THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, November 7, 2009

WANG EHSAN PETROLEUM

Seluruh rakyat di negara kita telah sekali lagi menjadi saksi terhadap ucapan yang dibuat oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan asal Ahli Parlimen PAS dari Kubang Kerian mengenai pemberian hasil royalti minyak kepada negeri Kelantan.

Dalam jawapannya, Dato Seri Najib menjelaskan bahawa negeri Kelantan, dan juga Terengganu, tidak mempunyai hak untuk menuntut pembayaran royalti petroleum.

Seterusnya Dato’ Seri Najib mengumumkan :

“Dengan ini saya dengan sukacitanya memaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan telah mengambil keputusan untuk menyediakan peruntukan wang ihsan bagi negeri Kelantan sama seperti negeri Terengganu”.

Kenyataan dari Perdana Menteri ini telah menafikan kewujudan Perjanjian Petroleum antara negeri-negeri dengan Petronas yang ditandatangani oleh semua Menteri Besar, yang juga telah dilaksanakan di negeri Terengganu dengan bayaran mengikut perjanjian royalti yang menjadi hak kerajaan negeri dan telah dibayar sejak dari tahun 1978 hingga Mac 2000.

Hakikat wujudnya hasil royalti ini sebenarnya telah tercatat dalam penyata rasmi parlimen melalui jawapan rasmi menteri, ucapan Perdana Menteri sebelum ini dan ianya juga ditulis dalam bajet kerajaan negeri yang menerima royalti ini, termasuklah negeri Terengganu.

Terdapat begitu banyak bukti dokumen bertulis yang dapat dibaca oleh rakyat menerusi catatan penyata rasmi parlimen yang menjelaskan bahawa terimaan oleh negeri Terengganu umpamanya adalah terimaan royalti dari minyak dan gas – antaranya lihat dalam Penyata Rasmi Dewan Rakyat 19 Oktober 1993 dan 30 April 1997, Penyata Rasmi Dewan Negara 28 Julai 1999 dan lain-lain.

Dalam Penyata Rasmi Dewan Rakyat 19 Oktober 1993 di mana Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Dato' Wong See Wah) menyatakan: “..Sejak bulan Ogos 1975 sehingga bulan Februari 1993, PETRONAS telah membayar royalti sebanyak RM3.71 juta kepada Kerajaan Negeri Terengganu, RM1.49 ribu juta kepada Kerajaan Negeri Sabah dan RM2.79 ribu juta kepada Kerajaan Negeri Sarawak”.

Kesimpulannya ialah :

1. Kenyataan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib ini telah membodohkan Perdana Menteri yang lalu seolah-olah Perdana Menteri yang lalu telah mengambil tindakan yang salah dalam memberikan royalti minyak, bukan sebagai wang ihsan.

2. Pembatalan royalti petroleum kepada negeri Terengganu pula dilakukan di atas sebab dendam politik setelah PAS memerintah Terengganu pada tahun 1999.

3. Pembatalan royalti petroleum di Terengganu juga dalah hasil dari desakan yang timbul dalam Perhimpunan Agung Umno.

Maka PAS beranggapan bahawa apa yang dilakukan kepada negeri Kelantan adalah berdasarkan alasan yang sama, iaitu tindakan politik balas dendam terhadap negeri Kelantan yang dipilih oleh rakyat secara sah melalui sistem demokrasi.

Kita mencabar kerajaan pusat supaya merujuk perkara ini kepada mereka yang masih hidup yang terlibat dengan perjanjian berkenaan iaitu Tun Salleh Abas yang terlibat secara langsung merangka draf Akta Penggunaan Petrolium 1974 sewaktu menjadi Peguamcara Negara dan YB Tengku Razaleigh Hamzah yang menjadi Menteri Kewangan pada ketika itu.

Kita juga meminta supaya permohonan kerajaan negeri Terengganu melalui mahkamah yang telah difailkan sejak bertahun-tahun lalu dibuka dengan segera dan dilaksanakan perbicaraan yang adil dan telus, berdasarkan kepada konsep pemisahan kuasa antara badan kehakiman dengan pihak berkuasa mengikut amalan negera-negara demokrasi yang sebenar.


Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

SUMBER http://darisungaiderhaka.blogspot.com/

PAS TERUS BERSAMA PR

"Bukan setakat mahu menang tetapi yang penting adalah mengisi kemenangan itu." Demikian antara kata-kata azimat Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang sewaktu menyampaikan ucaptamanya di 'Seminar Memperkasa Parti', di Markaz Tarbiyah PAS Pusat Taman Melewar, dekat sini pagi tadi.

Kata Abdul Hadi, PAS sama seperti gerakan dan perjuangan Islam yang lain, senantiasa diasak dengan pelbagai fitnah serta mendapat tentangan hebat daripada masyarakat yang jahil dan parti memerintah yang tidak adil selama ini.

Oleh yang demikian katanya, menjadi tanggungjawab PAS untuk memperkasakan ahli-ahli dan mengatur startegi sebaik mungkin bagi menghadapi sebarang cabaran dan ujian yang mendatang sekaligus mengajak umat Islam menjadi penganut yang kuat dan golongan bukan Islam menjadi penyokong kepada perjuangan ini.

"PAS merupakan sebuah organisasi siyasah, dakwah dan tarbiyah yang ditubuhkan sejak dari tahun 1951 dan pernah berhadapan dengan suasana yang lebih getir dalam lipatan sejarah perjuangannya.

"Semuanya berjaya dihadapi dan terus menerus mematangkan organisasi parti sehinggalah PAS mencapai kedudukan yang ada pada masa kini," katanya di hadapan lebih 1,000 peserta yang memenuhi ruang dalam dan luar Dewan Fadzil Noor hari ini.

Walaupun, berdepan dengan demokrasi yang tidak adil di negara ini, PAS terus sabar dan cekal menyertai pilihan raya yang diadakan dan natijahnya, kini telah berjaya menguasai jumlah kerusi Parlimen yang besar dan lima negeri bersama Pakatan Rakyat, kata Abdul Hadi.

Sungguhpun begitu, kata Presiden PAS itu, sebarang pencapaian kejayaan dan kelemahan mestilah dikaji semula untuk memastikan parti tersu kukuh dan kuat di persada politi tanah harir seterusnya dapat mencapai kemenangan yang besar dalam pilihan raya akan datang.

"Kita mestilah memerangi penyelewengan, rasuah tanpa korbankan dasar kita," katanya.

Sementara itu, beliau terut mengulangi pendirian dan menyatakan bahawa hasil daripada 'Tahalul Siyasi' dan kerjasama bersama Pakatan Rakyat telah berjaya melumpuhkan ego kerajan Barisan Nasinonal (BN) yang begitu takbur sebelum ini

"Kita akan berdiri teguh dan terus bersama Pakatan Rakyat," katanya yang mahu ianya seiring dengan tujuan menguatkan perjuangan Islam yang menjadi dasar parti itu selama ini.

"KIta mesti menguatkan PAS yang perjuangkan Islam.

"Kita juga sentiasa terbuka dengan semua pihak demi untuk Islam dan hanya dengan Islam sahaja boleh memberi kemenangan dunia dan akhirat," katanya

Beliau memberikan ucapan utama yang bertajuk 'Memperkasakan Peranan PAS Dalam Pengukuhan Pakatan Rakyat Mendepani Pilihan raya ke-13' sebelum sesi perbahasan dengan dua ahli akademik, Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangasa (UIA) dan Dr Abu Hassan Hasbullah (Universiti Malaya).

SUMBER http://www.harakahdaily.net/v2/

PENJAJAH TIPU KITA

Oleh amanlegend




Malaysia adalah projek kolonial. Benar, seperti buku ini yang terbit pada September 1937 ini.







Projek penjajahan bentuk baru, empayar baru dolar dan tentera Amerika Syarikat (A.S). Projek yang kununnya bertitik tolak dari hasrat murni A.S utk membebaskan tanah jajahan Inggeris, tetapi dengan niat jahat, menjajahnya dlm bentuk baru.




