THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, October 17, 2009

GIMIK PEMBAHARUAN UMNO

Reformasi Umno yang dilaungkan parti berkenaan sempena Perhimpunan Agungnya ke-60 untuk mewujudkan demokrasi dan pembaharuan hanyalah gimik politik parti berkenaan, kata Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat, Zuraida Kamaruddin. Menurutnya sekiranya benar parti berkenaan mahu mewujudkan demokrasi, maka sistem perwakilan yang tetap dikekalkan harus dihapuskan.

Beliau menjelaskan walaupun Umno meluluskan pindaan untuk menambah bilangan perwakilan kepada 146,500 namun ia masih tidak memberi keterbukaan kepada ahli malah tidak menghentikan politik wang.

“Tidak mungkin kerana kalau ikut politik perwakilan tidak terbuka ianya masih boleh lagi berlaku politik wang, mungkin ada penurunan tetapi ia susah hendak terjadi kerana bila ianya diwakili perwakilan dia akan cuba menyogok ketua-ketua dan sayap-sayap untuk memilih individu tertentu,” katanya.

Zuraida berkata meskipun Umno menghapuskan sistem kuota namun parti berkenaan masih bertindak tidak adil kepada ahli kerana masih mengunapakai sistem perwakilan.

“Setuju bagi memastikan individu yang bertanding mempunyai rekod prestasi tetapi bila tidak terbuka kepada ahli hanya terbuka pada pencalonan ia tidak adil.

“Ia lebih penting untuk terbuka diundi oleh semua ahli, yang pencalonan baguslah,” katanya.

Beliau turut menyifatkan tindakan Umno yang kononnya membuat sistem terbuka adalah gimik kerana masih mengenakan syarat merupakan tindakan untuk menyelamatkan individu tertentu.

“Umno walapun hendak buat kononnya sistem terbuka tetapi jika dikaji balik ianya ada selektif, sistem terbuka yang terpilih. Ada beberapa perkara yang dirasakan merugikan sesetengah pihak maka dikenakan kriteria tertentu,” katanya.

Beliau turut menempelak Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil kerana apabila hanya menambah seorang wakil wanita dalam Majlis tertinggi, Bahagian dan Cawangan bagi menambah suara wanita dalam parti itu.

“Jadi ia tidak mencerminkan agenda yang Shahrizat kononnya mahu meniru PKR. Ini tidak melambangkan dan mencerminkan seorang yang memegang jawatan menteri wanita bersungguh-sungguh untuk memperjuangkan perkhidmatan wanita sedangkan untuk parti pun tidak dapat dilaksanakannya,” katanya.

Sementara itu Ketua Angkatan Muda Keadilan Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin menyifatkan pindaan berkenaan hanya mekanisme terbaik yang mampu disediakan Umno namun ia belum tentu dapat menghapuskan politik wang dalam parti berkenaan.

“Isu politik wang adalah budaya atau adat yang menjadi kebiasaan, apa yang dipinda hanya mekanisme. Mereka boleh ada mekanisme yang bagus ungtuk mengurangkan potensi politik wang yang ubah dan pinda perlembagaan.

“Tetapi jika kesedaran ahli tiada dan menjadi budaya Umno walaubagaimana baik mekanisme yang ada tidak akan berupaya mengurangkan atau memerangi budaya politik wang. Ia kena ada kesedaran ahli sendiri,” katanya.

Mengulas penambahan suara wanita dalam Majlis Tertinggi Umno, Khairul berkata itu tidak bermakna Umno mengangkat martabat wanita.

“Oklah mereka boleh tambah lagi satu kuota tapi belum lagi mencerminkan kaum wanita di Malaysia dalam perkhimdatan berlaku dengan baik.

“Jika mahu jadikan kayu pengukur ia tidak tepat. Jika kata hari ini Umno tambah kuota dalam Majlis Tertinggi, Umno menangkat martabat wanita ia kayu pengukur yang tidak tepat,” katanya.

SUMBER http://www.detikdaily.net/v5/

SELAMAT SAMBUT DEEPAVALI

Sejak beberapa hari yang lalu kesihatan saya kurang memuaskan. Dengan demikian saya tidak dapat 'post' apa-apa maklumat untu kita kongsikan.

Bagaimanapun SETIAWANGA@KL ingin mengambil kesempatan pada hari ini (17 Oktober 2009) untuk mengucapkan
Selamat Menyambut Hari Depavali

kepada semua penganut agama Hindu.

Thursday, October 15, 2009

WAKIL RAKYAT PR HARUS KREATIF

SAYA turut tertarik dengan komen dan alasan diberikan ahli Parlimen, Kuala Selangor, Dr Zulkefli Ahmad mengenai kekalahan parah Pas di Bagan Pinang Ahad lalu. Katanya kenapa pengundi (bukan Melayu) menolak Pas ialah kerana kegagalan wakil rakyat menangani masalah mereka selepas mereka diberikan kemenangan dalam pilihan raya umum lalu.
Menurut gambaran Zulkefli, wakil rakyat Pas atau Pakatan Rakyat di Bagan Pinang atau pun ditempat lain tidak mempedulikan nasib untung mereka. Selepas meraih kemenangan memberangsang dalam pilihan raya 2008 mereka dilupakan begitu saja. Ada yang dapat dibayangkan di sini, kebajikan mereka diabai, masalah mereka tidak ditangani dengan baik, rakyat ditinggalkan seperti penolak kereta mogok di jalanan yang ditinggalkan driver.
Memang saya sendiri banyak mendengar masalah ini. Banyak rintihan rakyat mengenai kelemahan ini masuk ke dalam telinga saya. Ada yang sudah saya laporkan dalam tulisan dan ada yang saya sampai terus kepada mana-mana wakil rakyat yang sudi dan tebal telinga mendengarnya.
Perkara ini memang dirasai. Apa lagi bila rakyat terbiasa mendapat bantuan dan habuan daripada wakil rakyat terdahulu menyebakan mereka dapat merasai perbezaan dari segi penjagaan kebajikan mereka atau pun habuan buat mereka. Kita faham kenapa kalau ada wakil rakyat PR tidak dapat memenuhi kehendak rakyat kerana mereka tidak ada peruntukan untuk melayani rakyat. Sebagai wakil rakyat yang tidak mempunyai kerajaan Persekutuan susah bagi mereka hendak dapatkan peruntukan dan bantuan bagi diagihkan kepada rakyat.
Bila ada setengah rakyat yang jahil mengenai situasi ini dengan mudah mereka akan menyalahkan wakil rakyat PR. Mereka akan kata wakil rakyat kedekut dan tidak pedulikan mereka. Mereka tidak tahu yang kedudukan kewangan wakil rakyat berkenaan begitu parah. Setengahnya masih ada yang terpaksa menanggung hutang pilihan raya sampai ke hari ini.Pun begitu rakyat tidak boleh dipersalahkan. Pengetahuan mereka setakat itu saja. Jadi mereka perlu diberikan penjelasan mengenai kedudukan kewangan, projek yang boleh disalurkan. Wakil rakyat tidak boleh mendiamkan diri daripada terus mendekat rakyat kerana masalah hutang peribadi itu. Kehebatan seseorang pemimpin itu ialah apabila dia dapat ketawa di hadapan rakyat di kala kesusahan dan dihimpit masalah.
Jangan jadikan masalah ketiadaan wang sebagai helah untuk melarikan diri daripada rakyat. Itu bukan sikap yang bijak.Wakil rakyat tidak perlu culas dengan rakyat. Mereka harus rajin mendengar runggutan dan rintihan. Kalau tidak dapat membantu tetapi setakat mendengar sunggutan rakyat sudah kira cukup. Malangnya sesetengah wakil rakyat usahkan nak membantu, nak mendengar pengaduan rakyat pun malas. Ada yang meninggalkan kawasan hingga dua tiga bulan, sampai rakyat tertanya-tanya apakah wakil rakyat merreka hidup atau sudah mati.
Rakyat kalau diberi pemahaman dan penjelasan mengenai kesulitan mereka boleh terima. Mereka boleh sabar dan terus berjuang sehingga dapat kuasa penuh (kerajaan persekutuan). Rakyat bukan lanun atau orang yang begitu pelahap mengenai harta benda. Tetapi cara dan penjelasan itu haruslah bijak. Mereka tidak akan mengamuk kalau sesuatu itu dijelaskan dengan baik.
Salah satu contoh keprihatinan yang paling mudah dilakukan oleh seseorang wakil rakyat ialah dengan bertanya nasib rakyat di kawasannya. Rajin sampaikan salam atau SMS. Ini kerja paling mudah. Sesetengah rakyat tidak memerlukan batuan kebendaan tetapi mereka mahu melihat perangai baik wakil rakyat mereka sudah cukup.
Kenapa sesetengah wakil rakyat Kelantan mesra dan disukai rakyat berbanding dengan wakil rakyat Umno. Walhal wakil rakyat Kelantan bukan kaya dan mempunyai projek untuk disalurkan. Sebabnya mereka hidup dalam kampung bersama rakyat. Mereka menampilkan diri di khalayak berada dalam masjid, surau dan kedai kopi bersama rakyat. Dunia mereka ialah bersama rakyat bukan terbang ke serta dunia sepanjang bulan!
Adalah dibimbangi kalau sikap wakil rakyat PR tidak perihatin kepada nasib rakyat mereka akan dicemuh dan akhirnya ditolak pada pilihan raya nanti. Manifesto Pakatan Rakyat yang berbunyi Kerajaan Berkebajikan sedang ditunggu oleh rakyat dari semua lapisan. Mereka menanti apakah bentuk kebajikan yang dijanjikan itu.
Tidak mustahil kalau kebajikan yang dijanjikan itu tidak sampai sebesar tahi hidup pun kepada mereka, tungguhlah penghukuman dari mereka. Mungkin kenapa masyarakat India di Bagan Pinang menolak calon Pas disebabkan nasib mereka tidak dipedulikan seperti mana yang dipancarkan bersinar banar dalam manifesto.

