THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, December 26, 2009

AJK MASJID LETAK JAWATAN BERAMAI-RAMAI

Kira-kira 1,000 jemaah yang bersolat Jumaat di Surau/Masjid An Najihin, Taman Merdeka, Batu Berendam, Melaka tergamam apabila semua jawatankuasanya kecuali bilal 1, meletak jawatan berkuatkuasa serta merta.

Keputusan itu diumum oleh Imam 1, Shuib sejurus selepas solat jumaat dengan memberi alasan sebab-sebab yang tidak dapat dilelakkan. Mereka yang meletak jawatan ialah imam 1, imam 2, Bilal 2 dan seluruh jawatankuasa surau/masjid berkenaan.

Memetik laporan dalam Tkodaily, semua jemaah dapat menghidu keputusan meletak jawatan itu adalah angkara campur tangan politik UMNO yang telah sekian lama mencampuri dalam pengurusan surau berkenaan yang didalangi oleh bilal 1 yang juga pengerusi surau.

Ahli kariah mendakwa bilal 1 itu ialah orang kuat UMNO yang selama ini melobi untuk jawatan berkenaan. Campur tangan UMNO dalam pengurusan surau berkenaan turut didalangi oleh Pengerusi JKKK yang juga orang kuat Datuk Seri Ali Rustam di tempat berkenaan.

Untuk makluman jawatankuasa surau yang telah lama berkhidmat itu tidak menunjukkan kecenderungan kepada mana-mana parti politik.

Peletakan jawatan ini menjadi tamparan hebat kepada UMNO di tempat berkenaan dan di Melaka yang seringkali menunjukkan sikap mencampuri urusan pengurusan surau dan masjid di Melaka.

Semua yang meletak jawatan itu cukup disenangi penduduk dan kariah. Mereka telah berkhidmat di surau berkenaan lebih 9 tahun.

Suasana pilu menyelubungi di dalam masjid bila jemaah dan jawatankuasa syarak yang meletak jawatan berpelukan sesama sendiri selepas pengumuman perletakan jawatan itu dibuat.

SUMBER http://freemalaysiatoday.com/

WITHIN RACE AND RELIGION

Oleh Kee Thuan Chye


Dr Mahathir is not known for consistency, and this is evident from the comments he has been making in public. One of his latest transgressions of good sense is embodied in his call to Malaysians of Chinese and Indian origins to forget their roots in order to make 1Malaysia a success, and for Indian Muslims to choose whether they want to be considered “Indian” or “Muslim”.

On the first issue, he says the Chinese and Indians of this country should consider themselves Malaysians, like the Thais and Indonesians. Unless he is privy to data that indicates that Chinese and Indian citizens of this country still consider China and India their home, I should think that most of these people consider themselves none other than Malaysians. What would Mahathir have them do to prove themselves Malaysian? Deny their ethnicity and stop practising the customs of their forefathers? Declare a moratorium on their learning of their mother tongue?

Many Chinese and Indian Malaysians I know have no links to any “mother country” and are fiercely loyal to this country and care greatly for its welfare. Many of them are patriotic to a fault. Many of them choose to stay on when the chips are down instead of emigrate to “greener pastures”. Isn’t that what counts? Why should they eschew their ethnic origins? It is what they were born with.

In America, you can be of whatever ethnic origin and nobody tells you to forget your roots. In Thailand, many are of Chinese origin but they still celebrate Chinese New Year without being less Thai. In Indonesia, Javanese call themselves Javanese and Balinese call themselves Balinese, but only Mahathir implies that “Indonesian” is monolithic.

On the second issue regarding Indian Muslims, Mahathir is obviously confusing race with religion. It is obvious that Indian Muslims are ethnically Indian; there’s no running away from it. Is there now an ethnic category called “Muslim” that the public is not aware of? Would that be included in official forms and documents? Does Mahathir mean that if they choose to be Muslim, they cease to be Indian? That’s not possible. I suspect he means that they should stop being culturally Indian and become culturally Muslim, but why should “Indian” and “Muslim” be mutually exclusive? Is it decreed in the Holy Book? Before Pakistan came about in 1947, there were countless Indians in India who were Muslim. Surely, they did not stop being culturally Indian?

Confusing race with religion is a tactic that is often used by our politicians to befuddle the people, especially those who don’t know better. It is wielded as a political weapon to divide the populace. Mahathir, being a former Prime Minister, surely knows that. It is greatly ironic that he should use this in the same context as the issue regarding the Chinese and Indians. Is he calling for 1Malaysia on one hand and brandishing the weapon of divisiveness on the other?

