THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, October 24, 2009

10 LAGI PRK

Lapan ahli parlimen dan dua ADUN pembangkang mungkin kehilangan kelayakan sebagai wakil rakyat ekoran mereka didakwa atas tuduhan menyertai perhimpunan agung dan kesalahan yang berkaitan dengannya.

Selain ahli parlimen PKR di Batu, Tian Chua - yang didapati bersalah atas tuduhan menggigit seorang anggota polis ketika dalam perjalanan ke Parlimen pada 2007 - tujuh lagi rakannya mungkin menerima nasib yang sama.

Mereka ialah ahli parlimen PKR - Azmin Ali, Sivarasa Rasiah, N Gobalakrishnan - Tony Pua (DAP), Dr Dzulkifly Ahmad, Dr Hatta Ramli dan Dr Lo' Lo' Ghazali dari PAS.

"Ini bermakna Pakatan Rakyat mungkin tinggal 74 kerusi di Parlimen," kata Bersih - gabungan parti politik dan NGO yang berkempen untuk pilihanraya bebas dan adil.

Dengan itu, katanya, BN akan memperolehi semula penguasaan dua pertiga di Parlimen.

"Dua DUN DAP (Selangor) - Ronnie Liu dan Lau Weng San - juga mungkin menjadi mangsa "gelombang" kedua terhadap perhimpunan haram.

Khamis lalu, Tian Chua didenda RM3,000 dan dihukum enam bulan penjara selepas didapati bersalah menggigit seorang anggota polis dan menghalangnya untuk menjalankan tugas.

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bagaimanapun membenarkan penangguhan hukuman untuk membolehkan Tian Chua memfailkan rayuan. Jika semua rayuannya ditolak, maka Tian Chua akan hilang kelayakannya sebagai ahli parlimen.

Bersih, yang menyifatkan penghakiman tersebut sebagai satu pendakwaaan terpilih, mengingatkan bahawa jika rakyat tidak membantah "tekanan" seumpama itu, maka 10 wakil rakyat pembangkang mungkin turut hilang kelayakan mereka.

SUMBER http://www.malaysiakini.com/

ANALISA BAJET DR DZULKEFLY

YAB PM selaku Menteri Kewangan telah membentang Bajet sulungnya petang tadi. Beliau sangat berhajatkan Bajet 2010nya itu disokong semua golongan dan lapisan rakyat kerana ia bertemakan 'I-Malaysia Kemakmuran Bersama'.

Najib tidak melepaskan peluang ini untuk melonjakkan lagi momentum kemenangan Bagan Pinang seperti yang diungkapkan dihujung ucapan hampir 2 jam itu. Tampaknya dia puas dengan prestasi penyampaiannya dari wajah mukanya.

Umum mengetahui, seperti dirinya juga tahu, bahawa melepasi segala jenis 'imbuhan' serta pelbagai peruntukan fiskal samada berbentuk subsidi mahupun penurunan cukai kepada setiap segmen rakyat, realiti yang menanti tidaklah seindah yang cuba ditampilkan.

Defisit Bajet yang dianggarkan 7.6% dari KDNK tahun 2009 ini perlu ditangani, seperti juga beban hutang kerajaan Pusat yang mencecah 52.4% dari KDNK tahun 2009 melonjak dari 41.5% tahun 2008. Pendapatan dari cukai menurun sebanyak 8% - dari RM176.2 bilion yang diramalkan hanya RM162.1 bilion yang mampu dijana.

