THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, August 22, 2009

PEMIMPIN UMNO MEMANG TAK TAHU MALU

Beberapa hari lalu saya telah melaporkan mengenai penggunaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Kor Perubatan telah disalahgunakan untuk kempen pilihanraya di Permatang Pasir (N.11) yang sedang berlangsung. Isu ini secara langsung memperlihatkan Zahid Hamidi sebagai Menteri Pertahanan dan juga Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang yang walaupun mendapat Phd dan kini bergelar Dr. tetapi masih belum boleh membezakan antara harta dan duit parti dengan harta dan duit kerajaan.

Semalam pula dilaporkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah 'menyerbu' bilik gerakan B-end di Samagagah berikutan aduan program yang dikendalikan melibatkan penggunaan jentera kerajaan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Adalah dipercayai beberapa kakitangan dan pegawai JKM berada di situ untuk menjayakan program bantuan kepada golongan berusia. SPR telah meminta pegawai dan kakitangan JKM yang berada di situ untuk meninggalkan majlis tersebut. Adalah sangat memalukan (tanpa azam untuk berhenti menyalahgunakan harta kerajaan) apabila UMNO B-end sanggup menggunakan jentera kerajaan (kakitangan awam) untuk program kempen pilihanrayanya.

Dato' Meme Zainal Rashid, Ketua Pengarah JKM seharusnya menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan terhadap kakitangan dan pegawai jabatannya yang terlibat dengan kempen-kempen politik kerana melanggar peraturan jabatan. Kalau nak harapkan Shahrizat Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sudah tentu ia tidak akan lakukannya kerana ada kemungkinan, Shahrizat yang mengarahkan kakitangan dan pegawai jabatan ini melibatkan diri dalam program ini untuk kepentingan UMNO B-end.

Malang bagi Malaysia hari ini mempunyai wakil rakyat atau menteri yang tidak tahu malu dan sering menyalahgunakan jentera kerajaan bagi kepentingan politik mereka. Rakyat pula diarah untuk bekerja dengan tekun, jujur dan amanah. Ditambah lagi, rakyat diminta taat kepada pemerintah tetapi kepada pemerintah B-end sahaja manakala jika dari kerajaan Pakatan Rakyat, ianya tidak perlu ditaati.

MENJAWAB TUDUHAN UMNO

Oleh Ustaz Idris Ahmad

Tuduh Tuan Guru Nik Aziz kata Undi Pas masuk syurga

  • Tok Guru nafikan dalam sidang akhbar 18/8/2009 di Kota baharu
  • Tok Guru hendak saman surat khabar tersebut
  • Kes YB Dato’ Haji Mahfuz yang menang saman fitnah terhadap Utusan Malaysia dan Berita Harian di Mahkamah Tinggi adalah buktinya. Berita Harian diarah bayar RM120.000 dan Utusan Malaysia kena bayar RM150.000Ini menunjukkan bahawa akhbar ini akan buat apa sahaja untuk fitnah terhadap Pas, kerana mereka tidak takut neraka dan dosa.

Pas dengan Umno sama sahaja
  • Jawabnya tak sama kedua-dua ini. Macam ikan keli dengan semilang, nampak sama tapi tidak serupa. Keli-keli, semilang-semilanglah
  • Dasar Pas ialah Islam yang merangkumi perkara dunia dan akhirat
  • Islam yang diperjuangkan oleh Pas ada pahala dan neraka. Umno tidak ambil kira soal ini
  • Isteri pemimpin umno dan ahlinya kebanyakan tidak menutup aurat, sedangkan ini ayat yang qat’I yang diarahkan oleh Allah.

Siapa menangpun sama saja, kami tak dapat apa-apa

  • Dakwaan ini tidak betul. Kita pilih pemimpin bukan untuk kira kepentingan peribadi kita sahaja. Tetapi kena tengok secara menyeluruh apa yang rakyat dapat daripada sebuah kerjaan tersebut
  • Pilihanraya bukan soal berapa panjang parit dan longkang dikorek, bukan berapa meter paip air yang disalur
  • Kerajaan PR ia memikirkan pembangunan dan kebajikan rakyat sepenuhnya. Contoh elaun guru KAFA dinaikkan, potongan air, perbelanjaan wang kerajaan secara berhemah. Mengarahkan semua exco naik kapal terbang kelas ekonomi, duduk di hotel biasa. Dengan cara ini ia menjimatkan wang rakyat PP.
  • Bijaknya kerajaan PR memerintah sehingga berjaya mengatasi bajet Majlis Perbandaran Seberang Perai difisit sepanjang 8 tahun, mampu kembali untung sebanyak RM3juta pada ogos 2009. Inilah erti memilih pemimpin yang mendatangkan manfaaat kepada keseluruhan penduduknya. Jangan kita fikirkan pilihanraya berapa ringgit yang kita dapat, lepas pilihanraya nanti dia tindas rakyat dengan mengenakan cukai yang bermacam-macam. Inilah yang dilakukan oleh pemimpin umno sekarang kerana rakyat bagi kuasa kepada BN di Pusat selepas PRU 12, menyebabkan rakyat kena bayar kadar letrik yang mahal tidak lama lagi, menaikkan tambang bas 30%, insuran kereta motor naik 100% . Misalnya dulu kita bayar RM100 sekarang sudah naik RM200.
  • Kalau pilih calon PAS maka ia menjadi penyambung kepada kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat. Maka banyaklah manfaat yang akan diperolehi oleh rakyat bukan untuk kroni wakil rakyat Pas

Pas melukut di tepi gantang

  • Dulu kenapa Umno yang menjadi KM PP tidak ada pembelaan pada orang Melayu. Sekarang Pas diberi peranan dalam ahli Majlis Kerajaan Tempatan, syarikat GLC, JKKK, kalau zaman Umno dulu Pas tidak ada apa langsung
  • Pas diberi peranan untuk bebas mengajar dan berkhutbah di masjid.
  • Di kawasan ADUN Pas ada juga peruntukan diberikan. Di zaman Umno tidak ada peruntukan yang diberi kepada almarhum Haji Hamdan.
  • Walaupun tak jadi Exco tapi PAS bersama kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Pulau Pinang. PAS ada suara dalam kerajaan tempatan, dalam jawatankuasa ad-hoc, anak syarikat kerajaan negeri GLC dan JKKK.
  • PAS bersama kerajaan negeri, suara Pas membela kepentingan Islam/Melayu dihargai dalam kerajaan berbanding Umno sebagai pembangkang. Nampaknya yang melukut di tepi gantang di Pulau Pinang ialah Umno, bukan PAS.

Pas parti mengumpat?

  • Hukum mengumpat memang tidak boleh pada perkara yang menyalahi agama. Imam al-Ghazali, Imam al-Nawawi mengatakan mengumpat dibolehkan dengan beberapa syarat. Seorang isteri yang hendak mengadu kejahatan suami pada qhadi, perlu dedahkan kejahatan supaya qhadi dapat jatuh hukuman;. Perawi hadis yang tidak adil boleh iberitahu peribadinya yang buruk supaya orang tidak terima hadisnya; Pemimpin yang jahat, supaya orang tidak pilih dia menjadi pemimpin

Anwar Ibrahim Khianat Orang Melayu

  • Dakwaan ini tidak betul.
  • Ini ‘tuduhan politik’ kerana Anwar sekarang lawan Umno. Biasalah, waktu dalam Umno Anwar dijulang sebagai pembela Melayu, bila lawan Umno maka dilabel pengkhianat Melayu. Yang khianati Melayu sebenarnya Umno. Inilah buktinya
  • Anwar dan PR tidak memerintah Malaysia lagi. Macam mana tidak menikah sudah dapat anak.
  • Yang memerintah negara selama ini ialah Umno/BN bukan Pas atau PR
  • Pakatan Rakyat baru sahaja memerintah dalam masa lebih kurang 17 bulan baru (setahun setengah), macam mana sudah ada Melayu yang menjadi miskin.

PAS menang pun tak boleh buat apa

Kalau Umno menang di Permatang Pasir pun boleh buat apa? Kalau setakat nak jadi pembangkang dan berkokok dari luar, tak payah jadi ADUN pun boleh buat kerja itu. Umno/BN pula selalu pulau sidang DUN. Kalau tak mahu masuk dewan bersidang, lebih baik dari awal tak dipilih jadi ADUN.


Habis apa PAS boleh buat?

Berikut adalah perkara yang BERJAYA dilaksanakan; hasil desakan, bantahan, perbincangan yang dibuat oleh Allahyarham YB Hamdan sewaktu jadi ADUN tunggal PAS; semasa jadi pembangkang dan semasa kerajaan.

Pastikan tiada langsung premis judi beroperasi di kawasan N11 Permatang Pasir. Setiap permohonan judi ditentang habis-habisan - berjaya

Memperjuangkan isu tanah milik Melayu Pulau Pinang, tanah wakaf dan tanah perkuburan Islam - sebahagian besar berjaya

Mendesak papan iklan arak dengan imej wanita menjolok mata diturunkan - berjaya

Mendesak mangsa Tsunami di Tanjung Tokong diberikan rumah (tuntutan berjaya masa Pakatan Rakyat berkuasa) - berjaya

Tindakan tegas terhadap 107 pusat hiburan yang melanggar syarat seperti tiada lessen, salahguna lessen, maksiat dan lain-lain – berjaya

Tindakan tegas terhadap 107 pusat hiburan yang melanggar syarat seperti tiada lessen, salahguna lesen, maksiat dan lain-lain - berjaya

Minta Jabatan Agama Islam Pulau Pinang menambah kakitangan dan perlatan setelah mendapati kapasiti tinggalan BN dulu terlalu lemah - berjaya


Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dikuasai oleh Cina

  • Sebab tu kita kena perkuatkan suara Melayu dalam kerajaan negeri Pulau Pinang dengan menangkan calon PAS. Kalau Umno menang dia tidak bersama kerajaan sebab dia pembangkang.
  • Ustaz Salleh boleh menjadi perantaraan dan menyuarakan masalah orang Melayu/Islam terus kepada kerajaan Pakatan Rakyat di pulau Pinang
  • Memang benar Ketua Menteri Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Lim Guan Eng keturunan Cina. Masa BN dulu, adakah ketua menterinya Koh Tsu Koon tu bangsa arab?


