THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, May 26, 2011

MUHYIDDIN FITNAH DAP

Muhyiddin fitnah DAP lagi…

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagaimana yang dipetik oleh laporan Bernama semalam, “mengingatkan orang Melayu supaya tidak terpedaya dengan helah DAP yang didakwa bercadang meletakkan calon-calonnya di kalangan orang Melayu pada pilihan raya umum akan datang”.

Tidak ada salahnya kenyataan sedemikian kerana DAP sebagai parti yang menjunjung kebebasan bersuara sentiasa terbuka dalam menerima kritikan.

Yang menjadi masalah ialah apabila Timbalan Presiden UMNO itu dipetik sebagai berkata “Tindakan DAP itu hanya untuk mengabui orang Melayu kerana hakikat sebenarnya ia adalah sebuah parti cauvinis yang tidak pernah memperjuangkan nasib orang Melayu. Saya hendak ingatkan orang Melayu, inilah parti (DAP) yang paling cauvinis. Dia berkata dia berjuang untuk Malaysian Malaysia tetapi sejarah perjuangan DAP dari dulu hingga sekarang saya tahu terlalu cauvinistik.”

Muhyiddin: DAP parti cauvinis

Dengan hentam keromo, beliau menggunakan istilah “cauvinis” yang antara maksudnya semangat berpuak yang keterlaluan atauassabiyah dalam bahasa Arab yang bermaksud fanatik terhadap kaum atau puak sendiri dalam membenarkan kezaliman.

Tidak ada sebarang bukti jelas untuk menunjukkan DAP sebagai parti pelbagai kuam adalah parti cauvinis. Yang jelas UMNO, MCA dan MIC adalah parti-parti kaum (di mana kaum lain dilarang menyertai parti itu) yang boleh dianggap sebagai parti cauvinis, mengikut tafsiran Muhyiddin.

Dalam desakan dan tuntutan UMNO melalui gagasan Ketuanan Melayu serta penggunaan media arus perdana untuk menakut-nakutkan rakyat, boleh dinilai siapa yang “cauvinis” dalam erti kata sebenar.

Muhyddin: DAP tidak pernah meletakkan calon Melayu sebelum ini

Jelas Muhyiddin menganggap rakyat, khususnya orang Melayu buta sejarah dan akan percaya bulat-bulat fitnah itu, kerana DAP sejak penubuhannya pada 1966 bukan sahaja telah meletakkan calon-calon Melayu dan kaum-kaum lain tetapi juga para perwakilan telah banyak kali memilih pemimpin Melayu untuk menduduki Jawatankuasa Pusat parti.

Sebagai contoh, Haji Ibrahim Singgeh pernah menjadi wakil rakyat DAP bagi kawasan DUN Tapah Road (sekarang Air Kuning) di Perak pada pilihan raya 1969. Allahyarham juga pernah menjadi Timbalan Setiausaha Agung DAP. Calon wanita Melayu DAP Zaharah Ibrahim juga pernah bertanding melawan Menteri Besar Perak Tan Sri Ghazali Jawi bagi Dun Kenering walau pun tewas.

Antara nama-nama besar pemimpin Melayu DAP adalah Mohd Nor Jettey sebagai antara mereka yang terawal bersama parti, Daing Ibrahim Othman, Salleh Nakhoda, Fadzlan Yahya, Mohd Asri Othman, Ahmad Nor, Ahmad Ton, Tunku Abdul Aziz dan ramai lagi.

Muhyiddin: DAP tak pernah memperjuangkan (hak) Melayu, malah hanya mempertikaikan (dasar membantu orang Melayu)

Tanpa perlu menghurai panjang tuduhan-tuduhan seperti itu yang dimulakan sejak 1966 lagi, pendirian DAP ialah memperjuangkan hak semua kaum termasuk Melayu dan DAP hanya mempertikaikan dasar-dasar yang membantu pemimpin dan kroni-kroni UMNO. DAP tidak rela melihat Melayu (dan kaum-kaum lain) diperdaya oleh para pemimpin mereka yang sendiri yang meniupkan semboyan kaum tetapi membolot hak dan kekayaan untuk diri dan keluarga mereka sahaja.

Secebis kenangan, Lim Guan Eng terpaksa merengkok di penjara kerana membela nasib seorang gadis Melayu yang didakwa dianiaya oleh seorang pemimpin UMNO. Adakah itu caranya UMNO memperjuangkan Melayu atau apa ertinya pengorbanan Guan Eng yang memilih landasan politik keadilan untuk semua kaum?

