kecewanya Muhyiddin Yassin yang siang malam bertungkus lumus berkempen di Permatang Pasir, tetapi akhirnya terpaksa mengaku kalah dengan kemenangan besar calon PAS.

Menariknya, dan itulah setiap kali dilakukan TV3 dan media talibarut Umno yang lain, bila mereka kalah, maka dicarilah segala daleh ke atas kekalahan mereka. Muhyiddin sebagai contoh menyalahkan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat, yang mengasak ke kampung-kampung yang ramai penyokong Umno sehingga penyokong Umno itu takut untuk keluar mengundi.

Bagi Muhyiddin, kalau penyokong Umno tidak dihalang daripada keluar mengundi sudah tentu BN dapat menang kali ini. Langsung tak masuk akal! Kalau Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri ada bukti bahawa penyokong PAS menganggu penyokong Umno untuk keluar mengundi, beliau sepatutnya membuat laporan polis pada petang tadi juga.

Kepada Muhyidin mengaku ajalah bahawa Umno-BN masih belum dapat dipulihkan. Rakyat tetap menolak dan mahukan Pakatan Rakyat terus memerintah. Bukankah sejak hari pertama lagi calon Umno sudah buat hal dengan begitu banyak masalah peribadi yang membelitnya? Seolah-olah Umno ketandusan calon berwibawa untuk bertanding dalam pilihan raya yang diakui cukup penting itu.


Satu lagi daleh Umno bila kalah ialah dengan membawa alasan kuno iaitu penyokong Pakatan Rakyat melakukan keganasan atau kekerasan kepada petugas BN. Maka ditunjukkan beberapa orang Pemuda Umno yang kena "belasah" oleh penyokong PAS sehingga berdarah-darah. Dan sewajibnya bekas darah itu akan difokuskan oleh kamera TV.


Penonton sudah muak dengan agenda yang sudah tidak laku ini. Kita belum lupa dengan peristiwa semasa Anwar Ibrahim bertanding di Permatang Pauh dulu. Macam itu jugalah media talibarut memainkan peranan mereka. Ditunjukkan berulang-ulang kali "kesamsengan" penyokong KeADILan tetapi akhirnya kalah lagi teruk juga calon Umno.


Kepada Muhyiddin, cukup-cukuplah bermain politik dengan daleh yang orang sudah naik muak. Mengaku ajalah kelemahan dan perbaikilah. Kalau tidak, Umno bukan saja terus kalah dalam siri pilihan raya kecil (setakat di Semenanjung 7-0), tetapi nasibnya dalam pilihan raya umum akan datang bertambah kritikal lagi.

SUMBER DARI http://www.tranungkite.net/v9/

Tuesday, August 25, 2009

DATUK RAMLI REPORT OVER CDS ACCOUNT

(Bernama) - Former commercial crime director Datuk Ramli Yusuff has lodged a police report and complaint with the Securities Commission that someone might have illegally used his dormant central depository system (CDS) account to trade shares.

Ramli, 58, in his police report lodged on Aug 17 and complaint on Aug 6, stated that he opened a trading account with Kuala Lumpur Securities Sdn Bhd (now known as Alliance Investment Bank Berhad) in 1999.

However, he said he had never traded shares via the account and it remained inactive until July 14 this year, when a remisier testified in the Sessions Court that he (Ramli) owned 154,000 Permaju Industries Berhad shares and used the account to carry out the trading.

Ramli said he was “shocked” with Tan Jo Yei of Kuala Lumpur City Securities Sdn Bhd’s testimony and decided to make the police report since he suspected someone might have used his dormant account to carry out trading without his knowledge.

In the police report, Ramli said he had checked his personal records and found that he had never given any instruction or made any payment for any dealing in the share trading of Permaju Industries Bhd.

Tan, during his testimony on July 14, did not rule out that someone might have used Ramli’s account.

Tan also agreed with counsel Datuk Muhammad Shafee Abdullah that he might have taken instructions from a person who had impersonated Ramli in the sales and purchase of Permaju Industries Berhad shares which were allegedly owned by the suspended senior police officer.

Ramli is charged with failing to declare ownership of 20,000 Telekom Malaysia Berhad shares, 154,000 Permaju Industries Berhad shares and interests in two office properties worth RM1,032,840.

He is alleged to have committed the offences at the office of the Malaysian Anti-Corruption Commission’s (then ACA) deputy public prosecutor in Putrajaya on Sept 17, 2007.

UMNO TERSUNGKUR KALI KE 7

"Angin perubahan" yang dimaksudkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin ketika berkunjung di Permatang Pasir pada hari ini, rupa-rupanya lanjutan daripada tsunami 8 Mac, 2008. Calon UMNO dari Barisan Nasional, Rohaizat Othman ditewaskan oleh calon PAS dari Pakatan Rakyat, Mohd Salleh Man dengan majoriti 4,551 undi. Mohd Salleh Man memperolehi 9,618 undi, sementara Rohaizat Othman mendapat 5,067 undi, selain undi rosak sebanyak 83 undi. Undi majoriti berkurang, selaras dengan penurunan peratusan pengundian kepada 73.1%, berbanding 82.57% pada tahun lalu.

Mengimbas Pilihan Raya Umum ke-12 tahun 2008, bekas ADUN PAS, Allahyarham Hamdan Abdul Rahman berjaya mempertahankan kubu dengan 11,004 undi, memandangkan calon UMNO ketika itu, Ahmad Sahar Shuib hanya memperolehi 5,571 undi. Majoriti yang diraih ialah 5,433 undi, dengan 227 undi rosak.

Kekal rekod tewas di Semenanjung

Keputusan malam ini memperlihatkan BN mengekalkan rekod kekalahannya dalam setiap pilihan raya kecil yang diadakan di Semenanjung Malaysia, selepas PRU ke-12. BN hanya menang di pilihan raya kecil DUN Batang Ai, Sarawak dan tidak bertanding untuk pilihan raya kecil Penanti, Pulau Pinang, 31 Mei 2009.

Sebelum ini, "angin perubahan" lebih kencang apabila pilihan raya kecil kawasan parlimen Permatang Pauh menyaksikan bagaimana UMNO-BN tewas dengan majoriti yang lebih besar. Malah, Kuala Terengganu yang sebelum ini dimiliki UMNO, ditembusi calon PAS dari PR.

Seterusnya, pilihan raya kecil Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau juga menyaksikan kemenangan yang memihak kepada Pakatan Rakyat, dengan majoriti yang lebih besar.

