THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, March 19, 2010

WANG EHSAN ATAU ROYALTI HAK KERAJAAN NEGERI

Bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam berkata pembayaran wang royalti atau ihsan seharusnya diserahkan kepada kerajaan negeri untuk diuruskan sebagaimana diperuntukkan mengikut undang-undang, bukannya dikendalikan oleh kerajaan pusat dengan mewujudkan jawatankuasa khas.

Justeru seolah-olah senada dengan pendirian bekas pengerusi dan pengasas Petronas Tengku Razaleigh Hamzah, Musa memberitahu, berdasarkan pengalamannya itu beliau lebih “arif” dalam isu pertikaian wang royalti antara kerajaan negeri Kelantan dan pusat sekarang.

Dalam temu bual dengan Astro Awani hari ini, Musa (gambar) berkata pembayaran wang itu biar apapun istilahnya mesti dibuat kepada kerajaan negeri kerana matlamatnya adalah untuk pembangunan rakyat.

“Sama ada wang ihsan ke royalti, itu tak mustahak. Asalkan mereka menggunakannya untuk pembangunan rakyat.

“Kita harus wujudkan satu sistem di mana kita boleh memantau penggunaan wang itu, walaupun kuasanya diberikan kepada negeri berkenaan,” katanya.

Pandangan ini dibuat ketika soal wang royalti menjadi isu politik hangat buat masa sekarang dengan Tengku Razaleigh, bekas menteri kewangan dan Ketua Umno Gua Musang berulang kali menegaskan Kelantan berhak menerima royalti atau bayaran tunai tetapi bukannya wang ihsan yang ditentukan kerajaan pusat.

Perkara itu ditekankan beliau pada ceramah perdana di Kota Baru akhir Januari lalu.

Tengku Razaleigh akan muncul pada majlis dialog yang diadakan di negeri jiran Terengganu, yang juga hanya pernah dibayar wang ihsan selepas ia jatuh ke tangan PAS pada 1999, malam ini.

Beliau dijadual untuk menyentuh isu itu sekali lagi yang sebelum ini mencetuskan polemik dan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin Umno-BN.

Musa, yang pernah bergandingan dengan Tengku Razaleigh pada pemilihan Umno tahun 1987 melawan kepimpinan Presiden Umno ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad, menyedari pandangannya ini mungkin akan menimbulkan keresahan di kalangan pemimpin Umno.

“Jelas kepada saudara, bila dengar saya cakap ni, saya punya pendapat ‘not mainstream’.

“Ada orang kata boleh jadi lagi dekat dengan Tengku Razaleigh. Jangan salah faham pulak... Musa dah balik dengan Tengku Razaleigh, tak ada, kita dah tua, ‘don’t worrylah’,” katanya.

Dalam komennya itu Musa juga percaya bahawa Tengku Razaleigh tahu apa yang beliau pertahankan.

“Kalau betullah kata Tengku Razaleigh, saya fikir Tengku Razaleigh arif dalam hal ini, oleh sebab dia dulu dengan Petronas, dia dalam kerajaan,” katanya.

Sebelum ini Tengku Razaleigh mempertahankan hak Kelantan menuntut royalti minyak.

Kerajaan Kelantan pula pada tahun lalu menuntut royalti RM2 bilion hasil operasi cari gali minyak di perairannya daripada kerajaan pusat.

Namun kerajaan pusat mendakwa Kelantan tidak layak menerima royalti berkenaan kerana dua telaga minyak berkenaan terletak di kawasan 150 batu nautika dari perairannya.

Sebaliknya kerajaan pusat melalui perbincangan dengan Petronas memutuskan untuk membayar RM20 juta dalam bentuk wang ihsan kepada Kelantan iaitu lima peratus hasil pengeluaran gas di Blok Medan Bumi Selatan.

Pembayaran itu akan dibuat sebelum akhir bulan ini.

Untuk tujuan itu kerajaan pusat menubuhkan Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin yang juga Timbalan Pengerusi Umno Kelantan.

Mesyuarat pertama jawatankuasa Khamis lalu memutuskan bahawa kumpulan pelajar miskin dan mereka yang ditimpa bencana akan turut dipertimbangkan untuk mendapatkan bantuan daripada dana wang itu.

SUMBER http://eraaddeen.blogspot.com/

WANG EHSAN UNTUK PENGEMIS

Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah terus menegakkan pendiriannya dalam isu royalti minyak dengan malam tadi menegaskan, pemberian wang ihsan sebenarnya menjadi punca kepada amalan rasuah dan salah guna kuasa.

