
Majoriti pengundi Hulu Selangor terdiri daripada orang Islam. Anda sudah diberit

Posted by pondokmaya at 10:40:00 PM 0 comments
Labels: politics
Kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor terpaksa melabuhkan tirainya tepat jam 12 tengah malam ini. Apapun, yang pasti pertembungan antara Datuk Zaid Ibrahim yang mewakili PKR dan P Kamalanathan dari BN esok dijangka sengit. Sehingga saat ini, kedua-dua parti menggunakan tempoh kurang daripada 10 jam berkempen untuk menggerakkan jentera masing-masing hingga ke saat terakhir dalam misi menawan hati pengundi, apabilah pengundian bermula jam 8 pagi esok. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak serta timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin terus mengetuai jentera BN menggempur kawasan-kawasan yang dipercayai kubu pembangkang. Manakala Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta pemimpin lain bertungkus lumus cuba mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti tipis, 198 undi datipada jatuh ke tangan BN. Mursyidul Am PAS yang jelas uzur dan terpaksa bertongkat juga sedang berkempen dan bertemu pengundi di Hulu Selangor. Lim Kit Siang dan Nik Aziz bertungkus memainkan peranan untuk tawan hati pengundi. Jika semalam Ilham Centre dalam kaji selidiknya mendakwa kemenangan akan memihak kepada Barisan Nasional, kajian sebuah lagi pertubuhan bebas menunjukkan pengundi Hulu Selangor mula mendekati Pakatan Rakyat. Kajian Zentrum Future Studies Malaysia, mengenai Analisis Kajian Mikro Persepsi Kepercayaan Politik menunjukkan Pakatan Rakyat yang diwakili PKR berada di hadapan dengan sokongan 51.7 peratus berbanding 48.3 peratus yang diperolehi Barisan Nasional. Perbezaan tipis 3.4 peratus itu masih membimbangkan kedua-dua Pakatan dan BN apabila menuju penghujung kempen yang mungkin akan pengaruhi bagaimana pengundi membuat keputusan esok. Keputusan kajian yang diperolehi sebelum tengah malam semalam menunjukkan BN memperolehi 51.4 peratus sokongan manakala Pakatan pula mendapat sokongan 48.6 peratus pengundi. Ia akan menjadi menarik bagaimana keputusan malam terakhir hari ini sebelum pembuangan undi samada dapat memberi gambaran jelas siapa mendahului. Zentrum yang diketuai pengasas dan presidennya Abu Hassan Hasbullah, dari Universiti Malaya mengumpulkan data secara harian kerana ia merasakan perubahan tertentu boleh mempengaruhi sentimen pengundi. Menurutnya sokongan kecil memihak kepada Pakatan atas alasan komunikasi dan peranan media baru, di samping kain rentang, poster dan ceramah yang kini dikatan memberi kesan. Zentrum berharap kajian ini boleh dijadikan rujukan untuk menentukan corak pengundian pada masa depan. Pemuda sokong Pakatan Kajian Zentrum menunjukkan 61 peratus masyarakat Melayu memilih BN manakala sokongan kaum India adalah sebanyak 54 peratus. Namun sokongan kaum Cina kepada PKR berada pada tahap yang tinggi, iaitu 78 peratus. Golongan lelaki pula dilihat sebagai penyokong kuatan Pakatan dengan 58 peratus manakala wanita (69 peratus) menyokong BN. Apa yang lebih menarik ialah kajian menunjukkan 37 peratus wanita Melayu masih belum membuat keputusan sejak semalam berbanding wanita India dan Cina yang kebanyakkan mereka telah membuat keputusan. Turut mencuri tumpuan ialah kajian mendapati 57 peratus golongan muda iaitu responden yang berusia antara 21 hingga 30 tahun menyokong pembangkang manakala 58 peratus daripada golongan mereka yang berumur 31 hingga 40 juga menyokong calon PKR. Manakala golongan tua dan warga emas seperti mereka berumur yang 40 hingga 59 serta golongan berumur 60 ke atas adalah penyokong kuat BN. Peranan media baru Kajian Zentrum juga menunjukkan 72 peratus penduduk kawasan bandar bergantung pada media baru. Manakala kajian juga menunjukkan media baru berjaya menembus 42 peratus ke kawasan pendalaman. Beberapa faktor mempengaruhi corak mengundi setelah tempoh berakhir kempen hampir tamat iaitu: • pengaruh dan kehadiran pemimpin berpengaruh, • pengaruh media baru dan tradisional, • pengaruh atmosfera demokrasi seperti ugutan kepada kakitangan awam, masyarakat dan keluarga serta, • pengaruh budaya dalam isu agama. Kajian juga menunjukkan faktor yang akan menentukan kemenangan seseorang calon bergantung pada faktor pengundi yang akan keluar mengundi. Ia mengambil kira faktor umur dan jantina mereka. |
Posted by pondokmaya at 5:55:00 PM 0 comments
Semuanya ibarat ‘menanam tebu di bibir mulut’ yang hanya bertujuan meraih undi dan memenangkan calon mereka.
