THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, January 8, 2010

KECAM SERANGAN KE ATAS GEREJA

Saya mengecam tindakan pihak tertentu yang menyerang beberapa gereja di sekitar lembah klang. Serangan keji sedemikian merupakan satu tindakan yang dikecam keras al Quran. Agama Islam jelas menggesa umatnya untuk menghormati rumah peribadatan penganut agama lain.

Sehingga kini saya difahamkan sebanyak empat gereja dijadikan sasaran serangan. Manakala itu aras bawah Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati telah hangus terbakar akibat dari siri serangan tersebut. Saya menyatakan rasa syukur kerana serangan tersebut tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Saya menyeru semua pihak agar bertenang dan jangan sesekali terjerumus ke dalam api kebencian. Sebarang tindakan tidak boleh sama sekali didasari politik perkauman sempit. Saya mempunyai keyakinan kita rakyat Malaysia akan menyelesaikan isu ini tanpa diiringi sebarang konflik. Inshaallah usaha kita untuk mengekalkan keamanan diberkati jua.

ANWAR IBRAHIM

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT

Wednesday, January 6, 2010

PERTAHAN KALIMAH ALLAH, BERAMAL DENGAN RASUAH

Oleh Mahfuz Omar

Saya terkejut bila melihat gelagat politik umno dalam isu kalimah Allah. Persoalan pertama, kenapa Kementerian Dalam Negeri yang diketuai oleh Naib Presiden UMNO lambat mengemukakan rayuan dalam kes ini ke mahkamah rayuan. Walhal dalam kes politik Perak, Mahkamah Tinggi buat keputusan Dato'Seri Nizar sebagai MB yang sah manakala UMNO dan BN terus buat rayuan dan mahkamah rayuan terus bersidang serta buat keputusan menggantung keputusan mahkamah tinggi.


Ini menunjukan umno ingin mengambil kesempatan atas isu ini untuk meniupkan sentimen mengapikan umat islam untuk bersatu dan melihat UMNO sebagai juara membela dan mempertahankan Islam. Lagi lambat KDN membuat rayuan lagi banyak keuntungan politik pada perkiraan umno.

Kedua, kita melihat media cetak arus perdana yang berada di bawah kawalan KDN yg menterinya DS Hishammudin merangkap Naib Presiden UMNO beserta media eletronik yang berada di bawah kawalan Kementerian Penerangan terus mengambil kesempatan bagi menghangatkan isu ini .

Bagi saya, kalau umno nakkan kalimah Allah hanya untuk kegunaan umat islam saja dia boleh aturkan dari awal kes ini dengan menetapkan hakim bicara yg boleh menyempurnakan hasrat umno. Bukankah Ketua Hakim Negara adalah ahli UMNO yang boleh pastikan hakim yang berjiwa umno utk mengendalikan kes ini.

Tapi semua itu tidak berlaku, kerana umno ada agenda adu domba politik keagamaan untuk kepentingan UMNO dan BN. Saya percaya bila isu ini sudah cukup panas dan dilihat umat Islam sudah merasai UMNO lah juara, maka rayuan akan dibuat serta mahkamah akan bersidang untuk membatalkan keputusan mahkamah tinggi. Umno pun akan mendabik dada dan berkata dia lah yang mampu pertahankan Islam. Kepada pihak gereja, umno/bn akan berhujah ini keputusan mahkamah kita tidak campur tangan.

Cukup licik politik umno dan sedar atau tidak rakyat tidak lagi berbincang isu enjin jet hilang, gula naik harga roti putih naik harga, bajet bocor Rm28 bilion, hadiah rumah pada bekas PM Pak Lah Rm12 juta, kes PKFZ Rm4 bilon, kes Menteri Pengangkutan Dtk Ong tee Kiat mendapat habuan dari Syarikat Kuala Dimensi sebanyak Rm10 juta dan banyak lagi kes korupsi/rasuah pemimpin umno/bn.

