THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, April 17, 2010

PENAMAAN CALON BAGI PILIHANRAYA P094

Pada jam 11.25 pagi tadi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan 4 orang calon layak bertanding bagi kawasan P094 (Hulu Selangor). SPR telah mengesahkan bahawa Datuk Zaid Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR-PR), P.Kamalanathan Barisan Nasional (MIC-BN), dan dua orang calon bebas iaitu VS Chandran dan Johan Mohd Diah akan bertanding.

Sebelum itu, proses penamaan calon telah dibuka pada jam 9.00 pagi di Dewan Serbaguna Kuala Kubu Baru. Tempoh penyerahan borang penamaan calon tamat jam 10.00 pagi dan tempoh bantahan ditutup tepat jam 11.00 pagi. Pengundian akan dijalankan pada 25 April ini.

Kawasan parlimen P094 ini terbahagi kepada 3 DUN iaitu Hulu Bernam (N05), Kuala Kubu Baru ((N06) dan Batang Kali (N07). Kawasan ini juga mempunyai 13 buah kampong baru. Antaranya ialah Kampong baru Dato' Harun di serendah, Kampong Baru Damai dan Kampong Baru Ulu Yam. Kawasan ini juga merangkumi tanah rancangan Felda iaitu Felda Gedangsa, Soeharto, dan Sungai Tengi.

Pilihan Raya Kecil ini diadakan berikutan kematian ahli parlimen, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad daripada PKR pada 25 Mac akibat barah otak.

"Undilah Calon Parti Keadilan Rakyat"




MUGILEN DAKWA DAPAT TAWARAN DARI PKR

Mugilen ataupun kata kawan aku ‘Mu Gile’ adalah satu nama yang menjadi dambaan ataupun sangat digilai oleh ahli-ahli UMNO Hulu Selangor untuk diletakkan sebagai calon PRK Hulu Selangor bagi menggantikan Palanivel yang tidak disukai oleh ahli-ahli UMNO Hulu Selangor.

Malang sekali nama yang menjadi dambaan ahli-ahli UMNO Hulu Selangor untuk diletakkan sebagai Calon PRK Hulu Selangor itu telah ditong sampahkan bersama-sama nama Palanivel oleh Muhyiddin.

Mungkin Muhyiddin telah terpengaruh dengan propaganda yang telah dijalankan oleh Blogger Pro UMNO untuk meletakkan nama Kamalanathan, yang juga dikenali dengan panggilan mesra sebagai Kamal oleh Blogger Pro UMNO.

Bagi mereka nama Kamalanathan atau Kamal itu adalah satu nama yang amat sesuai kerana ianya memudahkan tugas mereka untuk memperbodohkan orang-orang Melayu yang menjadi ahli UMNO yang mahukan Melayu diletakkan sebagai calon PRK Hulu Selangor.

Ini kerana mereka boleh menggunakan nama Kamal untuk menyakinkan ahli-ahli UMNO yang jauh dari capaian internet itu, bahawa Kamal itu adalah Melayu.. kerana namanya ialah Kamal..

Mugilen ataupun kata kawan aku ‘Mu Gile’ hari ini telah mendakwa beliau telah ditawarkan ganjaran tanah seluas 20 ekar dan wang tunai sebanyak RM2 juta untuk menyokong calon dari Pakatan Rakyat iaitu Zaid Ibrahim..

Adakah Mugilen ataupun kata kawan aku ‘Mu Gile’ cuba menunjukkan kepada Muhyiddin bahawa dia lebih bernilai dari Palanivel yang dijanjikan jawatan senator oleh Muhyiddin itu?

Jika tidak mungkin juga dia hanya bertujuan untuk mencari publisiti murahan setelah impiannya untuk menjadi Ahli Parlimen tidak kesampaian.

Mugilen ataupun kata kawan aku ‘Mu Gile’ sepatutnya belajar dari Muhyiddin bagaimana untuk berbohong kepada masyarakat terlebih dahulu..

Beliau harus sedar bahawa selama ini ahli-ahli Parlimen dari PKR yang telah melompat keluar dari PKR tidak pernah ditawarkan ganjaran begitu oleh PKR biarpun mereka itu sudah menjadi Ahli Parlimen...

Jadi apakah beliau merasakan diri beliau bernilai RM2Juta dan 20 Ekar tanah? Sedangkan beliau bukanlah seorang Ahli Parlimen….

Chait!! Pooodah!! Dey tambi lu pi belajar sama Muhyiddin dulu la macam mana mahu tipu orang…

MUHYIDDIN TIDAK LAYAK JADI TPM

Kenyataan media oleh Dominic Lau Hoe Chai, selaku Setiausaha Pemuda Gerakan. Diterjemahkan daripada kenyataan asal yang ditulis dalam bahasa Cina.

Setiausaha Pemuda Gerakan Dominic Lau Hoe Chai menganggap Muhyiddin Yassin tidak layak untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri kerana kenyataannya yang hanya membela kaum tertentu dan tidak mengambil kira perasaan seluruh rakyat.

Beliau berkata sedemikian ketika mengulas seruan Muhyiddin Yassin agar Melayu jangan berhenti mempertahankan kepentingan Melayu dan bumiputera hanya kerana takut dilabel sebagai rasis. Pemuda Gerakan berasa kesal dengan kenyataan "yang tidak sepatutnya keluar dari mulut TPM" ini, kerana jelas membela kaum tertentu dan tidak mengambil perasaan seluruh rakyat.

"Seandainya Muhyiddin mengeluarkan kenyataan sedemikian sebagai Naib Presiden UMNO, kenyataan ini bertujuan untuk membela hak bumiputera dari sudut Melayu. Tetapi sebagai TPM seluruh rakyat, hujah sedemikian tidak boleh diterima," katanya.

"Bertitik tolak daripada itu, Muhyiddin hanya layak menjadi Naib Presiden UMNO dan tidak layak menjadi TPM untuk seluruh rakyat. Beliau harus sedar bahawa dasar afirmatif harus merangkumi semua kaum dan bukannnya kaum tertentu," tambah Dominic Lau Hoe Chai.

Selain itu, Dominic Lau berkata, di banyak negara yang lain, dasar digubal untuk membela kaum minoriti dengan memberikan jagaan yang istimewa kepada golongan ini. Sebaliknya, di Malaysia, tumpuan diberikan kepada kaum yang terbesar, dengan hak istimewa yang dinikmatinya. Dari perspektif antarabangsa, ia kurang wajar dan jelas kurang adil kepada kaum minoriti.