Kemudiannya, projek kolonial A.S mendapat akal jahat, angan-angan paling bodoh bergelar teori domino, iaitu setelah Vietnam menjadi negara komunis, maka satu demi satu negara2 di Asia Tenggara akan menjadi negara komunis. Hal ini ditulis Pak Said Zahari, yang dipenjara ISA oleh Lee Kuan Yew di Singapura, selama 17 tahun tanpa bicara, dalam buku memoirnya "Meniti lautan gelora."
.
Antara sasaran projek kolonial A.S ini adalah menubuhkan negara Malaysia; melucutkan gagasan Nusantara Melayu Raya; menggulingkan presiden Sukarno; menghapuskan kekuatan rakyat Indonesia yang anti penjajahan - bentuk baru dan lama - dari kuasa kolonial barat. Hari ini kita dapat melihat fakta-fakta ini secara terperinci dengan terbitnya dokumen2 rahsia CIA seperti ini (sila klik Foreign Relations, 1964-1968, Indonesia; Malaysia-Singapore; Philippines. Editor: Edward C. Keefer General Editor: David S. Patterson, United States Government Printing Office, Washington, 2001).
.
Mujur A.S punya akta kebebasan maklumat sekarang, jadi kita semua boleh menyelidik dokumen-dokumen yang dianggap sulit dan rahsia dulunya hanya pada capaian internet.
.
Bermula dengan cadangan penubuhan Malaysia, kemudian konfrontasi Malaysia-Indonesia, perjuangan rakyat Kalimantan Utara, serangan Indonesia ke Malaysia -yang dipercayai disabotaj Jenderal Suharto, apabila tempat mendarat payung terjun tentera Indonesia telah dikenalpasti bocor rahsianya atau kecekapan risikan tentera Malaysia? Seiring dengan kegagalan operasi ketenteraan Sukarno ke atas Malaysia, rentetan satu demi satu peristiwa yang akhirnya membawa kepada peristiwa rampasan kuasa oleh Jenderal Suharto, yang didukung CIA, diikuti dengan pembunuhan hampir satu juta rakyat Indonesia pada tahun 1965-1966 atas alasan memerangi komunisme. Sebaliknya rejim Suharto terbukti tidak lebih sebagai rejim boneka A.S.
.
Nama Malaysia telah ada dalam gagasan kuasa penjajahan Barat sejak dicatat dalam peta Sepanyol kurun ke 16. Lebih kukuh lagi, Malaysia sebagai gagasan asing kuasa imperialis A.S, dicatat pada judul buku Malaysia: A study in Direct and Indirect Rules, tulisan profesor Universiti Havard merangkap penasihat luar A.S, Rupert Emerson yang jelas mengkritik pentadbiran kolonial Inggeris dalam suatu gagasan geografi yang bernama Malaysia, peta dan sempada kekuasaan negara. Buku itu diterbitkan Macmillan New York pada tahun 1937. Tahun-tahun orang-orang di sini sedang marak semangatnya dengan cita-cita dan hasrat Melayu Raya Nusantara, Tahun-tahun orang-orang di sini belum lagi mengerti atau peduli pada makna dari kata Malaysia. Tahun-tahun kesetiaan rakyat Tanah Melayu pada negeri dan raja-rajanya. Tahun-tahun Inggeris masih lagi penjajah ke atas wilayah dengan nama - Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu tidak bersekutu, Negeri-negeri Selat, Borneo-Sabah, Sarawak dan Brunei.
.
Gagasan A.S tentang Malaysia sepertimana yang dihasratkan Rupert Emerson menjadi kenyataan pada tahun 16 September 1963 bilamana Singapura, Tanah Melayu (atau suka dikenal sebagai Malaya), Sabah dan Sarawak bersama-sama menubuhkan Malaysia. Brunei di saat akhir, menarik diri daripada menyertai Malaysia, dan kekal di bawah naungan jajahan Inggeris hingga ke tahun 1984, manakala Singapura pula menyertai Malaysia setakat tahun 1965.
.
Pendokong gagasan Nusantara Melayu Raya seperti Lim Chin Siong dan Said Zahari yang menentang penubuhan Malaysia sebagai projek kolonial A.S, juga beranggapan Singapura sememangnya sudah menjadi bahagian Tanah Melayu. Tidak timbul persoalan tentang Singapura masuk Malaysia. Kita tidak akan semudahnya melupakan derita suatu pengorbanan cita-cita masa lalu yg gagal. Perlembagaan rakyat dan gabungan Putera AMCJA, perang anti British darurat, dan kemerdekaan, Barisan Sosialis dan penangkapan ISA terhadap hampir kesemua wakil rakyat Parti Rakyat dan Parti Buruh-Adun, Ahli Parlimen, Ahli Pihak Berkuasa Tempatan, juga pemimpin bahagian dan cawangan, pengharaman pilihanraya majlis tempatan atas kemenangan hampir seluruh kerusi kepada Barisan Sosialis. Presiden Pas, Dr Burhanudin Al-Helmy juga turut merengkok di dalam ISA atas tuduhan kununnya menentang penubuhan Malaysia.
.
Sekarang kita mesti belajar menjadi Malaysia yang baru, dari semua kegagalannya. Apakah akan datang kita akan terus mengadap pengajaran dari kegagalan masakini, atau kejayaannya, untuk aku, usah dipedulikan. Kita hanya perlu mencuba, kalau tak cuba, kita tak tahu.

Malaysia:telah wujud pd. September 1937

SUMBER http://www.tranungkite.net/v10/

Friday, November 6, 2009

LAGI NAS PENGKHIANATAN UMNO

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

Sejak 52 tahun lalu, negara ini hanya diperintah oleh Umno/BN/Perikatan, selain itu tiada parti lain yang berjaya menjadi pemerintah di negara yang majoriti penduduknya Melayu.

Adapun parti yang memerintah negeri-negeri seperti Kelantan (PAS- kini), Terengganu (PAS 1999-2004); Perak (Pakatan Rakyat,DAP-PAS-KeADILan sejak Mac 2008-Februari 2009); Selangor Mac 2008-kini), Kedah (Mac 2008-kini) dan Pulau Pinang (Mac 2008-kini), semuanya dianak-tirikan dari menerima bantuan pembangunan oleh kerajaan pusat.

.

Sejak itu juga, Umno/BN menggunakan 'kesempatan' dengan agensi kerajaan, media dan kuasa untuk mencengkam jiwa-jiwa orang melayu dan kaum-kaum lain bagi mengekalkan kuasa mereka.

Malah dengan akta-akta seperti Ordinan Darurat, Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Umno/BN berjaya 'menutup' mulut-mulut rakyat, dan setiap kali getir melanda periuk nasi Umno/BN, pastinya akta-akta ini digunakan bagi emnakut-nakutkan rakyat.

Dalam masa yang sama, bak kata Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu pertemuan dengan kakitangan Harakah pada 28 Oktober lalu di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, Umno/BN memperbodohkan rakyat dengan akhbar-akhbar mereka hingga rakyat menjadi 'pak turut'.

Berita-berita yang dimuatkan dalam media milik Umno/BN hanya memaparkan pandangan sebelah pihak, selebihnya menghentam dan memfitnah pembangkang.

Sejarah pastinya tidak akan melupai akan Umno/BN lah yang mengurangkan kuasa Raja-raha Melayu, yang menderhaka kepada Sultan apabila di Terengganu, selepas pilihan raya umum 2008, Umno/BN tidak bersetuju dengan perkenan Sultan Terengganu melantik Dato' Seri Ahmad Said selaku Menteri Besar menggantikan Dato' Seri Idris Jusoh.

Mereka (Umno/BN) turun ke jalan-jalan raya bagi membantah tindakan Sultan hinggakan slogan 'natang' ditujukan kepada Sultan dan Istana.Penderhakaan ini tidakpun diambil tindakan oleh mana-mana pihak berkuasa hingga kini.

Sementara AJK PAS Pusat, Dato' Kamaruddin Jaffar pada satu majlis di Gombak satu ketika lalu pernah mengingatkan bahawa rakyat tidak akan lupa, Umno telah melakukan pelbagai pengkhianatan terhadap orang-orang Melayu semenjak pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohammad sehingga sekarang di bawah Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak.

Ujarnya pada zaman Dr Mahathir, beliau telah menghapuskan imuniti raja-raja Melayu. sedangkan Institusi Raja Melayu adalah simbol ketuanan orang Melayu.
Seterusnya, pengkhianatan Umno yang kedua, dengan merosakkan sistem kehakiman negara yang juga dilakukan bermula pada zaman pemerintahan Dr Mahathir hinggalah hari ini apabila sistem kehakiman semakin dibobrokkan.

Bekas Perdana Menteri (Dr Mahathir) itu juga, telah campur tangan di dalam sistem kehakiman negara, yang menjadi simbol kedaulatan undang-undang negara dan krisis ini membawa kepada pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas.

Kemudian, selepas pilihan raya umum 1999 yang menyaksikan Terengganu jatuh ke tangan PAS, kerajaan Umno menarik balik royalti minyak di sana.

Walhal, majoriti besar rakyat negeri Terengganu adalah daripada orang-orang Melayu dan Umno sanggup berbuat demikian demi membalas dendam akibat kalah teruk dalam pilihan raya berkenaan.

Pada zaman Dr Mahathir juga, Umno/BNmemperkenalkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang secara terang melanggar Perlembagaan Malaysia.Hak tunggal bahasa Melayu ini dicabuli dan pemimpin Umno/BN mempertahankannya.

Akibatnya, dasar yang digubal dan dilaksanakan itu akhirnya melemahkan pencapaian anak-anak Melayu dalam subjek Sains dan Matematik, selain keciciran Melayu di kawasan pedalaman.

Rakyat pastinya tidak akan lupa dengan tindakan Umno/BN menarik semula geran peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang menjadi tempat belajar anak-anak orang Melayu.Umno/BN melaungkan bahawa SAR tempat melahirkan pengganas, dan ia adalah menurut kajian orang kanan Najib, Abdul Razak Baginda yang pernah dikaitkan dengan dakwaan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuyaa Shaariibuu.

Berikut adalah antara senarai pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu "

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.

2. Melemahkan sistem kehakiman negara.

3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.

4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.

5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.

6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.

7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.

8. Persempadanan semula pilihan raya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.

9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.

10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.

11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.

12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Dato' Harussani Zakarian 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.

14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.

15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.

16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.

17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

18. Mendedahkan pelaburan wang Tabung Haji satu ketika lalu dalam dengan syarikat Judi Pan Sweep, seperti yang didedahkan dalam buku Exco Kerajaan Kelantan, Dato' Paduka Husam Musa.

19. Enggan membayar royalti minyak kepada kerajaan Kelantan sejak tahun 2004.

20. Mengkhianati amanah rakyat dengan merampas kerajaan negeri Perak dari tangan Pakatan Rakyat dengan cara yang tidak bermoral pada Februari 2009.

Selain itu, Kerajaan Umno/BN juga mengadakan hubungan erat dengan Israel sebuah negara Yahudi yang ganas walaupun dasar negara tidak mengiktiaf negara yahudi itu.Talam dua muka yang mengkhianati sokongan bangsa sendiri yang menentang keganasan Zionis terhadap rakyat Palestin.

Umno/BN juga hanya memberi kontrak yang diperuntukkan untuk bumiputera kepada kroni iaitu Umnoputra yang rapat dengan pemimpin pemerintah yang kemudianya menjual projek kepada tauke tauke kaya dengan keuntungan berjuta ringgit tanpa membuat sebarang kerja.