Memang itulah sikap BN yang menjijik dan memuakkan rakyat seperti yang dilakukan pada setiap kali pilihan raya kecil.
BN dengan pelbagai jentera daripada agensi kerajaan menjanjikan beberapa projek termasuk pembinaan sekolah baru, tembatan banjir, perumahan kepada peneroka, bantuan baiki rumah, baik pulih masjid, bantuan kepada peneroka Felda yang ingin jadi usahawan dan peruntukan tambahan untuk baiki bumbung rumah pangsa.
Pakatan Rakyat hanya menawarkan apa yang mampu dilaksanakan seperti memberi bantuan pelajaran kepada anak keluarga miskin, hak milik tanah, pengecualian cukai pintu serta air percuma kepada penduduk.
Dalam masa dua tahun memrintah, rakyat Selangor sudah menikmati kemudahan dan bantuan disediakan kerajaan negeri yang diterajui Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, termasuk elektrik percuma, air percuma dan bantuan khairat kematian RM2,500 kepada semua kaum dan lain-lain.
Ketika inilah kalau nak lihat muka bapak menteri dan pemimpin bertemu rakyat, selepas mereka menang atau kalah pilihan raya nanti, bayang mereka pun tidak nampak sampai ke pilihan raya akan datang.
Sekarang ini mereka ambil kesempatan buat sibuk meninjau pelbagai masalah rakyat dan melawat setiap ceruk rumah penduduk untuk menggambar mereka prihatin dengan masalah rakyat.
Kalaulah mereka benar-benar jujur untuk membela nasib rakyat, dalam masa berpuluh tahun memerintah takkan sampai sekarang nasib rakyat masih tidak terbela.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sendiri sudah mengakui kesilapan BN sehingga parti itu dihukum rakyat pada pilihan raya umum lalu menyebabkan mereka negeri dikuasai Pakatan Rakyat.
Hishammuddin sekarang ini merayu kepada pengundi Hulu Selangor supaya sekali lagi memberi peluang kepada BN membaiki kesilapan lalu.
Takkanlah begitu mudah rakyat di Hulu Selangor boleh melupakan kesilapan lalu yang dilakukan BN.
Ada baiknya pengundi di Hulu Selangor memberi peluang kepada calon PKR yang mewakili Pakatan rakyat, Datuk Zaid Ibrahim membela nasib mereka daripada mengharap BN seperti ‘menunggu buah tidak luruh’.
BN ini boleh dikatakan ‘cakap tidak serupa bikin’. Mereka sebenarnya menzalimi rakyat apabila menafikan hak royalti minyak kepada Kelantan dan sebelum ini Terengganu ketika diperintah PAS.
Bagi meyakinkan rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak kononnya menugaskan Datuk Seri Noh Omar mengawasi semua janji itu ditunaikan.
SUMBER http://www.harakahdaily.net/
Posted by pondokmaya at 5:38:00 PM 0 comments
Labels: politics
Posted by pondokmaya at 7:06:00 PM 0 comments
Labels: politics
Posted by pondokmaya at 6:44:00 PM 0 comments
Labels: politics
“Saya tidak suka untuk melabelkan seseorang dan saya tidak kisah sekiranya BN mahu melabelkan saya sebagai apa pun.
“Sebelum ini pun, Muhyiddin (Tan Sri) ada kata saya calon ‘very lightweight’.
“Saya pun tidak tahu mengapa jadi, saya tidak hiraukan sangat tentang perkara itu,” katanya selepas berucap pada program Ceramah Perdana di Taman Desa Kelisa, Ulu Yam Bharu dekat sini malam tadi.
