THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, February 6, 2010

NASIR SAFAR TERLIBAT BUNUH ALTANTUYA

Belum pun reda isu Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar menggelarkan imigran awal berbangsa Cina dan India di Malaya sebagai ‘pelacur’ dan ‘pengemis’ beberapa hari lalu, pengendali blog Malaysia-Today, Raja Petra Kamarudin (RPK) semalam seolah-olah mendakwa Nasir terbabit dalam kes pembunuhan gadis Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

“Ya, lelaki di dalam Proton Saga biru itu adalah Nasir Safar. Namun pihak polis yang mengambil keterangan Bala menafikannya dan mengatakan bahawa lelaki berkenaan adalah penduduk kawasan itu dan bukannya Nasir Safar.

"Bagaimanakah polis tahu akan perkara ini tanpa melakukan siasatan lanjut dan tanpa mengambil keterangan daripada Nasir Safar?" dipetik dari tulisan RPK yang berjudul Nasir Safar, si 'Lelaki Misteri' pada hari Altantuya meninggal dunia.

Dakwaan RPK itu merujuk pada Perkara 30 dari teks Akuan Bersumpah oleh Balasubramaniam a/l Perumal iaitu Penyiasat Peribadi bagi kes pembunuhan mendiang Altantuya.

"Azilah bertanya kepada saya adakah wanita itu Aminah dan saya menjawab, 'Ya'. Dia kemudiannya beredar dan membuat beberapa panggilan dengan menggunakan telefon bimbitnya. Sepuluh minit kemudian, sebuah Proton Saga biru yang dipandu oleh seorang lelaki Melayu melalui kawasan itu dengan perlahan-lahan. Tingkap bahagian pemandu terbuka dan pemandu itu memandang ke arah kami," dipetik dari blog RPK.

Sehubungan itu, RPK turut mempersoalkan keterlibatan bekas Pegawai Khas bagi Datuk Seri Najib Tun Razak di tempat mendiang Altantuya Shaariibuu diletupkan dengan menggunakan C4.

Pendedahan tersebut, menurut dakwaan RPK sekaligus menjawab dakwaannya sebelum ini; salah seorang daripada dua bekas pembantu peribadi atau aide-de-camp (ADC) kepada Najib, iaitu Musa Safri terbabit membunuh Altantuya.

"Dengan pendedahan ini, maka dua daripada kakitangan Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya, yang mana seorang lagi adalah ADC-nya, Musa Safri yang tidak tidak pernah dipanggil untuk memberikan keterangan semasa perbicaraan pembunuhan Altantuya," dipetik dari tulisan RPK.

Menurut dakwaan RPK lagi, pendedahan tersebut juga sekaligus menjawab dakwaannya sebelum ini berhubung posisi sebenar ADC kepada isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansur; iaitu Norhayati Hassan.

"Anda masih ingat pada Norhayati Hassan, iaitu ADC Rosmah? Bukankah dia dan suaminya, Abdul Aziz Buyong juga terlibat dalam pembunuhan itu? Pegawai senior mereka dalam angkatan tentera mengesahkan bahawa dia telah melatih pasangan suami isteri itu tentang cara mengendalikan C4. Adakah itu suatu kebetulan, bukti berdasarkan keadaan (circumstantial), ataupun mungkin hanya pembohongan yang diuar-uarkan oleh RPK dan Malaysia Today?" soal RPK.

Dalam tulisan RPK, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa tujuan Nasir memandu kereta perlahan-lahan di tempat kejadian sekadar mahu memastikan Altantuyaa ditangkap sahaja.

"Mula-mula sekali, nama ADC Najib, Musa Safri muncul. Selepas tu, timbul pula nama ADC Rosmah, Norhayati Hassan dan suaminya, Abdul Aziz Buyong. Nah, sekarang pula, nama Nasir Safar pula disebut-sebut sebagai orang yang memandu kereta secara perlahan-lahan di depan rumah Razak Baginda. Mungkin dia nak pastikan bahawa Altantuya, ‘si pengacau’ tu, ditangkap," jelas.

Bagaimana pun, dilaporkan Nasir sehingga hari ini tidak dipanggil untuk membantu siasatan dan mengenal pasti pembunuh sebenar mendiang Altantuya Shaariibuu.

SUMBER http://malaysia-today.net/index.php?


MELAYU P. PINANG

Pulau Pinang diperintah oleh BN lebih dari 50 tahun. Apa yang orang Melayu dapat hasil dari pemerintahan BN dalam masa yang lama itu? Kini PR baru sahaja perintah Pulau Pinang selama tidak sampai 2 tahun, sibuk juak-juak Umno membuat kacau memfitnah dan melakukan tohmah.

Hari ini sekali lagi juak-juak Umno berdemonstrasi kononnya untuk membela orang Melayu yang ditindas oleh DAP dan PR di Pulau Pinang sekarang. Namun sedarkan wahai juak-juak Umno apa yang berlaku di Pulau Pinang sepanjang 50 tahun BN memerintah :-

1) Tanah orang Melayu semakin kecil saiznya

2) Orang Melayu ramai yang berhijrah ke Kedah kerana pelbagai masalah

3) Banyak kawasan perkampungan Melayu di sebelah Pulau ghaib ditelan pembangunan antaranya di Jelutong, Sungai Dua, Sungai Nibong dan lain-lain.

4) Yang kaya hanyalah orang Melayu Umno dan kroni-kroni mereka

5) Orang Melayu merempat di Tanahair sendiri.

6) Dan macam-macam lagi

Semua itu bukan angkara DAP dan PR tetapi angkara dan sikap BN yang berlepas tangan walaupun Umno mempunyai kerusi majoriti di DUN Pulau Pinang pada zaman pemerintahan BN dahulu.

Di bawah ini beberapa fakta untuk tatapan Melayu Umno Pulau Pinang.

1) Pada 2007, katanya, Kerajaan BN mensasarkan Belanjawan 2008 mengalami defisit RM35 juta tetapi sebaik sahaja kerajaan bertukar kepada PR, belanjawan itu mengalami lebihan RM88 juta, iaitu lebihan paling tinggi dalam sejarah Pulau Pinang.

2) Belanjawan 2009 pula, anggaran defisit dibuat sebanyak RM40 juta tetapi pemerintahan Pakatan sekali lagi memberikan hasil dengan lebihan RM77 juta.

3) Pada 2008 peruntukan untuk hal ehwal Islam yang dibuat oleh kerajaan BN dalam belanjawan tahun sebelumnya hanya bernilai RM12.5 juta, namun pada pembentangan belanjawan tahun 2008, Kerajaan Pakatan telah menambah kepada RM20.5 juta untuk peruntukan 2009.

4) Pada pembentangan Belanjawan 2009 peruntukan meningkat lagi kepada RM24.3 juta untuk 2010. Jumlah ini adalah peruntukan tertinggi yang pernah dinikmati oleh intistusi Islam di Pulau Pinang selama ini.

5) Kerajaan Pakatan juga memberi pengiktirafan kepada para huffaz dengan memberikan peruntukan RM1.5 juta setiap tahun kepada sekolah-sekolah agama rakyat.

6) Dakwaan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang yang dikuasai Umno bahawa Melayu dipinggirkan dalam agihan projek dinegeri itu adalah tidak benar. Ini kerana pada 2008, 78 kontraktor Melayu, berbanding 35 kontraktor bukan Melayu telah menerima projek melalui sebut harga, atau kontraktor Melayu dan satu kontraktor bukan Melayu masing-masing telah menerima projek melalui tender terbuka.

7) Pada 2009 pula, 89 kontraktor Melayu diterima untuk projek melalui sebut harga dan bilangan kontraktor bukan Melayu yang diterima berkurangan kepada 19 syarikat sahaja.

8) Pada tahun 2009 juga, projek yang diberi kepada kontraktor Melayu melalui tender terbuka bertambah kepada 45 syarikat dan bukan Melayu enam Syarikat.

Sebenarnya orang Umno dengki dan susah hati kerana mereka sudah tidak mendapat kontrak dan projek sebagaimana zaman pemerintahan BN. Mereka gagal mendapat projek kerana sememangnya mereka tidak berkemampuan untuk melaksanakan sesuatu projek yang diberikan. Mungkin sebutharga mereka mungkin tinggi, pengalaman dan kepakaran tiada dan sebagainya.

Selama ini mereka mendapat projek kerana tender rundingan dan mereka mendapat projek atas dasar kroni BN dan Umno. Jadi mereka sekarang berada dalam keadaan tenat kerana hendak beri rasuah kerajaan PR tidak makan rasuah, hendak bodek kerajaan PR 'tidak makan' bodek.