SUMBER http://www.msomelayu.blogspot.com/

PAKATAN RAKYAT DI SABAH

SETIAP Pemimpin PKR digesa melipat-gandakan usaha dalam mempertingkatkan prestasi politik bagi memastikan PKR akan terus menjadi sebuah parti politik yang menjadi wadah perjuangan rakyat Bumiputera di Sabah ini dan juga suatu harapan kepada segenap lapisan rakyat Sabah.
Prestasi yang dicari mestilah bermatlamatkan kerja kuat bagi menambah baik bilangan keahlian baru PKR di serata Sabah disamping memperkuatkan Pakatan Rakyat Sabah dan mencari suatu titik kefahaman antara PKR, PAS dan DAP. Ketiga tiga parti politik pembangkang di Sabah ini mestilah berganding bahu dan bekerjasama erat dalam menggapai satu cita-cita bagi menjana sebuah kemenangan (Pakatan Rakyat) di Sabah.
Pilihan Raya Umum Malaysia sudah di persimpangan jalan dan Pakatan Rakyat hanya mempunyai tempoh dua tahun lagi bagi mencapai sasaran. Para pemimpin PKR Sabah seharusnya dari sekarang mengenepikan segala salah faham antara barisan kepimpinan baik dalam PKR mahupun dalam barisan kepimpinan Pakatan Rakyat. Mereka sebaiknya haruslah memulakan usaha mendekati dan mengenali penduduk-penduduk di kampung-kampung. Kenal pasti permasalahan penduduk kampung dan sikap keperihatinan sebagai pemimpin haruslah di tampilkan mulai saat ini kerana rakyat akan menilai prestasi kepimpinan dari sekarang. Kepercayaan rakyat harus kita perolehi sebaiknya dengan mempersembahkan kepada rakyat cara kita bekerja dan ikhlasnya kita dalam memperjuangkan nasib rakyat.
Andainya dahulu Pakatan Rakyat masih lagi digelar oleh para pemimpin UMNO/BN sebagai Pakatan Pembangkang tapi kini Pakatan Rakyat sudah sah pendaftarannya dari Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) dan semua anggota kini boleh berkerja atas satu lambang Pakatan Rakyat yang sah. Hari ini semua saf kepimpinan PKR/PAS/DAP boleh berdiri teguh di bawah satu bendera Pakatan Rakyat dan ini seharusnya menyuntik lagi semangat juang pada diri kita semua.
Enam daripada lapan Pilihan Raya Kecil Pakatan Rakyat telah memperolehi kemenangan dengan menumpaskan calon calon UMNO/BN menjadi bukti generasi muda berkerja keras untuk mengalahkan calon UMNO kerana mereka sudah mula menghayati perjuangan Pakatan Rakyat sepenuhnya manakala Pakatan Rakyat juga telah mengiktiraf tenaga generasi muda memenuhi aspirasi generasi muda dengan pemikiran terbuka dan penuh kepercayaan. Golongan muda ini seharusnya lebih banyak di beri mandat dan kepercayaan dalam mendokong perjuangan Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat dilihat sebagai parti rakyat marhaen yang semakin diminati oleh generasi muda daripada parti UMNO yang bercorak perkauman dan berbentuk elit. Generasi muda Malaysia dalam menggapai penambahan ahli dan pengundi baru mesti dibuat dengan semangat mahu perubahan.
Inilah antara contoh-contoh cabaran yang sedang dijayakan oleh anggota anggota Pakatan Rakyat menambahkan keahlian generasi muda pada hari ini kerana mereka adalah generasi yang mengutamakan perubahan cetusan minda yang bersih yang mahu perubahan secepat mungkin diwujudkan dalam Negara Malaysia ini. Justeru itu tidak ada laluan pintas bagi menyantuni generasi muda melainkan kita dapat meyakinkan mereka dengan halatuju Pakatan Rakyat untuk membawa pembaharuan daripada kepompong kemunduran di zaman UMNO. Perjuangan Pakatan Rakyat secara tuntas dan releven.
Setialah kepada prinsip Pakatan Rakyat, satukanlah hati menggapai kejayaan dengan mendokong prinsip Pakatan Rakyat. Bergeraklah dalam satu wadah menuju satu matlamat kejayaan yang selama ini rakyat Malaysia perjuangkan demi untuk rakyat, bangsa, negara dan agama. Kejayaan sesebuah negara terpikul dibahu anak anak muda yang mahukan perubahan dari zaman UMNO yang bertaraf kuno. Garaplah segala tenaga muda, gilaplah kerohanian dan cita cita murni anak anak muda. Tingkatkanlah perjuangan politik untuk bangsa dan nusa. Kesegaran minda anak-anak muda memilih Pakatan Rakyat menjadi wadah halatuju perjuangan rakyat Malaysia sudah begitu kelihatan menyerlah hari demi hari. Ketiga-tiga teraju utama kepimpinan PKR/PAS/DAP haruslah sentiasa memastikan kekukuhan dalaman parti sentiasa terpelihara.
Seandainya berlaku perpecahan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat, maka ianya akan memberikan laluan yang mudah kepada UMNO/BN dalam pilihanraya yang akan datang di Sabah kelak. Pemilihan kawasan dan calon calon juga harus di buat dalam suatu permuafakatan harmoni di mana amatlah perlu di elakkan berlakunya pertembungan dalam satu-satu kawasan. Calon-calon juga hendaklah bertanding atas tiket dan lambang Pakatan Rakyat dan bukannya bertanding di atas lambang parti sendiri. Kita percaya sekiranya kita semua bersatu-padu dan tumpuan fokus haruslah di berikan sepenuhnya kepada komitmen kepada perjuangan, kita pasti mampu menumpaskan UMNO Sabah "gagasan parti gergasi" di Malaysia ini.
Ingat, sudah menjadi tradisi rakyat Sabah kalau menukar Kerajaan ia sesenang tukar baju. Rakyat Sabah sudah pernah melakukan 3 kali tukar baju semenjak Malaysia ditubuhkan. Kenapa takut buat sekarang?

