THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, January 23, 2010

PERUNDING IMEJ NAJIB

APCO Worlwide, sebuah syarikat yang di bayar oleh Perdana Menteri untuk meningkatkan imej beliau yang semakin luntur, didakwa menawarkan perkhidmatan yang serupa kepada diktator dan pemimpin-pemimpin korup diseluruh dunia, demikian menurut The Times Of India.

Akhbar terkemuka tersebut baru-baru ini melaporkan, selain daripada Najib, syarikat yang berpengkalan di Washington itu juga memberikan perkhidmatan kepada Diktator Nigeria, Sani Abacha dan Presiden seumur hidup Kazakhstan, Nursultan Abishuly Nazarbayev.

Pelanggan-pelanggan APCO juga termasuk jutawan Mikhail Khodorkovsky, yang merupakan seorang pemimpin muda dari Parti Komunis Rusia dan mempunyai kaitan dengan mafia.

The Times of India juga melancarkan siasatan terhadap APCO Worlwide selepas mendapati Ketua Menteri Gujarat, Narendra Modi juga merupakan pelanggan syarikat tersebut.

Narendra didakwa menjadi penyebab kepada pergaduhan ugama pada Februari 2002, dimana 1,000 terbunuh, majoritinya orang-orang Islam. Kerajaan Negeri Gujarat membayar APCO Worldwide untuk memulihkan imej Narendra, dengan bayaran sebanyak US$25,000 sebulan.

“Walaupun perkhidmatan APCO tiga kali lebih mahal dari firma-firma PR yang lain, APCO dipilih kerana ia mempunyai ramai ahli-ahli Democrat dan Republican yang berkhidmat sebagai perunding.

Kerajaan Malaysia dipercayai telah memilih APCO dengan kontrak bernilai RM20 juta sebaik saja Najib menjadi Perdana Menteri.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1984, APCO Worldwide merupakan syarikat komunikasi global dengan jaringan ke 25 ibukota ternama di dunia. Pelanggan mereka termasuk kerajaan, syarikat-syarikat korporat, pertubuhan industri dan agensi-agensi yang tidak berasaskan keuntungan.

APCO Worldwide telah pun mempunyai pejabat di Kuala Lumpur pada 1 September 2009 selepas perjanjian yang ditandatangani dengan kerajaan Najib.

Diantara penasihat utama APCO ialah pakar-pakar yang pernah berkhidmat dengan rejim Zionis Israel. Mereka termasuk Shimon Shein, bekas duta Israel ke Jerman. Itamar Rabinovich, bekas Duta Israel ke US dan Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Agensi Keselamatan Israel.

KESAN RANTAIAN KENAIKAN HARGA PETROL

Zaman inflasi tinggi kian menjelang, apabila harga petrol dan tol dijangka melonjak, menjejaki langkah kenaikan harga gula dan roti. Pengumuman kerajaan pada awal tahun ini, bahawa sistem "dua harga petrol" akan dilaksanakan pada 1 Mei, ditambah pula beberapa lebuh raya yang akan dikaji semula harga tolnya pada Januari tahun ini, dijangka akan menambah beban rakyat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan pada 7 Januari, bahawa kerajaan akan memperkenalkan satu mekanisme harga petrol untuk memastikan subsidinya hanya dinikmati mereka yang berpendapatan rendah, atau betul-betul memerlukannya.

Harga petrol pastinya naik

Mereka yang menikmati subsidi bahan api ini akan membeli minyak dengan harga selepas ditolak subsidi, sementara mereka yang tidak lagi layak untuk menikmati subsidi, perlu membayar mengikut harga pasaran tanpa subsidi.

Menurut Ismail Sabri Yaakob (gambar kanan), subsidi kerajaan untuk petrol RON95 buat masa ini adalah 30 sen/liter, lantas menurunkan harga minyak ini kepada paras RM1.80/liter. Dengan kata lain, rakyat tempatan mahupun warga asing yang tidak layak menikmati subsidi, akan membeli petrol dengan harga RM2.10 atau lebih tinggi.