Sementara tauke ini akan membuat projek berkenaan dengan baki modal yang kurang dari yang diperuntukkan. Maka jadilah lebuhraya retak, bangunan bocor, projek-projek tidak siap seperti PKFZ dab landasan berkembar Ipoh Rawang yang rugi sekitar RM1.14 billion, masjid runtuh, jambatan runtuh dan stadium di Terengganu yang runtuh.

SUMBER http://www.tranungkite.net/v10/

PENGKHIANATAN UMNO JANGAN DILUPA

Oleh ABU FIRDAUS
.

BUKAN perkara baru bahawa Melayu mengkhianati Melayu. Sejarah penjajahan Portugis, Belanda dan Inggeris dipenuhi dengan perbuatan mengkhianat orang Melayu terhadap bangsanya sendiri. Terakhir apabila orang Melayu sendiri yang menyerahkan negeri-negerinya kepada Britain untuk dijadikan Malayan Union.
.
Melayu bangkit dan ditubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Malayan Union digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Melayu bertolak ansur dengan menyerahkan kewarganegaraan kepada bukan Melayu. Sama ada ia bertolak ansur atau pengkhianatan, ia memerlukan penyelidikan mengenai sejarah negeri-negeri Melayu menjadi Malaya. Tidak lagi disebut Malay States.
.
Sedangkan sebelumnya dikenali sebagai Federated Malay States dan Unfederated Malay States. Apabila dicantum hanya dikenali sebagai Federation of Malaya. Hilang Malays, digantikan dengan Malayans. Dalam bahasa Melayu memang disebut Persekutuan Tanah Melayu. Sepatutnya diterjemahkan menjadi Federation of Malayland. Atau Malay States. Apa yang muncul ialah Malaya. Tentu dunia mengiktiraf Malaya dan bukannya Tanah Melayu. Tetapi ketika itu, bahasa kebangsaan diisytiharkan sebagai bahasa Melayu. Bagaimanapun yang berkuasa sudah bukan lagi Raja-Raja Melayu tetapi kerajaan-kerajaan di negeri-negeri dan Pusat, yang dipegang oleh Perikatan. Umno, MCA dan MIC. Dikatakannya perkongsian kuasa.
.
Hakikatnya ia merupakan kerajaan campuran Umno, MCA dan MIC walaupun Umno dominan. Namun Britain masih berpengaruh besar ke atas Malaya. Atas tekanan terpaksalah Umno mengalah supaya digabungkan Malaya dan Singapura. Apabila dilihat Melayu di Malaya tenggelam, maka dimasukkan sekali Sarawak, Sabah dan Brunei. Dinamakan negara baru ini Malaysia. Jangka panjangnya, nasib orang Melayu di Malaya akan ditentukan oleh Bumiputera Sarawak dan Sabah. Bangsa Malaysia menggantikan Melayu dan paling ketara penukaran nama bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia.
.
Tulisan Rumi adalah tulisan rasmi bahasa Malaysia. Umno dengan satu saja tanda tangan menghapuskan tulisan jawi. Tetapi dari segi lain, Malaya dan Malaysia membolehkan kembalinya Pulau Pinang, Dinding, Melaka dan Singapura ke pangkuan penguasaan Melayu melalui Umno yang berkuasa di Kuala Lumpur. Namun begitu apabila tidak berupaya menentang Lee Kuan Yew, Umno keluarkan Singapura daripada Malaysia. Hilanglah sebuah pulau yang asalnya Melayu. Tetapi sehingga tahun 1969, orang Melayu berasa tidak puas hati, penubuhan Malaya, kemerdekaan dan penubuhan Malaysia tidak menampakkan peningkatan kemajuan orang Melayu. Britain masih menguasai ekonomi negara. Melayu jauh ketinggalan. Akhirnya keadaan ini meledak melalui peristiwa 13 Mei.
.
Bagi membela golongan tertinggal khususnya Melayu diolah Dasar Ekonomi Baru (DEB). PAS sertai BN dan turut menyumbang bagi menjayakan dasar baru itu. Cara Tun Razak Hussein, Tun Hussein Onn dan Tun Dr Mahathir Mohamad berlainan tetapi mempunyai tujuan yang sama. Pada akhir dasar ini, 30 tahun kemudian, banyak hasil dicapai tetapi pada keseluruhannya, Melayu dikhianati daripada muncul sebagai kuasa ekonomi yang mempunyai masa depan. Banyak pengkhianatan berlaku, tetapi apa yang dikatakan ketirisan pada zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi itu adalah sebenarnya pengkhianatan yang berlaku sejak mula DEB dilaksanakan. Mungkin ia dilihat sebagai pengkhianatan orang perseorangan yang salah guna DEB bukan untuk kepentingan bangsa. Tetapi apa yang nyata, budaya yang disemai oleh Umno melalui pelaksanaan DEB merupakan suatu pengkhianatan yang memerlukan kajian dan penyelidikan objektif.
.
Kisah-kisah pengkhianatan ekonomi banyak diceritakan tetapi tidak didokumentasi dan disiasat yang tentunya memerlukan satu usaha besar. Pastinya sukar untuk dilakukan kerana kesan politik terhadap laporan seumpama itu. Namun laporan-laporan berkala seperti Laporan Audit menampakkan perkara-perkera sedemikian.
.
Negara sudah menyimpang jauh daripada watak integriti yang wujud ketika penubuhan Malaya dahulu. Kini gejala terbesar yang menunjukkan pengkhianatan itu adalah gejala politik wang dalam Umno. Kemenangan Umno dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang baru-baru ini hanya menunjukkan bahawa sebahagian rakyat sudah dapat menerima amalan politik wang sebagai sebahagian budaya pembangunan negara. Mereka tidak melihat ia sebagai pengkhianatan. Sebab itu peristiwa di mana Adun-Adun melompat di Perak yang merupakan satu pengkhianatan dialu-alukan oleh kerajaan BN. Hakikat bahawa Adun itu telah mengkhianati pengundi tidak diambil kira. Berapa ramai yang kenal sangat calon yang bertanding. Kebanyakannya memilih parti dalam pilihan raya umum 2008. Secara umumnya dalam pilihan raya 2008 itu, mengapakah rakyat lari daripada BN? Jelas majoriti bukan Melayu menolak BN. Walaupun terdapat banyak faktor tetapi apa yang nyata ialah mereka tidak mempercayai wakil-wakil rakyat BN. Dengan pemahaman bahawa wakil-wakil MCA, MIC dan Gerakan tidak dapat banyak bersuara, maka mereka menyalahkan wakil-wakil Umno. Orang bukan Melayu menolak Umno bukan kerana parti itu membantu orang Melayu dan meminggirkan mereka. Itu adalah persepsinya. Tetapi hakikatnya mereka tidak mempercayai kepimpinan Melayu Umno. Bagi mereka banyak perkara yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Umno, baik di Pusat mahupun di negeri khususnya di Selangor adalah tidak jujur, tidak amanah dan tidak cekap.
.
Justeru, isunya di sini adalah pengkhianatan kepimpinan Melayu Umno kepada rakyat. Melayu adalah sebahagian daripada rakyat. Mengkhianati rakyat bermakna mengkhianati Melayu. Tetapi jika orang bukan Melayu saja yang menolak BN, maka pihak Pakatan Rakyat tidak akan menang banyak tempat dalam pilihan raya 2008. Apa yang berlaku orang Melayu sendiri berasakan bahawa kepimpinan Umno telah mengkhianati mereka. Banyak cerita tersebar. Mungkin hanya cerita. Tetapi dengan maklumat disembunyikan dan akhbar tidak bebas, sudah tentu ia menghakiskan lagi kepercayaan mereka terhadap kepimpinan Melayu Umno.
.
SUMBER http://www.detikdaily.net/v5/

WAWANCARA AWANI DENGAN IBRAHIM ALI

Oleh bintaleban

Saya telah mengikuti rancangan Wawancara di ASTRO Awani pukul 9.15 mlm (5/11/09) di mana salah seorang tetamu rancangan tersebut ialah YB Dato Ibrahim Ali yang sinonim dengan gelaran "KATAK". Pada hemah saya salah satu hujah serta pandangan yang diberikan oleh Ibrahim Ali berhubung dengan pemberian wang ihsan atau royalti kepada Negeri Kelantan begitu menonjolkan perangai beliau sebagai KATAK iaitu sifat semula jadi haiwan katak yang suka melompat dan ditambahkan pula dengan KEBODOHANnya yang suka duduk di bawah tempurong dan begitulah KEBODOHAN yang ditonjolkan oleh beliau melalui Hujah beliau ialah tidak kisah bentuk apa yang kerajaan pusat berikan sama ada wang ihsan atau royalti yang penting rakyat Kelantan dapat haknya dan kalau diberikan sebagai royalti maka tentu kerajaan yang memerintah Kelantan sekarang akan menggunakan duit tersebut untuk pembangunan dan akan dicanangkan lah nanti bahawa kerajaan yang ada sekarang mampu membuat pembangunan dengan adanya duit royalti tersebut dan perkara ini akan jadi modal politik oleh kerajaan Kelantan sekarang.
.
Saya ingin bertanya pada Si KATAK ni lah..
1. Apakah beliau sudah lama tidak balik ke Kelantan ke? maka itu beliau tidak nampak Kelantan juga sedang membangun dengan kadar kemampuan yang kerajaan yang ada sekarang mampu lakukan dan perkara ini telah sedia dimaklumi oleh ramai rakyat Kelantan.
2. Beliau mengatakan Kelantan jauh ketinggalan dari pembangunan serta taraf hidup dari negeri lain? Saya nak tanyalah negeri mana yang KATAK nak bandingkan? Sabah, Terengganu, Perlis?...
.
Sepatutnya KATAK ni buka lah minda tu sikit kalau dah tau awak tu BODOH. Terengganu yang dapat wang ihsan selama ini adakah sampai terus dan dinikmati oleh kebanyakkan rakyat jelatanya atau dapat kepada HANTU2 RAYA UMNO.
.
Apakah sekiranya Kelantan diberikan wang ihsan, apa jaminan kerajaan pusat bahawa rakyat Kelantan akan menerimanya terus tanpa berlakunya apa yang terjadi di Terengganu?
.
Apalah bodohnya BN ni. Minyak tu anugerah Allah untuk negeri Kelantan maka itu pulangkan lah hak itu kepada empunya. Tak payah lah nak bersendiwara. Apa yang BN takut ialah apabila wang royalti tersebut diserahkan kepada Kerajaan Kelantan sekarang maka Kerajaan Kelantan sekarang sangat mampu pula memikul AMANAH tersebut maka itu akan memberi kesan kepada BN kelak.
.
Kepada YB Ibrahim sekali lagi saya menasihati anda.. taubatlah. Buangkan lah sifat2 MUNAFIK yang terpancar jelas dari wajah anda sepanjang program wawancara di ASTRO Awani tersebut. Cukup lah IBRAHIM, langit tak selalu cerah. Hidup tak selama-lamanya kat dunia ni. Ada hari dimana mulut kamu menjadi bisu. Yang bercakap ialah tangan dan kaki kamu.