Kepada umat Islam khususnya di Malaysia, saya minta bersabar dan bertenang. Saya percaya kerisauan umat Islam ialah mereka bimbang kalimah Allah disalahguna oleh pihak lain bagi tujuan dakyah agama lain(kristian)kepada org Islam. Saya juga percaya inilah yg menghantui umat Islam. Bukan nak halang penganut agama lain mengguna kalimah Allah. Sudah ramai orang bukan Islam seperti ahli parlimen Taiping, Padang Serai, Adun Simpang Pulai dan ramai lagi serta termasuklah pimpinan dan ahli dewan perhimpunan penyokong Pas menggunakan penghujahan dengan membaca ayat suci Al-Quran dan hadith yang ada kalimah Allah. Pembacaan dan penggunaan ayat suci Al-Quran yang mereka lakukan adalah dengan tujuan yang baik dan umat menyambut serta menerima dengan baik.

Jadi apa yang penting jika mahkamah terus mengekalkan keputusan penggunaan kalimah Allah ialah menetapkan garis panduan yang khusus supaya tidak disalah guna untuk tujuan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama. Apa pun terserahlah kepada proses perundangan yang perlu segera diputuskan oleh mahkamah seterusnya. Yang penting seluruh institusi umat Islam perlu melipat ganda usaha dakwah dan tarbiyah Islam keatas umat Islam agar punya pegangan Islam kuat serta aqidah islam mantap dan Iman yang teguh untuk mengelak dari sebarang kekeliruan yang dibimbangi atas isu penggunaan kalimah Allah dan penyebarah dakyah agama lain keatas umat Islam. Selama ini pun kekeliruan dan salah faham serta penyelewengan terhadap Islam dilakukan oleh umat Islam sendiri.

Contoh pemikiran yang cuba memisahkan agama suku dan politik suku yg diambil dari ajaran agama kristian. Pas mengambil masa yang begitu lama untuk melaksana usaha memerangi pemikiran sesat ini dan akhirnya berjaya dihakiskan dlm pemikiran umat islam sedikit demi sedikit. Satu ketika dulu umno lah juara nak buang perkataan Islam dari parti politik dan ngo, tetapi akhirnya Majlis Raja-Raja membuat keputusan bahawa usaha umno ingin buang nama Islam dar Pas itu salah dan membenarkan parti politik Pas menggunakan kalimah Islam pada parti Pas. Ini bahaya sebenar yang perlu dipantau dan dibimbangi oleh umat Islam bahawa umno hanya memikirkan kepentingan politk sempit mereka. Saya berharap umat Islam dan seluruh rakyat berbilang Agama tidak akan masuk perangkap umno/bn dan agenda politik jahat mereka.

Sunday, January 3, 2010

KEUTAMAAN KEPADA KRONI KAPITALIS

Tahniah kepada kerajaan kerana telah mencapai KPI Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi di awal tahun baru 2010 dengan pencapaian kenaikkan harga gula. Rupanya baru rakyat tahu KPI kementerian ini ialah menaikkan harga barang keperluan dan bukan menjaga kepentingan pengguna. Tahniah pada sahabat saya menteri kementerian ini Datuk Ismail Sabri kerana berjaya mencapai KPI di awal tahun lagi sedangkan menteri lain kena tunggu satu tempoh yang lama.

Kenaikkan yang di umumkan oleh kerajaan tidak membantu meningkatkan pendapatan tinggi rakyat Malaysia sebalik menambahkan beban yang telah terbeban selama ini. Kenaikan ini menunjukan kerajaan telah tidak menambahkan subsidi sebaliknya mengurangkan subsidi harga gula. Pemberian subsidi yang diberi pun sebenarnya hanya menguntungkan pemegang AP mengimpot gula sahaja. Kenaikkan harga gula akan menyebab berlaku kenaikan harga susu, minuman, kuih muih, roti, biskut dan apa saja barangan yang menggunakan gula akan mengalami kenaikan harga. Kenaikan harga gula ini akan menyebabkan berlaku kenaikkan berangkai.