Pas Parti Pecah Belah Masyarakat

  • Umno sebenarnya yang memecah belah masyarakat
  • Umno tidak hormat demokrasi dan mewujudkan pecah belah di kalangan rakyat di Negara ini.
  • Contohnya Dato’ Noh Omar Menteri pertanian melarang pegawai Pertanian hadir mesyuarat anjuran kerajaan Pakatan Rakyat.
  • Satu ketika dahulu Zahid Hamidi ketika menjawat jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Star 21/1/2009), merangkap sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Perak telah memberi amaran semua ketua jabatan persekutuan yang berkhidmat di Perak dilarang menghadiri mensyuarat negeri . Kerajaan akan ambil tindakan jika siapa yang engkar.
  • Kerajaan Kelantan dibawah pimpinan Pas sudah lama didera dan diketepikan daripada menurut lunas demokrasi. Menteri Besar Kelantan sejak 1990 sehingga sekarang tidak pernah dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri. Demikian juga dalam Lembaga Kelantan Selatan (Kesedar), walaupun dalam Akta Kesedar peruntukan dua orang wakil kerajaan negeri mesti dilantik, tapi hanya dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri sahaja. Begitu juga dalam Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada), dua orang wakil kerajaan negeri mesti menganggotai lembaga pengarah Kada, tapi tak pernah dilantik.


Apa bukti calon BN dipecat oleh Majlis Peguam.

  • Calon BN, Rohaizat Othman dipecat oleh Majlis Peguam pada 7 Mac 2008 dan dia kemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi berikutan keputusan Majlis Peguam itu, di mana mahkamah juga menolak rayuannya pada 12 Ogos 2009.
  • Prosiding pemecatannya dibuat di bawah Seksyen 103D Akta Akta Profession Guaman 1976. Menurut Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan, kesalahan yang dilakukan Rohaizat adalah tanggungannya sendiri dan tidak melibatkan orang lain kerana Rohaizat sendiri yang dinamakan oleh pihak pengadu dan bukan rakannya.
  • Kesalahan yang dilakukan calon BN itu melibatkan wang pemegang amanah Koperasi Pekebun Getah berjumlah berjumlah RM140,000 dan tidak ada akaun untuknya.
  • Kata Presiden Majlis Peguam, “Walaupun anda membayarnya, tetapi kesalahan telah dilakukan dan ia merupakan kesalahan yang serius kerana ia melibatkan transaksi dengan wang pelanggan. Jika anda tidak bersalah, anda tidak akan didapati bersalah oleh ahli jawatankuasa disiplin dan tuduhan di bawah Seksyen 103D sama seperti salah laku jenayah.
  • Kenyataan akhbar Yusri Ishak pada 20hb Ogos 2009 yang menjawab tuduhan kononnya beliau sahaja terlibat, sedangkan Rohaizat tidak tahu menahu adalah satu pembohongan.
  • Sekarang Yusri sudah berani naik ke pentas Pas untuk menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh Rohaizad.
  • Kalau tidak betul dakwaaan Yusri, beliau boleh saman di mahkamah.


Khairi Tuduh Ada Pengundi Hantu

  • Macam mana kami hendak bawa pengundi hantu, SPR dibawah kawalan Umno.
  • Kalau umno bawa pengundi hantu ada munasabahnya.
  • Nampaknya khairi sudah resah, kerana orang muda tidak bersama dengan beliau. Orang tahu temberang beliau.
  • Samalah dengan pepatah Arab sebut ‘dia pukul aku, dia menangis, dia maki aku dia mengadu kepada orang bahawa si anu yang maki beliau.
  • Walaupun dia jadi ketua pemuda, tetapi beliau anak tembaga dalam umno, sebab itu beliau tidak dilantik menjadi menteri

Permatang Pasir Akan Jadi Anak Emas

  • Kalau Permatang Pasir anak emas, sebelas DUN Umno yang lain di Pulau Pinang anak apa pula. Adakah mereka itu anak buluh betong.

PUAN RAFIZAH?

By Ustaz Nasrudin Tantawi

1. Dengan segala kerendahan diri dan berat hati, saya tegaskan kenyataan saya di sini demi membela insan lemah yang bergelar muslimah sekalipun terpaksa merempuh dinding kebal keegoan seorang insan yang bergelar lelaki .

2. Kezaliman adalah suatu jenayah dan kesalahan yang besar terutamanya apabila ia dilakukan oleh seorang yang mengaku muslim pula seorang pemimpin.

Justeru pemimpin akan menjadi ikutan ramai, maka peribadinya mesti mulia Akhlaknya mesti tinggi. Moralnya terpelihara, sikapnya bertanggungjawab, tindakannya adil dan hatinya pula mesti bersih.

الناس على دين ملوكهم
Manusia berada di atas manhaj [cara hidup] para pemimpin mereka.

3. Isu yang saya dedahkan baru-baru ini adalah berkait kes penganiayaan dan kezaliman yang dilakukan oleh calon BN di N.11 Permatang Pasir ke atas seorang muslimah yang dikahwininya sebagai isteri kedua beliau, bukanlah bermotifkan politik tetapi melibatkan nafsu buas orang politik yang tidak kenal dosa dan pahala.

4. Isu yang saya timbulkan ini bukanlah bersifat peribadi tetapi melibatkan peribadi seorang pemimpin yang cuba melindungi kejahatan dan kezalimannya disebalik aksi berhemah seorang ahli politik yang ingin memenangi kerusi dalam pilihanraya untuk memimpin rakyat dan masyarakat.

5. Isu ini adalah isu keluarga besar kami . Keluarga muslim pula keluarga yang terlibat dalam perjuangan Islam . Isteri kedua calon BN di N.11 Permatang Pasir [Puan Rafizah] adalah adik angkat kepada Tok Guru saya [Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man]. Sementara ayah dan ibunya pula anak angkat kepada ayah Tok Guru saya Hubungan mereka sangat erat dan rapat seperti sebuah keluarga bertalian darah. Sementara saya adalah anak murid setia kepada Tok Guru malah saya seperti adik kandungnya sendiri. Kami berkeluarga dan hubungan kami melewati hubungan pertalian darah .

6. Sebenarnya sejak lebih setahun yang lalu, Puan Rafizah telah mengadu hal nasib malang yang menimpa dirinya kepada Tuan Guru tetapi teguh beliau merahsiakan suaminya Sehingga Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim pun tidak mengetahui siapakah suaminya dan Tuan Guru tidak pula mahu mencampuri urusan keluarganya. Sekadar memberi nasihat dan tunjuk ajar agar bersabar dan tenang menghadapi ujian berat yang menimpa dirinya .

7. Sehinggalah beberapa hari yang lalu, Puan Rafizah memberitahu : "ustaz , Rohaizat [calon BN] itulah suami saya!" pastinya Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim terkejut besar dengan pengakuan itu. Saya segera bertemu kedua-dua ibubapa Puan Rafizah bagi mendapat gambaran yang lebih jelas. Ya ! hanya linangan air mata dari sang ibu yang sangat memahami betapa derita yang ditanggung oleh anaknya sejak bertahun yang lalu.

8. Malah setiap kali mendengar rintihan dan keluhan derita dari Puan Rafizah, lebih banyak esak tangis berbanding kata-kata yang cukup menggambarkan derita dan sengsara hati seorang perempuan muslimah yang digantung tidak bertali malah diperlaku tidak ubah seperti perempuan simpanan [maaf] meskipun ia adalah seorang isteri yang dikahwini secara sah.

9. Tiada siapa yang dapat memahami jiwa Puan Rafizah selama ini termasuk suaminya yang tidak bertanggungjawab. Batinnya menjerit menyatakan kesengsaraan hidupnya yang pernah dibiarkan tanpa sebarang berita dan khabar, jauh sekali dititip nafkah zahir dan batin selama 7 bulan berturut - turut. [Menurut pengakuan ibunya, dengan genangan air mata seorang ibu yang lemah tidak berdaya untuk berdepan pula dengan seorang politikus yang gagah meredah medan politiknya].

10. Dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini, ibunya berkata : anaknya hanya dikunjungi suaminya sebanyak 2 kali dan itupun hanya sekadar beberapa jam, kemudian terus bergegas pergi meninggalkan isteri dalam kesepian mengharapkan kasih seorang suami.

11. Bukanlah salah beristeri dua. Islam tidak melarang muslim beristeri dua. Apa yang saya dedahkan disini bukan isu Rohaizat beristeri dua. Beristeri dua bukan isunya di sini . Tetapi isu besar yang saya bawa ini ialah isu kezaliman dan penginayaan ke atas seorang wanita muslimah yang lemah tidak berdaya oleh seorang lelaki [bergelar suami] yang sepatutnya memberikan keadilan, kasih sayang dan haknya sebagai seorang isteri yang sah. Inilah perlakuan yang ditegah dan diharamkan oleh Allah swt.

12. Saya tidak berhasrat mahu meruntuhkan rumahtangganya malah berusaha mahu menyelamatkannya. Apa yang dikehendaki oleh Puan Rafizah ialah supaya suaminya mengakui beliau sebagai isteri yang sah dan kembali berlaku adil serta memberikan haknya sebagai seorang isteri bukan lagi digantung tidak bertali. Datang dan pergi seperti mengunjungi rumah di lorong maksiat. Jangan perlakukan Puan Rafizah sedemikian rupa. Saya membawa suara derita Puan Rafizah .

13. Malangnya sebelum ini, Rohaizat berkali-kali menafikan Puan Rafizah sebagai isterinya. Puan Rafizah berkata : kalau Rohaizat tidak akui dirinya sebagai isteri yang sah, maka selama ini dirinya sebagai apa? akhirnya deraian air mata yang cukup memilukan hati kami membatasi kata-katanya.

14. Menurut pengakuan Puan Rafizah, betapa beliau telah menanggung derita ini sejak lebih 3 tahun yang lalu. Beliau dipandang serong oleh masyarakat sekitar dan teman-teman rapat yang mengetahui kedudukannya. Selain dari cengkaman perasaan yang terpaksa ditanggung, Puan Rafizah turut berdepan dengan fitnah ke atas dirinya yang dipandang serong oleh masyarakat gara-gara Rohaizat enggan mengakui dirinya sebagai isteri yang sah meskipun Rohaizat mengahwininya dan tidak pula mendokumenkan perkahwinan mereka .

15. Wahai insan yang Islam agamanya ! Wahai Insan yang memiliki Iman ! Wahai insan yang bergelar wanita ! Bukankah seorang perempuan itu dikahwini untuk memupuk kasih sayang, berada di sisi suami [jika berpoligami - berlaku adil dalam giliran], dibelai, dipimpin dan dibimbing dengan penuh sakinah, mawaddah dan rahmah .

16. Wanita juga apabila berumahtangga, ingin sekali menimang cahayamata tetapi malang segala-galanya tidak dimiliki oleh Puan Rafizah. Beliau benar-benar hanya isteri simpanan. Hatinya derita melihat kebahagiaan orang lain disamping suami masing -masing jua bersama anak-anak menceriakan rumahtangga.

17. Dulunya, Puan Rafizah yang pernah bertugas sebagai ketua kerani di pejabat Rohaizat selama 8 tahun mendirikan rumahtangga bersama Rohaizat dengan harapan kebahagiaan dan keharmonian serta kesempurnaan hidup akan dapat dikecapi sebagaimana insan yang lain. Malang panas tidak sampai ke petang. Beliau dianiaya oleh suaminya sendiri yang tidak mahu pula mengakui beliau sebagai isteri yang sah kepada umum sehingga memaksa beliau menjalani kehidupan dengan murung, resah, rasa bersalah, kecewa dan derita .

18. Ke mana pergi pejuang wanita? kemana perginya pejuang hak asasi? saya yakin, bukan seorang Rafizah di luar sana. Mungkin ribuan lagi mangsa seperti Puan Rafizah. Mana perginya Sharizat Jalil yang kononnya beliau adalah serikandi membela hak wanita dari menjadi mangsa penderaan lelaki? Apakah kerana ia isteri calon BN di N. 11 Permatang Pasir maka semuanya membutakan mata? membiarkan Puan Rafizah menderita?

19. Mana insan bergelar muslimah? kalian nak biarkan Puan Rafizah terus derita? Ya ! sementara kalian tidak merasai deritanya. Mana insan yang mewarisi ketaqwaan Fatimah? tergamak kalian biarkan Puan Rafizah terus terbelenggu hidupnya semata-mata kerana nafsu dan kepentingan politik kalian? mana semuanya? Takut nak bercakap perkara ini? bimbang mengganggu keputusan pilihanraya?

20. Saya teringat kisah seorang wanita muslimah yang diinaya lalu berteriak memanggil nama sultan Mu'tasim yang memerintah pada waktu itu. Waa Mu'tasimaaah! [wahai Sultan Mu'tasim ... bantulah aku]. Lalu rintihan derita itu disampaikan kepada sultan Mu'tasim lalu Mu'tasim bangun dari singgahsana lalu berkata : Labbaiki Yaa Ummaaaah! [Aku sahut seruanmu wahai Ibu!] lalu beliau mengerahkan bala tenteranya untuk membela wanita muslimah yang dianiaya .

21. Apakah hari ini telah tiada Mu'tasim? maka Puan Rafizah di zalimi dan didera perasaannya. Malang ! sabar sajalah Puan Rafizah. Nasiblah dirimu hidup dizaman ramai manusia pengecut ! Tidak berani berkata benar !

22. Demi Allah ! jangan biarkan penginayaan ini berterusan langkah pertama saya nasihatkan supaya Rohaizat sebagai orang tahu agama dan tahu hukum hakam agar tidak menzalimi isteri sendiri . Kembalilah kepangkuan isterimu dengan damai dan penuh kasih sayang. Berlaku adillah terhadap kedua-dua isteri kamu. Berikan hak mereka dan berikan kasih sayang kepada mereka. Biarpun mereka bergelar wanita, mereka juga berhak mendapat kasih sayang dan pembelaan khasnya dari orang yang bergelar suami.

23. Saya dedahkan perkara ini dengan izin isterinya yang telah puas menjerit tanpa didengar oleh siapa agar suaminya mengakui dirinya sebagai isteri yang sah dan berikan haknya untuk hidup sebagai isteri sebagaimana isteri-isteri yang lain . Telah banyak usaha dilakukan oleh Puan Rafizah agar dirinya diisytiharkan sebagai seorang isteri yang sah agar ia boleh hidup bahagia dan damai seperti orang lain tetapi gagal .

24. Ertinya masih terbuka luas untuk Rohaizat selamatkan rumahtangganya tetapi dengan syarat Rohaizat runtuhkan tembok keegoannya sebagai lelaki lalu segera kembali kepangkuan isteri dengan penuh insaf. Sempena bulan Ramadhan al Mubarak, Saya doakan rumahtangga kalian bahagian dan harmoni. Saya gembira jika rumahtangga Rohaizat dapat diselamatkan. Buat Puan Rafizah, sekadar itulah usaha dan pendedahn yang tergamak saya lakukan walau hanya menyebut 10% dari kisah penderitaan yang ditanggung olehmu. Maaf saya tidak tergamak hendak menyebut lebih dari itu Selebihnya Puan Rafizah sendiri mesti ada kekuatan menghadapi situasi ini.

25. Jika Rohaizat masih enggan mengakui Puan Rafizah sebagai isteri yang sah dan masih meninggalkannya kesepian tanpa belaian kasih sayang dan giliran hak secara adil, maka demi Allah ! saya bersumpah dengan nama Allah yang maha suci bahawa Rohaizat tidak layak menjadi pemimpin. Tidak layak memegang amanah rakyat .

Saya cabar Wanita UMNO bangkit
membela wanita teraniaya ini !
Ayuh bangkit Sharizat !

Kezaliman seorang suami ke atas isterinya samalah dosa kezaliman kerajaan mengISAkan [tahan tanpa bicara] seorang insan tanpa bukti yang kita tentang ramai-ramai hari tu. Zalim tetap zalim dan ianya mesti ditentang. Apakah kezaliman ke atas wanita perlu disembunyikan dari pengetahuan umum agar dia terus derita sedang dia meronta minta dikasihani ?

15malaysia.com

Sebuah portal web www.15malaysia.com telah mula beroperasi Isnin lalu. Laman web ini merupakan projek pertama di Malaysia yang memberikan muatturun filem-filem khusus untuk disebarkan melalui Internet.

Khairy Jamaludin (Ketua Pemuda UMNO Malaysia) telah berlakon dalam sebuah filem arahan Benji dan Bahir berjudul Meter. Filem ini menceritakan bagaimana Khairy mengambil dan menurunkan beberapa orang penumpang dan berbual-bual dengan mereka berhubung isu-isu popular seperti bahasa kebangsaan, bola sepak kebangsaan, lompat parti dan keris. Watak Khairy sebagai pemandu teksi dalam Meter merupakan cerminan sikap orang Malaysia yang suka mengeluh tentang isu-isu kehidupan mereka tetapi tidak memberi apa-apa saranan berkesan untuk memperbaiki keadaan.

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat pula telah memegang satu watak dalam filem 'The Tree' arahan Amir Muhamad. Menurut Amir, dalam filem ini TGNA telah diminta menjelaskan satu hadis berkaitan ekonomi. Hadis itu memberitahu tentang cara kerja yang dirahmati tuhan. Ia juga menjelaskan kita akan mendapat balasan daripada apa yang dikerjakan. Dalam rakaman temubual ini aktiviti-aktiviti berjual beli di Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu telah dimasukkan.

Sehingga kini terdapat 15 himpunan filem dilancarkan pada hari tersebut dan antara tokoh-tokoh politik yang terlibat 'berlakon' dalam filem-filem yang tela h diterbitkan selain dari Khairy dan TGNA ialah pemimpin MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan pemimpin PKR Datuk Zaid Ibrahim serta Tian Chua. Klip video "The Tree" boleh ditonton di bawah.



MAT KUTUK JAWAB KHAIRY

Sebelum meneruskan pembacaan anda, saya menulis artikel ini adalah berdasarkan liabiliti dan pemahaman saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak ataupun parti tertentu. Penjelasan rasmi dan tepat bagi soalan KJ ini anda boleh minta daripada pihak yang berkenaan. Supaya memudahkan pemahaman anda,adalah digalakkan supaya membaca artikel 'Khairy: Jawab tiga soalan saya' di website ini http://malaysiakini.com/news/111143.

1. Isu pengundi hantu.
Menurut apa yang dikatakan KJ,Pemuda UMNO hanyalah mengesyaki bukannya yakin dengan tuduhan yang dilemparkan walaupun mendakwa mempunyai bukti yang kukuh. KJ juga mengatakan bahawa Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang telah membuat laporan rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya beserta bukti. Kalau begitu, apa yang PAS perlu jawabkan lagi. Laporan telah dihantar dan tugas SPR menyiasatnya bagi membuktikannya. PAS bukan macam UMNO yang belumpun siasatan satu-satu perkara itu dimulakan atau diselesaikan, tetapi sudah ada keputusan sendiri. KJ juga perlu ingat kes yang berlaku semasa pemilihan Ketua Pemuda baru-baru ini, belumpun siasatan selesai, KJ awal-awal lagi mengaku yang dia tidak bersalah. Salah atau tidak bukan ditentukan oleh anda KJ. Kesudahannya, KJ dibuktikan bersalah dalam kes rasuahnya, KJ juga disambut kemenangannya dengan laungan KJ RASUAH!! oleh bukan PAS,PKR,DAP tetapi oleh ahli UMNO sendiri. Macam mana KJ. Boleh jawab?

2. Tiada kerusi EXCO.
Kerajaan Negeri Kedah dan Kerajaan Negeri Kelantan untuk makluman KJ tiada juga wakil daripada DAP namun ianya Kerajaan Pakatan Rakyat juga. Perjuangan PAS bukannya melalui kerusi EXCO semata-mata namun jika dapatlah kerusi EXCO ia dikira sebagai kelebihanlah. Sifat kegilaan pada kuasa yang terdapat pada UMNO janganlah hendak dijadikan perbandingan dengan PAS. KJ juga berkata kepada Jeff Ooi dan konconya dalam DAP mengaburi mata rakyat dengan tak jemu-jemu mengungkit isu KJ selaku Pemuda UMNO Malaysia tidak dilantik sebagai menteri sebagai alasan untuk PAS tidak diwakili dalam kerajaan negeri Pulau Pinang. Itulah jawapannya KJ.Kalau tak nak terima jawapan itu,nak jawapan apa lagi? Takkan hendak PAS kata baiklah KJ, PAS keluar Pakatan Rakyat lepas itu kita buat kerajaan di Pulau Pinang dengan syarat KJ bagi PAS satu kerusi EXCO.

