THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, January 11, 2010

SELAMAT BERTUGAS SAIFUDDIN

Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat telah diadakan semalam dan antara perkara lain isu perletakan jawatan Setiausaha Agung oleh Dato' Salehuddin Hashim telah dibincangkan. Dengan berat hati, kami menghormati keputusan beliau dan menerima perletakan jawatannya mulai 31 Januari 2010.

Bagi pihak Parti, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Salehuddin atas perkhidmatan cemerlang beliau sebagai Setiausaha Agung sejak April 2008 dan juga sebagai Setiausaha Pengelola dari tahun 2004 hingga 2008.

Memandangkan masa peralihan yang pendek serta tugas-tugas penting yang perlu dijalankan segera, saya telah melantik Saifuddin Nasution Ismail, yang merupakan Ahli Parlimen Machang, sebagai Setiausaha Agung baru dan perlantikan beliau telah diterima Majlis Pimpinan Pusat semalam.

WAN AZIZAH WAN ISMAIL
PresidenParti Keadilan Rakyat

Sunday, January 10, 2010

UMNO KHIANATI RAKYAT

Sekarang ini UMNO sedang berkempen untuk mendapatkan kembali kepercayaan rakyat yang telah hilang terhadap mereka. Anda mesti masukkan dalam kepala anda bahawa UMNO sedang berkempen. Oleh sebab itu, mereka mengadakan pelbagai acara secara besar-besaran untuk memprojekkan diri mereka. Mereka akan beri apa-apa sahaja tanpa diminta. Kerja macam ini telah mereka lakukan sejak lebih 50 tahun yang lalu. Mereka akan kata UMNO akan beri bermacam-macam kemudahan kepada rakyat kerana prihatin. Betul ke?

Tanggungjawab kerajaan ialah membantu rakyat yang memerlukan pada setiap masa. Jika mereka mengadakan acara khas untuk memberi sesuatu kepada rakyat, itu ada maksud lain, ada udang di sebalik batu. Tidak ikhlas. Keikhlasan penting untuk mendapat keberkatan.

Rakyat yang dibantu secara ikhlas akan mendapat manfaat. Orang Melayu tidak memperoleh manfaat sepatutnya melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB). Ekuiti mereka dalam sektor ekonomi hanya 18%, itu pun termasuk GLC! Kegagalan itu diakui sendiri oleh UMNO. Ada banyak Ali Baba. Ada banyak kroni yang dapat projek tapi tak tahu buat kerja. Mereka curang. Orang yang curang bukan pejuang rakyat. Mereka ialah pengkhianat rakyat.

SUMBER http://bilahrotan.blogspot.com/

SAIFUDIN SU AGONG PKR YANG BARU

Saya mengucapkan tahniah kepada Sdr Saifudin Nasution yang baru malam tadi dipilih sebagai Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat bagi menggantikan Dato’ Saleh yang telahpun meletakkan jawatan.

Tugas yang digalas sdr Saifudin bukanlah mudah kerana beliau juga harus menumpukan perhatian serta membahagikan masa sebagai ahli parlimen. Inshaallah beliau akan melaksanakan amanah ini sebaik mungkin.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan rasa penuh penghargaan kepada sahabat saya Dato’ Salehuddin Hashim yang telah berkhidmat cemerlang selama 6 tahun. Segala jasa dan bakti tidak akan kami lupakan.

ANWAR IBRAHIM