THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, May 10, 2011

UTUSAN ANCAM KESELAMATAN NEGARA

Dari Merdeka Review

Nikmat keamanan yang dikecapi oleh lebih 27 juta rakyat Malaysia sekali lagi diancam oleh akhbar Utusan Malaysia! Dari isu kuil, kepala lembu, bakar gereja, sehinggalah isu "Kristian sebagai agama rasmi". Nasib kita dan Malaysia terus diperjudikan oleh kelompok terdesak yang suka memanipulasi isu agama dan bangsa sehingga dikhuatiri mampu menimbulkan kekacauan. Malangnya, mereka nampaknya kelihatan kebal dari sebarang peruntukan undang-undang; Akta Hasutan contohnya.

Apakah kita sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan akan terus membiarkan Utusan Malaysia melakukan apa sahaja yang mengancam keselamatan negara? Isu Kristian sebagai agama rasmi ini dilihat akan menjadi polemik berpanjangan, manakala sebahagian golongan rakyat yang tertipu akan terus memperbincangkan isu ini walhal ia tidak pernah wujud sama sekali! Selagi pihak yang mendakwa tidak mengemukakan sebarang bukti kukuh - rakaman video mahupun audio - kita boleh meletakkan isu ini sebagai isu fitnah - tidak benar - palsu! Malah; dakwaan Utusan ini telahpun disangkal sekeras-kerasnya oleh DAP mahupun Persekutuan Kristian Malaysia.

Isu ini seharusnya tidak perlu diperpanjangkan malah kerajaan harus bertindak cepat dan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab. Rentetan dari isu ini, ia secara tidak langsung dilihat cuba untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu Lynas mahupun kenaikan harga RON 97, begitu juga dengan isu kenaikan harga gula di pasaran. Semakin hari, gagasan 1Malaysia telah dibogelkan oleh kelompok mereka sendiri. Kebenaran makin terserlah. 1Malaysia telah terbukti sebagai gagasan kosmetik.

Utusan Malaysia telah lama hilang integriti. Dakwaan blogger yang telah disensasikan Utusan Malaysia menggambarkan DAP sebagai sebuah parti chauvinis Cina yang berbahaya untuk negara dan umat Islam walhal DAP semakin diterima baik oleh sebahagian masyarakat Melayu dan ini amat menggusarkan UMNO.

Saya percaya isu yang ditimbulkan ini semata-mata bertujuan politik. Ia mengimbau kembali bagaimana almarhum Gus Dur, mantan Presiden Indonesia didakwa telah dibaptiskan oleh sekumpulan paderi semasa majlis National Prayer Conference pada tahun 2003 walhal beliau cuma didoakan kesihatannya. Perkara ini telah mendapat liputan meluas media massa dan menjadi kontroversi. Lantas, sekali lagi polemik Islam - Kristian timbul manakala Abu Bakar Al-Basyir pula menyifatkan Gus Dur telahpun murtad.

Berbalik semula ke Malaysia; walaupun isu Gus Dur berbeza, saya cuba menjelaskan bagaimana sebarang isu agama begitu mudah untuk dieksploitasi. Lebih-lebih lagi di Malaysia yang rakyatnya ditadbir dengan konsep pecah dan perintah acuan British.

Akan dakwaan jahat ini; sekali lagi umat Kristian secara langsung telah diletakkan dalam keadaan tidak selesa. Isu ini seolah-olah "menggambarkan" agama Kristian yang telah bertapak di negara ini sejak ratusan tahu lalu sebagai sebuah ancaman kepada negara. Siapa sebenarnya ancaman kepada negara selama ini?

Utusan Malaysia harus bertanggungjawab kerana dilihat seolah cuba menimbulkan kebencian antara umat Islam dan umat Kritian. Rasanya rakyat Malaysia masih matang untuk menilai lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai akses kepada media alternatif. Walau bagaimanapun, kita bimbang; isu "Kristian sebagai agama rasmi" ini walaupun sebuah dakwaan palsu, ia akan mewujudkan kelompok-kelompok ekstrem fasis agama yang akan mengancam keselamatan nyawa rakyat dan negara. Apakah ancaman-ancaman ini sesuatu yang diimpikan oleh Utusan Malaysia dan UMNO? Dan sekiranya ia berlaku, apakah UMNO akan bertanggungjawab? Dan siapakah yang akan mendapat keuntungan dari perkara yang tidak diingini sekiranya berlaku?