Kebergantungan pendapatan dari sumber minyak mentah dan gas dalam bentuk dividen, cukai, royalti dan duti ekspot minyak mentah dan gas sudah ke peringkat kritikal. Dari RM19 bilion pada 2004 kepada RM67.8 bilion tahun 2009 atau 43.5 % dari pendapatan kerajaan Pusat. Bukan sahaja ia satu yang tidak wajar, bahkan kita juga tidak menabung ketika sumber pendapatan ini lumayan. Kalau pada tahun 2005 Petronas menyimpan 42.5% dari keuntungannya, kini ia hanya menabung 21.1% dari keuntungannya. Bermakna kita telah membelanjakan kekayaan sumber anak-cucu kita. Justeru, berlatarbelakangkan kesemua ini, Najib sudah tidak mampu lagi merumuskan Bajet yang 'populis' yang disorak dan ditepuk oleh semua pihak. Najib mahu sahaja meneruskan momentum kemenangan Bagan Pinang dengan menampilkan Bajet yang terus mengukuhkan sokongan semua rakyat. Najib tidak dapat menyebutkan perkara itu dihujung penyampaian hampir 2 jam itu.

Itulah yang sangat-sangat beliau hajati. Tapi apakan daya kedudukan ekonomi dan kewangan negara tidak mengizinkan sedemikian. Bahkan Najib diperingat bukan sahaja oleh pakar-pakar ekonomi antarabangsa bahkan juga think-tank tempatannya sendiri seperti MIER, bahawa ekonomi global mungkin sahaja akan mengalami pemulihan bukan berbentuk V, tetapi W yakni dua kali V, maksudnya kebarangkalian akan berlaku sekali lagi kemelesetan selepas pulih sebentar tidak dapat ditolak sama-sekali. Parah dan ngeri juga buat dirinya, tambahan kalau-kalau berhampiran dengan musim pilihanraya. Berlatarkan kesemua senario dan unjuran yang kurang senang dan tidak menentu ini, Najib terpaksa menelan nafsunya untuk bermewah atau bermegah secara melampau dengan pemberian subsidi, imbuhan atau penurunan cukai.

Sebaliknya, Najib terpaksa mendepani realiti pahit ini. Peruntukan wang sebanyak RM 191.5 bilion, yang meliputi perbelanjaan mengurus sebanyak RM138.3 bilion adalah penurunan sebanyak 13.7% dari tahun lalu (RM160.2 bilion, 2008). Malang pengurangan mengurus ini tidak dapat disalurkan kepada belanja pembangunan. Belanja pembangunan juga mengalami penurunan sebanyak 4.4% atau RM 51.2 bilion berbanding RM 53.6% pada tahun 2008.

Penulis sedia mengakui bahawa Najib telah cuba memberikan, seperti mana-mana bajet yang dibentangkan setiap tahun, pelbagai pemberian 'penyedap hati'. Terlalu panjang kalau mahu disenaraikan akan seanika dan segala pemberian kepada setiap kelompok rakyat, atau lebih tepat lagi pengundi, samada kepada pelajar universiti, petani, nelayan, kakitangan awam, pesara, golongan pekerja persendirian yang tak berpencen, kelompok ibu yang punya anak kecil, pelepasan diri kepada pembayar cukai, kelompok miskin tegar, orang asli, OKU dan banyak lagi. Benar, pelbagai jaringan keselamatan sosial boleh dilaksanakan untuk kelompok yang 'vulnerable' dan sensitif.

Tegasnya semua dapat. Tidak ada yang wajar mengkritik kerajaan. Sepatutnya bersyukur. Bagi golongan berfikiran mudah atau simple, apa lagi yang tak cukup yang diberikan Menteri Kewangan? Itu tidak termasuk segala peruntukan RM 9 bilion tentang projek infrastruktur termasuk pembinaan jalan termasuk luar bandar/kampung, jambatan, bekalan air, perkhidmatan pembentungan, pelabuhan dan perkhidmatan laut, serta projek lapangan terbang.

Kesemua yang tersenarai di atas adalah perkara regular atau lazim dalam sebuah bajet. Bezanya hanyalah jumlahnya. Di segi itu, tidak ada yang luar biasanya bajet Menteri Kewangan ini. Sebab itu ramai yang tidak teruja dan tepukan dan sorakan tidaklah semewah yang dihajati pembentang. Malang.

