THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, September 19, 2009

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA

SETIAWANGSA@KL mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca, pengkomen dan pengkritik blog ini. Diharap tuan puan semua bergembira di hari yang mulia disamping keluarga yang tercinta.

Selamat Hari Raya Adidilfitri dan Maaf Zahir Batin



NAK MAKAN

Ketika menjadi orang biasa, seorang ahli wanita Umno di cawangan bangun pada pagi hari dan bertanya kepada suaminya, "Abang hari ini kita nak makan apa?"

Begitulah kedudukan ahli-ahli Umno di peringkat cawangan yang tidak mewah dan tidak mampu berbelanja malahan untuk membiaya anak-anak ke sekolah mengharap ’Ehsan’ dari kerajaan.

Kemudian, apabila wanita Umno itu terus bergiat dan sedikit cergas, beliau pun dilantik menjadi anggota wanita Umno di peringkat Bahagian.

Maka, pada suatu pagi, ketika bangun dari tidurnya, dia bertanya kepada suaminya, "Abang hari ini nak makan di mana?", menunjukkan status sosialnya yang sudah sedikit meningkat.

Mungkin kerana menjadi anggota wanita Bahagian, maka pendapatannya bertambah, dicampur sedikit peluang untuk mendapat ’indent’ atau kerja-kerja pembekalan makanan ataupun apa-apa jua bisnes yang biasanya semakain ’terbuka luas’ peluangnya.

Dengan sedikit ’pangkat dan wang’ yang ada, maka wanita Umno itu pun bergerak cergas, terus mengintai-intai peluang bagi mendapatkan status yang lebih tinggi dalam politik. Dan akhirnya dengan sokongan kepada tokoh tertentu, beliau dipilih menjadi anggota wanita Umno peringkat negeri. Saat itu, wanita Umno itu turut mengenali dan dikenali oleh ’tokoh-tokoh’ di peringkat Pusat, bagi melobi dan dilobi sekiranya Perhimpunan Agong Umno menjelang tiba.

Maka, sutu pagi, ketika bangun dari tidurnya, dia bertanya kepada suaminya, "Abang, hari ini kita nak makan siapa?"........

Tak tahu dari mana asal-usulnya cerita ini, tapi ada kebenaran pada hakikatnya.

SELANJUTNYA LAWAT http://apakhabarganu.blogspot.com/

POLARISASI KAUM MASIH WUJUD DI MALAYSIA

Oleh Chan Wei See

Setahun yang lalu, setelah kemenangan dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh, dengan megahnya Anwar Ibrahim berdiri di atas pentas, disambut keghairahan penyokongnya dengan air mata yang bersinar. Orang ramai menyanyikan lagu Negaraku, dengan tabah dan lantang, seolah-olah merekalah tuan tanahair ini.

Demikianlah harapan rakyat terhadap 16 September yang dijanjikan Anwar Ibrahim.

Sememangnya rakyat menanti-nantikan Anwar untuk mengotakan janjinya yang berbunyi "hari ini bentuk kerajaan, esok turunkan harga minyak". Namun, faktor lain yang mendorong harapan rakyat adalah, mereka sudah muak dengan regim BN yang korup, slogan PM "cermelang, gemilang, terbilang" yang berakhir dengan temberang, perkongsian kuasa BN yang tidak seimbang...

Pemerintahan 50 tahun BN menyempitkan ruang demokrasi, semangat perkauman mendadak, kekayaan negara dipunggah... Rakyat yang terangsang dengan "makkal sakti" dalam tsunami politik 8 Mac 2008, mula mencari jalan keluar untuk mengubah nasib sendiri.

Setahun yang lalu, harapan "tukar kerajaan" seolah-olah dikongsi bersama oleh semua. Setahun sudah berlalu, kita mendapati wujudnya jurang antara masyarakat Melayu dan bukan Melayu. Mungkin bukan Melayu menganggap bahawa "kesamarataan antara semua kaum" adalah sesuatu yang mustahil dalam model BN yang didominasi sesebuah parti, lantas menaruh harapan kepada Pakatan Rakyat.

Walaupun hujah sesetengah pemimpin PAS dilihat agak konservatif, ditambah pula pentadbiran kerajaan Kedah yang kucar-kacir, lebih-lebih lagi desas-desus wakil rakyat PR melompat parti tersebar luas, tetapi masyarakat bukan Melayu tetap mengharapkan PR bakal menggantikan BN sebagai kerajaan.