Keadaan menjadi "reda" buat UMNO apabila membuat kejutan di pilihan raya kecil DUN Manek Urai, Kelantan dengan menghakis majoriti calon PAS, sehingga PAS hanya menang tipis dengan 65 undi majoriti di kubu sendiri. Walaupun UMNO-BN dilihat cuba mengekalkan, malah memacu momentum selepas "kekalahan tipis" tersebut, namun hasrat BN akhirnya tidak tercapai.

Lim Hong Siang merdekareview

PAS MENANG KERUSI, UMNO MENANG MORAL

PAS telah memenangi kerusi DUN Permatang Pasir (N.11) dengan majoriti besar tetapi majoriti undi yang diperolehinya telah merosot berbanding keputusan yang dicapai parti itu pada pilihan raya umum (PRU) ke 12, Mac 2008 yang lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan, calon Pakatan Rakyat (PAS) Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, manakala calon BN Rohaizat Othman hanya memperolehi 5,067 undi. Majoriti yang diperolehi oleh Mohd Salleh Man 4,551 adalah lebih rendah dari yang telah diperolehi oleh Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman pada PRU lalu dengan mendapat majoriti 5,433 undi.

Dengan ini, UMNO B-end menang moral lagi apabila dapat mengurangkan majoriti sebanyak 882 undi berbanding majoriti yang diperolehi oleh PAS pada PRU lepas.

SPRM berpuashati perjalanan PRK ini walaupun terdapat beberapa kejadian kecil yang tidak diingini berlaku. Sebentar tadi TPM, Muhyiddin telah menyalahkan penyokong Pakatan Rakyat (PR) kerana menimbulkan kekecohan. Muhyiddin sepatutnya membenarkan polis membuat siasatan sebelum menyalahkan sesiapa. Mungkin Muhyiddin tidak tahu tingkah laku buruk hampir 200 orang Pemuda UMNO bermotosikal dari Kubang Semang yang sentiasa membuat provokasi dan membuat kecoh di merata tempat di Permatang Pasir hari ini.

USTAZ SALLEH MAN PEROLEHI LEBIH 7K UNDI

Berdasarkan papan layar besar yang dipasang di hadapan Markaz Induk PAS setakat jam 6.30 petang, Ustaz Mohd Salleh Man telah memperolehi lebih dari 7,ooo undi. Jika ianya betul bermakna Ustaz Salleh telah memenangi pilihan raya kecil Permatang Pasir (N.11) kerana jumlah pengundi yang menunaikan tanggungjawab mengundi hanya 12,000 lebih.

Bagaimanapun, lebih baik kita tunggu keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya nanti.

PENGUNDIAN BERAKHIR

Semua pusat-pusat mengundi bagi pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pasir telah ditutup tepat jam 5.00 petang tadi. Pada jam 5.30 petang tadi SPR melaporkan pengundi yang keluar mengundi adalah seramai 12,832 orang atau 73.21 peratus saja. Angka ini lebih rendah berbanding pengundi yang menunaikan tanggunjawab mereka bagi kawasan ini pada pilihan raya umum ke 12, Mac 2008 lalu.

Sebuah layar besar telah dipasang di hadapan Markaz Induk PAS bagi memberikan maklumat pengiraan undi yang sedang dijalankan. Keputusan yang dipaparkan adalah untuk penyokong-penyokong Pakatan Rakyat mengetahui keputusan terkini undian. Bagaimanapun keputusan tersebut bukan keputusan rasmi dari SPR. Disamping penyokong, kelihatan beberapa orang dari media dan bloggers berada di situ.

Pada ketika ini (6.15 petang) adalah dipercayai Pakatan Rakyat (PAS) sedang mendahului dengan majoriti 1,383 undi.

SUASANA PRK PERMATANG PASIR

Tepat jam 8.00 pagi tadi kesemua tempat mengundi bagi pilihanraya kecil (PRK) Permatang Pasir telah dibuka. Terdapat 8 pusat mengundi bagi kawasan N.11 ini iaitu Sek. Keb. Permatang Pasir, Sek. Keb. Permatang Pauh, Sek. Men. Keb. Sama Gagah, Sek. Jenis Keb. Cina Lay Keow, Sek. Rendah Islam Al-Masriyah, Sek. Keb. Seri Penanti, Sek. Jenis Keb. Cina Kubang Semang, dan Sek. Keb. Bukit Indera Muda. Proses pengundian yang bermula 8.00 pagi tadi akan berakhir pada tepat 5.00 petang ini.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) telah membuang undi di Sek. Keb. Penanti pada jam 8.20 pagi. DSAI telah diiringi oleh isteri beliau yang juga Presiden PKR, Dato' Seri Dr. Wan Azizah.

Di hadapan Sek. Keb. Penanti, terdapat sekumpulan 50 individu bermotosikal berkuasa tinggi mula membuat onar pagi tadi. Kumpulan ini dipercayi penyokong B-end. Mereka berbaju kuning dengan lambang dacing. Pegawai polis yang bertugas di hadapan pusat mengundi cuba menghalang kumpulan tersebut daripada memasuki kawasan pengundian tetapi mereka berdegil dan tidak mahu berganjak. Pada jam 9.45 pagi, trak polis simpanan persekutuan (FRU) sampai di hadapan sekolah untuk mengawal keadaan. Lewat tengahari tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya menganggarkan hampir 50% pengundi telah keluar mengundi.

Terdapat beberapa pegaduhan kecil dilaporkan. Pada 1.00 tengahari tadi beberapa pemuda Umno yang berang dengan tindakan ganas Pemuda Umno Kepala Batas. 2 orang yang dilaporkan cedera adalah Pemuda Umno dari Kepala Batas itu sendiri.

Sehingga jam 3.30 petang, SPR menganggarkan 65% pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka.

Monday, August 24, 2009

PESANAN TGNA KEPADA PENGUNDI PERMATANG PASIR

Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan (mengikhlaskan) ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama dengan lurus.” (Sebahagian dari Ayat 5 : Surah Al Bayyinah)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh

Tuan/Puan bakal-bakal pengundi sekalian,

Alhamdulillah. Menjelang 1 Ramadhan 1430, genaplah 8 warkah rayuan pengundi yang telah saya tulis dan tandatangani. Entah apalah rahsia yang tersimpan dalam lipatan perbendaharaan ilmu Allah yang Maha Luas itu sehingga berlaku 8 pilihan raya kecil sejak Pilihan Raya Umum Ke-12, tiada siapa jua yang mampu menekanya. Apa yang hanya boleh kita baca dari 7 pilihan raya kecil yang telah berlalu, parti yang bertanding dari Pakatan Rakyat (PR) telah menang sebanyak 6 kali berturut-turut. BN cuma menang 1 kali; itupun di Batang Ai,Serawak. Ini realiti dan ini kenyataan.