SUMBER http://www.tranungkite.net/v10/

Thursday, November 5, 2009

MAHATHIR INVOLVEMENT IN PKFZ

By Asrul Hadi Abdullah Sani

KUALA LUMPUR, Nov 5 — Former transport minister Tun Dr Ling Liong Sik appeared to pass the buck over the costing and valuation of the Port Klang Free Trade Zone (PKFZ) land to his former boss, Tun Dr Mahathir Mohamad.

In the verbatim of the Public Accounts Committee’s (PAC) meeting procedures released yesterday, Ling said his ministry could only “state the fact that we wanted the land.”

However, Ling pointed out that the costing and valuation of the land was determined by the Valuation and Property Services Department (JPPH) which was chaired by former prime minister and finance minister, Dr Mahathir.

“Our job in Ministry of Transport is to only state the fact that we want the land. Costings, valuations and all that, it is not the function of the Ministry of Transport. We do not have a Valuation Department.

“Costings and valuations is a question for the Treasury to deal with. They have the Valuation Department and everything is there, not in Ministry of Transport. I think Tun Dr Mahathir who chaired it, and he was the Finance Minister also. He saw it very clearly. That was the fact of the case,” he said in the verbatim.

Dr Mahathir has remained relatively silent on the scandal which could cost taxpayers RM12.453 billion.

The PAC recommended yesterday that former transport minister Datuk Seri Chan Kong Choy and former Port Klang Authority (PKA) general manager Datin Paduka OC Phang be investigated for criminal breach of trust in the PKFZ scandal.

PAC reported that the government would have spent RM442.13 and saved RM645.87 million if the land had been acquired for PKFZ in accordance with the Land Acquisition Act 1960.

It also reported that the cost of the land was RM47.76 per square foot, or 67 per cent higher than the RM25 fixed by the JPPH.

The 405ha PKFZ transhipment hub, which has warehouses, office blocks and a four-star hotel, has been dogged by controversy ever since it was revealed that its original development cost had ballooned from less than RM2.5 billion to up to RM4.6 billion.

There were also questions about the possible kickbacks after it was disclosed that several individuals acquired the piece of land where the PKFZ now sits at RM3 per sq ft in 1999.

Dr Mahathir had said that he heard that the project was being plagued by problems but claimed that nobody reported to him of any wrongdoing.

PKFZ ran into further problems when the management company, Jebel Ali Free Zone International, terminated its contract in 2007.

Chan was dropped as Barisan Nasional candidate for the last general election and subsequently lost his job largely due to the way the PKFZ debacle was handled.

PriceWaterhouseCoopers (PwC) also reported that the project outlay of RM4.947 billion will go up to RM7.453 billion due to interest payments and Port Klang Authority (PKA) must restructure the loan or it will balloon to RM12.453 billion by 2051.

SUMBER http://www3.themalaysianinsider.com/

PERMOHONAN DS NIZAR UNTUK 11 HAKIM DENGAR RAYUAN DITOLAK

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan menteri besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin supaya rayuannya berhubungi kes menteri besar yang sah, didengar oleh panel 11 orang hakim.
.
Hakim Datuk Alauddin Mohd Sheriff berkata ia diputuskan sebulat suara dan tiada perintah dibuat mengenai kosnya.

Keputusan tersebut menimbulkan tandatanya kerana mahkamah tertinggi di negara ini itu sebelum ini pernah membenarkan panel tujuh hakim mendengar dua kes dadah.

Bekas Pengerusi Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan, yang mewakili Nizar, sebelum itu berhujah bahawa panel 11 hakim itu penting kerana kes itu membabitkan kepentingan awam dan banyak implikasinya.

Katanya, ia juga memberi kesan pada semua negeri dan serta Perlembagaan Persekutuan.

Oleh itu, katanya, seluruh dunia sedang mengikuti kes tersebut, termasuk para akademik dan orang awam "kerana ini adalah satu kes yang unik".

Bagaimanapun, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang membantu menterjemah perlembagaan Perak dan perlembagaan Persekutuan, berkata permohonan tersebut tidak seharusnya dibuat melalui usul.

Sebaliknya, kata beliau, ia seharusnya dibuat melalui semakan kehakiman.

Dalam hujahnya, Ambiga juga memetik dari buku 'May Day for Justice' tulisan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Salleh Abas mengenai krisis Umno pada 1987.

Petikan itu antara lain berbunyi "nampaknya satu cara untuk mengikis keraguan, terutamanya dalam mendengar kes yang berbaur politik ialah dengan menyemak kes (Umno) di hadapan panel penuh hakim".

Salleh menulis bahawa dengan kehadiran semua hakim, maka ia boleh mengikis sebarang tanggapan berlaku berat sebelah di pihaknya.

Dengan itu, tiada pihak yang boleh berkata beliau memilih hakim atau memilih panel hakim, tulis Salleh mengenai perlunya panel penuh hakim mendengar kes Umno pada 1988.

Bagaimanapun, sebelum idea itu dapat dilaksanakan, Tun Dr Mahathir Mohamad (perdana menteri ketika itu), telah menggantikannya.

Keputusan rayuan Nizar, akan menentukan masa depan kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang ditumbangkan Februari lalu selepas beberapa wakil rakyatnya keluar parti dan menyokong Barisan Nasional (BN).Ia juga bukan sahaja akan menentukan menteri besar Perak yang sah tetapi juga akan menjadi duluan bagi kes-kes yang serupa pada masa depan.

Panel lima hakim sedang mendengar rayuan tersebut. Sebelum ini, Nizar memohon supaya panel 11 hakim mendengar kes rayuan tersebut.

Panel hakim tersebut diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Alauddin Mohd Sheriff. Empat lagi hakim ialah Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Nizar diwakili oleh sepasukan peguam yang diketuai oleh peguam kanan Sulaiman Abdullah, manakala peguam kanan Cecil Abraham mewakili menteri besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Para wartawan dan orang ramai sudah tiba di kompleks mahkamah Putrajaya seawal jam 7 pagi, bagi mengikuti prosiding rayuan tersebut.

Kawalan keselamatan juga ketat di mana anggota polis dan anggota keselamatan mewajibkan mereka yang ingin masuk ke dewan mahkamah, mendapatkan pas khas.

SUMBER http://www.malaysiakini.com/

ISU PROJEK PERUMAHAN AWAM

Ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan akan menghantar satu memorandum khas kepada Menteri Wilayah Persekutuan mengenai isu penjualan perumahan awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Projek Perumahan Awam (PPR) Majlis Tindakan Ekonomi Negera (MTEN).
.
Memorandum berkenaan juga bagi membantah perlantikan lima orang ahli politik Barisan Nasional ke dalam Ahli Lembaga Penasihat DBKL yang jelas melanggar undang-undang akta Ibu Kota Persekutuan 1960.
.
Dalam satu kenyataan bersama di lobi parlimen pagi tadi, mereka berkata, meskipun ahli-ahli parlimen Pakatan Wilayah Persekutuan menyambut baik penjualan ini, namun mereka mendapati terlalu banyak kesan negatif kepada pembeli dan penyewa unit-unit perumahan berkenaan pada masa akan datang.
.
Mereka juga mengambil kira keluhan dan kebimbangan penyewa dan penghuni akibat daripada dasar dan keputusan yang dibuat secara tergesa-gesa oleh Kementerian Wilayah Persekutuan. Keputusan itu juga dibuat kementerian terbabit tanpa mengadakan perbincangan dengan ahli parlimen Pakatan Wilayah Persekutuan. Memorandum yang akan dihantar itu mengandungi lapan gesaan serta cadangan kepada Menteri Wilayah Persekutuan, iaitu:
1) Mengkaji semula syarat dan terma penjualan yang ditetapkan.
2) Memastikan DBKL terus menyelenggara unit dan kawasa perumahan yang telah dijual, bukan 'joint management body' (JMB).
3) Membaik pulih semua unit yang rosak serta prasarana dan kemudahan awam kawasan perumahan sebelum dijual.
4) Memberi peluang kepada semua penyewa unit di keseluruhan kawasan perumahan di Wilayah Persekutuan.
5) Memberi peluang kepada pembeli melantik peguam mereka sendiri bagi perjanjian sewa beli.
6) Menyelesaikan masalah strata pembeli terdahulu yamg masih belum memiliki hak strata mereka yang melebihi sepuluh tahun iaitu di Loke Yew/Sri Pulau Pinang, Hang Tuah dan Razak Mansion).
7) Memberi kemudahan pinjaman yang dibiayai oleh kerajaan dengan menubuhkan satu dana khas faedah rendah.
8) Mengadakan perbincangan dan taklimat kepada semua ahli parlimen Wilayah Persekutuan terlebih dahulu mengenai program penjualan ini..
.
Turut dipersoalkan kenapa lima ahli politik BN iaitu Ketua Bahagian Umno Seputeh, Musthapa Kama Moh Yusof, Keyua Wanita Umno Lembah Pantai, Datuk Sharifah Aminah Syeh Ahmad, Ketua Umno Bahagian Batu, Yahaya Mat Ghani, Ketua Bahagian MIC Batu, Ramanathan Chinu, dan Ketua Gerakan Batu, Lim Si Pin.
.
Pelantikan mereka ini dilihat membelakangi wakil rakyat Pakatan yang telah dipilih oleh rakyat. Sehubungan itu, mereka akan mengatur pertemuan dengan Menteri Wilayah PErsekutuan, Datuk Raja Nong Chick dalam waktu terdekat ini bagi menyerahkan memorandum itu.
.
10 Oktober lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan sebanyak 29,562 unit PPR di bawah seliaan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) di 20 kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan dijual pada harga RM35,000. Namun penduduk mendakwa mereka tidak diberikan penerangan yang jelas berkenaan proses jual beli dan prosedur yang harus dilakukan bagi mereka yang tidak mahu membeli rumah berkenaan sebaliknya ingin terus menyewa.

