Kempen pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir semakin panas dan cukup mendebarkan. Seperti biasa kerajaan UMNO dan Barisan Nasional terus menggunakan media arus perdana untuk menghentam dan membuat propaganda terhadap Pakatan Rakyat. Kempen BN nampaknya semakin agreasif dan seperti biasa janji-janji manis kembali ditaburkan kepada rakyat. Pemimpin BN dari pelbagai peringkat turun berkempen dengan menggunakan segala instrumen kerajaan tanpa rasa bersalah. Menteri pusat dilihat mula menggunakan "rasuah pembangunan" untuk memancing undi. Biarpun ia jelas salah dan bertentangan dengan peraturan serta undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Namun, dek kerana ia melibatkan puak-puak BN maka SPR menghalalkan segalanya itu. Tapi, bila hal-hal seperti itu membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat maka berbagai alasan diberikan untuk menidakkannya. Inilah masalah besar yang berlaku dalam negara kita sejak sekian lama. Ubahlah sesiapa pun sebagai Pengerusi SPR, namun selagi badan itu terus dikongkong oleh parti pemerintah seperti UMNO dan BN karat makanya ia tetap seperti itu. Keputusan dan arahan-arahan yang cukup mengelirukan telah menyebabkan rakyat semakin benci dan tidak yakin lagi dengan badan bebas tersebut. Jika sesuatu isu melibatkan pakatan pembangkang, pastinya akan dihalang bermati-matian. Sebaliknya bila melibatkan UMNO dan BN, mereka terus menutup sebelah mata dan gagal untuk bertindak.

Undang-undang mana yang beliau pakai untuk menghalalkan penglibatan anggota tentera dalam pilihanraya seperti ini. Zahid ternyata amat zalim untuk membiarkan rakyat membenci pula anggota tentera, setelah sekian lama mereka memperkudakan pasukan polis bagi tujuan yang sama. Inilah dia bukti yang jelas bahawa kerajaan UMNO dan BN sudah semakin terdesak untuk menang dan berkuasa di hati rakyat. Walhal mereka sebenarnya tahu rakyat semakin jelek dengan UMNO dan BN sejak dulu, kini dan pasti buat selama-lamanya. Apakah alasan bangang seperti ini mahu diberikan kepada rakyat yang sudah bijak?. Ternyata, puak-puak UMNO dan BN buta sejarah dan tidak dapat menilai lagi apa yang mereka harus lakukan demi memenangi hati rakyat dalam setiap kali pilihanraya. Namun, bersesuaian dengan keberkatan bulan Ramadhan Al-Mubharak ini maka kita harus yakin kemenangan Islam dan rakyat pasti akan tertegak jua. Sejarah Islam telah membuktikan bahawa Baginda Rasullullah SAW sendiri pernah berjuang dan berperang dengan musuh pada bulan yang suci ini. Maknanya, semangat juang petugas PAS dan Pakatan Rakyat akan lebih tinggi di bulan Ramadhan biarpun mereka ditohmah dengan berbagai sekatan. Kelicikan SPR untuk memastikan kemenangan BN dalam setiap kali pilihanraya akhirnya berlaku sebaliknya. Justeru itu, berkat usaha dan kesucian bulan Ramahdhan maka Permatang Pasir mungkin akan menjadi saksi kejatuhan semula maruah pemimpin UMNO dan BN daripada terus bertakhta di hati rakyat. Jika di Manek Urai mereka mendabik dada kerana itu, maka diharapkan para pengundi Permatang Pasir dapat melakukan sesuatu untuk memastikan juga Pakatan Rakyat mendapat sokongan majoriti di negara ini sebenarnya.
SUMBER DARI http://pahangdaily.blogspot.com/
0 comments:
Post a Comment