Justeru, kita mempersoalkan di mana pihak berkuasa untuk menangani masalah ini. Bukankah ada akta-akta tertentu untuk membendung isu sebegini? Sebagai sebuah masyarakat yang semakin terdidik mengenai hak dan demokrasi. Kita semestinya perlu menyokong hak kebebasan bermaklumat. Kita juga harus bersetuju dengan sebarang pendedahan isu maupun pembongkaran terhadap sebarang salahguna wang negara mahupun salah guna kuasa pemimpin.

Walau bagaimanapun, kita harus sedar akan bahaya bentuk eksploitasi dari isu agama mahupun isu bangsa. Media harus memainkan peranan mereka agar isu sebegini tidak lagi timbul. Akan tetapi, apakah media negara ini mempunyai kebebasan untuk menghalang sebarang rancangan jahat kelompok tertentu? Dakwaan seperti yang terkandung dalam blog bigdog dan Utusan Malaysia itu adalah sebuah ancaman yang bahaya dan melampau. Rakyat harus meletakkan diri mereka di suatu sudut selamat agar tidak mudah termakan dengan propaganda terdesak sebegini pada masa yang sama harus bersatu dalam mewujudkan sebuah Malaysia baru yang lebih aman dan matang.

Oleh Hafiz Zainuddin

MUNAJAT RAKYAT DAN CERAMAH DI MPS

MPP - PKR, Biro Pemahaman & Pemantapan Agama (BIPPA) bersama Majlis Pimpinan Negeri Selangor akan menganjurkan MUNAJAT RAKYAT MENOLAK FITNAH bersama ulama besar dunia iaitu Dr Sheikh Wahbah Zuhaily dari Syiria serta YAB Dato Tuan Guru Hj Nik Abd. Aziz bin Nik Mat dan DS Anwar Ibrahim yang akan berlangsung seperti butir berikut :

14 Mei 2011 (Sabtu)
Stadium Tertutup, Selayang, Selangor D.E.
Munajat akan bermula jam 7 malam
Ceramah akan bermula jam 9 malam

Penceramah:
i) YB Azmin bin Ali
ii) Tn Hj. Mohd. Azmi bin Abd. Hamid
iii) Tuan Guru Hj. Nik Abd. Aziz Nik Mat
iv) Anwar bi Ibrahim (Ketua Umum Keadilan)
v) Dr Sheikh Wahbah Mustaffa Al-Zuhaily

Semua rakyat dijemput hadir untuk sama-sama memberikan isyarat yang kuat kepada pemerintah bahawa rakyat menolak fitnah yang merugikan semua rakyat dan Negara.

Sila bantu menghebahkan program ini seluas yang mungkin, melalui blog, Twitter, FB, SMS dan apa juga medium yang dimiliki.



2020 = 20 SEN 20 SEN

Beberapa hari selepas minyak RON97 dinaikkan, maka Kerajaan UMNO BN sekali lagi "mendahulukan rakyat" apabila mengumumkan harga gula akan dinaikkan sebanyak 20 sen mulai hari ini. Ini bermakna harga baru gula sekilogram dipasaran menjadi RM2.30 berkuatkuasa 10 Mei 2011.

Seperti biasa, alasan yang diberikan oleh kerajaan kenaikan itu akan menyebabkan kerajaan dapat berjimat sebanyak RM116.6 juta. Malah, menurut Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Mohd Zain Mohd Dom, kenaikan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi pada hari ini. "Langkah ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat," kata Mohd Zain.

Paling mendukacitakan, seperti biasa apabila isu kenaikan harga barangan berbunyi maka jawapan yang sama akan diumumkan. Jika minyak naik, harga minyak di negara kita lebih murah dari negara luar. Jika harga gas naik, ia lebih murah dari negara luar. Begitulah juga bila harga gula naik, sama juga jawapannya adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina. Itulah perbandingan yang dibuat oleh Kerajaan UMNO-BN sejak sekian lama. Alasan yang sama dimainkan oleh mereka untuk mengaburi mata rakyat. Apakah mereka fikir rakyat terlalu bodoh untuk dipermainkan sedemikian rupa?. Maka itulah, rakyat perlu bangkit berjuang untuk meneruskan agenda perubahan. Kerajaan BN @ Barang Naik ini perlu diturunkan segera secara terhormat pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Pastikan perubahan ini jika tidak mahu mereka terus diperkotak-katikkan.

