Oleh Sofi Wahab
Mengapa begitu lama masa diambil SPR untuk menentukan kedudukan kerusi DUN Kota Seputeh sedangkan ianya sudah jelas kosong sebagaimana pemberitahuan dari Speaker DUN Kedah, Datuk Abdul Isa Ismail. Kelewatan SPR membuat pengumuman tentang kedudukan DUN tersebut menimbulkan pelbagai reaksi dan spekulasi.
Apa yang ditakutkan SPR sehingga mengambil masa yang begitu lama?Ada udang di sebalik mee ke?
Pengerusi SPR sila jawab persoalan yang ditimbulkan oleh rakyat berhubung isu ini dengan segera. Apakah SPR mengambil kira perkara di bawah ini?
Mendapat lampu hijau dari BN.
Memberikan masa untuk BN bersedia.
Melakukan pelbagaikan persediaan untuk kepentingan BN????
Semuanya bermain di kepala rakyat.
0 comments:
Post a Comment