Dari TONGKAT BAHAMAN.COM Demi survival politik UMNO Anwar mesti dihapuskan. Walau dengan apa cara sekalipun watak ini mesti dihapuskan dari arus politik Malaysia. Watak inilah yang menggelorakan arena politik Malaysia yang sebelum ini tenang tidak pernah bergoyang sedikitpun. Sama ada orang suka atau benci, Anwar pernah disenarai oleh TIME MAGAZINE 2008 sebagai antara 100 tokoh dunia paling berpengaruh sebaris dengan Obama, Vladimir Putin, Hillary Clinton, Sonia Gandhi John McCain dan lain-lain. Beliau belum pernah gagal dalam sebarang pertandingan. Jenayah paling besar yang pernah dilakukannya ialah mencabar TDM 1998. Sejak itu nasibnya pun berubah. Satu demi satu kawan berpaling tadah. Tsunami Politik 2008 adalah antara kesan dan pengaruhnya. BN hilang kuasa 2/3 di parlimen. Jika tsunami politik berskala lebih besar melanda PRU13 dan Putrajaya terbungkas maka pada ketika itu rakyat akan tahu bahawa terdapat sebuah terowong bawah tanah menghubungkan Putrajaya dan KLIA. Pada ketika itu lubang-lubang tikus disempadan juga akan menjadi tidak selamat. Dia adalah penggugat yang mengancam tahta dan singahsana kuasa berupaya menggegarkan tenaga muda progresif membina garis baru politik Malaysia – Negara bangsa yang adil serta hak asasi lebih terjamin. Politik UMNO adalah warisan politik bangsawan Melayu feudal yang melihat Jebat sebagai orang yang sangat berbahaya. Warisan Pateh Karma Wijaya mencetus fitnah yang menyebabkan Jebat mengamuk dan akhirnya dibunuh. Pun begitu, Jebat tidak pernah mati. Semangat Jebat terus hidup dalam setiap jiwa yang cintakan keadilan. Dalam konflik kuasa politik orang-orang Melayu sejak dulu fitnah adalah aparat politik yang sangat ampuh untuk menghapuskan musuh. Dalam hal ini Datok Bahaman pernah berpesan kepada pengikutnya agar jangan sekali-kali percaya kepada pembesar-pembesar Melayu. Bahaman adalah panglima raja - bergelar Orang Kaya Semantan menentang dasar cukai tanah yang zalim oleh Inggeris di Pahang akhirnya menjadi orang buruan. Minumannya pernah dibubuh racun dalam satu majlis bersama pembesar-pembesar Melayu di Kota Bharu pada tahun 1896. Ia terselamat dan selepas itu Bahaman kemudian menukar namanya untuk setiap perjalanannya agar jejak beliau tidak dikesan" Abdullah CD adalah warisan Perang Bahaman pemimpin Regimen 10 yang memakai berbagai nama dihutan akhirnya termakan juga racun yang dimasukkan di dalam makanannya. Dia diracun oleh orang yang diupah pada tahun 1971 yang kemudian telah membuat pengakuan secara pribadi kepadanya. Ketika itu Regimen 10 (Melayu) amat menjadi ancaman terhadap UMNO. Dalam kes Anwar walaupun dikenali sebagai pemimpin yang begitu toleran namun Anwar adalah pemberontak terhadap ketidakadilan dan kerakusan kuasa kaum bangsawan Melayu yang telah berlanjutan lebih setengah abad. Pidatonya jitu dan mencengkam jiwa pendengar serta mampu mencetuskan gelombang kebangkitan di kalangan orang muda. Lebih menggugat apabila dia berjaya membawa PAS – DAP duduk semeja sekaligus menghancurkan seluruh usaha UMNO selama ini agar PAS dan DAP terus bercakaran. Anwar juga telah berjaya mengubah persepsi negatif orang-orang Tionghua terhadap PAS. Sokongan orang-orang Tionghua terhadap calon PAS di beberapa kawasan pilihanraya kecil menjadi bukti perkara ini. Sebelum ini PAS adalah ‘kui” atau hantu kepada orang Tionghua yang selalu diusik-usik oleh pemimpin-pemimpin UMNO supaya menjauhi parti ini kecuali jika mereka sanggup disunat….! Anwar berjaya melunturkan kepercayaan orang-orang Tionghua