Dari Kacamata Halik Zaman -Kota Kinabalu

Wednesday, October 14, 2009

RPK DIBEBASKAN

Raja Petra Kamarudin, telah dibebaskan dari tahanan ISA oleh Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Yang Arif Datuk Syed Ahmad Helmy. Yang Arif Syed Helmi berkata mahkamah berhak untuk menyemak adakah menteri melakukan sebarang kesalahan dalam melaksanakan kuasa yang diberikan kepadanya.

Syed Helmi dianggap sebagai hakim yang berani kerana sebelum kes ini semua tahu bahawa Menteri Dalam Negeri boleh berbuat apa sahaja untuk menahan mana-mana pihak di bawah ISA dan tidak boleh dipersoalkan oleh mahkamah.

Raja Petra dibebaskan kerana beliau didapati tidak menjejaskan keselamatan dalam negara dengan hanya menulis di dalam laman web.

NAJIB KETUA PLAGIAT

Jika ditinjau dari apa jua slogan yang cuba atau telah diketengahkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak merupakan idea dan slogan yang telah pernah atau sedang digunakan oleh pihak lain. Sebagai contoh, cuba semak perkataan glokal, "1Malaysia", dan yang terbaru ialah UMNO for All. Semuanya merupakan slogan plagiat dari individu atau pihak lain.
Semangat yang asli akan memberi hasil yang berbeza berbanding semangat palsu yang cuba diketengahkan.
Sekarang kita ada Perdana Menteri Plagiat.

IF PR ARE NO DIFFERENT FROM BN

It is actually a simple conclusion; Pakatan Rakyat just felt that the Indians were not so important anymore as seen in the events that took place in Kg Buah Pala. Even the cow head incident seems to have no effect as that is what is expected from BN but not what is expected with the hoped change in Penang.
We all can condemn as much as we want, but Najib definitely proved to be a better politician than those in the opposition at least in Bagan Pinang as he knew how to embrace and court the Indian society whereas, the opposition became too big headed and discarded the Indian society.
The Pakatan Rakyat thought that through their ineffective Indian mandores, they will be able to harness support. Gosh!!! are they so naïve and blinded. Najib in the other hand inaugurate a runaway organization MMSP and better still, Dr Mahathir endorses it and this has proven that they would rather work with them even it is one of the numerous Indian parties and resolve the issues rather than depending on MIC the so called stalwart Indian representative.
As for Pakatan, it is a simple egoistic run, what can the Indian do. The minute you talk about Kg Buah Pala, it takes a defensive attitude and crucifies those residents rather than working with them for their own deficiency or ulterior motives. For Pakatan, they are after all the minority and those Indian mandores within their sphere will ensure their votes minus the transparency and truth in the people’s mandate for the change. How wrong has this been proven in the Bagan Pinang affair.
Whether Pakatan learns its lesson or not, but definitely BN has learned its lesson after GE2008 and makes concrete efforts to embrace the Indians in whichever manner to ensure that it stays in power even by breaking its own protocols.
Bagan Pinang has been a bellwether for Pakatan when they side track the Indian issues. No doubt the BN government is known for its marginalization and suppression of the Indians, and for that reason, the Indian voted en block under the direction of HINDRAF for the Pakatan coalition in the GE12.
However, if Pakatan thinks that Indian issues can be derailed and put aside similar to that seen in Kg Buah Pala, then they are no different from BN and the Indians rather chose a known devil then an unknown devil.
How Pakatan will move ahead will depend very much on whether they are serious in addressing the Malaysian Indian issues which is far more pressing than the economically sound Chinese and politically assisted Malays at least in their four (4) states.
Let me spare your convoluted mind a thing or two. Why does a Chinese name talk so much about an Indian issue? Simple, I am a Malaysian, my name does not matter but my intention for what is the truth does for a better Malaysian society.

ANALISA KEMENANGAN BN DI N31

Berdasarkan keputusan pilihan raya kecil (PRK) N31, PAS mengalami jatuhan undi popular sebanyak 14.58% dengan pengurangan undi berjumlah 1,519 undi. Sementara pihak Barisan Nasional pula mengalami lambungan undi popular ke paras 8,013 undi berbanding sebelumnya 6,430. Maka lonjakan undi Barisan Nasional sekitar 1,583.