Dominic berkata demikian ketika mengulas kenyataan Muhyiddin bahawa seandainya Model Ekonomi Baru (MEB) ingin memenuhi keperluan semua kaum, maka golongan sasaran harus dikaji. Di Malaysia, orang Melayu dan bumiputera mencakupi 60% populasi, adalah golongan sasaran terbesar yang mempunyai keperluan terbesar.

SUMBER http://merdekareview.com/

KEWAJARAN DATUK ZAID SAMAN HUDUD

Beberapa tahun yang lalu Zahid Ibrahim pernah menyaman kerajaan negeri Kelantan kerana meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 dengan alasan ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Maka bermegah-megahlah para bloggers atau facebookers umno menghentam calon PKR di Ulu Selangor ini. Para kuncu Umno akan berkerja keraslah untuk memastikan calon PKR ini kalah. Mereka mencari pelbagai isu untuk menghodoskan wajah Zaid Ibrahim dengan harapan PRK di Ulu Selangor ini akan memberi perspektif yang baik kepadanya (barisan nasional) yang kononnya masyarakat Malaysia telah menerima calon satu Malaysia dan SEMANGAT 1 MALAYSIA akan kembali bersih setelah dicemari dengan 1 ISRAEL dan kerjasama dengan APCO.

Isu Zaid Ibrahim pernah menyaman Kerajaan Pas negeri Kelantan kerana mahu melakanakan hukum hudud sudah tentu menjadi satu isu yang sangat berguna pada Umno untuk menjatuhkan politik Zaid Ibrahim yang juga melayu dan islam ini. Isu ini sudah lama menyepi dan sewaktu beliau keluar dari parti Umno dan menyertai PKR pun isu ini tidak juga ditimbulkan. Kenapa isu ini kembali segar dan acap kali dimainkan oleh para kuncu Umno pada hari ini. Kenaifan isu itu~

Adakah para kuncu Umno ini memahami dengan jelas akan isu ini kerana dengan jelas isu ini adalah kreadit untuk Dato' Zaid Ibrahim dan bukannya untuk Umno. Ini kerana isu Zaid Ibrahim pernah menyaman kerajaan Pas di Negeri Kelantan adalah wajar kerana isu tersebut telah membersihkan nama kerajaan Pas negeri Kelantan itu sendiri bahkan isu tersebut telah berjaya menghodoskan wajah Umno yang telah menjadi kerajaan pusat selama 42 tahun oleh Umno lama dan 23 tahun bagi Umno yang baru tetapi masih tidak melaksanakan hukum hudud yang telah diwajibkan ISLAM untuk dilaksanakan di dalam syariah islam.

Jelas Zaid lagi mengapa dia menyaman kerajaan Pas negeri Kelantan itu kerana perkara itu tidak mengikut perlembagaan yang sebenar dan isu mengapa kerajaan Pas Kelantan dan Pas kerajaan Terengganu tidak melaksanakan hudud walaupun telah memerintah negeri tersebut terjawab dan sesungguhnya tindakan Zaid menyaman kerajaan Pas negeri Kelantan adalah sangat wajar dan patut dipuji ketika beliau di dalam Umno lagi. Mungkin ketika itu kerana perbezaan politik dan tidak memahami dengan jelas isu ini menyebabkan ramai yang tidak memahami perkara ini dan mengangap Zaid Ibrahim sudah gila meroyang sehingga sanggup menyaman hukum ALLAH swt.

Zaid Ibrahim juga menyebut di dalam negara ini ada sistem undang-undang yang harus mengikut perlembagaan yang ada. Beliau juga memberitahu supaya jangan mengikuti Tun Mahathir yang suka lari daripada perlembagaan seperti mana yang berlaku di dalam Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 yang telah melanggar perlembagaan dengan memecat Ketua Hakim Negara Tun Mohamad Salleh Abas dari jawatannya yang dijamin tidak boleh dipecat oleh Perlembagaan Malaysia.

Menurutnya lagi, undang-undang hukum hudud ini hanya boleh digubal dalam parlimen dan tidak boleh digubal dalam Dewan Undangan Negeri walaupun Kerajaan BN sendiri kadang-kadang menggubal undang-undang di peringkat negeri yang bercanggah dengan perlembagaan akuinya lagi. Perkara itu telah memaksanya untuk mengemukakan perkara ini kepada mahkamah bahawa hak persekutuan mesti kekal dengan persekutuan dan hak negeri kekal dengan negeri supaya sistem perundangan tidak akan bercelaru.

Dan hari ini jika ada lagi kuncu-kuncu Umno yang kononya bijaksana memainkan isu mengapa kerajaan Pas Kelantan tidak melaksanakan hukum hudud maka jawablah kepadanya yang kerajaan negeri Kelantan bukanlah seperti Tun Mahadhir yang ganas dan hebat sehingga perlembagaanpun masih boleh diingkarinya.

Dato' Zahid Ibrahim sebelum menyertai PKR beliau merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia tetapi meninggalkan parti (Umno) kerana merasakan parti itu (Umno) sudah melampau. Beliau juga sebelum meninggalkan parti Umno telah mendesak memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Beliau juga telah menyertai majlis anti-ISA anjuran Pakatan Rakyat di Parlimen dan mempersoalkan status orang Melayu. Dalam Persidangan Law Asia 2008 Zaid menyifatkan konsep ketuanan Melayu menyebabkan berlaku pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar di negara ini.

Pada 15 September 2008, Zaid meletak jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana tidak dapat menerima penggunaan ISA terhadap pengamal media, orang awam dan ahli politik. Pendiriannya berbeza dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, barisan kabinet dan pemimpin UMNO. Ini berbeza dengan geng-geng katak yang lain yang kononya tidak berpuas hati dengan pimpinan pakatan rakyat dan terus melompat parti sebagai bebas tanpa meletakkan jawatan sebagai ahli DUN atau ahli parlimen.

SUMBER http://fotografjeminghase.blogspot.com/

Friday, April 16, 2010

ANAK TEMPATAN

Maka bertemulah Zaid dengan Kamalanathan dalam PRK Parlimen Hulu Selangor. Kedua-duanya bukan anak tempatan. UMNO-BN sudah mungkir janji. Pemimpin mereka beriya-iya hendak meletakkan calon tempatan. Sepak terajang MIC menyebabkan UMNO terpaksa menikus. Pelik tapi benar. Parti besar dikelentong habis oleh parti tak rok cetong. Padan muka.

Muhyiddin kata Zaid kaya. Maknanya orang kaya tidak boleh jadi calon PKR dalam pilihan raya. Muhyiddin suruh Zaid isytihar harta. Zaid akan buat kalau menteri-menteri UMNO termasuk Muhyiddin buat juga. Ini gaduh macam budak-budak sekolahlah!!!