Namun, masyarakat Melayu yang berpaksikan politik perkauman dan agama selama ini memperlihatkan sesuatu yang berbeza. Setelah Najib Razak mengambil alih pucuk kerajaan daripada bekas PM Abdullah Ahmad Badawi, mereka yang duduk atas pagar mula kembali ke pangkuan BN.

Mungkin masyarakat Melayu lebih selesa dengan berpayungkan sebuah parti Melayu yang kuat, berbanding dengan perubahan yang tidak menentu. Psikologi ini timbul daripada monopoli UMNO dalam saluran infomasi bahasa Melayu.

Fenomena "polarisasi"

Walaupun sinar Anwar Ibrahim menjadi malap ekoran kegagalan perancangan "tukar kerajaan" pada 16 September, namun masyarakat bukan Melayu masih menaruh harapan pada PR. Soal selidik baru-baru ini memperlihatkan kebanyakan bukan Melayu masih menyokong PR, walaupun sedikit penurunan dalam sokongan masyarakat India.

Vox Malaysia, sebuah pusat kaji selidik yang baru ditubuhkan, telah menjalankan satu soal selidik dengan sampel 1,000 orang pengundi berdaftar pada pertengahan Ogos 2009. Hasil soal selidik tersebut memperlihatkan 45% yakin dengan pimpinan BN, sementara hanya 21% yakin terhadap PR dan 28% tidak yakin dengan kedua-dua gabungan politik ini.

Walaupun sokongan terhadap BN kelihatan mengatasi PR, namun soal selidik ketika PRU dan PRK di Semenanjung Malaysia yang lepas menyaksikan responden yang tidak menunjukkan pendirian yang jelas, berkecenderungan untuk mengundi pembangkang. Misalnya di Permatang Pasir, hanya 16% responden Cina yang akan menyokong calon PAS menurut keputusan soal selidik, tetapi peti undi menunjukkan 75% undi Cina tercurah kepada Salleh Man.

Oleh itu, 28% responden yang tidak menunjukkan sikap yang jelas, mungkin menyokong PR di sebaliknya.

Perlu diambil perhatian bahawa wujudnya perbezaan antara kaum yang ketara dalam hasil soal selidik ini. 63% responden Melayu yakin kemampuan BN untuk mentadbir, hanya 16% percaya bahawa PR mampu mentadbir. Sebaliknya, hanya 11% orang Cina dan 14% orang India menganggap BN berkebolehan mentadbir, sementara 31% Cina dan 28% yakin PR boleh mentadbir. Di samping itu, terdapat 46% Cina dan 47% India tidak menunjukkan pendirian yang nyata.

"Polarisasi" suara rakyat telah wujud. Masyarakat bukan Melayu lebih toleransi terhadap ketirisan dalam pentadbiran PR, menaruh harapan kepada PR untuk menggulingkan BN, di samping masyarakat Melayu pula menganggap negeri pentadbiran PR kucar-kacir, malah sanggup kembali ke bawah naungan BN. Fenomena ini berkait rapat dengan infomasi yang diterima oleh audien yang berbeza bahasa pengantar.

Artikel ini diterjemah dan disunting Lim Hong Siang.

SUMBER DARI http://www.merdekareview.com/

Friday, September 18, 2009

OSA PULAK

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berkata bahawa pihak polis akan menyiasat mengenai pendedahan Kertas Kabinet berkaitan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang didedahkan di internet. Kertas Kabinet diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). Oleh itu tindakan boleh diambil berdasarkan OSA.

Dokumen yang didedahkan itu menunjukkan apa yang didakwa sebagai memorandum dari Menteri Kewangan supaya memberikan kelulusan secara retrospektif berhubung dengan peningkatan kos projek Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) dari RM1.088 bilion kepada RM4,632,732,000.00.

Semalam Malaysia Today (MT) melaporkan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendesak Perdana Menteri, timbalannya dan semua menteri yang terlibat mesti meletakkan jawatan jika dokumen kerajaan yang didedahkan oleh MT dalam artikelnya yang bertajuk "What the Cabinet hid from the Malaysian public" itu tulen.