Kesan jatuhan undi popular PAS tersebut adalah lebih besar sekali ganda dibandingkan dengan PRK Manek Urai. Di Manek Urai, PAS turut merosot undi, tetapi sekadar 6.36% sahaja. Oleh itu, PAS kekal memang tipis di PRK Manek Urai.
Punca utama kemerosotan undi PAS dikaitkan dengan sikap pengundi yang bebal (immune) dengan isu-isu nasional, isu integriti dan rasuah yang dianggap hal peribadi bukannya hal maruah bangsa dan negara. Selain itu, kempen Barisan Nasional yang lebih banyak mengumpan pengundi menyebabkan pengundi terdesak seperti di ladang-ladang kembali berpaut semula kepada Barisan Nasional. Mereka sanggup melupakan kesemua isu-isu yang menjadi nilai sejagat yang pernah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional seperti penghinaan (sepak kepala lembu) dan kezaliman (undang-undang ISA, kematian Kugan dan Teoh Beng Hock).
Namun, bagi pihak pemimpin Barisan Nasional pula mendakwa kejayaan besar di Bagan Pinang itu adalah membuktikan penerimaan pengundi kepada gagasan baru 1Malaysia yang dilancarkan DS Mohd Najib. Selain itu, faktor calon BN TS Mohd Isa juga dikatakan rapat dengan rakyat dan popular kerana telah menjawat MB selama 22 tahun - tarikan utama pengundi peringkat pertengahan dan warga emas serta pelbagai kaum.
Namun, secara skeptikalnya persoalan kemenangan Barisan Nasional yang mencecah 76% undi popular itu berlaku, apakah hanya semata-mata kerana dua faktor itu? Sedangkan senario kempen dan asakan pelbagai apparatus kerajaan Barisan termasuk pihak berkuasa polis dan tentera begitu menekan pihak PAS dan Pakatan Rakyat. Misalnya, peristiwa keganasan pemuda UMNO yang menyerang markaz induk PAS, markaz pemuda PAS dan tindakan meroboh khemah program kempen PAS; begitu juga provokasi dan lontaran batu kepada pekerja PAS, disusuli dengan laporan polis atas peristiwa dan kecederaan yang berlaku yang tiada tindak balas memuaskan pihak polis; menyebabkan pada hari mengundi kekecohan dan keganasan semakin memuncak di pusat mengundi Telok Kemang, Kg. Bagan Pinang dan Taman Eastern.
Begitu pula, dalam kes pengundian pos, kononnya proses pengeluaran undi sudah ditutup pada petang 10 Oktober, tetapi masih berlaku tindakan mengeluarkan semula 70 lagi kertas undi oleh SPR kepada pihak pengundi pos melalui seorang pegawai tentera berpangkat kapten. Ini adalah di antara gambaran dan peristiwa yang berlaku sepanjang kempen dan pengundian PRK Bagan Pinang yang telah memberi kemenangan besar kepada Barisan Nasional.
Harapan kita, sikap 76% pengundi Bagan Pinang (yang memenangkan Mohd Isa) tidak menjadikan pengundi seluruh negara menjadi bangang untuk menolak Barisan Nasional dalam pilihan raya akan datang!
Bagan Pinang: BN menang berlawanan mood rakyat
Keputusan pilihan raya kecil (PRK) Bagan Pinang (seperti di dalam jadual di bawah) menunjukkan semua daerah mengundi dikuasai Barisan Nasional. Ini kerana kesemua daerah mengundi, termasuk di empat daerah mengundi yang mempunyai majoriti pengundi India (Ladang Atherton, Pekan Seliau, Ladang Bradwall dan Sua Betong). Trend yang sama berlaku di daerah mengundi majoriti kaum Melayu (Taman Eastern, Kg. Bagan Pinang, Si Rusa dan Telok Kemang).
Dominasi tertinggi pengundi tentera
Walau bagaimanapun, daerah mengundi Taman Eastern dan Si Rusa adalah dua pusat bagi kem tentera yang merupakan pengundi pos. Menurut senarai pemilih yang diwartakan pada 4 September 2009, pengundi tentera berdaftar di Taman Eastern seramai 1,131 (22.75%) dan Si Rusa seramai 3,443 (30.81%). Majoriti pengundi tentera adalah terdiri daripada kaum Melayu (kira-kira 63%) dan selebihnya Bumiputera Sabah dan Sarawak, India dan Cina.
Dari segi penumpuan dan prestasi Barisan Nasional pada keseluruhannya adalah luar biasa iaitu mencapai 75.66%. Namun, prestasi tertinggi adalah di kalangan pengundi tentera (85.42%) diikuti pengundi India antara 70-75% dan pengundi Melayu antara 63-71%. Kedua-dua nilai dominasi Barisan Nasional itu membuktikan kejayaan tindakan hegemoni apparatus Barisan Nasional di dalam memastikan kekalahan PAS di semua pusat mengundi.
Keputusan meragukan
Kalangan pemimpin PAS bersetuju bahawa DUN Bagan Pinang adalah kubu Barisan Nasional. Namun tidak ramai yang menjangkakan Barisan Nasional melalui calonnya Mohd Isa aka menang besar melepasi undi popular 76%. Paling popular dijangkakan sekitar 55% sahaja. Apabila keputusannya mencecah 76% dan PAS sekadar 24% adalah suatu pencapaian yang boleh diragui. Di antara unsur keraguan di sebalik kemenangan besar itu ialah benarkah pengundi Bagan Pinang terlalu tidak kisah dengan isu-isu perkauman yang sedang panas membabitkan UMNO dan integriti kerajaan Barisan Nasional pimpinan Mohd Najib seperti perarakan kepala lembu, bantahan pemindahan kuil, kematian Teo Beng Hock dan kematian Kugan?.
Malah lebih teruk lagi, benarkah majoriti pengundi Bagan Pinang tidak sensitive langsung dengan persoalan peribadi pemimpin yang bakal dipilih (Mohd Isa) yang sudah dibuktikan bersalah melakukan amalan rasuah politik wang semata-mata ingin menang jawatan Naib Presiden UMNO di dalam pemilihan UMNO 2004 lalu? Apakah majoriti pengundi bertindak menutup mata dan telinga terhadap semua dakwaan kronisme dan salah guna kuasa (seperti menggadai tanah) yang didedahkan oleh pelbagai pihak sepanjang kempen PRK berlangsung? Begitu pula, adakah majoriti mereka tidak kisah langsung dengan prestasi rendah kecekapan Mohd Isa semasa menjadi menteri besar tatkala didedahkan pelbagai projek terbengkalai dan pengabaian projek merata tempat termasuk di DUN Linggi di mana beliau mewakilinya ketika menjadi menteri besar?.
Sekiranya benar 76% pengundi Bagan Pinang yang mengundi Mohd Isa itu boleh berkompromi dengan semua persoalan di atas, maka sikap pengundi tersebut jelas sekali berkontradiksi dengan mood rakyat di seluruh negara. Lantaran mood rakyat amnya begitu membenci amalan rasuah, menolak pemimpin yang tidak berintegriti, memusuhi tradisi perkauman, mengutuk penghinaan terhadap unsur keagamaan (seperti menyepak kepala lembu), tidak berkompromi dengan salah laku dan salah guna kuasa.
Kajian yang dilakukan pelbagai pihak, ternyata menolak Mohd Isa selaku calon yang layak dipilih atas sifat peribadinya yang dilihat tidak bersih, tiada integriti dan naïf untuk ditabalkan sebagai pemimpin yang boleh membela rakyat. Melainkan kajian oleh pihak tertentu daripada kalangan UMNO dan apparatus Barisan Nasional sahaja yang menyimpulkan Mohd Isa seorang yang berjasa dan popular. Namun, kajian yang mengutip pandangan awam oleh sekumpulan penyelidik universiti tempatan (dirahsiakan identitinya) menjelaskan mood pengundi tempatan telah bersikap menolak Mohd Isa sebagai calon yang layak dipilih.
Penemuan kajian tersebut adalah selari dengan tinjauan pihak akhbar online MyStar dan Malaysian Insider antara 1 Oktober sehingga menjelang pengundian didapati kira-kira 64% adalah tidak berpihak kepada Mohd Isa. Ia membuktikan mood pembaca (rakyat bukan pengundi) melihat Mohd Isa tidak layak dipilih.
Apapun, amat malang sekali 76% pengundi Bagan Pinang bersikap melihat jasa (cerita lama) Mohd Isa semasa menjadi mentri besar itu lebih diutamakan. Sebalik mereka tidak sensitive dan bersikap tidak perlu diutamakan terhadap usaha menolak amalan rasuah politik wang dan pelbagai nilai tidak bersih (cerita baru) seperti yang disabitkan ke atas Mohd Isa.
Mudah-mudahan rakyat seluruh negara tidak turut bersetuju dengan sikap 76% pengundi Bagan Pinang yang bersifat anti-tesis dalam menghayati falsafah pemilihan pemimpin berintegriti!
Wan Nik Yusuf
SU JPP Pusat

SUMBER http://www.detikdaily.net/v5/

LAPORAN N31 DARI NIEI

National Institute for Electoral Integrity (NIEI) telah memantau perjalanan pilihanraya kecil (PRK) bagi kerusi DUN Bagan Pinang (N 31) bermula dari hari penamaan calon pada 3 Oktober sehinggalah berakhirnya proses pengundian pada 11 Oktober 2009.

Di dalam pemantauan pilihanraya, terdapat dua kaedah yakni stationary monitoring (pemantau ditugaskan untuk tunggu di setiap tempat mengundi) dan mobile monitoring (pemantau bergerak). NIEI menggunakan kaedah mobile monitoring di mana pemantau-pemantau NIEI bergerak untuk memantau perjalanan pilihanraya di dalam kawasan N 31 bermula dari proses penamaan calon, tempoh berkempen dan hari mengundi.

Di dalam pemantauan NIEI di kerusi N 31, terdapat beberapa perkara yang telah mencemarkan PRK yang seharusnya telus, bebas dan adil. Di antaranya ialah:

1. Ketidaktelusan pengundian pos
Terdapat dakwaan bahawa senarai pengundi pos tentera yang diwartakan dan diberikan kepada calon-calon yang bertanding berbeza dari senarai pengundi pos tentera yang dipaparkan pada hari mengundi pos 8 dan 9 Oktober 2009.
Selain daripada itu, terdapat juga dakwaan bahawa terdapat pengundi-pengundi pos yang didaftarkan lebih dari satu kem serta pesara-pesara tentera masih lagi terdapat dalam daftar pengundi pos.

Yang lebih menyedihkan lagi, SPR langsung tidak mengendahkan syak wasangka ini dan tidak membersihkan nama mereka dan maruah sebagai badan penggendali pilihanraya tidak dipertahankan. Oleh yang demikian, bagi memastikan proses pengundian pos tidak lagi dipertikaikan pada masa akan datang, NIEI mencadangkan agar kaedah dan prosedur pengundian pos hendaklah dikaji semula dan diubah supaya ianya telus dan diyakini oleh rakyat.

Dari pengalaman pemerhatian NIEI di luar negara, Thailand dan Filipina yang mengalami konflik ganas, pengundian secara normal digunakan bagi anggota tentera mereka. Pusat pengundian yang dikendali sepenuhnya oleh SPR - serta hak-hak yang sama bagi agen parti, pemantau tempatan dan pemerhati antrabangsa - dibuka di dalam kem-kem tentera. Jika terdapat undi pos tentera, ianya akan dikendalikan sepenuhnya oleh SPR negara tersebut. Tidak timbul langsung kontraversi senarai nama pengundi anggota tentera di sana.