Wednesday, February 3, 2010

DARI NURUL IZZAH ANWAR

Teman-teman seperjuangan sekalian,

Perbicaraan ini merupakan satu percubaan jahat yang bukan sahaja berniat untuk menghina dan menghancurkan karier politik ayah, tetapi juga keutuhan keluarga kami. Perbicaraan ini sekali lagi mengingatkan rakyat tentang penglibatan Peguam Negara, pimpinan tertinggi UMNO dan Ketua Polis Negara dalam perencanaan konspirasi 1998 – dan tentunya pembabitan mereka di dalam kes terbaru ini.

Saya ingin menegaskan dakwaan bahawa kes ini sebenarnya dilengah-lengahkan datang dari pendusta, pemfitnah, dan mereka yang sememangnya tidak faham atau arif tentang sistem perundangan negara.

Sewaktu kes di bicarakan di mahkamah majistret, Peguam Negara bersungguh-sungguh memohon agar kes tersebut dipindah untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Permohonan tersebutlah yang merupakan satu bentuk penangguhan – yang dipinta oleh MEREKA!

Kita semua maklum bagaimana ayah diminta membela diri oleh mahkamah walaupun bukti penting yg menunjukkan wujudnya kes prima facie tidak diserahkan kepada beliau. Ini bercanggah dengan peruntukan undang-undang yang jelas menetapkan kewajipan pihak pendakwa berbuat demikian.

Justeru ayah terpaksa menggunakan saluran mahkamah untuk mendapatkan dokumen tersebut sebelum perbicaraan penuh dimulakan. Malangnya kami pula dituduh cuba untuk melengah-lengahkan kes.

Amat mendukacitakan rayuan kami ke Mahkamah Tinggi untuk membatalkan tuduhan terhadap ayah turut ditolak sungguhpun bukti menunjukkan dakwaan wujudnya elemen “kemasukan” adalah tidak berasas. Selain itu, Mahkamah Rayuan sehingga ke hari ini masih belum menetapkan tarikh perbicaraan.

Sudahlah ayah dinafikan akses terhadap bukti-bukti untuk membela dirinya. Ditambah pula dengan rayuan ke Mahkamah Tinggi yang ditolak serta permohonan kami agar keputusan itu disemak oleh Mahkamah Persekutuan, mana mungkin perbicaraan ini boleh diteruskan?

Kami tidak mengharapkan belas kasihan dari para konspirator tetapi setidak-tidaknya janganlah menuduh kami menggunakan proses mahkamah untuk melengah-lengahkan kes sedang kami sedari awal maklum keputusan mahkamah tidak akan memihak kepada kami. Hormatilah hak kami untuk menggunakan saluran mahkamah demi menegakkan keadilan. Sesungguhnya kami juga mahu keaiban kedua ini berakhir secepat mungkin agar kami dapat menjalani kehidupan seperti insan lain.

Sungguhpun demikian, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang masih terus menyokong kami dalam usaha mengembalikan maruah kami sekeluarga serta maruah negara dan bangsa. Doa dari tuan-tuan Allah sahaja yang dapat membalasnya dan sesungguhnya percayalah kebenaran akan pasti tertegak. Ketabahan dan kesabaran harus diteruskan, terutamanya bila terbayang wajah Mursyidul AM PAS, YAB Menteri Besar Neg Kelantan, AL Fadhil Dato’ Tuan Guru Nik Aziz pagi tadi – hadir bersama , menolak fitnah. Moga Allah SWT berikan kita kekuatan.


NURUL IZZAH ANWAR

KES LIWAT DSAI

Hanya sebelas tahun semenjak Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri, beliau menerima tamparan dengan dakwaan liwat dan seolah-olahnya tuduhan rasuah (penyelewengan kuasa). Beliau berdepan dengan dua perbicaraan yang dikutuk seluruh dunia sebagai perbicaraan tidak adil dan bermotivasikan kepentingan politik pihak tertentu. Hasilnya beliau menghabiskan enam tahun dalam tahanan di Penjara Sungai Buloh, dikurung bersendirian selama pemenjaraan hanya dibenarkan bertemu dengan ahli keluarga dan para peguam sahaja. Akhirnya bekas Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad mendapat hukuman setimpal dengan berat hati dipaksa bersara pada bulan Oktober 2003. Kemudiannya Anwar dibebas dan dilepaskan pada 2 haribulan September 2004 pada tahap terakhir rayuannya di mahkamah mengubah penghakiman kes liwatnya.

Sekarang mimpi ngeri itu bermula lagi. Pada 16 Julai 2008, Anwar ditangkap atas tuduhan kes liwat yang baru, selepas suatu laporan polis dibuat oleh Saiful Bukhari, pembantu berpangkat rendah dalam pejabatnya pada 28 Jun 2008. Anwar berkata tuduhan ini, sekali lagi bermotifkan politik, sebagai cubaan terbaru untuk menghalang kerjaya politiknya yang kembali bangkit mendadak kegemilangannya. Ramai orang di dalam dan di luar negara bersetuju dengan penilaian ini.

Kes terbaru ini hanyalahulang tayang skrip lama dengan para pelakon yang baru - skrip sekarang ini juga menampilkan episod-episod campurtangan politik, kecurangan dan penyelewengan para pegawai di pejabat Peguam Negara dan pihak polis, penipuan bukti-bukti yang muncul daripada suatu konspirasi politik untuk menghentikan kerjaya cemerlang politik Anwar.

Kes hairan yang benar-benar pelik


Terdapat banyak fakta terhadap dakwaan yang dibuat Saiful dan tindak tanduknya yang sudahpun berada dalam pengetahuan orang ramai. Fakta-fakta ini bercakap dengan sendirinya. Secepatnya ia menunjukkan betapa tidak kukuhnya kes yang direka-reka ini, selain bertujuan menjatuhkan Anwar.

Saiful mendakwa dalam laporan polisnya bertarikh 28 June 2008 di Hospital Kuala Lumpur ("HKL") yang dia diliwat Anwar pada tengahari Khamis 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Bukit Damansara. Saiful bercerita kepada pihak polis dalam kenyataannya yang mendakwa dia telah diserang paksa sebanyak 8 ke 9 kali tanpa kerelaan hatinya oleh Anwar sepanjang dua bulan yang berlalu itu. Dalam laporan polisnya dua hari kemudian pada 28 Jun 2008, dia mendakwa kejadian liwat ini memang berlaku tanpa kerelaan hatinya.Cerita Saiful ini menimbulkan kecurigaan kenapa dia sebagai kononnya "si mangsa"yang dipaksa liwat 8 ke 9 kali tanpa kerelaan hatinya, selama dua bulan tetapi tidak membuat sebarang aduan kepada pihak berkuasa. Sepanjang waktu itu dia berhubungan secara biasa dengan Anwar dan kesemua kakitangan di pejabat Anwar Ibrahim.

Turut didedahkan pada Rabu 25hb Jun 2008, sehari sebelum serangan seksual terakhir pada hari Khamis keesokan harinya, Saiful telah bertemu dengan pegawai polis berpangkat tinggi Penolong Kanan Komisioner SAC Rodwan Mohd Yusof (waktu iti Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Pasukan Polis DiRaja Malaysia, sekarang Ketua Polis Melaka) di Hotel COncorde, Kuala Lumpur di bilik bernombor 619. Apabila ditanya wartawan tentang pertemuan ini, Rodwan tidak memberikan sebarang komen. Rodwan telah memainkan peranan penting bersama pasukan polis dalam kes Anwar tahun 1998/99 dahulu. Rodwan terkenal dengan peranannya mengambil sampel darah Anwar untuk ujian DNA tanpa mengikut lunas undang-undang. Dia juga terkenal dengan tuduhan meletakkan kesan DNA yang direka-reka pada tilam yang diusung ke mahkamah. Sewaktu perbicaraan pertamanya pada tahun 1998, bukti DNA tidak dapat dipakai hinggakan hakim Augustine Paul yang jelas berat sebelah terpaksa membuang bukti tersebut daripada membantu kes pendakwaan.

Umum juga telah didedahkan "si mangsa" ini telah juga bertemu dengan Perdana Menteri sekarang (waktu itu masih Timbalan Perdana Menteri) beberapa hari sebelum kejadian yang didakwa itu berlaku. Apa yang lebih menarik lagi tentang pendedahan ini Najib pada awalnya menafikan pertemuan dengan Saiful kepada pihak media, tetapi kemudiannya mengakui, menjelaskan pertemuan itu berlangsung kerana Saiful (gagal dari universiti, tidak habis belajar) meminta bantuan Najib untuk mendapatkan biasiswa. Selepas itu barulah Najib memberi tahu pihak media bahawa Saiful diliwat Anwar dan dalam pertemuan tersebut Saiful kelihatan cukup traumatik.