Rakyat mungkin boleh menerima kenaikan harga gula dan barang-barang ruji yang lain seperti beras tepung dan lain-lain dengan membenarkan lebih ramai peniaga yang diberi kebenaran membawa masuk barang-barang ruji ini selanjutnya membina persaingan di antara peniaga. Persaingan yang sihat akan memberi kelebihan kepada pengguna dan rakyat keseluruhannya. Tapi kenaikkan yang berlaku ini masih lagi mengekal sistem monopoli yang di kuasai kroni kapitalis yang sering membantu kepentingan parti politik pemerintah BN.

PM mungkin rasa gembira kerana berjaya menterjemahkan dan menghayati konsep rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. rakyat yang dahulu kena bayar atas alasan kenaikan harga gula antara bangsa. Terima kasih PM bg hadiah tahun baru 2010 pada rakyat. Saya mencadangkan kepada PM menukar slogan di dendangkan kepada slogan baru yang berkonsepkan kroni kapitalis didahulukan keuntungan diutamakan.

Sekarang terserah kepada rakyat untuk menilai cara kerajaan mengendali urus tadbir negara ini. Yang pasti rakyat kena mengubah gaya hidup untuk lebih berjimat dan mengubah gaya hidup daripada terus mempercayaai slogan kosong BN kepada satu azam tahun baru untuk bertekad meninggal kepercayaan terhadap BN berani membuat perubahan bersama PAS dan Pakatan Raayat.

DATO' HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Naib Presiden PAS

RAKYAT SUSAH, UMNO B-END SENANG

Sempena Tahun 2010 rakyat di sambut dengan kenaikan harga gula iaitu bahan keperluan harian semua orang. Harga gula dinaikan sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak. Alasan yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd Zain Mohd Dom adalah kerana kenaikan harga gula mentah dunia.

Tiada menteri yang berkenaan atau TPM atau PM yang keluarkan kenyataan. Mereka menyorok dibelakang tabir membiarkan SU KPDN keseorangan. Media-media pencacai pula mengeluarkan cerita berhubung kebaikan kenaikan harga gula ini. Kononnya supaya rakyat kurangkan pengambilan gula agar penyakit boleh dikurangkan. Sama lebih kurang macam nak naikkan harga cukai rokok. Tahun 2009, beberapa harga barangan telah naik seperti sayur-sayuran, petrol dan sebagainya.

Kenaan cukai caj kad dan kad kredit mulai 2010, serta barangan lain apabila GST dilaksanakan akan menyebabkan kos sara hidup lebih meningkat. Apakah dengan peningkatan kos hidup ini akan menguntungkan rakyat? Jawabannya, sudah tentu tidak. Jadi, siapa yang untung?

Kesusahan dan kesengsaraan rakyat akan dimanfaatkan oleh UMNO B-end. Itulah sebabnya mereka mengidamkan susah dan sengsara rakyat. Kerajaan UMNO B-end telah dan sedang berusaha mengurangkan atau menghapuskan segala subsidi untuk rakyat. Rakyat disuruh 'berdikari'. Lebih ramai rakyat yang susah, UMNO B-end lebih senang.

Bila ramai rakyat yang susah, UMNO B-end boleh memberikan bantuan. Tapi dengan gunakan wang dari wang kerajaan iaitu wang pembayar cukai. Bukan dengan wang UMNO B-end sebab merekapun tidak mempunyai wang. Hutang membeli barangan untuk pilihanrayapun tidak mampu mereka bayar. UMNO B-end akan gunakan wang kerajaan untuk sama ada membantu orang miskin, memberikan penghargaan kepada kejayaan pelajar-pelajar atau bantu peniaga atau untuk apa saja. UMNO B-end atas nama kerajaan akan gunakan wang (yang sepatutnya untuk subsidi) kerajaan untuk mengadakan majlis-majlis menyampaikan bantuan. Pada majils itu, mereka akan meletakkan logo kerajaan Malaysia bersama-sama logo UMNO B-end seolah-olah wang menganjurkan majlis dan sumber bantuan itu datang dari UMNO B-end. Dalam ucapan-ucapan di majlis tersebut, mereka akan turut berkempen. Akhirnya, senanglah UMNO B-end memperbodohkan rakyat.