2. Rasuah politik, penyalahgunaan jentera kerajaan dan politik janji
Rasuah politik, penyalahgunaan jentera kerajaan dan politik janji masih lagi berleluasa dalam PRK N 31 Bagan Pinang. Pemberiaan projek-projek kerajaan kepada penduduk Bagan Pinang semasa tempoh berkempen dilakukan secara berleluasa. Banyak kementerian-kementerian seperti Kementerian Penerangan, Kementerian Pertanian dan Asas Tani, Kementerian Pendidikan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna digunakan untuk memberikan "rasuah politik" kepada pengundi Bagan Pinang secara terbuka.

Selain daripada itu, penyalahgunaan jentera kerajaan turut dilakukan secara berleluasa. Kedua-dua pihak yang bertanding dilihat menyalahgunakan harta rakyat terutama kenderaan milik kerajaan Persekutuan, Negeri dan Tempatan. Manakala UMNO-BN memonopoli dewan orang ramai, sekolah, KEMAS dan JKKK sebagai markas parti. Amalan ini adalah satu kesalahan besar kerana seharusnya harta milik kementerian, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan tidak boleh digunakan bagi parti-parti politik yang bertanding semasa berkempen dalam pilihanraya.
Untuk memastikan pilihanraya akan datang adil kepada semua pihak yang bertanding, NIEI mencadangkan agar politik wang, janji peruntukan projek, projek kilat, salahguna jentera negara dan salahguna kemudahan awam hendaklah dihapuskan.
Di negara-negara jiran, terutamanya Thailand, Nepal dan Taiwan amalan ini diharamkan. Kesalahan bersabit dengannya akan diambil tindakan keras, iaitu SPR-nya akan membatalkan calon bersalah daripada bertanding, atau dibatalkan kemenangan mereka. Untuk menghapuskan amalan ini, undang-undang anti rasuah politik dan penyalahgunaan harta awam hendaklah digubal seperti yang dilaksanakan di Thailand dan Taiwan.
3. Perayu undi, tukang sorak dan pengangkutan yang disediakan oleh parti politik pada hari mengundi
Amalan merayu undi dan tukang sorak telah menyebabkan ketegangan berlaku pada hari mengundi. Apabila perayu-perayu undi dari kedua-dua parti politik bersaing untuk merayu undi berhampiran dengan tempat pembuangan undi, ianya menggangu pengundi-pengundi untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.
Selain daripada itu kemudahan pengangkutan yang disediakan oleh parti politik untuk mengangkut pengundi turut menyesakkan keadaan di hadapan tempat pembuangan undi yang biasanya dilaksanakan di sekolah.
Bagi memastikan pengundi-pengundi dapat berfikir dengan tenang sebelum masuk ke tempat pembuangan undi, NIEI menyarankan agar amalan merayu undi, tukang sorak dan penyediaan kemudahan pengangkutan untuk mengangkut pengundi dihapuskan. Sebagai ganti, tempoh berkempen bolehlah diperpanjang seperti dua minggu bagi pilihanraya kecil dan sebulan bagi pilihanraya umum. Parti-parti politik bukan kerajaan yang sering tidak mendapat tempat di media arus perdana aktif berkempen pada hari mengundi oleh kerana tidak mendapat liputan yang adil oleh media arus perdana dan tempoh berkempen yang singkat, jika tempoh berkempen diperpanjangkan, semua pihak akan mendapat masa yang cukup untuk berkempen.
Selain daripada itu, SPR bolehlah menyediakan kenderaan untuk mengangkut pengundi seperti van, kereta dan motosikal sebagai alternatif kepada kenderaan-kenderaan yang disediakan oleh parti politik.
4. Perbelanjaan berkempen
Dalam PRK Bagan Pinang, dapat disimpulkan bahawa perbelanjaan yang digunakan untuk berkempen bagi calon BN, Isa Samad telahpun melebihi had yang ditetapkan iaitu RM 100,000 bagi calon DUN. Menurut Seksyen 19(1) (a) dan (b) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, calon-calon yang bertanding dalam pilihan raya umum hendaklah berbelanja tidak melebihi had yang ditetapkan iaitu untuk calon Parlimen RM200,000 dan calon DUN RM100,000. Akta ini harus digubal semula dan harus menyatakan bahawa ianya termasuklah kepada parti politik yang menyokong sesuatu calon tersebut. Kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) bolehlah dilakukan untuk memperketatkan lagi pemantauan perbelanjaan kempen.
NIEI berharap agar isu-isu yang dibangkitan akan diambil perhatian serius oleh SPR agar perjalanan pilihanraya di Malaysia dapat menjadi lebih baik pada masa akan datang. Semua parti politik yang bertanding diseru agar bekerjasama bagi memastikan proses perjalanan pilihanraya di Malaysia menjadi lebih adil, telus dan saksama. Pilihanraya yang berkredibiliti akan meyakinkan lagi rakyat dengan amalan demokrasi di Malaysia.
*Kenyataan media oleh Amin Iskandar, Pengarah Eksekutif National Institute for Electoral Integrity (NIEI) berkenaan dengan pemantauan dalam PRK Bagan Pinang (N31).

SUMBER http://www.detikdaily.net/v5/

Tuesday, October 13, 2009

PAKATAN RAKYAT AKAN DIDAFTAR

Pakatan Rakyat ketika ini sedang meneliti dan dalam tahap akhir merangka draf mengenai penggabungannya sebagai sebuah parti di peringkat nasional.

Demikian kenyataan yang disebut oleh Datuk Zaid Ibrahim, salah seorang anggota Sekretariat yang ditubuhkan khusus untuk merangka dan meneliti soal penggabungan Pakatan Rakyat di peringkat nasional. Ini ekoran lampu hijau yang diberikan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk pendaftaran Pakatan Rakyat sebagai satu parti politik gabungan yang rasmi.

Selain Zaid, turut menganggotai sekretariat khas itu adalah Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub dan Anthony Loke dari DAP. "Ketika ini pihak sekretariat sedang meneliti semua aspek penting dalam proses gabungan terutamanya mengenai dasar-dasar bersama dan kita akan selesaikan beberapa persoalan pokok sebelum dibawa ke Konvensyen Pakatan Rakyat pada Disember kelak," jelas Zaid semasa dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Salahudin pula berkata, pertemuan terdekat yang akan diadakan oleh sekretariat ini adalah minggu ini atau minggu depan.

Proses mendraf mengenai soal gabungan ini akan disiapkan dalam minggu ini dan selepas itu akan diserahkan kepada pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat untuk membuat keputusan dalam konvensyen akan datang.

"Kenyataan daripada ROS amatlah dialukan dan kita berterima kasih,"kata Zaid, bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang.

Sementara itu, salah seorang lagi anggota sekretariat berkenaan, Anthony Loke Siew Fook juga mengalu-alukan kenyataan daripada ROS. "Kenyataan daripada ROS amat dialu-alukan, kita hargai kenyataan sedemikian. Selain itu kita berharap apa yang disebut akan dikota." jelasnya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi sambil merujuk kepada soal tujuh anggota yang menjadi halangan sebelum ini.

Selain itu, beliau juga melahirkan harapan agar pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga tidak bermain kata sebaliknya menunaikan janji sekiranya Pakatan Rakyat telah ditubuhkan sebagai satu gabungan di peringkat nasional kelak.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, PAS akan berbincang segera dengan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat mengenai kenyataan ROS itu.
Sebelum ini, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, bahawa Pakatan Rakyat boleh membentuk satu parti jika mereka benar-benar mahu berbuat demikian walaupun hanya ada tiga anggota.

"SPR perlu kota kata-kata mereka...jangan kata tak boleh pula selepas ini,"kata Anthony yang merujuk kepada insiden di Bagan Pinang apabila SPR hanya membenarkan parti bertanding menaikkan bendera dan sepanduk.