terhadap MCA dan Gerakan. Di Bandar-bandar di Semenanjung boleh dikatakan hampir tiada lagi orang-orang Tionghua yang percaya pada MCA atau Gerakan. Kalau adapun mungkin yang sangat terpencil. Arus ini tidak mungkin surut lagi malah diramal akan menjadi gelombang lebih besar dalam PRU 13 nanti. Ada baiknya pemimpin-pemimpin MCA dan Gerakan bungkus kain baju mereka dan tinggalkan parti. Parti itu sudah tidak relevan. Orang-orang Tionghua tidak mudah dibeli dengan duit seperti orang Melayu, Malanau, Iban dan Kardazan. Sekolah Cina telah wujud di Malaya sejak tahun 1930 lagi ketika itu sekolah Melayu pun belum ada. Ini bermakna mereka kenal huruf-huruf p-o-l-i-t-i-k itu lebih awal. Selain daripada fitnah dan isu perkauman apakah alat lain yang boleh diketengahkan untuk menyekat Anwar kecuali good governance dan jangan menindas rakyat. Dan ini tidak mungkin terjadi ! Dalam hal ini pilihan yang ada ialah “ Anwar “ dia mestilah dihapus demi kesinambungan kuasa bangsawan Melayu itu.Sekali lagi kaum bangsawan menuduh Anwar sebagai orang keciwa yang kononnya memberi harapan kepada orang-orang Tionghua untuk memerintah negara ini. Fitnah bersiri yang dilancarkan UMNO terhadap Anwar bukanlah suatu yang aneh kerana hanya cara ini sahaja watak ini boleh dihapuskan. Selain Anwar siapa lagi yang boleh menyatukan PAS – DAP yang sepanjang sejarah bertikaian tetapi hari ini telah menjadi benteng baru untuk rakyat sandarkan harapan. Sebelum ini pemimpin-pemimpin besar UMNO tidak pernah percaya bahawa akan wujud barisan alternatif seperti BN. Justeru mereka percaya hanya BN sahaja yang boleh mendirikan kerajaan. Lebih 50 tahun PAS dan DAP dilaga-lagakan agar berkelahi seperti anjing dengan kucing. Bila anjing dan kucing sibuk bercakar maka ada peluang untuk mereka menyelongkar. Anwar telah menukar emosi anjing dan kucing hingga mereka boleh makan bersama. Justeru kebelakangan ini, strategi melaga-lagakan PAS – DAP sudah tidak berguna lagi. Dalam keadaan ini adakah aneh sekiranya “Anwar” dijadikan sasaran supaya semuanya berkecai !. Rekayaksa video lucah dan tayangannya di TV untuk ditonton oleh rakyat adalah hanya untuk memainkan emosi Melayu. Kenapakah isu Sodomi dan video lucah ini langsung tidak mempengaruhimasyarakat Tionghua? Ternyata isu video lucah ini telah digunakan sepenuhnya oleh UMNO demi menyelamatkan Serawak dalam PRN baru-baru ini.Ia telah ditayangkan tidak henti-henti tanpa ada sedikitpun perasaan bersalah kerana melancarkan fitnah yang besar. Ia belum pasti benar dan dilarang Allah. Kerja terdesak ini hanya sanggup dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang sangat jahat dan rendah akhlaknya. Isu video lucah ini meletup pada hari DUN Serawak dibubarkan. Tayangan video ini terhenti sebaik sahaja pilihanraya selesai. Kenapa tidak diteruskan saja tayangan itu dan CDnya dibekalkan ke setiap sekolah supaya semua anak-anak kita disekolah juga tahu siapa itu Anwar Ibrahim!. Bila mereka keluar sekolah nanti mereka semuanya akan mendaftar menjadi ahli UMNO. Anwar adalah pemimpin kepada kelas rakyat yang mendambakan pembelaan yang hidup tapi mabuk dalam derita. Kelas ini miskin namun mereka tidak tahu bahawa tidak sepatutnya miskin dalam sebuah negara yang begitu kaya. Mereka tidak sedar walaupun mereka bekerja keras namun hidupnya berselimut hutang demi menyara keperluan keluarga dan pendidikan anak-anak. Mereka tidak peduli dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang horaa sana dan horaa sini dengan duit yang mereka