Noh kata Zaid bukan orang tempatan dan ditolak oleh UMNO. Tempelaknya kena batang hidung sendiri apabila Kamalanathan pun bukan orang tempatan. Ini seorang lagi pemimpin UMNO yang suka bercakap ikut sedap mulut. Bagi Noh sesiapa sahaja yang ditolak oleh UMNO tidak layak disokong. Itu undang-undang siapa? Undang-undang UMNO mengatasi Perlembagaan Malaysiakah? Akai ada ke?

Pemimpin UMNO hanya tau cakap kosong. Kalau terdesak barulah mereka tergesa-gesa buat. Ada PRK baru nak tunai janji juara rakyat. Juara rakyat taik kucing. Janji yang bertaburan di Bagan Pinang sampai la ni tak jalan-jalan. Apa hal?

Jalankan tanggungjawab bila ada PRK dakwa bantu rakyat. Itulah UMNO-BN yang selalu membodohkan pengundi yang sudah pandai. Sekarang UMNO berhadapan dengan satu lagi kerja berat. Mereka terpaksa berhempas pulas membanting tulang untuk memenangkan calon MIC yang Presiden mereka pun tak ada selera lagi. Kalau tidak, mengapa Najib beriya-iya menyokong Malaysia Makkal Sakthi Party (MMSP)?

Rakyat sedang melihat ketidakcerdikan UMNO yang majoriti ahlinya Melayu. Melayu inilah yang mencerca orang India. Melayu inilah yang mencerca orang Cina. Tiba-tiba dalam keadaan PRK sekarang, tatang orang India pula. Tidakkah ini suatu tindakan yang paradoks?

Selagi UMNO berpegang kepada semangat kebangsaan yang sekular, selagi itulah mereka akan bertindak di luar kewarasan. Oleh sebab itu, berhati-hatilah dengan Melayu-UMNO-APCO. Mereka sedang mengkhianati anda. Jangan dekati mereka kalau hendak selamat.

SUMBER http://bilahrotan.blogspot.com/

Thursday, April 15, 2010

DATUK ZAID PILIHAN TEPAT

Pensyarah Kanan Pengajian Media Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbollah menyifatkan pemilihan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat yang akan bertanding di Hulu Selangor sebagai tepat.

Beliau menganggap Zaid sebagai tokoh yang berani dan berintelektual yang pastinya akan memenangi hati semua lapisan pengundi termasuk kelas menengah dan juga golongan muda.

"Zaid Ibrahim merupakan anak Melayu yang liberal. Beliau akan menghadapi cabaran dalam memenangi hati pengundi," kata Dr Abu Hassan.

Beliau menambah, wujud dua golongan iaitu golongan muda dan golongan lama yang berfikiran konservatif. Zaid Ibrahim berkemungkinan besar akan disokong golongan muda dan pada sama akan menghadapi tentangan golongan lama.

"Zaid Ibrahim mesti bijak mengambil hati kedua-dua golongan ini," katanya.

Ketika ditanya berkenaan cabaran dan peluang yang akan digalas Zaid, beliau yakin bekas Menteri Undang-undang tersebut mampu menangani semua isu yang dibangkitkan pihak lawan serta menyakinkan pengundi untuk menyokong beliau.

Berdasarkan pandangannya Dr Abu Hassan yang terkenal sebagai pengasas pusat kajian terkemuka Zentrum Future Studies menyakini bahawa Zaid sebagai simbol politik baru mampu membawa dimensi baru dalam politik alaf baru yang memerlukan perubahan.

MUHYIDDIN BOHONG PENGUNDI HULU SELANGOR

Belum lagi penamaan calon bermula, timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin telah berbohong kepada penduduk Hulu Selangor.

Ini kerana, beliau dengan tegas sebelum ini berkata, akan menamakan anak tempatan sebagai calon BN di Hulu Selangor.

Muhyidin membuat janji ini Isnin lalu ketika bercakap kepada penduduk Sungai Buaya, Hulu Selangor dan disiarkan kemudiannya oleh media Umno sendiri.

Tetapi, hari ini beliau mengumumkan seorang penduduk Rawang dari bahagian Selayang, Selangor iaitu P Kamalanathan sebagai calon BN di Hulu Selangor.

“Hari itu (Isnin lalu) timbalan perdana menteri mengatakan anak tempatan... tapi hari ini orang luar dibawa masuk. Apakah ini bukan cakap bohong?

“Kalau mengatakan bahawa hendakkan anak tempatan, dan jika tidak mahu Datuk G. Palanivel juga, lebih baik pilih V. Mugilan atau Balasundram (naib ketua MIC Hulu Selangor,” kata Ketua Penerangan MIC Hulu Selangor Raily Muniandy ketika dihubungi laman web The Malaysian Insider.

Menurut beliau, MIC mempunyai ramai calon anak tempatan, yang berpelajaran. Tetapi mereka kesal kerana BN telah membawa calon dari luar iaitu dari Bahagian Selayang.

Kamalanathan, menurut beliau adalah calon yang pernah kalah dalam saingan merebut Ketua Pemuda MIC bahagian Selayang.

Sebelum ini, MIC Hulu Selangor menolak cadangan agar V. Mugilan, Timbalan Ketua Pemuda MIC Pusat diletakkan sebagai calon.

Muhyidin mengumumkan Kamalanathan, seorang ahli perhubungan awam sebagai calon BN di Bilik Gerakan BN Bukit Sentosa, Bukit Beruntung petang tadi.

“Kita memilih beliau kerana pengundi mahukan orang baru sebagai wakil rakyat.

“Beliau seorang yang kuat bekerja, lurus dah seorang yang pegang janji,” kata Muhyiddin ketika mengumumkan Kamalanathan sebagai calon BN.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat mengumumkan calonnya dari PKR, Datuk Zaid Ibrahim akan diletakkan bertanding untuk pilihan raya kecil ini.

SUMBER http://www.harakahdaily.net/

ZAID CABAR MUHYIDDIN AND CO DEDAH KEKAYAAN

Dalam kempen tidak rasmi hari pertamanya, calon Pakatan Rakyat (PR) Datuk Zaid Ibrahim berkata beliau bersedia untuk mendedahkan kekayaannya tetapi mencabar Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anggota pentadbiran Datuk Seri Najib Razak agar turut berbuat demikian.
.

Cabaran itu dibuat beberapa jam selepas Muhyiddin mengatakan bahawa Zaid dipilih sebagai calon PR kerana kekayaan beliau, bukannya kerana kemampuan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata sebahagian anggota Kabinet menentang idea mengisytiharkan harta ketika berkhidmat di bawah pentadbiran bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
.
Zaid merupakan bekas menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal perundangan dan kehakiman. Zaid yang malam kelmarin diumumkan sebagai calon PR mengatakan demikian ketika berceramah di sini malam tadi. Pendirian Zaid itu turut dimuatkan dalam blognya semalam.