3. Pelan pembangunan buat rakyat.
KJ mendakwa Salleh Man tidak berani menjanjikan apa-apa pembaharuan positif
buat penduduk di Permatang Pasir. KJ sekali lagi menjadikan UMNO untuk dibandingkan dengan PAS. Cuba KJ kira sepanjang PRK yang telah berlangsung baru-baru ini, mana pergi janji-janji UMNO? Mana jambatan di Manik Urai? Antara ciri-ciri orang yang munafik adalah apabila berjanji tidak ditunaikan. Aku tak kata UMNO munafik tapi pembaca fikir-fikirlah sendiri. Nanti ada yang kata aku menyeleweng daripada ajaran Islam pula dengan menghukumkan org munafik. KJ juga berkata bahawa Timbalan Perdana Menteri menjanjikan status anak emas kepada kawasan Permatang Pasir 'JIKA' BN menang, dengan pembangunan infrastruktur, peluang pekerjaan mahupun kemudahan awam yang sememangnya diketagihi kawasan Permatang Pasir. Kenapa 'JIKA'?Kalau betul hendak bagi tak perlulah jika-jika ini. Lagipun banyak betul duit Parti UMNO/Timbalan Perdana Menteri menjanjikan pembaharuan sedemikian rupa. Patutlah selamba sahaja menuduh Salleh Man menggelapkan dana RM 600,000. Mungkin dia ingat PAS ini banyak duit macam dia agaknya. Cuba teka daripada mana UMNO dapat dana untuk mengotakan (kalau dikotakanlah,biasanya tidak) janji ini. Mana lagi, kerajaan pusatlah. Kalau betul-betullah 'rakyat didahulukan', UMNO menang kat Sabah banyak tahun lepas tapi banyak juga kat Sabah masih tak ada jalan raya, elektrik dan bekalan air bersih. Sebelum nak rampas tempat orang, kemaskan tempat sendiri dahulu. Cuba KJ jawab, UMNO dah pegang Malaysia 50 tahun, tapi masih ada banyak lagi lompong sana-sini. Pakatan Rakyat baru setahun jagung perintah UMNO dah kata macam-macam. Cuba jawab?

Walaupun aku ini tak berkelulusan dari tempat macam KJ, iaitu Oxford, tapi anda boleh nampaklah sendiri tahap pemikiran aku dengan KJ ini. Aku SRP pun tak ada,jangankan diploma atau ijazah.Kalau ada yang kata pemikiran aku rendah dari KJ, ada la chance nak dapat pemikiran SRP itu, tapi kalau ada yang kata pemikiran aku tinggi dari KJ, mungkin mereka yang pilih KJ masuk Oxford itu? Anda fikirlah sama-sama.

Hayati slogan-slogan gubahanku.

Dulu, Kini, Sampai Bila?

1Malaysia, Pencapaian didahulukan, rakyat diutamakan,
UMNO didahulukan,kroni diutamakan.


'Salah Tetap Salah.'

SUMBER DARI http://matkutuk.blogspot.com/

Friday, August 21, 2009

SHAFIE ABDAL TAMBAH PELAWAK UMNO B-END

Menjadi tabiat secara mutlak media arus perdana bersekongkol dengan UMNO B-end pada setiap masa. Ini dilakukan secara berlebihan menjelang setiap pilihanraya. Dalam kempen pilihanraya Permatang Pasir seorang lagi pelawak dari UMNO B-end telah muncul.

Komen dan janji-janji Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang juga Naib Presiden UMNO sememangnya mengelikan hati. Shafie dengan penuh yakin berjanji untuk membangunkan kawasan Permatang Pasir kerana menurut beliau rakyat di kawasan tersebut jauh ketinggalan.

Semua rakyat tahu Shafie ini berasal Sabah. Beliau merupakan Ahli Parlimen Semporna yang terletak di bahagian timur pantai Sabah. Pada ketika ini terdapat hampir 133,000 penduduk dan masyarakatnya berbilang kaum, bangsa dan agama. Namun kaum yang mendominasi di Semporna adalah suku kaum Bajau dan Suluk yang berasal dari Selatan dan Barat Laut di kepulauan Filipina. Kebanyakan masyarakat di sini bekerja sebagai petani dan nelayan.

Bagaimana Shafie boleh berjanji untuk memajukan masyarakat di Permatang Pasir sedangkan kawasan yang diwakilinya sendiri masih mundur dari pelbagai aspek. Sedarkah Shafie, masih banyak lagi kawasan di Semporna tidak mempunyai kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan letrik dan air paip serta lain-lain? Peparitan di pekan Semporna juga tidak sempurna. Mungkin Shafie tidak tahu bahawa nelayan dan petani di kawasannya masih kais pagi, makan pagi dan kais petang, makan petang. Ramai anak-anak di Semporna tidak mendapat pendidikan. Tidakkah Shafie nampak suku sakat dan masyarakat yang diwakilinya majoriti masih daif.

Saya tidak faham, bagaimana seorang wakil rakyat gagal membangunkan kawasannya tetapi dengan penuh ego berjanji untuk melaksanakan pembangunan dan memajukan masyarakat di kawasan lain yang jauh dari kawasan dan kampungnya sendiri. Bolehkah Shafie ini dipercayai? Semporna memang kaya dengan pulau-pulau untuk pelancong. Pulau yang menjadi tarikan dan popular ialah Pulau Sipadan. Jom kita melancong ke pulau tersebut. Tetapi jangan lupa meninjau kehidupan masyarakat di Semporna. Lihatlah bagaimana Shafie memperbodohkan masyarakatnya. Shafie telah menambah bilangan pelawak dalam UMNO B-end.

CALON BN

By Zaid Ibrahim

Kalau anak-anak kita berniat atau bercita-cita mahu menjadi peguam, maka syarat kelayakan perlu diberitahu kepada mereka terlebih dahulu. Selain dari mendapat ijazah undang-undang, mereka mestilah mempunyai rekod yang menunjukkan mereka adalah “a fit and proper person”. Peguam mestilah seseorang yang tidak melakukan perkara jenayah, tidak muflis dan tidak menipu. Malah dia tidak boleh melakukan apa-apa saja perbuatan yang boleh dianggap cemar atau menunjukkan buruk pekerti. Oleh kerana kerjanya melibatkan orang ramai, maka kepercayaan orang ramai kepadanya mestilah kukuh dan tidak terjejas. Dia tidak boleh pecah amanah. Itulah syarat-syarat asas nak jadi peguam .

Lainlah kalau anak-anak kita bercita-cita nak jadi wakil rakyat Barisan Nasional. Untuk mencapai cita-cita itu, dia tidak memerlukan rekod yang baik atau bersih dalam hal urusannya dengan orang ramai. Lihat sahajalah calon BN untuk pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir, iaitu Rohaizat Othman, yang telah digugurkan dari menjadi peguambela dan peguamcara oleh Majlis Peguam kerana syarikat guamannya menggunakan wang kliennya, sebuah koperasi, kira-kira RM160,000. Peguam tidak boleh menggunakan wang pelanggan mereka selain dari tujuan asal wang itu diberi kepada peguam tersebut untuk disimpan.

Orang kuat UMNO Zahid Hamidi, yang kini menjadi Pengerusi UMNO Pulau Pinang, dan Ketua Penerangannya menganggap Rohaizat sebagai ‘hero” telah mempertahankan Rohaizat sebagai pilihan terbaiknya. Tak mahu ketinggalan, Muhyiddin Yassin turut menyokong Zahid. Apa lagi mereka nak buat, dah tak ada calon lain. Lalu mereka berkata kesalahan calon itu sebenarnya isu persepsi semata-mata. Mereka tuduh bekas rakan kongsi Rohaizat bernama Yusri yang bersalah. Tak pasal-pasal orang lain kena.

Majlis Peguam pecat Rohaizat lama sebelum hari penamaan calon. Majlis Peguam tidak tahu BN akan pilih Rohaizat. Mereka membuat keputusan berdasarkan penyiasatan rapi. Mahkamah Tinggi pula telah pun mendengar rayuan Rohaizat dan menolaknya; ia mengekalkan keputusan Majlis Peguam yang telah menggugurkannya sebagai seorang peguam. Jadi bila para pemimpin UMNO kata itu soal persepsi, mereka jelas tidak mengerti makna perspesi. Mereka cuba menutup hakikat sebenar. Apakah mereka ingat rakyat Malaysia masih jahil? Malah bila rakyat berkata UMNO sekarang terlalu perkauman, penuh dengan rasuah dan gila kuasa, para pemimpinnya pun kata itu persepsi. Tetapi kita tahu ini semua bukan persepsi. Ini semua ada bukti dan asasnya. Perkataan persepsi itu tidak boleh digunakan bila ada asas kukoh. Persepsi ertinya tanggapan yang tidak ada asas.

.

Begitulah UMNO. Kepada mereka, orang yang tak layak jadi peguam, masih layak untuk menjadi wakil rakyat. Nampaknya soal amanah dan akauntabiliti kepada rakyat sudah tidak penting lagi buat UMNO. Itulah nilai politik parti keramat ini. TPM Muhyiddin Yassin, yang mulakan kempen tuduh Anwar Ibrahim pengkhianat, sekarang pula membelasah Majlis Peguam, kononnya badan itu ada agenda sendiri untuk membantu pihak pembangkang. Sedangkan Majlis Peguam hanya menjelaskan keputusan yang diambil oleh mereka mengikut lunas undang-undang. Mahkamah Tinggi pun sudah setuju dengan Majlis Peguam. Agaknya dalam pemikiran Muhyiddin, Mahkamah Tinggi juga ada agenda lain. Bagitulah UMNO, selagi kita tak setuju dengannya, semua pihak dianggap ada muslihat menentangnya. UMNO kini hidup dalam ketakutan. Semoga orang Permatang Pasir sudah bersedia untuk memberi pengajaran kepada UMNO.

SUMBER DARI http://myzaidibrahim.wordpress.com

SASTERAWAN NEGARA DI PERMATANG PASIR

Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said menyeru pengundi Permatang Pasir agar menggunakan kuasa mereka untuk menolak 'pemimpin yang bertelinga satu dan berlidah dua'.