Pada kali ini Kerusi Permatang Pasir menjemput kita sekali lagi untuk turun ke gelanggang. Walaupun dengan penuh berat, kita terpaksa melepaskan Allahyarham Dato’ Hamdan kita untuk kembali menemuiNya. Bagi kita yang hidup, tuntutan sambungan jihad demi sebuah tanggungjawab wajib diteruskan. Sudah 3 penggal calon kita bersusah payah untuk mengangkat Islam dan sudah 15 tahun rakyat di Permatang Pasir memperbaharui kepercayaan agar PAS terus menerajui kerusi Dewan Undangan di Permatang Pasir ini.

Jika dibaca nilai istiqamah pengundi di sini di masa-masa lalu, ia jelas menunjukkan betapa tingginya iltizam, kenyakinan dan komitmen mereka. Walaupun mereka tentu boleh faham bahawa apalah sangat memberi kemenangan kepada PAS di kerusi ini dari segi memerintah negeri, namun pada saya, majoriti yang diraih Allahyarham pada 8 Mac 2008, melebihi 5,000 undi adalah teramat mahal. Bagi pengundi Islam tanpa mengira bangsa, mereka tentu ingin merakamkan sokongan mereka kepada sebuah gerakan Islam yang membawa perjuangan Islam syamil yang sebenar. Mereka tidak sanggup memangkah parti Umno yang mengamalkan Islam dari klon sekular; agama suku dan politik suku. Mana boleh diasingkan iman dengan Islam dan Islam dengan politik? Islam jenis sekular yang diperjuangkan oleh Umno inilah yang saya namakan sebagai Islam palsu. Sebagaimana adanya wang palsu, rambut palsu atau kad pengenalan palsu; begitu jugalah dengan Islam palsu. Benda palsu; nampak macam sebenar tetapi ia tetap tidak asli. Bagi yang ahli, dia akan tetap tahu membezakan antara bunga hidup dengan bunga plastik. Dengan keadaan tidak tulin itulah timbulnya keraguan. Soalnya bolehkah yang diragu-ragu (syak) itu dibawa untuk mendapatkan anugerah Syurga Allah di akhirat kelak? Saya bercakap dari sudut aqidah dan kaedah. Jika buat begini ia boleh jadi begini. Jika tidak sempurna wudhu’, amalan sembahyang tidak diterima. Jika tolak Islam dari Allah, maka dengan apa nak digantikan? Ini bukan soal saya mendahului Tuhan atau lebih tahu dari Tuhan. Ini soal kaedah. Saya percaya, para pengundi Islam di DUN Permatang Pasir boleh dengan mudah memahami persoalan ini.

Manakala bagi pengundi bukan Islam pula pada umumnya, saya seakan boleh menyelami keresahan yang sedang bergolak di hati saudara saudari sekelian. Di sana ada tuduhan rasuah berjumlah RM10 juta yang katanya melibatkan pemimpin MCA. Di sana juga ada kes kematian misteri seorang anak muda bernama Teoh Beng Hock sewaktu berada di dalam siasatan (custody) SPRM. Di sana juga ada kes kematian Kugan sewaktu berada di dalam tahanan polis. Dengan insiden stadium runtuh dan gelanggang akuatik yang tidak selamat di Terengganu, keretakan yang berlaku di lebuh raya MRR2 serta LDP dan skandal di PKFZ Pelabuhan Klang yang bernilai berbilion ringgit, ramai pemimpin Umno yang kena gantung dan disabitkan kesalahan mengamalkan politik wang termasuklah Ketua Menteri Melaka yang masih ada sekarang, buruknya layanan ke atas rakyat yang berhimpun secara aman untuk mengangkat nota bantahan ISA kepada DYMM Yang Dipertuan Agung, cederanya Sdr. Wong dan Gobalakrishnan di tangan SPRM dan Polis – pengamal undang-undang, para pencinta demokrasi dan pejuang hak asasi tidak mempunyai lain-lain harapan pemulihan untuk negara kita. Apa yang ada hanya satu sahaja iaitu mengekalkan kerusi yang sudah dikuasai oleh PR dan dapatkan sebanyak mungkin kerusi-kerusi tambahan dari Umno/BN jika berlaku lagi pilihan raya kecil. Ini adalah langkah persiapan untuk mengambil alih kerusi, kemudi di Putrajaya tidak lama lagi. Hanya melalui cara ini sahaja Malaysia akan memperkukuhkan sistem dua parti yang boleh menyemak Institusi Kehakiman, pelaksanaan “rule of law” dan perjalanan demokrasi. Melalui laluan baru inilah, Malaysia akan menjalani proses tajdid, transformasi dan reformasinya yang sebenar. InsyaAllah, ini akan berlaku tidak lama lagi.

Melihatkan trend sokongan non-muslim kepada calon Parti Islam SeMalaysia dan PR, khususnya di Parlimen Permatang Pauh yang telah memenangkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan di Parlimen Bukit Gantang yang telah memenangkan Dato’ Seri Nizar Jamaludin baru empat lima bulan yang lalu, saya cukup mempunyai keyakinan. Mari kita sama-sama perbesarkan majoriti kita di DUN N11 ini agar menjadi kekal, tidak kurang dari 5,000 undi, sekurang-kurangnya untuk ujian pada 25 Ogos 2009. Tinggalkan Umno dengan syurga politik wangnya. Mari kita terus istiqamah untuk tetap berada di tengah-tengah gelora kesedaran rakyat demi menafikan Umno/BN yang sudah laih dan kehilangan stamina mulai sekarang.

Jangan tertipu lagi untuk percayakan slogan-slogan baru yang dikitar semula. Dulu Islam Hadhari. Kini One Malaysia pula. Esok entah apa pulalah. Umno ni nak jadi apa, entahlah. Nak kata udang pun tidak. Ikan pun bukan. Ingatlah pesan pepatah Melayu: Jika sudah kepalanya ular, mustahil ekornya belut.

