Terdapat banyak faktor yang boleh membawa kepada kekacauan masyarakat, antaranya ialah ketidakstabilan politik, kekacauan juga mungkin disebabkan oleh sikap sesetengah golongan yang suka untuk melemparkan hasutan terhadap orang lain.
Kini, terdapat sesetengah golongan yang melaungkan slogan "perpaduan demi menjaga kepentingan bangsa", maka kita harus berhati-hati dengan motif mereka supaya tidak jatuh ke dalam permainan perkauman mereka. Permainan mereka yang menggunakan isu perkauman untuk mencapai cita-cita mereka.
Jangan kita mengambil ringan terhadap kebolehan golongan itu, bak kata pepatah orang cina, 'kapal lama masih mempunyai paku' (pepatah cina yang bermaksud, jangan pandang rendah terhadap mereka yang dianggap tidak guna, kerana mereka masih mempunyai kebolehan untuk melakukan sesuatu).
Demokrasi dan hak asasi manusia harus menjangkaui batasan kaum dan agama. Sekiranya tidak, ia akan membawa kepada kepadahan. Demokrasi dan hak asasi manusia yang menjangkaui kaum dan agama penting terutamanya di negara yang berbilang kaum.
Memang tidak dapat dinafikan, semangat perkauman telah memainkan peranan yang penting pada zaman dahulu untuk kita bersatu untuk menentang penjajah, tetapi apabila semangat perkauman ini disalahgunakan, ia akan membawa kepada padah.
Rakyat Jerman (sebelum Perang Dunia Pertama) yang bangga dengan kaum mereka , menyangkah kaum mereka paling unggul di dunia dan tidak dapat ditandingi, malangnya, semangat perkauman ini telah menjadikan Bangsa Jerman dipergunakan oleh Hitler untuk mencapai cita-cita politiknya untuk menakluki benua Eropah. Selain itu, Hilter juga mempergunakan mereka untuk melakukan pembunuhan kejam terhadap orang Yahudi pada masa itu.
Mereka ini tahu dengan mempermainkan semangat perkauman ini mudah untuk mereka mencari populariti kaum mereka masing-masing untuk mencapai cita-cita mereka, namum mereka inilah yang akan bertukar menjadi orang yang menghasut kaum mereka menentang kaum lain. Caranya mudah, mereka akan memperbesarkan betapa bahayanya kaum penentang mereka dan mengambarkan hak kaum sendiri akan dicabuli sehinggakan mencipta pembohongan bahawa hak politik mereka juga akan hilang tidak lama lagi.
Mereka ini boleh bermainkan isu perkauman di mana saja, walaupun di negara yang hanya mempunyai satu kaum. Mereka akan membahagikan bangsa mereka mengikut daerah, negeri, fahaman, puak dan sebagainya supaya permainan ini dapat diteruskan (seperti yang berlaku di banyak negara di rantau Arab).
Kita tidak dapat menentukan apakah bangsa kita apabila sebelum kita hadir ke bumi ini kerana tuhan yang menentukan tapi kita mempunyai satu identiti sama ialah kita adalah anak bangsa Malaysia. Inilah fakta yang tidak dapat dinafikan.
Di Malaysia, kita mempunyai manfaat berbanding dengan negara lain kerana kita mempunyai kepelbagaian bangsa, agama, budaya, bahasa dan sebagainya. Sekiranya kita berpadu dan menggunakan manfaat dengan baik, maka kita dapat mengalahkan negara lain. Sebaliknya apabila perpaduan kaum ini hanya melibatkan sesuatu kaum sahaja, ia akan membawa padah kepada negara kita, sistem demokrasi, hak asasi akan terpengaruh, moral dan kebenaran akan semakin menjauhi kita kerana kita saling mengesyaki antara satu sama lain dan tidak percaya dengan orang lain. (Contohnya sekiranya perkara itu melibatkan satu kaum, kaum lain tidak akan mengambil kisah dan menganggapnya isu perkauman maka inilah yang menyebabkan moral dan kebenaran akan semakin menjauhi kita).
Bekas Perdana Menteri (Che Det) kita kini pandai memainkan isu perkauman di dalam blognya. Saya melihat matanya, lalu mengingatkan saya sendiri bahawa saya harus bertenang supaya tidak jatuh ke permainannya.
Ling Ming Hua
Kolumis Sin Chew Daily
Saturday, August 8, 2009
BAHAYA PERKAUMAN
Posted by pondokmaya at 11:19:00 AM 0 comments
Labels: misc
PEMUDA UMNO JADI 'BATU API'
Pemuda UMNO telah mengambil kesempatan sepenuhnya ke atas isu arak antara Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Y.B Dato' Dr Hassan Mohamed Ali dengan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu Tian Khiew. Kehebatan Pemuda UMNO ini terserlah lagi apabila menyokong (sokong bawa rebah) dan ingin menyertai Pemuda PAS Selangor untuk mengadakan demonstrasi mengesa Y.B Ronnie Liu meletakkan jawatan. Bagaimanapun pada sidang media semalam (7 Ogos 2009 jam 4.30 petang) DPPNS diketuai oleh Timbalan Ketua Pemuda Sdr. A. Zaidy Abd Mutalib telah menyelar Pemuda UMNO sebagai munafik kerana ingin menjadi juara dalam isu arak di Selangor. Sidang media itu diadakan selepas serahan memorandum mengenai isu arak kepada Y.B Ronnie Liu di Tingkat 15, MBSA, Bagunan SUK.