Dalam ucapannya pada sidang media di Markaz Induk PAS Permatang Pasir hari ini, beliau mengingatkan pengundi agar tidak sesekali menjadikan individu yang bertanggungjawab menguncupkan bahasa ibunda sebagai wakil rakyat. "Kalau ada calon (dalam pilihan raya ini) yang menentang bahasa ibundanya, kita harus tentang mereka dengan tidak mengundi mereka. "Mengapa kita pilih mereka yang mahu menguncupkan bahasanya. Kita ada undi, jadi kita kena ajar mereka dengan tidak mengundi mereka," ujarnya kepada pemberita.

Beliau melahirkan rasa marah dengan pemimpin yang 'bertelinga satu, berlidah dua', ketika merujuk kepada bantahan kerasnya bersama para tokoh bahasa, penulis dan intelektual serta pelbagai NGO terhadap langkah kerajaan meneruskan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris seperti yang dijalankan sekarang ini. Sambil menyifatkan langkah tersebut sebagai usaha penguncupan bahasa Melayu, A.Samad Said dalam nada kerasnya sekali lagi mengulangi istilah pemimpin kerajaan Umno-BN sebagai 'pemimpin bertelinga satu, berlidah dua'. Ketika ditanya pemberita mengenai tujuan kehadiran pada pilihan raya kecil ini, beliau menyatakan ianya merupakan suatu bentuk sokongan moral serta sumbangan ke arah mempertahankan bahasa ibunda.


SUMBER DARI http://prkn11penang.pas.org.

SALAH GUNA MEDIA ARUS PERDANA

Media memainkan peranan penting dalam segala aspek kehidupan seharian kita sebagai manusia supaya kita dapat menikmati kehidupan yang selamat dan efektif. Maklumat yang tidak tepat dan tidak betul boleh menyebabkan kita tidak dapat membuat pertimbangan yang betul dan akan berada dalam kekeliruan. Dengan kemajuan teknologi pada ketika ini terdapat pelbagai media yang digunakan untuk menyampaikan informasi. Walaupun begitu, di Malaysia, radio, televisyen dan akhbar masih memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat.

Dari aspek politik di Malaysia, media arus perdana sering disalahgunakan oleh pemerintah UMNO B-end yang telah diberikan kuasa. Setiap kali pilihan raya diadakan, media arus perdana akan turut bersekongkol dengannya. Informasi yang disampaikan sering tidak mengambarkan suasana, keadaan dan hakikat sebenar. Dalam setiap kali pilihan raya yang diadakan, media-media ini sering memutarbelitkan maklumat dan memberikan gambaran yang salah kepada rakyat. Sebagai contoh, jika informasi yang negatif kepada calon parti UMNO B-end, media tidak akan menyiarkannya. Media-media ini juga akan mengambarkan sokongan menyeluruh dari rakyat atau pengundi seolah-olah pihak pembangkang tidak mempunyai sokongan dan akan kalah. Tetapi sebaliknya apabila keputusan dikeluarkan didapati pihak pembangkang yang menang. Hal ini telah terbukti dalam beberapa pilihan raya yang lalu.

Dalam konteks Islam, Allah telah mengingatkan kita seperti maksud Surah al-Baqarah, ayat 42, "... janganlah kamu menyamarkan kebenaran dengan kebathilan serta kamu sembunyikan kebenaran walhal kamu tahu (hakikat sebenar).

Bagi memastikan rakyat menerima maklumat yang betul, media arus perdana seharusnya memainkan peranan sebagai penyampai yang benar, jujur, telus dan beretika.

ROHAIZAT NAFI ADA ISTERI KEDUA

Calon BN Rohaizat Othman menafikan dakwaan bahawa beliau mempunyai isteri yang kedua yang dikenali sebagai 'Hafizah', sepertimana yang didakwa oleh Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hasan.
Beliau berkata, "Saya tidak ada isteri bernama Hafizah. Isteri saya Khairul Niza Abdul Razak. Saya tidak ada isteri bernama, Hafizah. Saya tidak berkahwin tahun 2005. Saya menafikan."

RAMADHAN AL MUBARAK

Esok 22 Ogos 2009 (Sabtu) semua Umat Islam akan memulakan ibadah puasa. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, saya mengucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA kepada semua pembaca beragama Islam.
Hayati fadhilat Ramadhan Al Mubarak dan marilah sama-sama kita mencari keberkatan-Nya. Semoga kita dianugerahkan kekuatan menjalani tuntutan puasa dan melipat kali gandakan amal. Sama-sama doakan kejayaan bersama yang berlipat kali ganda.

ROHAIZAT TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

Tidak reda dengan isu pecah amanah, sekali lagi calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman dikatakan tidak bertanggungjawab dalam melaksanakan amanah yang ada padanya.

Pendedahan terbaru yang dibuat Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hasan Tantawi itu berhubung dengan tanggungjawab dan amanah terhadap Rohaizat ke atas isteri keduanya. Nasruddin memberitahu calon BN, Rohaizat Othman tidak berlaku adil terhadap isteri keduanya, Hafizah, yang dibuat seperti isteri simpanannya. "Beliau mempunyai seorang isteri yang dikahwininya pada tahun 2005 tanpa didaftarkan selama 3 tahun dan pada tahun 2008 baru didaftarkan secara sah," beritahu Nasruddin. Beliau menjelaskan bahawa beliau bukan hendak menyentuh soal hal peribadi, tetapi kerana melibatkan kepertanggungjawaban seseorang individu itu dan pihaknya juga mempunyai bukti terhadap perkara ini.

Nasruddin turut mempersoalkan, bagaimana Rohaizat yang dipilih sebagai calon BN itu hendak memikul tanggungjawab terhadap 20 ribu pengundi Permatang Pasir amnya, sedangkan tanggungjawabnya terhadap seorang isteri tidak dapat dilaksanakan.

Ketika ditanya media lebih terperinci mengenai isteri calon BN itu, Nasaruddin hanya menjawab; "Isteri tersebut cukup hanya dikenali sebagai Hafizah, berada di Jengka, Pahang dan dahulunya pernah bekerja sebagai Ketua Kerani di tempat kerja Rohaizat selama 8 tahun. Isteri Rohaizat itu sendiri berjumpa dengan saya dan saya mengenali wanita tersebut," jelas Nasrudin lagi.

Sehubungan dengan itu, Nasruddin mencabar Rohaizat menafikan perkara ini secara terbuka sekiranya perkara ini tidak betul. Pendedahkan tersebut didedahkan Nasruddin dalam sidang media selepas program Perlawanan Bola Sepak diantara Kubang Semang FC dan YB Pakatan Rakyat berlangsung, semalam.

SUMBER DARI http://prkn11penang.pas.org.my/

Thursday, August 20, 2009

PUASA DAN ZAKAT FITRA

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah telah membuat pengumuman secara langsung sebentar tadi melalui radio dan televisyen bahawa Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa mulai Sabtu ini (22 Ogos 2009).

BERNAMA pula melaporkan, kadar zakat di seluruh negara tahun ini ditetapkan antara RM5.00 dan RM8.00 seorang mengikut negeri yang berdasarkan harga beras yang terdapat di pasaran. Nilai bayaran zakat bagi negeri-negeri di Malaysia bagi tahun 2009 (kecuali Kelantan dan Wilayah) adalah seperti berikut:

Selangor, Pahang, Perak, Kedah dan Pulau Pinang - RM7.00

Terengganu - RM5.00, RM7.00 dan RM8.00

Johor - RM5.00 dan RM7.50

Sabah - RM6.60

Negeri Sembilan - RM6.50

Melaka - RM6.30

Sarawak dan Perlis - RM6.00

MYSTERY LETTER - KHIR TOYO DENIED

By Neville Spykerman

KUALA LUMPUR, Aug 20 – Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo has denied allegations contained in a mystery letter purportedly written by unnamed MACC officers that implicates him in a conspiracy with a senior anti-graft officer to bring down the Pakatan Rakyat (PR) Selangor government.

“The allegations are not true,” the former Selangor mentri besar told The Malaysian Insider from Mecca, Saudi Arabia, when told about the letter. “I do not know this MACC officer.”He added that he was not aware of the letter but would take legal action against any website for publishing it.

The letter was delivered two days ago to Gobind Singh Deo, the lawyer for Teoh Beng Hock’s family, and was sent by anonymous parties claiming to be “MACC officers” who urged the authorities to probe a senior anti-graft officer for corruption and involvement in the DAP political aide’s death.

The letter, written in Bahasa Malaysia on an MACC letterhead, appears to give lawyers for the family ammunition and a roadmap to investigate Teoh's death. A senior official of the MACC was named as someone who was personally involved in questioning Teoh in the final hours before he died.An account of what happened during questioning was also suggested. The letter accuses the senior official of widespread corruption involving previous investigations. It also accuses the senior officer of acting on the instruction of Dr Mohd Khir from the time he was the Selangor mentri besar to initiate investigations into possible corruption involving the current government.

In the letter, a number of previous investigations purportedly involving Dr Mohd Khir’s administration are listed, and the senior officer was said to have covered up those cases.

Yesterday, magistrate Azmil Muntapha Abas, who is acting as coroner in the inquest into Teoh’s death, ordered the police investigating officer, ASP Ahmad Nazri Zainal, to immediately look into the contents of the letter and check all its claims. Azmil also told the lawyers involved not to disclose the details of the letter to anyone but did not issue a “gag order” as requested by Tan Hock Chuan, the lawyer heading the Attorney-General's team and assisting him in the inquest.

Tan asked for the “gag” to prevent putting the police follow-up at risk, as several notable people are said to be named in the controversial letter. But Gobind, who is representing Teoh's family, said a gag would not necessarily prevent the details from leaking out. Gobind said the letter was handed directly to him late Tuesday afternoon, just as he was leaving the court here. The envelope it came in was not addressed to him, he said. He refused to say who it was directed to.

SUMBER DARI http://www.themalaysianinsider.com/

MUHYIDDIN DAH KECUT

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merasa kecut perut apabila mengetahui Speaker DUN Negeri Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail sudah menghantar surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memaklumkan mengenai kegagalan Datuk Abu Hassan Sarif (ADUN Kota Siputeh) untuk hadir sidang DUN pada 19 April dan Ahad lalu. Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang tidak hadir pada sidang DUN selama dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, tempatnya hendaklah dikosongkan. Abu Hassan kemungkinan digugurkan daripada jawatannya kerana gagal hadir dua kali sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tanpa kebenaran Speaker.