Akan tetapi yang lebih merunsingkan ialah golongan yang lebih celik ilmu ekonomi dan kewangan yang menunggu-nunggu hingga ke hujung. Tegasnya, Menteri Kewangan membuktikan bahawa beliau hanya mampu memahami masalah namun tidak pula menampilkan penyelesaian.

Bahkan penyelesaian seperti yang disenaraikan di atas boleh sahaja dimuatkan dalam apa jua pembentangan Bajet. Sifatnya generik atau boleh sahaja digunakan dalam apa jua keadaan. Macam ubat generik seperti panadol untuk pening/sakit kepala. Tetapi sayugia diingatkan bahawa sakit kepala punya pelbagai puncanya? Mungkin juga migraine, stress, hipertensi atau lebih parah dari itu kanser otak. Begitu juga dalam hal perumusan belanjawan ini.

Najib mungkin mengenalpasti penyakit namun dalam banyak hal rawatan dan ubatnya gagal dipreskripsi. Buat permulaan ambil sahaja isu 'Pergantungan kepada sumber Minyak'. Kalau sudah sampai ke tahap 43.5% pendapatan dari sumber minyak mentah, sayugia dingatkan kepada Najib, bahawa ekonomi negara ini masih lagi dikategori ekonomi tua atau 'Old Economy' yang berteraskan kepada sumber asli. Tepat sekali kerana sumbangan pendapatan lain juga turut bergantung kepada minyak sawit, getah, galian, kayu-kayan yang kesemua sifatnya tak boleh diperbaharui.

Sudah sampai masanya bahawa negara benar-benarnya beredar dari pergantungan kepada 'petroleum-based soucres' dan 'comodity-based sources' kepada teras yang lain yang menjadikan ekonomi kita tergolong dalam 'The New Economy' yang berteraskan kegiatan ekonomi yang sarat 'Knowledge' atau Pengetahuan.

Nampaknya ini hanya tinggal rhetorik dan impian untuk menjana knowledge workers adalah ungkapan molok pemimpin sewaktu seminar kerana sudah hampir sedekad lamanya istilah ini menjadi buah mulut pemimpin negara ini. Sejauhmana pencapaian di segi ini mampu kita banggakan? Penjanaan 'New Economy' juga dapat dibantu dengan 'internet connection' yang berkualiti di segi kelajuan. Tapi negara kita jauh kebelakang.

Kita beraleh kepada satu lagi mantra terkini yang kerap juga diulangsebut oleh pemimpin kerajaan terutamanya Menteri Kewangan sendiri. Dalam Bajet ini juga beliau mengulang sebut tentang membawa ekonomi negara ini dari 'Low-Income Economy' kepada 'High-Income Economy'. Benar bahawa ini adalah masalah kronik ekonomi negara ini. Benar juga kalau kita duduk di paras ini kuasa membeli dan permintaan domestik kita tetap tidak berupaya.

Pendapatan per kapita negara ini hanya RM15,819 setahun berbanding negara seperti Singapura atau Korea Selatan atau Taiwan yang 3 atau 4 kali ganda. Bajet ini hanya suka menyebutkan bahawa kita perlu menjadi ekonomi yang punya pendapatan tinggi, tetapi tidak jelas cara, kaedah dan pendekatan untuk menuju ke matlamat tersebut. Najib lebih tahu masalah dari penyelesaian. Mungkin juga kerana ini bajet sulungnya.

Tambahan dengan kebanjiran pekerja asing yang tidak punya ketrampilan, maka negara akan kekal dengan kegiataan nilai-tambah yang rendah dalam sektor pertanian dan pembinaan. High-Income Economy bermula dengan memperkasa pembinaan modal insan yang bebas dan kreatif serta digalakkan dengan iklim kebebasan yang mampu akses maklumat dan hak berkarya. Kesemua iklim tersebut adalah memerlukan kepimpinan yang memahami erti kebebasan dan kemerdekaan serta menghayatinya.