Walaupun golongan berpendapatan rendah masih terlindung dengan subsidi menurut Ismail Sabri Yaakob, namun arus inflasi dijangka tidak dapat terelak lagi. Jika ditinjau dari pengalaman lalu, setiap kali kenaikan harga minyak akan memberi tekanan dari segi inflasi kepada semua lapisan masyarakat.

Misalnya, apabila harga minyak antarabangsa melonjak kepada US Dollar 130 pada tahun 2008, kerajaan Malaysia telah menaikkan harga minyak dari RM1.92 kepada RM2.70, bersamaan 78 sen atau 40.6%. Lantaran itu, kadar inflasi yang berada di bawah paras 3% pada awal tahun, telah melonjak kepada 8.5% pada Julai.

Menurut maklumat dari Kementerian Kewangan, sewa rumah, bekalan air dan elektrik, gas semula jadi dan bahan api yang lain mencakupi nisbah 21.4% dalam Consumer Price Index (CPI).

Kesan Inflasi daripada kenaikan harga minyak

Pada hakikatnya, kesan yang paling besar terhadap inflasi bukannya datang dari harga minyak, tetapi kesan rantaiannya, khususnya dalam sektor pengangkutan dan makanan. Antaranya, kadar inflasi mencecah kemuncak 8.5% pada Julai 2008, disebabkan kos pengangkutan yang melonjak secara mendadak sebanyak 22%. Kos pengangkutan mencatat 15.9% dalam CPI, malah sektor pengangkutan mencecah 41% dalam kepenggunaan sumber tenaga negara. Pendek kata, naik turunnya harga minyak memberi kesan yang besar terhadap sektor pengangkutan.

Pada masa yang sama, produk komersial dan perkhidmatan dalam setiap lapisan ekonomi melibatkan pengangkutan, yang membawa kesan rantaian terhadap semua keperluan harian, termasuklah makanan, pakaian, sehinggalah barang kehendak seperti kereta, rumah dan sebagainya.

Jikalau ditambah makanan dan minuman bukan alkohol (31.4%), pengangkutan (15.9%), dan sewa rumah, bekalan air dan elektrik, bahan api yang lain (21.4%), kesemuanya mencatat jumlah 68.7% daripada CPI.

Ringkasnya, apabila harga minyak bertambah dari RM1.80 kepada RM2.10, kos tambahan yang ditanggung oleh rakyat bukan hanya 30 sen/liter, tetapi inflasi yang berlaku berikutan kesan rantaian kenaikan harga minyak.

Inflasi lebih tinggi daripada perangkaan rasmi

Pada hakikatnya, inflasi yang menimpa rakyat sebenarnya lebih tinggi daripada perangkaan rasmi yang diumumkan. Misalnya, perangkaan rasmi yang diumumkan pada Julai 2008 adalah 8.5%, setelah kenaikan harga minyak secara mendadak dari RM1.92 kepada RM2.70.

Namun demikian, perangkaan yang tidak rasmi menunjukkan kos pembekal bahan mentah melonjak 10-20%, malah harga makanan di warong melonjak dalam lingkungan 25-40%. Bahkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga menaikkan harga elektrik pada kadar 26%, tahun 2008 dengan alasan penambahan kos bahan api.

Ketika ditemuramah, Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA) menyatakan kenaikan harga minyak melambungkan kos pengangkutan, menjurus kepada kenaikan harga bahan mentah dan berakhir dengan kenaikan harga makanan. Oleh itu, peniaga warong terpaksa menaikkan harga.

Secara puratanya, rakyat Malaysia membelanjakan 40% pendapatannya untuk makanan. Kenaikan harga minyak telah menyebabkan mereka berbelanja lebih (lebih daripada 50%) untuk makanan. Antaranya, disebabkan ketidaksempurnaan sistem pengangkutan awam, penduduk bandar perlu bergantung kepada kereta untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

Hidup semakin menyempit apabila kebanyakan penduduk bandar makan di luar, secara langsung telah menjadi golongan yang paling merasai bahang inflasi. Seandainya dikira mengikut pendapatan RM2,500 sebulan, kenaikan harga minyak dari RM1.80 kepada RM2.10 akan melonjakkan perbelanjaan petrol golongan menengah ini sebanyak 17%; ditambah pula kenaikan harga makanan sebanyak 5-10%. Jelas, pilihannya makin kurang, dengan pendapatan yang terhad ini.