Dalam pilihan raya kecil tersebut, selain PAS, parti KeADILan dan DAP telah tidak dibenarkan untuk menaikkan bendera dan sepanduk bagi tujuan kempen atas alasan tidak berdaftar sebagai satu gabungan di peringkat nasional.

Ketua Pengarah ROS, Datuk Md Alias Kalil sebelum ini dalam satu kenyataan menjelaskan, Pakatan Rakyat boleh mendaftar sebagai sebuah parti gabungan kerana syarat tujuh anggota yang digariskan tidak terpakai bagi parti politik. Katanya, syarat itu hanya terpakai untuk pertubuhan tidak berstatus kebangsaan yang ingin menjadi pertubuhan kebangsaan sedangkan parti politik sudah berstatus nasional.

"Saya nak jelaskan di sini, syarat itu tak terpakai untuk parti politik sebab mereka sudah bertaraf nasional, tetapi kalau pertubuhan tidak berstatus kebangsaan mahu menjadi pertubuhan kebangsaan mereka perlu ada tujuh wakil dari negeri-negeri," katanya.

Md Alias diminta mengulas laporan media yang memetik kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar bahawa pakatan pembangkang boleh membentuk satu parti jika mereka benar-benar mahu berbuat demikian walaupun hanya ada tiga anggota. Kenyataan Wan Ahmad itu rentetan dakwaan bahawa Pakatan tidak boleh berbuat demikian kerana tidak memenuhi syarat iaitu perlu ada tujuh anggota sebelum boleh didaftarkan sebagai sebuah gabungan.

Md Alias juga menolak dakwaan bahawa syarat-syarat pendaftaran yang ada menyukarkan mereka untuk merasmikan pakatan mereka. "Syarat-syaratnya biasa sahaja seperti mesti ada perlembagaan parti seperti BN dan ini mereka kena usahakanlah. Tapi tak adalah menyusahkan seperti yang didakwa mereka. Tapi bagi saya soal ini tidak timbul kerana sehingga kini kami tidak menerima permohonan daripada mereka untuk membentuk satu gabungan," katanya.

Selasa lalu, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyarankan supaya Pakatan Rakyat mendaftarkan gabungan itu dengan ROS bagi membolehkan mereka meletakkan bendera parti masing-masing sebagai tujuan kempen semasa pilihan raya kecil diadakan.
Ini kerana berdasarkan peraturan SPR hanya parti politik yang bertanding sahaja boleh berbuat demikian. Bagaimanapun kenyataan Abdul Aziz mencetuskan kemarahan beberapa pihak yang mendakwa pakatan pembangkang tidak boleh mendaftar dengan ROS kerana tidak memenuhi syarat tujuh anggota.

Pakatan Rakyat dianggotai PAS, PKR, dan DAP.

SUMBER http://www.harakahdaily.net/

Monday, October 12, 2009

ISA TEBUS MARUAH UMNO B-END

Oleh Lim Hong Siang

Akhirnya, UMNO-BN berjaya menebus maruah dengan seorang calon yang tercalit imejnya, Mohd Isa Abdul Samad apabila menamatkan kekalahan dalam pilihan raya kecil di Semenanjung Malaysia selepas 8 Mac 2008. Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan ini kembali semula ke gelanggang politik dengan kemenangan majoriti 5,435 undi di PRK Bagan Pinang.

Pakatan Rakyat bukan sahaja gagal menembusi kubu UMNO-BN ini, malah gagal untuk mengurangkan undi majoriti yang diperolehi calon UMNO-BN dalam PRU ke-12. Calon PAS-PR, Zulkefly Mohamad hanya memperolehi 2,578 undi, berbanding Isa Samad yang mengaut 8,013 undi. PRK Bagan Pinang mencatat peratus pengundian setinggi 81.65%, dengan 233 undi rosak.

PRU ke-12 menyaksikan kemenangan calon UMNO-BN, Allahyarham Azman Mohd. Noor dengan 6,430 undi, sementara calon PAS, Ramli Ismail memperolehi 4,097 undi. Peratus pengundian adalah 81.59%, dengan 384 undi rosak pada ketika itu. Dengan kata lain, undi majoriti yang diperolehi UMNO-BN bertambah sebanyak 3,102 undi.

Malah, PRK Bagan Pinang ini memperlihatkan sokongan melangkaui kaum terhadap calon yang pernah disabitkan kesalahan kerana terlibat dalam politik wang ini. Keputusan ini diterjemahkan oleh Isa Samad sebagai sokongan rakyat terhadap konsep "1Malaysia" yang diuar-uarkan oleh PM Najib Razak.

UMNO: Kemelut atau harapan baru?
Keputusan PRK ini biarpun memacu momentum baru kepada UMNO-BN, bahkan mewujudkan suasana yang cukup mengghairahkan menjelang Perhimpunan Agung UMNO yang bakal berlangsung dalam minggu ini. Kemenangan yang didahagakan selama 19 bulan selepas "tsunami politik" ini, semestinya disambut dengan pujian yang melimpah dalam perhimpunan UMNO.

Persoalannya, apa yang akan berlaku seandainya Isa Samad dinobatkan sebagai wira yang menebus maruah UMNO? Perebutan kuasa yang bakal tercetus sememangnya tidak dapat dielakkan. Kedudukan Mohamad Hassan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan mungkin terguling, malah kedudukan Timbalan Presiden Muhyiddin Yassin juga mungkin tergugat.
Muhyiddin Yassin, memikul tugas sebagai Pengarah Pilihan Raya BN setelah mengambil alih jawatan Timbalan Presiden UMNO. Bermula dengan PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Ai, Manek Urai dan berakhir di Permatang Pasir, hanya satu kemenangan dikecapi, itu pun di luar Semenanjung Malaysia.

Maka, jasa kemenangan kali ini akan dikalungkan pada leher Isa Samad, terutamanya oleh penyokong setianya dalam UMNO.

Apa yang lebih penting daripada itu, pencalonan dan kemenangan besar Isa Samad semestinya diterjemahkan sebagai penerimaan rakyat terhadap pemimpin yang tercalit dengan rasuah. Maka, pemimpin seperti Ali Rustam, Muhd Muhd Taib dan pemimpin-pemimpin yang pernah tercalar imej itu, mempunyai alasan yang cukup munasabah untuk bangkit semula dalam parti.
Lebih-lebih lagi, penolakan rakyat dalam pilihan raya kecil sebelum ini akan dibaca sebagai "terpukau dengan janji dan pembohongan pembangkang", dan bukannya tuntutan untuk perubahan. Oleh itu, "rakyat yang kini sedar dari mimpi dan khayalan " telah kembali menyokong UMNO-BN.

Pengajaran untuk PR
Walaupun kekalahan sememangnya dijangkakan dari awal, namun kekalahan dengan majoriti yang besar tetap merupakan tamparan sengit kepada PAS-PR. PR didodoikan dengan suasana yang memberangsangkan selepas tsunami politik PRU ke-12.

Kekalahan PRK Bagan Pinang pasti memberi pengajaran kepada PR dalam beberapa aspek. Pertamanya, usaha menuntut sistem pilihan raya yang adil dan bersih sebelum ini terbantut, setelah kemenangan dalam PRU ke-12. Kawasan seperti Bagan Pinang menyedarkan PR bahawa isu ketidakadilan dalam sistem pilihan raya masih belum selesai.

Keduanya, PR melihat bahawa rakyat tetap akan memberi sokongan kepada PR, berdasarkan betapa buruknya BN, dan tidak mengambil kira sejauh manakah prestasi dan mutu PR. Perbalahan sesama sendiri dalam PR dianggap akan mendapat toleransi daripada rakyat kerana "ia sekadar mainan media, atau diperbesarkan oleh media".