Dalam penjelasan kepada rakyat Terengganu malam tadi — lokasi terbaru beliau selepas Kota Baru dua bulan lalu — bekas pengerusi dan pengasas Petronas ini tidak menafikan banyak salah guna kuasa wujud ekoran penyaluran wang ihsan.

“Saya dengar khabar kerajaan Terengganu sekarang (pimpinan Umno-BN) tidak mahu menerima (baki wang ihsan) sebab tidak mahu menerima akaun macam mana duit (penyaluran wang ihsan) telah dibelanjakan tempoh hari, sepanjang lima tahun lalu.

“Sebab itu (wujud) banyak salah guna kuasa... buat itu, buat ini. Semuanya runtuh, tak kekal pun,” kata beliau dengan merujuk kepada beberapa kejadian bangunan milik kerajaan negeri di sini runtuh termasuk stadium.

“Jadi kita kena ingat banyak duit, barangkali diguna sebagai upah, rasuah, banyak harga barang dinaikkan kerana dicuri duit, nak curi duit... itu yang dinamakan wang ihsan,” kata beliau pada Dialog Perdana Isu Royalti dan Solat Hajat di Terengganu Equestrian Resort (TER) di sini malam tadi.

Dalam ceramah di Pasir Puteh, Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata beliau menyokong tuntutan itu kerana menganggap pemberian wang ihsan (bukan royalti) oleh kerajaan pusat satu tindakan yang tidak tepat seolah-olah mengambarkan sebagai “peminta sedekah”.

“Mengikut undang-undang yang saya rangka dan masih dipakai sehingga sekarang Kelantan patut mendapat royalti minyak,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Maulidur Rasul di Sekolah Agama Saniah di sini, hari ini.

Ucapan beliau itu boleh menjawab hujah bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam yang menyamakan pembayaran royalti atau wang ihsan.

Bagaimanapun Tun Musa lebih kurang senada dengan Ku Li berkata pembayaran wang royalti atau ihsan seharusnya diserahkan kepada kerajaan negeri untuk diuruskan sebagaimana diperuntukkan mengikut undang-undang, bukannya dikendalikan oleh kerajaan pusat dengan mewujudkan jawatankuasa khas.

Justeru seolah-olah senada dengan pendirian bekas pengerusi dan pengasas Petronas Tengku Razaleigh Hamzah, Musa memberitahu, berdasarkan pengalamannya itu beliau lebih “arif” dalam isu pertikaian wang royalti antara kerajaan negeri Kelantan dan pusat sekarang.

Dalam temu bual dengan Astro Awani hari ini, Musa (gambar) berkata pembayaran wang itu biar apapun istilahnya mesti dibuat kepada kerajaan negeri kerana matlamatnya adalah untuk pembangunan rakyat.

“Sama ada wang ihsan ke royalti, itu tak mustahak. Asalkan mereka menggunakannya untuk pembangunan rakyat.

“Kita harus wujudkan satu sistem di mana kita boleh memantau penggunaan wang itu, walaupun kuasanya diberikan kepada negeri berkenaan,” katanya.

SUMBER http://eraaddeen.blogspot.com/

Thursday, March 18, 2010

ZAHRAIN TAK MALU MINTA GELARAN

Kelancangan melulu Datuk Seri Zahrain Hashim terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang Dewan Rakyat, semalam bukan satu yang menghairankan kerana ia datangnya dari seseorang yang hipokrit dan gila pangkat.

Malah, Ahli Parlimen Bayan Baru itu sanggup membelakangi keputusan mesyuarat parti dan secara diam-diam menulis surat kepada Lim Guan Eng bagi memperoleh gelaran Datuk Seri walaupun kemudian melabelkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebagai cauvinis dan komunis,

Bercakap pada sidang media di lobi Parlimen, Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasuition mendedahkan Zahrain pernah mempengerusikan mesyuarat di Pulau Pinang yang dihadiri semua wakil rakyat negeri itu dan mengambil ketetapan untuk tidak meminta atau menerima apa- apa gelaran.

Namun dalam diam, bekas Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Pulau Pinang itu menulis surat kepada Lim Guan Eng meminta gelaran 'Datuk Seri' biarpun kini mengecam Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebagai komunis.