DSAI DAN KELUARGA TERANCAM

Pemandu peribadi Dato’ Seri Anwar Ibrahim selama 28 tahun, Sdr Abdullah Sani bin Haji Said akan membuat satu laporan polis di Balai Polis di Merchant Square( bersebelahan Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, Merchant Square) pada jam 3.30 petang, hari Selasa, 10hb Mei 2011.

Beliau membuat laporan itu kerana mengesyaki ada usaha jahat pihak tertentu mensabotaj kenderaan yang biasa digunakan untuk membawa Dato’ Seri Anwar dan keluarga. Malah satu kemalangan telahpun berlaku pada 19 hb April 2011 yang lalu. Pohon pihak media hadir membuat liputan.

Kerjasama pihak anda amatlah dihargai.

Terima kasih.

Monday, May 9, 2011

UMNO MAIN API - LGE

Kenyataan media oleh YAB Lim Guan Eng, Setiausah Agung DAP

Demonstrasi yang terinspirasi oleh UMNO di Butterworth menunjukkan permainan politik bahaya UMNO yang bukan sahaja menentang pembukaan jalan alternatif bebas tol, malah bermain dengan api menerusi pembohongan bahawa DAP ingin menubuhkan sebuah negara Kristian dan melantik Perdana Menteri yang beragama Kristian, semuanya untuk meraih sokongan kaum Melayu tidak kira apa kosnya.

Demonstrasi yang terinspirasi oleh UMNO di kawasan parlimen saya, Bagan (Butterworth) semalam menunjukkan permainan politik bahaya UMNO yang bukan sahaja menentang pembukaan jalan alternatif bebas tol yang harganya kurang daripada RM2.5juta. Lebih membahayakan keharmonian kaum dan agama di negara ini adalah demonstrasi yang terinspirasi oleh UMNO ini menyebar kata­-kata bohong secara terang-­terangan dengan menuduh DAP berhasrat untuk membentuk negara Kristian dan melantik Perdana Menteri beragama Kristian untuk mengutuk diri saya.

Adalah amat tidak bertanggungjawab bagi pihak UMNO untuk bermain api dengan menyebarkan pembohongan melalui surat khabarnya Utusan Malaysia semata­-mata ingin meraih sokongan kaum Melayu walau apa cara sekalipun. Ramai pemimpin di kalangan komuniti agama Kristian turut melahirkan kekecewaan atas penipuan bersifat provokasi ini dan menafi dengan sekeras-­kerasnya bahawa wujud kumpulan paderi Kristian yang bekerjasama dengan DAP untuk membentuk sebuah negara Kristian dengan Perdana Menteri yang beragama Kristian.

Kegagalan menghentikan akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia daripada meneruskan kempen pembohongannya, kerajaan BN sekali lagi menghasut kebencian terhadap komuniti minoriti Kristian. DAP amat khuatir bahawa kempen benci yang dilancarkan terhadap orang beragama Kristian oleh Utusan Malaysia ini tidak akan berhenti setakat serangan lisan sahaja.

Kerajaan BN perlu menanggung sepenuhnya tanggungjawab terhadap sebarang akibat yang tidak diingini yang berlaku pada komuniti Kristian di Malaysia berikutan dengan kempen bohong dan benci oleh Utusan ini.

DAP telah mengulangi pendirian parti kami yang menyokong Perlembagaan Persekutuan di mana Islam adalah agama Persekutuan Malaysia. DAP menentang sebarang cubaan untuk membentuk negara teokratis yang berdasarkan mana­-mana agama. Bahkan dasar menyokong kedudukan Islam sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan adalah juga termaktub dalam perlembagaan parti DAP.

DAP merasa kesal bahawa Perdana Menteri, Najib Razak telah menyeru semua pihak supaya bertenang dan berjanji akan menyiasat dakwaan yang berkenaan tanpa menyatakan apakah tindakan yang akan diambil terhadap Utusan Malaysia sekiranya didapati ianya mencetak berita palsu. Jelas sekali, kerajaan BN bukan sahaja gagal untuk menghalang Utusan Malaysia daripada terus membuat serangan tidak berasas, malah telah memberikan galakan kepada Utusan dengan berjanji untuk mengambil tindakan terhadap paderi Kristian dan DAP jika terbukti beritanya benar. Mengapa kerajaan BN tidak berjanji untuk mengambil tindakan tegas terhadap Utusan Malaysia sekiranya akhbar berkenaan dibuktikan menyiarkan berita palsu?