Najib meletakkan harapan yang tinggi kepada sektor swasta untuk memacu pertumbuhan kerana pihak awam (G-factor) tidak lagi mampu menjana pertumbuhan kerana terhalang dengan defisit melebar dan beban hutang yang menimbun. Najib memberitahu bahawa FDI jatuh ke paras yang teruk, RM3.36 bilion dari RM 19.7 bilion tahun lepas.

Apakah sebab utama pelaburan asing langsung tidak merasakan negara ini menarik? Apakah sebab yang diberikan oleh kajian World Economic Forum ketika Malaysia lucut 3 tangga? Disamping faktor keselamatan dan jenayah, utama ialah tanggapan 'institutional framework' yang bermasalah. Apakah SPRM atau MACC, MCMC, SPK, SPR, Institusi Judisiari atau Kehakiman? Mampu kah kerajaan merangsang pihak swasta untuk menjana pertumbuhan?

Mampukah kerajaan memujuk syarikat-syarikat milik orang malaysia yang beroperasi di luar negara dan negara jiran untuk pulang? Mengapa mereka selesa di luar bahkan khuatir untuk beroperasi di negara ini? Mutakhir ini, liberalisasi semacam menjadi penyelesaian mudah dan mantra terbaru buat pemimpin BN/Umno, namun penyelesaian tuntasnya adalah melewati kaedah meliberalisasi segala-galanya. Jangan terlalu ghirah.

Perlu ada kesediaan untuk menerima bahawa polisi-polisi Umno/BN-sentrik dan amalan patronage-kronisme Umno/BN telah menjadikan negara kehilangan daya-saing sebenarnya. Penswastaan telah membebankan dan tidak mengurangkan kos kepada pembayar cukai dan perkhidmatan yang mahal dan dana rakyat ranap kerana kerajaan melakukan 'bail-out' dan memberi subsidi kepada pihak swasta seperti IPP dan pemegang konsesi Tol dan Air. Apakah akan berlaku gelombang penswastaan kedua?

Bajet telah dibentangkan. Harapan rakyat tinggi menggunung untuk mengecapi kemakmuran dan kesejahteraan. Telah acapkali rakyat dikecewakan. Kali ini Najib memohon untuk di berikan 'Benefit of Doubts' bersangka baik oleh rakyat. Bagi melindungi kepentingan dan kemaslahatan rakyat, pemimpin Pakatan wajar terus menyemak-imbang pengurusan dan tabiat buruk pemimpin Umno/BN bagi melindungi kemaslahatan semua dan mengangkat dayasaing negara.

SUMBER http://www.harakahdaily.net/

Friday, October 23, 2009

IMRAN TUKAR KETERANGAN

Keterangan Mohd Imran Abdullah, agen provokasi dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang juga saksi utama di Mahkamah Sesyen berhubung kes rasuah Jamaluddin dan Osman Jailu (Adin Changkat Jering), bersama dengan bekas ahli majlis Daerah Perak Tengah, Usaili Alias dan Zul Hassan serta kontraktor Fairul Azrimini adalah bertentangan dengan keterangannya sebelum ini yang akan menyebabkan kemungkinan kes ini dibuang.

Apabila ditanya oleh Mohd Roni Abdul Rahman (peguam Jamaludin), Imran berkata “Saya setuju, kenyataan saya kepada SPRM tidak benar.”

Begitu senang hendak selesaikan kes rasuah bila sokong UMNO B-end. Mula-mula dapatkan bukti kukuh untuk didakwa. Bila dah sokong, habis keterangan ditukar. Jadi bukti jenayah akan dibawa ke mahkamah jika tak sokong atau menentang UMNO B-end. Mereka yang selamat adalah yang menyokong, mematuhi, menuruti dan mentaati pemimpin UMNO B-end sahaja.