Akhir kata, gunakanlah kesempatan membuang undi pada kali ini dengan penuh cermat. Walaupun kita berpuasa dan kemungkinan kita boleh jadi letih tetapi tidakkah Peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadhan itu pernah membawa kemenangan yang besar? Tiada perbuatan yang lebih mulia pada hari mengundi di bulan Ramadhan pada kali ini melainkan memangkah parti yang boleh membela maaruf dan kebaikan; sekaligus menolak kemungkaran, rasuah, kezaliman dan ketidak adilan. Undilah Sdr. Saleh bin Man. Undilah PAS dan PR demi keadilan Islam.

Ya Allah, saksikanlah. Hamba sesungguhnya sudah menyampaikan.



NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS
Merangkap Menteri Besar Kelantan

Tanggal: 1 Ramadhan 1430 / 22 Ogos 2009.

TUJUH MITOS DAN TUJUH PENIPUAN

Mitos ialah naratif yang dibuat bertujuan untuk memesongkan hakikat.

Contoh mitos : Raja dikatakan jelmaan tuhan. Ini adalah mitos bertujuan untuk membodohkan kaum tani agar mereka memberikan tanaman mereka pada satu kumpulan manusia yang malas bekerja. Mitos ini berpanjangan dan ditokok tambah lepas satu-satu lagi ditambah. Hakikatnya mitos raja dari muntah lembu atau raja jelmaan tuhan bertujuan untuk menipu. Walhal antara raja dengan sesiapa sahaja tidak ada bezanya. Yang melahirkan perbezaan hanyalah mitos.

Contoh mitos : Pokok itu berhantu. Pokok itu wujud dan dapat dilihat dan dibuktikan. Tetapi hantu itu tidak wujud. Mitos hantu diwujudkan untuk menakut-nakut. Apabila kita takut maka kita akan mencari perlindungan. Peranan untuk melindungi kita dari hantu ialah bomoh dan dukun. Akhirnya kita tunduk pada kuasa bomoh dan dukun.

Mitos diwujudkan untuk tujuan baik dan tujuan jahat. Jangan pergi di dalam gua ini kerana ada hantu - adalah nasihat yang bersalurkan penakutan. Nasihat ini baik kerana cuba menjaga keselamatan. Ianya juga tidak baik kerana asasnya satu pembohongan.

Hari ini mitos masih cuba di wujudkan – tetapi agak susah. Dengan kemajuan ilmu tidak ramai yang akan mempercayai mitos-mitos baru yang hendak direka. Mitos seperti angkasawan Neil Armstrong turun ke bulan terdengar suara azan. Atau mitos Bruce Lee mati kerana bersilat dengan Dicky Zulkarnain – semua ini cuba disebarkan untuk menjadi bahan lawak jenaka.

Tujuan asal mitos ialah untuk membodohkan dalam masa yang sama menakut-nakutkan orang ramai. Kalau Raja Jepun berasal Tuhan maka diharapkan rakyat Jepun akan tunduk – walhal kalau Raja Jepun ini makan petai – kencing dia tetap haring. Kalau Prince Charles tercirit baunya tetap busuk.

Lawan mitos ialah fakta. Fakta dapat dibuktikan melalui pengkajian. Ilmu pengetahuan manusia datang dari fakta dan pemikiran manusia. Semua ilmu dalam dunia ini berpunca dari tiga sumber. Pertama : Pengumpulan pengalamnan. Kedua: Kaji selidik. Ketiga : Ujian dalam bilik makmal.

Mitos ini akan pecah jika kita berfikir secara rasional. Kajian ilmiah akan dapat membuktikan sama ada ianya mitos atau fakta. Jika sesuatu masih dalam kajian dan belum dapat dibuktikan betul atau salah maka ianya masih di tahap teori. Satu ketika dahulu Letupan Besar/ Big bang hanya satu teori – hari ini telah diterima sebagai fakta. Teori menjadi fakta apabila kajian dapat dibuktikan teori ini.

Ilmu pengetahuan adalah pengumpulan pengalaman manusia dari satu zaman ke satu zaman. Buruk atau baik pengalaman ini akan menjadi panduan. Panduan ini adalah ilmu pengetahuan. Ada ilmu pengetahuan yang turun dari mulut ke mulut. Ada yang dibukukan.

Dalam negara kita ada beberapa mitos yang disebarkan. Pada ketika mitos ini disebarkan ramai warga negara kita belum bersekolah. Maka mitos ini di terima bulat-bulat. Penyebaran mitos ini memang bertujuan untuk membodohkan kita semua. Tetapi dengan adanya internet kita dapat memecahkan mitos-mitos ini melaui pengkajian berdasarkan fakta-fakta.


MITOS PERTAMA:


Hari Malaysia pada 31 Ogos. BOHONG. Sabah , Sarawak, Singapura dan Pesekutuan Tanah Melayu menjadi Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Singapura meninggalkan Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tidak percaya sila tanya orang Sabah dan Sarawak.

MITOS KE DUA :

Merdeka dimulakan oleh United Malays National Organisation. BOHONG. Parti yang awal memperjuangan dan melaungkan slogan MERDEKA ialah Kesatuan Melayu Muda di tubuh pada 1938. United Malays National Organisation belum wujud lagi. Apabila wujud slogan United Malays National Organisation ialah HIDUP MELAYU dan bukan MERDEKA !

MITOS KE TIGA :

Kemerdekaan didapati tanpa tumpah darah. BOHONG. Parti Komunis Malaya, Angkatan Pemuda Insap, Angkatan Wanita Sedar, Hisbul Musliman, Peta, Malayan Democtaric Union, KMM dan ribuan warga telah bangun mengangkat senjata – pada mulanya melawan Jepun – kemudian melawan British. Tanpa angkat senjata British tidak akan undur.

MITOS KE EMPAT :

Lagu Negaraku dikatakan lagu kebangsaan kita. BOHONG. Lagi ini bukan ciptaan warga Tanah Melayu. Peciptanya orang Peranchis bernama Pierre Jean de Beranger (1780-1857). Nama asal ialah Memula Moon. Bertukar menjadi Terang Bulan. Di zaman Konfrontasi - Radio Republik Indonesia memainkan lagu ini untuk mengejek Tunku yang dianggap budak suruhan British. Dari Terang Bulan menjadi Negara-ku.

MITOS KE LIMA :

Bendera Jalur Gemilang – namanya baru 5 tahun. Ini adalah tiruan bulat-bulat dari bendera Amerika Syarikat yang bernama Star Spangled – Banner. Tidak ada motif Nusantara/Melayu – warna merah dan puteh – seperti bendera Singapura dan Indonesia.