Tindak tanduk Saiful selepas kononnya dipaksa liwat pada hari Khamis turut menimbulkan tanda tanya. Pagi besoknya, Saiful ke pejabat Anwar seperti biasa. Dia tidak mengadu kepada sesiapapun dan muncul dalam keadaan yang normal.Pada sebelah petangnya dia menghadiri acara anjuran Anwar Ibrahim Club di rumah Anwar, yang mana Anwar sendiri turut hadir. Di sana dia membantu menghidangkan kopi kepada sedozen orang yang hadir, tanpa memperlihatkan tanda-tanda takut atau cemas, dia mampu berdiri dan duduk tanpa menunjukkan tanda-tanda ketidak selesaan.

Pada hari Sabtu berikutnya, pada sebelah tengahari, kira-kira jam 2 petang, Saiful memutuskan untuk pergi ke hospital swasta Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI) di Jalan Tun Razak. Di situ, dia mengadu kepada Dr. Osman yang dia merasa sakit di dalam lubang duburnya selama beberapa hari dan kelihatannya dia merasa seperti ada bahan "plastik" yang dimasukkan. Pemeriksaan protoskopi (menggunakan alat protoskop yang bertujuan memeriksa hujung lubang dubur) oleh Dr. Osman menunjukkan tidak ada tanda-tanda penembusan atau kemasukan dan keadaan normal dubur dan rektum hujung usus.

Selesai pemeriksaan, dia memberitahu Dr. Osman yang dia diliwat oleh VIP (orang kenamaan) dan Saiful telah dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan di hospital kerajaan. Meskipun HKL hanyalah terletak di seberang jalan, Saiful mengambil masa selama dua setangah jam untuk sampai ke sana. Di HKL, dia melaporkan yang dia diliwat, dia kemudiannya diperiksa oleh oleh tiga orang doktor pakar, yang mana bukanlah suatu prosedur yang biasa. Ketiga-tiga doktor tersebut dalam laporan rasmi mereka menyebut, "tidak ada rumusan hasil pemeriksaan klinikal yang dengan pasti dapat mencadangkan penembusan ke dalam lubang dubur ..." sekali lagi ia menguatkan kesimpulan yang dibuat Dr. Osman.

Sesiapapun yang menjadi penyiasat dengan sifat waras akan memahami bahawa pertuduhan liwat tidak akan ke mana-mana dalam keadaan bukti perubatan sejelas itu. Tiada seorangpun penyiasat yang waras akan meneruskan kes pendakwaan. Di sini kita melihat perkara yang sebaliknya berlaku. Pasukan penyiasat bersungguh-sungguh, biarpun bukti perubatan menunjukkan tidak ada penembusan terhadap lubang dubur. Sifat hasad berniat jahat dalam penyiasatan mengukuhkan lagi kewujudan motif politik disebalik tindakan mereka.

Penyiasatan kes ini diteruskan biarpun hasil laporan pemeriksaan perubatan telah diserahkan dengan serta-merta kepada para penyiasat polis. Spesimen yang diambil dengan pengelap daripada Saiful menimbulkan syak wasangka kerana ia mengambil masa dua hari untuk sampai ke makmal untuk dianalisa. Sekarang kita tahu bahawa pihak pendakwaan akan bergantung kepada bukti DNA dalam cubaan untuk membuktikan Anwar terlibat dalam tindakan meliwat Saiful tanpa kerelaannya.

Bagaimana seorang tua dengan sakit belakang dapat memaksa seorang jejaka yang tinggi dan tegap berusia 24 tahun, boleh menjadi soalan yang menarik untuk dijawab para pemerhati politik sepanjang perbicaraan ini.

Soalan lain yang menarik ialah dalam keadaan bukti kukuh perubatan yang menyatakan pemeriksaan klinikal tidak menemui malah untuk mencadangkan penembusan, kurangnya wibawa laporan DNA yang cuba menunjukkan DNA Anwar ditemui didalam lubang dubur Saiful. Perlu diingatkan bahwa bukti DNA sangat mudah untuk direka atau ditambah-tambah, khususnya jika kerja-kerja mereka-reka tambah bukti ini dilakukan oleh para penyiasat yang sama dalam perbicaraan 1998 dahulu.

Contoh-contoh bukti yang direka-reka bagi mengenakan Anwar

Ini bukan kali pertama, kes yang melibatkan Anwar untuk fenomena bukti yang direka-reka muncul. Kes 1998 dan 1999 penuh dengan kejadian pengakuan yang dirancang, bukti DNA yang direka-reka dan penyembunyian bukti pada pihak polis dan para pendakwa kanan yang terlibat.

Beberapa contoh dapat diberikan. Gani Patail merupakan salah seorang Pendakwaraya Kanan dalam kes Anwar pada tahun 1998 telah didedahkan pada tahun ini sebagai mereka-reka bukti perubatan dalam bentuk laporan perubatan. Ianya berhubung penyiasatan serangan terhadap Anwar pada malam 20 September 1998 bilamana Anwar telah diserang secara ganas oleh Rahim Noor. Setelah dunia melihat mata lebam Anwar, wujud desakan dan barulah diikuti dengan penyiasatan polis. Pegawai Penyiasat dalam kes tersebut, Dato Mat Zain telah mengesahkan hal ini dalam suratnya kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) bertarikh 15 April. Menurut surat itu, Gani Patail dengan bersungguh-sungguh mereka-reka bukti laporan perubatan dengan dibantu Musa Hassan (sekarang Ketua Polis Negara) dalam cubaan untuk cuba mencadangkan kecederaan Anwar dilakukan oleh dirinya sendiri. Dr. Mahathir kemudiannya mengumumkan kepada awam tentang kecederaan tersebut dilakukan oleh Anwar sendiri.

Pembentukan bukti rekaan terhadap Anwar juga berlaku dalam kes-kes dan orang-orang yang lain. Gani Patail didakwa terbabis mengancam Nallakaruppan dengan hukuman bunuhbagi memaksa dirinya memberi keterangan palsu terhadap Anwar. Hal ini didedahkan dalam akuan bersumpah yang dibuat peguam Nallakaruppan, Manjeet Singh Dhillon yang merupakan saksi langsung cubaan mengugut oleh Gani Patail bagi mendapatkan bukti palsu terhadap Anwar.

Hakim Mahkamah Persekutuan Steve Shim dalam kes Zainur Zakaria lawan PP [2001] 3 CLJ ada menyatakan bahawa permohonan Anwar untuk membatalkan Gani Patail dan Azahar sebagai pendakwaraya kanan kerana penglibatan mereka dalam mengancam Nallakaruppan dengan hukuman bunuh bagi mendapatkan bukti rekaan yang diinginkan:
”Dalam keadaan ini, apakah beliau ("Anwar") dianggap tidak wajar atas asas ianya melampaui keraguan munasabah untuk membuat aduan bahawa tindak tanduk Peguam Negara (Gani Patail) sewaktu pertemuan pada 2 Oktober 1998 dalam cubaan memaksa Nalla untuk mereka-reka bukti bagi menyempurnakan tuduhan terhadap Anwar untuk kes kesalahan seksual yang lain?"

Namun Hakim Augustine Paul tidak bertindak untuk membatalkan kelayan Gani Patail dan Azahar. Malah Augustine mendapati peguambela Anwar, Zainur Zakaria bersalah sebagai menghina mahkamah kerana memfailkan permohonan pembatalan kelayakan tersebut dan menjatuhkan hukuman 3 bulan penjara. Gani Patail terus mendaki puncak kekuasaan menjadi Peguam Negara. Azahar pula menjadi Hakim Mahkamah Tinggi. Malaysia Boleh!!!

Sukma, adik angkat Anwar, ditangkap pada September 1998 dan ditahan tanpa ada perhubungan dengan peguam dan keluarga selama 14 hari. Permohonan peguamnya untuk bertemu dengan Sukma ditolak. Dia disiksa secara mental dan fizikal sehinggalah dia membuat pengakuan melakukan liwat dengan Anwar. Pegawai polis yang dinamakan dalam penghakiman Mahkamah Rayuan sebagai bertanggungjawab dalam penyiksaan ini ialah Musa Hassan, sekarang Ketua Polis Malaysia. Pemeriksaan fizikal oleh Dr. Zahari Noor menunjukkan tidak ada bukti penembusan - laporan ini diketahui oleh pihak pendakwaraya yang menyembunyikannya daripada pengetahuan mahkamah, saat Sukma mengaku "bersalah" hanya berasaskan pengakuan yang dipaksakan itu. Peguam yang dilantik keluarga Sukma tidak dibenarkan bersuara mewakili anak guamnya setelah dibantah oleh pihak pendakwa raya ( Gani Patail and Yusuf Zainal Abiden ).