"Semasa Zahrain mempengerusikan mesyuarat di Pulau Pinang, mesyuarat memutuskan semua wakil rakyat Pulau Pinang tidak akan menerima apa-apa gelaran Datuk walaupun ditawarkan.

"Apa yang dia (Zahrain) buat selepas itu? Dia menulis pada Ketua Menteri meminta gelaran tersebut," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Setiausaha Agung PKR itu melabel Zahrain sebagai seorang yang hipokrit dan kini berperanan sebagai tentera baru Umno dan mengibaratkan kecaman Zahrain sebagai 'menepuk air di dulang, akhirnya terpercik ke muka sendiri'.

"Ini karektor dia (Zahrain). Yang menariknya Bayan Baru menulis kepada pemimpin yang dia sendiri label sebagai komunis dan cauvinis semata-mata untuk meminta gelaran," katanya.

SUMBER http://www.mindarakyat.com/


ZUL NOORDIN DAH BERCELARU

Oleh Zukri Aksah

Saya terbaca kenyataan Zulkifli Noordin, salah seorang Ahli Parlimen bebas, bahkan dia satu-satunya Ahli Parlimen bebas yang menjadi bebas kerana dipecat, bukan keluar parti! Dalam kenyataannya dia menasihati Anwar Ibrahim supaya berundur dari jawatannya sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen. Alasannya mudah, parti yang diwakili Anwar, PKR (juga parti Zul Noordin sebelum ini) tidak lagi menjadi parti terbesar di kalangan parti-parti bukan dalam kerajaan di Dewan Rakyat.

Zul Noordin (gambar sebelah kiri), selaku pengamal undang-undang, cuba merasionalkan kenyataannya ini menggunakan hujah perlembagaan, hujah undang-undang. Dalam bahasa undang-undangnya dia menggunakan istilah konvensyen. Sefaham saya konvensyen yang disebutnya adalah konvensyen berperlembagaan (constitutional convention) kerajaan berparlimen gaya Westminster yang sepatutnya menjadi amalan negara kita sebagai bekas sebuah koloni British, dan juga sebagai salah sebuah negara anggota Komanwel.

Sesuai dengan Sidang Dewan Rakyat ke-12 penggal ketiga yang baru bermula dan dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung, moleklah rasanya saya berusaha mencerahkan sedikit pemikiran pembaca dengan isu berkaitan demokrasi berparlimen di negara kita ini.

Ketua Pembangkang Parlimen

Saya sedar tentang wujudnya konvensyen ini, iaitu mengikut kebiasaannya, jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen disandang oleh pemimpin dari parti terbesar dari kalangan parti-parti yang bukan dalam kerajaan. Tetapi saya amat-amat berharap supaya Zul Noordin tidak menyalahguna ilmu undang-undangnya untuk menyatakan sebahagian dari kebenaran, sedang pada masa yang sama menyorokkan pula sebahagian darinya. Janganlah biarkan kebencian politik saudara sampai memusnahkan terus intelektualiti y kita ada.

Bukankah kenyataan tentang konvensyen dalam perlantikan Ketua Pembangkang itu ada sambungannya, bukan setakat itu sahaja? Bukankah berdasarkan konvensyen berperlembagaan kerajaan berparlimen mengikut gaya Westminster ini juga, Ketua Pembangkang selalunya adalah pemimpin yang dilihat sebagai Perdana Menteri alternatif kepada pemegang jawatan sedia-ada, sebagai ketua kepada kerajaan alternatif yang dikenal sebagai kabinet bayangan? Saudara sendiri semasa dalam PKR pernah mendokong citra Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri seterusnya, bukan? Apakah saudara merasa Haji Hadi atau Lim Kit Siang boleh menggantikan tempatnya?


Kalaupun Zul Noordin merasa boleh, jika kalangan pimpinan PAS dan DAP masih menerima ketokohan Anwar sebagai Perdana Menteri alternatif, sebagai ketua kepada kerajaan alternatif yang dinamakan sebagai kabinet bayangan itu, maka mereka pun mengikut konvensyen.

Masalahnya, selaku pengamal undang-undang, ada soalan yang Zul Noordin perlu jawab, sebenarnya konvensyen mana yang kita ikut? Sebab konvensyen yang disebutnya ini tidak pula diikuti bila Mahkamah Persekutuan membuat keputusan dalam kes MB lawan MB, Nizar Jamaluddin lawan Zambry Kadir.