Zahid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri juga tidak kisah sekiranya BN mahu menyerang secara peribadi kerana bagi beliau ia bukan sesuatu yang penting jika hendak dibandingkan dengan masalah rakyat di Hulu Selangor.
“Mereka (BN) dan serang saya secara peribadi sejak empat tahun lepas lagi... sebab itu saya tidak kisah sekiranya mereka masih ingin melakukannya lagi.
“Selain itu, selama ini pun mereka sudah banyak memfitnah saya sepanjang bersama mereka dahulu. Apa yang penting sekarang saya akan terus berkempen sampai hari pengundian nanti,” katanya.
Zaid menambah, kempen pilihan raya pada hari pertama memang amat memenatkan tetapi beliau gembira kerana kehadirannya diterima dengan baik oleh pengundi Hulu Selangor.
“Saya begitu gembira kerana sambutan yang diterima amat baik dan saya harap ia akan berterusan sehingga minggu depan (hari pengundian).
SUMBER http://www.themalaysianinsider.com/
Posted by pondokmaya at 11:56:00 AM 0 comments
Labels: politics
Umno bakal gigit jari lagi nampaknya. Cubaan untuk menjatuhkan imej dan wibawa MB Selangor sekali lagi akan menemui kegagalan. Bahkan lebih buruk dari itu, makar jahat itu akan menempelak Umno sendiri. Kini hampir nasi telah jadi bubur. Sekali lagi pimpinan Umno akan diaibkan.
Isu YBK memang mahu digunakan sebagai modal politik besar mereka di Pilihanraya Kecil Hulu Selangor. Kampus UiTM Yayasan Basmi Kemiskinan mendadak menjadi sebutan di bibir rakyat Selangor ketika media BN memutarnya dengan dahsyat sekali.
Tampaknya segala akan ‘backfire’. Malang. Lebih perit dan siksa lagi kerana kesemua ini akan didedahkan semasa kempen PRK Hulu Selangor ini. Mentelahan cadangan tapak kampus itu juga adalah di Serendah, Hulu Selangor.
Cermat dan teliti seperti biasanya, MB Selangor yang diserang teruk dengan dakwaan kononnya menghalang penubuhan kampus UiTM di atas tanah seluas 448 ekar di Serendah oleh Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), mengarahkan ketika itu YBK di audit. Penulis, salah seorang ahli panel Penstrukturan Semula Air Selangor cukup memahami ketelitian dan kepantasan beliau bertindak khususnya dalam hal urusan kewangan korporat.
Dakwaannya beliau khianat kepada bangsa Melayu, kerana bukankah UiTM, universiti afirmatif Melayu itu, bagi membantu anak-anak Bangsa Melayu yang hendak dibantu YBK? Beliau kononnya petualang bangsa serta ‘ merupakan satu tindakan politik yang mengenepikan kepentingan Melayu’.
MB Selangor ini cukup mengerti menangani pembangkang di Selangor. 2 tahun pentadbirannya, ramai pimpinan pembangkang telah di’dedahkan’ akibat gelagat buruk mereka sendiri.
Kini laporan awal telah diedarkan kepada Dewan Undangan Negeri , khabarnya oleh Jabatan Audit Selangor, sebuah agensi di bawah Kerajaan Persekutuan telah di terbitkan.
Sebuah Jawatan Kuasa Khas akan ditubuhkan yang bakal dianggotai oleh pihak Majlis Peguam dan sebuah badan integriti tempatan yakni Transparency International bagi meneliti laporan dan melengkapkan serta tindakan selanjutnya. Kertas putih kerajaan negeri,pada hemat penulis, bakal menyusul
Meneliti laporan awal audit mendapati YBK ini bertindak lebih umpama sebuah badan korporat yang urusniaga utama atau ‘core business’ nya ialah ‘komersial’. Laporan tentang ramai mana golongan miskin tegar dan miskin relatif, dan mudah miskin, yang dikeluarkan dari kepompong kemiskinan, yang sepatutnya tumpuan utama mereka, tidak kedapatan.
YBK yang ditubuhkan sejak 1990, sejak itu telah dianugerahkan kerajaan negeri BN sejumlah 1,977,428 ekar tanah dibeberapa daerah termasuk rawang, Gombak dan Kuala Selangor tetapi tidak pernah menerima bayaran mahupun laporanya. Kini PBK dan anak-anak syarikatnya berhutang sebanyak RM7.6 juta dalam bentuk cukai tanah kepada kerajaan negeri.