SUMBER http://merdekareview.com/

JADI AHLI UMNO UNTUK KERJA

Surat tawaran untuk bekerja di sebuah anak syarikat kerajaan negeri Melaka sudah diperolehi. Tetapi ada satu lagi syarat yang mesti dipenuhi ialah mereka mesti menjadi AHLI UMNO jika tidak surat tawaran itu akan ditarik balik.

Begitulah hebatnya negeri maju Melaka mentadbir syarikat milik kerajaan negeri. Syarikat milik kerajaan dijadikan seolah-olah milik Umno. Hendak bekerja di syarikat terbabit mesti ahli Umno, bercakap nada Umno, tindakan macam orang Umno, bernafas dengan bau Umno, tarik dan hembus nafas mesti ingat Umno. Malah darah pun kalau boleh warna merah kuning bendera Umno dan darah mesti cap dacing atau berlambang Umno.

Itulah nasib 40 orang pekerja baru sebuah syarikat milik kerajaan negeri yang dijadualkan memulakan tugas pada 1 Febuari ini. Tetapi sebelum mendaftar pada 1 Febuari ini mereka mesti menunjukkan bukti bahawa mereka ahli Umno jika tidak surat tawaran tersebut ditarik balik.

Kepimpinan syarikat dan kerajaan negeri seolah-olah menjadikan syarikat tersebut milik Umno. Hal ini sebenarnya sudah lama berlaku di negeri Melaka ini. Pimpinan Umno dan BN negeri ini sudah lama menjadi kerajaan negeri dan anak syarikat kerajaan negeri macam harta mereka sendiri. Apa sahaja yang mereka ingin lakukan mereka boleh buat sesuka hati bermaharajalela tanpa batasan dan rasa takut kepada Allah.

Tetapi saya ingin ingatkan diri saya sendiri bahawa kita tidak sentiasa muda dan berkuasa ada lagi Yang Lebih Berkuasa di atas sana. Suatu hari kita semua akan tua dan kuasa yang ada pada kita akan hilang. Yang kekal hanya 'rumah' beralamat No 2, Jalan Bawah yang dalamnya tidak lebih dari 6 kaki dan lebarnya mungkin 2-4 kaki. Semua kita akan menghuni rumah seperti itu. Jadi sebelum kita melakukan sesuatu perkara ingatlah .....insaflah .....marilah sama-sama kita takut kepada doa orang yang kena zalim ......

SUMBER http://www.mindarakyat.com/v1/


MELAYU PATUT DAH PUPUS?

Saya bercakap dengan seorang Orang Medan semalam. Antara topic yang diperbincangkan adalah topik “Orang Melayu di Riau”. Saya diberitahu bahawa sekiranya kita ke Riau hari ini, kita sudah tidak nampak lagi orang MElayu. Di Riau, bangsa yang kita biasa jumpa samada Bangsa Jawa ataupun Bangsa Minang. Orang Melayu di Riau samada tinggal jauh terpinggir di ceruk-ceruk desa ataupun mereka sendiri sudah buang bahasa dan identity mereka.

Ia berkaitan dengan polisi “Penempatan Semula” Suharto dahulu, dimana untuk menyelesaikan masalah kepadatan penduduk yang tidak sekata, maka orang-orang Jawa dan Minang serta Sunda diberikan insentif oleh Suharto untuk berhijrah. Antara tempat yang mereka berhijrah adalah Riau. Orang Riau tidak menentang usaha Suharto ini. Malahan, mereka menerima dengan hati terbuka. Setelah beberapa dekad, bangsa luar Melayu ini TELAH MENGAMBIL ALIH Pulau Riau dan menjadikan identity MElayu di sana hampir pupus.

Sesiapa ke Riau, yang kita jumpa hanya orang2 yang bercakap loghat Jakarta atau Minang. Dah takda kedengaran orang yang bercakap macam orang Johor kerana mereka telah disisihkan.