Muhyiddin: DAP adalah sebuah parti perkauman berbanding parti-parti lain, “ada rekod dan sejarahnya, memang begitulah”

DAP tidak memperjuangkan ketuanan kaum, DAP tidak berat sebelah pada mana-mana kaum dan DAP tidak mendiskriminasikan mana-mana kaum atau individu berasaskan warna kulit atau kepercayaan agama. Semuanya jelas dalam Perlembagaan DAP yang menjadi amalan politik setiap anggota parti.

Dalam soal “sejarah”, penguasaan UMNO dan BN menyebabkan “sejarah” di negara ini ditulis mengikut kehendak kerajaan pusat, dan tiada ruang media bebas dibuka untuk perbincangan serius yang berasaskan fakta dan maklumat benar. Jika DAP adalah “parti perkauman”, bagaimana status dan amalan UMNO, MCA dan MIC yang jelas hanya mementingkan satu kaum sahaja, malah mengharamkan penyertaan ahli dari kaum-kaum lain.

Muhyiddin: “…sejarah telah membuktikan bahawa DAP tidak pernah memperjuangkan nasib semua kaum berbanding Barisan Nasional yang telah lama memperjuangkannya

Setiap rakyat prihatin ingin tahu di mana bukti-bukti sejarah dari semua pihak dan semua peringkat untuk membuktikan dakwaan yang dibuat secara sembarangan itu. Jika “sejarah” ditulis mengikut propaganda sendiri untuk memburukkan orang lain, maka itu tidak layak dijadikan bahan bukti.

Dengan adanya negeri-negeri Pakatan sekarang, rakyat boleh menilai sendiri prestasi amalan cekap, telus dan akauntabel DAP bersama PAS dan PKR dalam pentadbiran bersih di Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang yang menjaga kebajikan semua kaum.

Rakyat mampu menilai sama ada pentadbiran dan penjagaan kebajikan rakyat di Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang itu adalah lebih baik, atau lebih buruk atau setara dengan Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak yang berada di bawah pemerintahan BN.

Monday, May 23, 2011

DARI LIDAH PENGARANG ROKETKINI.COM

Beberapa blogger rasis serta akhbar Utusan Malaysia menyebarkan fitnah kononnya DAP terlibat dengan usaha (palsu) untuk untuk menjadikan Kristian agama rasmi Malaysia. Ada kalangan pihak berkuasa pula tanpa sebarang siasatan menerima bulat-bulat fitnah yang zalim lagi berbahaya itu.

“Utusan mahu meletakkan 1Malaysia di atas api. Ia adalah elemen paling jahat dan bahaya di negara kita pada masa sekarang. Bagaimana satu pembohongan macam ini boleh tersiar di muka depan akhbar Utusan Malaysia?

“Ini adalah permainan politik pihak-pihak yang sudah terdesak….mereka bersedia untuk melakukan apa sahaja,” kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang menyifatkan tuduhan liar itu sebagai satu pembohngan yang bahaya kepada negara.

Apa yang cuba dibangkitkan oleh Utusan serta para blogger terbabit dan pihak-pihak tertentu dalam UMNO adalah kemarahan orang Melayu yang mereka rasakan mudah termakan fitnah ciptaan mereka.

Utusan yang menyerang DAP setiap hari, sama ada melalui propaganda berbentuk berita atau rencana, terus mencari jalan untuk menghasut orang Melayu yang merupakan pembaca utama akhbar itu supaya membenci DAP yang berteraskan perjuangan menegakkan keadilan, demokrasi dan hak saksama.

Matlamat Utusan yang disokong oleh kumpulan-kumpulan rasis di negara ini hanya satu sahaja – untuk memecahbelahkan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat. Mereka cuba menimbulkan fitnah supaya para penyokong PAS dan PKR merasa curiga terhadap DAP yang dituduh sebagai rasis.

Dalam pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini, DAP menang 12 kerusi bersama PKR yang mendapat tiga kerusi melalui undi popular yang mendadak naik di kalangan kaum Bumiputera Sarawak.

Selain itu, wakil-wakil rakyat DAP termasuk di Pulau Pinang semakin mesra dan diterima baik kalangan orang Melayu dan Islam yang membuat kumpulan-kumpulan rasis pro-UMNO bimbang dengan masa depan politik perkauman mereka.

Hanya dengan menuduh DAP rasis dan pro-kaum Cina menjadi senjata utama mereka kerana kebanyakan kumpukan itu masih bergantung kepada media arus perdana yang dimiliki UMNO untuk mneyebarkan fitnah sebagaimana yang biasa dilakukan pada zaman pra-internet.

Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri seolah-olah merestui fitnah demi fitnah yang dilontarkan kerana beliau sendiri sudah terdesak untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada UMNO dan BN yang semakin ditolak oleh rakyat.

Namun, walau dihambur fitnah, Pakatan Rakyat tidak mudah goyang. Para sahabat DAP tetap yakin dengan komitmen parti itu yang terang-terang menyokong penuh Perlembagaan Persekutuan 1957.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam kenyataannya melalui facebook menyatakan:

“Saya ditanya oleh pihak media berkenaan laporan muka hadapan Utusan Malaysia pada semalam kononnya usaha menjadikan Kristian agama rasmi negara. Saya katakan, lagikan MCA tidak percaya Utusan Malaysia, takkanlah saya mahu percaya?”

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menolak fitnah berkenaan dengan menjelaskan bahawa tuduhan (Utusan) yang bertujuan untuk membakar semangat rakyat terutamanya di kalangan orang Melayu beragama Islam bahawa Malaysia akan menuju ke arah negara Kristian adalah satu pemberitaan yang sangat tidak beramanah.

Sebagaimana yang ditegaskan oleh para pemimpin Pakatan sebelum ini, kesemua parti komponennya berpegang teguh kepada usaha mempertahankan Perlembagaan Merdeka.

Hadi sekali lagi menegaskan bahawa PAS tetap bersama rakan-rakannya dalam Pakatan untuk terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan manakala agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan sentosa.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pula menyatakan bahawa Utusan sekali lagi bertindak melampui batas kerana terus menyogok rakyat dengan berita fitnah dan hasutan.

Dalam kenyataan blognya, beliau berkata: “Jelaslah bahawa Utusan tidak layak untuk digelar selaku akhbar arus perdana, ianya hanya layak menyandang gelaran ‘Tabloid UMNO’ sesuai dengan kenyataan bahawa Parti tersebut merupakan pemegang saham sekaligus merupakan majikan mereka. Amat sedih melihat akhbar yang diasaskan oleh para pejuang pembebasan tanahair dahulu telah dirantai oleh manusia-manusia rakus kuasa zaman ini.”

Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok yang juga Exco Kanan Selangor amat kesal terhadap reaksi Menteri Dalam Negeri dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan kerana menerima laporan palsu Utusan Malaysia tanpa menyoal dan mengesahkan kesahihan laporan tersebut terlebih dahulu.

“Laporan tersebut berfitnah bahawa DAP dan para penganut agama Kristian berhasrat menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi Malaysia.

“Laporan itu adalah palsu, tidak berasas dan berpandukan fitnah dua orang blogger pro-Umno yang mempunyai niat jahat mengapi-apikan perasaan takut, benci dan syak wasangka, terutamanya di kalangan penganut agama Islam terhadap penganut agama Kristian,” katanya dalam satu kenyataan.

Sunday, May 22, 2011

MUHYIDDIN MUDAH LUPA

DARI PEMUDATUA BLOGSPOT

Saya masih tidak faham kenapa Tan Sri Muhyiddin masih menuduh Pakatan Rakyat (PR) hanya pandai mengkritik kosong kenaikan harga minyak. Adakah dengan melaksanakan solusi kenaikan harga RM 0.20 sen secara senyap-senyap dan berkali-kali itu di tengah malam ketika rakyat sedang nyenyak tidur itu solusi yang terbaik, bijak dan berhemah khususnya kepada rakyat?.

Tindakan rakus dan hipokrit dari slogan “Rakyat Di Dahulukan, Pencapaian Di Utamakan” hanya satu retorik murahan. Jelas pandangan rakyat dan kebajikan rakyat ditolak mentah-mentah. Adakah tindakan yang cukup tidak ‘gentleman’, tidak bermaruah dan penakut itu akan mirip kepada isu Cukai Perkhidmatan (GST) dan Kenaikan Tarif Elektrik yang pastinya akan mengheret rakyat golongan pertengahan dan bawahan ke kondisi yang lebih parah?.

Mencari solusi yang terbaik untuk rakyat adalah hakikat tugas dan tanggungjawab seseorang yang memerintah wahai Tan Sri, lebih-lebih lagi apabila kamu berada di hiraki tampuk kuasa ke-2 tertinggi di Parlimen selepas Perdana Menteri dan juga pimpinan kepada Kerajaan Persekutuan. Tidak kira sesiapa pun yang memerintah, sememangnya mencari solusi itu adalah asas kepada segala urus tadbir rakyat tetapi haruslah telus, adil, berhemah dan tidak menzalimi serta dilihat oleh rakyat bersungguh-sungguh tidak mahu menjadikan solusi memerah keringat rakyat untuk menanggung beban derita ekonomi itu sebagai solusi alternatif awal.