Ketika bercakap di hadapan kira-kira 300 orang di dewan serba guna Kampung Sungai Buaya, bekas Ketua Umno Kota Baru dan Ahli Parlimen Kota Baru ini menyangkal dakwaan bekas rakan-rakannya dalam Kabinet bahawa beliau seorang yang mengamalkan rasuah. “Isunya bukan sama ada kaya atau miskin tetapi sama ada wujud penyalahgunaan kuasa,” katanya.
.
Zaid berkata beliau hanya merupakan menteri undang-undang dan kehakiman selama enam bulan. Ketika itu katanya, beliau tidak pernah menyelia Petronas, tanah, air atau mana-mana sumber lain. “Saya diberi tanggungjawab terhadap aspek undang-undang dan kehakiman. Jadi di mana ada duitnya,” soal Zaid sambil berseloroh bahawa beliau hanya ada seorang isteri, tiga anak dan hidup sederhana.
.
Tambah Zaid, banyak dakwaan dibuat berkaitan dengan tahap kekayaan dengan ada yang membuat cerita kononnya memiliki rumh di Dubai, London dan Australia. “Saya berharap ia betul tetapi saya hanya ada rumah di Kota Baru, yang mana saya beli 15 tahun lalu dan sebuah rumah di Petaling Jaya,” katanya.
.
Sehubungan itu beliau merayu kepada hadirin, kebanyakannya peneroka Felda supaya memberikan beliau peluang untuk berkhidmat kepada mereka. “Saya ahli politik sepenuh masa. Saya tiada kerja lain,” katanya dengan merujuk bahawa akan mampu perkhidmatan sepanjang masa jika dipilih.
.
Semalam Muhyiddin berkata beliau percaya Parti Keadilan Rakyat (PKR) memilih Zaid sebagai calon PR bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor disebabkan kedudukan kewangannya, bukan semata-mata kerana keupayaan boleh berkhidmat. “Saya diberitahu bahawa beliau dipilih kerana mempunyai banyak duit, bukan kerana beliau boleh berkhidmat,” kata beliau ketika ditanya sama ada Zaid menjadi pilihan PKR kerana ketiadaan calon lain.
.
“Namun, keputusan itu milik mereka. Saya yakin kepada para pengundi, mereka mahukan pembangunan,” tambah Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN).
.
Zaid anak kelahiran Kelantan telah dipilih secara rasmi sebagai calon PR malam kelmarin.

Wednesday, April 14, 2010

BIODATA DAN BIOGRAFI DATUK MOHD ZAID IBRAHIM

Nama: Mohd. Zaid Ibrahim

Umur:
Lahir pada tahun 1951 di Kelantan

Pendidikan: Ijazah Undang-Undang, LLB Hons (1974) Barrister at Law Inner Temple 1975

Kerjaya: Bersara (100% Ahli Politik Sekarang)

Website: http://myzaidibrahim.wordpress.com/

Twiter: http://twitter.com/zaidibrahim

Facebook: Datuk Zaid Ibrahim

Sejarah pembabitan dalam politik

Mula berkecimpung di bidang politik pada tahun 1986 melalui UMNO, walaupun mula aktif hanya selepas tahun 1990.

2001: Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu.

2003: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO.

2004-2008: Ahli Parlimen BN Kota Bharu, yang pertama sejak 1990.

2005: Digantung dari jawatan Ketua Bahagian dan digugurkan sebagai calon 2008.

Mac 2008: Dilantik sebagai Senator di Dewan Rakyat dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (portfolio undang-undang & reformasi badan kehakiman).

Sept 2008: Meletakkan jawatan Senator dan Menteri sebagai protes penggunaan ISA ke atas 3 rakyat Malaysia.

Dec 2008: Dipecat dari UMNO kerana menulis surat terbuka kepada Perdana Menteri Malaysia tentang pendiriannya mengenai ISA.

Jun 2009: Menganggotai PKR. Seterusnya dilantik sebagai menjadi anggota Majlis Tertinggi PKR, AJK Biro Politik PKR dan Penyelaras Pakatan Rakyat.

Dalam masa 25 tahun bermula 1987 - Datuk Zaid berjaya menubuhkan syarikat guaman Zaid Ibrahim & CO dari hanya mempunyai saorang peguam hinggalah melebehi 140 orang pada tahun 2008 menjadikan firma itu yang terbesar di negara. Beliau bersara dari syarikat tersebut bila menerima jawatan Menteri pada tahun 2008.

Keadilan untuk Semua

Datuk Zaid Ibrahim memberikan perhatian berat terhadap aspek sistem perundangan kita yang tidak adil, termasuklah penggunaan ISA dan keperluan reformasi badan kehakiman. Beliau percaya keadilan adalah untuk semua dan menolak politik perkauman.

Beliau berhasrat mempertingkatkan ketelusan dalam Kerajaan – dari memperbaiki ketelusan dalam pentadbiran Petronas dan FELDA sehinggalah usaha untuk memperkenalkan semula pilihanraya tempatan.

Datang dari keluarga yang miskin, beliau juga amat prihatin terhadap masalah kemiskinan, hak tanah dan kebajikan rakyat, termasuklah tanah adat Orang Asal.

Datuk Zaid juga aktif melakukan kerja-kerja kebajikan di luar arena politik.

Beliau berhasrat untuk mengembalikan politik Malaysia sebagai politik yang berbincang tentang dasar dan kebajikan rakyat dan politik yang memberikan hak dan kebebasan kepada rakyat.

Kerja-kerja kebajikan & penerbitan

Pengasas Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK), 1998.
Pengasas MyFuture Foundation, yayasan mempromosikan keharmonian antara kaum di kalangan belia Malaysia, 2008.

Buku

Dari Hati yang Ikhlas, 2007 & Saya pun Melayu, 2009

Turut terlibat dalam usaha memelihara kesenian tradisi Melayu Kelantan.

Latarbelakang Keluarga & Pendidikan Awal

Datuk Zaid Ibrahim dilahirkan di Kampung Chap - Bachok, Kelantan pada tahun 1951 dalam sebuah keluarga kampung biasa di kawasan pedalaman. Memulakan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Marak berhampiran dengan kampungnya, di mana beliau terpaksa berjalan kaki selama sejam setiap kali pergi dan pulang dari sekolah

Menyambung pelajaran ke Sekolah Rendah Sultan Ismail, apabila keluarganya berpindah di kawasan setinggan di Kota Bharu, selepas ayah beliau, yang sebelum ini membuat kerja-kerja kampung sambil berniaga kecil-kecilan untuk menyara keluarga, mula berniaga ayam di pasar besar Kota Bharu.