Perkara yang sama juga berlaku di Singapura. Lihat bagaimana Pulau Singapura berjaya dicuri oleh bangsa lain dari orang Melayu. Dan Melayu Singapura TIDAK PERNAH MELAWAN. Tapi itulah sebenarnya realiti sebenar orang Melayu. Mereka tidak mahu melawan. MEreka tidak mahu memperjuangkan hak mereka sendiri. Mereka takut susah. Mereka tiada maruah untuk mempertahankan hak mereka dari diancam.

Tak hairan di Malaysia, orang Melayu terus-terusan bersama UMNO walaupun UMNO terus menerus merompak mereka. Orang MElayu hanya menerima dengan redha. Sekurang-kurangnya orang Red Indian di Amerika pun bangun memberontak walaupun kalah. Orang Melayu jangan haraplah kita nak tengok ada semangat perjuangan dalam hati mereka. Kalau nak kata 13 Mei, di Kampung Baru waktu berlaku 13 Mei majoriti yang terlibat adalah dari bangsa Minang bukan bangsa Melayu. Dato Harun pun orang Bugis.

BERBEZA DENGAN ACHEH

Program yang sama cuba dijalankan oleh Suharto di Acheh. Namun, orang Acheh sanggup mati dari menyerah begitu sahaja kepada kehendak Suharto laknatullah itu. Mereka berjuang selama 40 tahun lamanya dan akhirnya mereka diberi status istimewa yang sebenar dan mampu mempertahankan hak serta identity Acheh yang sebenar.

Acheh mempertahankan hak dan kedudukan bangsa mereka. Mereka tidak rela bangsa lain memijak-memijak mreka. Mereka tidak rela sama sekali hak mereka dirampas dan bangas mereka ditendang dan dihina seperti yang berlaku pada orang Melayu di Riau. Dan Allah SWT mengkabulkan doa dan usaha mereka kerana mereka berjuang hak dan identity mereka. Mereka juga menjadikan AGAMA ISLAM sebagai pegangan utama mereka.

MELAYU SINGAPURA PUN DAH HANCUS

Melayu Singapura pun dah jadi macam tiada. Walaupun dalam Perlembagaan Singapura, hak istimewa orang Melayu Singapura dinyatakan dengan jelas, tapi Melayu Singapura tak berani nak memperjuangkan hak mereka sendiri.

Padahal hak istimewa orang Melayu Singapura ternyata jelas dalam Perlembagaan Singapura sendiri. Begitulah lemahnya perjuangan kebangsaan Melayu ini. Tidak mampu memperjuangkan hak yang sudah jelas termaktub sebegitu.

PERJUANGAN UMNO ADALAH PERJUANGAN SIA-SIA

Bagi saya UMNO dicipta oleh mereka yang dilatih British. British mahu supaya orang Islam dan orang MElayu terus-menerus lemah. Maka, ideologi kebangsaan Melayu dijadikan fahaman politik serta UMNO menjual fahaman kebangsaan Melayu kepada orang Melayu.

Hasilnya, Melayu terus menerus lemah dan tidak ada semangat untuk berjuang serta melawan kezaliman dan penindasan. UMNO terus melemahkan pemikiran orang Melayu dan pada waktu yang sama, UMNO terus merompak kekayaan negara. Memang perangai Melayu, suka jadi kaya tanpa berusaha dengan keras. Benda tu kita tengok banyak dalam UMNO.

PERANGAI MELAYU AMAT DISUKAI UMNO

Lumrah alam, kalau satu perkara itu berharga, kita mesti berlawan dan berusaha keras untuk mendapatkannya. UMNO melatih orang Melayu supaya jangan melawan dan jangan berkeras kerana mengikut lunas-lunas Melayu.

Apabila ada orang mula mempersoalkan kesalahan serta kemunafikan pemimpin-pemimpin UMNO, maka semboyan PERPADUAN ditiup. Ini supaya, mereka yang menyuarakan kebenaran akan dilihat sebagai menentang perpaduan.

Perangai Melayu yang hanya “mengikut sahaja” ini merugikan orang Melayu terutamanya dalam bidang ekonomi. Orang yang hanya mengikut sahaja tidak akan maju sama sekali.Tak hairanlah penglibatan Bumiputra dalam perniagaan amat rendah sekali. Terima kasih UMNO.