Pengundi Bagan Pinang memberi jawapan yang sememangnya di luar jangkaan PR. Persoalan kini yang wajib direnungi PR ialah, berapa lagi Bagan Pinang yang ada di Malaysia?

Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Melayu.

SUMBER http://www.merdekareview.com/

UMNO B-END MENANG BOSA

Tahniah diucapkan kepada calon UMNO B-end, Tan Sri Mohd Isa Samad telah memperolehi 8,013 undi dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang (N31) semalam. Sementara itu, calon PAS (PR) Zulkefly Mohamad Omar pula mendapat hanya 2,578 undi. Undi rosak pula 223 daripada keseluruhan 11,170 undi yang diperolehi hari ini. Selepas ini bolehlah Isa meneruskan agenda politiknya. Isa tidak perlu memikirkan etika dan moral dalam perjuangan politiknya kerana beliau mendapat sokongan ramai rakyat di Bagan Pinang.
Tahniah juga kepada rakyat Bagan Pinang kerana memenangkan Isa Samad dari B-end. Dengan memenangkan Isa, maka bolehlah rasuah berleluasa bukan sahaja di Bagan Pinang tetapi di Malaysia keseluruhannya. Nasihat orang yang berpengalaman seperti Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Mahathir tidak dihiraukan apatah lagi nasihat-nasihat dari kepimpinan parti pembangkang yang dianggap musuh. Isu etika dan moral bukan persoalan bagi rakyat Bagan Pinang.
Bagi rakyat Bagan Pinang, parti lebih penting dari anak cucu, parti lebih penting dari bangsa, parti lebih penting dari agama, parti lebih penting dari kepentingan rakyat keseluruhannya.
Dengan kemenangan Isa bererti akan lebih berleluasa dan semarak lagilah rasuah bukan sahaja di Bagan Pinang tetapi di Malaysia umumnya kerana UMNO B-end tidak memandang berat terhadap isu ini.
Selepas ini bolehlah rakyat Bagan Pinang memberikan apa-apa habuan bagi memperolehi sesuatu dari sesiapa. Kalau nak jawatan, boleh berikan wang atau makan-makan atau bayarkan percutian atau apa-apa saja supaya boleh memperolehi apa yang dihajati. Anda tidak akan dianggap rasuah kerana menurut ADUN baru Bagan Pinang itu dianggap sebagai melanggar etika sahaja.

Sunday, October 11, 2009

PROSES TAMAT

Proses pengundian di Bagan Pinang (N31) telah tamat tepat jam 5.00 petang.

Keputusan dijangkakan dapat diketahui sebelum jam 8.00 malam ini.

SPR mengarahkan semua petugas dan penyokong parti menanggalkan sebarang simbol - termasuk pada pakaian seperti topi atau jaket. Penggunaan kipas tangan dan payung yang bersimbolkan parti bertanding juga dilarang.
Beberapa pergaduhan kecil berlaku dibeberapa tempat.
Peratusan mengundi 81.6% atau 11,157 pengundi.

KULI KATA LEBIH BAIK UMNO KALAH DI N31

Pemimpin veteran Umno yang juga mantan Naib Presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah berkata kemenangan untuk calon UBN Isa Samad di Bagan Pinang bermakna kemenangan untuk rasuah dan penyelewengan. Untuk kebaikan UMNO, Ku Li lebih rela UMNO B-end kalah di Bagan Pinang (N31) pada pilihan raya kecil yang sedang berlangsung. Perkara ini dinyatakan dalam man web beliau di http://razaleigh.com/2009/10/11/better-to-lose-the-battle/

Kenyataan Ku Li adalah seperti berikut:

Much as the likely win by Tan Sri Isa Samad in Bagan Pinang today would be welcomed by the leadership after the string of losses Umno has suffered, I am afraid what the nation needs is for Umno to lose again. This is because again we have fielded a candidate proven to be corrupt.

A win by Isa would translate into an endorsement of corruption-as-usual within the party and the government that it leads.

For the good of the party, the dignity of the Malay community it claims to represent and for the sake of the nationwide reform in governance and politics that we must undergo, it would be better if Umno lost today, and used the loss to begin internal reform.

Corruption is the scourge of the country. Umno is a step away from being identified with that scourge.

SUMBER http://razaleigh.com/


UNDI POS UNTUK PAS?

Suruhanjaya Pilihan Raya (Malaysia) mengira undi pos di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) mulai kira-kira jam 10.30 pagi ini.

Bendahari PAS Negeri Sembilan, Md Nor Rahman ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata, setakat ini, pihaknya tidak dapat menjangkakan sokongan yang bakal diterima dari anggota pasukan keselematan yang mula membuang undi pada 8 Oktober lalu.

Bagaimanapun, tambahnya, "ia (undi pos) lebih kepada kita" dan "nampak memberangsangkan".

Sementara itu, mengulas perjalanan pilihan raya kecil DUN itu, Md Nor berkata, setakat ini peratusan keluar mengundi agak perlahan ekoran keadaan cuaca yang kurang baik.

"Hujan pun baru berhenti. Lepas ini kita jangkan akan lebih ramai keluar. Mungkin lebih ramai daripada peratusan yang lalu," tambahnya.

Terdapat 13,994 pemilih, termasuk 4,604 pemilih pos, yang layak mengundi dalam pilihanraya kecil kali ini.

Apabila pengundian pos di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) berakhir Kelmarin, seramai 1,807 daripada 1,877 anggota tentera yang layak mengundi, telah mengundi.

Selebihnya, termasuk 2,694 lagi merupakan pengundi pos yang tinggal di luar kem, serta 31 anggota polis dan dua pengundi yang berada di luar negara.

SUMBER http://www.malaysiakini.com/

TENGAHARI YANG LEMBAB DI N31

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan sehingga 12 tengahari tadi seramai 4,220 atau 46.5% pengundi sudah melaksanakan tanggungjawab mengundi. SPR mensasarkan lebih 80% pengundi berdaftar bagi DUN Bagan Pinang (N31) keluar mengundi. Bagaimanapun sejak jam 12 tengahari tadi didapati beberapa tempat membuang undi lengang.

DUN ini mempunyai 13,644 pengundi sah. Daripada jumlah tersebut, 4,604 pengundi adalah pengundi pos yang telah selesai mengundi hingga semalam. Difahamkan 95% pengundi pos berdaftar telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

PAS (PR) BUAT KEJUTAN

Pakatan Rakyat mampu membuat kejutan dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang hari ini bersandarkan kepada hasil culaan yang dijalankan oleh PKR di semua daerah mengundi.Ia termasuk culaan di kawasan majoriti Melayu, India (estet) dan Cina, kata ahli parlimen PKR Kuantan, Fuziah Salleh.

Fauziah mengetuai jawatankuasa strategi dan culaan PKR untuk pilihanraya Kecil tersebut. Menurut Fuziah, beliau bersama-sama jenteranya telah menjalankan culaan di semua lapan daerah mengundi termasuk kawasan majoriti Melayu, India (estet) dan Cina. Hasilnya, kata beliau, Umno mendahului dengan majoriti tipis iaitu 51 peratus berbanding dengan 49 peratus untuk calon PAS. "Maka saya optimis bahawa Pakatan Rakyat mampu merapatkan jurang yang tipis tersebut dan ada kemungkinan kita boleh melakukan kejutan dengan menumbangkan calon BN," katanya kepada Malaysiakini.

Pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang hari ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Tan Sri Isa Samad dengan calon PAS, Zulkefly Mohd Omar. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor dari BN pada 4 September lepas. Beliau memenangi kerusi tersebut, dengan menewaskan calon PAS, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi.

Hari ini, 13,664 pengundi di Bagan Pinang, termasuk lebih 4,000 pengundi pos, akan menentukan siapa yang bakal menjadi sebagai wakil mereka. Pengundian akan bermula jam 8 pagi hingga 5 petang ini. "Bagaimanapun saya berharap pengundi protes yang membantah pencalonan Tan Sri Isa sebagai calon BN, akan memberikan undi tersebut kepada calon PAS", kata Fuziah.