Bercakap dari minda kelas tadika, rakyat yang rata-rata sudah semakin bijak rasanya sudah muak dan sakit telinga dengan alasan-alasan yang sudah basi sejak zaman Tun M lagi. Saya agak ragu-ragu kenapa ahli politik seperti ini yang dikatakan cukup berpengalaman dengan sepak terajang politik dan urus tadbir negara selama hampir 40 tahun masih dipilih untuk mewakili rakyat malah dipilih pula oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri. Minda akal yang waras tidak melayakkan sesiapa pun seperti itu untuk diberi kuasa memerintah kecuali mereka yang melantik itu juga mempunyai gangguan akal dari jiwa yang karat seperti orang yang dilantik itu.

Rakyat memang selalu di dahulukan sebagai pilihan untuk menanggung beban ekonomi itu dari setiap solusi jalan pintas kerajaan yang memerintah. Pencapaian juga selalu di utamakan khususnya kedudukan Indeks Rasuah yang semakin corot dan Ketirisan dalam Pengurusan Kewangan Negara cukup jelas mempengaruhi solusi yang cukup tidak bijak, drastik dan terdesak itu, pada hemat saya cukup sinonim dan mirip kepada slogan 1Malaysia itu sebenarnya.

Pengecualian cukai selama 12 tahun kepada hasil perolehan Lynas Australia sebanyak RM8 Billion setahun atau RM96 Billion dalam tempoh 12 tahun, Kerugian RM1.14 Billion kerana ketidakcekapan pengurusan dalam projek landasan keretapi berkembar Rawang-Ipoh, Kegunaan RM500 juta wang pembayar cukai untuk menampung kerugian pelaburan kerajaan dalam syarikat Columbia Aircraft Manufacturing Corp di Amerika Syarikat, Kerugian Sime Darby sebanyak RM1.6 Billion dan Peningkatan Kos anggaran faedah Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) sebanyak RM7.453 Billion adalah antara contoh yang sebenarnya harus dicegah dan ditegah terlebih dahulu oleh mereka yang memerintah sebelum keputusan menaikkan harga minyak, harga gula, tarif elektrik, perlaksanaan cukai perkhidmatan (GST), pelepasan cukai keterlaluan kepada syarikat asing dan pengurangan subsidi rakyat diambil kira sebagai solusi awal kepada hasrat kerajaan Tan Sri yang memerintah sebagai solusi jalan keluar negara untuk menjadi bankrap pada tahun 2019.

Jangkaan peningkatan jumlah subsidi dari RM10.3 Billion kepada RM20.58 Billion pada tahun ini khususnya yang membabitkan bahan bakar kerana kenaikan harga minyak dunia haruslah diimbangi dengan peningkatan pendapatan kepada pengeluar minyak negara PETRONAS selaku salah satu pengeluar minyak dunia dan penyumbang secara langsung kepada peningkatan pendapatan negara dan tidak hanya dijadikan sebab dan solusi utama untuk mengurangkan subsidi bahan bakar itu dengan menaikkan harga minyak RON 97 dan RON95 di malam hari.

Pengurangan subsidi rakyat dan masalah ketirisan pengurusan kewangan negara boleh diatasi dengan kaedah ‘Good Governance’ atau Tadbir Urus yang telus dan amanah. Jelas, kegagalan mereka yang memerintah dalam mentadbir urus segala transaksi ekonomi dengan baik sebaliknya telah menghukum rakyat yang tidak berdosa. Yang terpaksa melarat ditanah sendiri seperti peminta sedekah kepada pemerintah, kroni dan keluarga mereka yang terus menerus kekal dengan kehidupan yang cukup mewah. Saya tidak melihat ‘Leadership By Example’ atau Kepimpinan Melalui Teladan dalam isu pengurangan kos tadbir negara seperti yang digembar gemburkan oleh Ketua Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Datuk Seri Idris Jala. Kenapa pula rakyat yang harus menderita?

Sememangnya, antara tugas utama Pakatan Rakyat(PR) sebagai pembangkang adalah mengkritik kerana mahu memastikan Tadbir Urus yang baik dari Kerajaan Persekutuan yang memerintah wahai Tan Sri. Kritikan yang sememangnya bukan omongan kosong dan telah dibuktikan melalui Tadbir Urus yang baik di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat(PR) dan juga dari cadangan solusi Buku Jingga yang dilihat lebih adil dan telus dalam melaksanakan reformasi ekonomi yang adil kepada semua lapisan masyarakat.

Tan Sri jangan mudah lupa.