UMNO tidak mahu orang Melayu ada semangat kepahlawanan, semangat melawan, semangat berjuang. Ini kerana mereka tidak mahu orang Melayu melawan UMNO. Mereka mahu UMNO kekal bodoh dan lemah supaya mudah diperkotak katikan.

MELAYU TAK SUKA BERJUANG DAN BERSUSAH PAYAH

Kita tak boleh marah Singapura dan Riau dicuri dari orang Melayu. Sesiapa yang kerja kuat dan mempunyai kemahuan, makan mereka akan dapat. Itu adalah Sunnatullah dan itu adalah hukum yang setiap orang islam harus ikuti.

Bagi saya, menubuhkan parti yang berasaskan Melayu hanya akan MENGHANCURKAN orang Melayu sendiri. Buat apa menyebarkan budaya Melayu yang telah rosak dan lemah kepada keseluruhan bangsa-bangsa lain di Malaysia.

Lebih baik kita ikut contoh tauladan bangsa Bugis kerana mereka kuat berjuang atau bangsa Jawa yang kuat bekerja atau bangsa Minang yang kuat meniaga. Buat apa kita berbangga dengan bangsa Melayu yang hanya kuat menghilangkan hak mereka tanpa berperang.

Patutlah hanya Tun Hussein Onn sahaja Perdana Menteri kita yang benar-benar bangsa Melayu. Tunku – orang Siam. Tun Razak dan Najib – Bugis, Mahathir – Mamak. Kalau Melayu terus menerus jadi Perdana Menteri, dah lama dah bangsa-bangsa lain di Malaysia ni kena jual jadi hamba abdi.

Kalau RUMPUN MELAYU nak bangun kembali mesti atas dasar Islam yang 100% mengikut Al Quran dan Sunnah dan tidak mengikut adat resam orang Melayu.

Wallahualam bissawab

Tulang Besi

SUMBER http://www.malaysiawaves.com/

Monday, January 18, 2010

POLICE CARS - JUST RELAX

If you don’t know what type of cars other countries used as their police cars, then you must take a look on the pictures below. Don’t be surprised to see most of the countries are using sports cars as police cars because they need to run faster than anybody else. By the way, I love Malaysia’s police cars; it shows that the criminals in Malaysia are driving slower than police car… enjoy reading!

Germany: Brabus CLS Rocket With 730hp from a twin-turbo V12 and a top-speed of 225.19mph, the Brabus CLS Rocket Is currently the world’s fastest legal sedan.

Germany: Porsche 911 CarreraThe Porsche 911 Carrera S has been extensively modified by TechArt for its role as a police car. With a 5 liter V10 and 500hp it’s capable of over 186 mph and sprinting to 60 mph in just 4.5 seconds.

Italy: Lamborghini Gallardo

Lamborghini donated one of these beauties to the Italian Police back in 2004.. They probably liked it as they Purchased another one a year later for around $166,000. Top speed: 190mph. Powered by a 5 liter V10 with 500hp.


Italy: Smartï

Not quite a supercar, but I bet chases on the narrow streets of Rome are much more interesting since the Italian Police got this.


USA: Dodge Magnum

Michigan Police acquired an entire Magnum fleet (they could be used as rams by their looks)

USA : Dodge Viper




Texas ‘ way of welcoming visitors


USA : Corvette C5



USA : Ford Mustang




UK : Lamborghini Gallardo
Similar to the Italian Police Gallardo, just with a crappy paint job


UK : Lotus Exigeï

The Exige is a lightweight, high performance car that accelerates from 0 to 60 faster than typical V8 cars and yet only uses around 5 liters / 100 km.