Laporan itu juga mendedahkan bagaimana 16 lot tanah milik Permodalan YBK Sdn Bhd, anak syarikat YBK telah menggadai atau mortgaged, dengan izin, yang bernilai RM102 juta kepada beberapa pihak. Laporan kewangan YBK yang disiarkan dalam web rasminya tidak membuat apa-apa perincian terhadap aktiviti subsidiary termasuk hal urusan cagaran dsbnya.
Satu lagi pendedahan bersabit projek perumahan di Rawang di atas 8.5 ekar tanah untuk golongan miskin di kawasan Gombak yang telah dibatalkan. Projek tersebut telah ditukar menjadi pembangunan ‘mixed’ yang terdiri dari 410 unit komersial, partment kos sederhana dan flat kos rendah.
Laporan audit turut mendedahkan bahawa YBK dan subsidirinya di kuasai oleh Datuk Zainal Abidin Sakom dmasuk isterinya yang menjadi salah seorang pengarah YBK.
Data terkini yang diperoleh dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendedahkan, PYBK bukan dimiliki sepenuhnya oleh YBK. YBK hanya memiliki 12,500 unit saham dalam PYBK.
Pemegang saham lain, Prihatin Ehsan Holding Sdn Bhd memilik 6,200 unit saham manakala Fajar Synergy Sdn Bhd memiliki 6,250 unit saham.
Fajar Synergy Sdn Bhd yang dianggotai Mohd Hilmi Yusop sebagai pengarah manakala Khairul Anuar Selamat@Keliwon sebagai Pengarah syarikat dan Setiausaha syarikat.
Prihatin Ehsan Holding Sdn Bhd pula, Datuk ZainalAbidin Sakom dan Zulhairy Jalaludin sebagai Pengarah syarikat sementara setiausaha syarikat, Rahimi Mohd Noor.
Terdapat keraguan terhadap rancangan pembinaan universiti di Serendah kerana YBK didakwa tidak membuat permohonan rasmi kepada agensi kerajaan terlibat. Oleh itu Menteri Besar mahukan perkara pembinaan kampus UiTM ini dijalankan dengan telus dan bertanggungjawab.
Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini telah memohon agar YBK melantik Menteri Besar Selangor sebagai pengerusi badan itu manakala ahli Exco Kebajikan dan dua lagi wakil kerajaan negeri dilantik sebagai ahli lembaga penasihat. Ini bagi membolehkan MB dan kerajaan negeri memantau projek tersebut. Namun begitu, YBK telah menolak permohonan itu.
Bahkan sebaliknya YBK dengan Umno Selamgor menganjurkan demonstrasi di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam bagi membantah cara Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menangani isu YBK. Dipimpin ketua penerangannya Shukor Idrus, mereka dan anggota NGO Melayu Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) berarak daripada masjid negeri. Perkasa menuduh beliau ’angkuh, sombong, berdendam dan menyalahgunakan peruntukan kanun tanah apabila memulangkan bayaran cukai tanah YBK’.
Keputusan MB akhirnya adalah untuk mengambil semula tanah 448 ekar di Serendah yang ditindik untuk projek pembinaan kampus UiTM, meskipun Yayasan Melaka mendakwa sanggup membayar cukai tanah berjumlah RM 5.34 juta, yang dihutang oleh YBK kepada kerajaan negeri.
Asas penolakan bayaran dari Yayasan Melaka, mengikut penjelasan Kerjaan Selangor adalah kerana Seksyen 98 dari Kanun Tanah Negara yang tidak menerima bayaran kecuali dari pemilik tanah. Laporan Audit juga mengesahkan bahawa kedua dua YBK atau PYBK tidak membuat permohonan secara rasmi untuk membangunkan sebuah universiti.
Kertas Putih Kerajaan Negeri Selangor akan bakal mendedahkan segala-segalanya dari perilaku buruk pimpinan Umno dalam pengurusan kewangan negeri dalam dekad-dekad pemerintahan Umno/BN. Bersiaplah!
Pepatah Melayu lama ada menyebutkan ”Songkok pesok dek lonjak awak”. Pepatah Inggeris pula mengingatkan kita ”Orang yang tinggal dalam rumah kaca, jangan baling batu”.
Tegasnya, untuk ingatan semua, inilah antara yang dijanjikan kerajaan Pakatan di Selangor. Bukan hanya air percuma dan segala imbuhan serta pemberian bagi membantu rakyat.