rompak dan pau daripada rakyat menerusi berbagai sumber cukai, lesen, permit, denda, toll, saman ekor dan sebagainya. Dengan berbagai-bagai caramereka tekan dan tindas asal mereka boleh dapat duit dari saku rakyat Semua fitnah ini perlu dilancarkan demi melencungkan perhatian rakyat terhadap pelbagai penyelewengan. Kritikan terbuka Anwar terhadap keterlibatan Najib dalam kes rasuah pembelian jet Sukhoi dan kapal Selam Scorpene sebanyak RM500 jutaoleh Kementerian Pertahanan telah menjadi rekod umum. Begitu juga desakan yang berulang kali dari Anwar terhadap Najib membenarkan penyiasatan bebas bagi membersihkan namanya dan Rosmah atas dakwaan berwibawa pembunuhan yang terkenal - model Mongolia Altantuya Shaaribuu. Ternyata UMNO bukan saja telah menyalahguna media milik kerajaan malah lembaga-lembaga awam seperti Polis, Pejabat Peguam Negara, Lembaga Kehakiman Suruhan-jaya demi kuasa. Tanpa mempeduli tunjang sebuah negara demokrasi iaitu saparation of power seluruh lembaga ini sejak 1998 telah dikerah untuk menghapuskan seorang yang bernama Anwar Ibrahim kerana ia memimpin kesedaran kelas yang mengancam masa depan BN. Untuk menghapuskan watak ini tidak mustahil juga pada PRU 13 kita akan menyaksikan RPK, Nalakarupan dan Ummi Hafilda akan bergabung membalun Anwar. Dalam politik kawan adalah musuh yang paling berbahaya. Sudah 13 tahun Anwar dipukul dan dibalun. Dihina supaya ia dibenci namun nampaknya watak ini tidak terjejas sedikitpun. Yang terakhir ialah konspirasi video lucah yang tidak begitu rapi perancangannya telah mendedahkan kejahatan mereka selama ini. Sanggupkah mereka menyembelih ketiga-tiga monyet video lucah itu sebagai langkah bermuka-muka terhadap rakyat dan apakah akan terjadi sekiranya ketiga-tiga monyet ini menyanyi mengikut musik kemudian melompat menggigit lengan tuannya sekiranya ia ingin disembelih seperti si toyol. Anwar tidak akan mati dek keris pundek UMNO yang sebilah itu. Sudah 13 tahun dia dibalun bertalu-talu. Suaranya terus lantang dan matanya tetap tajam memaku wajah orang yang membuat tuduhan terhadapnya. Tidak henti-henti turun naik mahkamah tinggi dan rendah terutama apabila menjelang pilihanraya kecil. Pada 21 Februari 2011 hari dia dibicarakan Sodomi II dia dikatakan sempat pula melanggan seorang perempuan cina – dikatakan pelacur untuk melampiasi nafsu gilanya. Benarkah dia begitu rendah.?
Thursday, April 21, 2011
DSAI MESTI DIHAPUSKAN
Posted by pondokmaya at 5:15:00 PM 0 comments
Labels: politics
UTUSAN YANG RACIS
Selepas pencapaian memberansangkan Pakatan Rakyat dengan kemenangan 15 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak minggu lalu, slogan 1Malaysia yang dijaja oleh Perdana Menteri Najib Razak kini mula dipertikaikan. Akhbar Utusan Malaysia yang dianggap lidah rasmi parti itu kini mula mempersoalkan dasar tersebut melalui penulisan artikel setengah muka bertajuk “Ayuh! Gerakkan Segera 1Melayu, 1Bumi”. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang dihubungi Tv Selangor menyifatkan ianya sebahagian daripada sindrom gagal menerima hakikat menerusi keputusan luar jangka pengundi Cina terhadap parti Barisan Nasional (BN). Katanya, senjata perkauman yang dijulang BN dengan menggambarkan kemenangan DAP di 12 kerusi kawasan majoriti pengundi Cina sebagai faktor kaum Melayu ditindas hanya bertujuan memecahkanbelahkan masyarakat di negara ini. “Sedangkan itu satu analisa yang salah sebab kalau kita lihat secara terperinci, perubahan undi paling besar adalah daripada kaum bumiputera