Nampaknya polis akan menyiasat bagi mengenalpasti orang atau orang-orang yang mendedahkan Kertas Kabinet tetapi tiada pihak yang akan menyiasat dan mendakwa jika ada berlaku penyalahgunaan kuasa dalam kabinet.

Inilah senario yang kita lihat dari dulu, kini dan selamanya selagi UMNO B-end memerintah.

Thursday, September 17, 2009

NAJIB MESTI LETAK JAWATAN JIKA BENAR

Perdana Menteri, timbalannya dan semua menteri yang terlibat mesti meletakkan jawatan jika dokumen kerajaan yang didedahkan oleh Malaysia Today (MT) hari ini dalam artikelnya yang bertajuk "What the Cabinet hid from the Malaysian public" adalah tulen, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.


Dokumen yang didedahkan itu menunjukkan apa yang didakwa sebagai memorandum dari Menteri Kewangan supaya memberikan kelulusan secara retrospektif berhubung dengan peningkatan kos projek Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) dari RM1.088 bilion kepada RM4,632,732,000.00.

"(Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) perlu membuktikan tanpa sebarang keraguan yang munasabah kepada rakyat bahawa dokumen itu adalah dokumen palsu.

"Jika beliau gagal berbuat demikian dan dokumen tersebut memang benar dokumen kerajaan yang tulen, beliau dan semua anggota kabinetnya kini yang terlibat dalam memberikan kelulusan retrospektif itu mesti meletakkan jawatan serta merta," tegas Mahfuz.

Jika dokumen itu adalah dokumen kerajaan yang tulen, beliau mempersoalkan bagaimana Najib dan anggota kabinet pada masa itu boleh mempersetujui kelulusan retrospektif itu sedangkan banyak peraturan kewangan telah dilanggar termasuk dalam apa yang didakwa sebagai tindakan Menteri Pengangkutan memberikan surat jaminan kepada beberapa penerbitan bon yang boleh dianggap tidak sah.

Mengikut peraturan, surat jaminan sedemikian perlu mendapat kelulusan Jemaah Menteri terlebih dahulu dan surat tersebut hanya boleh dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan sahaja.

Mahfuz juga menuntut kerajaan menjelaskan adakah benar keseluruhan projek PKFZ dilaksanakan hanya dengan kelulusan dasar Perdana Menteri sahaja tanpa mematuhi prosedur yang sepatutnya?

Beliau juga mempersoalkan, mengapa kelulusan retrospektif yang dicadangkan oleh Menteri Kewangan itu diluluskan jika benar projek tersebut setelah dilaksanakan didapati tidak berdaya maju dan kos projek telah meningkat kepada lebih RM4.6 bilion.

"Jika dokumen yang didedahkan oleh MT itu adalah dokumen tulen kerajaan, rakyat kini boleh melihat dengan jelas mengapa Najib dan kabinetnya menubuhkan pasukan petugas khas serta-merta bagi menyediakan laporan berkaitan isu PKFZ.

"Saya telah nyatakan sebelum ini bahawa penubuhan pasukan itu sebenarnya bermotif politik iaitu untuk melindungi pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional dari disiasat atas dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan yang berlaku dalam skandal PKFZ," kata beliau.

"Dan, sebab itulah juga Najib dan kerajaan pimpinannya begitu takut untuk menubuhkan suruhanjaya di raja bagi menyiasat skandal PKFZ itu.

"Jika disiasat dan jika terdedah lebih banyak lagi dokumen dan hakikat yang disembunyikan dari pengetahuan rakyat, ia mungkin membuktikan lagi jenayah peringkat tertinggi dalam skandal PKFZ itu," katanya.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena sekali lagi menuntut sidang khas parlimen diadakan bagi membentangkan kertas putih menjelaskan keenganan kerajaan menubuhkan suruhanjaya di raja bagi menyiasat skandal PKFZ.

"Jika kerajaan enggan mengadakan sidang parlimen khas itu, kita yakin sidang parlimen yang dijangka bermula 19 Oktober ini hingga 15 Disember akan 'dibanjirkan' dengan isu PKFZ hinggalah Perdana Menteri, timbalannya dan semua menteri dalam kabinetnya kini yang terlibat memberikan kelulusan retrospektif kepada peningkatan kos projek PKFZ itu meletakkan jawatan," kata beliau.