Menurut Sdr. A. Zaidi, "DPPN Selangor tidak akan melayan sebarang percubaan Umno Selangor untuk mengeruhkan keadaan ini. DPPN Selangor menolak cadangan untuk berdemostrasi bersama-sama Umno bagi membantah perkara tersebut. DPPN Selangor melihat percubaan Umno untuk memperalatkan isu ini sebagai satu tindakan munafik kerana merekalah sebenarnya punca kekecohan ini”.
Tahniah kepada DPPN Selangor kerana sedar peranan yang dimainkan oleh Pemuda UMNO. Tindakan Pemuda UMNO ini menuruti sikap bapanya, UMNO. 'Bapa borek, anak rintik'. Mereka hanya jadi 'batu api' bagi memecah belahkan PR di Selangor. 'Batu api' adalah antara kerja yang dilakukan oleh syaitan. Jadi PR kena berhati-hati. Jangan layan syaitan
Sejak PR mengambilalih Selangor, UMNO sentiasa mencari isu untuk menjatuhkan kerajaan PR yang telah dipilih oleh rakyat. Ingat, sebelah tangan dihulur untuk perpaduan tetapi sebelah lagi terdapatnya pisau yang akan membunuh. Jika Pemuda UMNO ini jujur, sudah tentu tiada arak di Malaysia. Kita cabar Pemuda UMNO untuk mengharamkan arak di Malaysia. Jangan tipu rakyat. Arak dan judilah yang menghidupkan UMNO B-end dulu, kini dan selamanya.
Posted by pondokmaya at 9:37:00 AM 0 comments
Labels: politics
INKUES TBH PADA 7 OGOS 2009
Lawatan Koroner Azmil Muntapha Abas dan pegawai inkues ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Shah Alam telah menimbulkan lebih banyak persoalan mengenai kematian Teoh Beng Hock.
Ini kerana kesan, yang mungkin darah, ditemui di ruang tangga dari tingkat 14 - pintu masuk utama ke pejabat SPRM - ke tingkat 15 pejabat tersebut.
Lebih banyak kesan terdapat dalam sebuah bilik di tingkat 15. Yang memeranjatkan ialah koroner dimaklumkan bahawa polis tidak mengambil sampel dari kesan tersebut.
Peguam Lim Lip Eng yang mewakili keluarga Teoh berkata, pada mulanya koroner dijadualkan melawatkan keseluruhan tingkat 14, tetapi para peguam meminta supaya dilihat sekali tingkat 15.
"Kami sedang menaiki anak tangga ke tingkat 15 melalui pintu belakang. Bila kami sampai ke tingkat 15, kami dapat ada kesan sepanjang dua kaki atas lantai anak tangga tersebut.
"Kami bertanya kepada pengarah SPRM (Selangor) mengenainya, tetapi beliau tidak tahu. Pegawai penyiasat polis berkata beliau akan memeriksa kesan tersebut," kata Lim.
Apabila tiba di tingkat 15, mereka tidak dibenarkan melihat setiap bilik di situ.
Lim berkata, mereka ternampak lebih banyak kesan pada satu dinding bilik apabila mereka melihat menerusi kaca pintu.
"Ia nampak seperti darah. Saya tidak dapat katakan secara pasti. Sekali lagi, kami bertanya kepada pengarah dan pegawai penyiasat dan mereka kata mereka tidak tahu mengenainya dan tidak memasukkannya sebagai sebahagian daripada siasatan," kata Lim yang juga ahli parlimen Segambut.
SUMBER DARI MALAYSIA KINI
Posted by pondokmaya at 12:54:00 AM 0 comments
Labels: crime
LAWAK DAN STANDARD RAJA NONG CHIK
Ahli koporat UMNO yang dilantik oleh Najib menjadi Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin bukan sahaja buat lawak tetapi tidak mempunyai standard berfikiran sebagai seorang menteri.
Sehari selepas perhimpunan Mansuhkan ISA (2 Ogos 2009), Raja Nong Chik membuat dakwaan bahawa peniaga-peniaga di Kuala Lumpur kerugian sebanyak antara RM100 hingga RM200 juta. Bagaimanapun apabila memberi kenyataan kepada media semalam (6 Ogos 2009), beliau menyatakan telah berjumpa dengan persatuan peniaga yang menghantar memorundum kepadanya dan dirasakan kerugian ditaksirkan mencecah RM20 juta.
Bagaimanapun menurut beliau lagi, kerugian keseluruhan mencecah antara RM100 hingga RM200 juta atas alasan pelancong dan pelabur tidak mahu datang. Standard mengira kerugian ini hampir sama dengan pengalaman saya semasa bertugas di pendalaman Sabah satu ketika dulu. (Maaf orang-orang Sabah kerana bukan tujuan saya menghina tetapi ada sebahagian masyarakat di Sabah pada masa lalu. Sekarang saya tidak tahu apakah mereka masih berfikiran begini).
Ceritanya macam ini. Jika kita terlanggar seekor anak ayam yang nilai pasarannya mungkin RM2 atau RM3 saja tetapi pemiliknya akan meminta kita membayar RM200 atau RM300 atas alasan apabila anak ayam yang dilanggar itu besar nanti, ia akan bertelur. Selepas bertelur, ia akan melahirkan beberapa ekor anak ayam. Dan kemudiannya anak-anak ayam yang baru ini akan membesar dan bertelur serta dapat lagi anak. Dan lagi, dan lagi, dan lagi. Jika anak mereka dilanggar pula dan ditakdirkan patah tangan, mereka akan menuntut dengan perkiraan suatu hari nanti apabila besar mereka akan jadi doktor atau menteri. Mungkin macam Raja Nong Chik ini.