SUMBER http://www.harakahdaily.net/

Wednesday, November 4, 2009

JAIS TIDAK PROFESIONAL

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA

Tarikh: 4 November 2009

Penahanan Dr Mohd Asri Zainul Abidin bekas Mufti Negeri Perlis oleh pihak Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) telah menimbulkan kekeliruan dikalangan masyarakat Islam terutama di Negeri Selangor.

Selaku individu yang berada ditempat berlakunya majlis ilmu berkenaan, saya rasa terpanggil untuk menjelaskan beberapa perkara yang mengelirukan berdasarkan kepada beberapa laporan akhbar yang saya rasa telah memetik dari sumber yang cuba melindungi kejadian sebenar yang berlaku.

Tetapi apa yang dikesalkan ialah cara pihak JAIS menjalankan operasi penahanan adalah tidak professional dan mempamerkan kelemahan yang tidak sepatutnya wujud dalam organisasi yang tinggi tarafnya seperti JAIS.

Lebih menghairankan apabila ditahan, pihak JAIS gagal menyediakan kertas pendakwaan bagi mengaitkan Dr Asri dengan sebarang kesalahan melainkan dengan alasan mengajar tanpa tauliah.

Sepatutnya penahan dibuat setelah terbukti sesorang itu telah melakukan kesalahan. Agak menyedihkan dalam kes ini sewaktu mahu menahan Dr Asri, kelihatan pegawai JAIS sendiri tidak membuat persediaan dan sering menggunakan telefon bagi mendapat arahan dari pegawai atasan yang dipercayai ialah Pengarah JAIS sendiri iaitu Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Bagi saya tindakan JAIS yang menggunakan khidmat polis pada malam kejadian juga adalah satu tindakan yang melampau dan meletakkan Dr Asri pada kedudukkan yang tidak sepatutnya memandangkan sebelum ini beliau telah diberi kepercayaan oleh Tuanku Raja Perlis untuk menjaga persoalan berkenaan agama Islam di Negeri Perlis sendiri.

Sepatutnya sebagai seorang bekas Mufti dan memiliki pendidikan sehingga kepada peringkat Doktor Falsafah berkenaan Islam, beliau dialu-alukan untuk mendidik masyarakat. Adakah semua ini masih lagi tidak melepasi kelayakan yang diperlukan oleh JAIS untuk seorang seperti beliau bagi menyampaikan dakwah di Selangor.

Disini saya bertegas mendesak Pengarah JAIS menjelaskan apakah garis panduan yang digunapakai oleh pihaknya untuk melayakkan seseorang itu boleh ditauliahkan untuk memberi kuliah di Selangor.

Berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi, sehingga kini terdapat lebih kurang 7 orang Ustaz yang diantaranya adalah pensyarah Universiti Islam Antarabangsa dan telah gagal mendapat tauliah untuk mengajar di Selangor tanpa alasan yang kukuh dan bertulis.

Dengan adanya garis panduan tersebut JAIS akan dapat membendung amalan mengikut selera Pengarah JAIS dan memberi keadilan kapada cendekiawan seperti Dr Asri untuk menyampaikan ilmu.

Dalam tempoh terdekat, pihak ahli parlimen Pakatan Rakyat Selangor akan menghantar petisyen kepada Duli Yang Teramat Mulia Sultan Selongor agar menilai semula kedudukan dan fungsi Pengarah JAIS yang jelas telah menjejaskan kedudukan Baginda selaku penaung kepada perkembangan Islam di Negeri Selangor yang bertuah ini.

Melalui kenyataan media ini juga saya ingin menafikan laporan Malaysiakini yang memetik kenyataan Pengarah JAIS bahawa saya dan seorang lagi rakan YB Shaari Sungip telah menghalang tugas pegawai JAIS untuk menjalankan tugas sehingga terpaksa menggunakan polis.

Apa yang berlaku ialah saya dan YB Shaari Sungib cuba untuk menenangkan keadaan kerana para jemaah ketika itu terkejut dengan serbuan yang dilakukan dengan kasar dan biadap oleh saudara Shahrom penolong pengarah penguatkuasa JAIS yang mengaku mempunyai ijazah dari Universiti Al Azhar.

Untuk itu, saya mengesa agar Pengarah JAIS yang bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan ini menarik balik dakwaan beliau. Sebaliknya beliau perlu lebih teliti dalam mengeluarkan kenyataan kerana beliau membawa imej JAIS yang dipandang tinggi oleh umat Islam.

ZURAIDA KAMARUDDIN
Ahli Parlimen Ampang
Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat

USAHA HANCURKAN PR

Umno sanggup bekerjasama dengan PAS ke arah membentuk kerajaan perpaduan adalah bagi memenuhi tuntutan agama dan bukan berdasarkan politik, kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana menteri berkata idea kerajaan perpaduan merupakan perkara yang baik dan justeru itu, Umno sanggup mengadakan rundingan itu dengan PAS. "Kita mempunyai pendirian jelas bahawa asalkan untuk kebaikan, kita sanggup mengadakan rundingan. Ia bukan semestinya kita terikat tangan atas apa-apa persetujuan. "Kita hendak cari sesuatu yang baik... sesuatu yang baik adalah tuntutan agama.
.
Umno membuat sesuatu itu bukan berdasarkan politik tetapi tuntutan agama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pasar Tani Peringkat Kebangsaan 2009 dan pelancaran Karavan Pasar Tani di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
.
Najib diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang minggu lepas bahawa isu kerajaan perpaduan mahu pun cadangan bekerjasama dengan Umno "tidak lagi wujud dalam kamus" PAS. Abdul Hadi juga berkata cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan dikemukakan ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri.
.
Mengenai kenyataan Abdul Hadi yang beliau tidak tahu sikap pemimpin Umno sekarang berhubung idea kerajaan perpaduan itu, Najib berkata pendirian Umno jelas iaitu jika sesuatu perkara itu memberi kebaikan, ia sanggup mengadakan rundingan dengan PAS. "Saya tidak tahu apa pendirian PAS sebenar. Kalau nak jelas (mengenai perkara itu), kena tanya mereka (pemimpin PAS)," kata perdana menteri.
.
BERMAKNAADAKAH SELEPAS INI ADA LAGI PIMPINAN PAS YANG SEDIA BERUNDING TENTANG KERAJAAN PERPADUAN?*
.
KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT
.
*Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai..."
.
Amizudin Ahmat
.
SUMBER http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

ANAK IKAN SAJA

Semalam, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia cawangan Selangor (SPRM) 'mengamuk' dan menangkap beberapa orang. Ia pendakwaan politik, parti BN dan Pakatan Rakyat.
.
Khabarnya hari ini akan berlaku pendakwaan. Dipercayai bagi menutup 'Bajet 1Malaysia 2010' yang ditertawakan marhaen dan professional. Pencatat menganggap ini hanya kes terpilih bagi menutup mata rakyat. Kes-kes besar seperti penyelewengan pembelian helikopter, kapal selam, projek PKFZ dan lain-lain melibatkan ratusan juta-billion masih dilindungi. Kita akan saksikan penglipurlara Mr. 1Malaysia akan berlakun ala-Shah Rukh Khan dengan muka tegas di hadapan media kononnya Kerajaan 1Malaysia tidak 'memilih bulu' dalam kes rasuah. Kita sedia maklum selepas menerima lembu, SPRM cuba membuktikan mereka tidak 'makan gaji buta'. Tetapi mengapa kes yang melibatkan puluhan ribu saja untuk didakwa.
.
Pencatat berharap SPRM Johor, Kedah, P.Pinang dan Perak yang sebelum ini telah banyak menerima laporan serta bukti penyelewengan tidak perlu menunggu 'hadiah lembu' baru ingin bekerja.
.

Tuesday, November 3, 2009

PENDAKWAAN BESAR-BESARAN SPRM SELANGOR

KENYATAAN SPRM
.