Selepas ini bolehlah Jamaluddin dan Osman Jailu mendabik dada mendakwa dia bersih.

Thursday, October 22, 2009

TIMBALAN MENTERI YANG KELAKAR

Malaysia kini merupakan negara yang mempunyai ramai menteri yang lebih gemar memaparkan watak pelawak hingga ada yang mengeluarkan kenyataan bagai orang hilang akal. Disebabkan keadaan menteri yang begitu maka timbalan-timbalannya juga tidak mahu ketinggalan mengikut rentak yang sama, sama ada dibuat-buat atau betul-betul pelawak atau dah hilang akal.

Semalam Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, telah membuat kenyataan bahawa pembelian dua kapal selam jenis Scorpene iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak tidak dibuat secara tender terbuka kerana dikhuatiri ia akan mendedahkan sistem pertahanan negara kepada musuh.

Tahukah Datuk Dr Abdul Latiff bahawa setiap kali kita beli senjata, setiap kalilah ianya direkodkan oleh banyak negara termasuk jiran-jiran kita. Data-data ini sentiasa disimpan dan dikemaskini oleh mereka. Sama ada kita tender atau tidak, pembelian senjata negara sememangnya sensitif dan dihidu oleh lain-lain negara. Kalau kita buat senjata sendiri secara senyappun mereka akan menghidunya.

Kalau nak selamat dari pengetahuan pihak lain, saya fikir Dr Abdul Latiff kena buat senjata di rumahnya sendiri dengan senyap-senyap. Gunakan isteri dan anak-anak untuk buat senjata kerana mereka sahaja yang boleh merahsiakan apa yang dibuat di rumah Dr.

Peeehhh... Inilah dia tahap jawaban Timbalan Menteri di Malaysia. Budak sekolahpun boleh cari idea lebih baik untuk jawab soalan macam ni.

KEPUTUSAN BERCELARU RAKYAT PENING

Keputusan Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan bahawa mahkamah tidak boleh mencampuri urusan persidangan dewan dalam kes Ahli Parlimen Gobind Singh Deo yang digantung dari Dewan Rakyat. Ini berdasarkan prinsip pemisahan kuasa. Perkara ini didapati bertentangan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada April lepas yang menyebut bahawa mahkamah boleh mencampuri urusan persidangan dewan dalam kes Speaker Perak, V Sivakumar mengantung Menteri Besar Perak Datuk Zambry Abd Kadir, dan enam anggota exco BN daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri.

Keputusan yang tidak konsisten dan bercelaru seperti ini akan memeningkan hakim-hakim pada masa depan untuk dijadikan precedent. Rakyat yang tidak pandai undang-undangpun dah pening. Apa-apapun keputusannya, yang kalah adalah rakyat, yang menang tetap UMNO-B-end. Rakyat ditipu. Setiap keputusan yang untung ialah UMNO B-end.

KEPUTUSAN MAHKAMAH YANG BERCELARU

Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa mahkamah tiada kuasa mencabar prosiding dewan rakyat ... sekaligus bertentangan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini.

Begitulah keputusan Mahkamah semasa membuat keputusan terhadap Ahli Parlimen Gobind Singh Deo yang terus digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat. Tak boleh campur .. itu urusan dewan rakyat ler...

Mahkamah Tinggi secara umumnya membuat keputusan itu berdasarkan prinsip pemisahan kuasa, namun keputusan itu bertentangan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada April lepas yang menyebut bahawa mahkamah boleh mencampuri urusan persidangan dewan.

Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa mahkamah tidak boleh persoal atau pertikaikan prosiding Dewan Rakyat.

Keputusan ini ternyata sekali tidak sekata.

Pada April lepas, anggota panel Mahkamah Persekutuan iaitu Augustine Paul, Alauddin Mohd Sheriff, Arifin Zakaria, Nik Hashim Nik Ab. Rahman, dan Zulkefli Ahmad Makinudin tidak memperakui atau menghormati prinsip pemisahan kuasa dalam membuat keputusan terhadap kes Speaker Perak V Sivakumar dan ahli dewan undangan negeri Barisan Nasional di Perak.