Fuziah juga memberitahu bahawa keputusan culaan itu tidak mengambil kira undi pos. "Untuk bermain dalam zon selamat, saya meletakkan situasi "worse case scenario" seolah-olah calon PR tidak mendapat sebarang undi pos. Maka jika keputusan culaan ini kekal dan tidak banyak berubah sehingga tamat masa mengundi, maka saya yakin kita akan merampas kerusi Bagan Pinang kerana pada ketika itu sudah pasti calon kita akan mendapat undi pos walaupun tidak tahu berapa angkanya,” katanya.

SUMBER http://www.detikdaily.net/

SOKONGAN DI N31 50/50

Oleh Zulkifli Sulong

13,644 pengundi sah Bagan Pinang mula membuang undi pagi ini dengan lebih 95 peratus pengundi pos yang berjumlah 4,604 pengundi berdaftar telah selesai mengundi hingga semalam. Mereka akan menentukan samaada calon Pakatan Rakyat dari PAS, Zulkefly Mohamad Omar atau calon Barisan Nasional (BN) dari Umno, Tan Sri Mohd. Isa Samad pilihan majoriti rakyat pantai peranginan Port Dickson ini.

Mereka terdiri dari 19.9 peratus pengundi India, kira-kira 10 peratus Cina dan selebihnya, 70 peratus adalah pengundi Melayu. Di kalangan Melayu itu, kira-kira 4,600 atau 32 peratus adalah pengundi pos.

Sehingga kini, kebanyakan pemerhati politik memberikan peluang kedua-dua pihak sehingga semalam adalah 50:50. Namun begitu, analisa di kalangan yang hampir dengan Umno memberikan kemenangan kepada calon mereka antara 600 hingga 1000 undi majoriti. Ini berdasarkan andaian Isa akan mendapat 75 peratus undi Melayu, 70 peratus undi pos, India 45 peratus dan Cina 30 peratus.

Namun begitu, kajian yang dibuat oleh sekumpulan pensyarah Universiti Malaya berdasarkan 2,000 respondan secara rawak mendapati sokongan untuk PAS 56 peratus dan 46 peratus untuk BN. Kajian yang dibuat oleh Ilham Centre pula menunjukkan Isa menjadi pilihan majoriti pengundi. Ini berdasarkan 48 peratus mereka mengenali Isa manakala Zulkefly hanya dikenali 11.7 peratus pengundi sahaja. Keutamaan cara pengundian juga adalah calon yang dikenali dan berwibawa.

Dalam pada itu, tidak kurang juga yang memberikan pendapat melampau namun tidak kurang juga asasnya. Mereka berkata Umno akan berjaya meningkat undi majoriti mereka sehngga ke 3,000 undi berbanding 2,333 undi dalam pilihan raya umum 2008 lalu. Namun sikap melampau yang ditunjukkan oleh sesetengah juru kempen dan petugas Umno sehingga memukul petugas Pakatan Rakyat dan merobohkan khemah mereka sangat-sangat meragukan. "Jika Umno yakin akan menang buat apa tindakan agresif sebegini? Ini tindakan orang yang tertekan dan takut dengan kekalahan," kata seorang rakan wartawan dari sebuah akhbar harian.

Tindakan ganas bermula Rabu lalu. Sekumpulan petugas Umno datang ke sebuah khemah Darul Syifa' yang ditubuhkan oleh PAS untuk memberikan perkhidmatan percuma di Taman Sirusa. Kumpulan pertama ini memberikan amaran agar khemah itu dirobohkan dalam masa 24 jam. Selang beberapa jam datang lagi kumpulan kedua yang mengarahkan agar khemah itu dirobohkan segera bukannya dalam masa 24 jam. Akibatnya dengan kasar khemah itu dirobohkan mereka. Petang semalam, sehari sebelum mengundi, berlaku juga pertengkaran dan pergaduhan di sini.

Kunjungan ke Taman Si Rusa Jumaat selepas itu dapat merasai betapa tegangnya keadaan antara petugas PAS dan Umno di situ. Ini kerana, markas mereka yang berdekatan antara satu sama lain. Khemah-khemah PAS pula didirikan di tepi-tepi jalan kerana tidak ada penyokong PAS yang sedia memberikan rumah mereka kerana takut diganggu dan diugut oleh petugas BN yang sudah lama bertapak di situ.

Pusat akhtiviti PAS adalah di sebuah Pasti di situ. Kawasan ini dijaga oleh PAS Kedah dan PAS Johor. "Kami banyak belajar dari PAS Kedah dalam kerja-kerja politik di sini," kata Pesuruhjaya PAS Johor, Dr Mahfudz Mohamad ketika ditemui di situ.

Menteri Besar Kedah yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Razak, turun ke situ. Beliau banyak memberikan motivasi kepada petugasnya bukan memberikan kempen politik kerana majlis itu penuh dengan petugas PAS dari Johor dan Kedah di samping petugas tempatan. "Tugas kita adalah berkempen dengan cara terbaik. Itu kerja kita. Menang kalah itu bukan kerja kita, itu kuasa Allah... Dia yang berkuasa menentukannya," kata Azizan.

Pengundi tempatan kurang menyertai majlis ceramah terutama yang dibuat di waktu siang kerana PAS agak asing bagi penduduk di sini. Mereka hanya mendekati PAS dan Pakatan melalui media khasnya media baru iaitu laman web dan blog di internet dan sms melalui telefon bimbit.

Calon BN, Tan Sri Isa yang memberikan ucapan di Si Rusa berkata, mereka semua ini orang luar yang datang buat kacau ke kawasan mereka. "Selepas ini, mereka semua pulang. Siapa yang nak jaga kebajikan kitaa semua melainkan Umno," kata Isa dalam ceramahnya di sebuah rumah yang menjadi pintu masuk ke taman itu. Jalan di situ jam dengan kereta yang mahu keluar masuk.

Image(Gambar: Pengerusi SPR bersama pegawainya masuk ke pusat pengundi pagi ini.)

Turut terperangkap adalah kenderaan PAS yang dibawa PAS Kedah untuk berkempen di sini. Ia berupa kenderaan pacuan empat roda yang dilengkapkan dengan alat siar raya di atasnya. Ketika itu mereka sedang berkempen untuk memanggil orang ramai ke ceramah yang akan diberikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malamnya (9 Oktober).

Adun Ladang, Terengganu, Datuk Tengku Hassan mempunyai cerita tersendiri dalam siri kempen yang dibuat di sini. "9 dari sepuluh pengundi yang kami temui memberikan jawapan positif kepada PAS. Namun kami bimbang kalau jawapan yang sama juga diberikan kepada jurukempen Umno," kata Tengku Hassan bekas Pegawai Kanan kerajaan Terengganu itu.

Anggota Parlimen Kota Raja, Selangor, Dr Mariah Mahmud juga mempunyai ceritanya sendiri. Sejak datang ke sini kira-kira seminggu lalu, beliau tidak pulang ke kawasannya di Selangor. "Kalau saya pulang, saya kena jaga penduduk Kota Raja. Kalau saya ada di sini, mereka faham saya bertugas dan terpaksa tangguhkan apa-apa khidmat untuk mereka buat sementara," kata Mariah.

Dr Mariah bersama pasukannya yang dibawa dari Kota Raja menjaga peti undi Ladang Seliau tempat pengundi India bermastautin. Ini berdasarkan demografi Parlimen beliau yang ramai pengundi India itu. "Kami dah kenalpasti hampir kesemua pengundi kita dahulu dan cuba mempertahankannya di samping menambah pengundi baru," kata seorang petugas Dr Mariah yang ditemui.

Pendek kata, dalam pilihan raya kecil kali ini, petugas Umno pasti terkejut besar. Buat pertama kalinya mereka merasakan tekanan dengan juru kempen yang memenuhi kawasan yang selama ini menjadi kubu kuat Umno.

SUMBER http://www.detikdaily.net/