Nasib rakyat Palestin dan peranan kerajaan zionis Israel menjadi masalah antarabangsa dan kemanusiaan, dan bukan untuk ahli-ahli politik Malaysia mengambil peluang menawan hati para pengundi Melayu beragama Islam. Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) akan sentiasa bersikap adil dan melayan semua rakyat dengan saksama serta rakyat di negara lain yang tertindas. Empat pemimpin UMNO telah menyuarakan pandangan mereka tentang pendirian Anwar Ibrahim berhubung sikap agresif Zionis, terutamanya mengenai artikel dalamThe Washington Post yang disiarkan baru-baru ini. Pemimpin-pemimpin UMNO ini - Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim dan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin - lekas mengambil kesempatan ini untuk memutar belit kenyataan penulis, yang menulis: Beliau (Anwar) berkata beliau kesal menggunakan istilah "tindakan agresif Zionis", yang biasa digunakan oleh pemimpin bersuara lantang seperti Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad. "Kenapa saya perlu menggunakannya jika sekiranya ia boleh mencetuskan banyak salah faham?" Beliau berkata, "saya perlu lebih berhati-hati." Sekiranya pemimpin-pemimpin UMNO ini tidak dapat memahami Bahasa Inggeris yang mudah ini, maksudnya ialah Anwar kesal menggunakan istilah seperti yang digunakan oleh Presiden Iran kontroversial, iaitu Mahmoud Ahmadinejad, yang boleh menimbulkan salah faham dalam masyarakat antarabangsa. Anwar kemudian secara merendah diri mengakui beliau perlu lebih berhati-hati cara beliau mengkritik kerajaan Zionis Israel, khususnya dalam situasi di mana tuduhan anti-semitik sangat berleluasa. Bagaimanapun, pendirian Anwar (gambar kanan) dan KEADILAN tentang tindakan agresif 'Zionis' terhadap rakyat Palestin sangat jelas. Kami mengutuk serangan ganas terhadap kapal flotila Gaza baru-baru ini, diskriminasi, penindasan dan keganasan yang berterusan terhadap rakyat Palestin oleh kerajaan Israel, termasuk menyoal peranan Amerika Syarikat menyokong rejim 'Zionis'. Pada masa yang sama, kami menghormati semua hak orang Yahudi terhadap tanah air sendiri dan juga hidup secara aman bersama orang-orang Islam dan rakyat Palestin beragama Kristian. Malahan kami menolak diskriminasi, penindasan dan keganasan di Malaysia dan di luar negara. Mengenai sindiran bahawa Anwar rapat dengan orang-orang Yahudi Amerika, beliau secara terbuka menjelaskan bahawa mereka adalah kenalan beliau ketika beliau menjadi Menteri Kewangan Malaysia. Anwar memang menggunakan setiap peluang yang beliau perolehi untuk membangkitkan isu Palestin dan mendesak supaya pertikaian di Timur Tengah ditamatkan segera. Apa yang kerajaan pimpinan UMNO telah lakukan? Menteri Pertahanan Zahid Hamidi telah mengadakan pertemuan sulit dengan rakan sejawatnya dari Israel. Muhyiddin dan Khairy menyokong keputusan Perdana Menteri Najib Razak melantik APCO (yang disyaki mempunyai hubungan dengan Zionis) pada kadar bayaran RM77 juta setahun. Dan lebih mengecewakan ialah tindakan Rais menggunakan kuasanya untuk memastikan media arus perdana mengikut rentak UMNO-Barisan Nasional, yang kini menerima nasihat daripada APCO. Jika kerajaan UMNO-BN mahu menyampaikan maklumat terkini tentang nasib rakyat Palestin dan menunjukkan pendirian mereka tentang tindakan agresif 'Zionis', sila arahkan media arus perdana menterjemah dan menyiarkan artikel sepenuhnya dari The Washington Post dan mengatur satu majlis debat melalui siaran terus menerus di antara Anwar dan Najib. Biar semua rakyat Malaysia melihat dan mendengar sendiri apa yang dibuat oleh APCO di Malaysia. *Kenyataan media dikeluarkan daripada Jonson Chong, Pengarah Komunikasi PKR. SUMBER : http://merdekareview.com/
Friday, July 2, 2010
PENDIRIAN DSAI BERHUBUNG "ZIONIS"
Posted by pondokmaya at 9:27:00 PM 0 comments
Labels: politics
Monday, June 28, 2010
PASAL TAK DAFTAR MENGUNDI, UMNO KATA MELAYU BODOH
Berita Harian keluaran hari ini menyiarkan;(ringkasan)
KUALA LUMPUR: Kajian Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda UMNO mendapati nisbah antara orang Melayu dan bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi baru sejak Pilihan Raya Umum 2008 sehingga bulan ini adalah satu Melayu dan 40 bukan Melayu (1:40).
1.Adakah UMNO cuba menyatakan bahawa kaum Melayu bodoh?