baik Islam atau bukan Islam di Sarawak kepada Pakatan Rakyat adalah pengundi PKR. Tapi tentu analisis ini tidak akan ditunjukkan sebab akan lari dari skrip perkauman mereka,” kata beliau. Jelas Rafizi, perubahan undi kepada calon-calon PKR beragama Islam sebanyak 15 hingga 17 peratus membuktikan sentimen kaum dan agama yang cuba dimanipulasi BN kepada pengundi di Sarawak tidak boleh diterima pakai. “Maknanya Umno dan Utusan akan tenggelam dengan mesej perkauman sendiri kerana mereka sampai sekarang berada dalam sindrom tidak boleh menerima hakikat bahawa rakyat mahu prinsip ketelusan,” katanya. Justeru beliau menasihatkan kepimpinan Pakatan Rakyat berhati-hati membuat sebarang kenyataan bagi mengelak daripada Umno-BN dan sekutunya memutarbelitkan fakta yang berkaitan kaum dan agama. Semalam, Timbalan Ketua Pengarang Utusan, Datuk Zaini Hassan dalam artikelnya mencadangkan kepada Umno untuk melancarkan gerakan 1Melayu, 1Bumi bagi mempertahankan kuasa politik orang Melayu. Penulisannya turut menyentuh bagaimana masyarakat Melayu telah hilang perpaduan berbanding kaum Cina selain memperlekehkan slogan 1Malaysia yang digembar-gemburkan Najib Razak. Sementara itu Penasihat DAP, Lim Kit Siang berpendapat artikel dari lidah rasmi Umno-BN itu secara jelas mempermainkan dasar 1Malaysia yang diperjuangkan Perdana Menteri sejak tahun 2009. Katanya, Najib dilihat sebagai boneka dalam Umno-BN kerana gagal menyatupadukan mentaliti kepimpinan parti itu berhubung dasar beliau sendiri. Tambahnya lagi, dakwaan bahawa DAP akan merampas kuasa sekiranya Pakatan Rakyat menjadi kerajaan adalah tidak berasas justeru menyifatkan seruan Timbalan Ketua Pengarang Utusan itu sebagai menggangu-gugat ketenteraman awam. “Tiada tolak ansur dalam perkara ini. Kalau dia tidak ambil tindakan terhadap Utusan Malaysia, ini bererti dasar 1Malaysia beliau adalah pembohongan dan kedua ia menunjukkan Najib tidak ada kuasa dalam Umno untuk memastikan dasar beliau diterima dalam parti sendiri,” jelas beliau.
Posted by pondokmaya at 4:54:00 PM 0 comments
Labels: politics
Tuesday, April 19, 2011
DAP BIDAS DR. M
DAP berasa amat kesal dan kecewa dengan kenyataan terbaru Tun Dr Mahathir yang mendakwa bahawa parti itu telah berjaya membawa politik perkauman kepada Sarawak. Setiausaha Politik kepada Lim Guan Eng, Zairil Khir Johari berkata, tuduhan sedemikian adalah tidak bertanggungjawab dan tidak berasas sama sekali. Sebaliknya, kata beliau sindiran-sindiran yang sebegitu rupa yang menjadi punca ketegangan antara kaum di Malaysia. Menurutnya, sebagai seorang bekas Perdana Menteri dan negarawan yang dihormati ramai, beliau sepatutnya lebih matang dan tidak mengapi-apikan tohmahan yang boleh memecah belahkan rakyat. “Sebagai seorang yang telah terlibat secara terperinci dalam proses perancangan, perangkaan strategi dan pelaksanaan kempen DAP untuk Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini, saya boleh mengesahkan dengan tegasnya bahawa tiada sedikit pun unsur perkauman yang cuba dibangkitkan oleh parti kami. “Sepanjang kempen, isu-isu yang telah kami tekankan adalah seperti masalah pentadbiran, penyalahgunaan kuasa, rasuah yang berleluasa, polisi ekonomi yang tidak memanfaatkan rakyat, inflasi yang kian melambung dan kegagalan kerajaan untuk mengatasi masalah-masalah di atas,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. Mungkin, soalnya dalam pendapat Tun Dr Mahathir, hanya masyarakat Cina sahaja yang mengambil berat tentang isu-isu sedemikian. “Bukankah itu satu