Beliau juga mengulangi kenyataannya bahawa satu pasukan peguam PAS ditubuhkan bagi mengkaji peruntukan undang-undang untuk memastikan kerajaan menubuhkan suruhan jaya di raja bagi menyiasat skandal tersebut.

Projek PKFZ mencetuskan kontroversi apabila timbulnya pendedahan bahawa kos pembangunannya melambung daripada RM2.5 bilion kepada lebih RM4.6 bilion.

Siasatan awal keatas projek PKFZ mendapati ia terpaksa diselamatkan dengan pinjaman dari kerajaan.

Selain itu juga, siasatan juga mengesahkan kerajaan melalui Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) membeli 404 hektar tanah dari KDSB pada RM25 setiap kaki persegi walaupun harga sebenar dianggarkan RM10 sahaja setiap kaki persegi. KDSB juga dilantik sebagai pemaju PKFZ.

KDSB pula membeli tanah tersebut dari Koperasi Pembangunan Pulau Lumut Bhd (KPPLB) pada harga RM1.9 hingga RM2.9 sekaki persegi. Pengerusi koperasi tersebut ketika transaksi itu ialah Adun Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil.

Beliau juga adalah ahli lembaga pengarah LPK dari 1997 sehingga 2003

Laporan audit yang dikeluarkan pada akhir Mei oleh PriceWaterhouseCoopers (PwC), syarikat yang dilantik LPK bagi tujuan itu, menyebut tentang pembabitan beberapa ahli politik dalam projek berkenaan, yang menurutnya, mungkin menimbulkan percanggahan kepentingan.

SUMBER DARI http://www.harakahdaily.net/

Wednesday, September 16, 2009

KEUNIKAN PRK N.31

Pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, akan diadakan 11 Oktober depan ekoran kematian penyandangnya allahyarham Azman Mohd Nor yang mewakili BN.

Disaat ada yang mengatakan rakyat rasa bosan mula timbul dan terasa seolah–olah berada di dalam satu mimpi yang berulang–ulang, setelah menyaksikan lapan pilihan raya kecil sejak pilihan raya umum Mac 2008.

Bermula dengan Pilihan Raya Kecil P44 Permatang Pauh, sehingga ke Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Ai, Penanti, Manik Urai dan yang terbaru di Permatang Pasir.

Namun, apa yang pasti Pilihan raya kecil kali ini tetap dilihat pemerhati politik sebagai unik kerana, ini :

1. PRK ke -9
2. Berlakunya di N-9
3. Kekosongannya dalam bulan 9
4. Bulan Ramadhan, bulan ke-9 tahun hijrah
5. Pada tahun 2009
6. NS ada 9 Luak
7. Bagan Pinang ada 9 UPU (termasuk 1 undi Pos)
8. Calon BN yang disebut-sebut : Tan Sri Isa Samad – Menteri Besar N9 yang ke-9
9. Tan Sri Isa Samad lahir tahun 1949

SUMBER DARI http://prkn31baganpinang.pas.org.my/

HARI MALAYSIA

SUMBER DARI http://www.detikdaily.net/v5/

Monday, September 14, 2009

SAYA ANAK BANGSA MALAYSIA

1609

The Anak Bangsa Malaysia Initiative is going to be launched on 16 September 2009. This initiative promises to be ‘THE MOVEMENT’ for change and I sincerely believe that it will be instrumental in achieving the genuine, meaningful bond between all Malaysians, regardless of race, religion or creed. 16 September is particularly significant and meaningful because it is the day the Federation of Malaysia was formed (Malaya, Sabah & Sarawak) .

We are ONE COUNTRY, ONE BANGSA – BANGSA MALAYSIA and nothing will break the bonds of love between us.

“SAYA ANAK BANGSA MALAYSIA”


SUMBER DARI http://bangmalaysia.wordpress.com/

SHAHRIZAT BUAT KENYATAAN PERKAUMAN

Kenyataan media oleh Senator Tunku Abdul Aziz, Naib Pengerusi DAP

Parti Tindakan Demokratik (DAP) kesal dengan pembohongan Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Abdul Jalil yang mendakwa kononnya DAP memperalatkan orang Melayu. Shahrizat mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas itu kerana beliau sebenarnya takut melihat sambutan orang Melayu terhadap DAP, terutamanya dengan penubuhan cawangan DAP yang dipimpin oleh orang Melayu yang pertama di Selangor.