Dalam kes itu, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk mengantung Menteri Besar Perak Datuk Zambry Abd Kadir, dan enam anggota exco BN daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri.

Keputusan itulah yang membolehkan tujuh Adun itu menghadiri persidangan DUN dan secara langsung mengagalkan usaha Adun Pakatan Rakyat untuk membuat usul undi tidak percaya terhadap kerajaan negeri BN.

Sesungguhnya dengan keputusan Mahkamah Persekutuan itu, ia bererti telah melanggari doktrin pemisahan kuasa yang menjadi pegangan mahkamah dalam membuat keputusan bagi lima kes sebelumnya.

Dalam keputusan sebelumnya, mahkamah telah mematuhi peruntukan dalam perlembagaan yang menyatakan bahawa mahkamah tidak boleh mencampuri prosiding persidangan dewan undangan negeri.

Dalam kes Gobind hari ini, Mahkamah Tinggi nampaknya berpegang pada doktrin berkenan semula.

SUMBER http://perakite.blogspot.com/

TIAN CHUA DIDAPATI BERSALAH

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke atas ahli parlimen Batu, Tian Chua, selepas mendapatinya bersalah terhadap tuduhan menggigit seorang anggota polis dan menghalangnya daripada menjalankan tugas.
.
Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut untuk membolehkan Tian Chua membuat rayuan. Jika Tian Chua gagal dalam rayuannya terhadap hukuman tersebut, maka beliau akan hilang kelayakan sebagai ahli parlimen Batu. Sebelum ini, Majistret Mohd Faizi Che Abu mendapat Tian Chua bersalah terhadap tuduhan tersebut.
.
Katanya, beliau mendapati Tian Chua bukan saksi yang berwibawa kerana pembelaannya hanya merupakan penafian semata-mata. Malah, kata Mohd Faizi, rakaman video yang dikemukakan oleh pihak tertuduh menunjukkannya menghalang dirinya ditangkap. Katanya, walaupun rakaman video tersebut tidak menunjukkan berlakunya pelakuan menggigit, tetapi beliau percaya ia berlaku kerana anggota polis berkenaan memberi keterangan bahawa beliau menumbuk tertuduh dan Tian Chua bertindak balas dengan menggigit. Mohd Faizi juga berkata, bukan anggota polis tersebut yang dibicara tetapi tertuduh yang menghadapi perbicaraan. Katanya, beliau mendapati kewibawaan anggota polis itu tidak terjejas kerana beliau mengaku, dalam keterangannya, telah menumbuk Tian Chua. Dalam reaksinya, Tian Chua berkata beliau tidak fikir ianya satu penghakiman yang adil kerana mendakwa majistret dan pihak pendakwa bergantung kepada keterangan anggota polis terbabit dan berasaskan kepada bukti keadaan.
.
Katanya, ia tidak membuktikan bahawa kejadian menggigit itu berlaku. Tian Chua mendakwa hukuman tersebut adalah untuk menghilangkan kelayakannya sebagai ahli parlimen. "Saya akan terus berkhidmat kepada rakyat dan hukuman tersebut tidak akan menjejaskan agenda untuk perubahan dan pembaharuan," katanya.
.
Tian Chua, 46, yang nama penuhnya Chua Tian Chang, didakwa mencederakan konstabel Rosyaidi Anuar, 21, di depan bangunan Parlimen pada jam 10.45 pagi 11 Disember 2007. Rosyaidi bertugas dengan Bahagian Narkotik Ibupejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur. Pada 18 Mei, Mohd Faizi mengarahkan Tian membela diri selepas majistret itu memutuskan bahawa pihak pendakwa mempunyai kes terhadap ahli parlimen Batu itu. Tian didakwa mengikut Sekseyen 332 Kanun Keseksaan dan boleh berdepan dengan hukuman tiga tahun penjara atau didenda atau kedua-duanya sekali.
.
Sekiranya hukuman penjara melebihi setahun atau jika denda yang dikenakan melebihi RM2,000 maka Tian hilang kelayakan sebagai ahli parlimen Batu jika selepas semua rayuannya gagal. Tian ditahan sewaktu Bersih mengadakan protes membantah pindaan perlembagaan untuk melanjutkan usia persaraan anggota Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dari 65 kepada 66 tahun.
.