Bekas ADUN dan pembantu ditangkap SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor telah menangkap seorang bekas ADUN dan pembantunya atas kesalahan di bawah Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997. Bekas ADUN tersebut yang kini seorang Ahli Parlimen ditangkap atas kesalahan mengemukakan inbois-inbois yang mengandungi butiran palsu semasa beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor bagi melaksanakan satu program yang tidak dijalankan. Manakala itu, pembantu beliau ditangkap atas kesalahan bersubahat dengan bekas ADUN berkenaan dalam membuat tuntutan bagi program yang sama. Kedua-dua mereka akan dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada pagi 3 November 2009 (hari ini).
.
Bekas pegawai MB Selangor ditangkap SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor telah menangkap seorang bekas Pegawai Menteri Besar Selangor pada 2 November 2009 atas kesalahan di bawah Kanun Keseksaan. Beliau ditangkap kerana disyaki menipu dan memperdayakan seorang presiden sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Negeri Selangor bagi tujuan pembiayaan sebuah majlis anjuran Kerajaan Negeri berkenaan. Nilai yang terlibat adalah sebanyak RM50,000.00. Beliau akan dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada pagi 3 November 2009 (hari ini).
.
Pembantu khas exco Selangor dituduh SPRM (Wong Chuan How)
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menuduh seorang pembantu khas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor di bawah Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997 dan Kanun Keseksaan. Beliau akan dituduh atas kesalahan mengemukakan inbois yang mengandungi butiran matan palsu kepada Pejabat Daerah Sepang bagi membekalkan barangan sempena program Hari Kemerdekaan tahun 2008 yang mana tidak dibekalkan. Beliau juga akan dituduh di atas dua (2) kesalahan pecah amanah di bawah Seksyen 406 Kanun Keseksaan. Pertuduhan kes ini akan dibuat di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada pagi 3 November 2009 (hari ini).
.
Pengarah syarikat dituduh membuat tuntutan palsu
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor akan menuduh seorang pengarah syarikat atas kesalahan di bawah Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997. Beliau akan dituduh atas kesalahan mengemukakan inbois-inbois yang mengandungi butiran matan palsu kepada Pejabat Daerah Hulu Langat bagi membekalkan barangan dan keperluan bagi program-program di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai, Selangor pada tahun lepas sedangkan pembekalan tersebut tidak dilaksanakan. Pertuduhan kes ini akan dibuat di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada pagi 3 November 2009 (hari ini).

Monday, November 2, 2009

MB MINTA JAIS JELASKAN

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menggesa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memberikan penjelasan yang munasabah kepada orang awam berkenaan kejadian penangkapan bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Ini kerana, pelbagai persoalan dan pertikaian timbul berikutan cara penangkapan itu dibuat, kata Khalid dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya hari ini.

Khalid mengulas penangkapan yang dibuat oleh sekumpulan pegawai Jais dengan bantuan polis ketika Asri sedang mengajar di sebuah rumah dekat Ulu Klang malam tadi.

Turut mendengar kuliah itu adalah Adun Hulu Klang, Saari Sungib dan ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamarudin.

Menurut Khalid, Kerajaan Negeri Selangor prihatin kepada pelbagai reaksi yang timbul daripada masyarakat umum berhubung dengan tangkapan yang dibuat oleh Jais ke atas Dr Mohd Asri atas alasan mengajar tanpa tauliah.

Kerajaan negeri telah dimaklumkan bahawa Jais - yang memiliki kuasa yang bebas dari kekangan Kerajaan Negeri dalam menguatkuasakan Eknamen Pentadbiran Agama Islam Selangor - sedang menyiasat perkara tersebut dan tiada sebarang dakwaan dikenakan sehingga kini.

SUMBER http://www.harakahdaily.net/

DR. ASRI DITANGKAP

Sepasukan anggota dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan polis telah menahan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin kira-kira jam 12.00 malam tadi. Dr. Asri ditahan di Taman Sri Ukay, sebaik saja beliau selesai menyampaikan kuliahnya.
.
Tangkapan itu dilakukan dipercayai berikutan dakwaan beliau mengajar tanpa tauliah dan ada kaitannya dengan sidang media semalam serta memo bantahan lantikan beliau selaku Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim). Terdapat juga berita penangkap itu yang mengaitkan Dr. Asri dengan fahaman Wahabi yang dikaitkan dengan beliau.
.
Semasa tangkapan, terdapat lebih 300 orang hadir mengikuti kuliah tersebut. Turut berada di tempat kejadian bagi mengikuti kuliah tersebut adalah Ahli Parlimen Ampang, YB Hjh Zuraida Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang, YB Hj Shaari Sungib. Suasana agak tegang apabila orang ramai dan para jemaah yang mengikuti kuliah terkejut dengan kehadiran sepasukan anggota polis yang ramai yang mengepung pekarangan rumah tersebut. Bagaimanapun, Ahli Parlimen Ampang, YB Hjh Zuraida berjaya meminta orang ramai dan pihak polis yang berada di situ untuk bertenang.
.
Adalah dipercayai Dr Asri telah dibebaskan dengan jaminan polis pada awal pagi tadi.

Sunday, November 1, 2009

KEADILAN UNTUK TIAN CHUA

Angkatan Muda PKR melancarkan kempen Keadilan Untuk Tian Chua hari ini.

Kempen ini sebagai tanda sokongan kepada Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang kini berdepan dengan hukuman penjara selama enam bulan dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret pada 22 Oktober lalu selepas didapati bersalah mencederakan seorang anggota polis dengan cara menggigit lengannya dua tahun lalu dalam satu perhimpunan di Bangunan Parlimen.

Beliau akan kehilangan jawatan sebagai ahli Parlimen memandangkan dalam Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, seorang ahli Parlimen yang dikenakan hukuman penjara lebih dari setahun atau denda melebihi RM2,000 akan digugurkan dari jawatannya. Bagaimanapun peguambela yang mewakili Tian Chua, Ranjit Singh dan Amer Hamzah Arshad telah memohon penangguhan hukuman sementara menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Tinggi.

Orang ramai boleh menyertai kelab penyokong Tian Chua di http://wwww.justice4tian.co.cc/
dan memakai lencana 'Keadilan Untuk Tian Chua'.

EZAM BERKOKOK LAGI

Oleh: WFAUZDIN NS

BEGITU lama kita tidak mendengar suara raja sesumpah. Selepas suara beliau tenggelam di Permatang Pauh, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Kuala Terenganu di dalam pilihanraya kecil yang menelanjangkan Umno, suara raja sesumpah berkeramat ini terus tenggelam. Mungkin menyedari ada benarnya setiap kali beliau menjejakkan kakinya ke mana-mana kawasan pilihanraya, pastinya mendatangkan `suwey' (malang/bala) buat Umno. Ada juga betulnya kerana apabila raja sesumpah yang juga dipanggil raja kotak ini tidak melibatkan diri, Umno mampu menang sepertimana di Bagan Pinang.

Baru-baru ini teragak pula beliau untuk bersuara walaupun tiada pilihanraya. Kali ini kerana meraikan sahabat lamanya iaitu Adun Pelabuhan Kelang YB Badrul yang keluar dari PKR dan menyokong Bn. Ahli Bebas tetapi sokong Bn, samalah juga dengan `mazhab' raja katak Ibrahim Pasir Mas. Tetapi, yang buat kita rasa Badrul ini sememangnya wajar keluar dari PKR adalah kerana beliau bukan seorang yang cerdik dalam berpolitik. Cara beliau memberi alasan untuk keluar dari PKR pun jelas menunjukkan Badrul ini kurang cerdik malah setaraf Ketua Umno Cawangan sahaja. Alasannya entah mana satu yang betul, sekejap kata tidak percaya kepada kepimpinan MB Selangor Khalid yang tidak membantunya menguruskan kemajuan di kawasannya. Katanya, peruntukan di Dun nya disekat malah dilantik pula wakil khidmat masyarakat yang lain di kawasannya seolah-olah beliau tidak berfungsi. Lepas itu, dikatakan beliau keluar dari PKR kerana yakin kesalahan moral yang dilakukan oleh DS Anwar. Pulak dah!!

Ezam raja sesumpah pun terikut menjadi bebal seperti Badrul. Dahulunya Ezam ini cerdik kerana bercampur dengan orang cerdik, tetapi kini menjadi sebaliknya. Tiba-tiba sahaja Ezam raja sesumpah menyerang DS Wan Azizah. Kita faham betapa kecewanya raja sesumpah setelah berbuih mulutnya menyerang DS Anwar tidak pernah dilayan oleh Ketua Pembangkang ini, kini beliau beralih arah untuk menyerang pemimpin wanita pula. Dayusnya raja sesumpah. Mungkin itulah lawannya sekarang. Tiada terdaya raja sesumpah untuk menandingi DS Anwar bekas gurunya, kini mencari wanita pula. Jika hujahnya itu benar-benar meyakinkan tidak mengapalah juga, tetapi hujahnya sama seperti hujah Dato' Nalla kawan karibnya. Siapa Ezam yang sudah bergelumang dengan Umno ini hendak bersuara pasal moral? Ezam bukan tidak nampak masih ramai pemimpin Umno yang terbukti melakukan rasuah yang masih memegang kuasa, tetapi Ezam butakan mata sebaliknya menuduh DS Wan Azizah yang tidak pernah mengusiknya itu. Kenapa Ezam tidak bicara pasal KM Melaka yang terbukti terlibat di dalam politik wang itu yang masih menjadi KM? Bagaimana cerita Ketua Pemuda Umno, KJ yang terlibat sama masih memegang jawatan Ketua Pemuda? Jelas, Ezam dibutakan matanya setelah berada dalam kotak Umno.

Untuk bicara soal moral, Ezam langsung tidak bermoral. Berjanji tidak akan sertai mana-mana parti politik termasuk Umno sewaktu beliau memimpin GERAK, kini apa yang Ezam lakukan? Dalam blog saya masih ada ucapan Ezam yang berjanji tidak akan sertai Umno, dengarkan sendiri dari mulut raja sesumpah ini. Sekejap-sekejap kata DS Anwar perosak perjuangan bangsa. Bila ianya tidak laku, tuduh pula DS Anwar ini atas salah laku moral. Bila ianya tidak laku juga, beralih pula kepada tuduhan kononnya DS Anwar memimpin PKR hanyalah untuk kepentingan DS Wan Azizah dan Azmin. Hujah itu pun masih tidak laku, maka Ezam beralih untuk menyerang DS Wan Azizah. Entah apa asas perjuangan Ezam kita pun tidak tahu. Perjuangan untuk Melayu? Islam dan moral? Rasuah? Jika itulah perjuangan Ezam, beliau silap tempat berada dalam kotak Umno.