Ini adalah bukti di mana UMNO semakin bimbang kehilangan sokongan orang Melayu. Baru wujud satu sahaja cawangan DAP yang majoritinya orang Melayu di Selangor, UMNO sudah pun ketakutan.

Cawangan DAP yang mempunyai majoriti orang Melayu itu telah ditubuhkan di Kampung Lembah Kinrara minggu lalu. Menurut pengasasnya, Haron Abdul Wahab, orang Melayu di kawasan itu memilih DAP kerana yakin dengan prinsip parti yang memperjuangkan nasib semua kaum di negara ini. Mereka sedar DAP membantu rakyat tanpa memilih bulu.

Menurut satu laporan akhbar semalam, Shahrizat telah dipetik sebagai berkata bahawa DAP tidak pernah memperjuangkan hak dan kepentingan orang Melayu tetapi sebaliknya hanya mengutamakan kepentingan kaum lain.

Shahrizat tidak berkata yang benar kerana dia tahu orang Melayu telah menerima DAP dan sedar DAP tidak anti-Islam dan tidak anti-Melayu, malah berjuang mempertahankan dan melindungi hak semua kaum dan agama.

Orang Melayu sudah sedar bahawa kepimpinan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang bukan sahaja menjamin hak-hak orang Melayu dan Islam, malah menggalakkan lagi perkembangan syiar Islam di negeri itu.

Walaupun tidak sampai dua tahun pentadbiran Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Lim Guan Eng di Pulau Pinang, rakyat di negeri itu khususnya orang Melayu telah pun menerima sumbangan ikhlas dari prinsip Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT). Antaranya adalah pengiktirafan tinggi kepada pelajar-pelajar Melayu cemerlang, termasuk untuk para penghafal Quran atau Huffaz, dan peruntukan RM1.5 juta setiap tahun kepada sekolah-sekolah agama rakyat.

Malah kita tidak boleh lupa bagaimana Lim Guan Eng (gambar kanan) menjadi mangsa konspirasi politik sehingga beliau dimasukkan ke penjara semata-mata kerana mempertahankan hak dan maruah seorang gadis Melayu yang menjadi mangsa pencabulan.

Malah di mana sahaja DAP bergiat aktif, orang Melayu dan umat Islam tidak pernah diketepikan, malah sama-sama dibantu dengan kaum-kaum lain yang mengalami kesusahan. Semua usaha ini tidak pernah dihebahkan oleh UMNO dan media arus perdana miliknya yang hanya mahu meneruskan agenda perkauman bagi menjamin kuasa kekal di tangan mereka yang tidak bersih, rasuah dan menyalahgunakan kuasa.

Sepatutnya Shahrizat menghormati hak asasi rakyat Malaysia untuk memilih mana-mana pertubuhan politik dan berhenti dari bermain dengan isu perkauman yang boleh mencetuskan syak wasangka antara rakyat.

Sepatutnya juga, sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, beliau perlu menumpukan kepada portfolionya untuk memastikan golongan yang memerlukan benar-benar mendapat perlindungan.

Sehingga hari ini, Shahrizat telah berdiam diri dengan isu tuduhan kes rogol yang berlaku terhadap gadis Penan di Sarawak, dan isu ancaman rogol oleh samseng-samseng UMNO terhadap Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor Rodziah Ismail sewaktu majlis dialog pemindahan kuil Seksyen19 pada 5 September lalu.

Shahrizat sepatutnya berkhidmat dengan lebih gigih dan jujur untuk membuktikan perlantikannya semula sebagai Menteri adalah tidak sia-sia, setelah beliau sendiri ditolak oleh rakyat dalam pilihan raya umum 2008.

DAP sedia menghulurkan salam persahabatan untuk membantu beliau dalam menangani mana-mana isu yang melibatkan kezaliman dan ketidakadilan terhadap wanita, keluarga dan masyarakat. Yang penting, Shahrizat mesti hentikan sikap mengapi-apikan perkauman kerana ia bukan sahaja zalim tetapi boleh menghancurkan perpaduan antara rakyat pelbagai kaum dan agama.

UMNO B-END NAK PELUANG APA?

Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Datuk Raja Zainal Abidin merayu kepada rakyat terutamanya orang Melayu supaya memberi peluang kepada UMNO untuk berubah. Menurut beliau, "Kami akui pemimpin seperti kami punya banyak kekurangan dan kelemahan. Bagilah peluang kepada kami untuk berubah demi kebaikan rakyat di masa hadapan." Rayuan itu dibuat semasa berucap di majlis penyampaian sumbangan masjid dan surau Nur Ramadan anjuran UMNO Bandar Tun Razak semalam (Ahad).

Peluang apakah yang diperlukan lagi oleh UMNO B-end ini? Nampaknya pemimpin-pemimpin UMNO B-end tidak tahu 'bersyukur' setelah 52 tahun mengaut dan memilikkan duit dan harta rakyat. Tidak cukup dengan mengguna dan mengambil harta rakyat, mereka melakukan rasuah yang melibatkan berbilion-bilion ringgit. Semua ini membuat rakyat meluat.

Bak kata pepatah Samy Vellu, orang India bukan benci kepada beliau tetapi kepada B-end. Hakikatnya, bukan orang India saja yang bencikan kepada B-end tetapi seluruh rakyat kini narah, benci, meluat dan melaknati UMNO dan keseluruhan komponan B-end. Hatta semut, ulat, ular, beruk, gajah dan yang seangkatan dengannya juga telah menolak UMNO B-end.

Jika nak diberi peluang, pastinya pada orang muda atau pemimpin yang baru 'belajar memimpin' atau parti yang baru memerintah dalam satu atau dua penggal tetapi UMNO B-end telah berkuasa selama lebih 50 dekad. Apakah gunanya peluang bagi mereka? Peluang untuk rasuah dan mengumpul kekayaan kah? Peluang perlu diberikan kepada Pakatan Rakyat (PR) yang baru memerintah beberapa negeri dan bukannya kepada parti yang telah tua, nyanyok, rosak dan perlu dikuburkan.

PRK N.31

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi telah membuat penguman berkaitan hari penamaan calon dan hari mengundi bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang (N.31) di Negeri Sembilan. Hari penamaan calon ditetapkan pada 03 Oktober (Sabtu) manakala hari mengundi pada 11 Oktober (Ahad). Tarikh itu dimumumkan selepas mesyuaratnya pagi tadi yang juga membincangkan persiapan bagi mengendali pilihan raya kecil kerusi itu di pejabatnya di Putrajaya.

Seramai 13,664 pemilih layak mengundi dalam PRK ini. Daripada jumlah tersebut terdapat 4,604 pengundi pos. Setakat ini hanya B-end dan PAS (PR) yang telah membuat pengumuman untuk meletakan calon untuk bertanding. Bagaimanapun kedua-dua parti belum menentukan calon mereka masing-masing.

SEBAT MIRZAN?

Oleh Chegubard

Chegubard dihubungi oleh wartawan TVantara yang bertanyakan komen saya mengenai milikan saham anak Mahathir dalam syarikat arak di luar negara. Tertanya juga kenapa baru ini muncul kembali sedangkan Chegubard telahpun menyiar semula berita anak Mahathir memiliki saham arak sejak 9 April 2009 lagi.

Rupanya perkara ini menjadi 'panas' semula kerana artikel terbitan MalaysiaInsider bertarikh 10 September yang menyiarkan fakta yang telahpun lama didedahkan oleh dalam blog ini.

Inilah retoriknya pemimpin Umno, konon anti arak dan sebagainya. Ketua Pemuda Umno secara peribadi telefon Ketua Pas Pusat menyatakan betapa dia benci arak dan ajak Ketua Pemuda Pas demo dalam isu arak di Selangor. Betulkah isunya arak. Jika isunya Umno benci arak apa jadi di Negeri Sembilan, Johor dan negeri lain dibawah BN. Arak dijual terbuka malah bulan puasa masih ada orang Melayu beli dan minum arak secara terbuka.

Jika isunya arak bagaimana dengan VIP yang sangat rapat dengan Umno yang menjadi kaya raya kerana memiliki saham arak. Sebenarnya isunya cuma kuasa poilitik. Demi kuasa politik arak dijadikan isu untuk membakar sentimen agama dan kaum secara melampau.