Mahkamah Rayuan dalam penghakiman bertulisnya pada Jun 2006 dalam kes Sukma Darmawan Sasmitaat Madja v PP [2007] 4 CLJ 697] menyatakan:

"Di sini kita ada kes kelakuan sumbang pihak pendakwaan dengan secara sengaja menyembunyikan bukti yang memenangkan pihak pembelaan. Tidak ada lagi kes ketidak adilan sejelas ini, apabila pengakuan bersalah didakwa didapatkan dengan cara tekanan yang tidak sah di sisi undang-undang."



Penangkapan dan penahanan Dr Munawar Anees juga sama seperti yang terjadi kepada Sukma, dia ditahan tanpa dapat berhubung dengan peguam dan keluarga, disiksa dan dipaksa membuat pengakuan palsu melakukan liwat dengan Anwar. Malang bagi dirinya, kesemua mahkamah yang dirayu tidak memenangkan kesnya.Hakim-hakim seperti Low Hop Bing J di Mahkamah Rayuan bersama hakim Zaki Tun Azmi ( Ketua Hakim sekarang), Zulkefli Makinudin J. dan Nik Hashim J di Mahkamah Persekutuan telah memastikan permohonan Dr Munawar untuk mendapat keadilan dan membolehkan kesnya dibuka semula telah ditamatkan. Mereka memastikan Dr Munawar tidak berupaya untuk mendedahkan pengalaman pahitnya pada tahun 1998 di tangan pihak polis, pendakwaan dan mahkamah dalam suatu perbicaraan yang baru. Permohonannya untuk menimbal semula keputusan Mahkamah Persekutuan telah ditolak baru-baru ini pada 28 Desember 2009 oleh panel Mahkamah Persekutuan yang dianggotai Arifin Zakaria J., Raus Sharif J. dan Mohd Ghazali Mohd Yusuf.

Pergeseran yang jelas di antara layanan dalam kes Sukma dan kes Munawar pada peringkat rayuan kepada mahkamah yang lebih atas cukup terang dan nyata. Di dalam sistem perundangan jenayah manapun, apabila pengakuan dicabar atas sebab dilakukaan tanpa kerelaan, pihak tertuduh secara automatiknya dianugerahkan peluang mendengar viva voce (melalui saksi-saksi) berhubung dengan kesukarelaannya. Pendinding perundangan ini menjadi amat penting kerana apabila pengakuan bersalah direkodkan berdasarkan pengakuan tanpa rela. Cukup disesalkan mahkamah tertinggi di Malaysia tidak nampak prinsip-prinsip asas keadilan sistem kehakiman ini. Melalui tindakan tersebut, mereka telah mengesahkan jenayah serius yang dilakukan pihak polis dan pendakwaraya terlibat apabila dia ditangkap, ditahan dan disiksa bagi mendapatkan pengakuan palsu dan dipenjarakan selama enam bulan hanya kerana untuk memburukkan nama Anwar dengan perkaitan hubungan perkenalan.

Konspirasi hasad niat jahat dalam kes sekarang ini


Gani Patail sekarang merupakan Peguam Negara di Malaysia. Musa Hassan ketua pasukan polis negara. Kedua-dua nama, secara khususnya Gani Patail, telah didedahkan oleh Mat Zain sebagai mereka cipta bukti palsu, suatu jenayah yang serius, bagi mengenakan Anwar dalam penyiasatan ke “mata lebam” Anwar.

Penyiasatan kes sekarang ini dibawah kawalan polis yang mendapat arahan dari Musa Hassan. Hasad jahat penyiasatan menjadi cukup nyata apabila anggota polis bersenjata dan bertopeng menangkap Anwar kira-kira jam 1 tengahari di rumahnya pada 16 Julai 2008 – ini terjadi kira-kira dua setengah minggu selepas laporan dibuat Saiful. Penangkapan itu sebenarnya langsung tidak perlu dibuat. Ini disebabkan para peguam Anwar sedang mengiringi beliau ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Lumpur pada jam 2 petang hari yang sama bagi menghadiri temujanji yang telahpun diatur sebelum itu dan dipersetujui oleh pegawai polis yang ditugaskan merekod kenyataan Anwar.

Namun, beliau ditangkap umpamanya beliau seorang penjenayah yang sedang melarikan diri. Anwar ditahan semalaman di lokap, sekali lagi ianya tidak perlu dan cukup jelas menunjukkan hasad jahat. Beliau dipaksa tidur di atas lantai simen yang dingin, menambah burukkan kecederaan lama bahagian belakangnya. Alasan yang diberikan polis untuk menahan Anwar selama semalaman adalah kerana mereka perlu menyelesaikan untuk mengambil kenyataan beliau – namun permintaan beliau untuk pulang pada waktu yang dijanjikan telah ditolak. Sekarang ia menjadi amat jelas bahawa Anwar ditahan semalaman dilokap kerana percubaan untuk mendapatlan sampel DNA dari tubuh beliau.

Tuduhan Saiful diperkuatkan lagi dengan Saiful mengambil bahagian dalam acara “sumpah lakhnat” di Masjid Negara Kuala Lumpur pada 15 Julai 2008 dengan kehadiran Ustaz Ramlang bin Porigi, salah serang imam di sana. Kemudiannya pada bulan Ogos, Ustaz Ramlang mendedahkan yang dia diarahkan oleh Ketua Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAIWP) Dato Che Mat bin Che Ali untuk hadir sebagai saksi saat sumpah tersebut berlangsung. Disebabkan dia membuat pendedahan umum berhubung perkara ini, Ustaz Ramlang kemudiannya ditukar ke bahagian “kewangan” (JAIWP). Beberapa bulan kemudiannya dia dikenakan tindakan disiplin.

Campurtangan politik juga ditunjukkan dalam pengendalian aduan qazaf yang difailkan oleh Anwar ke atas Saiful kepada pihak JAIWP pada 9 Julai (qazaf merupakan kesalahan dibawah undang-undang syariah kerana memberi kenyataan fitnah terhadap orang lain, khususnya dalam hubungannya dengan kesalahan seksual). Jabatan penguatkuasaan JAIWP telah menyelesaikan penyiasatannya dalam masa beberapa bulan dan telah merekod kenyataan dari Anwar, Saiful dan saksi-saksi yang relevan. Sehingga ke hari ini JAIWP masih belum mengisytiharkan tidak ada kesalahan yang dilakukan Saiful. Dalam masa yang sama, tidak ada pendakwaan terhadap Saiful yang cuba dibuat. Para pegawai JAIWP telah diarahkan oleh Menteri Persekutuan bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Saiful, atas alasan kes liwatnya masih belum habis berlangsung. Hal ini adalah salah kerana perundangan kedua mahkamah ini adalah terpisah dan indipenden dan sekali lagi ia menunjukkan campurtangan politik.

Hasad jahat dan berat sebelah di pihak pendakwaan; memegang dokumen daripada pihak pembelaan; perbicaraan tidak adil

Perhatian yang serius patut diberikan terhadap hasad jahat dan sikap berat sebelah di pihak pendakwaan. Gani Patail menandatangani sijil pemindahan kes Anwar dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi. Yusuf Zainal Abiden, Pendakwaraya Kanan dalam pasukan pendakwaan kes sekarang juga terlibat secara giat dalam kes Sukma dan kes pendakwaan Anwar pada tahun 1998. Terdapat keprihatinan dengan memberikan sikap berat sebelah dan mala fide atau niat jahat yang ditunjukkan pihak pendakwaan dalam kes-kes sebelum ini, bahawa Anwar tidak akan mendapat perbicaraan yang adil daripada Pendakwaraya Kanan yang mendakwanya sekarang.

Beberapa tindakan berniat jahat telahpun ditunjukkan dalam persoalan pencarian dokumen-dokumen dan bukti dalam kes semasa ini. Permohonan beterusan dari barisan para peguam Anwar untuk mendapatkan dokumen-dokumen yang sesuai bagi mempersiapkan pembelaan seperti kenyataa saksi Saiful dan saksi-saksi lainnya tidak dilayan oleh Pendakwaraya Kanan. Anwar kemudiannya memohon dokumen-dokumen ini kepada hakim perbicaraan Mahkamah Tinggi. Hakim Zabidin Mohd Diah telah membenarkan permohonan Anwar ini. Pihak pendakwaraya pula merayu, yang menyebabkan Mahkamah Rayuan mengenepikan penghakiman Mahkamah Tinggi. Rayuan Anwar ke Mahkamah Persekutuan ditolak pada Jumaat 28 Januari 2010. Suatu keputusan yang tidak mengejutkan, dengan melihat pendirian politik yang diambil oleh hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dalam kes Dr Munawar.