Kes MB kembar Perak

Mengikut konvensyen berperlembagaan kerajaan berparlimen gaya Westminster, usul undi tidak percaya hanya boleh berlaku di dalam Dewan, tidak boleh di mana-mana tempat lain, wa’ima di dalam istana sekalipun. Hakim yang membaca teks penghakiman dalam kes MB lawan MB ini ternyata melanggar konvensyen bila mana mengesahkan kedudukan Zambry dengan alasan bahawa tiada peruntukan usul undi tidak percaya dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Memang ia tiada kerana ia berdasarkan konvensyen (kebiasaan)!

Hakim ketika itu membuat keputusan dengan mengenepikan konvensyen berperlembagaan kerajaan berparlimen gaya Westminster, tetapi mengikut perlembagaan negara-negara seperti Jerman dan Sepanyol. Mengapa Zul Noordin waktu itu tidak pula sibuk-sibuk mahu mencari populariti, menggunakan latar belakang undang-undangnya bercakap tentang konvensyen? Jangan jadi munafik ketika berkopiah dan bercakap berjela-jela tentang Islam. Sebagai seorang profesional, jangan saudara Zul merendahkan diri saudara setaraf Ibrahim Ali, hanya kokok berderai-derai tetapi ekor bergelumang tahi.

Saya tidak mengatakan Zul Noordin salah, tetapi saya mengatakannya tidak berapa betul. Tambah lagi, berdasarkan kata-kata dan tindakannya sebelum dia dipecat dari PKR, Zul Noordin juga ternyata seorang yang tidak mengikut konvensyen (kebiasaan). Bagaimana pandangan seorang yang ternyata melanggar konvensyen (kebiasaan) boleh menjadi kredibel bila bercakap tentang konvensyen (kebiasaan)?


Lembaga Disiplin Parti


Kepada Zul Noordin, ingin saya mengingatkan bahawa bukanlah satu konvensyen (kebiasaan) untuk seorang ahli parti (ketika saudara masih menjadi ahli PKR) untuk bertindak tidak mengiktiraf Majlis Pimpinan Parti sendiri bila saudara mempertikaikan pilihan Majlis Pimpinan Parti saudara dalam melantik anggota lembaga disiplin parti yang membicarakan kes saudara, seterusnya tidak mengiktiraf pula lembaga disiplin yang dilantik itu. Bukanlah juga satu konvensyen (kebiasaan) mana-mana parti politik sekalipun, ahli yang dihadapkan ke lembaga disiplin pula yang punya kuasa untuk memilih keanggotaan lembaga disiplin tersebut. Konvensyen mana yang saudara pakai?

Ingatan saya lagi buat Zul Noordin, jangan salah langkah dalam usaha saudara untuk memotretkan diri saudara sebagai pejuang Islam di khalayak politik Malaysia. Saudara mahu menjadi hero Islam di negara ini dengan bersuara lantang menentang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam. Adalah satu konvensyen (kebiasaan) juga, Islam di era Nabi Muhammad s.a.w, orang bukan Islam dibenar untuk menggunakan kalimah Allah. Habis, saudara mahu menjadi hero Islam menggunakan konvensyen Islam yang mana? Konvensyen Islam Nabi Muhammad s.a.w atau konvensyen Islam Umno?

Saya menulis tentang ini bukan kerana saya ahli PKR, bukan kerana saya memuja Anwar, kerana saya bukan kedua-duanya! Zul Noordin pun tahu tentang ini. Jika mahu bercakap tentang demokrasi, seseorang itu mestilah dilihat hidup berlandaskan demokrasi, jika mahu bercakap tentang iman, seseorang itu mestilah hidup didasari iman. Lalu, jika mahu bercakap soal konvensyen (kebiasaan), maka kita mestilah pula dilihat sebagai orang yang sentiasa patuh dan akur kepada konvensyen (kebiasaan). Zul Noordin patuh kepada konvensyen mana? Konvensyen berperlembagaan, konvensyen Islam, konvensyen Pakatan, atau konvensyen Barisan, atau bukan kesemuanya? Atau bercelaru sampai gagal ditentukan?