Semasa berada dalam darjah lima, beliau menerima Biasiswa Kecil Persekutuan sebanyak RM15 sebulan berdasarkan prestasi baik pelajaran beliau dan kesulitan kewangan keluarganya, “saat paling menggembirakan dalam hidup saya” kerana tanpa bantuan tersebut, beliau berkemungkinan tidak dapat meneruskan persekolahannya.

Dengan tekad usahanya menumpukan perhatian terhadap pelajaran di samping mengembangkan minat membaca di masa lapang di perpustakaan awam di Kota Bharu, Datuk Zaid akhirnya berjaya ke salah sebuah sekolah menengah yang terbaik di Kota Bharu iaitu Kolej Sultan Ismail.

Kemahuan beliau untuk menimba ilmu, meluaskan pergaulan dan mencari pengalaman baru di negeri orang, berbekalkan duit saku RM5 dari ayahnya, Datuk Zaid berpindah ke Johor Bharu atas pilihannya sendiri untuk meneruskan pendidikannya di Maktab Sultan Abu Bakar di Johor Bharu.

Walaupun latarbelakang keluarganya jauh berbeza jika dibandingkan dengan kebanyakan pelajar-pelajar di Maktab tersebut, dan ada merasa sedikit terpinggir sebagai orang luar dan pertama kali pula bergaul dengan orang-orang bukan Melayu, dengan galakan dari guru-gurunya, Datuk Zaid berjaya memupuk bakat berpidatonya sehingga mewakili sekolah sebagai pendebat Bahasa Inggeris.

Selepas di Johor Bharu, Datuk Zaid meneruskan pendidikan tingkatan enam di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) di Ipoh, di mana beliau mula berjinak-jinak dengan bahan bacaan politik dan sastera di samping meneruskan minat berpidato dan menulis.

Pendidikan Tinggi

Datuk Zaid akhirnya melanjutkan pelajaran di bidang undang-undang di Institut Teknologi Mara (ITM) di Shah Alam pada tahun 1971. Di ITM, Datuk Zaid meneruskan minatnya dalam bidang berpidato dan mula aktif dalam persatuan pelajar. Selepas menerima ijazah beliau tiga tahun kemudian, beliau bekerja sebagai eksekutif jualan di Pulau Pinang selama setahun untuk meringankan beban kewangan keluarganya dahulu di kampung.

Beliau kemudiannya ke London dengan pinjaman MARA untuk mengambil peperiksaan akhir Bar. Akibat kesilapan di peringkat pemerosesan permohonan, pinjaman yang diterima tidak merangkumi bayaran tuisyen, menyebabkan beliau terpaksa belajar sendiri dengan meminjam nota dari teman-temannya di sebelah malam. Namun begitu, beliau berjaya lulus peperiksaan Bar dalam masa 6 bulan.

Kerjaya Guaman

Selepas pulang ke tanah air, Dato Zaid memulakan latihan chambering beliau dengan syarikat guaman Shook Lin & Bok, syarikat guaman terbesar di Malaysia pada masa itu. Dari 1976-1979, beliau memulakan kerjaya guamannya bersama dengan firma Raja Aziz Addruse sebelum menimba pengalaman di firma-firma lain.

Pada tahun 1987, Datuk Zaid nekad untuk menubuhkan syarikat guamannya sendiri, Zaid Ibrahim & Co (ZICO). Walau dihimpit cabaran kewangan kerana tidak mempunyai senarai pelanggan besar yang kukuh pada awalnya, selepas berjaya diterima sebagai syarikat guaman untuk UEM-Plus Highway, ZICO mula diterima oleh pelanggan korporat dalam dan luar negara.

Dengan rakan kongsi yang pintar dan setia dan reputasi perkhidmatan guaman yang cemerlang, selepas 30 tahun, ZICO kini adalah syarikat guaman terbesar di Malaysia, dengan lebih 130 orang peguam dan ratusan pekerja lain dengan pejabat cawangan di Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam dan Emiriah Arab Bersatu. Sejurus selepas dilantik menjadi menteri, Datuk Zaid Ibrahim melepaskan kepentingannya di dalam ZICO.

Politik

Pendedahan politik awal Datuk Zaid mula semenjak usia remaja tatkala mula mengikut ayahnya mendengar ceramah-ceramah pemimpin politik era 1960an di Kota Bharu, terutamanya sekali para pemidato PAS yang hebat. Dato Zaid mula menjadi ahli UMNO Bukit Bintang sekitar 1986 tetapi mula bergiat secara lebih aktif di Kelantan selepas pilihanraya 1990.

Pada tahun 2001, beliau berjaya menjadi Ketua Cawangan UMNO Kota Bharu dan kemudian dipilih menjadi Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan pada tahun 2003. Kerana dilihat telah mempersoalkan kuasa pemimpin UMNO, pada tahun 2005, beliau digantung dari jawatan Ketua Cawangan Kota Bharu. Namun, beliau masih terpilih menjadi Ahli Parlimen Barisan Nasional Kota Bharu dari 2004-2008.

Walaupun tidak terpilih untuk bertanding dalam pilihanraya 2008, dan menyuarakan pandangan kritisnya secara terbuka terhadap hala tuju Barisan Nasional dan masalah kepemimpinan di dalam UMNO sejurus selepas Mar 8, 2008, Datuk Zaid ditawarkan jawatan sebagai Senator dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk “untuk membuat perubahan dalam sistem perundangan dan badan kehakiman”.

Tidak sampai beberapa hari selepas menjadi menteri, Datuk Zaid memulakan proses memohon maaf terhadap hakim-hakim yang dipecat semasa Krisis Kehakiman 1988 dan pemberian saguhati kepada mereka walaupun dikritik hebat oleh pelbagai pihak di dalam UMNO.

Namun pada September 2008, selepas 5 bulan dan 27 hari, Datuk Zaid Ibrahim meletakkan jawatan atas dasar prinsip kerana tidak bersetuju dengan penahanan penulis blog Raja Petra Kamaruddin, Ahli Parlimen DAP Teresa Kok dan wartawan Tan Hoon Cheng di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), menjadikannya Menteri paling singkat perkhidmatannya di Malaysia, dan Menteri yang benar-benar meletakkan jawatan atas dasar prinsip.

Selepas menulis surat terbuka kepada Perdana Menteri Malaysia tentang isu ISA pada bulan yang sama dan muncul di majlis-majlis anjuran parti pembangkang selepas itu, Dato Zaid Ibrahim akhirnya dipecat dari UMNO pada Disember 2008.

Pada bulan Jun 2009, Datuk Zaid Ibrahim menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) setelah yakin akan landasan parti tersebut dalam memperjuangkan hak rakyat dan demokrasi tanpa bersandarkan pada sentimen perkauman. Datuk Zaid Ibrahim sekarang merupakan anggota Majlis Tertinggi PKR dan AJK Biro Politik PKR dan berperanan sebagai Penyelaras Pakatan Rakyat.

Kerja-kerja Kebajikan dan Sosial

Sebagai seorang yang dibesarkan dalam keluarga yang susah, Datuk Zaid Ibrahim mempunyai keprihatinan yang tinggi terhadap masalah kemiskinan dan kebajikan rakyat biasa. Seawal tahun 1998, Dato Zaid dan isterinya telah menubuhkan Yayasan Orang Kurang Upaya (YOKUK) di Pengkalan Chepa untuk memberikan perkhidmatan kepada terutamanya warga emas yang kurang upaya seperti melibatkan mereka dalam kegiatan riadah dan berkebun.

Kini YOKUK menawarkan khidmat kebajikan dan pemulihan percuma kepada lebih 2,500 warga kurang upaya tanpa mengira kaum, usia ataupun jenis ketidak upayaan mereka. Antara khidmat yang diberikan YOKUK termasuklah pelbagai jenis terapi dan perkhidmatan pengangkutan. YOKUK juga merancang untuk menyediakan/memperbaiki 500 rumah warga kurang upaya yang memerlukan bantuan di Kelantan.

Pada tahun 2008, beliau menubuhkan MyFuture Foundation, sebuah yayasan yang bergiat untuk mempromosikan keharmonian antara kaum di kalangan belia Malaysia. Beliau juga telah menulis dua buah buku, Dari Hati yang Ikhlas dan Saya pun Melayu, yang diterbitkan oleh syarikat penerbitan milik keluarganya, yang ditubuhkan untuk menggalakkan budaya penerbitan tempatan.

Selain daripada itu, Dato Zaid Ibrahim juga aktif dalam usaha memelihara kesenian tradisi Melayu Kelantan kerana beliau percaya kebudayaan warisan turun-temurunlah yang dapat memberi pengisian terhadap jatidiri anak bangsa.

Datuk Zaid Ibrahim juga menulis di blognya di http://myzaidibrahim.wordpress.com/ dan berkomunikasi melalui http://twitter.com/zaidibrahim dan di Facebook.

Menyumbangkan Tenaga dan Khidmat untuk Rakyat

Matlamat Datuk Zaid Ibrahim ke Parlimen adalah untuk menyumbangkan tenaga beliau kepada negara yang kita cintai dan melihara kepentingan rakyat dan demokrasi di mana “rakyat dapat hidup selesa tanpa takut ditahan pada pagi hari kerana pandangan politiknya malam tadi”.

Beliau mahu membantu memastikan yang undang-undang negara mesti berteraskan keadilan dan tidak lagi disalahgunakan untuk melindungi kepentingan elit di negara kita yang sudah merugikan rakyat berbilion-billion ringgit selama ini. Penyelewangan kuasa dan rasuah dan penggubalan dasar-dasar yang tidak adil Kerajaan BN telah banyak merugikan dan memiskinkan rakyat, yang dapat dilihat dari masalah tanah yang tidak selesai ke persoalan perumahan dan pendidikan sehinggalah ke pengurusan Petronas yang tidak telus.

Beliau yakin rakyat Malaysia tiada sebab untuk tidak dapat hidup dengan selesa dengan limpah kurnia kekayaan negara ini melainkan disebabkan pilihan-pilihan politik yang buruk dan kerakusan pemimpin memperkayakan diri dan kroni-kroni mereka. Datuk Zaid amat prihatin terhadap nasib masyarakat yang terpinggir, samada disebabkan oleh kemiskinan, masalah kurang upaya ataupun penindasan sistematik yang meminggirkan kaum petani, buruh ladang dan Orang Asal yang masih berleluasa di negara kita.

Datuk Zaid Ibrahim sudah sering mengutarakan bahawa politik di Malaysia sudah lama ‘sakit’ dan harus diangkat mertabatnya. Kita harus berpindah dari kata nista dan serangan berbentuk pribadi, atau tindakan-tindakan yang berbaur perkauman yang melambangkan percaturan politik yang dangkal pemerintah BN, kepada perdebatan tentang dasar dan halatuju negara kita. Tanpa dasar-dasar yang baik, rakyat tidak kira kaum dan budaya akan merasa terpinggir di negara sendiri.

Keadilan dan Kebajikan untuk Semua

Penglibatan aktif Datuk Zaid Ibrahim dalam kerja-kerja kebajikan, keterbukaannya dalam mengkritik dasar-dasar Kerajaan BN yang tidak adil walau ketika beliau masih lagi bersama BN, keberaniannya sebagai Menteri yang mengusulkan proses meminta maaf kepada hakim-hakim yang dipecat oleh kerajaan pada tahun 1988 dan Menteri yang meletakkan jawatan atas dasar prinsip menentang konsep penahanan tanpa bicara menunjukkan ketulusan beliau untuk menjaga proses demokrasi, keadilan dan kebajikan masyarakat keseluruhannya.

Malah, Datuk Zaid Ibrahim telah memaklumkan dengan jelas bahawa beliau telah menerima tawaran menjadi Menteri undang-undang atas prinsip mahu membantu Kerajaan BN untuk berubah, menghentikan penyalahgunaan kuasa perundangan dan memperbaiki ketelusan dalam proses kehakiman negara. Beliau akhirnya melepaskan jawatan tersebut sambil meminta maaf dengan rendah hati kepada rakyat atas “kegagalan merubah BN”.

ANAK TEMPATAN BUKAN ISU

Dengan menolak andaian beliau bukan “anak tempatan”, Datuk Zaid Ibrahim yang malam tadi diumumkan calon Pakatan Rakyat (PR) bagi kerusi Hulu Selangor memberi jaminan kepada 64,000 pengundi bahawa mereka boleh mengharapkan “wakil rakyat yang baik” jika diberi mandat.

“Itu boleh diharapkan. Wakil rakyat yang cuba selesai masalah dia, wakil yang boleh bersuara bagi pihak dia (pengundi Hulu Selangor),” kata Zaid, bekas anggota Kabinet, malah tidak asing dalam arena politik negara ini.

Serangan pertama dituju ke arah beliau sebaik sahaja diumumkan sebagai calon adalah “Zaid bukan merupakan anak tempatan.”

Sehubungan itu tegas Zaid, soal anak tempatan atau pun tidak, ia bukan isunya dalam pilihan raya khususnya di Hulu Selangor.

Jelas Zaid, anak negeri Kelantan dan pernah bertanding di Kota Baru pada 2002, apa yang penting ialah sama ada wakil rakyat boleh memberi khidmat untuk memenuhi harapan dan menyelesaikan masalah pengundi.

“Ia (Hulu Selangor) hanya setengah jam perjalanan (dari ibu negara). Apa bezanya saya dengan orang yang tinggal di Rawang.

“Jadi dari segi fizikal, dari segi geografi, apakah saya orang luar? Orang luar dari mana? Saya orang Selangor. Tapi orang di Hulu Selangor pun tak duduk di situ pun. Ramai cari pekerjaan,” katanya.

“Itu bukan soalan dia. Soalan dia, apakah awak faham masalah Hulu Selangor dan macam mana hendak selasaikan masalah itu. Siapa yang lebih mampu menyelesaikan masalah... itu isunya, bukan di mana dia lahir. Kalau dilahir di Hulu Selangor pun, kalau dia tak faham, dia tak tahu, dia malas, apa gunanya?” katanya.

Dalam pertemuan dengan The Malaysian Insider semalam, jelas Zaid, debat mengenai “budak tempatan” atau “orang muda” tidak perlu dijadikan isu pilihan raya kecil di sini.

Sehubungan itu menurut Zaid, atas kapasiti sebagai ahli politik sepenuh masa beliau meluangkan masa yang secukupnya untuk kepentingan masyarakat Hulu Selangor.

“Banyak masa akan saya luangkan sebab saya tiada apa-apa kerja lain untuk dilakukan.

“Saya tidak terlibat dalam bisnes saya, saya tiada kerja. Tiada sebab mengapa... saya tiada kerja sepenuh masa, saya bukan pengarah syarikat besar. Saya ada banyak masa.

“Saya ahli politik seratus peratus, 110 peratus. Jadi saya tidak... jadi saya fikir saya boleh sangat berfokus. Sebagaimana saya mengatakan, saya boleh... tiada masalah. Hulu Selangor sangat dekat, saya boleh pergi bila-bila masa,” kata beliau.

Berkelulusan undang-undang, Zaid, 59, diumumkan dengan rasmi sebagai calon PR-PKR bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Sambil merujuk kepada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri yang dikenali sebagai “Che Lah” dari Tumpat pada 1960-an, Zaid memberitahu, beliau mahu berperanan sebagai seorang “Ahli Parlimen yang prihatin.”

Katanya, wakil rakyat itu popular kerana khidmat yang diberikan kepada masyarakat sehingga walaupun enggan bertanding pengundi mendesaknya bertanding.

“Bagi saya itu model contoh. Saya tidak berminat dengan glamor-glamor... tak payah.

“Saya mahu rakyat mengingati saya sebagai ahli politik penyayang... rakyat mengingati saya, saya tidak kisah jika yang lain tidak suka saya,” kata beliau sambil menambah aspek geografi tidak menjadi satu masalah untuk mendampingi rakyat jikan diberikan mandat pada 25 April ini,

“Saya akan memiliki pejabat (kekal) saya di Hulu Selangor,” kata anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR ini.

UMNO- BN UTAMAKAN NAFSU MEREKA SENDIRI

UMNO hanya memberi keutamaan kepada kehendak nafsu mereka sendiri daripada selainnya. Oleh sebab imej lebih penting daripada segala-galanya, mereka sanggup berkawan dengan musuh Islam. Demi imej yang mampu melonjakkan populariti mereka di mata rakyat, mereka tidak berfikir dua kali untuk melanggani APCO Worldwide.

Jumlah yang dibayar untuk mendapatkan khidmat itu ialah RM77 juta setahun. Jumlah ini jauh melebihi RM20 juta yang diperuntukkan kepada wang ehsan di Kelantan. Jumlah wang yang sekecil itulah yang mereka laung-laungkan sebagai bantuan ikhlas Kerajaan Persekutuan kepada rakyat Kelantan yang terlalu miskin kononnya.

Mereka membutakan sebelah mata tentang kewujudan 30% penduduk miskin di Sabah. Sejak merdeka dalam Malaysia, negeri itu kekal menduduki tangga pertama kemiskinan tegar. Ke mana wang yang disalurkan ke sana? Ke mana perginya wang balak negeri itu? UMNO-BNlah yang membolotnya.

UMNO-BN tidak mementingkan rakyat. Mereka mementingkan diri mereka sendiri. Mereka mahu berkuasa selama-lamanya walaupun tahu tiada kerajaan yang menongkat langit dalam dunia ini. Pengkhianatan yang mereka lakukan terhadap rakyat akan ada balasannya.

Rakyat Malaysia tidak mahu wang mereka digunakan untuk membayar khidmat yang dihulurkan oleh musuh Islam. Rakyat Kelantan menyumpah-nyumpah mereka kerana enggan memberikan royalti petroleum yang menjadi hak negeri mereka. Rakyat Sabah dibiarkan berkeadaan daif demi memenuhi tembolok para pemimpin yang pelahap.

Mereka tidak akan terlepas daripada hukuman rakyat. Rakyat yang celik akan mengajar mereka erti keadilan. Kerajaan yang korup mesti ditumbangkan!!!

SUMBER http://bilahrotan.blogspot.com/

SAMY PENING PILIH CALON

Sebahagian daripada ketua-ketua cawangan MIC Hulu Selangor hari ini memberi kata dua kepada kepemimpinan Barisan Nasional agar mecalonkan timbalan presiden parti itu, Datuk G Palanivel di parlimen Hulu Selangor atau menghadapi pembubaran cawangannya.

Tindakan itu dilihat menghangatkan lagi suasana apabila BN dijangka mengumumkan calonnya pada jam 4 petang esok bagi pertandingan pada 25 April ini.

Hampir separuh daripada ketua cawangan yang mewakili kira-kira 30 daripada 72 ketua cawangan hadir di ibupejabat MIC bahagian Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru untuk meluahkan sokongan kepada Palanivel.

Menurut mereka jika cadangan supaya Palanivel dicalonkan ditolak oleh BN, tindakan itu sesuatu yang memalukan kepada MIC dan pemimpin parti itu. “Kami tidak akan keluar mengundi jika calonnya bukan Palanivel,” kata K Allo Pillai, seorang penyokong akar umbi yang membayangkan BN mungkin dipulaukan.

Ketua penerangan MIC Hulu Selangor, Raily Muniandy juga mengugut bahawa semua cawangan MIC di kawasan pilihan raya itu akan ditutup, jika tuntutan mereka agar Palnivel dicalonkan ditolak.

"Kami menyokong penuh Palanivel kerana dia pemimpin berwibawa, bersih dan telah menjadi penduduk di kawasan ini untuk hampir 15 tahun, “ kata Raily.

Beliau menjelaskan Palanivel, yang berasal dari Pulau Pinang, tidak semestinya dilahirkan di kawasan pilihan raya itu untuk diiktiraf sebagai anak tempatan. "Dia (Palanivel) kenal siapa Ah Kaw, Ahmad dan Ramasamy di sini kerana telah berada 18 tahun di sini,” katanya.

Ditanya sama ada mereka akan menyokong calon MIC yang lain, Raily berkata: “Jawatankuasa pusat MIC telah memutuskan Palanivel sebagai calon Hulu Selangor dan perkara itu adalah muktamad.”

SUMBER http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Sunday, April 11, 2010

PELANCARAN JENTERA PEMUDA PR

Dato' Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan merasmikan Pelancaran Jentera Pemuda Pakatan Rakyat seperti berikut:
Tarikh : 11 April 2010 (Ahad)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Taman Gamelan, Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu.

Orang ramai dijemput hadir.

UMNO JUARA JUAL TANAH ORANG MELAYU MISKIN

KUALA KUBU BAHARU 11 Apr - Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata banyak program yang diwujudkan di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) berjaya membantu mengangkat kedudukan orang Melayu di negeri itu.

Sebaliknya Umno yang mendakwa pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor tidak mengutamakan masyarakat Melayu, sedangkan merekalah sebenarnya pengkhianat Melayu yang telah menjual tanah orang Melayu miskin di Selangor.

"Orang Melayu (Umno) begitu jangan dibuat kawan. Dia tipu orang miskin, makanan tidak halal ini tidak boleh berjaya. Itu sebab hutang anak syarikat Yayasan Basmi Kemiskinan melebihi RM100 juta. Tolong orang miskin entah macam mana hutang sampai RM100 juta," ujarnya.

Menurut Khalid, perkara itu berbeza dengan dasar Pakatan Rakyat yang komited dalam membantu rakyat berpendapatan rendah dan miskin tanpa mengira kaum Melayu, Cina atau India.

"Kita pemimpin untuk semua, hasilnya untuk semua. Bayangkan kalau saya tunjuk perangkaan berapa ramai masyarakat Melayu akan dapat biasiswa dan hadiah masuk univiersiti. Berapa ramai Tionghua dan India yang dapat, bila kita kira orang Melayu mendapat melebihi 60 peratus.

"Jadi gunakan akal, kita bersama masyarakat Melayu akan menjadi teguh bila kita berjaya dan masyarakat lain akan percaya dengan (kewibawaan) kita," katanya dalam perjumpaan bersama pengerusi dan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) .

Menurut beliau lagi, hasil pendapatan kerajaan negeri mampu menampung peruntukan dan kos pendadbiran dengan hanya melibatkan peruntukan RM700 juta berbanding kerajaan terdahulu yang melakukan begitu banyak pembaziran dan ketirisan.

"Itu lah konsep merakyatkan ekonomi, ketua kampung melihat bagaimana pembangunan disalurkan kepada rakyat. Kita bukan tunggu pilihan raya kerana itu hak rakyat negeri Selangor," tambah beliau.

Khalid turut menyentuh mengenai pengurusan air di Selangor yang diswastakan sejak 2004 sebelum diambil alih kerajaan negeri.

"Tak ada suara dari Umno dan BN untuk menentang penjualan kepada syarikat air. Duitnya tidak sebanyak mana, masyarakat kena bayar. Itu bezanya Pakatan yang baru dua tahun berbanding Umno yang sudah 50 tahun, perjuangan kita adalah perjuangan rakyat. Saya tidak ambil harta rakyat, saya membela rakyat," tegas beliau.

Di dalam program MES yang dilancarkan pada 2008, pelbagai program kebajikan ditawarkan kepada rakyat negeri itu.

Antaranya Tabung Warisan Anak Selangor, Skim Mesra Usia Emas, Pusat Khidmat Sehenti, bekalan air percuma 20 meter padu, hadiah anak masuk universiti, tabung pendidikan anak pekerja ladang serta program peningkatan hasil bahan mineral dan galian.

SUMBER http://suara-keadilan.com/

UMNO BN AKAN TUTUP ISU ZIONIS DALAM PDRM

KUALA KUBU BAHARU 11 Apr - Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempersoalkan mengapa sekarang Menteri Dalam Negeri mahu menyiasat dakwaan Ketua Umum KEADILAN berhubung pembabitan anasir Zionis Yahudi di dalam projek IT dalam Polis DiRaja Malaysia walhal isu itu telah didedahkan dalam media internet lebih dua tahun lalu.


Justeru itu beliau tidak yakin empat badan bebas yang akan dilantik Kementerian Dalam Negeri untuk menyiasat isu ini akan benar-benar bebas kerana akhirnya Umno-Barisan Nasional akan menutup kebenaran daripada diketahui rakyat.

"Mengapa mahu siasat setelah dua tahun isu ini diketahui masyarakat umum. Saya percaya badan yang menyiasat tidak akan bebas kerana akhirnya Umno-BN akan menutup kes ini seperti mana juga kes-kes lain sebelum ini.

"Kalau benar-benar mahu menyiasat tubuhkan Suruhanjaya DiRaja sebagaimana yang dicadangkan oleh Ketua Umum dan Pakatan Rakyat," kata Dr Wan Azizah kepada Suara Keadilan ketika dihubungi.

Sehubungan itu Pengarah Pilihanraya KEADILAN, Fuziah Salleh mempersoalkan bagaimana badan bebas boleh jadi bebas jika ianya dilantik oleh Menteri di kementerian yang terlibat secara langsung dengan isu tersebut.

"Bagaimana badan bebas itu boleh dianggap bebas kalau yang melantik adalah Menteri itu sendiri, yang sepatutnya melantik SuruhanJaya Bebas ini selalunya dilantik oleh Yang DiPertuan Agong.

"Selagi ianya dilantik oleh Menteri dan Menteri berkenaan adalah daripada Barisan Nasional, ianya tidak mungkin bebas,

"Lantiklah empat atau sepuluh badan ianya tak mungkin bebas. Saya gesa kalau ada Suruhanjaya bebas ianya mestilah ditubuhkan oleh Yang DiPertuan Agong iaitu SuruhanJaya DiRaja dan itu baru betul-betul bebas," ujar Fuziah semasa ditemui pada perasmian Jentera Pilihan Raya Hulu Selangor Jumaat lalu.

Pada 6 April lalu Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan di Parlimen kewujudan perisik Israel dalam pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) ketika membahaskan bajet tambahan Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat.

Beliau turut mengemukakan beberapa dokumen bagi menyokong dakwaannya itu serta menamakan sebuah syarikat yang terbabit dan dikatakan berpengkalan di Israel.

SUMBER http://suara-keadilan.com/