Fakta menunjukkan rayuan Anwar ke Mahkamah Persekutuan terhadap beberapa hal penting berhubung pengeluaran dokumen itu masih lagi menunggu keputusan. Namun demikian, hakim perbicaraan Mahkamah Tinggi pada 6 Disember 2009 muncul dalam keadaan tertekan untuk menetapkan tarikh perbicaraan lebih awal dan menetapkan perbicaraan dimulakan pada 25 Januari selama sebulan. Hakim yang sama pernah berkata bahawa tahun ini tarikh perbicaraan tidak akan ditetapkan sehinggalah perihal mendapatkan dokumen-dokumen itu ditentukan oleh rayuan ke peringkat mahkamah yang lebih atas.

Keadilan perbicaraan yang bakal dihadapi Anwar telah dipersoalkan dengan penafian dokumen-dokumen penting bagi persiapan pembelaan. Di dalam perbicaraan jenayah pada hampir keseluruhan sistem perundangan, pihak tertuduh akan diberikan, sebelum perbicaraan, kenyataan-kenyataan kesemua saksi dan keseluruhan dokumen yang dikeluarkan oleh kesemua saksi terbabit. Prosedur ini memastikan keadilan terhadap semua pihak, dan menghalang penangguhan perbicaraan. Meskipun terdapat peruntukan undang-undang sedia ada, namun perbicaraan Anwar akan berjalan seperti cara lama dengan serangan-serangan hendap penghujahan dan pembuktian. Setiap butir-butir perincian kes pendakwaan dan banyak dokumen-dokumen penting akan dilihat kali pertama oleh pihak pembelaan hanya sewaktu perbicaraan berlangsung. Ianya meletakkan pihak tertuduh dan para peguam belanya dalam keadaan tekanan yang tidak adil.

Konspirasi politik

Kunci kepada perbicaraan ini dapat dilihat dengan tindak-tanduk bermotif politik oleh pihak pendakwaan dan kepentingan pihak-pihak yang terlibat, secara khususnya Gani Patail (Peguam Negara sekarang) dan Musa Hassan (Ketua Polis Negara sekarang) serta Perdana Menteri hari ini.

Pakatan Rakyat dan Anwar telah mengkritik mereka secara habisa-habisan di dalam dan di luar parlimen – Peguam Negara Gani Patail dengan perlakuan jenayahnya sendiri di dalam kes penyiasatan “mata lebam”, kegagalannya untuk memastikan pendakwaan bagi banyak kes-kes rasuah yang serius, secara khususnya yang berkaitan dengan jenayah dan rasuah yang didedahkan dalam video klip VK Lingam; juga terhadap hubungan terhadap dakwaan-dakwaan berwibawa keterlibatan KPN Musa Hassan dalam tindakan jenayahnya berserta hubungan rasuahnya dengan ketua-ketua kumpulan kongsi gelap seperti BK Tan dan Goh Cheng Poh.

Kritikan terbuka Anwar terhadap keterlibatan Perdana Menteri dalam kes rasuah pembelian jet Sukhoi dan kapal Selam Scorpene oleh Kementerian Pertahanan telah menjadi rekod umum. Anwar juga berulang kali mendesak Najib membenarkan penyiasatan bebas bagi membersihkan namanya atas dakwaan berwibawa penglibatan dirinya dan isterinya Rosmah dalam pembunuhan terkenal model Mongolia Altantuya Shaaribuu.

Blog-blog di internet melaporkan bukti akuan bersumpaj yang dibuat oleh penyiasat persendirian Balasubramaniam yang mengatakan Altantuya memberitahunya yang dia mempunyai hubungan peribadi dengan Najib dan kaitannya dengan rundingan pembelian senjata yang sama serta tentang bagaimana DSP Musa Safiri, pegawai polis pengiring Najib memainkan peranan dalam penangkapan dan pelenyapan Altantuya. Musa Safiri malah tidak dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya.

Anwar pada bulan Julai tahun 2008 dan pada Februari tahun lalu turut memfailkan laporan polis berkenaan Gani Patail dan Musa Hassan atas peranan mereka dalam mereka-cipta bukti terhadap diri beliau dalam penyiasatan kes “mata lebam” pada tahun 1998. Laporan itu juga turut mendakwa mereka bersubahat memfailkan laporan polis palsu pada malam 20 September 1998 dalam hubungannya dengan penangkapan Anwar di rumah beliau di Bukit Damansara. Tidak ada satupun laporan-laporan ini menghasilkan pendakwaan biarpun seorang bekas hakim Mahkamah Persekutuan berpendapat Gani melakukan kesalahan jenayah dalam kes penyiasatan “mata lebam”.

Penyalahgunaan lembaga-lembaga awam seperti pasukan polis, Pejabat Peguam Negara, Kehakiman dan institusi lainnya seperti yang pernah terjadi pada tahun 1998, sedang berlaku sekali lagi dengan kes terbaru ini. Ia bukanlah kes jenayah yang mudah. Apa yang sedang diperjudikan sekarang ini adalah penggunaan kes aniaya dan palsu sebagai senjata politik untuk menghentikan kemajuan Anwar Ibrahim dan gerakan politik Pakatan Rakyat yang dipimpinnya. Suatu kemajuan gerakan yang mengancam kewujudan dan masa depan kerajaan Barisan Nasional dan para pemimpinnya.

Sivarasa Rasiah

Saudara-saudari,

Minta digunakan artikel oleh Sdr. Sivarasa, elok sebagai leaflet di Mahkamah dan tempat lain. Panjang tapi penting - lebih ramai yang maklum fakta sebenar, lebih baik.

Terima kasih

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT

MISTERI KES LIWAT DSAI

Malaysia ni dah jadi macam negara kartun. Apabila saya keluar negara, malu nak mengaku warga Malaysia. Antara soalan lazim yang saya dengar ialah mengapa kerajaan suka fitnah guna isu liwat? Modal BN ialah tuduh liwat, tuduh ejen Zionis, ejen Amerika, ejen DAP, ejen Taliban dan macam-macam ejen lagi lah. Apa pun, selaku peguam, saya rasa jijik dengan kes ni. Mari lihat 10 Misteri kes ini:

Penyiasatan dan pendakwaan ke atas Anwar Ibrahim telah menimbulkan pelbagai persepsi dan spekulasi. Meskipun Anwar Ibrahim belum di dakwa secara rasmi di mahkamah, terdapat pelbagai kepincangan dalam siasatan dan dalam perjalanan kes ini. Berikut ialah 10 perkara misteri dan luar biasa yang timbul dalam kes Anwar.

1. Bukti asas tak dibenarkan


Menurut logik akal sesiapa yang berakal, orang yang dituduh mestilah diberi peluang untuk membela diri. Untuk membela diri, tertuduh lazimnya akan dibenarkan melihat dokumen-dokumen yang relevan, agar dapat menyiapkan pembelaan. Contohnya, jika Kassim dituduh merogol Rosna, dan Kassim mendapat maklumat bahawa laporan perubatan mengesahkan Rosna masih dara, tentulah Kassim berhak untuk melihat dokumen tersebut untuk menyediakan pembelaanya. Dalam kes Anwar, agak pelik kerana permohonan asas ini pun tidak dibenarkan. Dalam kes Anwar ni, ada bukti CCTV, rakaman keluar masuk kawasan tersebut. Mengapa Anwar tidak dibenarkan melihat rakaman-rakaman ini untuk menyediakan pembelaan? Misteri.

Ingat senang ke nak bela diri bila bukti asas tidak dibenarkan.

2. Laporan Pengadu enggan diserahkan mulanya

Ini merupakan satu perkara yang luar biasa. Lazimnya, apabila seseorang yang dituduh dengan sesuatu kesalahan meminta laporan polis yang dibuat oleh pengadu, ianya akan dibekalkan dalam masa seminggu ke dua minggu oleh pihak polis.

Tanpa laporan pengadu, orang yang tertuduh sukar membela diri kerana apa yang didakwa pun tentulah tidak jelas. Pengalaman penulis memohon laporan polis bagi membela anak guam membuatkan penulis hairan kerana penulis pernah beberapa kali mendapat laporan pengadu pada pagi yang sama penulis memohon.