Paling penting, Pakatan menghadiahkan kerajaan yang Telus dan Bertanggungjawab kepada rakyat! Bukan sekadar melaung slogan ”Juara Rakyat” tetapi sebaliknya mengkhianati dan menindas rakyat.
SUMBER http://drdzul.wordpress.com/Posted by pondokmaya at 11:36:00 AM 0 comments
Masa depan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia keenam semakin gelap dan diibaratkan bagai telur dihujung tanduk berikutan tindakan berani tiga peguam kanan Perancis yang memfailkan permohonan di mahkamah Paris menjalankan siasatan berhubung dakwaan rasuah dan pembayaran komisyen dalam pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia.
Menurut laporan Asia Sentinel yang bertajuk "Murky Arms Deal Linked To International Pattern of Kickbacks" oleh wartawan John Berthelsen bertarikh 16 April 2010, skandal berbilion dolar ini yang didakwa didalangi oleh Najib kini tidak lagi dapat dibendung dalam Malaysia dan kini telah melimpah ke arena antarabangsa.
Asia Sentinel berkata tindakan peguam, William Bourdon, Renaud Semerdjian dan Joseph Breham dengan kerjasama pertubuhan hak asasi Malaysia, Suaram, memfailkan kes tersebut dengan pihak pendakwa Perancis telah memusnahkan perancangan kerajaan Malaysia melalui badan kehakiman dan institusi Parlimen selama lapan tahun untuk menyekat kes ini daripada diadili pada peringkat antarabangsa.
Barisan hakim di Pejabat Pendakwaraya Paris telah menjalankan penyiasatan terhadap pegawai tinggi di Perancis, Pakistan dan negara lain berkaitan urusan pembelian kapal selam yang sama yang didakwa ada kaitan dengan unsur rasuah dan pembayaran komisyen.
Elemen pembabitan Malaysia dalam penyiasatan panjang ini disahkan dalam kertas siasatan bertarikh 4 Disember 2009 dan 23 Februari 2010.
Laporan itu menambah penyiasatan teliti tersebut dilakukan sejak dua tahun lalu oleh hakim penyiasat, Francoise Besset dan Jean-Christophe Hullin yang merangkumi ahli politik kanan Perancis serta penjualan kapal selam dan peralatan ketenteraan lain kepada kerajaan di seluruh dunia.
Media Perancis dikatakan tidak sanggup melaporkan sesetengah daripada tuduhan paling serius disebabkan kebimbangan implikasi politik.
Asia Sentinel menjelaskan dakwaan yang dibuat mempunyai kaitan dengan salah satu konglomerat pertahanan Perancis iaitu DCN yang dimiliki oleh kerajaan. Syarikat tersebut bergabung dengan firma elektronik Perancis, Thales pada 2005 menjadikannya antara kuasa dominan dalam industri pertahanan Eropah.
Anak syarikat DCN, Armaris terlibat dalam pembinaan kapal selam disel daripada kelas Scorpene yang dijual kepada India, Pakistan dan juga Malaysia. Kesemua kontrak jualbeli, menurut peguam yang bertindak bagi pihak Suaram, disyaki mempunyai unsur rasuah
Tambah laporan itu lagi sejak Najib berpindah portfolio daripada menerajui Kementerian Pertahanan ketika mana urusan jualbeli itu dikendalikan pada 2002 sehingga beliau menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno, skandal tersebut dilihat ancaman terbesar kepada kerajaan dan juga parti.
Kekuasaan Umno dilihat sebagai penghalang kepada skandal itu mendapat apa-apa pelunag untuk diutarakan dalam mahkamah Malaysia dan ini menjadi sebab utama mengapa Suaram terpaksa mendapatkan pertolongan daripada pendakwa Perancis.
“Kertas siasatan baru sahaja dikemukakan dan setakat ini telah menggerakkan siasatan awal polis terhadap aspek kewangan urusniaga tersebut," kata satu sumber Paris yang intim dengan pihak pertahanan Perancis.
"Belum ada siasatan rasmi lagi dan siasatan akan melihat kepada dokumen yang dirampas di DCN yang dilakukan ketika satu lagi penyiasatan dijalankan terhadap rasuah yang dibayar oleh DCN di Pakistan.