MITOS KE ENAM :


Wujud perpaduan Melayu. BOHONG. Tidak ada perpaduan Melayu. Tidak pernah terjadi perpadun Melayu semenjak konsep Melayu itu wujud. Tidak mungkin adanya perpaduan Melayu seperti mustahilnya lahir perpaduan China, perpaduan Arab, perpaduan Itali , perpaduan India.

Mitos perpaduan Melayu bergerak dengan menakut-nakutkan orang Melayu dari di’telan’ oleh China dan India. Apabila Melayu jadi takut maka akan datang pembantu. Seperti mitos pokok ada hantu. Orang kampong takut pada hantu lalu memanggil bomoh untuk menghalau hantu. Ini cara klasik mitos bergerak. Takut-takut orang ramai. Apabila orang ramai takut maka mereka akan mencari perlindungan. Maka muncul United Malays National Organisation menjadi perlindung walhal yang menimbulkan kerena gerombolan ini.

MITOS KE TUJUH:

Malaysia negara unik. BOHONG. Mitos ini disebarkan untuk membodohkan rakyat negara ini yang malas membaca dan hanya suka mendengar. Mitos ini bertujun untuk menunjukkan hanya gerombolan United Malays National Organisation sahaja yang dapat memerintah kerana Malaysia unik.

Hakikatnya Malaysia tidak unik – bukan Malaysia sahaja dalam dunia ini yang berbilang kaum, yang berbilang bahasa, pelbagai agama dan budaya. Tidak ada negara yang monolith dalam dunia ini – semua ada kepelbagaian. Setiap negara dalam dunia ini ada kepelbagaian.

TEKNOLOJI PECAHKAN MITOS


Lihatlah betapa teknoloji dan ilmu pengetahuan telah memecahkan mitos-mitos ini. Betapa internet telah membolehkan kita bersama-sama mencari fakta dan menilai dokumen sejarah. Kalau dulu kita tidak tahu asal usul lagu Negaraku – hari ini gambar dan riwayat hidup pembuat lagi ini kita kenali. Kalau dulu ada yang menerima mitos tentang kemedekaan dicapai tanpa tumpah darah. Hari ini mitos ini telah terbarai pecah. Dokument-dokumen sejarah semuanya boleh kita baca melaui internet.

Kemajuan manusia akan terus memecahkan mitos-mitos yang lapuk dan berkarat ini. Teknoloji akan membebaskan manusia dari di perangkap dan di belenggu oleh mitos-mitos. Tanpa mitos manusia akan jadi berani. Insan yang berani bebas adalah insan yang berfikir. Manusia yang berfikir tidak akan tunduk kepada sesipa kecuali fikrahnya yang rasional.

Nota:

Tulisan ini bebas untuk diambil untuk
tujuan memecahkan mitos.


SUMBER DARI http://tukartiub.blogspot.com

BAPA RAFIZAH HILANG???

Kalau semalam, rakan kongsi Rohaizat hilang dan tiba-tiba muncul di Kuala Lumpur dan membuat sidang akhbar menyalahkan Pakatan Rakyat pula, kini bapa Rafizah pula hilang. Kami tidak menolak kemungkinan, selepas ini, bapa Rafizah pula akan membuat pengakuan menafikan apa yang dikatakan sebelum ini. Umno semakin terdesak dan sanggup menggunakan apa saja untuk menang di Permatang Pasir. Dan sebelum En. Mohd. Ali membuat pengakuan yang dipaksa, kita dengar kembali perbualan telefon dengan En. Mohd. Ali sebelum ini dan juga rakaman perbualan dengan ibu saudara Rafizah sendiri yang boleh didengar di blog Nora disini.

Dalam Malaysiakini semalam, bapa Rafizah, En. Mohd. Ali telah memberikan tempoh sehingga malam ini untuk Rohaizat membuat pengakuan. (Baca disini) Tetapi sebaik saja berita tersebut disiarkan, En. Mohd Ali telah dibawa oleh orang-orang yang tidak dikenali ke Kuantan.

BUAT PENGUNDI DI PERMATANG PASIR

Oleh Jebat Sarawak

Mungkin kesempatan beberapa jam sebelum proses pengundian di Permata[permatang-pasir-signpost.jpg]ng Pasir berlangsung diharapkan agar pengundi Permatang Pasir akan dapat menatap DD ni agar apa yang dititipkan di ruangan ini akan mampu dijadikan sebagai panduan dan pedoman untuk mereka melaksanakan tugas mereka sebagai pengundi. Mudah-mudahan mereka akan mampu membuat pilihan yang memberi kebaikan kepada mereka. Dengan peluang sesingkat ini juga saya ingin menitipkan beberapa panduan yang boleh digunakan oleh para pengundi Permatang Pasir untuk menunaikan tanggungjawab mereka.


1. INTERGRITI CALON

Pengundi-pengundi Permatang Pasir adalah diingatkan supaya mereka membuat penilaian yang berani dan tegas dalam menilai intergriti kedua-dua calon yang bertanding ini. Sesungguhnya yang mereka pilih adalah wakil rakyat yang bakal memikul tugas dan tanggungjawab yang akan membawa masalah serta suara mereka ke peringkat kerajaan negeri. Sesungguhnya intergriti calon BN dalam melaksanakan tugas beliau selama ini telah dibuktikan dengan jelas oleh pemimpin-pemimpin PAS. Manakala intergriti calon PAS telah dilihat dan dinilai sendiri oleh pengundi-pengundi Permatang Pasir. Apakah pengundi Permatang Pasir sanggup memperjudikan nasib mereka untuk memilih pemimpin yang sudah jelas mempunyai sejarah hitam menggelapkan wang yang diamanahkan kepadanya. Sesungguhnya bukan mudah untuk mengubah sikap buruk terutamanya yang gilakan pangkat dan wang seseorang itu. Justeru itulah kita lihat begitu ramai sekali wakil rakyat UMNO yang sering menyalahgunakan hak yang diberikan oleh rakyat untuk kepentingan mereka sendiri.

Calon PAS Mohd Salleh Man yang merupakan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang bukanlah seorang yang kekurangan dari segi kelayakan untuk bergelar pemimpin. Peranan dan tanggungjawabnya selama ini yang mendokong perjuangan PAS tanpa rasa jemu membuktikan bahawa beliau mempunyai semangat perjuangan yang sejati. Kesanggupan beliau untuk berkhidmat kepada masyarakat telahpun beliau buktikan kepada masyarakat setempat.