Sekarang semua sudah kenal raja sesumpah ini. Beliau sebenarnya kecewa kerana sepanjang beliau berada dalam PKR sebelum itu KeADILan, parti ini tidak membangun seperti sekarang. Beliau keluar dari KeADILan (PKR) dan memasuki GERAK kononnya untuk melawan rasuah, kita ingatkan ramai yang akan menurut jejak langkahnya tetapi berapa orang yang ikut? Akhirnya beliau sendiri keluar dari GERAK dan masuk parti yang masih menyimpan pemimpin rasuah ini. Orang seperti inikah untuk bercakap soal moral? Beliau dan Dato' Nalla tuduh DS Anwar bermacam-macam kemudiannya suruh DS Anwar saman beliau dan Dato' Nalla. Apa dia ingat DS Anwar melatah dan terikut dengan kerja bodoh dia? Kita tahu orang itu mencuri, kita tuduh dia kemudian kita suruh dia saman kita. Bukankah itu kerja bodoh? Mengapa jika kita tahu siapa yang mencuri, ada bukti nyata pula, kenapa kita tidak lapor sahaja?

Saya yakin selepas ini raja sesumpah akan cabar DS Azizah saman dia selepas dia menuduh DS Azizah bermacam-macam. Itulah stail Ezam yang telah ketandusan idea untuk mencari sesuap nasi dalam politik barunya. Saya harap selepas beliau gagal untuk menyerang DS Wan Azizah, beliau jangan putus asa. Cubalah pula untuk menyerang YB Nurul Izzah pula kemudian suruh YB Nurul Izzah saman beliau. Mungkin boleh dibuat cerita tentang seorang `pemuda' yang memanjat tembok untuk memikat Nurul Izzah suatu ketika dahulu. Mungkin Sdr Lokman Noor Adam tersenyum dengan cerita `pemuda panjat tembok' ini. Siapa `pemuda' itu ya?

SUMBER http://wfauzdin.blogspot.com/

JALAN PINTAS PR CIPTA SEJARAH PRU13?

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Mempersiapkan segala persediaan awal untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13, dan semestinya bermula dari sekarang, dengan andaian ia tidak semudah Mac 2008, rasanya diterima semua pihak. Malah ada yang membayangkan kemungkinan pilihan raya diadakan lebih cepat daripada biasa, sebaik saja melepasi tempoh tiga tahun pertama sekiranya Najib Razak merasakan suasana dan persekitaran politik lebih memihak BN dan menyerkup Pakatan Rakyat.

Dalam situasi dan posisi Pakatan dilihat agak sukar, persiapan seharusnya lebih rapi dan sistematik, didahului kajian mendalam di lapangan, dan mengambil kira segala sumber kekuatan dan punca kelemahan.

Harus diingat, mood pengundi bukan dibentuk sekelip mata. Ia dibina, diperkukuh dan disuburkan melalui faktor sekeliling, juga sentimen serta 'gelombang' semasa, dan pastinya prestasi dan track record setiap calon atau parti yang bertanding. Setiap pihak berpeluang untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya, biarpun ruang demokrasi sengaja disempitkan. Apatah lagi dalam keadaan masyarakat yang semakin cerdik-pintar berpolitik,

Justeru, aktivis Pakatan tidak harus pesimis atau terlalu bimbang - walaupun tetap bersikap waspada dan hati-hati - dengan jangkaan bahawa rakyat akan kembali menyokong BN, selaras dengan hiruk-pikuk kononnya berlaku perubahan dalam Umno dan parti-parti komponen lain. Teori pendulum bukan kemestian, ia sekadar mahu merumuskan fenomena terdahulu, itu pun jauh dari kesempurnaan, sedangkan kini masyarakat sudah berubah dan semakin bijak menilai.

Kemenangan mudah BN tanpa dicabar sudah berakhir 10 tahun lalu, dan mungkin tidak berulang lagi, termasuk kepada apa jua parti pemerintah selepas ini. Pengundi menghayati konsep mereka sebagai raja dan tidak melepaskan peluang bagi menghukum siapa jua yang alpa. Rakyat juga seperti sudah memahami manfaat kebaikan sistem dua parti (biarpun ia belum terlaksana sepenuhnya), dan dijangka mereka akan memberikan peranan lebih besar buat pembangkang, tidak kira di Dun mahupun Parlimen. Semakin sengit parti-parti bersaing meraih sokongan dan berusaha menabur bakti sehebat mungkin, keuntungan akhirnya buat rakyat jua.

"Bagi saya mudah saja," kata seorang pensyarah sains kemanusiaan di sebuah IPTA bagi meredakan kerisauan saya dan menyangkal dakwaan PAS mungkin hilang sokongan dalam PRU13, "wakil rakyat Pakatan, khususnya PAS, mesti tunjuk teladan unggul, rajin menjenguk kawasan, kerap berdialog dengan masyarakat, selesaikan segera isu berbangkit terutama berkaitan kemudahan awam, tidak menumpukkan kekayaan peribadi, mudah didampingi, proaktif, memeriahkan kegiatan surau-masjid dan tidak bertangguh menangani masalah. Rakyat memerhatikan kita, dan tentunya tidak mudah termakan propaganda murahan jika kita sentiasa bergerak cergas bersama mereka, bukannya terpencil dalam kelompok elit." (Memang ungkapannya nampak mudah tapi tidak semestinya mudah untuk dilaksanakan terutama bagi mereka yang hanya mahu meraih keuntungan peribadi).

Tambahnya lagi, "Dan di negeri Pakatan, buktikan kita lebih bersih daripada negeri lain di bawah BN, sekurang-kurangnya lampu jalan menyala terang, jalan berlopak diturap cepat dan cantik, sampah diangkut ikut jadual, longkang tidak tersumbat, kawasan permainan terjaga. Jangan remehkan aspek-aspek itu." Dan, serentak dengan itu, ujar pensyarah berkenaan lagi, Pakatan akan lebih dipercayai, diakui tidak khianati amanah, sebaliknya berlaku adil, benci rasuah, membela orang susah dan memiliki sifat-sifat luhur lain. Oleh itu, katanya, usah risau sangat kita akan kalah sekiranya sudah cukup amal bakti kita kepada rakyat.

Dalam pada itu, surat dari Mohd Noor Jamil, Sg Siput (U) Perak kepada saya mengingatkan pemimpin Pakatan: "Tolong tonjolkan imej positif, tunjukkan persefahaman dan kerjasama erat kepada rakyat. Tolong buang sifat ego dan merasakan diri lebih baik daripada pihak lain. Dan tolong bantu rakyat dengan lebih berkesan, terutama di negeri Pakatan. Misalnya dari segi pemilikan aset, masih ramai rakyat hidup menumpang terutama di luar bandar dan estet. Usahakan pemberian tapak-tapak rumah jika tidak mampu menyediakan rumah ..."

Terselit juga SMS tanpa penama di telefon bimbit saya: "Antara aktor besar 2008 adalah Mahathir, kini beliau tak bersama kita lagi. Umno juga akan pastikan Anwar tidak berada di medan dalam PRU13 nanti. Bersedialah ..."

II.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mahu Harakah berperanan secara lebih berkesan bagi menepis dan menangkis tohmahan Umno-BN bahawa Pakatan Rakyat dan PAS mengetepikan, atau meminggirkan, Islam dan Melayu dalam pemerintahan dan perjuangannya. Umum mengetahui bagaimana hebatnya Umno mencanangkan - dengan mengemukakan 'fakta' palsu berkaitan kerajaan Pakatan di Perak dan Selangor - komitmen Islam PAS makin cair dalam usaha mengambil hati pemimpin DAP dan KeADILan. Dikhuatiri jarum halus Umno itu berjaya membuatkan pengundi Melayu hilang pertimbangan.

"Umno," kata Idris, "menegaskan Islam dan Melayu akan tergugat jika kuasa mereka hilang. Bagi mereka PAS-Pakatan tidak boleh melindungi Islam dan Melayu di negara ini. Hakikatnya, berdasarkan fakta, pemimpin Umnolah yang mengkhianati Islam dan Melayu. Lihat bagaimana Umno merobohkan masjid di Bujal, Kemaman. Kemudian menutup Surau Jubli Perak di Bangi, menutup surau di Seksyen Lapan dua mingggu sebelum Ramadan 2007 dan merobohkan surau di Kampung Berembang. Timbalan Presiden Umno kini, ketika itu Menteri Besar Johor mengubah cuti hujung minggu daripada Jumaat kepada Ahad, tapi sekarang masuk kampung menuduh PAS-Pakatan mengkhianati agama Islam."

Insya-Allah, secara bersiri Harakah bukan saja berusaha menyanggah tohmahan jahat itu, malah cuba menonjolkan 'jenayah' Umno terhadap agama Islam dan bangsa Melayu di negara ini, selama lebih 50 tahun memerintah. Sikap hipokrasi Umno, yang cuba berlagak sebagai juara agama, pembela bangsa dan pendokong raja mesti didedahkan secara meluas. Banyak fatwa yang diputuskan mufti, seperti larangan bertafakur dan meletakkan kalung bunga di Tugu Negara serta peraturan Jakim tentang panduan hiburan diketepikan begitu saja. Pemimpin Umno perlu bertanggungjawab atas kesalahan berganda itu, dan bukannya menyorok di sebalik lalang dengan memainkan sentimen dan emosi perkauman yang cukup berbahaya.

III.