penghinaan kepada rakyat Sarawak dan rakyat Malaysia secara umumnya?” tanya beliau lagi. Sebaliknya, kata beliau pihak yang telah cuba menakut-nakutkan pengundi dengan isu-isu perkauman adalah parti-parti daripada BN seperti SUPP, PBB dan MCA. Namun, katanya rakyat Sarawak telah membuktikan kematangan mereka kerana tidak termakan umpan bersifat parokial seperti dakwaan bahawa ‘masyarakat Cina’ akan kehilangan perwakilan dalam kerajaan jika wakil-wakil Cina daripada BN tidak berjaya dalam pilihan raya. Beliau menambah, seperti yang sudah sedia maklum, keputusan pilihan raya jelas menunjukkan bahawa rakyat Sarawak menolak sama sekali unsur-unsur politik perkauman dan sebaliknya inginkan wakil-wakil yang memperjuangkan keadilan dan kebenaran! Tambahan pula, ujarnya kenaikan undi yang diperolehi parti DAP bukan hanya daripada satu kaum tertentu. “Dalam kawasan-kawasan seperti Meradong, Dudong dan Kirudong, kejayaan kami adalah hasil tambahan undi kaum Dayak yang cukup memberangsangkan,” ujarnya. Di Batu Kawa pula, kemenangan DAP di situ tidak mungkin akan berlaku tanpa undi-undi orang Melayu/Melanau yang telah meningkat dalam sokongannya terhadap DAP. “Hakikatnya, saya yakin bahawa Tun Dr Mahathir sedar dan memahami dinamik politik di negeri Sarawak dan juga di seluruh negara,” katanya lagi. Tambahnya, namun disebabkan motivasi politik, beliau memilih untuk memainkan sentimen sempit perkauman untuk menjaga kepentingan BN. Sekali lagi, katanya rakyat boleh melihat dengan sendiri bagaimana pemimpin-pemimpin BN akan menggunakan taktik pecah dan perintah untuk mengekalkan kuasa mereka. Sebagai pengakhir kata, beliau ingin mencadangkan satu pepatah bahasa Inggeris: if you have nothing good to say, say nothing at all (jika anda tidak mempunyai apa-apa yang bernas untuk dikatakan, usahlah meluahkan walau sekata).
Posted by pondokmaya at 6:27:00 PM 0 comments
Labels: politics
Sunday, April 17, 2011
UNDI POPULAR BN SARAWAK JATUH
Posted by pondokmaya at 9:16:00 AM 0 comments
Labels: politics
PAKATAN RAKYAT MENANG
Dalam tempoh kempen selama 10 hari, ceramah anjuran DAP di bandar menarik kelompok manusia yang menakjubkan, sehingga rakyat mula yakin bahawa PR mampu menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional, malah mengambil alih kuasa kerajaan negeri. Namun demikian, ia hanya imaginasi yang tercetus kerana kedahagaan terhadap reformasi. Pada hakikatnya, ia terlalu optimis dan kurang pertimbangan realistik.
Dalam PRN Sarawak 2006, PR hanya mampu menawan 9 DUN di kawasan bandar. Kali ini, DAP dan PKR dari Semenanjung berjaya merampas 15 DUN, malah menumbangkan Presiden SUPP George Chan, dan mengakibatkan SUPP hanya mampu mempertahankan 6 daripada 19 kerusi yang dipertandingkan. Bahkan PR berjaya menawan 3 kerusi di kawasan bukan Cina. Gelombang telah mengombak di kawasan desa-bandar, berikutan kemenangan PR ini - dan semestinya ia memberi tekanan kepada parti politik tempatan.
Pengundi Sarawak dengan jelas menyatakan bahawa mereka tidak lagi menerima perbezaan antara "parti tempatan" dengan "parti Semenanjung", dan semua parti politik adalah parti di bawah bumbung Malaysia. Pengundi hanya mengambil berat tentang idealisme dan tuntutan - bukan lagi perbezaan geografi - lantas pandangan sempit geografi ini digugurkan.
Apabila fikrah sempit politik berdasarkan geografi ini dipecahkan, maka SUPP dan PBB yang rasuah dan tidak cekap gagal lagi untuk berselindung di sebalik "parti tempatan", untuk terus mengabaikan seruan perubahan pengundi.