USA : Hummer H2

700hp Hummer powered by a 7.0L s upercharged V8 for a sheriff in Texas


Australia : Holden VE Commodore


Australia : Alfa Romeo GT


Japan : Nissan Skyline GT-R


China : Hummer (It just has to be a replica)


Canada : Jaguar S Type


Bulgaria : Porsche 911

Holland : Spyker C8 Spyder

406hp and a V8 with Lamborghini doors. Maximum speed: 186mph

Saudi Arabia : Lamborghini Gallardo

Yet another Gallardo with a better paint job than the British version.

and last but not least, Malaysia : police van

Sunday, January 17, 2010

PERUNTUKAN - BN KHIANATI PERSEKUTUAN

Isu diskriminasi Kerajaan Persekutuan menyekat peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat jelas mengingkari amalan federalisme negara ini. Setiausaha Politik Menteri Besar, Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan pemimpin Umno-Barisan Nasional berfikiran jumud dan kolot hingga sanggup mempolitikkan isu peruntukan yang akhirnya menindas kebajikan rakyat selaku pembayar cukai. Sebaliknya peruntukan itu disalahgunakan apabila disalurkan terus kepada parti Umno-BN sekaligus membantutkan usaha kebajikan rakyat terbabit.

“Wang yang disalurkan oleh kerajaan itu bukannya wang parti, tetapi wang rakyat, dan ini bertitik tolak daripada perkara yang lebih asas lagi iaitu tentang isu pembiayaan politik dan sebagainya di Malaysia masih lagi tidak ada peraturan yang jelas, dan sebab itu hari ini disalurkan dalam peringkat parti,”katanya.

Bercakap kepada TV Selangor semalam beliau menambah Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor bersikap profesional dalam pengagihan peruntukan negeri tanpa mengira kerajaan mahupun pembangkang. Ini kerana Pakatan Rakyat sentiasa mendukung perlembagaan negara demi kesejahteraan rakyat tanpa mempunyai sebarang kepentingan tertentu sepertimana yang diamalkan Umno-BN.

“Jadi kita bersedia sekiranya Ahli Parlimen kita misalnya menerima saluran daripada kerajaan pusat saya rasa tidak ada masalah kita akan terus serta merta kita akan bagi sama semua wakil rakyat yang ada di negeri Selangor bantuan tersebut,” katanya. Nik Nazmi kesal sikap kerajaan persekutuan berpolitik kesukuan kerana tiada kawalan terhadap pembiayaan politik di negara ini.

Selain peruntukan, keengkaran mereka menyerahkan royalti sumber galian seperti petroleum di Kelantan jelas menafikan hak kerajaan negeri sekaligus merencatkan pembangunan prasarana dan kebajikan rakyat terbabit. “Isu paling jelas, paling ketara permainan politik ialah isu royalti, yang mana kalau kita lihat bagi pihak sebelum ini dalam hansard pun Tun Razak dan sebagainya memaklumkan bahawa kerajaan negeri berhak terhadap royalti minyak,” katanya.

Nik Nazmi membidas kerajaan pusat kerana tidak menghormati kerajaan berperlembagaan sekaligus menafikan kedaulatan Raja-Raja yang memerintah negeri-negeri kerana menyekat peruntukan. “Saya fikir kalau dibawa ke mahkamah dan sebagainya kerajaan negeri mempunyai hak yang jelas dan sebab itu kerajaan persekutuan begitu risau tentang tindakan mahkamah yang diambil oleh kerajaan Terengganu di bawah PAS terhadap kerajaan persekutuan dalam isu royalti minyak ini,” katanya.

Menurutnya, Pakatan Rakyat tetap memperjuangkan kepentingan hak rakyat dengan mengembalikan kuasa semua negeri menuntut royalti dan peruntukan yang wajib disalurkan oleh kerajaan persekutuan

http://anwaribrahimblog.com/2010/01/17/umno-bn-langgar-federalisme-biadap-terhadap-raja-raja-isu-peruntukan/

PRESIDEN PARTI MAKKAL SAKTI KENA PECAT

Jawatankuasa siasatan Parti Makkal Sakti Malaysia (MMSP) hari ini membatalkan keahlian Presidennya, RS Thanenthiran selepas beliau gagal menjawab beberapa tuduhan terhadapnya.

Thanenthiran tidak hadir dalam mesyuarat yang diadakan di ibupejabat parti itu di Shah Alam. Keputusan tersebut dibuat oleh 14 daripada 27 ahli jawatankuasa pusat selepas sejam bermesyuarat. Baki 13 ahli lagi tidak hadir.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Timbalan Presiden MMSP, A Vathermurthy mendakwa enam daripada 13 ahli jawatankuasa yang tidak hadir itu, adalah atas pagar dan tujuh lagi menyokong presiden.