Mentang-mentanglah Zul Noordin sekarang ini sudah menjadi Ahli Parlimen bebas, katanya akan wujud blok bebas di Parlimen sebagai kuasa ketiga dan konon khabarnya akan diketuai oleh Ibrahim Ali, maka Zul Noordin si peguam pun turut sama terheret menjadi seperti Ibrahim Ali? Bodoh tidak boleh diajar, cerdik tidak boleh ditegur…


SUMBER http://www.tranungkite.net/v10/

Tuesday, March 16, 2010

UMNO B-END NAK PERANGKAP PAS

Kehadiran dua pemimpin tertinggi PAS dalam majlis yang dianjurkan oleh pihak kerajaan mengundang isu baru atau lebih tepat "memanaskan" kembali isu Kerajaan Perpaduan.

Pertamanya, kehadiran Presiden PAS ke majlis Maal Hijrah 1431. Kehadiran beliau dalam majlis tersebut mendapat tepukan gemuruh apabila nama beliau diumumkan oleh pengacara majlis.

Dua isu yang diperkatakan iaitu mengapa Presiden PAS hadir dalam majlis yang tidak pernah PAS hadiri zaman berzaman. Hujah TGAH kehadiran beliau adalah untuk meraikan kedatangan Dr. Yusof Qardawi yang dinobatkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai Tokoh Maal Hijrah.

Umum mengetahui hubungan TGAH dengan Dr Yusof Qardawi begitu rapat. Dr. Yusof Qardawi adalah antara pimpinan Ikhwan Muslimin.

Isu kedua apabila TGAH menjawab soalan media. Beliau mengatakan menjadi hasrat PAS untuk menjalinkan hubungan dengan sesiapa sahaja termasuk UMNO atas dasar perpaduan Islam. Inilah yang "memanaskan" kembali isu hasil kebijaksanaan media "mengumpan" isu untuk lariskan akhbar dan memporak peranda PAS !

Isu terkini, kehadiran Timbalan Presiden PAS dan Ketua Penerangan PAS dalam majlis perlancaran buku Natrah hasil karangan Fatini Yaakob. Majlis yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yasin.

Lagu yang sama dimainkan. Lagu Perpaduan. Dalam majlis tersebut "lagu perpaduan" dinyanyikan secara berduet oleh Muhyiddin dan Fatini. Kemudian "disambung" oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasha.

Yang pasti fakta sejarah Natrah telah dipesongkan sepertimana fakta kemerdekaan negara dipesongkan oleh UMNO. Bijaknya Muhyiddin ambil peluang untuk menonjolkan peranan UMNO. Kononnya UMNO dan PAS bersatu dalam isu Natrah.

Sebenarnya dalam 2 "kejadian besar" ini, kita perhatikan media barua UMNO begitu bijak untuk memerangkap pemimpin PAS.

Pertamanya, tetamu yang diundang. Mereka menjemput pemimpin PAS yang pro UG (walaupun pemimpinnya telah menutup buku) tentang UG. Tujuannya supaya berlaku persepsi ahli PAS bahawa masih berlaku "rundingan rahsia" untuk wujudkan UG. Akibatnya terhasil bibit-bibit keraguan dan perpecahan sesama pemimpin. Lihat bagaimana Khalid Samad mengulas isu ini.

Keduanya, soalan-soalan media barua untuk dijawab pemimpin tertinggi PAS. Semuanya soalan untuk "memerangkap". Kemudian di"sonsangkan" untuk siaran akhbar.

Selepas ini , UMNO mungkin "pasang perangkap" lebih hebat lagi. Antaranya anjurkan majlis untuk dihadiri pemimpin tertinggi PAS kemudian adakan solat. Yang akan mengimamkannya adalah Datuk Nakhaei ataupun Datuk Firdaus Al Hafiz ( imam tendang tong undi). Yang jadi makmum mungkin TGAH ataupun Ustaz Nasha. Tujuannya untuk memperlekehkan ulamak PAS.

Selepas solat, media akan bertanya soalan cepu emas iaitu, "Apakah hukum mengikut imam UMNO " ?. Esoknya tersiarlah berita dalam akhbar, "Haji Hadi batalkan Fatwa Amanat Haji Hadi ".

Selepas ini, pimpinan PAS mestilah berhati-hati dengan perangkap UMNO dan media baruanya. Jika ada lagi jemputan, sila hantar TGHH bersama TGNA. Ataupun Ustaz Nasha bersama Haji Muhammad Sabu. Lebih cantik lagi PAS hantar Dato Hasan Ali bersama Khalid Samad ! Mesti terduduk UMNO weeh!

http://tokpepijat.blogspot.com/