2. KEEGOAN DAN KEANGKUHAN PEMIMPIN UMNO/BN

Seharusnya rakyat telah sedar dan mampu menilai mengenai keegoan dan keangkuhan pemimpin UMNO terhadap rakyat selama ini. Lihatlah bagaimana pemimpin-pemimpin UMNO sengaja memperbodoh-bodohkan pemikiran rakyat dengan segala tindakan mereka. Pemimpin-pemimpin UMNO/BN seolah-olah tidak mahu mengiktiraf kebijaksanaan pemikiran rakyat sebaliknya sentiasa memomokkan rakyat dengan janji-janji kosong tanpa menghormati hak rakyat. Hayatilah tuturkata dan tindak tanduk pemimpin-pemimpin UMNO/BN dalam kempen yang dijalankan selama ini. Lihatlah bagaimana mereka menyalahgunakan kuasa mengeksploitasi agensi-agensi kerajaan untuk kepentingan mereka. Jika mereka mempunyai kuasa maka semuanya boleh digunakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO/BN untuk mengekalkan kuasa mereka. Semasa berkempen pelbagai tindakan yang dilakukan tetapi selepas pilihanraya semuanya menjadi sampah mereka sahaja. Berapa banyak sudah proses pilihanraya untuk kita belajar dan mengenal sikap angkuh UMNO ini.

Selain itu juga keegoaan dan keangkuhan pemimpin UMNO/BN ni juga dengan jelas dapat kita nilai melalui tindakan mereka menindas dan membuli rakyat. Lihatlah bagaimana pemimpin-pemimpin UMNO/BN menjual tanah penduduk Kampung Pala, menyiksa rakyat yang berhimpun secara aman dalam kempen ISA dan PPSMI dan berbagai kes buli dalam tahanan polis. Kes kematian tahanan membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin BN sengaja membuli hak rakyat untuk hidup. Selagi mereka berkuasa selagi itulah hak dan kebebasan rakyat tidak akan terjamin. Cakap lain buat lain. Ingatlah bahawa setiap pemimpin UMNO/BN itu mempunyai keegoan dan keangkuhan mereka kerana mereka berada dalam kelompok parti yang penuh keegoan dan keangkuhan. Lihatlah bagaimana pemimpin UMNO menyekat hak rakyat Kelantan dalam mendapatkan bayaran royalti minyak. Adakah tindakan kerajaan ini adil kepada rakyat? Lihatlah bagaimana pemimpin-pemimpin UMNO menghalalkan RAMPASAN KUASA RAKYAT di Perak? Suara rakyat langsung tidak dihormati oleh pemimpin-pemimpin UMNO. Sebaliknya hanya kuasa mereka yang perlu dituruti oleh rakyat.

3. KEGAGALAN UMNO/BN MEMBELA RAKYAT DAN BANGSA MELAYU DI PULAU PINANG.

Renungkanlah semula detik-detik kekuasaan pemimpin UMNO/BN semasa mereka berkuasa di Pulau Pinang 50 tahun yang lalu. Apakah mereka benar-benar ikhlas membela dan menjaga hak rakyat. Lihatlah bagaimana mereka melayan mangsa-mangsa Tsunami, meningkatkan ekonomi bangsa Melayu di Pulau Pinang. Apakah selayaknya pemimpin-pemimpin UMNO ni layak dikatakan pembela bangsa Melayu sedangkan apa yang diwarisi hari ini adalah kerana pengurusan dan pentadbiran pemimpin UMNO selama ini. Lihatlah bagaimana pemimpin-pemimpin UMNO menghina DSAI menjadi sehina-hina anak bangsa Melayu dan menjatuhkan maruah PAK LAH anak Pulau Pinang sebagai Perdana Menteri. Semua ini adalah tindakan pemimpin UMNO yang menyatakan mereka membela orang Melayu. Yang jelas pemimpin-pemimpin UMNO adalah golongan yang menghina dan merosakkan maruah pemimpin bangsa Melayu. Begitulah bangsatnya pemimpin-pemimpin UMNO ni dalam merebut kuasa mereka. Apakah golongan begini akan dipilih untuk mewakili rakyat Permatang Pasir ?

4. PAS SEBAGAI WADAH PERJUANGAN MELAYU DAN MEMPERTAHANKAN KESUCIAN ISLAM.

Tidak ada bezanya pemimpin Melayu PAS dengan pemimpin Melayu UMNO. Namun kredibiliti dan semangat iltizam pemimpin-pemimpin PAS jauh lebih baik daripada UMNO. Lihatlah peribadi pemimpin-pemimpin PAS yang ada. Lihatlah amalan dan pegangan agama mereka. Perjuangan PAS adalah perjuanagan untuk menegakkan dan mempertahankan kesucian Islam sebagai agama asal orang Melayu. Tidak rugi pengundi Permatang Pasir mengundi calon PAS berbanding UMNO. Jika selama ini selama 15 tahun mereka sanggup mempertahankan PAS kenapa tidak waktu ini. Kini PAS semakin diterima oleh bangsa lain malah mereka mulai menghormati pemimpin-pemimpin dan perjuangan PAS. Ini bererti mengundi PAS bermakna rakyat Permatang Pasir berusaha untuk memartabatkan orang Melayu dan agama Islam itu sendiri. Tidakkah ini menunjukkan kita membuat amal kebajikan dalam hidup kita. Sekurang-kurang orang Melayu yang memilih PAS membuktikan mereka juga mahu memartabatkan PAS sebagai perjuangan Islam yang benar-benar boleh menjaga kebajikan rakyat Permatang Pasir.

Apakah rakyat tidak risau dan takut dengan segala gejala sosial yang tumbuh melata di sekeliling mereka sehingga maksiat itu menimpa batang hidung mereka sendiri. Inilah kesan kepimpinan yang mengabaikan Islam sebagai pegangan hidup. Sesungguhnya Islam menjamin keberkatan dan kesejahteraan hidup kita di dunia dan di akhirat. Jika kita mendukung perjuangan PAS maka kita juga mendukung usaha mencegah dan membanteras segala gejala negatif seperti maksiat, mabuk, judi dan penyakit merbahaya dalam negara kita. Tidakkah ini akan melahirkan kehidupan yang lebih baik daripada apa yang kita dapat sebelum ini. Ingatlah masa depan anak bangsa kita esok hari. Jika kita tidak memperbetulkan keburukan hari ini pastinya anak kita nanti akan mewarisi keburukan yang akan menyiksa dan mensengsarakan hidup mereka.