Di akhir mesyuarat tersebut, Naib Presiden, Ramesh yang juga saudara lelaki Thanenthiran, tiba di ibupejabat MMSP. Menurutnya, mereka tidak mengiktiraf apa keputusan tersebut kerana keputusan muktamad hanya boleh dibuat oleh Pendaftar Pertubuhan.

MMSP yang menyokong BN dilancarkan Oktober lalu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

SUMBER http://www.malaysiakini.com/

GUNA NAMA ALLAH

Oleh mohdnoorawang

"Isu kalimah atau perkataan ALLAH menjadi lebih rumit. Ada dua set peraturan untuk guna pakai perkataan ALLAH di Malaysia. Di Semenanjung Malaysia kerajaan Barisan Nasional melarang umat Kristian mengunapakai perkataan ALLAH dalam apa jua bentuk keugamaan. Orang Sabah dan Sarawak berugama Kristian yang berada di Semenanjung Malaysia dilarang mengunakan nama ALLAH dalam apa jua bentuk keugamaan dan penulisan.

Namun penduduk Sabah dan Sarawak yang berugama Kristian boleh mengunakan nama ALLAH dalam apa bentuk keugamaan Kristian. Penduduk Sabah dan Sarawak yang berugama Kristian bebas mengunakan nama ALLAH dalam seharian. Atas alasan penduduk Kristian Sabah dan Sarawak telah lama gunapakai perkataan ALLAH sebagai nama tuhan dan bertutur dalam bahasa Melayu. Ini bermakna ada dua versi undang-undang dalam satu negara Malaysia.

Kenyataan menteri di jabatan perdana menteri Datuk Seri Nazri Aziz mengundang satu lagi wacana fikiran yang terbuka malah mengundang polimik yang berterusan. Kami melihat dalam bentuk politk mengapa Nazri mengeluar kenyataan yang demikian? Jawapannya ialah untuk menjaga kerharmonian kaum di Sabah dan Sarawak yang berugama Kristian dan berugama Islam. Bahawa nama ALLAH boleh disebutpakai oleh bangsa dan kaum yang berada di Sabah dan Sarawak. Malah majoriti kaum di Sabah dan Sarawak berugama Kristian.

Jelas Umno tiada asas yang kukuh untuk menghalang perkataan ALLAH digunakan oleh umat manusia. Dan yang penting Umno mahu memancing undi penduduk Sabah dan Sarawak dalam pilihanraya negeri dan parlimen yang akan berlaku dalam tempuh yang terdekat.

Kumpulan Umno dan NGO pengampu sepatutnya berdemo dan mengadakan tunjuk perasaan secara terbuka kerana perkataan ALLAH di salah guna oleh kaum Kristian Sabah dan Sarawak. Kumpulan Umno sepatutnya menghantar bantahan terbuka kepada menteri di jabatn perdana menteri Datuk Seri Nazri Aziz. Tak perlu Umno mengadakan provokasi murahan sehingga membawa kebakaran tempat ibadat Kristian. Yang jelas puak Umno yang berdemo dan bersuara menentang gunapakai kalimah ALLAH sebenarnya cetek fikiran dan hanya mencari isu untuk umat Melayu menyokong Umno.

Sehingga kini tiada lagi suara bantahan yang dibuat oleh puak Umno dan pengampu Umno termasuk NGO pengampu tegar Umno menentang kenyataan Datuk Seri Nazri Aziz. Jaga perkataan ALLAH lebih dahsyat lagi orang yang menghina RASULULLAH saw. Jelas kepentingan politik dan sokongan untuk Umno kerajaan Barisan Nasional perlu mengadakan dua set undang-undang atau peraturan guna pakai perkataan ALLAH.

Yang sebenarnya Umno tidak faham apa itu perkataan ALLAH. Malah mufti semua negeri pun diam seribu bahasa. Kebanyakan mufti dan ahli pandai ugama Islam hanya menjadi kumpulan sorak dan angguk kepada pemimpin besar Umno.

SUMBER http://www.tranungkite.net/v10/