Pada ketika ini, difahamkan SPR sedang mendapatkan pandangan dari Peguam Negara. Kes seperti ini adalah yang pertama dalam sejarah pilihan raya negara ini. Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya berkata, "Ia melibatkan aspek perundangan negeri dan persekutuan dan dengan itu SPR memerlukan masa untuk mengkaji secara mendalam."

Muhyiddin berkata, "SPR patut mempertimbangkan keadaan Abu Hassan Sarif yang kurang sihat dalam menentukan sama ada kerusi tersebut kosong atau sebaliknya." Menurutnya lagi, "SPR yang mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan sesebuah bahagian pilihan raya, sebagaimana disaksikan di Perak Februari lalu." Beliau berharap SPR akan mengambil kira pertimbangan itu.

Muhyiddin menjadi kecut lagi kerana pada pilihanraya kecil yang lepas, B-end hanya menang satu kerusi iaitu di Batang Ai, Sarawak dari 6 PRK yang telah diadakan manakala 5 lagi, semuanya di Semenanjung dimenangi oleh Pakatan Rakyat (PR). PRK yang akan berlangsung di Permatang Pasir juga pada ketika ini memberi kelebihan kepada PR (PAS). Isu-isu kredibiliti calon, pembohongan pemimpin-pemimpin UMNO B-end, janji palsu, penyalahgunaan kuasa dan lain-lain menjadi alasan kuat rakyat untuk menolak UMNO B-end. Bagi menentang isu-isu yang dibangkitkan oleh PR, UMNO B-end sekali lagi menggunakan harta kerajaan dan media arus perdana khasnya RTM yang sebenarnya dimiliki oleh rakyat untuk memancing undi.

Kerusi Kota Siputeh dimenangi Abu Hasan dengan majorti 495 undi manakala lawannnya, Ismail Wan Teh dari PR (PAS) memperolehi 7,665 undi.

BOHONG TETAP BOHONG = TIPU

Yusri Isahak, bekas rakan kongsi Rohaizat Othman akan mengambil tindakan saman terhadap mana-mana individu yang mencemar namanya dengan salahlaku yang dibuat oleh calon BN itu. Beliau melahirkan rasa hampa dan marah terhadap Rohaizat yang mendakwa rakan kongsinya (Yusri) yang bertanggungjawab 'melesapkan wang' berjumlah RM140,000.00 wang milik Koperasi Pekebun Getah Kecil di Pulau Pinang pada tahun 2002.

Yusri Isahak adalah bekas rakan kongsi firma guaman Saif Ariff dan Rohaizat membuat penjelasan itu di satu sidang media khasnya di Yayasan Aman kerana tiada saluran lain. Sudah tentu media arus perdana akan menyembunyikan berita ini dari pengetahuan rakyat. Yusri mengambil tindakan ini sebagai menjawab laporan Utusan Malaysia yang memetik ketua penerangan Umno, Ahmad Maslan sebagai berkata Rohaizat hanya bertanggungjawab ke atas tindakan yang dilakukan rakan kongsinya. Saya mahu bersihkan nama saya dan maruah keluarga.

Selain dari Ahmad Maslan yang telah membohongi rakyat dalam isu ini, didapati Muhyiddin Yassin, Zahid Hamidi dan lain-lain pemimpin UMNO B-end juga pernah berbohong bagi melindungi Rohaizat yang telah dipilih oleh UMNO B-end untuk bertanding. Mereka telah cuba sedaya upaya membersihkan diri Rohaizat dengan 'mengkambinghitamkan' Yusri.

PEMIMPIN MESTI AMANAH

Calon B-end Rohaizat Othman bagi PRK Permatang Pasir telah dikaitkan dengan kes salahlaku penyalahgunaan wang RM140,000 milik sebuah koperasi pekebun kecil getah. Majlis Peguam Malaysia telah menyenaraihitamkan namanya sebagai seorang peguam sivil pada tahun lepas.

Isu Rohaizat disenaraihitamkan oleh Majlis Peguam telah dibangkitkan oleh pihak lawan dalam PRK ini iaitu Pakatan Rakyat (PAS). Adalah menjadi amalan biasa bagi pihak lawan (sama ada UMNO B-end atau Pakatan Rakyat) mencari dan menjadikan isu dalam perbahasan apabila terdapat kekurangan, kelemahan atau kesilapan lawan.

Bagaimanapun dalam konteks pertandingan di PRK Permatang Pasir ini, bukan saja pihak lawan (PR - PAS) membangkitkan isu Rohaizat yang dikatakan 'tidak amanah' tetapi juga dari kem B-end sendiri. Ketua Cawangan UMNO sendiri telah menolak Rohaizat kerana sering gagal menghadirkan diri ke mesyuarat jawatankuasa sehingga status Rohaizat sebagai Ketua Pemuda Qariah dipersoalkan dalam satu mesyuarat Qariah pada tahun 2001. Rohaizat merupakan Ketua Pemuda Qariah Kampong Mengkuang. Beliau dikatakan juga tidak mesra rakyat dan penduduk di kampong ini tidak mengenalinya.


Ahli parlimen Gua Musang yang juga mantan naib presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah telah mempertikaikan pemilihan Rohaizat kerana disifatkan 'tidak bersih'. Ku Li berkata "Apakah salahlaku kewangan seumpama itu sudah menjadi perkara biasa sehingga tidak lagi menjadi faktor dalam memilih calon yang sesuai."

Kini yang sibuk cuba mengangkat kredibiliti Rohaizat hanyalah beberapa pemimpin UMNO B-end, khasnya Muhyiddin dan Zaid Hamidi. Bagaimanapun kedua-dua watak UMNO ini bukan pengundi di Permatang Pasir. Rakyat di Permatang Pasirlah yang akan menentukan pemimpin mereka. Pilihlah ketua atau pemimpin yang AMANAH.

FAHAMI KENYATAAN TGNA

By Kunal

Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz telah menjadi isu hangat hinggakan ada yang mencadangkan ia dibawa ke majlis fatwa. Bagi mereka yang faham dan ikhlas, kenyataan TGNA bukan tiada asasnya. Cuma mereka yang pura pura tidak faham sahaja yang mempertikaikannya dan mengelirukan rakyat yang tidak faham.Bagi sesiapa yang mengenal UMNO, dasar perjuangan, perlembagaannya, tindakan pemimpinnya pasti akan faham mesej yang disampaikan oleh TGNA. Begitu juga bagi sesiapa yang memahami Islam dan akidah Islam itu sendiri juga akan memahaminya.

Sepatutnya bila seorang Ulama mengeluarkan pendapat tentang sesuatu perkara kita sebagai seorang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat menyuluh dan menilai diri, adakah akidah dan perjuangan serta apa yang kita perjuangkan itu bertepatan dengan Islam itu sendiri atau tidak. Kita tidak seharusnya melenting dan menyerang TGNA dengan pelbagai tuduhan. Bagi mereka yang bijaksana, mereka hanya perlu meminta TGNA memberikan hujah-hujah yang menyokong pendapatnya. Inilah yang diajar oleh Allah melalui rasulnya Nabi Muhammad yang dicintai. Selepas itu jika di merasakan dan mendapati hujah-hujah TGNA tidak betul dan tidak tepat maka perbetulkanlah dengan membawa hujah-hujah yang betul. Bukannya menyerang membabi buta yang akhirnya merosakkan ummah dan orang awam yang tidak faham terutamanya berkaitan dalam akidah Islam.
Sebenarnya ada beberapa golongan manusia yang cepat melenting dan menyerang membabi buta.
1. Golongan munafik.
Dalam fikiran golongan ini hanya satu. Iaitu ingin merosakkan umah dan Islam itu sendiri.
2. Golongan yang cerdik pandai tapi suka mengampu.
Golongan ini sanggup membuat apa sahaja atas kepentingan peribadi dan kelazatan dunia.
3. Golongan jahil dan sombong.
Golongan ini akan mempertahan sesuatu tanpa ilmu. Dan akan menutup telinga bila datang kebenaran.
4. Golongan jahil yang ikhlas.
Golongan ini suatu hari akan mudah mendapat hidayah bila diberi hujah-hujah yang betul. Insyaallah.
Sebab itulah golongan 1, 2 dan 3 tidak suka berhujah. Mereka lebih suka menyerang dan menghentam serta menggunakan orang lain sama ada agensi untuk menundukkan pihak lawan.
Bertafakurlah sejenak.
Selamilah hati.
Tanyalah kehendaknya.
Fahamilah sendiri.

SUMBER DARI http://www.tranungkite.net/

Wednesday, August 19, 2009

KU LI KECEWA BN PILIH ROHAIZAT

By Tengku Razaleigh

I don’t know En. Rohaizat. He may be a fine upstanding citizen. However, his public record of dishonesty would long ago have disqualified him from being a candidate for public office in any normal political party.

Is Umno so short of people that we have to find a lawyer disbarred for financial dishonesty to stand? Has financial misconduct become so common among us that we no longer see it as a factor in a candidate’s suitability? The party leaders who select and screen candidates must have known of this impediment but considered financial misconduct a trivial matter.

Honesty is a minimal condition for public office. Whatever the other virtues of the candidate, he should not be considered if he fails this test. The candidates we field for election must have a clean record because we are asking the public to place their confidence in him as their leader, and democratic government breaks down without public confidence. We are also saying this candidate represents us. I’m sad to have to say such obvious things.

By fielding a disbarred lawyer, today’s Umno is projecting the image that it lives by a different moral code from the rest of Malaysia. One set of rules for Umno, and another for everyone else. Either that, or this is the best we can do.

SUMBER DARI http://razaleigh.com/

SIAPA BOHONG?

Naib Presiden Umno yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata: "...di mana yang melakukan perbuatan itu bukanlah saudara Rohaizat tetapi bekas rakan kongsinya" (mStar Online 16/8/09, "Dakwaan firma guaman salah guna wang tak libatkan calon BN").

Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan pula berkata: "The offence was for personal liability and does not involve any other persons, as Rohaizat was named by the complainant, and not his partner," Bar Council president explained. "Rohaizat was disbarred on March 7 last year and he appealed against the Bar Council decision to the High Court, which also dismissed his appeal on Aug 12 this year" (Malaysian Insider 18/8/09 "Umno represented by disbarred lawyer").