PR telah mengharungi pertarungan kali ini, dan mendapat kepercayaan daripada pengundi Sarawak. Mereka bukan lagi "parti dari luar", tetapi telah mempunyai asas di Sarawak melalui undi rakyat. Sebaliknya, parti politik yang melabel dirinya "parti tempatan" - telah disingkirkan pengundi tempatan. Apakah mereka masih layak untuk menggelar dirinya "parti tempatan" apabila gagal mendapat restu daripada orang tempatan?
Sepakat dalam nilai politik
Pengundi Sarawak kini lebih mengambil berat tentang "idealisme" daripada "geografi". Perubahan ini membantu untuk membentuk kesepakatan seluruh rakyat dalam nilai politik. Sarawak tidak lagi tersisih dari pinggiran politik Malaysia, sebaliknya lebih rapat dengan arus perdana reformasi politik nasional. Sarawak bukan lagi deposit tetap BN. BN dan UMNO tidak boleh lagi merampas kekayaan dan sumber negeri Sarawak sewenang-wenangnya tanpa mempedulikan suara rakyat.
Walaupun PR gagal menafikan majoriti dua pertiga BN, namun tidak boleh dinafikan bahawa keputusan PRN Sarawak 2011 adalah kemenangan besar yang bersejarah. DAP dan PKR mempunyai harapan untuk memasuki kawasan desa-bandar, untuk membina akar umbinya pada masa depan.
PRN ini adalah pilihan raya yang paling penting dalam sejarah politik Sarawak. Perhimpunan politik di jalan raya adalah perhimpunan politik terbesar sejak zaman anti-penjajahan pada tahun 1960-an.
DAP menguasai politik Cina
Pada dasarnya, SUPP telah kehilangan reputasi yang dibina sejak 40 tahun yang lalu. Politik Cina di Sarawak bakal dikuasai sepenuhnya oleh DAP. SUPP memerlukan sekurang-kurangnya 10 tahun pada masa depan untuk membina semula imejnya, dan melahirkan pemimpin generasi baru. Dengan kata lain, 10 tahun yang akan datang adalah dekad yang merudum untuk SUPP.
SUPP adalah parti politik tempatan, mempunyai organisasi yang luas. Mungkin tidak pecah berkecai, namun ia tetap akan menemui ajal seandainya tidak memikirkan perubahan. Bukan sahaja pimpinannya akan dipertanggungjawabkan lantaran kekalahan ini, malah hubungannya dengan Taib Mahmud juga bakal berubah.
Pada masa yang sama, PBB yang dipimpin Taib Mahmud juga berdepan dengan krisis pengganti. PR menyasarkan Taib Mahmud sepanjang kempen, dan ini akan dipergunakan Najib untuk mendesak agar Taib Mahmud berundur. UMNO berharap Taib berundur sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Bagaimanapun, UMNO juga khuatir dengan Taib, yang kelihatan masih enggan bersara. Kali ini, sentimen rakyat boleh dijadikan alasan Najib untuk mendesak Taib.
"Angkatan tentera DAP" ini telah berjaya menghapuskan Gerakan pada tiga tahun yang lalu. Kini DAP pula meranapkan SUPP, tinggal MCA yang nyawa-nyawa ikan. Sehati senada SUPP berkhidmat untuk "Pek Moh" - Pek Moh makan daging, SUPP minum sup. MCA seharusnya mendapat iktibar daripada kemusnahan SUPP. Seandainya MCA sehati senada berkhidmat untuk UMNO, mereka akan mengalami nasib yang sama.
Posted by pondokmaya at 9:00:00 AM 0 comments
Labels: politics
KEPUTUSAN PRN SARAWAK KE 10
Semalam rakyat Sarawak telah membuat pilihan masing-masing bagi menentukan wakil-wakil mereka bagi tempoh 5 tahun. Kedudukan kerusi yang dimenangi oleh parti-parti yang bertanding pada pilihan raya negeri Sarawak ke-10 adalah seperti berikut: Jumlah Kerusi Yang Dipertandingkan - 71 Barisan Nasional - 55 DAP - 12 PKR - 3 Bebas - 1 PAS - 0 SNAP - 0 Parti Cinta Malaysia - 0
Posted by pondokmaya at 8:45:00 AM 0 comments
Labels: politics