Posted by pondokmaya at 12:23:00 AM 0 comments
Labels: politics
Friday, August 7, 2009
UMNO PEMUSNAH
Utusan Malaysia hari ini menyiarkan rencana bertajuk "Melayu jangan jadi bacul". Malaysiakini menyiarkan berita bertajuk "Malays, don't be cowards: Utusan strikes again mengenai rencana itu. Ulasan-ulasan di sini dan di sini.
Satu lagi percubaan akhbar bongok bangsa Umno untuk mengelirukan orang-orang Melayu Islam. Akhbar bangsa Umno dan penulis bangsa Umno itu cuba menutup hakikat bahawa yang sebenarnya bacul ialah bangsa Umno. Bangsa Umno fikir orang-orang Melayu Islam lupa bagaimana kerana kebaculan mereka, bangsa Umno telah mencincang-cincang kerusi Melayu dalam Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan Negeri. Ketika itu, bangsa Umno takut menghadapi orang-orang Melayu Islam yang menolak mereka.
Dalam pilihan raya 1999, 65 peratus orang-orang Melayu Islam dengan beraninya menolak penjajahan bangsa Umno ketika bangsa pemangsa orang-orang Melayu itu mendabik dada bahawa hanya mereka sahaja yang tahu memerintah negara ini. Ketika itu, bangsa Umno mendakwa bahawa tindakan menukar kerajaan dan kepimpinan negara tidak baik untuk negara ini. Biar mereka sahaja yang memerintah. Mereka fikir orang-orang Melayu Islam buta. Di Thailand, nama perdana menterinya belum sempat kita ingati, tiba-tiba sudah bertukar perdana menteri yang lain. Begitu juga di Jepun. Adakah Malaysia lebih maju dari Thailand dan Jepun? Adakah rakyat Malaysia lebih makmur dari rakyat Thailnad dan Jepun? Cukup saya beri satu contoh sahaja bagaimana bangsa Umno menipu dan cuba memperbodoh-bodohkan orang-orang Melayu Islam. Kerana sifat baculnya untuk berhadapan dengan orang-orang Melayu Islam, bangsa Umno telah mencincang-cincang kawasan-kawasan pilihan raya majoriti Melayu. Hasil persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 itu, selepas pilihan raya umum ke 11 pada 21 Mac 2004, kerusi Parlimen bertambah dari 194 kerusi kepada 219 kerusi. Tetapi bangsa Umno telah mencincang kerusi Melayu sehingga tinggal 54.33 peratus sahaja kerusi Melayu. Itupun, 112 kerusi majoriti Melayu dijajah oleh bangsa Umno dan rakan-rakannya. Hanya tujuh kerusi sahaja dapat dipertahankan oleh orang-orang Melayu Islam dari dijajah oleh bangsa Umno dan juak-juaknya.
Mengapa kerusi Melayu Islam susut? Kita ambil contoh kawasan Parlimen Baling. Jumlah pengundinya ialah 79,102 orang.Jika diambil kira jumlah pengundi kawasan Lenggong (23,223 pengundi), Padang Rengas (24,397 pengundi), Gerik (26,227 pengundi) dan Simpang Renggam (34,859 pengundi), kawasan parlimen Baling sepatutnya boleh dipecahkan kepada dua kawasan Parlimen. Ahli Parlimen Gerik kini ialah Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe manakala Ahli Parlimen Simpang Renggam (54.51 Melayu) ialah Naib Ketua Pemuda Gerakan, Liang Teck Meng. Dalam persempadanan semula 2003 itu, bangsa Umno sengaja membesarkan lagi kerusi Parlimen Baling dengan menambahkan kawasan-kawasan di sekitar Kuala Ketil. Jumlah kerusi Melayu Islam ditekan-tekan supaya berkurangan dan lebih ramai pengundi Melayu Islam disumbatkan dalam satu kawasan. Contohnya, di Tumpat (92.16 peratus Melayu) jumlah pengundinya 80,072 orang, di Marang (97.55 peratus Melayu) jumlah pengundinya 74,813 orang.
Sila baca posting perli saya bertajuk "Umno Pembela Melayu (3)". Cukup satu perkara dulu. Belum lagi dibicarakan soal tanah rezab Melayu dan lain-lain penganiayaan, kezaliman dan kekejaman bangsa Umno terhadap orang-orang Melayu Islam. Bangsa Melayu tidak bacul. Kami sedang menyeru mereka memerdekakan diri mereka dari penjajahan bangsa Umno. Tidak ada dua jalan untuk meningkatkan martabat bangsa Melayu Islam melainkan dengan menghambat bangsa Umno dari kekuasaan dan penjajahan mereka ke atas kita. Dan posting kali ini, saya tidak mahu menggunakan ayat perli lagi seperti kata-kata "Umno pembela Melayu". Umno hakikatnya penjajah dan pemusnah Melayu!
SUMBER DARI http://penarikbeca.blogspot.com/
Posted by pondokmaya at 3:52:00 PM 0 comments
Labels: politics
THE NUT GRAPH
The Nut Graph (http://thenutgraph.com/) yang dilancarkan pada Ogos 2008 memohon sumbangan dari orang ramai bagi membiayai kos operasinya. Pelabur portal ini telah mengumumkan ketidakupayaan membiayai blog ini pada Mei lepas.
Portal ini dilawati 78,000 pelayar sebulan dan memerlukan perbelanjaan sebanyak RM80,000.00 sebulan. Laman ini mempunyai 6 orang wartawan sepenuh masa. Dengan dana yang ada, portal ini boleh beroperasi sehingga Mac tahun depan saja. Sehingga Rabu lalu (5 Julai 2009) The Nut Graph telah menerima sumbangan sebanyak RM19,169.00.
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Public Bank Bhd bernombor 314 5184 219 atas nama Insight News Sdn Bhd.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman The Nut Graph.
Posted by pondokmaya at 8:20:00 AM 0 comments
Labels: blog
BEBANYAK TERIMA KASIH
Saya mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada pengunjung blog ini. Tepat jam 12.00 malam tadi (7 Ogos 2009), blog ini telah dikunjungi lebih 500 kali dalam tempoh 14 hari berdasarkan "hitstat" yang tertera.
Seperti bloger-bloger lain, saya sebagai pemilik blog berbangga dengan pencapaian ini. Blog ini mula dibina pada pertengahan bulan Julai 2009 (17 Julai) dan dilancarkan pada 22 Julai yang lalu. Bagaimanapun tanpa sokongan dari tuan-tuan angka ini tidak akan tercapai.
Saya akan cuba sedaya upaya membaiki paparan blog ini dari masa ke semasa.
Posted by pondokmaya at 7:43:00 AM 0 comments
Labels: admin
Thursday, August 6, 2009
PEMUDA UMNO SOKONG PAS SELANGOR
Semalam (05 Ogos 2009) Pergerakan Pemuda UMNO telah menyatakan kesediaannya menyertai demonstrasi yang akan diadakan oleh Pemuda PAS dengan syarat mendapat permit polis. Tahniah kepada Pergerakan Pemuda UMNO kerana bersedia memberi sokongan kepada parti pembangkang.
Apa yang meragukan ialah adakah Pemuda UMNO ini tahu isu sebenar demonstrasi ini? Atau penyertaannya disebabkan atas dasar politik mereka semata-mata untuk menjatuhkan PR di Selangor. Tahukah Pemuda UMNO bahawa kerajaan negeri sedang meneliti untuk menguatkuasakan undang-undang bagi memastikan hanya penjual dan pembeli bukan Islam sahaja dibenarkan terlibat dalam urusan ini. Sedarkah Pemuda UMNO bahawa semua aktiviti penjualan dan penggunaan arak di Selangor khasnya dan di Malaysia secara amnya adalah dari dasar UMNO B-end dari dulu, kini dan selamanya.
Sebelum Pemuda UMNO menyokong dan menyertai demonstrasi ini mereka seharusnya mempunyai pendirian yang jelas berhubung isu arak. Adakah Pemuda UMNO menyokong demonstrasi ini kerana arak dilarang dijual dan dibeli oleh umat Islam atau sebab PAS Selangor mahu Y.B Ronnie Liu letak jawatan sebagai exco?
Jika Pemuda UMNO menyokong PAS Selangor kerana ingin Y.B Ronnie Liu meletak jawatan bermakna mereka berniat jahat sebab cuba menganggu pentadbiran negeri Selangor tetapi jika mereka menyokong arak diharamkan di Selangor bermakna mereka sebenarnya tidak jujur kerana di negeri-negeri lain mereka tidakpun menentang penjualan arak. Malah Pemuda UMNO sebelum ini telah mempertahankannya bersama-sama pemimpin UMNO B-end mereka.
Posted by pondokmaya at 12:57:00 PM 0 comments
Labels: politics
TUNDA PROGRAM WACANA GENDER
Wacana Gender anjuran WANITA KEADILAN yang dijadualkan pada 15 dan 16 Ogos 2009 di UNISEL ditunda kepada satu tarikh yang akan ditentukan. Pihak penganjur akan mengumumkan tarikh baru kelak.
Penganjur memohon maaf ke atas segala kesulitan.
Posted by pondokmaya at 9:43:00 AM 0 comments
Labels: events
Wednesday, August 5, 2009
NAJIB KENA TUNAI JANJI
Majlis Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat dijangka akan mengadakan Himpunan Pemuda Negara 2009 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Bagaimanapun tarikhnya masih belum ditentukan kerana perlu menyemak kekosongan stadium bagi mengelakkan pembatalan disaat akhir.
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat telah diarah untuk menghantar permohonan menggunakan Stadium Nasional Bukit Jalil kepada Pihak Pengurusan Stadium dan YAB Perdana Menteri.
Dengan ini dapatlah Najib menunaikan janji memberi peluang kepada rakyat untuk berhimpun secara aman.
Posted by pondokmaya at 9:16:00 PM 0 comments
Labels: politics
SPRM KENA PANTAU PRK N.11
Pilihanraya Kecil (PRK) Permatang Pasir akan diadakan dalam masa terdekat. Pada ketika ini, kita sedang menunggu pengumuman dari Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang akan mengumumkan selewat-lewatnya hari Rabu (12 Ogos 2009).
Seperti biasa bila musim berkempen terdapat tawaran-tawaran dibuat oleh calon atau wakilnya. Dari pemerhatian yang lepas, berbagai projek dan imbuhan ditawarkan untuk diberikan kepada pengundi. Bagaimanapun terdapat rungutan-rungutan dari pihak yang tidak berpuas hati dengan perkara ini kerana dianggap sebagai rasuah. Walaupun banyak aduan yang dibuat tetapi tiada tindakan diambil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sepatutnya amanah, tegas dan tidak pilih bulu.
Inilah masanya SPRM bertindak secara amanah, tegas, bijaksana, benar dan telus tanpa mementingkan keuntungan peribadi seperti yang dinyatakan dalam kod etikanya. SPRM perlu lebih proaktif untuk mengesan dan menyiasat ‘apa-apa percubaan yang disyaki’ atau ‘apa-apa kesalahan yang disyaki’ untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta SPRM. “Jangan abiskan beras jer”.
Pegawai dan kakitangan SPRM kena pergi melawat, tengok dan siasat sendiri jika ada percubaan atau kesalahan yang berlaku. Jangan tunggu aduan sebab bila perkara dah berlaku, siasatan akan menjadi lebih sukar. Depan matapun boleh lepas sebab “tiada bukti” inikan pula perkara yang dah lepas.
Perkara yang biasa didengar ialah pemberian wang kepada pengundi oleh calon atau wakilnya supaya pengundi mengundi calon (parti) tertentu. Alasan memberikan “duit minyak” kepada pengundi-pengundi perlu diteliti dan dihalusi oleh SPRM.
Selain itu terdapat juga wakil-wakil calon yang menggunakan harta dan dana awam untuk memancing undi. Ini termasuklah majlis-majlis yang dianjurkan oleh agensi-agensi kerajaan digunakan untuk kempen calon tertentu. Tidak cukup dengan itu, bangunan-bangunan agensi kerajaan digunakan untuk beroperasi.
Kemudian terdapat juga janji-janji untuk memberikan sesuatu projek jika menang dengan menggunakan dana atau harta awam. Sebagai contoh janji membina jambatan atau menjadikan kawasan pilihanraya sebagai agropolitan atau lain-lain pembangunan kerana janji parti tersebut akan dilakukan dengan menggunakan dana awam. Perlu diingat, dana atau duit kerajaan bukan duit parti.
SPRM mesti pastikan tiada orang “meminta/menerima” dan “menawar/memberi” RASUAH. Disamping itu, SPRM juga mesti pastikan tiada kakitangan atau pegawai awam yang "menyalahgunakan jawatan/kedudukan”.
Membuktikan kejadian rasuah sememangnya sukar tapi kalau susah sangat nak kesan, lakukan secara “undercover”. Jangan duduk di pejabat saja. Gunakan semua teknologi yang SPRM ada untuk dapatkan bukti. Jangan pulak dera orang yang disyaki atau saksi. Kerja secara telus dan profesional.
Posted by pondokmaya at 2:10:00 PM 0 comments
Labels: politics
SIAPA BUAT KECOH?
Gerakan Mansuh ISA (GMI) telah mengambil masa satu tahun untuk merancang Perhimpunan Mansuhkan ISA pada 01 Ogos 2009 di pusat bandaraya Kuala Lumpur. Tiba-tiba Pewaris hendak juga mengadakan Perhimpunan Pro-ISA pada tarikh, masa dan tempat yang sama.
SIAPA BUAT KECOH?
GMI kata nak buat perhimpunan dan dah siapkan pelan. Pewaris kata perhimpunan ini tidak perlu pelan. Perkasapun nak ikut Pewaris tapi tak dapat nak pastikan tiada pertembungan atau huru hara.
SIAPA BUAT KECOH?
Semua peserta anjuran GMI yang berhimpun hendak lakukan secara aman. Jualan songkok, tudung dan kain meningkat mendadak. Restoran, penjual makanan dan minuman di tepi jalanpun untung sebab pelanggan bertambah. Tiba-tiba perniagaan kena tutup dan ada alat dan bahan jualan rosak sebab peserta perhimpunan lari lintang pukang kerna FRU tembak pemedih mata dan pancutkan meriam air asid.
SIAPA BUAT KECOH?
Posted by pondokmaya at 11:23:00 AM 0 comments
Labels: events
Tuesday, August 4, 2009
MACC PROBLEM
By Deborah Loh
RUSHED through Parliament in haste, it was only a matter of time before weaknesses in the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) Act would emerge.
Tragically, it took a death to re-open the debate on an institution formed only six months ago.
Back when the MACC Bill was being debated, there appeared to be little fuss about the lack of procedures for the arrest and interrogation of persons. The prevailing concern was over the MACC's independence. Objections were raised against the commission's deference to the Attorney-General because Section 58 of the Act states that charges can only be pressed with the public prosecutor's consent.
Teoh Beng Hock's death has thrown a spotlight on a lacuna in the MACC Act with regards to how and when detainees are to be questioned. Even laws governing the police are better, some lawyers are now saying. Indeed, the MACC Act contains little in the way of the Criminal Procedure Code (CPC) and the Police Lock-up Rules in terms of defining a detainee's or suspect's rights.
Clear abuse
Does this lack of specifics give MACC officers free reign to question a witness, or even a suspect, into the wee hours of the morning?
In such cases where an Act is silent on those rights, other laws on the subject should apply, says the Bar Council's criminal law committee head, Rajpal Singh.
"This is understood from all previous case laws. If all other laws are silent, you then refer to common law principles in England," he tells The Nut Graph in a phone interview.
The relevant laws would be Rule 20 of the Police Lock-up Rules 1953, and Section 28 of the CPC. The first stipulates that detainees should be kept behind bars from 6:30pm to 6:30am. In other words, no interrogation should be carried out during this time, and detainees are allowed to rest. In the CPC, a person arrested must be told of the grounds of arrest, be allowed to contact a relative, friend or family member, and be given access to a lawyer at the place of detention.
Baljit Criminal lawyer Datuk Baljit Singh Sidhu says MACC has "clearly abused its power" in Teoh's case. "If these are the rules for suspects, what more for a witness? If MACC says he was a witness, why was he detained until 3:45 am? That in itself is already fatal on MACC's part," Baljit, who is also Federal Territory Gerakan's legal adviser, tells The Nut Graph.
Hence, the suit filed by Kajang municipal councillor Tan Boon Wah against the MACC for illegal detention will be a good test case, notes Rajpal. Tan says he was held for questioning from 8:30pm to 1:35pm the following day. His suit is on the grounds that he should only be questioned during government working hours from 8:30am to 5pm, even though the MACC Act doesn't stipulate a time frame.
"How will the court decide on this lacuna? Will it consider the Police Lock-up Rules applicable? Tan's suit is crucial because what the court decides will apply to Teoh's case," Rajpal says.
Other weaknesses
While Teoh and Tan's cases involve interrogation procedures, other parts of the MACC Act are also now up for scrutiny. Lawyers feel that Section 53 on the admissibility of any statement by accused persons as evidence in a trial should also be amended.
The context for admissibility is wide under Section 53, unless the court feels that statements were made under duress. Whether or not it was meant as a confession; whether in writing or orally; whether made in the course of investigations or not; whether before or after the person is charged; whether it was said directly to, or in the hearing of a commission officer — the statement can be used by the prosecution against an accused. Statements by a witness may be used to cross-examine him or her.
Allowing statements in trial under such a broad context moves the MACC Act away from the spirit of the 2006 amendments to the CPC to stop the use of cautioned statements in criminal trials. Amendments or a repeal of Section 113 of the CPC were recommended by the Parliamentary Select Committee on criminal law, and by the Royal Commission to Enhance the Operation and Management of the Royal Malaysian Police before that.
There was recognition that cautioned statements and confessions could have been obtained under threat or by force. The tendency to rely on them to secure convictions was also causing the quality of investigative work to deteriorate.
In fact, Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail had, in August 2005, directed all deputy public prosecutors to stop using cautioned statements and confessions in criminal trials. Section 113 was subsequently amended the following year. Now, statements made to a police officer during investigations can only be used in defence, but not as evidence by the prosecution.
"However," Rajpal points out, "this is not applicable to the MACC Act, which has its specific provisions under Section 53. The same section also allows your silence to be used against you, as corroborative evidence against the accused."
Baljit adds that such law is not in line with parliament's intention when the CPC was amended. "Convictions should be based more on evidence instead of relying on statements."
SUMBER DARI THENUTGRAPH.COM
Go to http://www.thenutgraph.com/problem-with-macc for more.
Posted by pondokmaya at 7:31:00 PM 0 comments
Labels: politics
SEMUA HAK AKU KERANA AKU BERKUASA
Pada pagi ini (04 Ogos 2009, jam 8.00 pagi) tercipta satu lagi sejarah apabila Ekspedisi Royalti Petroleum Kerajaan Negeri Kelantan untuk meninjau kawasan pengeluaran petroleum di Laut China Selatan berlepas dari pelabuhan Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan. Rombongan ini diketuai oleh Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Husam Musa yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri. Turut sama menyertai ekspidisi ini ialah Naib-Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Dato' Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Tumpat, Dato' Kamarudin Jaffar, Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail, anggota Exco Kerajaan Kelantan, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri dan pengawai-pegawai kerajaan.
Mereka dijangka tiba di pelantar Cakrawala pada jam 6.00 petang ini. "Ekspedisi ini adalah misi moral (mewakili rakyat Kelantan) untuk mendesak Kerajaan Pusat supaya tidak melenggahkan bayaran royalti" kata Dato’ Husam ketika berucap di Majlis Pelancaran dan Taklimat Ekspedisi. Sebelum ini, Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang, yang juga Pengerusi pertama Petronas telah menyarankan supaya kerajaan pusat membayar royalti kepada negeri Kelantan.
Walaupun kerajaan pusat telah menerima permohonan pembayaran royalti minyak dari kerajaan negeri dan desakan beberapa oraganisasi serta individu lain tetapi kerajaan pusat masih gagal menunaikannya dengan berbagai alasan. Sebenarnya soal peruntukan dan royalti telah menjadi isu bukan sahaja bagi kerajaan Kelantan tetapi juga bagi Terengganu pada satu masa dulu semasa diperintah oleh PAS.
Program-program kerajaan pusat di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR) pada ketika ini juga dijalankan oleh kerajaan pusat melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) tanpa melalui kerajaan negeri. Proses ini berbeza dengan kerajaan-kerajaan negeri yang diperintah oleh UMNO B-end. Peruntukan-peruntukan Ahli Parlimen yang bukan Ketua Bahagian UMNO juga akan diserahkan kepada Ketua Bahagian kerana bukan semua Ahli Parlimen itu Ketua Bahagian UMNO B-end. Inilah budaya UMNO B-end bila berkuasa. Semua yang ada adalah untuk aku kerana aku berkuasa.
Semua peruntukan ini sebenarnya merupakan duit pembayar cukai atau duit rakyat tetapi semua duit ini bila disalurkan mesti masuk dalam tangan pemimpin-pemimpin UMNO B-end walaupun rakyat telah melantik dan memberi kepercayaan pada wakil mereka dari parti lain. Pada pemikiran pemimpin-pemimpin UMNO B-end, dari dulu hingga kuasa masih ada ditangan aku, semuanya hak aku. Hak rakyat, hak aku. Hak aku, hak aku. Kerana kuasa ada pada aku. Ikut saja apa yang aku nak buat. Kalau bantah, aku tangkap. Kalau berdemostrasi, aku lokap. Kalau aku tidak mahu buat jambatan, itu hak aku kerana itu kuasa aku. Keperluan rakyat bukan keutamaan kerana aku dahulukan ketamakan kuasa. Dengan kuasa aku dapat kumpul harta.
Posted by pondokmaya at 3:00:00 PM 0 comments
Labels: events
PENGALAMAN ZAID
Hari ini (1 Ogos 2009) buat kali pertama dalam sejarah hidup saya, saya menjadi mangsa bom gas pemedih mata. Pedih sungguh mata dan hati saya! Inilah pengalaman saya berhimpun dan berarak bersama dengan berpuluh ribu rakyat Malaysia di Kuala Lumpur. Ia benar-benar membuka mata saya di samping memberi banyak pengajaran.
Saya amat terkejut kerana tidak menyangka betapa kejamnya polis bertindak terhadap rakyat yang hanya berhimpun dan berjalan secara aman. Rakyat hanya mahu meluahkan perasaan tentang buruknya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang perlu dimansuhkan secepat mungkin. Rakyat kita tidak membawa senjata, mereka hanya membawa anak-anak untuk menyedarkan warga kecil betapa kejamnya ISA. Lelaki, perempuan, tua dan muda, pelbagai kaum, bermacam agama, semuanya berhimpun secara aman di ibu kota. Hak untuk berhimpun secara aman adalah hak asasi rakyat. Tapi nampaknya hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ini sudah tidak ada guna lagi. Hak kita sudah hancur kerana polis yang bersenjata, yang berkuasa penuh, yang sombong dan angkuh, kini telah menentukan hak kita. Bila polis kata perhimpunanan itu haram maka kita semua yang berhimpun atas dasar kebebasan dan hak yang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, telah menjadi mangsa kekerasan polis. Ya, polis yang mengaku diri sahabat rakyat kini menunjukkan belang sebenar mereka. Tak sangka, dengan sedikit kuasa itu, mereka sudah merasakan diri seperti Fira’un.
Saya sebagai warga Malaysia yang prihatin telah turut sama menyertai perhimpunan aman ini. Tapi saya bersama dua anak saya dan kawan-kawan lain tak tahu ke mana mahu dituju kerana polis telah tutup banyak jalan. Kami hanya mahu ke Istana Negara untuk menyaksikan penyerahan memorandum anti-ISA. Kami telah tersepit di sebatang jalan dekat Masjid Negara. Ramai yang berarak menghala ke Jalan Kuching ke arah Selangor Club, kami pun ikut sama. Niat kami hanyalah untuk bersama-sama orang ramai menunjukkan sokongan. Tetapi bila sampai sahaja di belakang Selangor Club, polis dengan ganasnya telah menyembur gas pemedih mata dan menggunakan pancutan air tekanan tinggi. Lintang-pukang orang berlari. Saya pun tunggang-langgang lari.
Polis kemudian meminta orang ramai bersurai. Tetapi ke mana nak bersurai kerana semua jalan sudah ditutup. Tak ada cara lain kecuali patah balik ke arah Masjid Negara. Saya pun bersedia untuk bersurai. Tapi bila sampai dekat dengan Masjid Negara, ada pula sekatan jalan polis. Di situlah saya lihat orang ramai angkat tangan supaya polis membenarkan mereka bersurai ke arah bagunan Dayabumi. Saya juga angkat tangan kerana kami memang nak bersurai. Ada dua orang wanita tua bersama saya yang merah serta berair mata mereka di samping terbatuk-batuk akibat bom gas pemedih mata. Seorang peserta lelaki yang cacat anggota dengan crutches nya tidak dapat lari. Saya tak tahu apa nasib manusia berani ini. Kasihan saya melihat mereka semua.
Rupa-rupanya polis sudah berniat jahat. Tanda angkat tangan tidak ada erti kepada mereka. Walau pun melihat ramai antara kami yang sudah mahu bersuara, polis terus melepaskan bom pemedih mata. Saya dapat lihat wajah-wajah polis berkenaan, kebanyakannya orang Melayu, yang penuh benci dan kesumat dendam. Maka terpaksa lagi kami berlari elakan diri. Tapi nak ke mana lagi? Di Jalan Kuching dekat Selangor Club pun polis sudah melemparkan bom pemedih mata. Bom dari canisters yang tidak ada jenama kata kawan saya. Bererti bom jenis buatan haram. Di negara kita apa pun boleh dilakukan. Ramai orang termasuk saya terpaksa lari masuk ke dalam hutan kecil berhampiran Jalan Kuching dengan melompat pagar bangunan di situ. Mujur juga ada pengawal keselamatan di situ yang baik hati yang telah melepaskan kami keluar dari perkarangan bangunan tersebut. Semoga Allah membalas budi baiknya. Di sana barulah kami dapat keluar untuk bersurai. Masa itu mata kami semua sudah merah, suara parau dan seluar koyak akibat terpaksa melompat pagar. Saya pun baru sedar bila sudah berumur begini lutut sudah tidak sekuat waktu muda dulu.Memang jelas hak dan kebesan kita semakin terhakis. Apa yang polis lakukan dengan cara mengepung orang ramai yang hanya mahu berhimpun secara aman dan membelasah mereka dengan semburan air dan bom pemedih mata adalah untuk menunjukan kepada rakyat bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak peduli dengan kehendak dan keperluan rakyat.
Mereka mahu mengajar rakyat Malaysia bahawa era Pak Lah yang mahu mencuba membuka ruang kebebasan sudah tidak wujud lagi. Ini era Najib yang tak mahu dengar dan tak terima pandangan rakyat.Bagi polis yang jelas bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional, mereka mahu rakyat takut kepada mereka. Mereka tidak mahu kita di Malaysia bebas seperti Indonesia dan Filipina yang memberi rakyat peluang bersuara dan berhimpun secara aman. Mereka mahu semua rakyat sedar bahawa Malaysia adalah Negara Polis seperti Myanmar. Sesiapa yang berhimpun dianggap bersalah kecuali mereka yang berhimpun untuk menyokong Najib dan pemimpin UMNO yang lain. Inilah mesej 1Malaysia ciptaan Najib yang memberi amaran kepada rakyat bahawa kekerasan akan digunakan pada bila-bila masa sahaja demi mengekalkan kuasa.
