THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, August 23, 2009

ADUN LUNAS KELUAR PR

Mohammad Radzhi Salleh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas telah mengisytiharkan dirinya keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi ADUN bebas. Beliau adalah juga Exco Pelancongan dan Pembangunan Masyarakat Serta Sumber Tenaga Manusia dalam kerajaan negeri Kedah. Beliau bagaimanapun tidak mahu melepaskan jawatan ADUN dan sebagai Ahli Exco negeri Kedah.

Disamping itu, Pemangku Ketua Bahagian PKR Padang Serai, Jamaluddin Abu Hassan pula mengumumkan pembubaran PKR Bahagian berkenaan. Jamaluddin juga mendakwa, seramai 200 ahli (PKR) Padang Serai bertindak keluar parti bersamanya kerana hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinannya dan mendakwa perjuangan parti itu kini tidak seiring dengan matlamat asal penubuhannya. DUN Lunas terletak dalam kawasan Parlimen Padang Serai. Pengumuman dibuat dalam satu sidang akhbar di Hotel Legend, Kuala Lumpur jam 11.30 pagi tadi.

Adalah diharap kejutan ini tidak akan memberikan sebarang kesan ke atas sokongan kepada Pakatan Rakyat (PAS) pada pilihan raya kecil Permatang Pasir.

0 comments: