THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, September 5, 2009

UNDERSTAND???

I’ve figured it out. Yes, I have. The whole problem here is that people are misinformed. Everything is just a misunderstanding.

That’s how the organisers didn’t know about a cow’s head being brought to the protest against the Hindu temple in Shah Alam. Somebody must have gotten his dates wrong and thought it was Hari Raya Korban instead of Puasa. So he brought the best part of the cow to the party. Just unfortunate it turned out to be a party about a Hindu temple.

Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein was also probably not briefed about the situation properly by his aides. Because he said, “If it can be resolved quickly and can be done with both sides understanding each other ... why would we want to penalise anybody?”

He also said that it was all down to negative publicity and being linked to racial sentiments when the protestors were not being racist at all. He must have thought it was a business deal concerning a plot of land since the protestors wanted to meet the Hindu Sangam guys.

Nobody told him that what had happened was actually all about race and religion and it was unlikely that any meeting would include some masala chai.

Nobody.

At all.

Only after people asked him to resign did he realise the true situation. That’s why he changed his tune later and said that police have investigated and now wants those responsible charged. See, he actually knows what to do if he is properly informed.

Same with the police. They must have not really known what was going on when the 50 protestors popped up that day. In their heads, they have only been briefed about what to do when it is thousands of protestors. Because there are so many, you have to shoot water cannon and tear gas la, even up the odds a bit.

When so few, what do you do? Nobody informed them about how to deal with small crowds, you see.

Nobody.

At all.

I bet even the Attorney-General is confused. Maybe he feels he shouldn’t charge Muslims during Ramadan. Tan Sri Gani Patail must know that in Malaysia there is no right to gather and protest peacefully. The issue, now, is protesting violently and threatening bloodshed. How? Usually if it is something harmless only he knows. Also nobody informed him what to do about this sort of thing.

You got it. Nobody at all. Not even his professor at law school.

This is just one incident and one example. Actually, all the issues in this country can be blamed on misunderstanding.

Just like PAS Youth protesting having the Michael Learns to Rock concert during Ramadan. Of course, at face value, you think it is some Satanic heavy metal group. Rock ma. Actually, it is only some soft pop ballads.

If it was some anti-Islam music, then yes, you should not have the concert at all, never mind during Ramadan. Actually, Michael just wants to tell you he’s not an actor or a star and he would make a good father to a sleeping child.

So we should listen to Tun Dr Mahathir Mohamed who suggested Chinese papers should be in Malay. See, then everyone can understand Chinese issues.

Next, English papers should also be in Malay. Then Chinese and Tamil and English songs and movies. All dub into Malay. No more misunderstanding. We should also get rid of Malay words with more than four syllables. So difficult to understand, isn’t it? What is “memperkasakan”? Goodness.

After that nobody will misunderstand each other anymore. Everyone will understand.

No more racism. No more protests and riots, no more Western immorality.

This is the solution. Understand?

SUMBER DARI http://themalaysianinsider.com.my

5,000 POSTAL VOTERS IN BAGAN PINANG

PAS today called on the Election Commission to allow postal voters to vote like regular constituents during the impending Bagan Pinang by-election in Negeri Sembilan. In announcing that the party would contest the seat, party president Datuk Seri Abdul Hadi Awang also voiced doubts over whether the results of the by-election would truly represent the people’s choice, in view of the high number of postal voters in the constituency. This, he said, was why the EC needed to change the postal voting process and clear all doubts over the “cleanliness” of the votes cast during elections.

“I call on the new EC chairman to make some changes in the system and I am not talking about cosmetic changes. “We still doubt postal votes because we know that postal voters like the army and the police are not given a free hand in voting.

“This is why postal votes are always considered unclean votes,” he said after praying with Perak PAS leaders at Surau Al-Ikhlasiah here this evening.

Abdul Hadi said that if the EC revamped the system and allowed postal voters to cast their votes like any other constituent, this would ensure some amount of fairness, transparency and democracy in the voting process.

“We want them (postal voters) to even be given the right to attend political campaigns and ceramahs without being stopped by certain quarters.

“If possible, we want political parties to be allowed to come and keep watch over the postal voting process and we want their votes to be kept truly secret,” he said.

He added that postal voters should not be placed under pressure, be subjected to threats or feel worried and stressed when casting their votes for the candidate that they truly supported.

Abdul Hadi’s concerns stem from the fact that there are over 5,000 postal voters in the Bagan Pinang constituency of Negeri Sembilan.

“This is a very high number. In the previous elections, Barisan Nasional won with over 6,000 votes while our candidate obtained about 4,000 votes.

“Who knows, if not for the postal votes, the margin would have been about 1,000? Or maybe even less?” he said.

Despite this, Abdul Hadi said the party was still confident changes could be made and PAS could emerge victors in the country’s ninth by-election.

“We hope that even though they are voting under stress, we may still win some of the postal votes.

“We will be holding a political meeting this coming Monday to hear a briefing by the Negeri Sembilan PAS. Insyaallah, we will contest the seat,” he said.

The Bagan Pinang assemblyman, BN’s Azman Mohd Noor, passing on Friday, paves the way for the country’s ninth by-election since Election 2008.

In the March 8 elections, he had garnered 6,430 votes over PAS Ramli Ismail’s 4,037, earning him a 2,333 vote-majority win.

SUMBER DARI http://www.themalaysianinsider.com

DATA PENGUNDI DUN BAGAN PINANG

Berdasarkan data pilihan raya umum ke 12 (Mac 2008), Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang mempunyai 14,192 pengundi yang terdiri dari 66% Melayu, Cina (10.5%), India (19.9%) dan lain-lain (3.5%).

DUN ini mempunyai 4,925 pengundi pos. Mereka adalah dari Pusasda Kem Si Rusa (1,903 undi), KAD Kem Sunggala (1,130 undi), IJED Kem Kg Sawah (847 undi), IPDA Port Dickson (407 undi), Kompeni KPD Kem Si Rusa (265 undi), WKSP Bgd Kem Sg Sawah (165 undi), Sekolah Pertukangan Perintis (105 undi) dan ILMI Port Dickson (103 undi).

DUN Bagan Pinang terletak dalam Parlimen Telok Kemang. Dalam PRU ke 12, Parlimen Telok Kemang dimenangi oleh calon PKR iaitu Datuk Kamarul Baharin Abbas. Terdapat 5 DUN dalam parlimen ini iaitu Chuah (PKR), Lukut (DAP), Port Dickson (PKR) dan Linggi (B-end) serta Bagan Pinang (B-end) dimenangi oleh Azman Mohd Noor yang telah meninggal dunia semalam.

Pada masa ini B-end menguasai 21 daripada 36 kerusi DUN di Negeri Sembilan manakala Pakatan Rakyat pula terdiri daripada DAP (10), PKR (4) dan PAS (1).

Friday, September 4, 2009

STRATEGI UMNO B-end DI BAGAN PINANG

Takziah kepada ADUN Bagan Pinang, Azman Mohd. Noor ke atas pemergiannya menemui Yang Maha Esa jam 2.30 petang tadi. Azman, 55, meninggal dunia kerana sakit jantung di Hospital Pakar Seremban.

Dengan kematian Azman satu pilihan raya kecil (PRK) akan diadakan dalam tempoh 60 hari. Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Negeri Sembilan, Datuk Razak Mansor diberitakan akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selewat-lewatnya isnin ini mengenai kekosongan kerusi DUN Bagan Pinang.

Sebentar tadi Datuk Seri Najib Tun Razak, Pengerusi B-end telah memaklumkan tentang hasrat B-end untuk bertanding dalam PRK ini berikutan kematian wakil rakyatnya. Beliau juga berkata, "adalah menjadi dasar parti untuk bertanding di kawasan yang dikosongkan akibat kematian atau sesuatu sebab yang selaras dengan peruntukan perlembagaan. Apatah lagi kawasan ini adalah kerusi milik kita."

Apabila Najib mengumumkan penyertaan B-end dalam PRK ini maka tuah dan rezeki akan menjengguk rakyat di Bagan Pinang ini. Secara lumrahnya, ramai orang luar termasuk menteri-menteri yang akan datang menziarahi kawasan ini. Antara yang akan mendapat untung adalah peniaga-peniaga kerana pelanggan bertambah. Selain peniaga, pemilik rumah-rumah yang kosong bila ada penyewa dan harganya pula luar biasa dari biasa. Dua golongan ini akan dapat menfaat dari parti-parti yang bertanding.

Berdasarkan strategi lama UMNO B-end, rakyat Bagan Pinang ini secara keseluruhannya akan mendapat manafaat berganda dari mereka sepanjang kempen berjalan. Warga tua, Orang Kurang Upaya dan yang sakit bertahun-tahun akan dibantu tapi bukan dengan wang UMNO B-end. Mereka akan gunakan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk beri bantuan kewangan, Kor Perubatan dari Angkatan Tentera Malaysia akan diguna untuk memeriksa kesihatan rakyat dan Jabatan Pertanian serta Jabatan Haiwan juga akan digunakan bagi memberi subsidi kepada petani dan penternak. Semua jabatan ini dan lain-lain jabatan yang tidak disebutkan akan datang menghulurkan bantuan bagi menunjukan keperihatinan kerajaan B-end dengan menggunakan wang rakyat.

RTM, Utusan Malaysia dan lain-lain media arus perdana akan mewar-warkan tentang semua 'kebaikan' yang dilakukan oleh kerajaan B-end dan 'keburukan' Pakatan Rakyat. Media-media ini juga akan mengambarkan bahawa B-end akan menang dalam PRK ini walaupun jelas sokongan rakyat terhadap UMNO B-end telah berubah. Perkara ini telah terbukti dalam PRK yang lalu. Setelah 8 kali PRK diadakan selepas PRU 12, 'lagu' yang sama dimainkan dalam setiap PRK. Selak semula 'surat khabar lama' yang ada di rumah. Baca semula semua berita-berita UMNO B-end yang berkaitan dengan PRK yang telah diadakan. Semuanya isu yang sama. Penipuan yang sama.

Rakyat yang mengundi pula akan diberikan 'duit minyak' untuk pergi mengundi. Pengundi yang menetap di sebelah pusat mengundi juga layak menerima 'duit minyak' ini apatah lagi yang bermastautin di luar dari kawasan atau negeri.

Jika sudah tidak mempunyai keyakinan untuk menang, UMNO B-end akan gunakan pemuda dan budak sekolah bermotosikal untuk menganggu pengundi dan membuat provokasi. Ini mungkin strategi akhir mereka pada hari pengundian. Pada malamnya media boleh menyiarkan 'keganasan' yang dilakukan oleh penyokong Pakatan Rakyat (hasil dari provokasi mereka).

Selain dari strategi yang disebutkan itu, kita tunggu strategi-strategi dan janji-janji baru yang akan diumumkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO B-end dalam beberapa hari lagi.

PILIHAN RAYA KECIL KE 9 SELEPAS PRU 12

Pilihan raya kecil (PRK) ke 9 akan diadakan bagi DUN Bagan Pinang, Negri Sembilan, berikutan ADUNnya, Azman Mohd Noor, 55, telah meninggal dunia pada jam 2.30 petang tadi di Pusat Pakar Seremban. Allayarham meninggal dunia disebabkan serangan sakit jantung.

Allahyarham Azman merupakan ADUN yang mewakili B-end. Pada Pilihan Raya Umum ke-12, beliau telah menewaskan calon PAS, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi apabila memperolehi 6,430 undi berbanding Ramli yang mendapat 4,097 undi. PRK ini adalah kali ke 9 selepas PRU ke 12, Mac 2008.

DUN Bagan Pinang terletak dalam Parlimen Telok Kemang. Terdapat 4 lagi DUN dalam parlimen ini iaitu Chuah, Port Dickson, Lukut dan Linggi. Parlimen Telok Kemang dimenangi oleh calon PKR iaitu Datuk Kamarul Baharin Abbas manakala DUN Port Dickson (PKR), Chuah (PKR), Lukut (DAP) dan Linggi (BN).

Berdasarkan senarai pemilih pada PRU 12, DUN Bagan Pinang mempunyai 14,192 pengundi yang 66 peratus Melayu, Cina (10.5%), India (19.9%) dan lain-lain (3.5%).

Thursday, September 3, 2009

UMNO B-END DENGAN WANG HARAM

Elegant Advisory Sdn Bhd yang membekalkan bahan-bahan kempen seperti poster, banting, bendera, cenderahati, air mineral dan kos pengangkutan kepada UMNO B-end dalam kempen pilihan raya umum 2004 dibenarkan menukar defenden dari Abdul Azim Mohd Zabidi, bekas Bendahari UMNO kepada Ishak Abdul Rahman, bekas Setiausaha Pentadbiran dan Kewangan UMNO.

Pembekal bahan kempen ini menuntut hutang berjumlah RM218,013,475. Saman dibuat pada Jun 2008 apabila UMNO B-end gagal menjelaskan tuntutan itu. Mahkamah juga menetapkan 10 September ini bagi mendengar permohonan UMNO B-end untuk mengenepikan saman tersebut.

Sebelum ini 4 syarikat yang membuat tuntutan iaitu Art Printing Works Sdn Bhd, NHK Transport & Warehouse Sdn Bhd, Percetakan Rina Sdn Bhd dan Setia Kawan Printers Sdn Bhd telah membuat penyelesaian di luar mahkamah.

Walaupun barang-barang yang ditempah berlogokan B-end namum pihak yang menempahnya adalah dari UMNO. Barangan ini juga telah diterima dan digunakan oleh UMNO B-end pada pilihanraya tersebut. Apapun alasan, UMNO sepatutnya bertanggungjawab untuk membayar apa saja yang ditempah dan digunakan. Adalah menjijikkan dan keji apabila berhutang tetapi tidak mahu atau gagal membayarnya. Sudahlah harta rakyat dibuat macam harta sendiri malah wang rakyat dibuat macam duit sendiri, beli barangpun nak diculaskan bayarannya. Itulah sikap pemimpin, ahli dan organisasi UMNO itu sendiri.

Perlukah kita percaya manusia bersifat syaitan seperti ini? Mereka hanya tahu untuk dapatkan untung sendiri sahaja. Setelah menikmati apa yang telah dibekalkan, UMNO B-end cuba menafikan hak pembekal. Nilai RM218 juta bukannya nilai yang sedikit bagi sesebuah syarikat menjalankan perniagaan.

Semua pihak perlu lebih berhati-hati dengan UMNO B-end ini. Patutlah kilang-kilang meminta UMNO B-end buat bayaran tunai bagi bekalan yang dibuat dalam pilihanraya umum 2008. Mereka dah hilang kepercayaan pada UMNO B-end ini. Sudah sepatutnya UMNO B-end tidak boleh dipercayai pada masa kini dan selamanya. Halal atau haram tiada memberi makna pada mereka. Mereka hanya nampak duit, duit, duit dan selama-lamanya duit. Nak buat projek sebab nak duit. Nak jadi pemimpin sebab nak duit. Minda mereka hanya nampak duit.

Wednesday, September 2, 2009

PAS BANTAH KEPUTUSAN SPR

Parti Se-Malaysia (PAS) menolak keputusan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia (SPR) yang mengistiharkan bahawa Dun N3:Kota Siputeh tidak kosong. Sebelum ini Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Dato' Dr Abdul Isa Ismail telah menghantar surat kepada SPR berhubung kedudukan ADUN Kota Siputeh, Dato' Abu Hassan Sarif, yang didakwa hilang keanggotaannya kerana tidak hadir dua mesyuarat secara berturut-turut.

Berdasarkan Perkara 51: Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah (UUTKNK);

"Jika mana-mana ahli bagi Dewan Negeri tiada hadir di dalam Dewan dengan tiada kebenaran Speaker di dalam dua kali mesyuarat berturut-turut maka tempatnya itu hendaklah menjadi kosong"

Dalam kes ADUN Kota Siputeh, beliau didapati gagal menghadiri sidang DUN pada 19 April dan 9 Ogos lalu. Maka keputusan Speaker adalah menepati Perkara 51 UUTKNK. Walau bagaimanapun SPR mentafsirkannya sebagai tidak sah kerana melibatkan dua penggal yang berbeza dimana mesyuarat 19 April berlaku dalam penggal pertama dan mesyuarat 9 Ogos dalam Penggal yang kedua.

Ini bercanggah dengan Perkara 51 yang langsung tidak menyebutkan isu penggal. Perkara 51 hanya menyebut tentang mesyuarat tanpa mengasingkannya mengikut penggal dan kuasa memberikan kebenaran adalah ditangan Speaker bukannya Ketua Pembangkang yang gagal melakukan tugasnya pada waktu kejadian. Tindakan SPR ini juga bercanggah dengan Perkara 52, UUTKNK yang menyebut;

"Jika berbangkit apa-apa soalan fasal adakah mana-mana Ahli Dewan Negeri itu tiada layak menjadi ahli maka hendaklah diambil keputusan Dewan dan itulah yang muktamad."

Maka SPR tiada kuasa untuk membuat tafsiran atau keputusan kerana kekosongan Dun Kota Siputeh yang boleh diputuskan oleh Speaker dan Mesyuarat Dewan sahaja. Maka, dengan sendirinya keputusan SPR itu terbatal dan tidak terpakai. Maka perkara ini perlu dibawa kepada Mesyuarat DUN atau Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan.

Perlembagaan menetapkan bahawa SPR hanyalah berfungsi sebagai;

Jawatankuasa pilihan raya ke atas kawasan parlimen dan DUN, mengelola pilihan raya, dan pelaksanaan pendaftaran pemilih.

Ia juga mengumpul maklumat mengenai kawasan baru yang membolehkan keadilan dapat dilakukan ke atas pengundi untuk mengundi di kawasan pengundian yang ditetapkan, mempromosikan kepentingan mengundi, dan menguruskan semakan daftar pemilih dengan memadam nama-nama orang yang telah mati atau didapati tidak layak mengundi.

Pada hari pengundian, anggota SPR dan pegawai akan berada di pusat pengundian untuk menjalankan proses pengundian pilihan raya.

Maka tugas menentukan sesuatu kerusi itu kosong atau tidak adalah kuasa Speaker dan Dewan semua negeri serta Parlimen. SPR tidak boleh memandai-mandai menjadi hakim, jika tidak kes seperti di Perak akan berlaku sekali lagi.

PAS sekali lagi menyatakan pendirian menolak keputusan SPR dan meminta agar pihak SPR menghormati kuasa Speaker dan Dewan Undangan Negeri Kedah.

Ketua Penerangan PAS Pusat

PERAK BERTAMBAH KALUT

Bilakah kekecohan dan kekalutan politik di Perak akan berakhir? Kekecohan dan kekalutan politik di negeri Perak bermula apabila berlaku rampasan kuasa yang dilakukan oleh B-end dari Pakatan Rakyat. Telah lapan bulan berlalu tetapi keadaan belum reda. Walaupun Zamry telah ditabalkan oleh Sultan untuk memegang tampuk pemerintahan kerajaan namun tuntutan di Mahkamah masih belum berakhir.

Pada jam 9.45 pagi ini ADUN-ADUN Perak yang terdiri dari ADUN Pakatan Rakyat dihalang oleh polis semasa berjalan beramai-ramai ke bangunan sekretariat untuk menghadiri sidang yang dipanggil oleh 'Speaker' V. Sivakumar. Dalam insiden ini seramai 3 orang ADUN telah ditangkap polis. Mereka ialah Pengerusi DAP Perak yang juga ADUN Setiawan, Ngeh Koo Ham, ADUN Malim Nawar, Keshvinder Singh dan ADUN Simpang Pulai, Chang Ming Kai. Beberapa orang lagi penyokong Pakatan Rakyat termasuk seorang jurugambar akhbar Nanyang Siang Pau, Stanley Tan juga ditangkap polis. Akhirnya sidang DUN Perak diadakan di Hotel Heritage.

Untuk menenangkan politik di Perak bukannya sesuatu yang mudah. Pihak yang tidak berpuas hati akan terus melakukan asakan dengan berbagai cara. Keputusan mahkamah juga dijangka tidak dapat merubah keadaan kerana masing-masing pihak akan terus cuba merebut kuasa dari satu antara lain. Bagi menyelesaikan masalah yang telah kusut ini, jalan terbaik adalah mendapatkan suara rakyat, dapatkan keputusan rakyat dan patuhi prinsip-prinsip demokrasi. Pemimpin-pemimpin yang ada mesti mendahulukan rakyat dan pemimpin harus dipilih oleh rakyat. Jangan tunggu sehingga keadaan parah.

Tuesday, September 1, 2009

1MALAYSIA, 2 PAS

Oleh Wong Chin Huat

"1Malaysia" yang diuar-uarkan oleh Najib terburai sebelum hari kemerdekaan, menyaksikan kemenangan PAS / Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir, negeri Pulau Pinang.

Faktor kekalahan BN / UMNO yang lebih penting, selain berpunca daripada masalah keperibadian calon tersebut, adalah kegagalan UMNO / BN untuk membuktikan nilai kewujudan mereka.

Dalam negara demokrasi, parti politik terpaksa membuat pilihan dalam persaingan untuk memancing undi. Pilihan pertamanya, memberi penekanan kepada "valence issues", yang tidak dibantah parti politik lain, misalnya keberkesanan pentadbiran, integriti, kekayaan, keselamatan dan sebagainya. Perbezaan hanya wujud dari segi kredibiliti dan kemampuan parti politik untuk menyempurnakan tugasnya.

Pilihan keduanya, parti politik akan mengasingkan diri dari musuh politik yang lain dalam "positional issues", misalnya anutan politik kiri-kanan, liberal-konservatif, atau pembangunan-pemeliharaan alam. Terserahlah kepada pengundi untuk membuat pilihan.

Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), tragedi kematian Teoh Beng Hock, influenza A dan isu lain-lain menghantui BN. Maka BN tidak berani untuk bersaing dengan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dalam "valence issues", lantas menaruh harapan untuk memikat hati rakyat dengan janji-janji pembangunan.

Tetapi, konsep "anak emas kerajaan Persekutuan" hanya didokong dengan kelebihan sebagai parti pemerintah. Mana-mana parti politik yang berpegang kuasa mampu melakukannya. UMNO/BN sebenarnya tidak menawarkan "nilai tambahan".

Pada zaman UMNO kelihatan utuh untuk berkuasa selama-lamanya, walaupun tidak menawarkan nilai tambahan, tetapi strategi ini mungkin mujarab untuk mengaut undi. Ini kerana dari sudut individu, mengemis "kurniaan" UMNO/BN mungkin tindakan yang rasional untuk jangka pendek.

Namun demikian, selepas 8 Mac 2008, pertukaran kerajaan menjadi satu kemungkinan. Seseorang itu sememangnya "bahlul politik" sekiranya masih menyokong UMNO/BN, agar kroni dijulang dan orang yang berbeza pendapat dihukum, sehingga tergadai kebebasan diri.

Dalam "positional issues", BN menyerang sehabis-habisnya, dengan harapan untuk menonjolkan ketidaksepakatan dalam PR. Namun, strateginya adalah membidas PAS bersekongkol dengan DAP untuk mengkhianati perjuangan Islam di kawasan Melayu dan akhbar Melayu, sementara mengecam DAP bersubahat dengan PAS untuk membelot bukan muslim di kawasan Cina dan media Cina.

Ringkasnya, UMNO gagal menentukan sama ada untuk meneruskan kata-kata manis "1Malaysia" oleh Najib, atau melanjutkan serangan "pengkhianat Melayu" oleh Muhyiddin Yassin. UMNO yang berkhayal untuk menang dengan hujah kontradiksi sedemikian ternyata masih belum sedar. UMNO seolah-olah masih berada dalam zaman yang tidak mempunyai internet dan orang Cina tidak fasih bahasa Melayu.

Akhirnya, UMNO / BN gagal mendapat sokongan daripada kedua-dua pihak. Pengundian Melayu yang lebih dipengaruhi kesan daripada penurunan kadar pengundian, memperlihatkan sedikit peningkatan dari 40% kepada 45%, tetapi undi Cina menurun dari 30% kepada 25%.

Loceng maut untuk UMNO

Mengikut kecenderungan sedemikian, pilihan raya kecil ini mungkin merupakan "loceng maut" (death knell) pertama untuk UMNO / BN. Ini kerana walaupun PAS tidak mencalonkan tokoh seperti Mohd Nizar Jamaluddin, malah selepas serangan hebat oleh sayap kanan UMNO dalam beberapa bulan kebelakangan ini, kawasan yang terdiri daripada tiga perempat Melayu pun dimenangi PAS dengan 65%.

Nyata, UMNO telah ketandusan idea, dan hanya dapat menaruh harapan agar menumpaskan PAS di kawasan yang pengundinya Melayu 90% ke atas, seperti Manek Urai. Tetapi, daripada 165 kerusi parlimen di Semenanjung, hanya 30 kawasan yang terdiri daripada Melayu 90% ke atas.

Sebaliknya, terdapat 51 kawasan yang pengundi bukan Melayunya melebihi 50%, 42 kawasan yang pengundi bukan Melayunya satu pertiga. Seandainya keputusan Permatang Pasir berkekalan, maka hayat UMNO hanya tinggal tiga tahun sahaja.

Dua PAS

Namun, penyakit mental atau schizophrenia bukan hanya dijangkiti UMNO / BN yang gagal memilih antara "1Malaysia" dengan "1Melayu". Dari segi program politik, PAS terbahagi kepada dua. Satu ialah PAS yang ghairah membincangkan "negara Islam" selepas tahun 2001, dan satu lagi ialah PAS yang sedang mengambil pendekatan sederhana, melaungkan "negara kebajikan", "PAS untuk semua" pada pilihanraya tahun 2008.

"PAS negara Islam" hanya mampu memperolehi kira-kira 30% undi Melayu di luar Kelantan pada pilihan raya tahun 2004, usahlah disebut berapa pengundi bukan Melayu yang tertarik dengan PAS. "PAS negara kebajikan" memperolehi kira-kira 60% undi Melayu, malah di kawasan bukan Melayu juga mencatat 60% hingga 70% pada tahun 2008. Yang paling menakjubkan, calon wanita PAS, Siti Mariah Mahmud bukan sahaja menewaskan calon MIC di Kota Raja, kawasan majoriti bukan Melayu, malah peratus undi yang diperolehi menjuarai calon PAS di seluruh negara.

Keputusan pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan Permatang Pasir membuktikan bahawa PAS mampu meraih sokongan antara 50% hingga 60% Melayu, sementara sokongan bukan Melayu boleh dilonjakkan ke 70% hingga 80%. Dalam empat pilihan raya kecil selepas PRU ke-12, calon yang diletakkan walaupun bukan daripada aliran "yang memperlihatkan keterbukaan" seperti Mohd Nizar, juga bukan konsevatif yang akan menakutkan orang bukan Melayu. Dengan kata lain, yang bertanding dan yang menang, adalah "PAS negara berkebajikan".

Namun, "PAS Negara Islam" walaupun berpeluk tubuh selepas ketewasan tahun 2004, tetapi mula mencetuskan masalah sekali-kala selepas tahun 2008, seiras dengan mereka yang mendominasi parti selepas kemenangan tahun 1999, yang makin menuju ke penghujung ektrem. "Angkatan moral pegawai masjid" yang dicadangkan Ketua Pesuruhjaya PAS Selangor, Hassan Ali, dan penentangan konsert Michael Learns to Rock oleh Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Tantawi adalah tanda-tanda baru kembalinya "PAS Negara Islam".

Seandainya "PAS Negara Kebajikan" gagal menghalang "PAS negara Islam" daripada hijack kemenangannya, ini mungkin membawa padah. Dan pilihan raya kecil Permatang Pasir mungkin umpama kemenangan besar-besaran PAS pada tahun 1999, menjadi ciuman maut kepada pakatan pembangkang.

*Artikel ini ditulis dalam bahasa Cina oleh penganalisa politik, Wong Chin Huat. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang.

SUMBER DARI http://www.merdekareview.com


RAKYAT MALAYSIA YANG UNIK

Mulai hari ini (01 September 2009) harga minyak jenis RON95 dinaikkan 5 sen iaitu daripada RM1.75 seliter kepada RM1.80 seliter. Sementara itu, RON97 pula dinaikkan daripada RM1.80 kepada RM2.00.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bahawa kadar baru ini ditentukan berdasarkan Mekanisme Harga Automatik (APM).

Pengumuman kerajaan berhubung kenaikan harga minyak disambut baik oleh rakyat Malaysia keseluruhannya. Semua media arus perdana hari ini telah mewar-warkan 'kegembiraan' dan 'sokongan' rakyat ke atas kenaikan harga ini. Ini menjadikan Malaysia satu-satunya negara di dunia yang mempunyai rakyat yang seronok apabila kos meningkat. Biasanya rakyat sesebuah negara akan membuat bantahan dan adakalanya terdapat demonstarsi sehingga terjadinya huru hara atau kacau bilau. Ada juga kejadian dibeberapa negara dimana pemimpin jatuh kerana menaikan harga sesuatu barangan tetapi uniknya kita di Malaysia, rakyatnya menyokong penuh dan gembira dengan kenaikan harga minyak ini. Tiada seorangpun rakyat yang membantah kenaikan harga minyak di Malaysia yang disiarkan pandangannya kerana 'semua menyokong' kenaikan harga ini. Itulah yang digambarkan oleh media arus perdana.

Apakah gambaran yang diberikan oleh media arus perdana ini benar kerana rakyat dan negara (seluruh dunia) sedang menghadapi keadaan ekonomi yang meleset. Umat Islam pula bakal menyambut hari raya Aidil Fitri beberapa minggu lagi.

TIADA KEKOSONGAN DI DUN KOTA SIPUTEH

Hari ini (01 September 2009), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuat keputusan bahawa tidak berlaku kekosongan kerusi DUN Kota Seputeh, Kedah walaupun Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail telah memohon pilihan raya diadakan di kawasan itu. Pada 17 Ogos lalu Datuk Dr Abdul Isa telah menghantar surat rasmi kepada SPR memaklumkan kekosongan di kerusi itu berikutan kegagalan ADUNnya tidak hadir dua kali sidang DUN secara berturut-turut.

DUN Kota Siputeh diwakili oleh Datuk Abu Hassan Sarif daripada Barisan Nasional. Abu Hassan juga adalah Ketua UMNO Bahagian Jerlun. Beliau menjadi wakil rakyat Kota Siputeh selama empat penggal berutut-turut.

Abu Hassan tidak hadir sidang DUN pada 19 April 2009 dan 09 Ogos 2009. Mengikut tafsiran terhadap Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, Adun Kota Siputeh sekarang telah terlucut kelayakan untuk terus menduduki kerusi tersebut kerana gagal hadir ke Sidang DUN Kedah sebanyak dua kali tanpa kebenaran Speaker. Seksyen 51, Perlembagaan Negeri Kedah memperuntukan mana-mana anggota DUN tidak hadir sidang dewan dua kali berturut-turut hilang keanggotaannya dan mengosongkan kerusi yang disandang.

Abu Hassan mendakwa bahawa beliau tidak sihat dan bercuti selama dua hari iaitu pada 9 dan 10 Ogos 2009. Beliau telah memaklumkan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mahdzir Khalid berhubung ketidakhadirannya di Dewan. Walaupun begitu, Abu Hassan sepatutnya memaklumkan perkara tersebut kepada Speaker Dewan bukannya Ketua Pembangkang.

NORADZ TRAVEL AND SERVICES RICH-QUICK

(Star) KUALA LUMPUR: A group of victims of a get-rich-quick scheme has set up an action committee to take legal action against the company allegedly involved in the scheme.

The group, comprising 14 victims, including businessmen, clerks, and even bank workers, met on Sunday to discuss steps they could take against the company. A victim, Azizi Haris, estimated that there were at least 38,000 other investors nationwide who were in the same predicament.

According to Azizi, he invested RM140,000 and had earned about RM40,000 in dividends before discovering that Bank Negara was investigating it. “This is serious because it involves a lot of money and many victims,” said Azizi, who is encouraging other investors facing the same problem to join the group.

Businessman Zaharudin Mohd Din, 54, of Senawang was convinced to continue subscribing to the scheme by the timely dividend payments. “If I knew it was a multi-level scheme, I would not have joined,” he said, adding that he had invested RM66,000.00. Bank Negara raided Noradz Travel and Services Sdn Bhd, along with three other companies in October last year, on suspicion of illegal deposit taking and money-laundering.

Under the scheme, cars are rented out to “investors” for RM3,300 each and they are to be used as limousines to ferry tourists. “Investors” would receive dividends each month depending on how many units of cars they had rented. A single car would bring in a dividend of RM250.

The scheme operated by word of mouth. The company has also conducted seminars and advertised its products in local newspapers.

HARGA MINYAK NAIK SEBAB NAIK MINYAK

Mulai hari ini minyak petrol RON95 yang menggantikan RON92 dijual pada harga RM1.80 seliter dan RON97 pada RM2.05 seliter. Perkara kenaikan harga minyak ini telah diumumkan oleh kerajaan semalam.

Kenaikan harga ini akan menimbulkan kemarahan rakyat semula dan bakal menjana protes sekali lagi walaupun ianya disebabkan peningkatan gred dari RON92 kepada RON95. Ini adalah disebabkan kenaikan harga petrol atau diesel biasanya akan diikuti dengan kenaikan harga barangan keperluan lain. Lebih-lebih lagi masa ini hampir dengan hari perayaan. Kenaikan harga akan menambah lagi beban rakyat keseluruhannya. Kerajaan UMNO B-end yang memerintah sekarang sepatutnya lebih prihatin terhadap kos sara hidup yang semakin meningkat yang terpaksa dihadapi oleh rakyat, lebih-lebih lagi yang tinggal di bandar-bandar.

Kerajaan UMNO B-end dilihat semakin naik minyak apabila gagal mengawal harga minyak kerana bantahan demi bantahan yang dibuat oleh rakyat sejak sekian lama dianggap tidak menjejaskan kuasa mereka. Slogan 'rakyat didahulukan' hanya untuk menyedapkan hati rakyat saja. Kini rakyat perlu menunggu PRU 13 bagi mengajar kerajaan UMNO B-end.

PAKATAN TERUSKAN PROJEK PUTERA-AMCJA

Sesebuah negara bangsa pada hakikatnya hanya wujud di dalam fikrah warganya. Ia hanya wujud di dalam imaginasi. Negara dan bangsa wujud apabila ada imaginasi kolektif yang dikongsi bersama oleh para warganya. Imaginasi kolektif ini juga wajib dibantu dengan cita-cita, mimpi dan harapan bersama. Tanpa perkongsian imaginasi, tanpa mimpi dan tanpa harapan bersama, tidak mungkin negara bangsa boleh wujud dengan kompak.

Di negara kita, pada hakikatnya masih belum wujud lagi satu negara bangsa yang boleh dipanggil "Bangsa Malaysia" - ini bermakna identiti negara bangsa kita belum menggenap dan membatu. Kita boleh memahami kenapa perkara ini berlaku.

Pertama, Malaysia satu konsep yang baru. Ia wujud sebagai satu projek kolonial.

Kedua, selama 50 tahun lebih, upaya membina negara bangsa telah gagal. Kegagalan ini hasil daripada falsafah dan pandangan dunia parti politik yang memerintah.

Ketiga, patahnya pandangan dunia yang cuba melintasi konsep negara bangsa melalui takrifan agama dan kaum.

Sebagai sebuah projek kolonial – British memastikan kumpulan politik yang menggantikan kuasa mereka tidak akan melihat penjajah sebagai musuh. Tidak dapat tidak, badan politik yang dipilih oleh British untuk mengambil alih pentabiran Tanah Melayu adalah badan politik yang akan terus bersetia bawah payung British.

MCA, MIC dan United Malays National Organisation dipilih oleh British pada 1956 bukan kerana mereka mendapat sokongan menyeluruh atau organisasi mereka kuat tersusun. Badan-badan politik ini diangkat, disokong dan didukung kerana kesetiaan mereka kepada kepentingan British.

Kumpulan yang memanggil diri mereka Perikatan menggunakan kaum sebagai asas gerakan dan sokongan mereka. Sekali imbas memang dilihat amatlah logik badan politik ini berpandukan kepentingan kaum masing-masing. Logik ini bergerak untuk jangka masa pendek dalam usaha menyediakan ruang selamat ketika British berundur daripada diserang oleh rakyat yang menuntut kemerdekaan.

Untuk jangka panjang, kita sedang melihat dan merasa musibah garis politik yang silap. Garis politik yang berasaskan perkauman ini mula dimunculkan dan dipupuk oleh British pada 1946. Garis politik inilah yang mencengkam kita hingga ke hari ini. Harus disedari bahawa tiga badan politik ini bukan protagonis awal yang bangun menentang British dan menuntut kemerdekaan. Mereka ini - dalam istilah teater - hanyalah pelakon tambahan di permulaan perjuangan melawan British. Kesatuan Melayu Muda, Parti Kebangsaan Melayu Malaya, Parti Komunis Malaya, Angkatan Pemuda Insaf, Angkatan Wanita Sedar, Hizbul Muslimin antara protagonis awal.Protagonis-protagonis ini mengambil dasar melawan British dan telah mengajukan garis politik yang progresif.

Pandangan dunia progresif kumpulan ini cuba memandu warga Tanah Melayu pada ketika itu untuk lari daripada asas kaum kepada asas kebangsaan. Ia terbukti dengan draf Perlembagaan Rakyat PUTERA/AMCJA 1947 yang mentakrifkan sesiapa sahaja yang ingin bermastautin di Tanah Melayu pada ketika itu akan dipanggil "Melayu". Projek politik ini cukup radikal. Ia bertujuan memastikan kelahiran satu negara bangsa - Tanah Melayu yang berbagai-bagai bangsa tetapi satu warga negara bangsa.

Projek ini telah digagalkan oleh British. Penjajah melihat projek me-Melayu-kan semua bangsa ini amat berbahaya dan bertentangan dengan kepentingan ekonomi kuasa imperial Anglo pada ketika itu. Jika semua orang ditakrif sebagai Melayu, maka strategi "pecah dan perintah" akan kantoi.

Apa yang berlaku pada 8 Mac tahun lalu adalah tanda jelas bahawa warga negara kita ini mahu menghidupkan kembali semangat yang terangkum dalam projek Perlembagaan Rakyat 1947. Selama lebih 50 tahun projek untuk mendirikan negara bangsa ini telah tergelincir daripada landasan politik. Lima puluh tahun dalam sejarah tamadun manusia hanyalah sedetik. Dalam pembinaan negara bangsa, 50 tahun juga telalu singkat. Tetapi dalam kehidupan seorang insan, 50 tahun mungkin lebih setengah hayatnya telah berlalu. Justeru kejayaan mengembalikan projek negara bangsa ini wajib dijaga, dikawal rapi agar ia tidak tergelincir sekali lagi.

Konsep yang diajukan oleh PUTERA/AMCJA dahulu, kalau diamati, nyata asasnya masih kukuh dan boleh diguna pakai walaupun Tanah Melayu telah menjadi Malaysia. Kalau dahulu cadangannya untuk melahirkan Bangsa Melayu, hari ini kita berniat untuk melahirkan Bangsa Malaysia. Jangan silap faham, Bangsa Melayu atau Bangsa Malaysia ini hanyalah imaginasi yang dibangunkan. Ia hanyalah konsep. Negara bangsa ini juga konsep yang boleh dikonstruksi. Konsep ini wajib disepadukan dengan konsep Ketuanan Rakyat.

Ketuanan Rakyat serampang dua mata. Pertama, ia bertujuan membunuh konsep Ketuanan Melayu yang diuar-uarkan oleh United Malays National Organisation. Kedua, Ketuanan Rakyat sebagai satu konstruksi sosial, imaginasi dalam usaha kita bersama untuk melahirkan Bangsa Malaysia.

Sayugia diingati – membina negara bangsa bukan tugasan yang mudah. Manusia bukan batu bata yang boleh disusun dengan senang. Tetapi bukan mustahil jika pemimpin badan-badan politik dalam Pakatan Rakyat memiliki pandangan progresif berjangka panjang.

Kesilapan dan musibah durjana api perkauman yang kita hadapi selama 50 tahun ini wajib kita jadikan pedoman. Badan politik – malah badan atau kumpulan apa sahaja – yang berasaskan satu kaum telah dibuktikan sebagai jalan salah untuk melahirkan negara bangsa. Malaysia sebagai negara majmuk – pelbagai suku bangsa, kaum, bahasa, agama – wajib menampilkan pemimpin politik dan pembuat pandangan yang memiliki pandangan dunia yang luas yang dapat melintasi batas-batas sempit.

Selama lebih 50 tahun lepas kita telah berada dalam kereta api yang gerabaknya bukan sahaja berkelas-kelas dan dipisah-pisah, malah landasannya pun salah. Menuju entah ke mana! Sesudah 8 Mac, semua warga telah masuk kembali ke dalam gerabak kereta api Pakatan Rakyat. Sesiapa yang sedang berada di dalam gerabak kereta api ini tidak banyak memiliki pilihan melainkan belajar untuk kembali mengenali satu sama lain sekali lagi.

Kali ini kita tahu Pakatan Rakyat ini sedang bergerak untuk melahirkan projek negara bangsa yang telah disabotaj oleh British pada 1947. Di luar landasan kereta api, pasti ada anjing yang akan terus menyalak tetapi kereta api ini akan terus meluncur mara.

SUMBER DARI http://www.malaysiakini.com/

Monday, August 31, 2009

SEJARAH KEMERDEKAAN

Hari ini adalah ulangtahun Kemerdekaan Malaysia dari penjajahan British, yang kononnya dipelopori oleh Umno dan setelah 52 tahun perginya penjajah, kebanyakan rakyat Malaysia difahamkan bahawa Umno sahaja yang berjuang menentang penjajah. Sejarah sebenar perjuangan kemerdekaan tidak diketahui oleh rakyat umum kerana samada ianya telah dilenyapkan atau dipadam dari buku-buku sejarah. Sudah sampai masanya rakyat Malaysia mengetahui sejarah sebenar negara sendiri dan janganlah kita menjadi rakyat Malaysia buta sejarah.


Sebahagian pejuang-pejuang telah gugur dan sebahagiannya masih hidup dan bernafas di depan mata kita.

Perjuangan awal menentang penjajahan dan menuntut kemerdekaan secara moden bermula pada tahun 1906 oleh golongan pembaharuan atau reformasi Islam yang mendapat pendidikan di Timur Tengah (antaranya termasuklah Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abbas Mohd. Taha)

Selepas itu, perjuangan menentang penjajahan British dan Jepun turut digerakkan dan dirancakkan dengan penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM)

KMM ditubuhkan pada Mei 1937 di Kampung Bahru Kuala Lumpur. Antara pemimpinnya adalah; Ibrahim Haji Yaakob, Mustapha Hussein, Ishak Haji Mohamad (Pak Sako), Ahmad Boestamam dan Burhanuddin Al Helmy

Semasa perang dunia ke-2, (1942 – 1945) Jepun telah menakluk Tanah Melayu pada Disember 1941 dan KMM telah bekerjasama dengan Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (TAJRM) atau Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA).

Penjajah dan tentera British lari ke England meninggalkan rakyat tempatan menentang Jepun. Pada 1942 Jepun telah mengharamkan KMM kerana perjuangan kemerdekaan Malaya.

Selepas tamat peperangan dunia pertama dan berundurnya Jepun dari tanah Melayu satu gabungan Melayu Islam telah membentuk Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).

PKMM ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh Perak.
PKMM meluluskan slogan MERDEKA serta benderanya ialah MERAH-PUTIH.

Semboyan MERDEKA dilantangkan dan berjaya mengembleng seluruh tenaga dari pelbagai aliran agama, nasionalis dan sosialis namun ditentang oleh elit Melayu dan kakitangan atau penjawat jawatan yang pro pemerintah.

Antara yang memimpin PKMM adalah; Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ishak Haji Mohamad (Pak Sako), Abdullah CD (Cik Dat Abdullah), Ahmad Boestamam, Musa Ahmad, Khatijah Ali, dan Ustaz Abu Bakar Al Baqir

PKMM telah berkembang pesat dan digabungkan dengan pelbagai pertubuhan yang menjadi tulang belakang dan penggerak di seluruh Malaya, antaranya

1. Angkatan Pemuda Insaf (API). Dibawah pimpinan Ahmad Boestamam. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno Dato Onn Jaafar.

2. Angkatan Wanita Sedar (AWAS). Diketuai oleh Samsiah Fakeh. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar.

3. Barisan Tani Malaya (BTM) ditubuhkan pada 7 Julai 1947 di Kajang. Ketuanya ialah Musa Ahmad. Setiausaha disandang oleh Abas manakala Mokhtar sebagai bendahari dan Kadir menjadi ketua bahagian propaganda. Pimpinan Negeri ialah Kedah -Mokhtar, Selangor - Musa Ahmad, Pahang - Abas, Johar - Kadir dan Negeri Sembilan - Ibrahim Baba.

4. Jabatan Kerja Melayu (JKM) didirikan pada awal tahun 1946. Diketuai oleh Alimin, Setiausaha oleh Abdullah CD dan merangkap ketua bahagian selatan. Bahagian utara oleh Rashid Maidin dan bahagian timur oleh Kamaruzaman Teh.

5. Hizbul Muslimin ditubuhkan pada 17 Mac 1948. Tokoh yang terlibat ialah Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Ustaz Abdul Rab, Dr Burhanuddin Al Helmy dan Kiayai Masyur Azahari. Pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar mengharamkan Hizbul Muslimin yang dianggap 'Parti Islam Merah' dan merupakan 'bahaya dari gunung' kepada mereka.

6. Gerakan Angkatan Muda. (GERAM) dipimpin oleh Abd Aziz Ishak dan A Samad Ismail.

7. Kesatuan Buruh Melayu SeMalaya ditubuh pada tahun 1946 di bawah pimpinan Abdullah CD. Dipanjangkan penubuhan ke negeri-negeri pada 1947.

8.Pan Malayan Federation of Trade Union (PMFTU). Gerakan buruh berbagai kaum. Pada 1947, kongres telah memilih Ganapathy sebagai Pesiden, Abdullah CD sebagai Naib Presiden dan Chen Lu sebagai Setiausaha.

8.Kesatuan Opera Melayu.

9.Persatuan Pemandu Teksi.

10. Pembela Tanah Air (PETA) ditubuhkan apabila KMM diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar.

11. Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya (MATA). Pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.

Pada tahun 1947, sepuluh tahun sebelum merdeka, PKMM memperkuatkan perjuangan menuntut kemerdekaan dengan bergabung dengan beberapa pertubuhan bukan Islam dan bukan Melayu dalam Malaya Democratic Union, membentuk Barisan Bersatu Putera-AMCJA.

Barisan Bersatu Putera-AMCJA ditubuh pada 1947 dan menggubal 10 fasal Perlembagaan Rakyat untuk kemerdekaan.

Antara gerakan yang dilakukan oleh Barisan Bersatu Putera-AMCJA yang sangat berjaya dan menggugat kedudukan British adalah mogok seluruh Malaya yang dikenali sebagai HARTAL.

HARTAL telah berlangsung pada 16 September 1947 yang telah mencatatkan sejarah satu mogok umum, di mana pada hari tersebut, satu aktiviti pun tidak dilakukan oleh seluruh rakyat Malaya.

Pada masa yang sama, British telah berpakat dengan Elit Melayu yang menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Perkembar – yang kini dikenali sebagai Umno), menggubal satu lagi perlembagaan yang dipanggil Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

British tidak menerima desakan Barisan Bersatu Putera AMCJA, telah menolak perlembagaan rakyat dan menggantikan Malayan Union dengan membentuk Persekutuan Tanah Melayu serta melantik Dato’ Onn menerajuinya.


Barisan Bersatu Putera AMCJA dan seluruh anggota gabungannya, diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan Yang Dipertua (YDP) Umno, Dato' Onn Jaafar.

British telah mengisytiharkan Darurat pada tahun 1948, dengan alasan menentang gerakan komunis di Malaya dengan menggunakan 'preventive detention' iaitu tahanan tanpa perbicaraan yang kemudian dikuatkuasakan sebagai Akta Keselamatan Dalam Negeri, mengambil tindakan menangkap sesiapa sahaja yang menentang.

Antara bukti bahawa Darurat 1948 diisytiharkan adalah semata-mata satu tindakan ’pecah perintah’ British adalah lebih 2,800 orang ahli-ahli gabungan Barisan Bersatu Putera ACMJA ditangkap dibawah ISA, termasuk Ustaz Abu Bakar Al-Baqir pemimpin MATA dan Hizbul Muslimin yang kemudiannya didaftarkan secara rasminya sebagai Parti Islam SeMalaysia (PAS)

Mereka bukan komunis, namun tindakan British itu melumpuhkan perjuangan rakyat dan telah menghidupkan satu parti yang berkuasa sehingga kini iaitu UMNO.

SUMBER DARI http://www.buletinonline.net/


UMNO SEMAKIN GANAS DAN JAHAT

Oleh Reformis Muda

Setelah pelbagai strategi politik licik UMNO tak makan umpan, UMNO kini bersedia melakukkan sesuatu yang lebih ganas dan jahat!! iaitu menimbulkan ketegangan kaum. Itulah jalan terakhir mereka. Mereka sudah mencuba pelbagai cara sama ada isu ketuanan Melayu, Kedaulatan Raja, isu Komunis dan akhir-akhir ini isu pengkhianatan Melayu yang ditujukan khas kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Dalam Pilihanraya kecil Permatang Pasir adalah kemuncak serangan hebat kepada dua tokoh PR iaitu Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Nik Aziz yang akhirnya memakan diri sendiri. Keputusan di Permatang Pasir petunjuk jelas jalan keluar UMNO (BN) dari pentadbiran Putrajaya. Pernah ditanya dalam perbincangan dan satu wawancara khas Rancangan Awani bersama 4 penganalisis Politk yang mengatakan dengan jelas keputusan Pilihanraya kecil Permatang Pasir adalah petunjuk jelas bagi keputusan Pilihanraya Umum ke 13 dan akhirnya UMNO telah mendapat mesejnya dengan amat jelas.

Kini mereka ada satu cara lagi untuk mengekalkan kuasa melewati pilihanraya ke 13, iaitu cara yang sama pernah dibuat Tun Abdul Razak, iaitu mencetuskan huru hara kaum dan mengisytiharkan darurat. Kini mereka cuba melakukannya.

Dan jangan dipandang ringan pendedahan Raja Petra bahawa kerajaan cuba menyeludup senjata untuk satu operasi khas di bawah UMNO dan Zahid Hamidi, dan ianya bukan amaran kosong.

http://mt.m2day.org/2008/content/view/26002/84/

Ketegangan kaum, cubaan memulakan pergaduhan baru-baru ini dengan mengarakkan kepala lembu yang menjadi lambang suci agama Hindu oleh NGO UMNO yang terdiri dari NGO seperti Pekida dan Pewaris bukan pertama kali, dan isu kuil di seksyen 23 adalah bukan kali pertama cuba diperhangatkan semangat perkauman.

Sebelum ini mereka sudah memulakannya di Kuil Sekyen 19, seperti yang didedahkan MP Shah Alam, Khalid Samad, mereka ini dengan kurang ajarnya membina gelanggang Silat di sebelah kuil, menyembelih 2 ekor lembu, membuat provokasi untuk mengundang pergaduhan kaum, mereka merentangkan banner dan sepanduk dengan cuba mengambarkan ia dibuat oleh penyokong PAS yang mahukan Negara Islam ala Taliban ditubuhkan.

Geng-geng samseng UMNO ini seolah-olah suci walaupun mereka pengunjung tegar kelab malam dan kaki minum arak. Mereka mahu arak dihapuskan dan mahu Hudud dilaksanakan itulah provokasi murahan mereka. Tidak mustahil mereka akan berkeliaran dan mencari kuil baru untuk dibuat provokasi. Mereka bukan penduduk tempatan tetapi mereka agen provokasi. Cubaan terkahir untuk mencetuskan pergaduhan kaum adalah ketika perhimpunan anti ISA, dan akhirnya mereka sedar mereka tidak punya pengikut, dan akhirnya mereka samseng UMNO sekali lagi cuba mengalihkan kembali api perkauman dengan membangkitkan isu perkauman. Anda boleh melihat gambar yang tidak anda saksikan provokasi mereka di Seksyen 19, dan anda boleh lihat di dalam laman ini.

http://minaq-jinggo.fotopages.com/?entry=1778920

Sekali lagi saya nyatakan, jangan pandang ringan amaran Raja Petra dalam artikelnya berkenaan pembelian senjata haram. Jangan sampai senjata ini jatuh ketangan geng samseng UMNO ini baru kita mahu segera bertindak. Tidak mustahil satu lagi babak yang lebih dahsyat akan berlaku, kerana mereka memerlukan darurat untuk kekal berkuasa. Tambahan pula, tentera kini di bawah Zahid Hamidi. Kalau Zahid Hamidi boleh bawa tentera untuk berkempen di Permatang Pasir dan tidak mustahil pelbagai operasi khas dan rahsia boleh dibuat pemimpin samseng Umno ini.

Dan PAS jangan berasa selesa. Anda juga harus bersedia jika UMNO sedia melakukan drama dan babak sandiwara yang pernah mereka lakukan dalam kes (KMM) kumpulan Mujahidin Malaysia dan kes Sandiwara Al-Maunah kerana mereka pernah melakukkannya. Ketika hangatnya isu Jemaah Islamiah dan Nordin Mat Top jangan terkejut ada sahaja nanti kaitan yang cuba dilakukan dengan PAS. Ingat!! Singapura juga takut dengan kebangkitan Politik Islam, kalau tidak, tidaklah Musa Hassan boleh dapat penghargaan kerajaan Singapura. Anda akan tahu sebabnya.

"Lawan Tetap Lawan"

WITHOUT FEAR

By Nurul Izzah Anwar

AUG 31 — I can’t say that I know Datuk Zaid Ibrahim very well. Our past encounters have been limited to a fleeting hello in front of the steps of my alma mater, the Johns Hopkins University’s School of Advanced International Studies in 2006, another chat during a reception in honour of Datuk Ambiga Sreevanesagan in June and, most recently, at the PKR’s recent EGM. It’s amazing, but perhaps unsurprising that he has in these three years evolved from an ambiguous reformist in Umno into the conscience of all Malaysians.

I had always been impressed by his outspokenness, and his willingness to fearlessly voice out his views on issues of national importance is nothing short of inspirational. Zaid does not mince his words where many hesitate to call a spade a spade, especially where it matters the most.

An articulate Malay speaking out for a multiracial and progressive Malaysia is terribly important in this current political climate. For our own community, Zaid epitomises how the Malays might redefine ourselves, to re-imagine a world where we do not think that we are inferior or threatened but are rather confident in whom we are.

In reading Zaid’s book Saya Pun Melayu, I sense the need for Malays to embrace a new paradigm on what it means to be Malay. Many indeed are doing so and this is a heartening. “Malay” need no longer carry connotations of dependency on the state, insecurity or the crippling feeling alienation and the lack of self-worth.

The word “Malay” can and must eventually mean a call to embrace a broader Malaysian identity, along with a true, inclusive nationalism that is proud of who we are individually but also in what we have accomplished together. We can be sure of our identities and yet still be a part of something greater than all of us — and this is something all the ethnic groups in Malaysia ought to aspire to.

Zaid’s book highlights that fact that we need to look beyond the stereotypes and take an objective, albeit positive look at our community’s accomplishments. We have made great strides in business, the arts, education and the professions. Our success extends from Lembah Pantai where Malays own vibrant businesses selling products made by Malays to the flourishing nasi lemak stalls in Kota Baru.

We attend leading universities throughout the world, increasingly through our own merit. We can count internationally recognised choreographers, painters, cartoonists, writers, and film directors amongst our numbers.

Beyond these markers, our success can more often that not be seen at home through our everyday acts of compassion and sensitivity to others, which spread to our fellow Malaysians to become a national virtue. The kindness shown towards our children, parents and neighbours is perhaps one of the most important signs of who we Malays are as a community. These are real achievements that no one can or would want to take from us.

I’m not denying that we still have a long way to go in moving our community forward, nor am I unmindful that a lot of our successes would not have been in possible without the NEP and its institutions. However, it has become patently obvious that these structures are now holding the Malays back, and that the world has changed since then.

The Malays and, as a-matter-of-fact, all Malaysians need to change as well if we want to remain relevant in this world. We need to step away from our obsession with all things racial and realise that the project of nation-building is not a zero-sum game. Malaysia can never succeed until and unless its entire people feel like they are truly a part of it.

Why then does the old paradigm of ethnic insecurity persist? Why does suspicion and acrimony towards our fellow Malaysians and they towards us still linger? Why are mainstream newspapers calling for ethnic conflict, accusing minority communities of all sorts of ludicrous plots?

The sad reality is that these myths are being perpetuated by Umno and Barisan Nasional for their own gain. The fact is that Umno wants to keep the Malay community under its suzerainty forever. They do this by focusing on what we have supposedly not achieved, rather than acknowledging our gains and potential.

They claim to want to protect and uplift the Malay community, but all they have been doing for the last few years is playing on their fears and prejudices. The same can be said for the Barisan components with the non-Malays. This glass-half-empty mentality is being used by Umno/BN to protect each other and to ward off challenges to their stranglehold on power.

We’ve seen from the case of Zaid of how Umno demonises anyone who steps out of the pattern of complete loyalty to the party and who have different ideas on how to improve the livelihoods of Malays and Malaysians. We have also as of late seen their scare tactics in action. They have labelled people as “traitors” for calling for a new path of development for Malaysia. They prefer to protect their interests rather than allow the Malaysian people — especially the Malays — to benefit from reform, less corruption and more inclusion.

Umno also regrettably perpetuates the myth that the Malay community is perpetually under threat from their non-Malay counterparts, and that Umno is the only party that can save them from this supposed “servitude”. This, rather than anything else, is why race relations have gotten worse in Malaysia.

You cannot expect harmony in a country where its largest ethnic group is constantly bombarded with the message that the minorities are supposedly out to get them and take away their rights. Yet, they chose to follow this tactic since they believe in the short term this will strengthen Umno and bring Malays back to the party.

They use these “attacking” tactics because they cannot offer anything else. They have shown that they would prefer to entrench those in power rather than allow new ideas and reforms to increase our chances for greater success. There is a real danger that their short-sightedness may cost future generations of Malaysians dearly.

The fact is that Malays have nothing to fear. We are demographically the largest ethnic group in Malaysia and the birth rate is going to keep it that way. Our position in the constitution is enshrined and this isn’t going to change either.

That is what Umno and the Malay extremists do not get, and what the community as a whole needs to understand. The non-Malays and Malays who challenge Umno are not seeking to reduce the position of the Malays in anyway, but to defend and uplift all Malaysians. We have to understand that we are all tied together and that we all have a stake in the land. We cannot survive individually as Malays, Chinese or Indians but as Malaysians.

Our non-Malay fellow citizens are not “challenging” our rights or “insulting” or culture and religion — rather they are calling for our nascent nationhood to be allowed to achieve it’s full potential than for us to remain stuck in our ethnic and mental ghettos. The liberals and moderates amongst the non-Malays also suffer from the depredations of extremists within their own communities — they deserve our support as well. The wave of reactionary politics that is engulfing us can only be turned back if progressive Malaysians stand firm against their threats and untruths.

While it is true that much more needs to be done to address those who have not benefited — for all Malaysians — the focus on what we don’t have rather on what we have accomplished only undermines us. We need to imagine a better future, for Malays and Malaysians — this will incidentally make it easier for all of us to achieve what we might lack.

The Malaysia of tomorrow cannot be one in which we are blinded by fear and negativity. The first step in imagining and defining a better future for all of us is to open our eyes and speak out like Zaid and others like him.

MERDEKA MERDEKA MERDEKA


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KALI KE 52
KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA

MP JOHOR MASUK PKR

UMNO Johor kini bagai cacing kepanasan kerana terdapat berita mengatakan terdapat Ahli Parlimen dari komponen B-end yang akan menyertai Parti Keadilan Rakyat. Lihat 'posting' dari http://umnojohor.blogspot.com seperti berikut:

Ahli Parlimen Johor Masuk PKR?

Terdapat beberapa sumber menyatakan Anwar Ibrahim akan melawat sebuah daerah di utara Johor pada akhir bulan ini atau awal bulan hadapan.

Lebih menggusarkan daerah terbabit terdapat 2 ahli parlimen yang kedua-duanya bukan daripada Umno. Salah seorang daripadanya anak kepada seorang pemimpin tertinggi yang baru di pecat dari parti komponen BN.

Ada kemungkinan Anwar akan mengumumkan sesuatu pada lawatannya itu. Adakah negeri Johor mula membuka ruang kepada PKR?

Sepertimana kebimbangan yang dinyatakan DS Najib, pergolakan dalaman parti komponen BN memungkinkan menjejaskan BN. Tentunya parti komponen BN boleh beralih arah menyertai parti pembangkang pada bila-bila masa.

Namun Umno sebagai tunjang komponen BN yang berjuang selama ini untuk mengekalkan BN sebagai parti pemerintah. Dalam masa Umno sudah membuat pelbagai transformasi untuk menarik hati rakyat, janganlah pula sikap parti komponen mengagalkan usaha tersebut!

Disebabkan kekalutan yang berlaku dalam MCA sekarang iaitu salah satu komponen B-end maka banyak pihak menjangkakan Ahli-ahli Parlimen yang akan melompat adalah dari parti berkenaan.

Buat masa ini terdapat tujuh orang Ahli Parlimen B-end dari MCA di Johor. Mereka adalah YB Chua Tee Yong (Labis), YB Goh Tee Tee (Tangkak), YB Wee Sa Siong (Ayer Hitam), YB Ng See Tiong (Parit Yaani), YB Koh Chee Chai (Penggaram) dan YB Hou Chee Chung (Kluang). Jika ianya benar terjadi, siapakah antara mereka yang akan menyertai PKR?

Sunday, August 30, 2009

HISHAMMUDDIN HENDAK CARI GADUH

Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berhubung bendera UMNO yang dibaluti dengan kepala babi pada suatu ketika dulu merupakan sikap cuba melepaskan diri dan seolah-olah ingin membalas dendam serta membela orang Melayu yang membawa kepala lembu yang masih segar berdarah dalam bantahan membina kuil di Seksyen 23, Shah Alam.

Menurut Hishammuddin, "Membawa kepala lembu memang tidak sensitif tetapi harus diingat pernah ada satu insiden yang mana bendera UMNO telah digunakan membalut kepala babi dan kemudian ditinggalkan di depan bangunan UMNO".

Hishammuddin sering menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat khasnya kaum Cina dan India. Pada tahun 2005, Hishammuddin telah menghunus keris dalam Perhimpunan Agong UMNO. Peristiwa itu telah dipertikaikan oleh masyarakat bukan Melayu termasuk dari parti-parti komponen B-end sehingga seorang penganalisa politik Cina menyatakan "Awak kata keris itu simbol kebudayaan, tetapi ia suatu simbol kebudayaan yang mewakili keganasan."

Dalam isu 'kepala lembu' ini Hishammuddin menganggap ianya bukanlah suatu isu yang sensitif sedangkan rakyat melihat isu ini boleh membawa kekacauan kaum dan agama. Perdana Menteri Malaysia serta parti-parti politik sama ada dari kerajaan atau pembangkang semuanya merasakan ianya boleh membawa kepada kecelakaan tetapi Menteri Dalam Negeri ini tidak sensitif terhadapnya. Adalah berbahaya jika Menteri Dalam Negeri tidak dapat mengenalpasti status sesuatu isu.

Hishammuddin yang dipandang sebagai ekstrimis Melayu beranggapan, disebabkan UMNO pernah dihina dengan kepala babi, maka tidak salah jika penganut agama Hindu pula dihina dengan kepala lembu. Inilah nampaknya yang dimaksudkan oleh Menteri Dalam Negeri yang kita ada. Dengan ini Najib perlu menilai semula Hishammuddin sebagai Menteri Dalam Negeri bagi memastikan kemakmuran dan keamanan negara terjamin.

ISU MENGARAK KEPALA LEMBU

Oleh Dr. Muhd Nur Manuty

Adalah amat pelik dan mendukacitakan apabila melihat tindakan sekumpulan 50 penduduk mengarak kepala seekor lembu, melaungkan kata-kata provokatif dan bertakbir tidak pada tempatnya. Ia dilakukan pada hari (Jumaat) dan di bulan (Ramadan) yang cukup mulia bagi umat Islam.

Seharusnya, bulan Ramadan ini dapat melatih kita untuk menundukkan nafsu amarah yang merajalela dalam diri. Tindakan kumpulan ini adalah terasing dan bukan mewakili kehendak Islam. Agama mengajar kita agar menangani isu-isu seperti yang dihadapi dengan penuh kesabaran, bijaksana dan berhikmah.

Kebebasan bersuara dan memberikan pandangan adalah suatu perlu diizinkan. Inilah iklim yang kita mahu demi membina masyarakat madani dan masa depan negara yang lebih gemilang. Namun, apabila kita lupa kepada adab dan susila yang sewajibnya, ia jadi memalukan diri sendiri, menjatuhkan imej agama dan mencalar maruah umat. Malah, lebih parah ia boleh menimbulkan tindakbalas anarki yang mungkin tidak mampu kita kendalikan lagi.

Garis panduan mengenai hal ini telahpun digariskan Allah di dalam Al Quran yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan."(Al-An'am: 108).

Jelasnya, tindakan provokatif ke atas agama lain seperti ini boleh mencetuskan reaksi dan ketegangan yang tidak perlu sama sekali dalam masyarakat Malaysia yang majmuk dan harmoni ini. Bukankah Islam itu merupakan agama pelindung dan rahmat untuk sekalian alam?

Melihat kepada ironisnya peristiwa yang terjadi, kita mengesyaki bagaikan ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan untuk memenuhi agenda politik tersirat yang telah dirancang lebih awal. Maka itu, semua pihak perlu berhati-hati dan berwaspada.

Dengan kejadian ini, kita menuntut agar tindakan segera hendaklah dilakukan oleh semua pihak berwajib - polis, Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa agama sendiri. Siasatan perlu perlu dibuat, siapa sebenarnya mereka (khususnya kewujudan individu yang tidak dikenali bersama kepala lembunya), siapa di belakang mereka dan apakah matlamat mereka sebenarnya.

Kita juga memohon kesabaran dan ketenangan semua pihak. Suasana dialog dan mesyuarah dalam menyelesai segala kemelut yang berlaku hendaklah disuburkan. Ini sudah pasti dapat meningkatkan persefahaman dan saling menghormati di antara satu sama lain. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakatnya. Bukankah Islam itu agama yang membawa kesejahteraan?

Dr.Muhammad Nur Manuty (dr_manuty@hotmail.com)
Pengerusi
Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama
Parti KeADILan Rakyat
30hb.Ogos, 2009