Polis berkeliaran di sekitar 'zon perang' sidang Dun Perak, 28 Oktober lalu. Jumlahnya cukup ramai. Speaker V Sivakumar diperlakukan lebih kejam berbanding insiden 7 Mei lalu; kali ini jubah dan songkoknya dirampas, selain perutnya dihentak dan lehernya dicekik. Ganas dan memalukan. Adun Pakatan terpaksa melalui lima sekatan. Helah agar tidak dapat sampai sebelum jam 10 pagi. Bajet negeri Perak 2010 diluluskan secara tergesa-gesa, paling singkat dalam sejarah.

Aksi BN yang kemaruk kuasa itu belum berakhir. Begitu juga dengan usaha membubarkan Dun. Lebih penting, rakyat harus mendapat maklumat benar dan faham realiti termasuk dari sudut perundangan. Jaringan informasi harus lebih efisyen. Dan usah lupa, sentimen kaum cukup marak dalam pergolakan politik Perak. Nizar dan teman-teman harus mengharunginya dengan tabah, bijaksana dan berbekalkan stamina panjang. Aktivis Pakatan mesti lebih bersiap siaga. "Saya takut jika Dun betul-betul dibubarkan nanti, momentum kita sudah luntur," bisik seorang wartawan sambilan di Ipoh.

SUMBER http://www.tranungkite.net/v10/

RPK BANTU BADRUL HISHAM

Oleh Raja Petra Kamarudin

Buat pertama kali saya berjumpa dengan Badrul Hisham Abdullah adalah pada Februari 2008. Saya berjumpa dengannya kerana jemputan daripada Ronnie Liu. Ronnie Liu akan bertanding di DUN Pandamaran yang berada dibawah Kawasan Parlimen Port Kelang, manakala Badrul Hisham Abdullah juga bertanding di DUN Port Kelang yang bersebelahan dengan Pandamaran yang juga berada dibawah Kawasan Parlimen Port Kelang. Maka untuk memastikan Charles Santiago memenangi Kawasan Parlimen Port Kelang, kemenangan Ronnie Lie dan Badrul Hisham Abdullah adalah sangat penting.

Saya tidak risau dengan DUN Pandamaran kerana Ronnie telah berkerja kuat dan menghabiskan banyak masa untuk membina kubunya disana. Kami percaya Ronnie boleh memenangi kawasan itu tanpa sebarang masalah. Tapi Port Kelang merupakan perkara lain, adalah menjadi satu tugas yang susah untuk memenangi kawasan itu.

Pertama, siapa yang kenal Badrul Hisham Abdullah. Kedua, kawasan tersebut merupakan kubu kuat Barisan Nasional kerana penduduk Melayu dari Kampung Raja Uda telah mengundi UMNO sejak dari Merdeka lagi. Penduduk Kampung Raja Uda tidak pernah mengundi pembangkang dan Badrul Hisham Abdullah tidak mungkin akan memenangi kawasan itu melainkan penduduk kampung itu mengundinya.

Untuk memastikan kememangan Badrul Hisham Abdullah, Ronnie telah berkempen untuknya dan meminta saya supaya berjumpa dengan penduduk Kampung Raja Uda. Untuk memastikan kememangan Badrul Hisham Abdullah, kita harus mendapat undi Melayu dari Kampung Raja Uda kata Ronnie. Undi orang Cina dan India bukan masalah besar. Sekiranya kita tidak mendapat undi dari kalangan orang Melayu kerana orang Melayu merupakan majoriti disana, walaupun kita mendapat 100% sokongan daripada orang Cina dan India, itu tidak menolong. Bahkan kita tidak mungkin memenangi 100% undi daripada orang Cina dan India.

Ronnie telah mengadakan ceramah untuk saya di Kampung Raja Uda. Mesej saya kepada pengundi Melayu di Kampung Raka Uda adalah ringkas dan tepat pada mesej. Hujan lebat pada hari itu dan kesemua pengundi Melayu basah kuyup kerana hujan. Jadi adalah lebih baik saya berceramah tepat kepada mesej supaya mereka tidak perlu bermandikan hujan.

Pembangkang tidak pernah menang undi dari Melayu di Kampung Raja Uda sejak Merdeka lagi, saya kata. Melayu selalu mengundi parti pemerintah. Ini adalah kali pertama saya meminta pengundi Melayu untuk mengundi pembangkang, saya kata. Kampung ini, Kampung Raja Uda dinamakan sempena dengan nama Datuk saya iaitu Raja Tun Uda. Saya selalu bersinggah disini semasa Hari Raya pada waktu saya masih kecil lagi kerana saudara mara saya tinggal disini walaupun banyak yang telah berhijrah keluar dari sini.

Sekiranya pengundi Melayu disini masih memilih parti pemerintah dan bukannya pembangkang, saya mahu mereka supaya menukar nama Datuk saya dari nama kampung ini. Sebut saja apa nama janji bukan Kampung Raja Uda. Sekiranya parti pemerintah menang lagi di kawasan Kampung Raja Uda maka saya bersumpah saya tidak akan pijak lagi ke tanah kampung ini.

Ketika pada hari mengundi, Badrul Hisham Abdullah telah memenangi kerusi Port Kelang, buat pertama kali dalam sejarah, Kampung Raja Uda telah memilih pembangkang. Tetapi semasa pengumuman kememangan calon, Badrul Hisham Abdullah tidak kelihatan. Mereka bergegas ke rumahnya untuk memastikan sama ada dia berada di rumahnya atau tidak. Mereka mengetuk pintunya tapi nampaknya tidak sebarang balasan dari dalam. Mereka mengetuk lagi pintu lalu Badrul Hisham Abdullah yang kelihatan baru bangun dari tidur datang ke mereka. Dia tidur. Semasa pengiraan undi dibuat dia tidur di rumahnya pula.

Badrul nampaknya masih tidak sedar diri. Kamu menang, mereka memberitahunya. Cepat menukar pakaian dan pergi ke pusat kira undi sekarang. Mereka memerlukan anda untuk diisytiharkan anda sebagai pemenang.

Badrul diam. Cepat, tukar pakaian. Kamu menang. Kamu perlu pergi ke tempat kira undi sekarang.

Saya memang? Badrul tak percaya dengan apa yang dia dengar.

Ya, kamu menang, cepat, ikut kami. Anda perlu berada di sana.

Tanda-tanda yang aneh dengan orang ini jelas terbukti pada hari pencalonan lagi dan Ronnie telah memberitahu saya dia agak risau dengan orang ini. Dia pergi ke pusat penamaan calon tanpa membawa wang jadi tidak mungkin untuknya membayar deposit. Maka mereka telah bergegas untuk mengumpulkan wang untuknya supaya dia dapat dicalonkan.

Setelah Badrul telah dilantik sebagai ADUN, dia menghilangkan diri. Daripada menghabiskan masa bersama dengan ADUN dan MP Pakatan Rakyat, dia lebih suka untuk menghabiskan masa makan malamnya dengan oranh-orang UMNO dan menjauhkan diri dari kawannya di Pakatan Rakyat.

Saya pernah memberitahu Nik Nazmi, iaitu setiausaha politik kepada Menteri Besar, tentang masalah Badrul pada pertengahan 2008 lagi. Saya kata mungkin kita akan 'kehilangannya'. Dan sebenarnya kami memang kehilangannya beberapa hari selepas pilihan raya umum 8 Mac 2008.

Nik Nazmi mengatakan kepada saya bahawa mereka menyedari masalah ini. Tapi tiada apapun usaha dilakukan dan sekarang masalah telah datang kembali ke PKR dan Pakatan Rakyat.

Itu adalah kisah Abdullah Badrul Hisham, calon PKR untuk kerusi DUN Port Kelang dimana pada hari penamaan calon, dia tidak membawa wang untuk membayar depositnya, dan pulang ke rumahnya dan tidur sementara pengiraan undian sedang berjalan lancar, dan yang nyaris 'menyertai' UMNO beberapa hari selepas beliau memenangi pilihanraya.

Ketika pertama kali kami bertemu dengan Badrul, isteri saya kata, oh Tuhan, PKR tidak mempunyai calon lain untuk dipilih? Secara jujur, isteri saya kata, bahkan aku tidak akan memilih dia. Bagaimana pula kita mengharapkan masyarakat setempat untuk memilih dia?

Saya rasa anda mungkin calon yang jauh lebih baik jika dibandingkan dengan Badrul, aku memberitahu isteri saya.

Itu sangat menghina, jawab isteri saya. Kenapa anda membandingkan saya dengannya? Bahkan saya tidak percaya padanya walaupun untuk memotong rumput, apatah lagi meminta dia menjadi Wakil Rakyat saya.

Ya, itu adalah pendapat isteri saya. Dan Ronnie mengatakan kepada saya pada bulan March 2008 yang kita akan menghadapi sedikit masalah dengan Badrul. Kami percaya dia sudah melompat lebih daripada setahun yang lalu. Apa yang kami terkejut ialah hal ini telah mengambil masa yang begitu lama untuk terjadi. Dan apa yang paling mengejut ialah kenapa PKR tidak mengambil sebarang tindakan walaupun mengetahui semua ini?

Itu adalah kisah PKR. Dan ada banyak lagi orang-orang seperti Badrul Hisham Abdullah yang bersembunyi di PKR. Aku hanya bertanya-tanya bila akan terjadinya lagi perkara seperti kes Badrul.

PKR mula dilihat sebagai parti gurauan. Tetapi gurauan ini tidak melucukan. Kami telah berkempen dan meminta para pengundi supaya mempercayai kami untuk mengundi pembangkang. Saya juga turun ke padang secara peribadi untuk merayu para pengundi untuk mempercayai saya dan mengundi pembangkang. Adakah kita telah merosakkan kepercayaan itu? Adakah pengundi masih akan percaya pada saya lagi?

Itu yang saya hendak menyampaikan, itu adalah tragedi terbesar buat kita semua.

SUMBER gomalaysian.blogspot.com