PR PERLU 50% SOKONGAN MELAYU?

Bolehkah Pakatan Rakyat membentuk kerajaan yang halal dan absah (berlegitimasi), seandainya gagal memperolehi sokongan lebih 50% daripada masyarakat Melayu, tetapi sokongan masyarakat kaum lain memberikan bilangan kerusi yang mencukupi di Dewan Rakyat untuk PR memerintah di peringkat pusat?.
.
"PR mungkin terasa serba salah dengan kesahihan kerajaannya seandainya ia memperolehi kurang 50% daripada sokongan masyarakat Melayu, walaupun mendapat mandat lebih 50% daripada seluruh masyarakat Malaysia."
.
Demikianlah pemerhatian dan persoalanan yang dilontarkan oleh pengkaji politik, Wong Chin Huat selepas kekalahan PR di PRK Bagan Pinang pada 11 Oktober yang lalu. Wong mengemukakan statistik bahawa wujudnya kecenderungan pengaliran undi masyarakat India kepada BN dalam PRK tersebut, yang boleh dijelaskan sama ada Bagan Pinang ialah "kes terasing" atau "menggambarkan trend keseluruhannya (khususnya masyarakat India)".
Seandainya 40% undi Melayu diperolehi.
.
Perhitungan kasar Wong berdasarkan 165 kerusi parlimen di Semenanjung menunjukkan, seandainya PR memperolehi 40% undi Melayu dan 75% undi bukan Melayu, maka PR akan memperolehi 103 kerusi, dan hanya memerlukan 9 kerusi daripada Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan kerajaan persekutuan (dengan 112 daripada 222 kerusi).
.
Seandainya PR memperolehi 50% undi kaum India dan 75% undi kaum Cina, dalam keadaan mengekalkan undi Melayu pada paras 40%, maka PR akan memperolehi 90 kerusi di Semenanjung. Jikalau undi kaum India jatuh kepada 40%, maka PR hanya akan mendapat 80 kerusi, seperti apa yang berlaku pada PRU ke-12.
.
Pemerhatian Wong terhadap senario politik selepas PRU ke-12, termasuk beberapa PRK seperti Bukit Gantang, Manek Urai yang menyaksikan peralihan sokongan sebahagian masyarakat Melayu kepada BN, menyimpulkan bahawa "mustahil untuk PR memperolehi lebih 50% sokongan Melayu dalam masa terdekat."
.
Maka, Wong mencadangkan agar PR menggariskan matlamat yang lebih realistik, iaitu mengekalkan undi Melayu sekurang-kurangnya pada paras 40%, di samping melonjakkan graf sokongan masyarakat bukan Melayu kepada 75%, seandainya ingin mengambil alih kuasa kerajaan persekutuan pada PRU ke-13.
.
Untuk Wong, selagi PR terasa serba salah jikalau gagal memperolehi lebih 50% undi daripada masyarakat Melayu, maka UMNO dan lidahnya, Utusan Malaysia akan diberi kesempatan untuk meneruskan serangannya.
.
Seandainya Pakatan Rakyat meretak
Logik Wong begini. Seandainya PR terus dihantui bayangannya "untuk mendapat sokongan lebih 50% Melayu", maka parti komponen PR, terutamanya PAS dan PKR dijangka akan beralih kepada hujah mahupun dasar yang menampakkan perkauman dan keagamaannya sekali-kala, sekiranya tidak tahan dengan serangan UMNO dan Utusan Malaysia.
.