Dalam posting blog ini yang bertajuk "Ada pekung di dada calon BN Permatang Pasir?" Tharieq Dhiyauddin berpesan: Apabila datang satu berita maka selildikilah dahulu... Pesanan beliau sesuai dengan ayat keenam Surah al-Hujurat: Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Oleh kerana Zahid pernah menjadi menteri yang bertanggungjawab hal ehwal agama tentulah beliau tidak fasik. Dan, takkan pula beliau nak berbohong.Lagi pun, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata BN tidak akan berbohong kepada pengundi semata-mata untuk meraih sokongan. Saya cadangkan kepada Rohaizat agar mencabar keputusan Mahkamah Tinggi 12 Ogos lalu yang menolak rayuannya berikutan tindakan Majlis Peguam memecatnya. Tak patut Rohaizat dihukum sedangkan, seperti cakap benar Zahid, "yang melakukan perbuatan itu bukanlah saudara Rohaizat tetapi bekas rakan kongsinya". Saya juga mencadangkan Rohaizat mengambil tindakan undang-undang ke atas Majlis Peguam yang menuduh beliau terlibat dalam salah laku dan memecatnya kerana, seperti cakap benar Zahid, "yang melakukan perbuatan itu bukanlah saudara Rohaizat tetapi bekas rakan kongsinya". Berkaitan:Ketua cawangan tak puas hati pemilihan Rohaizat? (Malaysiakini 18/8/09) Bar says BN candidate disbarred for failing to return client’s money (Malaysian Insider 18/8/09) Bar Council: Rohaizat disbarred for personal misconduct.

The Star Online (18/8/09): Rohaizat Othman, Barisan Nasional’s for the Permatang Pasir by-election, was taken off the advocates and solictors roll on March 7 last year after he was found guilty of personal misconduct, Bar Council secretary George Varughese said. The Advocates and Solicitors Disciplinary Board’s decision arose from an investigation into a complaint lodged against Rohaizat by the purchaser of a piece of real property, Varughese said in a press statement on Tuesday. Rohaizat, who is also the Permatang Pauh Umno division secretary, had allegedly failed to refund almost RM161,000 to the complainant after the transaction was aborted. Rohaizat appealed against the decsion of the Disciplinary Board to the High Court, and the appeal was dsimissed on Aug 12. “He is therefore legally disqualified from practising as an advocate and solicitor,” Varughese said the finding of misconduct is personal to Rohaizat Othman, as the Disciplinary Board would not hold a lawyer liable for the actions of his or her law partners, he added.


SUMBER DARI http://penarikbeca.blogspot.com

Tuesday, August 18, 2009

ATM SEDANG DIGUNAKAN DI PERMATANG PASIR

Seperti dalam piliharaya-pilihanraya sebelum ini UMNO B-end akan menggunakan Kementerian, Jabatan dan agensi di bawah kawalannya bagi membantu kempen mereka. Dari petang semalam kelihatan beberapa anggota tentera dan peralatannya termasuk kenderaan dipercayai dari Kor Perubatan berada dalam 'bangsal' UMNO B-end di Masjid Permatang Pasir.


Menteri Pertahanan adalah Dato' Seri Dr. Zahid Hamidi yang juga merupakan Ketua Perhubungan UMNO Pulau Pinang. Pada PRK Manek Urai yang lalu, Zahid memberikan alasan bahawa "usaha memperbaiki beberapa kediaman pengundi di sana adalah atas inisiatif ATM sendiri untuk mendekati rakyat." Sebenarnya masih banyak lagi rumah yang telah rosak teruk tetapi tidak dihiraukan kecuali kawasan yang menghadapi pilihanraya.

Pemimpin UMNO B-end memang lidah bercabang, sering menggunakan harta rakyat untuk kepentingan diri dan kerap berbohong bagi mendapatkan undi dan sokongan rakyat.

SIAKAP SENOHONG, GELAMA IKAN DURI
BERCAKAP BOHONG, JADI MENTERI MENCURI

DAP BERKUASA SEPENUHNYA DI SELANGOR?

Oleh Khalid Samad

Apabila berlakunya peristiwa berhubung pengawalan penjualan arak di Selangor, yang bermula di Shah Alam, tiba-tiba UMNO/BN cuba menonjolkan diri mereka sebagai juara Islam! Pelik bin Ajaib, bukankah mereka yang memerintah selama 52 tahun sebelum naiknya PR? Mungkin mereka terlupa. Melayu UMNO sememangnya mudah lupa.

Semasa BN memerintah, penduduk Seksyen 8 Shah Alam sudah pun meminta supaya kedai 7-Eleven di tempat mereka tidak menjual minuman keras. Jawapan UMNO ialah menguncikan Surau Seksyen 8 kerana penduduk Seksyen 8 dianggap ‘melampau’. Walaupun hubungan kedua peristiwa ini tidaklah begitu ‘direct’, tetapi lebih kurang begitulah ceritanya. Kisah ini pun mungkin mereka lupa kerana Melayu UMNO mudah lupa.

Sekarang UMNO yang sama ini ingin mengherdik DAP dan memomokkan rakyat dengan ‘ancaman’ kekuasaan DAP. Ada yang sampai berkata, “tunggulah apabila DAP berkuasa sepenuhnya, mereka akan tunjuk belang mereka dan menindas ummat Islam!” Hmmm, setahu saya, UMNO/BN yang menindas ummat Islam selama ini. Melalui ISAnya. Melalui pemecatan Mufti dan Pegawai Masjid yang tidak akur kepada kehendaknya. Melalui penarikan balik bantuan per kapita kepada sekolah agama rakyat dan sebagainya. Mungkin ini pun mereka lupa juga.

UMNO ingin memomokkan DAP di kalangan orang Melayu, sepertimana memomokkan PAS di kalangan masyarakat Cina dan India. Namun sebenarnya, tidak mungkin DAP berkuasa ‘sepenuhnya’ di Selangor. Walaupun boleh dipertikaikan kenyataan UMNO/BN ini, tetapi cuba kita andaikan sahaja, untuk memuaskan hati mereka. Hakikatnya jika diteliti, DAP tidak mungkin berkuasa ‘sepenuhnya’ di Selangor kerana bagaimana mungkin mereka berkuasa ‘sepenuhnya’ sekiranya mereka hanya bertanding 16 dari 56 kerusi sahaja?

Inilah akibat mengajar Metamatik dalam bahasa Inggeris. Orang UMNO sudah tidak pandai mengira! Kalau ingin berkuasa ‘sepenuhnya’, maka sepatutnya DAP bertanding untuk mendapatkan majoriti 2/3 yang bersamaan dengan 38 kerusi. Barulah mampu berkuasa ‘sepenuhnya’.

Kalau ingin berkuasa dengan majoriti mudah sekalipun, DAP akan memerlukan 29 kerusi. Adakah mungkin memenangi 29 kerusi sekiranya hanya bertanding 16? Atau apakah mungkin orang UMNO anggap kerusi DUN ini boleh beranak-pinak?

Itulah sebabnya kita perlukan ‘Pakatan’. Bukan PAS sahaja, UMNO pun perlukan pakatan dengan MCA dan MIC serta Gerakan. Namun sekarang ini MCA, MIC dan Gerakan tidak lagi mampu mendapat sokongan bukan Melayu. Oleh itu UMNO membawa mesej Melayu ekstrim kerana mereka menyedari bukan Melayu tidak akan lagi mengundi mereka, walau sekerap manapun Najib berulang ke Batu Caves.

Kasihan melihat gelagat UMNO. Ini tak kena, itu tak kena. Akhirnya, seperti biasa kembali menipu dan memomokkan rakyat dengan ketakutan terhadap DAP dan PAS. Inilah akibatnya apabila sudah kehabisan modal.

SUMBER DARI http://www.khalidsamad.com/

ROHAIZAT'S PERSONAL LIABILITY

The offence for which Permatang Pasir Barisan Nasional (BN) candidate Rohaizat Othman was struck off the Malaysia Bar Council's list involves the individual lawyer. Bar Council president Ragunath Kesavan told The Edge Malaysia that the proceedings under Section 103D of the Legal Profession Act 1976 involved misconduct of the individual lawyer. "The offence was for personal liability and does not involve any other persons as Rohaizat was named by the complainant, and not his partner.

"Rohaizat was disbarred on March 7 last year and he appealed against the Bar Council decision to the High Court, which also dismissed his appeal on Aug 12 this year," he added. Ragunath said the offence committed by Rohaizat involved stakeholders' money from Koperasi Pekebun Getah and there was no account for it. "When the board looked into this matter and the order was made, there was no reimbursement to the stakeholders involving the sum of RM140,000. "Even if you pay, the offence has been committed and it is a serious offence as this involves dealing with client's money. "If you are an innocent party, you would not be found guilty by the disciplinary committee and the charge leveled under Section 103D is tantamount to criminal misconduct," he added.

Ragunath said the other partners only would be penalised if it involved negligence of the law firm concerned, but the offence committed under Section 103D was for personal misconduct.

ROHAIZAT WAS DISBARRED

Dari The Straits Times

KUALA LUMPUR, Aug 18 – Nearly as soon as he filed his papers to contest the Permatang Pasir by-election yesterday, Umno candidate Rohaizat Othman ran into controversy. Rohaizat, 38, was bombarded with questions from reporters after it became known that he was disbarred as a lawyer last year over allegations of fraud that implicated his law firm.

According to the Malaysian Bar website, he was disbarred on March 7 last year. This means that he cannot practise as a lawyer or appear before a court, but he is allowed practise syariah law. It also does not preclude him from standing as an election candidate, but it is certainly not an advantage. He and Parti Islam SeMalaysia (PAS) Penang commissioner Mohd Salleh Man,52, were the only two who registered as candidates for the by-election on Aug 25. The by-election for this state seat on mainland Penang was called after the previous PAS assemblyman died, making it the country’s eighth by-election since the general election took place in March last year. The opposition will certainly capitalise on the controversy to illustrate their claim that Barisan Nasional (BN) is a patronage machine which disregards moral principles routinely.