Kenyataan Hamid Albar dulu bahawa laporan enggan diberi kerana pendakwaan belum dimulakan secara rasmi tidak masuk akal kerana masyarakat maklum Anwar telah ditahan oleh polis, keterangannya telah diambil dan beliau perlu membela diri dan reputasinya. Ini meyakinkan masyarakat bahawa laporan polis belum ada dan perbincangan sedang dibuat berhubung inti laporan tersebut untuk mendapatkan tarikh dakwaan yang paling sesuai. Setelah sekian lama, barulah laporan diserahkan.

3. Anwar disabitkan bersalah sebelum dibicarakan

Apabila bekas PM Pak lah diminta mengulas berhubung kes Anwar, Pak Lah dengan segera berkata bahawa memanglah penjenayah akan menafikan kesalahannya. Belum pun perbicaraan bermula, Anwar sudah disabitkan sebagai pesalah oleh Pak Lah. Pada masa yang sama, apabila Pak Lah diminta mengulas berhubung dakwaan ke atas Najib dan Rosmah, Pak Lah dengan segera menyatakan bahawa Pak Lah berkeyakinan penuh bahawa Najib dan Rosmah tidak bersalah. Jika Mahathir dikaitkan dengan konspirasi perlantikan hakim, Pak Lah selangkah ke hadapan dengan melantik dirinya sebagai hakim tidak rasmi.

Media UMNO pun segera menghukum Anwar seolah-olah sudah sabit kesalahan.

4. DNA baru Anwar diminta oleh UMNO.

DNA Anwar sudah lama dimiliki oleh pihak polis berikutan siasatan kes lamanya. Paten DNA tidak akan berubah. Justeru DNA baru tidak diperlukan melainkan jika hendak digunakan sebagai bukti palsu yang hendak dicalit dibadan pengadu. Tindakan Khairi dan Pak Lah yang berulangkali menuntut Anwar memberi DNA barunya menimbulkan tanda tanya berhubung tujuan mereka. Apabila Anwar mendedahkan perkara ini di dalam muka depan Suara Keadilan, Pak Lah dan Khairi diam membisu. Kalau anak dara yang diam, ini bermakna anak dara tersebut setuju dengan pinangan.

5. Laporan Pusrawi

Perlu diakui bahawa laporan Pusrawi sebelum ini bukanlah laporan rasmi bagi kes Anwar. Meskipun begitu, fakta bahawa seorang doktor, meskipun bukan doktor pakar kes liwat, telah melihat lubang punggung Saiful dan tiada sebarang kesan koyakan atau apa-apa tanda diliwat adalah relevan. Meminjam istilah yang selalu digunakan di dalam kes-kes berkaitan Puspakom, pemeriksaan yang dibuat adalah pemeriksaan mata kasar. Meskipun begitu, ianya tetap relevan dan keterangan sudah cukup untuk menimbulkan keraguan munasabah. Pejabat Peguam Negara selama ini tidak membuat pendakwaan melainkan yakin dengan tahap 90% bahawa tertuduh memang bersalah dan bukti-bukti yang ada benar-benar kuat.

6. Bukti alibi Anwar memadai

Kepincangan dalam kes ini semakin menjadi-jadi apabila pihak polis berkeras meminta DNA baru Anwar sedangkan bukti alibi Anwar tidak dikaji. Sepatutnya, polis menyerahkan laporan Saiful kepada Anwar supaya Anwar boleh membela diri dengan menjelaskan di mana Anwar berada pada tarikh yang didakwa Saiful berlaku liwat tersebut. Seterusnya, alibi Anwar perlu disiasat. Sebagai contoh, Antihusam (blogger UMNO) mendakwa punggungnya telah saya liwat pada pukul 11 malam, 20 Julai 2008 di Hotel Sunway. Saya akan memaklumkan bukti alibi saya pada waktu itu. Contohnya, saya menyatakan bahawa pada waktu tersebut, saya menghadiri ceramah Ustaz Hadi di markas Pas. Terdapat lebih 20 kawan saya yang boleh membuktikan kehadiran saya. Justeru, mustahil saya meliwat Antihusam. Apabila pihak polis selesai menyoal alibi-alibi saya dan berpuas hati bahawa saya mustahil meliwat Antihusam, siasatan patut ditamatkan. Begitulah juga dalam kes Anwar. Tindakan pihak polis yang beria-ia mahukan DNA baru Anwar kelihatan senada dengan Pak Lah dan Khairi.

7. Pendakwaan oleh Pejabat Peguam Negara

UMNO ke sana ke sini membuat kenyataan bahawa kes Anwar tidak akan diuruskan oleh Pejabat Peguam Negara kerana Peguam Negara sendiri sedang disiasat berhubung dakwaan rasuah dan penyelewengan kuasa yang dibuat oleh Anwar. Pendakwaan, jika jadi, akan dibuat oleh Peguam Cara Negara. Masyarakat sedia maklum bahawa pendakwaan masih akan diteruskan oleh Pejabat Peguam Negara sekalipun diketuai oleh Peguam Cara Negara. Adalah pelik bin ajaib untuk mendakwa Pejabat Peguam Negara tidak akan dipengaruhi oleh Peguam Negara. Nama pun Pejabat Peguam Negara.

8. Laporan HKL

Timbul isu terbaru bahawa laporan rasmi HKL turut bocor dan laporan tersebut menyatakan bahawa Saiful memang tiada tanda-tanda diliwat dan mustahil Saiful diliwat. Ini menunjukkan Saiful tidak ikhlas membantu BN. Sekiranya Saiful komited membantu BN, Saiful sepatutnya pergi ke Lorong Haji Taib dan menyuruh pondan-pondan di situ meliwatnya beberapa kali agar kesan liwat ketara. Ini menunjukkan perancangan lemah BN dan ketidak ikhlasan Saiful dalam membantu BN.

9. Isu motif dan tujuan

Kes ini menimbulkan keraguan yang cukup banyak apabila kepimpinan UMNO seperti Najib mengakui telah berjumpa dengan Saiful sebelum Saiful membuat laporan polis. Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa Anwar adalah musuh politik UMNO. Justeru, polis sepatutnya menyiasat kebarangkalian berlakunya konspirasi dikalangan UMNO untuk menganiayai Anwar seperti yang pernah dibuat sebelum ini. Sebelum ini, mahkamah telahpun membebaskan Anwar dari tuduhan liwat yang dijaja oleh UMNO berdasarkan sekeping surat layang.

10. Terlampau banyak percanggahan fakta kes oleh BN

Pada mulanya, Najib mendakwa tidak pernah berjumpa Saiful. Kemudian, Najib mendakwa pula bahawa Najib pernah berjumpa Saiful 2 bulan dulu di pejabat untuk membincangkan biasiswa. Kemudian, Najib berkata pula bahawa Najib telah berjumpa Saiful 2 hari sebelum laporan polis dibuat untuk membincangkan biasiswa. Tiba-tiba, Najib mendakwa pula Najib telah memegang tangan Saiful yang kesejukan 2 hari sebelum laporan polis dibuat di rumah Najib sendiri apabila Saiful yang kononnya ketakutan datang mengadu diliwat. Saiful pula mulanya mendakwa diliwat pada 26 haribulan di sebuah kondo di Malaysia.

Apabila Anwar kelihatan mempunyai bukti alibi yang kukuh, Saiful menjadi terdesak. Kemudian, Saiful menyatakan pula bahawa dia telah 3 kali menemani rombongan Anwar ke luar negara dengan memberi “hint” bahawa dia kononnya telah diliwat-liwat di luar negara beberapa kali. Ini menimbulkan pelbagai tanda tanya. Mengapa seorang lelaki yang kelihatan tinggi dan sihat seperti Saiful membiarkan dirinya diliwat-liwat beberapa kali dan terus menemani Anwar ke mana saja. Sebagai contoh, jika saya diliwat oleh sesiapa, saya akan trauma dan akan segera menjauhkan diri dari orang tersebut.

Selain itu, Saiful juga sentiasa kelihatan ceria. Demi Allah, selama saya bekerja sebagai peguam, belum pernah saya menemui mangsa rogol atau mangsa liwat yang begitu ceria. Mangsa kes serangan seksual akan trauma, malu dengan masyarakat, rasa rendah diri dan biasanya mengalami kemurungan.

Saiful juga seorang lelaki. Tidak semudah itu hendak menembusi lubang punggung seorang lelaki. Asalkan Saiful mengeraskan punggungnya, mustahil Anwar dapat meliwatnya.

Sekiranya Saiful benar-benar hendak diliwat, dua atau tiga orang lelaki gagah diperlukan untuk memegang Saiful dan lubang punggung Saiful perlu disapu minyak terlebih dahulu sebelum diliwat. Sekiranya ini yang berlaku, mustahil Saiful akan terus mengikut Anwar ke sana sini sehinggalah menemani rombongan Anwar ke luar negara sebanyak 3 kali.