Sumber juga menyatakan pihak polis kini hanya menumpukan perhatian kepada dakwaan rasuah dan belum lagi melihat kepada kes pembunuhan wanita Mongolia pada 2006 yang bekerja sebagai penterjemah bagi pihak Najib dan sahabat beliau, Abdul Razak Baginda semasa berada di Paris berhubung urusan perniagaan kapal selam.
Asia Sentinel mendedahkan terdapat banyak kes pembunuhan yang berkaitan urusan penjualan pertahanan DCN di Taiwan dan Pakistan. Pendakwaraya mensyakki kematian 11 jurutera kapal selam Perancis dalam kejadian letupan bom pada 2002 di Karachi, yang pada mula dianggap perbuatan Al-Qaeda, sebenarnya adalah pembunuhan balas dendam akibat keenganan pihak Perancis untuk memberi rasuah bernilai jutaan dolar kepada pegawai tentera Pakistan.
Pembabitan Malaysia berkisar dakwaan pembayaran komisyen berjumlah €114 juta (RM540 juta) kepada sebuah syarikat tempatan, Perimekar bagi perkhidmatan sokongan berkaitan pembelian kapal selam. Perimekar dimiliki oleh KS Ombak Laut Sdn Bhd yang dipunyai oleh sahabat baik Najib, Abdul Razak Baginda. Isteri Abdul Razak, Maslinda ialah seorang peguam dan bekas majistret serta pemegang saham syarikat tersenut menurut peguam Perancis.
“Dalam tempoh beberapa tahun kebelakang ini, hakim di Perancis telah menyiasat beberapa kes yang melibatkan DCN," kata peguam Renaud Semerdjian kepada Asia Sentinel dalam temuramah melalui talipon.
"Ini bukanlah kes seumpama yang pertama disiasat. Terdapat banyak lagi ks yang serupa di Pakistan dan juga India. Apabila dilihat secara dekat setiap kali berlaku penjualan senjata maka kemungkinan pelanggaran undang-undang adalah amat tinggi.".
Sebagai Menteri Pertahanan dari tahun 2000 hingga 2008, Najib telah bertanggungjawab terhadap perancangan menaiktaraf pertahanan angkatan tentera Malaysia secara besar-besaran. Ini termasuk pembelian dua kapal selam daripada Armaris dan pajakan sebuah lagi kapal kelas Agosta yang pernah digunakan oleh tentera laut Perancis.
Jet pejuang Sukhoi juga dibeli Rusia dalam tempoh Najib menerajui Kementerian Pertahanan termasuk juga jutaan ringgit dicurahkan kepada kapal peronda perairan. Kesemua pembelian ini telah menimbulkan kecurigaan oleh pihak pembangkang dalam Parlimen Malaysia tetapi sebarang usaha penyiasatan berjaya dikekang oleh Umno. Malah apabila soalan diaju kepada Najib, beliau menjadi marah dan enggan menjawab.
Walaupun usaha hebat dilakukan oleh Umno untuk menutup kes rasuah berhubung pembelian peralatan tentera oleh Najib, isu pembunuhan penterjemah Mongolia berusia 28 tahun, Altantuya Shaariibuu yang juga kekasih yang ditinggalkan Abdul Razak akhirnya mendedahkan segala penyelewengan yang berlaku kepada perhatian dunia. Altantuya yang berperanan dalam perbincangan jualbeli kapal selam mendedahkan dalam suratnya yang dijumpai selepas kematian beliau bahawa dia cuba mengugut Abdul Razak untuk mendapatkan US$500,000.
Bagaimanapun Altantuya ditembak mati pada Oktober 2006 dan mayatnya diletupkan oleh dua pengawal peribadi Najib dengan menggunakan bahan letupan setelah Abdul Razak mengadu kepada ketua pengawal peribadi Najib, Musa Safri supaya menghalang Altantuya daripada menganggu beliau. Tidak lama setelah dibebaskan pada November 2008 dalam keadaan keputusan hakim yang meragukan, Abdul Razak meninggalkan Malaysia dan menetap di England. Kedua pengawal peribadi Najib tersebut dihukum tetapi tidak ada motif dibuktikan mengapa mereka melakukan pembunuhan itu.
Walaupun terdapat pengakuan daripada salah seorang yang tertuduh bahawa mereka akan dibayar lumayan sekiranya melupuskan wanita itu namun pihak mahkamah tidak membenarkan penyiarannya.