Umno vice-president Ahmad Zahid Hamidi, who is the party’s Penang state chief, insisted that Rohaizat was innocent of the alleged fraud in his firm. “This is an issue of public perception. We will explain to the voters what really happened,” Datuk Seri Ahmad Zahid said. Umno Youth chief Khairy Jamaluddin told The Straits Times that it was Rohaizat’s business partner who was involved in the fraud and who dragged the entire firm into the mess. He said Rohaizat had settled the problem after his partner disappeared. Rohaizat, who graduated from the International Islamic University in 1995, has stopped practising law. The controversy will be fodder for the opposition, which has the upper hand going into this contest. This state seat is part of the Permatang Pauh parliamentary seat held by opposition leader Anwar Ibrahim. But the opposition is also on the defensive after nearly losing the most recent by-election in Kelantan last month. The PAS candidate won the Manek Urai seat – also a stronghold – by a mere 65 votes.“In the aftermath of the Manek Urai state by-election and the steps taken to reform and change the country, the winds of change are beginning to blow and I think it has reached Permatang Pasir,”

Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin said yesterday. Political analysts are not as confident, although many believe that the BN may be able to slash the majority. The Manek Urai by-election showed that internal bickering among parties can severely damage their electoral showing. The opposition is also fending off accusations that it has sacrificed Malay interests to win support from the minority communities. “It will be a test as to whether the attacks against the Pakatan will stick. It is significant as this is the power base of Anwar,” said law professor Abdul Aziz Bari.

Permatang Pasir is not as Malay-dominant as the Manek Urai. Of its 20,290 voters, about 72 per cent are Malays, 26 per cent Chinese and almost 2 per cent Indians. But the Malay votes are large enough to be visible, especially as the Chinese voters are expected to remain in favour of the opposition. The number of Indian voters is negligible.The campaign kicked off yesterday with a noisy nomination process filled with the chanting of slogans, the waving of banners – and the wearing of face masks due to the Influenza A (H1N1) pandemic.

There was a brief scuffle when police tussled with opposition MP N. Gobalakrishnan outside the nomination centre. The Parti Keadilan Rakyat supreme council member had failed to heed two warnings by the police to stop using a loudspeaker to make provocative remarks. He was handcuffed and taken away.

LAIN PADANG

By Ahmad Zawawi

Penduduk Permatang Pasir bakal dihiburkan sepuas-puasnya dari hari ini hingga tengah malam 24hb Ogos. Pada 25hb mereka akan tentukan sejauh mana benarnya janji-janji Pembangkang (BN) di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ini.

Pada hari hari penamaan calun sahaja kita sudah dengar kata-kata dari Pimpanan Wanita UMNO yang berjanji sekiranya Barisan Nasional memenangi Pilihanraya Kecil Permatang Pasir nasib penduduk-penduduk yang daif di kampong-kampong dalam kawasan akan dibela. Nada yang serupa pernah dicanangkan beliau semasa di Manik Urai. Beliau juga membayangkan kekecewaannya yang kawasan ini telah diwakili oleh PAS selama tiga Penggal. Nampaknya cara pemimpin BN menabur janjipun berpilih-pilih. Di Penanti baru-baru ini walaupun terletak dalam kawasan Parlimen yang sama iaitu Permatang Pauh Parti UMNO/BN mengambil keputusan untuk mengabaikannya.

Saya suka ulangi perkara yang pernah saya tulis sempena Pilihanraya Kecil Manik Urai. Peruntukan-Peruntukan untuk membantu orang-orang miskin dan daif adalah di bawah kelolaan Kerajaan Persekutuan. Bukankah bantuan-bantuan kemanusiaan ini perlu di masa susah. Dimana logiknya Barisan kena menang dulu di Kerusi Negeri itu baru orang-orang susah boleh dibantu. Nampaknya mereka terus-terusan aplikasikan budaya "Berbudi dan Berbahasa” bukan ” Yang Memerlu Didahulukan”.
Adalah dipercayai dalam beberapa hari lagi akan ada pula janji-janji nak bina jejambat menyeberang landasan keretapi dan Jambatan tambahan untuk menghubungi Georgetown. Dengan melafaskan semua janji-janji ini maka betullah sebagai dikata yang BN akan berkempen sebiji seperti di Manik Urai.

Satu perkara yang jelas Permatang Pasir sama sekali berbeza dengan Manik Urai. Pola pengundinya bukan total satu kaum. Ada terdapat kurang lebih 25% pengundi bukan melayu. Kehendak-kehendak serta keperluan mereka ini sudah tentu berlainan. Disinilah yang saya maksudkan berbezanya Belalang dan Padang itu.

Kepada Parti PAS yang mewakili Pakatan Rakyat jangan terikut-ikut dengan rentak BN. Matlamat mereka ialah untuk mencapai keputusan yang serupa di Manik Urai iaitu “kemenangan moral” sedangkan Parti PAS perlu meneruskan tugas-tugas yang belum sempat dibereskan oleh Allahyarham Datuk Hamdan.

Jangan dihiraukan sangat cakap-cakap orang UMNO yang mengatakan pemimpin Pakatan bergeseran sesama sendiri kerana semua ini perkara biasa sahaja. Apakah Parti-Parti dalam komponen dalam BN ikut saja apa yang UMNO kata? Kita kerap juga mendengar MCA menuntut jawatan TPM. Dan baru semalam melalui berita TV Pemuda MIC minta tambahan Menteri Kabinet untuk MIC. Semasa BN memerintah Pulau Pinang kita tidak pernah dengarkah suara-suara yang mengatakan UMNOlah yang sepatutnya menerajui Penang? Meminjam kata orang-orang lama “Pantai mana tak dipukul ombak”. Jadi saranan kepada pengundi di Permatang Pasir supaya memberi kemenangan kepada BN bertujuan menagajar Pakatan Rakyat kerana “bergeser” sesama sendiri. Apa pula kurangnya Barisan Nasional?

SUMBER DARI http://www.detikdaily.net/

Monday, August 17, 2009

DARI UMNO MASUK PKR

Dato’ Alimudin Syawal, Ketua Cawangan UMNO Bukit Bendera Mentakab merangkap Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Temerloh telah mengisytiharkan dirinya keluar dari UMNO dan mengumumkan penyertaannya ke dalam Parti Keadilan Rakyat.

Pengumuman itu dibuat oleh beliau sendiri di hadapan Datuk Seri Anwar Ibrahim Sabtu lalu di Mentakab, Pahang.

SUMBER DARI ANWARIBRAHIM.COM

'Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai'

GOBALA SERANG POLIS

Buletin utama TV3 malam ini melaporkan bahawa Y.B N. Gobalakrishnan telah menyerang seorang anggota polis. Satu klip video yang menunjukkan Y.B Gobala menampar seorang anggota polis telah ditayangkan. Sila layari youtube di alamat berikut:
http://www.youtube.com/watch?UWVV2-5ZYIQ
untuk menonton klip video yang lebih panjang iaitu sekitar 7 minit 31 saat.

Buat penilaian sendiri berhubung insiden tersebut. Adakah menjadi tanggungjawab media arus perdana untuk memutarbelitkan kenyataan? Ini membuktikan Najib berbohong dalam janjinya supaya B-end tidak berbohong.

UMNO B-end akan terus berbohong walaupun bersumpah tidak berbohong. Dengan itu, AWAS dengan janji-janji manis mereka.

POLIS GANAS

Saya sempat menonton video suasana Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan dikasari polis.

Lawat http://www.youtube.com/watch?v=UWVV2-5ZYIQ

Y.B N. Gobalakrishnan digari.

Seorang Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat telah ditendang, ditolak hingga jatuh, digari dan barangannya "dirampas" dihadapan orang ramai yang mengiringi calon pilihanraya di Institut Kemahiran Belia Negara, Bukit Mertajam pagi tadi. Beliau mengadu sakit tangan dan kaki semasa kejadian. Y.B Gobala telah dikejarkan ke Hospital Bukit Mertajam selepas kejadian tersebut.

Bayangkan apa yang akan dilakukan oleh polis pada rakyat biasa seperti kita.

GOBALA CEDERA

Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang mengiringi calon PAS di IKBN, Bukit Mertajam diberitakan telah cedera. Beliau dibawa oleh ambulan ke Hospital Bukit Mertajam.selepas berlaku pergelutan antara beliau dan pihak polis menyebabkan kecederaan.

Menurut Ketua Polis Negeri Datuk Ayob Yaakob, dalam insiden jam 11.30 pagi itu, ahli Majlis Tertinggi PKR itu telah mencetuskan kekecohan apabila mengingkari arahan polis supaya tidak menggunakan alat pembesar suara untuk melaungkan kata-kata berunsur provokasi, lapor Bernama.

SATU LAWAN SATU DI PERMATANG PASIR

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuat pengumuman bahawa pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir (N.11) pada 25 Ogos ini akan menyaksikan pertatandingan satu lawan satu antara calon PAS, Ustaz Salleh Man dengan calon B-end (UMNO), Rohaizat Othman. Penamaan calon dijalankan di Dewan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Bukit Mertajam.

Menurut Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahya, SPR telah menerima 15 bantahan tetapi menolaknya. Beliau kemudian mengumumkan pencalonan Ustaz Salleh dan Rohaizat diterima selepas tamat tempoh bantahan jam 11.00 pagi tadi.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz sebelum ini dilaporkan berkata, pihaknya mengeluarkan enam borang pencalonan dan tiga orang telah membuat bayaran deposit. Calon bebas, Kamarul Ramizu Idris, yang sebelum ini menyatakan hasratnya untuk bertanding telah menarik dari pada saat-saat akhir. Kamarul yang tiba di pusat penamaan calon pada kira-kira jam 9.55 pagi tidak menyerah borang pencalonan. Beliau mendakwa tersalah jalan dan terperangkap dalam kesesakan lalulintas dan dengan demikian tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyerah borang.

Rohaizat, calon B-end menyerahkan borang pencalonnya pada jam 9.03 pagi diikuti oleh Ustaz Salleh beberapa minit kemudian.

Rohizat dilihat diiringi oleh Muhyiddin Yassin, Zahid Hamidi dan peguam Umno manakala Ustaz Salleh diiringi oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali. Pemimpin Pakatan Rakyat lain yang dilihat di IKBN ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Naib Presiden, Salahuddin Ayub dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Seramai 5,000 orang dari Pakatan Rakyat telah hadir memberi sokongan kepada Ustaz Salleh manakala dianggarkan tidak lebih 500 orang penyokong B-end hadir.

Dalam satu perkembangan, Mat Sabu meminta SPR menerima bantahan PAS ke atas calon B-end, Rohaizat yang didakwa menipu pelanggan dan dipecat Majlis Peguam atas masalah disiplin.

Pilihan raya kecil (PRK) DUN Permatang Pasir ini diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman dari PAS kerana serangan jantung pada 31 Julai lepas. Pengundian akan dijalankan pada 25 Ogos.