Sebagai kesimpulan, kes Anwar Ibrahim ini tidak layak dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan. Sekiranya saya ialah hakim bagi kes tersebut, saya akan melempar fail pendakwaan ke lantai kerana terlalu banyak kepincangan.

Apa pun , saya doakan agar Allah (Allah di sini merujuk kepada Tuhan yang disembah orang Islam, bukan Jesus atau mana-mana sembahan golongan syirik) membuka hati hakim-hakim berkenaan agar memutuskan berasaskan keadilan. Amin.

p/s: UMNO ni bijak juga. Timbulkan isu nama Allah dan dakwa Anwar dekat mahkamah, maka tumpuan pun beralihlah dari isu korupsi, isu pengkhianatan negara dengan menjual enjin jet pejuang kepada syarikat asing, isu Altantuya, isu komisyen kapal selam, isu bakar gereja, isu pijak kepala lembu dan banyak lagi.

SUMBER http://www.tranungkite.net/v10/

Tuesday, February 2, 2010

KENYATAAN SU PKR

"Pada 1 Feb 2010 bertolak daripada keputusan Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat, saya telah menghantar surat kepada beberapa individu pimpinan PKR berhubung keputusan merujuk mereka kepada Lembaga Disiplin Parti. Salinan surat juga dihantar kepada Pengerusi Lembaga Disiplin. Individu terbabit diminta memberikan kerjasama membantu proses ini dan parti memberi jaminan mereka akan akan diberi ruang untuk menyampaikan hujah dan pandangan masing-masing.

Lewat kebelakangan ini, sebahagian media gemar memberikan gambaran PKR semacam menghadapi kemelut dalaman. Pakatan Rakyat juga digambarkan berdepan krisis dalaman parti dan antara parti. Hakikatnya gambaran ini amat tidak tepat. PKR dan Pakatan Rakyat menganggap gambaran sebegini sebagai sebahagian cabaran yang akan terus dihadapi semenjak lahirnya PKR dan bermulanya kerjasama Pakatan rakyat.

Sudah lebih satu dekad, PKR dikatakan kucar-kacir, berpecahbelah, hura hara dan berkecamuk. Dalam suasana persepsi negatif ini, PKR tetap bersungguh meneruskan perjuangan membela hak-hak rakyat dan mendokong agenda perubahan. Sementelah perkembangan terkini yang membabitkan beberapa individu pimpinan yang dirujuk kepada Lembaga Disiplin Parti tidak sama sekali membawa PKR kepada kancah krisis apatah lagi menjauhkan PKR daripada agenda besar perjuangan.

Sebagai sebuah gerakan yang memperjuangkan perubahan demokrasi, PKR kekal sebagai sebuah parti yang menghormati hak individu anggotanya untuk berdebat dan berbeda pandangan dengan kepimpinan parti. Pada masa yang sama parti menyediakan saluran dan forum untuk setiap anggota parti mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan. Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi hak satu anggota satu undi membuktikan kesungguhan PKR dalam menghormati hak-hak setiap anggota PKR. Serentak dengan itu Pakatan rakyat juga menyediakan mekanisma yang jelas dalam menguruskan perbedaan pendapat.

PKR ingin mengulangi penegasan bahawa biarpun ruang berbeda pendapat terbuka luas namun ianya bukan suatu tiket untuk mana-mana anggota parti membuat serangan keras, melampau, keterlaluan dan dakwaan tanpa diiringi bukti terhadap pimpinan parti sendiri dan pimpinan Pakatan Rakyat sehingga membelakangkan adab dan disiplin parti. Keyakinan rakyat terhadap perjuangan PKR adalah suatu yang amat mahal dan wajib dipelihara oleh setiap anggota parti.

Dalam hubungan ini kepimpinan PKR bertekad mengambil langkah tegas terhadap mana-mana anggota parti yang melakukan salah laku disiplin. Tindakan ini diambil tanpa mengira status, pangkat dan kedudukan justru amalan disiplin yang kuat sahaja bakal menentukan parti terus kuat.

PKR ujud sebagai sebuah parti yang mendokong 17 prinsip perjuangan yang terakam dalam Perlembagaan Parti. Prinsip ini akan terus menjadi ikatan kukuh membina parti. Seterusnya Pakatan Rakyat juga diikat dengan Dasar Pakatan Rakyat yang terhasil dari Konvensyen Pakatan Rakyat pada Disember 2009.

Saya ingin mengulangi adalah menjadi tanggungjawab dan tugas setiap pemimpin dan anggota parti untuk mendokong, mempertahan dan mengembangkan nilai-nilai dan prinsip perjuangan PKR dan perkara-perkara yang disepakati dalam Dasar Pakatan Rakyat. Sesungguhnya agenda reformasi parti adalah jauh lebih penting dipertahankan daripada memperjuangan faedah dan keuntungan yang bersifat sementara. Seluruh anggota dan pimpinan PKR samada Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Dewan Negara, Menteri Besar, Ahli Majlis Kerajaan Negeri dan Ahli Majlis Kerajaan Tempatan, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, Penghulu, Ketua kampong, Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Ahli Majlis Pimpinan Negeri, Pimpinan Cabang, Ketua Ranting dan anggota biasa adalah bertanggungjawab memikul amanah besar ini. PKR akan menjadi wadah kepada mereka yang ingin bersama mendokong agenda besar dan tentu sahaja PKR tidak mampu menjadi wadah untuk sebuah perjuangan yang mengharapkan habuan semata-mata.

Akhirnya sementara kita meneruskan usaha untuk proses pembaharuan dan pendemokrasian dalaman parti, kita yakin organisasi parti kan terus diperkasakan. Proses ini tidak akan mengalih tumpuan parti dalam persiapan menghadapi pilihanraya negeri Sarawak dan Perak sekiranya ada.



Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat

BUKTI UMNO PERKAUMAN

Kenyataan berbau perkauman yang diluahkan oleh seorang pegawai khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika berucap pada seminar '1Malaysia' di Melaka hari ini, menyaksikan puluhan ahli MIC, MCA dan perwakilan pertubuhan bukan kerajaan meninggalkan majlis berkenaan.

Menurut sumber, pegawai khas Najib, Datuk Nasir Safar (kanan, bertali leher) menimbulkan kemarahan hadirin apabila dia melabelkan kaum India dan Cina sebagai pendatang.

Selain itu, Nasir juga didakwa mengancam akan menarik balik kerakyatan mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM.

Pemuda MIC dijadual membuat laporan polis lewat hari ini dan satu memorandum bantahan akan juga dikemukakan kepada Najib apabila beliau dijadualkan melawat Melaka pada 4 Feb.

Sementara itu, presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu melahirkan rasa marahnya berhubung insiden berkenaan.

Beliau yang menyifatkan insiden itu sebagai isu perkauman yang melampau menggesa perdana menteri mengambil tindakan sewajarnya ke atas pembantunya.

SUMBER http://www.malaysiakini.com/

Monday, February 1, 2010

MB HARAM YANG BENGONG

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini mencabar bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan 27 lagi wakil rakyat pembangkang mengosongkan kerusi mereka bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan di 28 kerusi DUN pembangkang di Perak. Perkara ini telah dilaporkan oleh BERNAMA.

Menurutnya, Mohammad Nizar dan wakil rakyat pembangkang berkenaan tidak perlu teragak-agak untuk mengosongkan kerusi DUN masing-masing sekiranya mereka benar-benar yakin bahawa sebahagian besar rakyat Perak teguh menyokong pembangkang.

Zamry membuat kenyataan ini bagi mengulas kenyataan Mohammad Nizar sebelum ini bahawa bekas Menteri Besar Perak itu akan memohon perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk membubarkan DUN Perak sekiranya keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung siapa Menteri Besar Perak yang sah pada 9 Februari ini berpihak kepadanya.

Zamry cuba memperbodohkan ADUN-ADUN PR serta rakyat kerana jika seseorang ADUN meletakkan jawatan maka mereka tidak akan dibenar bertanding. Perkara ini jelas dalam undang-undang (SPR). Jika ADUN PR letak jawatan maka merekapun sama bengong dengan MB haram ni. Biarkan kebengongan Zamry dan UMNO B-end berterusan - dulu, kini dan selamanya kecuali mereka-mereka yang diberikan hidayah.

KJ BUTA

Khairy Jamaluddin semalam meminta orang ramai tidak terpedaya dengan kata-kata manis pembangkang yang menurutnya hanya berupa retorik politik kerana tiada satu pun bukti yang menunjukkan mereka mampu membela rakyat.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu berkata, ini dapat dilihat apabila negeri-negeri yang diterajui pakatan pembangkang sehingga hari ini gagal meletakkan rakyat sebagai keutamaan.