Tapi rakyat Malaysia termasuk saya juga ingin menyampaikan berita kepada Najib. Kita akan berkorban apa saja untuk menentang kekejaman dan kezaliman. Kita yakin kita di pihak yang benar kerana kita menentang salaha guna kuasa, penyelewengan dan rasuah. Kuasa rakyat akan menang juga suatu hari nanti di negara Malaysia yang tercinta ini, InsyaAllah.
SUMBER DARI TRANUNGKITE
Posted by pondokmaya at 7:58:00 AM 0 comments
Labels: politics
PENGALAMAN MUJAHID
Oleh: gobler
"Assalamualaikum. Kejadian berlaku masa kami lepas sembahyang asar kat surau PGA CHERAS. Lepas bagi salam je kat belakang, ramai pegawai atasan polis jadi makmum. Fuhhh... berpaku-paku pangkat dia org ni yang soal siasat kita orang. Ade le sorang SB kot (pakai baju biasa, rambut pun panjang). Lepas YB baca doa, SB ni masuk. Dia pulak yg jadi imam. Abis jer sembahyang dia plak doa. Rasa tersentuh hati dengar dia doa. Siap nangis-nangis. Antara doa dia ialah YA ALLAH KAU HALALKAN LAH REZEKI YANG KAU BERIKAN. HALALKAN LAH MATA PENCARIAN KU. Siap diulang-ulang lagi.
Terkejut saya dengan YB dengar doa dia. Fikir-fikirkanlah, mungkin inilah antara asbab sembahyang hajat kat tengah jalan... ALLAH MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIH PADA UMAT NYA YG BERJUANG KE JALANNYA. Mudah-mudahan ramai lagi le polis yang dapat hidayah ALLAH. Inilah nikmat mempraktikan perjuangan rasullullah. MENEGUR PEMERINTAH YANG ZALIM. Bagi yang tak join demo, tak kena bom asap, tak kena sembur air, mereka ini tidak merasa nikmat seorang mujahid. Hanya menjadi mujahid dari segi teori saja. Tiada praktikal.
Sekian saja warkah ini. Kepada mujahid-mujahid sebenar kita jumpa lagi di PERMATANG PASIR.
“ALLAHU AKBAR....."
SUMBER DARI TRANUNGKITE
Posted by pondokmaya at 7:55:00 AM 0 comments
Labels: politics
Sunday, August 2, 2009
TUGAS POLIS MEMBALON RAKYAT?
Ramai rakyat Malaysia telah turun di Bandaraya Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan terhadap GMI bagi menghapuskan ISA semalam, 1 Ogos 2009. Menurut Mingguan Malaysia hari ini (Ahad, 2 Ogos 2009) hanya 5,000 orang hadir diperhimpunan tersebut. Nampaknya wartawan dari Utusan ini memang gagal dalam matematiknya. Mereka ini tidak cerdik dalam metametik. Walaupun pelbagai angka yang dikeluarkan oleh banyak pihak tetapi di kawasan SOGO saja saya lihat lebih 20,000 yang hadir. Ini berdasarkan pemerhatian dan perbandingan yang saya lakukan berdasarkan pengalaman masa perhimpunan kanak-kanak sekolah semasa saya menjadi Pengerusi PIBG di sebuah sekolah dan perhimpunan bulanan yang diadakan oleh organisasi tempat saya bekerja sekarang. Mengikut DinBinjai, beliau sendiri nampak YB Zuraidah (Ahli Parlimen Ampang) bertemu dengan 5,000 mahasiswa dan mahasiswi di hadapan SOGO.Jumlah yang saya anggarkan ini tidak termasuk orang ramai yang berhimpun di Masjid Negara, Masjid Jamek dan Pasar Seni. Begitulah pembohongan yang dilakukan oleh akhbar perdana di Malaysia tercinta ini. Akhirnya akhbar ini hilang kredibiliti dan tidak boleh dipercayai lagi. Kalau hendak kepastian jumlah sebenar, lawatlah laman-laman reformasi lain yang banyak menunjukan gambar-gambar semasa perhimpunan. Perhimpunan yang sepatutnya aman bertukar menjadi huru hara apabila pihak polis mula menyerang rakyat yang sedang berhimpun dengan gas pemedih mata dan memancutkan meriam air. Pihak polis juga telah mengganasi dan menangkap rakyat yang melaksanakan hak mereka untuk berhimpun secara aman. Difahamkan lebih 500 orang telah ditangkap dan kemudian "dipermainkan" oleh pihak polis. Polis sepatutnya menjaga keselamatan rakyat yang berhimpun dan mengawal lalu lintas yang dibanjiri orang ramai tetapi malangnya pada perhimpunan aman ini, polis masih terus dijadikan tunggangan UMNO B-end dengan menggunakan pendekatan sama iaitu menyembur gas pemedih mata, memancutkan meriam air dan melakukan kekasaran untuk menghalang rakyat dari menyatakan pandangan mereka.
Kini ramai yang telah ditahan kerana perhimpunan aman ini. Rakyat yang ditangkap hendaklah diberi peluang membela diri dan dilayan mengikut peraturan bukannya di"permainkan". Polis sepatutnya beretika dan bekerja mengikut prosidur yang telah ditetapkan. Ingatlah kepada sumpah memegang jawatan anda.
Posted by pondokmaya at 2:54:00 PM 0 comments
Labels: politics