Well, how’s that for inconsistency in one breath?

SUMBER http://www.malaysiandigest.com/

Wednesday, December 23, 2009

NEGARA DALAM BAHAYA

Rakyat sekali lagi dikejutkan oleh satu pendedahan yang memalukan negara apabila Menteri Pertahanan Dato' Zahid Hamidi memberitahu bahawa enjin jet pejuang F-5E bernilai RM 50 juta hilang dan beberapa barangan lain turut lesap.

2. Tidak adalah tempat yang paling selamat di dalam negara kita melainkan kawasan dibawah kawalan Kementerian Pertahanan. Malangnya kementerian ini juga gagal mempertahankan enjin jet pejuangnya , maka apa lagi sandaran keselamatan negara dan rakyat di dalam negara ini ?

3. Memalukan ! inilah sahaja kalimah yang boleh saya lafazkan sewaktu pertama kali ditanya mengenai kehilangan enjin jet pejuang negara pada tahun 2007 yang kini hangat diperkatakan . Sungguh ini memalukan negara justeru menunjukkan sistem kawalan keselamatan negara terlalu rapuh . Apa lah yang boleh diharapkan pada pertahanan negara dan para pejuangnya untuk melindungi keselamatan negara dan rakyat jika enjin jet pejuang mereka boleh hilang dan lesap .

4. Tahun 2007 ini juga mengingatkan saya bagaimana kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan bahawa terdapat ahli politik kanan menerima rasuah RM 5 juta untuk membebaskan penjenayah yang sangat dikehendaki kerana terlibat dalam pelbagai aktiviti jenayah seperti pelacuran , gengster , ah long dan lain - lain .

5. Persidangan Dewan Negara pernah diberitahu [ pada tahun 2007 ] terdapat tiga kumpulan gengster utama yang telah dikenal pasti wujud di negara ini sejak 2005 dengan jumlah anggota mencecah 17,000 orang. Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Mohd Johari Baharum berkata kumpulan gengster Ang Bin Hoey mempunyai 122 kumpulan dengan 11,764 anggota, kumpulan Wah Kee mengetuai 40 kumpulan dengan 1,991 anggota manakala Thug Gang mempunyai 123 kumpulan dengan 3,497 anggota.

6. Pada 12 ogos 2007 melalui ruangan tetap Tun Hanif Omar [ bekas ketua polis negara ] mendedahkan di akhbar The Star bahawa terdapat 40% daripada anggota polis terlibat dengan rasuah .

7. Sementara pada 14 February 2004 , Datuk Seri Rais Yatim juga pernah mendedahkan bagaimana 18 kes rasuah yang melibatkan high profile sedang diperingkat akhir siasatan tetapi malang sehingga kini tidak lagi kedengaran sebarang tindakan diambil .

8. Ahli Parlimen Kapar S Manikavasagam pernah seketika dulu membuat laporan kepada BPR [ kini SPRM ] apabila laman web seorang yang dituduh penjenayah, Michael Soosai yang seketika dulu dipercayai bersembunyi di India , mendedahkan kegiatan sembilan anggota polis yang terlibat secara langsung dengan rasuah.

9. Baru - baru ni kita dikejutkan dengan berita bumbung stadium Sultan Mizan runtuh di Terengganu , kemudian jambatan gantung di Dipang juga runtuh dan mengakibat hilang nyawa beberapa orang pelajar sekolah yang menggunakan jambatan tersebut . Terbaru hentian bas di Kuala Berang juga dilaporkan runtuh . Saya percaya semuanya ini adalah bermula dan berpunca dari amalan rasuah yang membarah .

10. Indeks rasuah negara di peringkat antarabangsa kini di angka 52 . Angka yang sangat memalukan dan jauh ketinggalan dari negara jiran kita Singapore . Lebih malang , tiada usaha yang serius dan berkesan dari kerajaan UMNO dan BN untuk menangani isu rasuah ini malah mereka kelihatan selesa dengan wabak rasuah yang kian menular ini . Akibatnya , keselamatan negara dan rakyat kini terancam dan berada di dalam keadaan bahaya.

SUMBER http://pemudacheh.blogspot.com/

UMNO, FELDA, UMNO

Oleh Neo Chee Hua, Lim Hong Siang

Untuk setengah abad yang lalu, FELDA (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan) memainkan peranan yang penting di tanahair Malaysia, khususnya dalam masyarakat Melayu, termasuklah bidang ekonomi, sosial, dan yang paling penting, politik.Malah, tsunami politik 8 Mac 2008 mungkin telah mengaramkan UMNO-BN seandainya FELDA tidak wujud. Menurut perhitungan ahli parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong, FELDA memainkan peranan yang penting di kira-kira 50 kawasan parlimen.
.
Pengaruh FELDA terserlah, dan dilihat sebagai kubu politik UMNO. Pengasasnya Perdana Menteri kedua Malaysia, Allahyarham Abdul Razak bin Hussein yang dikenang kerana jasanya membangunkan tanah kawasan luar bandar, yang pada ketika itu didiami orang Melayu kebanyakannya.
.
53 tahun sudah berlalu. FELDA kini diwarisi oleh anak Bapa Pembangunan. “UMNO perlu berubah”, demikianlah slogan yang dilaungkan sebelum menemui hasil sebenar. Kesudahannya belum pasti. Yang pastinya, FELDA telah berubah sebaik sahaja PM keenam, Najib Razak menerajui tampuk pimpinan kerajaan.
.
Felda sebagai kubu UMNO
Penguasaan terhadap FELDA memberi makna penting dalam politik Melayu. UMNO memenangi 74 kerusi parlimen daripada 117 yang ditanding dalam PRU ke-12. Senario ini jauh berbeza daripada kemenangannya dalam PRU ke-11 pada tahun 2004, menyapu 109 kerusi parlimen, iaitu setengah daripada jumlah kerusi di Dewan Rakyat ketika itu.
.
Pada hakikatnya, UMNO perlu menguasai FELDA untuk menguasai kawasan luar bandar. Dengan kata lain, UMNO perlu menguasai FELDA untuk mengekalkan kuasa. Menurut seorang pegawai atasan dalam Felda Holdings Berhad, interaksi antara Najib dengan FELDA bertambah kerap setelah beliau menyandang jawatan PM. Malah, pertemuan dengan peneroka diaturkan hampir setiap dua minggu, selagi Najib dapat meluangkan masanya.
.
Menurut sumber maklumat ini, selain peruntukan tanah, masyarakat peneroka juga diberi subsidi baja, bahkan menerima dividen dari masa ke masa. Malah, sesetengah peneroka menjual baja yang diperolehi secara percuma itu sebagai “skim cepat kaya”. Jelas, Najib sedar bahawa kepentingan UMNO hanya terlindung apabila kepentingan peneroka FELDA dijaga.
.
FELDA sebagai kuasa ekonomi
Walau bagaimanapun, FELDA bukan sekadar berperanan untuk mengagih sumber sambil menerima undi sebagai pulangannya. Menurut maklumat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia, sayap komersial FELDA, iaitu Felda Holdings Berhad mencatat pendapatan sejumlah RM15.3 bilion, dan keuntungan bersih sejumlah RM635.7 juta pada tahun kewangan 2008. Pada masa yang sama, syarikat tersebut memiliki wang simpanan tetap sejumlah RM 1.4 bilion, dan wang tunai serta simpanan bank sejumlah RM 222.7 juta pada akhir tahun 2008.
.

Selain itu, menurut laporan media, FELDA memiliki 850,000 hektar tanah tanaman, 38 buah anak syarikat, 75 buah kilang minyak kelapa sawit, dan 7 buah kilang pengekstrak minyak kelapa sawit — penanam dan pengurus tanaman yang terbesar di dunia. Malah, FELDA menakluki 20% pasaran kelapa sawit di dunia. Secara puratanya, pendapatan FELDA mencecah RM15 bilion setahun, dan memperolehi keuntungan sebelum cukai sebanyak RM1.3 bilion pada tahun 2008.
.
FELDA menerokai dunia global
Demikianlah hasilnya setelah setengah abad penerokaan dan pembangunan tanah di Malaysia. Kini, FELDA merancang untuk mengembangkan sayapnya ke peringkat global mengikut jejak Petronas. Menurut laporan media pada 2 Julai 2009, Felda Global Venture Holdings telah ditubuhkan untuk mengambil alih dan membangunkan perusahaan pelaburan komersial di bawah FELDA. Malah, Felda Global telah mengumumkan kesediaannya untuk melabur lebih daripada RM 6 bilion untuk memperluaskan perusahaannya dalam masa lima tahun yang akan datang.
.
Persoalannya, apakah latar belakang Felda Global? Syarikat ini telah ditubuhkan pada Disember 2007, namun hanya diumumkan struktur organisasinya pada Julai 2009. Sebelum ini, Felda Global berada dalam keadaan separuh-lelap, dan hanya bangkit apabila Najib menjadi PM secara rasmi pada April 2009. Felda Global telah memulakan pelaburannya di luar negeri, walaupun apa yang diumumkan kepada khalayak adalah terhad. Selain penerokaannya di peringkat global, Felda Global memainkan peranan penting dalam bidang ekonomi Malaysia. Baru-baru ini, Felda Global telah membeli Malayan Sugar Manufacturing Company Bhd daripada Raja Gula, Robert Kuok dengan RM1.22 bilion.
.
Najib, dan konco-konconya
Cuma, siapa pula di sebalik Felda Global? Jawapannya, Mohd Bakke Salleh orang rapat Najib yang dikhabarkan bakal mengambil alih jawatan Hassan Marican pada Februari 2010 sebagai CEO Petronas. Bagaimanapun, pegawai khas Najib ketika beliau menjadi TPM, Omar Mustapha Ong akhirnya yang dilantik memasuki Lembaga Pengarah Petronas untuk menutup spekulasi yang tersebar.
.
Bakke Salleh, menguasai Felda Holdings Berhad sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global. Jelas, perlantikannya diiringi dengan misi daripada Najib untuk membangunkan Felda Global seiring dengan Petronas. Bakke Salleh pernah menganggotai Lembaga Pengarah Danaharta dan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji pada tahun 2001, untuk menyelesaikan krisis yang dihadapi oleh Lembaga Tabung Haji.
.
FELDA terpesong dari matlamat asal
Misi penerokaan ke dunia global yang diamanahkan kepada Felda Global sememangnya memperlihatkan agenda politik dan kepentingan golongan tertentu di sebaliknya. Namun, seandainya diimbas kembali matlamat asal penubuhan FELDA, kita terpaksa mengakui bahawa sudah tiba masanya untuk merombak agensi ini. FELDA ditubuhkan pada tahun 1956 untuk membantu orang Melayu di luar bandar dengan rancangan penerokaan dan pembangunan tanah. Pertanian diusahakan sebagai salah satu langkah untuk membasmi kemiskinan di kalangan masyarakat Melayu. Tetapi, FELDA semakin terpesong dari matlamat asalnya, apabila peneroka mula mencari rezeki di luar kawasan FELDA, dan menjadikan aktiviti pertanian sebagai kerja sampingan. Keadaan ini berlaku terutamanya setelah Malaysia melalui tahun 1980-an, apabila peneroka mula pindah ke bandar untuk bekerja di kilang industri, yang pendapatannya lebih stabil berbanding dengan aktiviti pertanian. Malah, pekerja asing diupah untuk mengusahakan tanah pertanian yang asal. Lebih-lebih lagi, generasi kedua dan ketiga masyarakat peneroka memilih untuk mencari rezeki di bandar, apabila arus perindustrian kian menderas. Tanah ditinggalkan kepada peneroka yang sudah lanjut usianya, malah tidak larat lagi untuk membanting tulang di kebun.
.
Keadaan bertambah dahsyat apabila nilai tanah melonjak berikutan proses urbanisasi. Kawasan bandar diperluaskan. Tanah diterokai untuk membina bangunan komersial dan perumahan. Maka, sesetengah peneroka bandar memilih untuk menjual tanahnya dengan kebenaran kerajaan, lantas menjadi jutawan dalam sekelip mata.
.
Realitinya, perkembangan terkini memperlihatkan bagaimana FELDA semakin hari semakin kehilangan tanah tanamannya. Secara makronya, masyarakat Melayu mungkin mewarisi kekayaan daripada rancangan FELDA, yang sudah terpesong daripada matlamat asalnya. Secara mikronya, Najib mungkin mewarisi legasi ayahandanya, tetapi bukan jiwanya.
.

Monday, December 21, 2009

DIPECAT SETELAH 2 TAHUN MENINGGALKAN UMNO

Surat ini dikeluarkan oleh UMNO kepada Sulaiman Bin Said setelah 2 tahun beliau meninggalkan UMNO. Kan UMNO ni parti badut-badut.

"PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU
(UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION)
No. Pendaftaran 676/88 (Wilayah Persekutuan)
SETIAUSAHA AGUNG

UMNO/R/SUA/Jld/.1/25
8hb Disember 2009

Saudara Sulaiman @ Suhaimi bin Said
Kampung Batu 4, Jalan Maran
28000 Temerloh
PAHANG

Saudara,

PEMECATAN KEAHLIAN UMNO
NAMA : SAUDARA SULAIMAN @ SUHAIMI BIN SAID
NO. AHLI : 01288553, NO. KAD PENGENALAN: 441208-06-5035
CAWANGAN: PAYA PULAI, BAHAGIAN: TEMERLOH
---------------------------------------------------------------------------------------
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara diatas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang bersidang pada 4hb Disember 2009 memutuskan bahawa Saudara dipecat daripada parti berkuatkuasa serta merta dibawah Fasal 20.10 Perlembagaan UMNO oleh kerana Saudara telah menjadi calon Parti PEMBANGKANG pada Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu.

Sekian, terima kasih.
BERSATU - BERSETIA - BERKHIDMAT

T.T.
DATUK SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR

S.K: i Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang
ii Setiausaha UMNO Bahagian Temerloh
iii Setiausaha Bahagian Sistem Maklumat"

Berikut adalah kenyataan Saudara Sulaiman.

Surat ini saya terima pada hari ini, 18hb Disember 2009, iaitu pada Hari Tahun Baru Hijrah. Alhamdulillah, Syukur kepada Allah swt.

Kalaulah banyak perkara-perkara lucu yang saya terima pada hari ini, tidak adalah yang lebih melucukan daripada penerimaan surat ini.

Saya keluar dari UMNO pada bulan Julai 2007, dan surat rasmi telah saya hantar kepada Setiausaha Agung UMNO pada tarikh saya keluar dari UMNO itu dengan disalinkan kepada UMNO BAHAGIAN TEMERLOH. Semasa saya keluar dari UMNO, saya menjawat jawatan Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Temerloh. Dan jawatan-jawatan yang pernah saya pegang di dalam UMNO adalah Timbalan Pengerusi UMNO Cawangan Paya Pulai dan Naib Ketua UMNO Bahagian Temerloh.

Sangat melucukan saya ialah saya dipecat setelah 2 tahun lebih saya keluar dari UMNO. Dan alasan pemecatan ke atas saya itu juga melucukan, bukan kerana saya keluar dari UMNO, tetapi kerana saya bertanding sebagai Calon Pembangkang.

Sesungguhnya, semasa saya bertanding di dalam Pilihanraya ke-12 itu, saya bertanding di atas tiket Parti Keadilan Rakyat untuk kawasan DUN Jenderak, dan semasa itu saya adalah Ketua KEADILAN Bahagian Kuala Krau. Kini jawatan-jawatan yang saya pegang di dalam KEADILAN adalah Pengerusi KEADILAN Cabang Kuala Krau, Ahli Jawatankuasa Biro Politik KEADILAN Pahang, Pengerusi Biro Hal Ehwal Felda dan Orang Asal KEADILAN Pahang dan Pengerusi Biro Felda KEADILAN Pusat.

Seeloknya, kalau UMNO nak pecat seseorang itu ialah dikala orang itu masih sayang kepada UMNO, barulah ada kesannya. Apabila seseorang itu sudah menjadikan UMNO itu musuh dan lawannya, apakah ada kesan terhadap pemecatan itu, melainkan diterima dengan gelak ketawa. Kelakar betul UMNO ni.

SUMBER http://lubokkawah.blogspot.com/

ROSMAH SUAMI PM MALAYSIA

Saya pernah bertugas dibawah PM Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, saya juga pernah bertugas dibawah PM Malaysia kedua, Tun Haji Abdul Razak Hussain, tetapi isteri PM pertama dan isteri PM kedua tu tak pernah mencampuri urusan Negara yang dikendalikan oleh suami-suami mereka.

Begitu juga dengan isteri Tun Hussin Onn, dan isteri Tun Dr Mahathir. Mereka hadir ke Majlis-Majlis rasmi bila mana kehadiran mereka dituntut oleh protokol. Tetapi bini PM yang ada sekarang ni, hari-hari mahu beritanya disiarkan didada-dada akhbar dan dikaca-kaca tv, dan berucap seolah-olah dialah PM dan dialah yang mewakili Kerajaan.

Meluat betul melihat telatah yang lebih sudu dari kuali ni. Insya Allah, perbuatan yang di "nyampah" oleh rakyat ini akan mempercepatkan BN tumbang!


SUMBER http://lubokkawah.blogspot.com/