Kini terpulanglah kepada pengundi Permatang Pasir untuk melaksanakan tugas mereka. Pilihan yang baik sudah ada Cuma kita hanya perlu menggunakan peluang yang ada untuk menentukan pilihan yang baik itu. Segala apa yang dinyatakan di atas adalah sebagai renungan dan ingatan kepada pengundi Permatang Pasir semasa menunaikan tanggungjawab mereka. Doa dan harapan agar pengundi Permatang Pasir mampu membuat pilihan yang terbaik demi kesinambungan perubahan keadaan yang lebih baik. Seandainya peluang itu ada di tangan saya maka pastinya tanpa ragu-ragu saya akan pilih calon PAS untuk dipangkah. Bukan sahaja saya pilih pemimpin yang bersih dan bertanggungjawab tetapi ikhlasnya dari segi agama juga terjamin. Martabat agama Islam juga akan dapat diperkukuhkan demi fisabilillah sebagai seorang Islam.

5 REASONS FOR VOTERS TO REJECT ROHAIZAT

Lim Kit Siang listed five reasons why voters in Permatang Pasir should reject UMNO B-end candidate, Rohaizat Othman.

• Firstly, declare what all Malaysians know but no Umno, MCA, Gerakan, MIC or Barisan Nasional component party Minister or leader dare to say – that Rohaizat is not fit to be candidate for any elective office because of his being struck off the lawyers’ rolls under the Legal Profession Act for breach of trust, dishonesty and unprofessional conduct “unbefitting” a lawyer which “brings the legal profession into disrepute”. The media conference statement by his former law firm partner, Yusri Isahak, in Kuala Lumpur yesterday has done nothing to cleanse his “tainted” reputation or made academic the question: “How can a person not honest enough to be a lawyer be trusted to be a candidate for elective office, let alone to be elected as a State Assemblyman.

• Secondly, demonstrate that public shock and dismay over the mysterious death of Teoh Beng Hock at MACC Headquarters on July 16, 2009 are the response of all Malaysians, regardless of race or religion, as it concerns the value of a human life and public confidence in the efficiency, commitment, independence, integrity and professionalism of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) to declare war on corruption instead of declaring war on Pakatan Rakyat;

• Thirdly, articulate the concerns of all right-thinking Malaysians across the race, religion and political divide for a thorough and comprehensive investigation into the causes and circumstances of the mysterious death of Teoh at the MACC precincts, which can only be done through a Royal Commission of Inquiry and not a mere inquest – and public concerns about Teoh’s death and the MACC have been further underlined by the appearance of a mysterious letter purportedly written by MACC officers containing serious allegations including collusion between a Barisan Nasional leader and a top ranking Selangor MACC officer;

• Fourthly, expose the hypocrisy of the Barisan Nasional by-election theme of “Anak Emas” for Permatang Pasir when the only “Anak Emas” is none other than Rohaisat Othman and to demand fair, just and progressive national policies by the Barisan Nasional Federal Government for all Malaysians, regardless of race, religion or territory, to be treated as “Anak Emas” of the country.

• Fifthly, give true meaning to the 1Malaysia slogan of Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak and the 52nd National Day theme on August 31 by deploring in the strongest possible terms the divisive, irresponsible and dangerous politics of double-speak and lies exploiting the race and religious cards to polarize Malaysians by playing a different tune to different voter ethnic groups – as alleging that Parliamentary Opposition Leader and PKR chief, Datuk Seri Anwar Ibrahim is “a traitor to the Malay race” and that PAS has sold out Islam to DAP for the Malay audience while accusing DAP of being a stooge of PAS among the Chinese electorate.

SUMBER DARI http://blog.limkitsiang.com

Sunday, August 23, 2009

LAGU LAMA YANG SUMBANG

Kepada Seluruh Rakyat Malaysia, khasnya pengundi di Permatang Pasir.

Esok (25 Ogos 2009) merupakan hari mengundi bagi pilihanraya kecil (PRK) di Permatang Pasir. Semalam (jam 11.30 pagi), di Hotel Legend, Kuala Lumpur YB Mohammad Radzhi Salleh mengisytiharkan dirinya keluar parti (PKR) dan menjadi ADUN Bebas. Berita yang mengejutkan ramai ini tidak seharusnya menyebabkan Pakatan Rakyat (PAS) hilang tumpuan dalam dalam PRK ini. Saya katakan begitu kerana rakyat sebenarnya bukan memilih Radzhi sebagai wakil mereka tetapi rakyat memilih Parti Keadilan Rakyat (PKR). Radzi ini hanyalah calon PKR pada masa itu dan beliau seharusnya sedar. Beliau telah mengkhianati rakyat di Lunas dan parti yang meletakkannya sebagai calon. Jadi kita tidak perlu memberikan perhatian kepada pengkhianat seperti ini pada ketika ini. Beliau akan dihakimi kemudian.

Sebagai rakyat yang sayangkan negara, kita seharusnya ingat pada sejarah dan hakikat yang berlaku pada ketika ini bagi mengundi parti/calon. UMNO B-end yang telah memerintah negara sejak lebih 50 tahun tidak membuat perubahan baik bagi rakyat keseluruhannya untuk masa depan negara. Dasar-dasar yang dilaungkan hanyalah rhektorik semata. UMNO yang dikatakan berjuang bagi menjaga kepentingan orang-orang Melayu selama ini telah menyebabkan banyak orang Melayu gagal dalam semua aspek sama ada ekonomi, politik, sosial dan lain-lain. Cina, India dan lain-lain bangsa juga dilihat tidak akan merasa nikmat jangka panjang untuk masa depan anak cucu.

Di sini saya tidak dapat senaraikan semua tetapi saya akan mengambil beberapa contoh. Dari aspek ekonomi, walaupun DEB telah dilancarkan pada tahun 1971 tetapi pemilikan Bumiputera pada nilai pasaran dalam syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia hanya 15.1 peratus manakala pemilikan korporat Bumiputera dianggarkan hanya dua peratus. Itu angka ekonomi bagi bumiputera. Bagi rakyat Malaysia keseluruhannya, Laporan Rancangan Pembangunan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHDP) tahun 2004 mendapati 10 peratus rakyat Malaysia yang paling kaya menguasai 38.4 peratus daripada pendapatan ekonomi berbanding 10 peratus paling miskin menguasai hanya 1.7 peratus. Senario ini dipercayai berterusan hingga kini. Ini bermakna 'rakyat yang kaya bertambah kaya, yang miskin menjadi papa'.