Double-standard seperti ini daripada barisan pemimpin BN menimbulkan kecurigaan bahawa Utusan menikmati kekebalan sebagai akhbar milik UMNO yang dibenarkan untuk menyebarkan pembohongan bahaya dan melancarkan kempen benci terhadap kaum minoriti Kristian yang tidak berdaya untuk mempertahankan diri mereka.

Dalam demonstrasi terhadap saya semalam, UMNO memang berhak untuk menentang pembinaan jalan alternatif tanpa tol yang dibuka semalam di Jalan Bagan 29 ­Jalan Siram yang memakan kos kurang daripada anggaran awal iaitu RM5 juta. Melalui kerajaan Pakatan Rakyat yang melaksanakan sistem tender terbuka, kos pembinaan telah berjaya dikurangkan kepada RM3.3 juta.

Kontraktor yang mengendalikan projek tersebut merupakan kontraktor Melayu yang telah berjaya mengurangkan kos jauh lebih rendah iaitu RM800,000 menjadikan kos akhir hanya RM2.5 juta. Semua ini telah dilakukan melalui pengawasan rapi daripada EXCO Kerajaan Pulau Pinang, Lim Hock Seng.

Ini adalah kes yang klasik di mana kos projek di bawah pengawasan Kerajaan Negeri dapat dikurangkan sehingga lebih rendah dari kos yang ditender, sesuatu yang tidak akan berlaku di negeri BN. Lebih­-lebih lagi, kontraktor yang berjaya melakukan kerja dengan baik adalah kontraktor Melayu, sekali lagi membuktikan bahawa bukan sahaja kontraktor Melayu boleh bersaing di bawah sistem tender terbuka tetapi kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang juga turut memberi majoriti projek kita kepada kontraktor Melayu.

Sangat menyedihkan apabila UMNO sanggup menentang jalan alternatif percuma tetapi tidak pula mengadakan demonstrasi menentang jalan yang dikenakan tol. Ini adalah perbezaan penting ketara di antara BN dan PR. BN hendak membuat jalan bertol untuk mengaut duit daripada rakyat tanpa menyediakan jalan alternatif percuma lain. PR pula menyediakan jalan alternatif tanpa tol.

BN dan UMNO mempunyai hak untuk membantah dan menentang kerajaan PR Pulau Pinang di atas pembinaan jalan alternatif tanpa tol di Jalan Bagan (Butterwrorth). Ini ternyata terdapat perbezaan prinsip dan Polisi Pembangunan Kebangsaan antara BN dan PR.

Walau bagaimanapun, tiada seorang pun yang berhak melancarkan suatu kempen berdasarkan pembohongan dan UMNO tidak berhak untuk membantah sesuatu perkara yang tidak benar. Kalau tidak, sampai bilakah semua ini akan berakhir? Jika negara kita dibina atas pembohongan, maka ianya semestinya akan binasa.

Rakyat Malaysia tanpa kita kaum dan agama harus berdiri bersama-sama menentang UMNO dan Utusan Malaysia yang sengaja bermain api dan bersedia untuk membakar 1 Malaysia dengan agenda perkauman 1Melayu/1Bumi, 1Cina oleh MCA ataupun 1India oleh MIC.


ISU KRISTIAN - KENYATAAN BERSAMA

Yang berikut adalah kenyataan bersama:

1. DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak pernah meminta paderi- paderi Kristian berdoa meminta Tuhan untuk campur tangan dalam usaha untuk membentuk Malaysia sebagai negara Kristian ataupun mempunyai Perdana Menteri Kristian.

2. Paderi Kristian dan pihak Gereja selalunya berdoa agar diberi keberkatan kepada negara, keamanan dan kehidupan yang lebih baik, penyatuan dan keharmonian di antara semua bangsa dan kepimpinan yang jujur dan adil.

3. Pihak paderi dan gereja dibelenggu kekecewaan berikutan dakwaan penipuan tersebut yang dilaporkan di media massa. Kami dengan tulus mendesak agar Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri untuk mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysiayang mencetak dan menyebarkan pembohongan berbahaya seperti yang telah menganggu keharmonian kepelbagaian agama daripada pelbagai masyarakat, mencetuskan rasa takut dan gelisah di kalangan rakyat Malaysia terutama di kalangan penganut Kristian.

4. Kami melahirkan keprihatinan bahawa Utusan Malaysia menyebarkan pembohongan yang sungguh bahaya yang boleh menyebabkan kebencian diwujudkan terhadap penganut agama Kristian dan juga membolehkan perasaan kebencian diwujudkan terhadap penganut agama Kristian yang boleh menyebabkan implikasi- implikasi yang tidak diingini.