Urusan pembelian kapal selam itu tidak pernah dibangkitkan sepanjang perbicaraan mahkamah selama sebulan yang memperlihatkan bagaimana pendakwa, peguambela dan juga hakim berganding bahu bagi memastikan nama Najib tidak sesekali dikaitkan dalam mahkamah. Malah seorang penyiasat persendirian yang diupah oleh Abdul Razak untuk melindungi daripada Altantuya membuat pengakuan bersumpah yang menunjukkan bahawa Najib sebenarnya kekasih wanita Mongolia itu dan kemudiannya diserahkan kepada Abdul Razak.
Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam mendedahkan bagaimana beliau dinyahkan dari Kuala Lumpur. Akhirnya beliau keluar daripada tempat persembunyian di India untuk menceritakan bahawa seorang ahli perniagaan yang rapat dengan isteri Najib telah menawarkan RM5 juta untuk menutup mulut dan meninggalkan negara. Bala juga mengatakan beliau menemui adik Najib, Nazim yang meminta beliau menarik balik akuan bersumpah yang dibuat.
Dalam penyiasatan yang sedang dijalankan di Paris sekarang, isunya berkisar apakah syarikat Perimekar kepunyaan Abdul Razak berhak kepada komisyen sebanyak RM540 juta tersebut.
Datuk Zainal Abidin Zin, Timbalan Menteri Pertahanan ketika itu memberitahu Parlimen, Perimekar menerima amaun tersebut iaitu 11 peratus daripada harga jualan kapal selam untuk "koordinasi dan khidmat sokongan". Kertas siasatan di Paris menunjukkan tidak ada sebarang jenis perkhidmatan sedemikian diberikan.
Menurut kertas siasatan, Perimekar didaftar pada 2001, beberapa bulan sebelum kontrak jualbeli ditandatangan. Syarikat tersebut menurut kertas siasatan itu lagi," tidak mempunyai daya kewangan yang kukuh untuk melaksanakan kontrak tersebut." Semakan akaun pada 2001 dan 2002 kata kertas siasatan itu lagi,"menunjukkan dengan jelas bahawa syarikat ini tidak langsung ada sebarang kemampuan atau kemampuan perundangan atau kemampuan kewangan dan/atau kepakaran untuk menyokong kontrak sedemikian rupa."
"Tidak seorang daripada pengarah atau pemegang saham Perimekar mempunyai pengalaman walau sedikit dalam pembinaan, penyelenggaraan atau logistik kapal selam," tegas kertas siasatan itu. "Di bawah terma kontrak €114 juta (RM540 juta) adalah berhubung beberapa peringkat pembinaan kapal selam." Pertimbangan pembayaran kepada Perimekar "adalah secara bulanan dan kos tanggungan penginapan anak kapal Malaysia sepanjang tempoh latihan mereka. Maka dengan itu tidak ada sebarang kaitan antara langkah-langkah pembilan dan peringkat pembinaan kapal selam seperti yang dinyatakan."
Pada 1 April 2010 Asia Sentinel melaporkan perkhidmatan penyelenggaraan kapal selam dilakukan oleh sebuah syarikat bernama Boustead DCNS iaitu syarikat kerjasama antara BHIC Defence Technologies Sdn Bhd, anak syarikat Boustead Heavy Industries Corp Bhd yang senaraikan di Bursa Malaysia, dan DCNS SA, anak syarikat DCN. Bahagian Industri Berat Boustead kini memasukkan Perimekar sebagai "sekutu kumpulan. PSB terlibat dalam pemasaran, menaiktaraf, penyelenggaraan dan khidmat berkaitan bagi industri pertahanan maritim Malaysia," menurut laporan tahunan Boustead.
Pada asalnya Boustead memaklumkan kepada Bursa Malaysia bahawa kontrak perkhidmatan adalah berjumlah RM600 juta untuk tempoh enam tahun atau RM100 setiap tahun tetapi kontrak itu kemudiannya melambung kepada RM270 juta setahun. Boustead Holdings dimiliki sebahagiannya oleh Kerajaan Malaysia dan berkait rapat dengan Umno.
"Terdapat asas kukuh untuk mempercayai bahawa (Perimekar) diwujudkan hanya untuk satu tujuansahaja: mengurus pembayaran komisyen dan mengagihkan amaun kepada penerima berlainan termasuk penjawat awam dan/atau orang tengah Malaysia atau asing," dedah kertas siasatan itu lagi.
SUMBER http://suara-keadilan.com/
Posted by pondokmaya at 11:16:00 AM 0 comments