Saya hairan mengapa Khairy tidak bercakap benar dan bertindak menafikan fakta yang semua rakyat tahu dan faham.

Apakah program-program kebajikan yang dilakukan oleh kerajaan PR selama ini tidak diketahui beliau.

Banyak sekali program kebajikan rakyat yang dilaksanakan oleh kerajaan PR di negeri-negeri diperintah mereka.

Antaranya di Kelantan; program Takaful Kifaalah, bantuan Armalah, projek ladang rakyat, projek rumah rakyat, bantuan pelajaran, orang miskin dan sebagainya. Malah kerajaan Kelantan sudah berkhidmat kepada rakyat Kelantan kira-kira 20 tahun. Apakah Khairy tidak menyedarinya atau buat-buat tidak nampak. Jangan nanti rakyat menyoal Khairy samada dia buta hati atau buta mata.

Di Selangor kerajaan negeri awal-awal lagi memberikan bantuan 20 meter padu air percuma, bantuan pendidikan kepada pelajar, bantuan kepada sekolah agama dan lain-lain yang tidak mampu saya tulis di sini.

Begitu juga dengan kerajaan Kedah dan Penang serta Perak.

Janganlah Khairy fanatik membabi buta kepada Umno sehingga menafikan fakta dan bukti yang terbentang di depan mata. Semua rakyat khasnya rakyat di negeri PR pernah merasa dan dapat membezakan bagaimana hebatnya kerajaan PR menjaga kebajikan mereka berbanding dengan BN.

Contohnya bagaimana kerajaan PR Perak berjaya menyelesaikan isu tanah di kampung baru yang gagal ditangani oleh BN selepas lebih 50 tahun.

Rakyat sebenarnya sedar dan tahu tentang betapa prihatinnya kerajaan PR kepada kebajikan rakyat. Hanya Khairy sahaja yang tidak nampak atau sengaja buat tidak nampak.

Berpolitik berpolitik juga jangan sampai rakyat tertawa kita wahai Khairy. Rakyat sekarang sudah cerdik dan akses kepada maklumat, jangan samakan dengan 20 tahun lalu.

SUMBER http://mutaligat.blogspot.com/

Sunday, January 31, 2010

HARI WILAYAH PERSEKUTUAN

Bagi pihak PAS Wilayah Persekutuan dan Labuan (PAS Wilayah Persekutuan), saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan yang jatuh pada 1 Februari 2010 kepada seluruh warga Wilayah Persekutuan dan Labuan. Sesungguhnya, di bumi Wilayah Persekutuan inilah kita bersama-sama menuai jasa bakti bagi membangunkan sebuah negeri yang menjadi mercu tanda kemegahan rakyat Malaysia.

Umum mengetahui bahawa Wilayah Persekutuan khususnya Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah ibu negara Malaysia. Sebagai ibu negara di sebuah negara maju, ia menjadi tumpuan baik rakyat Malaysia sendiri mahupun pelancong dari luar. Wilayah Persekutuan adalah model kepesatan kemajuan negara lambang kemodenan Malaysia.

Dalam menghadapi hidup di ibu kota yang semakin mencabar, sudah tentu warga Wilayah Persekutuan merasa terbeban dengan pelbagai tekanan hidup. Daripada kenaikan kos hidup yang semakin tinggi, krisis pekerjaan yang serius, gejala sosial yang meningkat, jenayah yang menjadi-jadi, kegiatan ekonomi yang menguncup, masalah trafik yang tidak selesai dan pelbagai lagi masalah yang menimpa. Warga Wilayah Persekutuan amat mengharapkan pembelaan dari kerajaan yang menunjangi negara ini.

Pelbagai perkhidmatan yang dijanjikan dan ditawarkan untuk rakyat amat ditagih bagi menyelesaikan kemelut yang membelenggu rakyat. Dalam hal ini, kita melihat perkhidmatan untuk rakyat yang disediakan kerajaan masih belum mencapai tahap yang memuaskan.

Antara contoh perkhidmatan yang sedang dibangunkan adalah klinik 1Malaysia yang dilancarkan baru-baru ini di kawasan penduduk awam. Khidmat kesihatan percuma yang terbaik adalah perlu bagi rakyat Malaysia. Sepertimana banyak yang berlaku di negara maju, kesihatan adalah keperluan yang mesti dipenuhi oleh kerajaan.

Idea dan matlamat Klinik 1Malaysia ini baik, iaitu untuk membantu rakyat khususnya orang awam untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan secara percuma. Namun khidmat kesihatan ini belum benar-benar memenuhi keperluan rakyat apabila kerajaan tidak membekalkan bersama doktor di setiap klinik ini. Yang ada hanyalah pembantu perubatan yang tidak boleh memberi rawatan penuh kepada pesakit. Yang kita harapkan agar Klinik 1Malaysia yang dilancarkan baru-baru ini setaraf dengan pusat kesihatan di negara maju, setidak-tidaknya setaraf dengan pusat kesihatan milik swasta.

Selain itu, rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang disediakan bagi membantu warga awam memiliki rumah sendiri juga tidak memuaskan. Pelbagai peraturan dan proses yang dikenakakan ternyata amat menekan pembeli rumah PPR seolah-olah mahu menafikan hak milik rumah sendiri kepada penghuni PPR. Sebahagian warga kelas bawahan gagal untuk memiliki rumah PPR akibat dari kos deposit sebanyak RM6,000 yang perlu dibayar dalam masa singkat . Sedangkan ramai yang tinggal di rumah PPR adalah mereka yang berpendapatan rendah, warga emas, OKU, dan ibu tunggal.

Bagi sesi baru pemerintahan YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-enam, Kementerian Wilayah Persekutuan ditukar nama kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. YB Dato Raja Nong Chik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar diharap mampu merealisiasikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat warga Wilayah Persekutuan tanpa mengira latar belakang politik dan ideologi mereka.

Walaupun demikian, kesejahteraan yang diidamkan rakyat sesuai dengan nama kementerian tersebut belum dapat dirasai oleh segenap lapisan rakyat di Wilayah Persekutuan. Masih terdapat kebimbangan mengenai peratusan jenayah yang tinggi di Kuala Lumpur. Antaranya seperti kes ragut, pecah rumah, kecurian, culik, rompak, rogol dan lain-lain. Ia menjadi igauan buruk buat warga untuk meninggalkan rumah di musim perayaan mahupun tinggal bersendirian di rumah.

Selain itu, dadah dan pelacuran masih menjadi masalah besar di ibu kota seperti di Kuala Lumpur ini. Masih banyak sarang penagih dan aktiviti pelacuran dikesan di sekitar Chow Kit,Lorong Haji Taib, Bukit Bintang, Bangsar dan lain-lain. Antara punca berlakunya dadah dan pelacuran ini adalah kerana bercambahnya kelab-kelab malam. Kita merasa kesal dan bertanya mengapakah tiada tindakan berkesan dari pihak DBKL, Polis serta Majlis Agama Islam (MAIWP) untuk menyekat pusat hiburan daripada beroperasi di tengah-tengah bandar setakat ini.

PAS Wilayah Persekutuan amat mengharapkan pihak Kementerian agar segera mensejahterakan penduduk di ibu kota daripada pelbagai gejala sosial yang menimpa anak-anak muda. PAS WP sanggup duduk semeja dengan pihak Kementerian dan agensi kerajaan bagi merundingkan pelbagai aktiviti bermanfaat serta pengisian rohani bagi mengisi masa anak-anak muda.

Kita juga mengharapkan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, YB Dato' Nong Chik agar menjadikan insititusi masjid sebagai entiti terpenting pembentukan jatidiri warga Wilayah Persekutuan. Kami mengharapkan urusan masjid diserahkan sepenuhnya kepada jawatankuasa kariah yang bertanggungjawab mengimarahkan masjid tersebut. Jangan mempolitikkan masjid dengan merampas, melucut atau melantik Jawatankuasa Masjid sesuka hati di samping menyekat program-program keagamaan yang bertujuan membina masyarakat. Dengan ini penghayatan agama Islam dapat dilaksanakan sepenuhnya dengan memberi kebebasan kepada jemaah masjid menentuka aktiviti yang berfaedah buat masyarakat sekitarnya.

Akhir sekali saya mendoakan kesejahteraan dan kebaikan buat semua warga Wilayah Persekutuan yang menyambut Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2010. Semoga kita terus hidup dengan budaya dan suasana yang tenteram, sihat dan aman di Malaysia ini.

HJ MOHAMAD NOOR BIN MOHAMAD
PESURUHJAYA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN