THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, November 12, 2009

PKR WP CONVENTION

Parti KeADILan Rakyat Wilayah Persekutuan Convention will be held on 16th November 2009 (Monday) at De Palma Hotel, Ampang, Selangor.

All Kuala Lumpurians are welcome to attend to hear our Wilayah Persekutuan MPs to deliberate on issues of our concerns such as Housing, Public Transport Service, Eradication of Urban Poverty, Education & Gender.

Registration will begin at 6pm.

Contact Saudara Azman Abidin at 012-6633265 for any enquiries.

Wednesday, November 11, 2009

CUTI

Admin akan keluar Malaysia untuk bercuti dari 12 hingga 17 November 2009. Mungkin laman ini kurang aktif walaupun admin mempunyai access internet.

Harap MAAF

MEMPERKASAKAN PERLEMBAGAAN NEGARA

Parti Keadilan Rakyat Cabang Setiawangsa akan menganjurkan sesi dialong bertajuk "MEMPERKASAKAN PERLEMBAGAAN NEGARA" bersama Profesor Dr. Aziz Bari (UIA) pada 14 November 2009 (Sabtu) jam 2.00 petang bertempat di Dewan Inter, No. 12-1-2 (1st. Floor), Megan Setapak, Setapak, Kuala Lumpur.

Orang ramai dijemput hadir.

TUDUHAN RM3B TAK BERASAS

Bekas pengarah siasatan BPR, Abdul Razak Idrus memberitahu mahkamah tinggi hari ini bahawa siasatan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menyorok RM3 bilion dalam akaun asing dan mempunyai kaitan dengan kepentingan Barat, didapati tidak berasas.

Abdul Razak, 60, yang kini telah bersara tetapi menjadi pengarah dalam beberapa syarikat, berkata BPR telah menyiasat perkara itu ekoran dakwaan yang dibuat dalam akuan bersumpah bekas penolong gabenor Bank Negara, Abdul Murad Khalid.

Katanya, sepasukan pengawai BPR telah ke Singapura dan United Kingdom untuk menyiasat dakwaan tersebut.

"Kami berjumpa dengan Murad dan beberapa saksi di Britain. Tetapi siasatan mendapat 'tiada kes' terhadap Anwar berhubung dakwaan dalam akuan bersumpah Murad," katanya.

Oleh itu, katanya, beliau membuat kesimpulan bahawa dakwaan dalam akuan bersumpah itu adalah tidak berasas dan mengarahkan supaya siasatan ditutup.

Murad menandatangani akuan bersumpah itu pada 20 Oktober 1999 - kira-kira sebulan selepas Anwar ditahan selepas dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada awal bulan September tahun berkenaan.

Abdul Razak kemudiannya membuat akuan bersumpahnya mengenai perkara itu dan mengemukakannya kepada mahkamah.

Bekas pegawai kanan BPR itu memberi keterangan dalam kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan oleh Anwar terhadap News Straits Times Press (M) Bhd dan bekas ketua pengarang kumpulannya, Datuk Abdullah Ahmad.

Artikel yang didakwa berunsur fitnah itu, disiarkan pada 2 Mac 2002.

SUMBER http://www.malaysiakini.com/

MB SELANGOR DEDAH DOKUMEN OSA

Kerajaan Selangor mendedahkan dokumen satu daripada tiga projek - dikategorikan rahsia oleh kerajaan BN sebelum ini - yang memperincikan perpindahan hak milik tanah rakyat di Bukit Cerakah, Shah Alam kepada pemaju menyebabkan lebih 700 penduduk miskin kehilangan tanah mereka.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pendedahaan maklumat berkenaan berkaitan projek Bandar Alam Perdana, yang sebelum ini dikawal bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), bertujuan untuk memberi gambaran sebenar projek berkenaan.

Beliau mendedahkan maklumat itu hari ini berdasarkan bidang kuasanya sebagai menteri besar Selangor seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 2(C) OSA.

Tambahnya, pendedahan melalui risalah yang akan diedarkan kepada masyarakat umum itu juga akan membolehkan petani dan pemilik tanah seluas 17,000 ekar itu mengambil tindakan ke atas pemaju terlibat.

"Sebelum ini mereka tidak boleh ambil tindakan sebab tidak tahu kedudukan sebenar," katanya dalam sidang media selepas persidangan DUN.

Abdul Khalid menjelaskan, pemilik tanah berkenaan, yang merupakan penduduk miskin, pada asalnya telah diberikan sebanyak tiga ekar tanah pertanian setiap seorang untuk diusahakan dengan tanaman kelapa sawit.

Katanya lagi, pemilik tanah menyerahkan tanah mereka kepada seorang pemaju yang menukarkan status tanah menjadi tanah komersil untuk dimajukan menjadi projek perumahan Bandar Alam Perdana.

Tambahnya, petani-petani tersebut telah dijanjikan untuk dibayar RM360,000 bagi tanah berkenaan

"Akhirnya pemilik tanah hilang tanah sebab pemaju cagarkan kepada bank, dan 30,000 pembeli rumah tidak mendapat rumah yang dijanjikan," katanya.

"Siapa menteri besar terlibat, siapa usahawan terlibat, semua kita masukkan dalam risalah ini, ada disertakan gambar juga takut salah orang."

Ketika ditanya, Abdul Khalid bagaimanapun gagal mengesahkan sama ada berlaku penyelewengan atau salah guna kuasa oleh mana-mana pihak dalam projek tersebut.

"Tujuan (pendedahan) untuk memberi maklumat. Terpulang kepada kita untuk tahu, dulu tanah pertanian, sekarang kalau kita pergi ke tempat situ, projek terbengkalai," katanya.
Katanya lagi, pendedahan ini salah satu daripada usaha untuk membincangkan enakmen baru mengenai kebebasan maklumat di DUN itu nanti.

Jelasnya lagi, risalah itu bertajuk 'Rancangan Revolusi Hijau dan Bandar Alam Perdana: Tanah Hilang, Rumah Tak Dapat' akan mula diedarkan kepada orang ramai pada Isnin depan.

Ia juga akan mula dimuatkan di laman web rasmi kerajaan negeri itu esok.

Semalam, Abdul Khalid berkata, kerajaan Selangor akan mendedahkan tiga dokumen berkaitan projek pembangunan di negeri itu yang didakwa telah menguntungkan syarikat-syarikat tertentu bawah pentadbiran BN.

Dua risalah rahsia dijadual didedahkan masing-masing pada 13 dan 16 November ini.

SUMBER http://www.malaysiakini.com/

Tuesday, November 10, 2009

THE SPAT IS OVER

Without getting into details, Datuk Seri Anwar Ibrahim has declared an end to a policy spat between PKR MP Zulkifli Noordin's and party vice president Sivarasa Rasiah hours after it happened.
.
In an effort to contain the damage that could split the party, Anwar admitted that the controversial Kulim MP had the right to explain himself but should not have objected with a challenge.
.
“When Sivarasa’s statement mentioned Zulkifli, he used his right to respond even though I felt that he should not have not challenged Sivarasa. He should have just explained. This matter has been explained and it has ended here,” Anwar told reporters in Parliament House.
.
He also reiterated that he did not target anybody in his statement and believed that Zulkifli should have consulted him.
.
“Zul felt that Sivarasa did not consult him and felt that he should object. Even though I felt that he should not have objected with a challenge but he should consulted with me. Today the case is settled and case of challenge does no longer arise,” he explained.
.
Anwar stressed that no disciplinary actions would be taken against both parties.
.
Zulkifli had challenged Sivarasa to quit his party post and face off with him in a contest over party policy.
.
Known for his hardline Islamic views, Zulkifli's remarks come a day after the Subang MP reportedly said that Anwars recent warning to party members to leave and join Umno if they did not agree with PKR policies was directed at him.
.
Zulkifli’s latest salvo will certainly deal a great blow to Anwar’s vigorous effort to plaster the cracks within the party and the Pakatan Rakyat bloc.
.
It is also an indication that Anwar could be losing control over his own men as the outburst comes a day after his call for more discipline among party leaders.
.
SUMBER http://www.themalaysianinsider.com/


KOS SELENGGARA RUMAH KM MELAKA

Ketua Menteri Melaka, Datuk Ali Rustam telah menjawab pertanyaan YB Khoo Poay Tiong, ADUN Ayer Keroh mengenai kos sewa dan kos penyelengaraan rumah rasmi Ketua Menteri Melaka itu dari Januari 2008 sehingga Jun 2009. Mengikut jawaban yang diberikan adalah seperti berikut:

Kos penyengaraan RM595 098.40.
Bil elektrik – RM301 025.00
Bil telefon – RM27 585.00
Bil air – RM39 099.00

Bilangan pembantu rumah dan tugas pula:
2 orang – Tukang Masak
2 orang – Tukang Kemas
3 orang – Pelayan
3 orang – Tukang Kebun

Jumlah keseluruhan yang dibelanjakan bagi tempoh tersebut adalah RM 962 807.40. Hampir RM1juta dibelanjakan bagi tempoh satu setengah tahun. Negeri kecil tetapi belanja besar untuk selenggara rumah sahaja.