UMNO yang memperjuangkan hak dan kepentingan orang Melayu telah lupa bahawa terdapat 139,409 hektar tanah rezab Melayu telah dibatalkan dan hanya 77,208 hektar sahaja yang diganti semula. Masih terdapat baki 62,201 hektar yang perlu diganti tetapi pemimpin-pemimpin UMNO ini menutup mata. Bagi rakyat Cina dan India yang miskin pula, mereka dinafikan pemilikan tanah. Bagi UMNO B-end, mereka hanya layak mendiami dan mengusahakan tanah berstatus TOL. Sebagai contoh, pemberian hak milik oleh Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dijadikan isu perkauman oleh pemimpin-pemimpin UMNO. UMNO B-end lebih rela menyerahkan tanah-tanah kepada kroni dan tauke-tauke seperti yang dlakukan terhadap tanah-tanah di Pangkor, Bukit Tinggi, Genting Highland dan lain-lain. Penyerahan tanah kepada kroni dan tauke-tauke sahajakah jalan untuk membangunkan negara sedangkan rakyat terus menyewa untuk menjalani kehidupan seharian.

Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak dari mula diperkenalkan sudah diakui sebagai satu dasar yang salah. PPSMI telah menafikan hak Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan hak Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara dalam sistem pendidikan nasional negara kita. Kerajaan UMNO B-end kini berdolak dalik untuk melaksanakan semula bahasa ibunda dalam kedua-dua mata pelajaran ini. Pada mulanya tahun 2012 dan kemudian dilanjutkan lagi hingga 2014 sedangkan semasa perlaksanaannya dibuat serta merta. Kini ramai pencinta dan pejuang bahasa menentang PPSMI ini.

Kesejahteraan rakyat bergantung kepada keselamatan. Menjadi tanggungjawab pihak berkuasa dan kerajaan mentadbirnya berusaha mencegah dan melindungi rakyat dari insiden yang menjejaskan keselamatan seperti jenayah rogol, ragut, bunuh, rompak dan sebagainya. Berdasarkan statistik, kadar jenayah meningkat dari 3.8 bagi setiap ribu penduduk pada tahun 1990 kepada 6.2 pada tahun 2002. Kerajaan UMNO B-end sepatutnya mengatur strategi baru dan mengambil tindakan yang cekap pada masa itu tetapi malangnya jenayah terus meningkat. Pada 5 bulan pertama tahun 2007 berbanding tahun sebelumnya index jenayah mencatatkan penambahan 8.7 peratus. Pada ketika ini kadar jenayah lebih membimbangkan lagi sehingga YB Lim Kit Siang terpaksa mengadakan sidang meja bulat di Parlimen. Antara keputusan meja bulat ini adalah meminta kerajaan tidak menyambung khidmat Ketua Polis Negara kerana gagal mencapai prestasi. Ini merupakan kegagalan UMNO B-end memberikan kesejahteraan kepada rakyat.

Pada setiap pilihanraya terdapat ramai pemimpin-pemimpin UMNO B-end berjanji dengan bermacam janji tetapi selepas pilihanraya mereka akan hilang. Ini semua janji palsu mereka. Sebagai contoh, Shafie Abdal yang 'bersumpah' akan berikan pembangunan kepada rakyat Permatang Pasir. Janji ini sangat diragui apabila dilihat pada kawasan yang diwakili sekarang iaitu Semporna, dimana keadaan yang sangat daif di kawasannya. Di Semporna bukan saja tiada pembangunan fizikal tetapi rakyatnya miskin dan ada yang merempat. Sepatutnya UMNO B-end yang mengurus pendapatan negara mesti membangunkan dan memastikan kesejahteraan rakyat tanpa memilih parti atau kaum tetapi mereka menggunakan jentera dan wang rakyat untuk kepentingan parti dan puak mereka saja. Selain dari Shafie, pemimpin UMNO B-end juga turut berjanji seperti Muhyiddin, Koh Tsu Koon, Shahrizat, Rais Yatim, dan ramai lagi yang berjanji. Cuba ke kawasan mereka dan lihat sendiri apakah rakyat diwakili mereka itu mendapat semua pembangunan yang diperkatakan dan adakah semua rakyat di kawasan mereka ini hidup dalam keadaan sejahtera?

Oleh kerana UMNO B-end tidak dapat menggunakan agensi kerajaan negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat (PR) maka mereka sering gunakan kementerian untuk mengarahkan agensi dan jabatan di bawah mereka supaya menggunakan segala kemudahan yang ada untuk tujuan kempen. Memperkudakan polis dan SPR adalah amalan biasa UMNO B-end dalam setiap kali pilihanraya. UMNO B-end dalam hal ini bukan sahaja menggunakan khidmat jentera kerajaan tetapi juga kemudahan dan peruntukannya. Pada ketika ini, UMNO B-end telah menggunakan Angkatan Tentera dan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi tujuan kempen mereka. Salahguna kuasa ini bukan sahaja untuk pilihanraya tetapi setiap masa asalkan mereka dapat kredit darinya.

Media arus perdana dipergunakan untuk menjajakan cerita utama kononnya UMNO B-end telah mendapat suntikan moral dan juga menunjukkan angin perubahan daripada rakyat untuk menyokongnya. Pihak media telah memberikan gambaran seolah-olah Barisan Nasional masih lagi diterima ramai dan akan menang dalam pilihanraya. Media-media ini mengambarkan segala yang dilakukan oleh UMNO B-end adalah baik belaka dan apa yang berlaku dan dilakukan oleh PR adalah untuk kepentingan parti atau pemimpin tertentu. Berita berkaitan calon UMNO yang tidak amanah dan tidak bertanggungjawab disimpan dan ditutup. Media akan menuduh PR cuba memfitnah calon UMNO B-end. Itulah propaganda media.

Dalam setiap kali pilihanraya, UMNO B-end akan mendendangkan lagu lama yang pada hakikatnya telah sumbang dari dulu, kini dan selamanya. Dengan itu, marilah kita fikirkan bersama, calon/parti mana yang layak diangkat untuk memimpin dan memerintah?

'SELAMAT MENGUNDI'
UNDILAH USTAZ MOHD SALLEH MAN CALON PAS (PR)