Kesian orang Umno bahawan yang ditunggang dengan sentimen pemimpin mereka sedawa mentedarah duit arak yang dibawah melalak tak tentu arah. Hukuman...? Nak hukum apa anak Mahathir ni. Nak sebat? Tak mungkin sebab menurut Menteri Dalam Negeri yang juga sepupu Najib, Malaysia tak ada pakar sebat. Hahahahaha.

Ulang cadangan Din Binjai elok pemimpin Umno ni beli kacang belanja budak tadika kemas dan pi bohong budak tadika.... hahahahahaha

SUMBER DARI http://www.utaraonline.net/v3/

THE BENGONG UMNO LEADER

Most UMNO B-end leaders are bengong and yet our Najib claim that UMNO is an islamic party. Mirzan Mahathir is one of the UMNO leader example. Oiiiiiii Mahathir, please advise your son. Read this news from

By Leslie Lau - Consultant Editor Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, Sept 13 – Mirzan Mahathir has defended his investment group’s stake in Philippines conglomerate San Miguel Corp (SMC), saying the company was well on the way to diversifying substantially from its brewery business.

In a letter to The Malaysian Insider yesterday, Mirzan said San Miguel Corp had decided to shift its attention to the infrastructure, public utility and energy requirements of the Philippines, from its core brewery business.

“Since Kirin Holdings of Japan acquired a significant direct ownership stake in the brewery division, this will result in a dramatic change in SMC’s revenue mix, with beverages expected to contribute less than 15% of total sales by next year,” he said in the letter.

The Malaysian Insider had reported this week that Mirzan, the eldest son of Tun Dr Mahathir Mohamad, was recently appointed to the board of San Miguel Corp, the biggest food and beverage conglomerate in the Philippines and the owner of San Miguel Brewery Inc.

San Miguel Corp told the Philippines stock exchange last week about Mirzan’s appointment which is to represent the interests of Q-Tech Alliance Holdings Inc on the board.

Q-Tech, a Manila-based investment company in which Mirzan has a stake in, recently acquired a 19.9 per cent share in San Miguel Corp for 39.61 billion pesos (RM2.9 billion).

It bought the stake from Japan’s Kirin Holdings, which used the funds to help finance the acquisition of a 43 per cent stake in San Miguel Brewery Inc.

With this latest corporate exercise, San Miguel Corp still maintains a 51 per cent stake in San Miguel Brewery Inc.

San Miguel Brewery controls 95 per cent of the Philippine beer market. The company has made San Miguel Beer for more than a century. The beer is brewed in the Philippines, China, Indonesia, Vietnam, Thailand and Malaysia, and is sold in 60 markets worldwide, according to the company’s Web site.

Mirzan’s involvement in the deal, while a sound investment decision, has raised some eyebrows among Malaysia’s conservative Muslim community.

Since news of Q-Tech’s acquisition of San Miguel Corp shares began circulating here, a number of news blogs have used it to attack Dr Mahathir’s Muslim credentials.

“Unfortunately, certain parties are keen to turn this exciting positive change in a well managed Philippines corporation into an assault on the reputation of my father, even though he has nothing whatsoever to do with my business interests.

“I can only provide a rational explanation for my actions and it would be a pity if facts are twisted to gain dubious points from a straightforward business decision,” said Mirzan.

He said San Miguel Corp’s major diversification move was a major reason for his participation and starts a new era for the conglomerate.

Mirzan went on to list down some of San Miguel’s diversification acquisitions in recent years.

These include an option to acquire a controlling interest in Petron Corp., the largest Philippine oil refiner which owns 1,400 retail stations, and a substantial equity stake in Manila Electric Co., the largest distribution utility in the Philippines that has a base of over 4.5 million customers.

SMC has also announced its intention to venture into the telecommunications industry through their stake in Liberty Telecom Holdings Inc. with Qatar Telecommunications Co. to initially build a Wi?Max network and potentially a full?scale national cellular operation.

The company also recently won in a public auction, two major power plants with a combined generation capacity of 1,600 MW.

“Your article covered the beverage aspects of San Miguel but ignored the company’s recent purchases and strategy moving forward.

“As a Malaysian, I am looking forward to assisting San Miguel chart this new course and hopefully, its success will reflect well on our country and people,” said Mirzan of the report in The Malaysian Insider.