Monday, November 9, 2009

AKTA 144

THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin


UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA 144

AKTA KEMAJUAN PETROLEUM 1974

Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

Tarikh Perkenan Diraja: 30 Julai 1974
Tarikh penyiaran dalam Warta: 22 Ogos 1974
Tarikh digunapakai: 1 Oktober 1974

Judul Panjang & Mukadimah

Suatu Akta untuk membuat peruntukan bagi pengeksplorasian dan pengeksploitasian petroleum sama ada di pantai atau di luar pantai oleh suatu Perbadanan yang padanya akan diletakhakkan seluruh pemunyaan dan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan eksklusif berkenaan dengan petroleum tersebut, dan untuk mengawal penjalanan aktiviti penggunaan dan pemajuan yang berhubungan dengan petroleum dan keluarannya; bagi membuat peruntukan mengenai penubuhan suatu Perbadanan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] atau di bawah undang-undang yang berhubungan dengan pemerbadanan syarikat dan mengenai kuasa Perbadanan itu; dan bagi membuat peruntukan mengenai perkara yang berkaitan atau bersampingan dengannya.

Pembayaran wang tunai oleh Perbadanan

Sebagai balasan bagi pemunyaan dan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan yang diletakhakkan padanya menurut Akta ini, Perbadanan itu hendaklah membuat apa-apa pembayaran wang tunai sebagaimana yang dipersetujui antara pihak-pihak yang berkenaan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan mana-mana Negeri yang berkenaan.

Pada mulanya, Malaya diperintah oleh sultan-sultan. Kemudian, Melaka jatuh ke tangan Portugis, dan kemudiannya kepada Belanda, dan akhirnya kepada Inggeris. Pihak Inggeris menandatangani perjanjian dengan Sultan Johor dan Kedah untuk menyewa Singapura dan Pulau Pinang. Seterusnya, Melaka, Singapura dan Pulau Pinang digabungkan di bawah nama Negeri-negeri Selat.

Negeri-negeri Melayu yang lain tetap dikuasai oleh sultan masing-masing. Namun begitu, negeri-negeri tersebut dikategorikan kepada dua kategori, yakni Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, dengan kehadiran penasihat Inggeris yang berperanan memberi nasihat kepada sultan. Tetapi adakah sultan wajib menerima nasihat penasihat masing-masing? Ini masih diperdebatkan sehingga kini. Ada yang mengatakan bahawa sultan wajib menerimanya dan ada pula yang mengatakan bahawa sultan berhak untuk mengabaikannya.

Pada tahun 1957, semua negeri terbabit diundang untuk bergabung dalam Persekutuan Malaya. Perjanjian Persekutuan dimeterai, yang mana perjanjian itu menyatakan bahawa pertahanan, dasar luar negeri, keselamatan dalam negeri dan sebagainya adalah tanggung jawab kerajaan persekutuan. Pada masa yang sama, hal-hal lain seperti agama dan sumber alam berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Ini bererti bahawa perkara-perkara yang berkaitan dengan tanah, air, mineral, balak dan apa sahaja yang dikeluarkan ataupun dijumpai dalam sesebuah negeri ataupun zon ekonominya adalah milik negeri berkenaan. Pada 1970-an, satu persidangan dunia diadakan dan persidangan bersetuju bahawa zon ekonomi setiap negara adalah dalam jarak 200 kilometer dari negara berkenaan.

Pada tahun 1972, Malaysia menemukan petroleum – luar pesisir tetapi masih dalam zon ekonomi Terengganu. Ada pihak yang mengatakan bahawa petroleum sebenarnya dijumpai sebelum 1972 lagi. Tetapi kerajaan merahsiakannya kerana pada masa itu, Terengganu berada di bawah penguasaan pembangkang. Kerajaan persekutuan tahu bahawa disebabkan petroleum adalah sumber kerajaan negeri, maka Terengganu akan mendapat manfaat darinya, sebagaimana yang termaktub dalam Perjanjian Persekutuan.