2.Benarkah tanpa mengundi UMNO kuasa politik Melayu akan dihapuskan?Persoalannya,apakah kuasa politik Melayu?Apa tugas Ketua Negara dan Ketua Negeri?Merasmikan itu dan ini?Menyertai kembara seluruh negeri?
3.Nampaknya,setelah UMNO penat menyalahkan sebilangan rakyat yang menyokong pembangkang,kini UMNO mula menyalahkan mereka yang tidak mendaftar menjadi pengundi pula.
4.Hairan,dalam isu kekurangan bilangan pengundi Melayu ini,ada juga isu pengundi UMNO.Mana satu yang mahu didengar.
5.Apa-apa pun,macam biasalah,UMNO kini selalu mencari isu baru dan ingin menjadi wira dalam isu.
6.Baru-baru ini,isu JI,dipadamkan dengan berita 40 penyamun,eh silap,40 ulama muda menyertai UMNO.Nanti,40 ulama itu ada tauliah tak?(jeng3)
7.Sekarang ini,cuba menghidupkan pula semangat kuasa politik Melayu dengan propaganda cuba untuk menarik undi Melayu dengan isu kekurangan bilangan pengundi baru pula.
8.UMNO memang bijak,selain Dr.M,APCO juga masih dalam kontrak.
9.Kurang-kurang pun pengundi baru daripada kaum Melayu,UMNO masih menjadi kerajaan sekarang ini,tetapi,dengan wujudnya perkongsian kuasa dengan MCA dan MIC,jadi "Pak Turut"lah namanya tu.
10.Hairan juga,maknanya,secara tidak langsung PAS menang kerana pengundi bukan Melayu la pula kan?
SUMBER : http://keazamanmalaysia.blogspot.com/
Posted by pondokmaya at 9:24:00 PM 0 comments
Labels: politics
AZMIN NAFI BANTAH MB SELANGOR
Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali menafikan dakwaan wujud kumpulan lima belas Ahli Parlimen KEADILAN yang akan mengadakan protes terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkenaan dengan perlantikan Setiausaha Politik beliau yang baru, Faekah Husin.
Spekulasi dalam media timbul setelah beliau menyerahkan surat perletakkan jawatannya sebagai Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Rabu lalu.
"Saya jelaskan di sini bahawa berita yang disiarkan di dalam 'The Star Online' adalah tidak benar, kenyataan tersebut hanyalah spekulasi pihak tertentu yang dikaitkan dengan perletakkan jawatan saya dalam PKNS.
"Apa yang pasti maklumat ini adalah baru dan saya akan berjumpa dengan kesemua rakan-rakan saya untuk mendapat maklumat yang penuh terhadap dakwaan tersebut, kita akan meneliti setiap alasan yang diberikan kalau betul timbul rasatidak puas hati mungkin saya boleh menjadi wakil kepada rakan-rakan di dalam KEADILAN untuk meluahkan pendapat tersebut kepada Menteri Besar.
"Apa yang pasti saya tidak terlibat dalam spekulasi itu dan jangan buat andaian yang tidak betul," jelas Azmin ketika ditemui di lobi parlimen semalam.
Azmin juga ditanya media pendapat beliau berhubung perlantikan Faekah.
"Keputusan perlantikan tersebut sudah tentu terletak kepada budi bicara Menteri Besar, bagi saya perlantikan Faekah adalah satu penghormatan yang diberikan kepada seorang wanita dan ini menunjukkan dalam politik Pakatan Rakyat kita tidak meminggirkan peranan wanita untuk menyumbang kepada parti," kata beliau.
Tambah Azmin, beliau tahu isu tersebut akan diperbesarkan oleh Umno dan juga media arus perdana tetapi baginya isu itu tidak menjadi perhatian serius kepada pimpinan KEADILAN.
"Kita tahu kesempatan akan digunakan untuk membesarkan isu tersebut dan bagi saya itu bukan perkara yang perlu kita fikirkan, Umno akan menggunakan isu itu sebagai senjata mereka menyerang KEADILAN.
"Dari sudut politik kita melihat ini sebagai satu langkah positif dan keterbukaan kita membuat sebarang kritikan kepada pemimpin jika berlaku sesuatu yang kita rasa perlu ditegur.
"Jangan jadi seperti Umno ataupun parti komponen Barisan Nasional yang lain, orang bawahan tidak boleh menegur kesilapan pemimpin atasan. Politik mereka jelas mengamalkan sikap kuku besi jika ada yang menegur maka tindakan akan diambil samada dipecat atau dipinggikan terus," tegas Azmin lagi.
Azmin juga mahu Abdul Khalid mengambil serius spekulasi liar yang disebarkan sesetengah media dan berharap tindakan segera diambil agar ia tidak terus menjadi isu besar.
Beliau yakin dengan kepimpinan Abdul Khalid dalam mentadbir Selangor dan usahanya untuk menjadikan Selangor sebagai negeri contoh di negara ini.
SUMBER http://wargamarhaen.blogspot.com/
Posted by pondokmaya at 9:19:00 PM 0 comments
Labels: politics
Subscribe to:
Posts (Atom)