Mirzan’s corporate forays have not been without controversy.

He once controlled Konsortium Perkapalan Bhd when Dr Mahathir was prime minister, but was forced to sell its shipping assets to Malaysia International Shipping Corporation (MISC), in what critics said then was a bailout.

Sunday, September 13, 2009

SERINGGIT BERBANDING BERBILION RINGGIT

Oleh Lau Weng San

Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) pernah berkali-kali menyatakan secara terbuka bahawa rasuah seringgit dengan rasuah berbilion-bilion ringgit tiada perbezaan bagi SPRM. Ini merupakan pendekatan yang silap.

Walaupun benar bahawa rasuah seringgit dan rasuah berbilion-bilion ringgit tiada perbezaan dari segi jenayah, tetapi ianya berbeza dari segi kesan dan impak negatifnya terhadap kerajaan, rakyat dan negara.

Kegagalan SPRM membezakan tahap keseriousan sesuatu jenayah rasuah merupakan satu kegagalan yang tidak boleh dimaafkan.

SPRM boleh mendakwa seorang yang bersalah kerana mengambil rasuah beberapa ratus ringgit, SPRM juga boleh berbuat demikian terhadap mana-mana individu yang merasuah berbilion-bilion ringgit. Tetapi dari segi impak negatifnya, SPRM perlu memberi lebih penekanan terhadap kes-kes berprofil tinggi dan kes-kes yang melibatkan amaun yang besar kerana kes-kes inilah yang akan memberi kesan negatif terhadap ekonomi, pentadbiran dan pembangunan negara.

Apa yang dikesali ialah kegagalan SPRM atau yang sebelum ini dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR) menjalankan tindakan terhadap kes-kes yang melibatkan amaun yang besar. Apa yang saya maksudkan sebagai "tindakan" bukan setakat mendakwa mereka yang dituduh ke mahkamah, tetapi turut melibatkan pendekatan yang diambil oleh SPRM/BPR terhadap kes-kes ini, termasuk peruntukan sumber manusia dan kewangan yang mencukupi dalam menyiapkan siasatan.

Ini adalah kerana dalam beberapa kes rasuah yang dibawa ke mahkamah Peguam Negara, hakim telah membuat keputusan untuk membebaskan defendan-defendan sebelum mereka dipanggil untuk menjawab dakwaan-dakwaan rasuah. Hal ini sedemikian kerana kertas-kertas penyiasatan SPRM tidak menyeluruh dan tidak memenuhi syarat-syarat yang diperlukan oleh mahkamah, seperti "beyond reasonable doubt". SPRM tidak mungkin melakukan kesilapan yang begitu besar kecuali mereka tidak mempunyai sumber tenaga manusia yang mencukupi untuk menyiapkan siasatan.

Apa gunanya kerajaan dan rakyat perlu menanggung beban berbangkit daripada rasuah berbilion-bilion ringgit biarpun mereka yang berasuah beberapa ratus ringgit ditangkap dan disabit bersalah? Hakikatnya kerajaan masih perlu menanggung impak negatif yang berpunca daripada rasuah yang besar ini.

Lebih-lebih lagi, SPRM memerlukan kes-kes berprofil tinggi ini untuk menegakkan kredibiliti dan keyakinan rakyat terhadap usaha-usaha mereka membanteras gejala rasuah. Jika tidak, SPRM akan dikatakan sebagai bias, berat sebelah, hanya mengambil tindakan terhadap "ikan bilis" tetapi tidak berbuat demikian terhadap mereka yang berpangkat serta berpengaruh tinggi dan bergelaran Dato’, Dato’ Seri dan Tan Sri.

Jikalau ini berlaku, apakah mesej yang ingin disampaikan oleh SPRM kepada orang ramai, khususnya "ikan bilis" yang disiasat SPRM, yang kebanyakannya merupakan kakitangan-kakitangan awam kerajaan?

Justeru itu, adalah silap untuk SPRM mengatakan bahawa kes rasuah seringgit dan berbilion ringgit tiada perbezaan. Ianya sememangnya berbeza jika dibandingkan dari segi impak negatifnya.

*Kenyataan media oleh Lau Weng San, selaku Setiausaha DAP Selangor, Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Bahagian Petaling Jaya Utara dan ADUN Kampung Tunku.