Pada tahun 1974, kerajaan persekutuan meluluskan akta yang mengubah status petroleum, iaitu dari sumber negeri kepada sumber nasional. Ini sememangnya suatu pelanggaran Perjanjian Persekutuan. Perdana Menteri ketika itu ialah Tun Abdul Razak. Undang-undang ini dinamai Akta Kemajuan Petroleum 1974.

Akta Kemajuan Petroleum 1974 menyatakan:

Suatu Akta untuk membuat peruntukan bagi pengeksplorasian dan pengeksploitasian petroleum sama ada di pantai atau di luar pantai oleh suatu Perbadanan yang padanya akan diletakhakkan seluruh pemunyaan dan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan eksklusif berkenaan dengan petroleum tersebut, dan untuk mengawal penjalanan aktiviti penggunaan dan pemajuan yang berhubungan dengan petroleum dan keluarannya; bagi membuat peruntukan mengenai penubuhan suatu Perbadanan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] atau di bawah undang-undang yang berhubungan dengan pemerbadanan syarikat dan mengenai kuasa Perbadanan itu; dan bagi membuat peruntukan mengenai perkara yang berkaitan atau bersampingan dengannya.

Untuk tujuan ini, sebuah syarikat minyak nasional ditubuhkan, iaitu Petroleum Nasional Berhad ataupun Petronas. Sebagai imbalannya, Petronas akan membayar peratusan dari pendapatan minyak kepada negeri-negeri yang berkenaan, seperti yang termaktub dalam Seksyen 4 Akta Kemajuan Petroleum 1974, iaitu:

Sebagai balasan bagi pemunyaan dan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan yang diletakhakkan padanya menurut Akta ini, Perbadanan itu hendaklah membuat apa-apa pembayaran wang tunai sebagaimana yang dipersetujui antara pihak-pihak yang berkenaan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan mana-mana Negeri yang berkenaan.

Pada tahun 1976, perjanjian ditandatangani antara Petronas dan SEMUA negeri di Malaysia. Orang yang menyusun Perjanjian ini adalah Peguam Cara Negara pada masa itu, iaitu Tun Salleh Abas. Perjanjian ini menyatakan bahawa setiap dan semua negeri di mana petroleum dijumpai akan dibayar 5% dari pendapatan dan pendapatan ini dipanggil ROYALTI.

Semenjak itu, Terengganu, Sabah dan Sarawak menikmati ROYALTI 5% dari Petronas.

Pada November 1999, Terengganu jatuh semula ke tangan pembangkang. Beberapa bulan kemudian, yakni pada awal tahun 2000, kerajaan persekutuan membatalkan pembayaran ROYALTI kepada Terengganu. Ia digantikan dengan WANG EHSAN. Di samping itu, ia tidak dibayar kepada kerajaan negeri tetapi kepada UMNO, yakni di bawah kawalan Idris Jusoh.

Tindakan ini jelas melanggar Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan juga Perjanjian tahun 1976 yang ditandatangani antara Petronas dan SEMUA negeri di Malaysia.

Pada tahun 2004, Terengganu jatuh semula ke tangan UMNO dan Idris Jusoh dilantik sebagai Menteri Besar. Walau bagaimanapun, ROYALTI tetap tidak dibayar kepada Terengganu. Kerajaan persekutuan terus membayar WANG EHSAN, yang mana Jabatan Perdana Menteri menguruskannya dan memutuskan apa yang harus dilakukan dengannya. Walaupun ia adalah milik kerajaan negeri, cara wang itu dibelanjakan ditentukan oleh Perdana Menteri dan bukan kerajaan Terengganu.

Secara ringkasnya, inilah pokok persoalan yang dihadapi. Kini, Kelantan pula ditawarkan WANG EHSAN dan bukannya ROYALTI. Tetapi tidak seperti yang berlaku di Terengganu pada tahun 2000, Kelantan tidak berdiam diri berhubung isu ini.

Kelantan mengancam untuk menbatalkan Perjanjian tahun 1976 dengan Petronas. Ini kerana tindakan menawarkan WANG EHSAN dan bukannya ROYALTI kepada mereka sememangnya melanggar Perjanjian tersebut. Jika Perjanjian ini dibatalkan, maka hak atas setiap dan semua petroleum dalam zon ekonomi Kelantan menjadi milik Kelantan dan bukan Petronas. Dengan demikian, Kelantan akan mendapat 100% dari pendapatan yang dijana, dan bukan sekadar 5%.

Perhatikan bahawa WANG EHSAN ini hanya terpakai bagi Terengganu dan Kelantan. Sabah dan Sarawak menerima ROYALTI kerana mereka berada di bawah kawalan Barisan Nasional. Bagi kes Terengganu pula, walaupun ia kini dikuasai Barisan Nasional, kerajaan persekutuan tidak mahu kembali kepada sistem ROYALTI. Ini kerana mereka mahu mengelakkan sebarang permasalahan andaikata Terengganu sekali lagi jatuh ke tangan pembangkang. Jadi, Terengganu juga kekal sebagai penerima WANG EHSAN.

Perkara lain yang perlu diperhatikan adalah bahawa ketika Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat bersetuju untuk menyertai Persekutuan Malaya, adalah dipersetujui bahawa kerajaan persekutuan akan memberikan pinjaman untuk pembangunan negeri dan juga geran. Nilai geran pula dikira berdasarkan jumlah penduduk negeri itu dan juga jumlah tertentu bagi setiap penduduk.


Kerajaan persekutuan baru sahaja mengumumkan bahawa ia tidak akan memberikan bantuan kewangan kepada negeri-negeri yang berada di bawah kawalan pembangkang. Jadi, mereka kini bukan hanya melanggar Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian tahun 1976 yang ditandatangani oleh Petronas dengan semua negeri, malah mereka juga melanggar Perjanjian Persekutuan.

Jelaslah bahawa kerajaan Malaysia tidak menghormati semua perjanjian yang ditandatanganinya. Jadi, kenapakah kita hairan apabila pelabur asing menolak untuk menandatangani perjanjian di Malaysia ataupun menolak untuk tertakluk di bawah bidang kuasa mahkamah Malaysia? Sebahagian besar pelabur asing lebih suka menandatangani perjanjian di Singapura. Ini dilakukan supaya mereka tertakluk kepada pengadilan mahkamah Singapura ataupun boleh memilih timbang tara antarabangsa.

UMNO mungkin berfikir bahawa ini hanya sekadar mainan politik mereka. Segala pelanggaran perjanjian dilakukan bagi menjatuhkan kerajaan negeri yang berada di bawah kawalan pembangkang. Tetapi mereka tidak sedar bahawa pihak luar sedang memantau keadaan. Situasi ini sememangnya tidak membina kepercayaan pelabur asing.

Rakyat Malaysia perlu faham bahawa adalah menjadi kewajipan kerajaan persekutuan untuk membayar segala yang menjadi hak kerajaan negeri kepada kerajaan negeri yang berkenaan, sebagaimana yang termaktub dalam akta-akta Parlimen dan perjanjian-perjanjian yang ditandatangani sejak tahun 1957. Perkara yang kini dilakukan oleh kerajaan persekutuan sememangnya tidak menurut perlembagaan dan melanggar semua perjanjian yang berkenaan.

Original Post: http://mt.m2day.org/2008/content/view/28347/84/

Translation: http://gomalaysian.blogspot.com/

SOKONG ATAU DISINGKIR

Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi kata dua kepada pemimpin dan anggota PKR sama ada setia atau keluar daripada parti jika tidak mahu mengikut dasar yang ditetapkan. "Semua anggota parti mestilah menyokong agenda perubahan, bekerja untuk Pakatan Rakyat atau terpaksa disingkirkan daripada parti," katanya.
.
Anwar yang juga ketua umum PKR menegaskan demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen PKR Pulau Pinang malam tadi. Katanya, ramai pemimpin PKR yang mahu tindakan tegas dikenakan terhadap anggota yang tidak dapat mengikut dasar parti. "Beri komitmen kepada parti atau tinggalkan parti dan sertai Umno," katanya.
.
Anwar yang juga ketua pembangkang berkata ketua cabang dan wakil rakyat PKR hendaklah sentiasa mematuhi dasar-dasar parti. Katanya, mereka tidak boleh beranggapan bahawa mereka akan terus menjadi pemimpin dan wakil rakyat untuk selama-lamanya. Sebaliknya, kata beliau, mereka mesti berkhidmat kepada rakyat dan mematuhi dasar dan prinsip-pembaharuan parti.
.
Anwar berkata, walaupun sesetengah kritikan terhadap pemimpin dan wakil rakyat parti ti boleh diterima, tetapi menegaskan bahawa beliau tidak akan berkompromi dengan mereka yang enggan mematuhi dasar-dasar yang ditetapkan oleh parti.

Sunday, November 8, 2009

APAKAH PAS GAGAL URUS KUASA?

Mustahil isu "Kerajaan Perpaduan" (Unity Government) dibubuh noktah hanya dengan Seminar Politik yang bakal dianjurkan PAS pada 7 Novermber ini.

Ini kerana Kerajaan Perpaduan adalah "godaan" UMNO yang tidak akan berakhir -- setelah diumumkan "tutup pintu", diusik pula dengan "tidak berkunci"; biarpun jika ada yang balas "tutup dan berkunci", tidak hairan kalau ada yang berkata "kunci ada di tangan Presiden"... Walau "kunci itu diserah kepada Mursyidul Am" sekalipun, jawapannya mungkin "Presiden masih simpan kunci spare"...

Sememangnya, usikan daripada musuh politik tidak harus dipersalahkan ke atas pemimpin PAS. Persoalannya, mengapa keraguan dan kesangsian masih dan tetap wujud, walaupun sudah berkali-kali Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berjanji untuk bersama Pakatan Rakyat?

Mustahil PAS gagal menangkis serangan UMNO

Mustahil pucuk pimpinan PAS gagal menangkis serangan retorik UMNO, jika mengimbas kembali "sejarah permusuhan" antara UMNO dengan PAS, yang jelas jauh lebih panjang berbanding UMNO-PKR. Namun, persepsi masyarakat umumnya menganggap PAS gagal menonjolkan perbezaaan antara dirinya dengan UMNO ketika berdepan dengan retorik "perpaduan umat Melayu-Islam" selepas 8 Mac 2008.

Adalah tidak adil sekiranya dikatakan keseluruhan pimpinan PAS terikut-ikut dengan rentak UMNO, dan "kelihatan jahil" kerana tidak menyedari percaturan politik UMNO. Buktinya, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad pernah menyeru dalam Muktamar ke-55 agar PAS mengambil iktibar dari sejarah Islam, supaya tidak terperdaya dengan muslihat musuh untuk melaga-lagakan pemimpin PAS, yang bakal berakhir dengan kehancuran PAS sendiri.

Malah, Menteri Besar Pakatan Rakyat Negeri Perak, Mohd Nizar Jamaluddin (gambar atas) bertungkus-lumus memberi ceramah, menyeru agar rakyat bersama "menjahanamkan UMNO", mendedahkan betapa kejam dan zalimnya pemerintahan UMNO-BN yang tidak sama sekali diterima PAS-PR.

Jadi, masalah persepsi ini sebenarnya wujud kerana pucuk pimpinan peringkat tertinggi gagal menunjukkan pendirian yang jelas.

Kredibiliti pemimpin PAS dipertikai

Setelah pertemuan sulit UMNO-PAS didedahkan, dan mencungkil polemik setelah dikesahkan, Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS mengeluarkan kenyataan yang dibaca oleh Timbalannya, Nasharuddin Mat Isa pada 17 Julai 2008, menegaskan pendirian PAS untuk terus bersama dengan PR, "dalam suasana politik negara yang penuh dengan fitnah dan kegawatan sosial dan ekonomi".

Namun, selepas "kerajaan campuran bersama UMNO di Selangor" digagalkan, Hadi Awang (gambar kiri) mencetus polemik baru dengan idea "kerajaan perpaduan", dalam satu wawancara bersama akhbar Siasah, yang disiarkan pada bulan Mac 2009. Perbincangan "Kerajaan Perpaduan" itu kemudiannya ditangguhkan oleh Hadi Awang sendiri pada April 2009, dengan alasan bahawa cadangan tersebut ditawarkan dalam zaman pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi, dan bukan Najib Razak.

Secara dramatiknya, idea "Kerajaan Perpaduan" ini ditimbulkan semula dalam sidang media selepas Presiden PAS merasmikan Muktamar ke-55, pada 5 Jun 2009. Keadaan bertambah serius kali ini, apabila Hadi Awang mendakwa bahawa parti komponen PR turut menerima dan memberi reaksi yang positif terhadap konsep ini.

Kewibawaan dan kredibiliti Hadi Awang terhakis apabila Setiusaha Agung DAP, Lim Guan Eng menjelaskan bahawa DAP tidak pernah dimaklumkan tentang idea ini, apatah lagi menyetujuinya. Hadi menerima tamparan kedua, apabila Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali turut secara terbuka tidak menyetujui idea Kerajaan Perpaduan yang membabitkan UMNO.

Situasi sedemikian mengundang krisis kredibiliti dan kewibawaan bukan sahaja kepada Hadi Awang secara individu, malah PR secara keseluruhannya. Yang pasti, antara pemimpin DAP, PKR dengan PAS yang tersebut di atas, salah satu pihak yang berbohong dalam isu ini. Biarpun pertikaian yang melibatkan PR ini diketepikan, persoalan tetap wujud-- Sampai bilakah idea Kerajaan Perpaduan ini diiklan seumpama biskut Oreo, sekejap ada sekejap tiada?

Masalah kredibiliti ini bukan sahaja berlaku pada Presiden, namun juga orang nombor dua dalam parti. Nasharuddin Mat Isa (gambar kanan), antara watak yang dipertikaikan, pernah mendakwa bahawa perjumpaan dengan UMNO atas keputusan Majlis Syura Ulama pada 13 Ogos 2008 (laporan Malaysiakini), bertukar kenyataan empat hari kemudian, apabila mengaku bahawa "perjumpaan pertama" tidak sempat diberitahu kepada Majlis Syura Ulama (laporan Malaysiakini).

Masalah pokoknya ialah kuasa!

Masalah kewibawaan ini tidak dipandang berat, sebaliknya dilontarkan pula konsep "Kepimpinan Ulamak" untuk dijadikan "tema" dalam pemilihan parti tahun ini. Persoalannya, bagaimana "Kepimpinan Ulamak" ini cukup untuk menyakinkan ahli parti, malah rakyat jelata apabila pemimpin tidak serius dan ikhlas ketika mengeluarkan hujah, sehingga terhakis kewibawaan sendiri?

AJK Pusat PAS, Dzulkefly Ahmad (gambar kiri) pada ketika itu meluahkan keresahan dirinya, bahawa PAS menghadapi masalah untuk menguruskan kemenangan. Merujuk kepada kemenangan besar PAS dalam PRU ke-10, yang berakhir dengan kekalahan teruk dalam PRU ke-11, beliau khuatir bahawa sejarah bakal berulang seandainya PAS gagal mengendalikan kemenangan mereka dalam PRU ke-12.

Namun, sekiranya didalami tulisan yang berjudul Benarkah Umno Takut Kalah, PAS Takut Menang? ini, persoalan pokok di sebalik "menang dan kalah" itu ialah "sumber dan kuasa".

UMNO takut kalah, kerana kekalahan menyebabkan kehilangan sumber. Maka parti yang hanya utuh atas kekayaan sumber ini, akan saling bertelagah ketika kekurangan sumber. PAS pula takut menang, kerana kemenangan diiringi kuasa. Apabila kuasa itu tidak dikendalikan sebaik-baiknya, maka malapetaka akan menyusul seterusnya.

Usaha mengubah persepsi masyarakat bukan Melayu

Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa PAS yang kini berada pada kemuncak kegemilangannya dalam sejarah, terjerumus pula ke dalam kemelut yang seharusnya tidak wujud?

Keadaan bertambah jelas jikalau dirujuk kepada Nasharuddin Mat Isa. Pemimpin lapisan muda ini dinobatkan sebagai orang nombor dua, selepas kekalahan PAS dalam PRU ke-11. Dalam dunia wacana masyarakat berbahasa Cina, ada yang melihat keputusan pemilihan ini menggambarkan muhasabah dalam PAS, berikutan kehilangan sokongan bukan Melayu.

Tidak dinafikan, Ustaz ini pernah cuba untuk mendampingi masyarakat bukan Melayu dan bukan-muslim, dengan pendekatan, imej yang lebih sederhana dan terbuka, berbanding dengan ketuanya, Hadi Awang.

Pada hakikatnya, usaha ini memperlihatkan kejayaan, apabila pemimpin PAS seperti Hatta Ramli, Salahuddin Ayub, Dzulkefly Ahmad, Mohamad Sabu bersama Nasharuddin, berjaya menukar persepsi masyarakat Cina terhadap PAS. Mereka lebih ditonjolkan sebagai pejuang hak asasi yang prihatin kepada masalah rakyat, apabila turun ke jalan raya untuk memprotes kenaikan harga minyak, tol dan sebagainya.

Namun, mengapa pula Nasharuddin mengubah pendiriannya, apabila dipetik berkata "Kalau kita boleh bersekutu dengan DAP yang menentang Islam dari dulu sampai sekarang dan dengan PKR, mengapa kita tidak boleh dekati Umno?", pada 13 Ogos 2008 (laporan Malaysiakini)?

Apa yang menarik, Mursyidul Am, Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar kiri) yang seketika dahulu ditampilkan dengan imej yang konservatif, berpandangan kolot kononnya, kini lebih disanjungi dalam masyarakat Cina. Perubahan ini boleh dirasai, apabila kehadiran beliau di ceramah atau jamuan disambut dengan tepukan gemuruh, oleh hadirin yang berdiri memberi penghormatan.

Apakah mereka tidak menyedari bahawa sesetengah pandangan tokoh ini mungkin berbeza dengan masyarakat bukan Melayu? Tidak, mereka sedar akan perbezaan itu, tetapi ketegasan pendirian Nik Aziz dalam politik mengatasi segala-galanya, yang memenangi sokongan dan sanjungan bukan Melayu.

Pengagihan kuasa

Berbalik kepada soalan, mengapakah dikatakan mustahil Seminar Politik ini menyelesaikan kemelut PAS? Kerana masalah yang wujud adalah pengagihan kuasa. Tsunami politik 8 Mac 2008 walaupun melambung PAS ke puncaknya, tetapi tidak memberi makna kepada pucuk pimpinan tertinggi, jika dihitung dari segi kuasa.

Presiden dan Timbalannya kekal sebagai ahli parlimen biasa, berbanding Presiden PKR (Wan Azizah Ismail ketika itu) sebagai Ketua Pembangkang dan Setiausaha Agung DAP sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Dengan kata lain, jikalau pelan Anwar untuk mengambil alih kuasa kerajaan persekutuan pada 16 September berjaya, Anwar (bersumpah sebagai Ketua Pembangkang selepas PRK Permatang Pauh) adalah PM. Lim Guan Eng, sama ada pelan itu berjaya atau tidak, sekurang-kurangnya telah menguasai sumber di Pulau Pinang.

Namun, apakah sumber dan kuasa yang ada pada gandingan Hadi-Nasharuddin? Nik Aziz menguasai Kelantan seperti biasa, malah Nizar Jamaluddin muncul sebagai bintang politik yang terserlah tanpa diduga, mungkin lebih dikenali masyarakat secara umumnya, berbanding Nasharuddin.

Oleh itu, tidak hairan jikalau rundingan berlaku antara UMNO-PAS melibatkan pemimpin ini. Hasan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor, ditawarkan sebagai Menteri Besar, jika tidak memilih untuk menjadi Exco dalam kerajaan PR. Justeru itu, apakah ia tidak cukup jelas apabila pemimpin-pemimpin inilah yang sentiasa membangkitkan isu "Kerajaan Perpaduan", kemudian ditangguhkan apabila dibadai ombak bantahan?

Jadi, masalah yang paling genting adalah penstrukturan semula kuasa, dan kata putus pimpinan tertinggi PAS, untuk memilih antara PR dan UMNO. Tiada gunanya seseorang pemimpin mengulangi pendiriannya untuk bersama PR, di samping idea "kerajaan perpaduan" turut diulangi dengan bilangan yang sama.

Persoalannya, bagaimana mewujudkan struktur/sistem kuasa yang baru dalam parti, untuk check and balance kesemua pemimpin, termasuk Nik Aziz agar tindakan susulan diambil terhadap pemimpin yang mengulangi kenyataan yang tidak selari dengan halatuju parti, dan menggunakan saluran luar parti untuk mencetuskan pertikaian. Kesemua pemimpin perlu komited terhadap persetujuan yang dicapai, dan bertolak dari titik baru ini.

Akhir kata, PAS sebenarnya bukan dihantui idea "Kerajaan Perpaduan", tetapi bayang diri sesetengah pemimpin yang terjelma di dinding sebelah ketika berjalan di atas pagar.

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Melayu.

SUMBER http://merdekareview.com/