5. Ketua Menteri Pulau Pinang akan terus mengadakan perjumpaan dengan pemimpin Kristian, Ketua Paderi ataupun Paderi seperti mana perjumpaan yang dilakukan terhadap ulama- ulama Islam, sami- sami Buddha atau Hindu selaras dengan tanggungjawab saya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

6. Kenyataan bersama ini dibuat bersama Christian Federation of Malaysia (CFM) yang dianggotai oleh:
a)Roman Catholic Church
b)Council of Churches of Malaysia (CCM)
c) National Evangelical Christian Fellowship of Malaysia
d)Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng

PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG SEBENAR

Sunday, May 8, 2011

UMNO -BN CUBA WUJUDKAN KETEGANGAN KAUM

Banyak pihak dari Pakatan Rakyat termasuk Ahli Parlimen, Jeff Ooi sendiri telah menafikan tuduhan bahawa terdapat perhimpunan oleh paderi-paderi yang mahu menukar agama rasmi negara dari agama Islam ke agama Kristian. Ianya bermula dari tuduhan yang dibuat dari blog pro UMNO-BN. Ia kemudiannya disiarkan oleh Utusan Malaysia. Pada malamnya pula, TV telah menyiarkan ulasan-ulasan dari pemimpin-pemimpin NGO serta parti politik UMNO-BN (termasuk menteri) yang seolah-olah mengiakan kejadian tersebut walaupun telah dinafikan oleh Jeff Ooi. Keadaan ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati orang melayu khususnya dan rakyat amnya. Ia juga boleh menyebabkan ketegangangan kaum. Oleh kerana berita yang dikeluarkan dan ulusan-ulasan dari media dan pemimpin tertentu boleh menimbulkan keadaan huru hara maka saya fikir media dan pemimpin yang terlibat mesti diambil tindakan mengikut undang-undang. Polis perlu juga menyiasat media atau orang yang mengeluarkan berita atau kenyataan yang tidak betul ini walaupun seorang menteri.

Dari Malaysiakini

Ahli parlimen Jelutong Jeff Ooi membuat laporan polis ke atas akhbar Utusan Malaysia dan seorang penulis blog berhubung dakwaan “berniat jahat” melalui laporan yang mendakwa bahawa beliau terlibat dalam konspirasi untuk menukar agama rasmi negara.

Ooi yang juga anggota jawatankuasa pusat DAP mahu polis menyiasat Utusan Malaysia atas laporan bertajuk 'Kristian Agama Rasmi?' yang menjadi tajuk utama akhbar berkenaan semalam.

Selain itu, laporan berkenaan juga dibuat berhubung laporan akhbar itu di halaman lima, bertajuk 'Dua halaman blog dedah ikrar paderi seluruh negara' dan 'Jeff Ooi nafi anjur majlis'.

Ooi berkata, tulisan tersebut membayangkan bahawa beliau telah menghadiri satu pertemuan bersama pemimpin agama Kristian pada Jumaat lalu di mana kumpulan berkenaan telah berdoa supaya Kristian menjadi agama rasmi Malaysia dan supaya seorang Kristian menjadi perdana menteri.

Laporan dalam Utusan Malaysia itu adalah berdasarkan tulisan di satu blog pro-Umno, Zakir Mohammed bertajuk 'Making Christianity the official religion' yang turut mendakwa bahawa Ooi telah menganjurkan pertemuan berkenaan.

Zakir dan seorang penulis blog yang tidak dikenali turut menyiarkan satu foto yang menunjukkan sekumpulan penganut agama sedang berdoa.

Bercakap dalam satu sidang media di Pulau Pinang hari ini, Ooi menggesa Zakir dan Utusan Malaysia supaya memohon maaf kepada semua penganut Krisitan dalam tempoh 24 jam atas dakwaan yang dilemparkan itu.

Ooi berkata, Utusan Malaysia juga telah menyimpulkan dalam laporan berkenaan bahawa DAP terlibat dalam satu tindakan berbahaya dan mendakwa parti itu membawa strategi politik cauvinis Cina ke tahap yang tinggi dan sensitif.

Ooi juga berkata, penulis blog berkenaan juga cuba untuk menimbulkan sentimen anti-Cina di kalangan orang Melayu walaupun tidak kesemua masyarakat Cina merupakan penganut Kristian.