Lantaran itu, PAS dan PKR akan bertelagah dengan DAP yang perlu tampil untuk menyanggah hujah dan dasar tersebut. Apa yang berlaku seterusnya adalah pengundi bandar, kelas menengah akan hilang yakin kepada PR kerana "harapan (yang diberikan PR)" kini diganti dengan persepsi "sering berbalah sesama sendiri". Senario ini berakhir dengan retaknya PR seperti Barisan Alternatif sebelumnya.
.
Untuk mengelakkan ramalan pesimis ini menjadi kenyataan, Wong menganjurkan pandangan bahawa PR perlu yakin bahawa dirinya tetap kerajaan yang absah seandainya mendapat mandat lebih 50% undi daripada masyarakat Malaysia secara keseluruhannya.
.
Sistem negara yang dikuasai Melayu
Ketika mengulas pandangan yang diutarakan Wong Chin Huat, Yong Kai Ping (Editor Malaysiakini, edisi bahasa Cina) berkata, "legitimasi sesebuah kerajaan dalam masyarakat Melayu" merupakan "persoalan struktur" yang perlu dihadapi bukan sahaja PR, tetapi mana-mana parti politik yang bercita-cita untuk menerajui pucuk pimpinan kerajaan di negara ini.
.
Yong menjelaskan bahawa setelah berpuluh tahun BN memerintah, sistem negara ini telah diubahsuai kepada satu sistem "negara Melayu", di mana sektor perkhidmatan awam dan pasukan keselamatan, termasuk tentera dan polis telah dikuasai sepenuhnya kaum Melayu.
.
Justeru itu, Yong berpendapat bahawa PR tidak dapat mengelakkan dirinya ketika berdepan dengan persoalan ini, dan terpaksa mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah ini. Yong menganggap bahawa PR masih belum menemui jalan keluar, ketika berhadapan dengan serangan retorik UMNO bahawa "naiknya PR bermaksud hilangnya kuasa Melayu".
.
"Sememanganya, PR tidak akan dapat menandingi UMNO ketika membincangkan Melayu. Namun, apakah hujah sebaliknya yang diketengahkan untuk membalas retorik UMNO? Satu hujah yang senang difahami, berkesan untuk memujuk dan mendapat keyakinan masyarakat Melayu...," kata Yong. Misalnya, "Melayu" dipisahkan kepada Melayu-Bandar, Melayu-Kelas Menengah dan sebagainya, agar kepentingan Melayu ini dapat dihalusi dan dibincangkan secara konkrit, cadang Yong.
.
Malah, Yong menganggap "politik berbilang kaum" yang dianjurkan PR ini perlu didalami, dan bukan hanya berpuas hati dengan aktiviti seperti rumah terbuka sahaja. Beliau mencadangkan agar pemimpin PR perlu berdialog dengan sektor perkhidmatan awam, pasukan keselamatan, untuk menghapuskan rasa musuh dan syak wasangka yang wujud.
.
Apabila tembok ini dipecahkan, barulah PR boleh tampil dan mendakwa dirinya sebagai pakatan politik yang melambangkan kepentingan semua kelas dalam masyarakat Malaysia, simpul Yong.
.
*Perbincangan ini mengambil tempat di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, pada 13 Oktober 2009, dalam satu forum yang bertajukkan PRK Bagan Pinang.
.

Wednesday, October 21, 2009

KAMI DAN NEGARA BERKEBAJIKAN

Oleh: Huzaifah Ahmad Yamani

Negara Berkebajikan! Itulah slogan Pakatan Rakyat dahulu. Slogan itulah yang dijaja ke sana ke mari, dilagukan pagi petang siang dan malam. Didongdangkan sesedapnya di pentas ceramah, mimbar dan sudut padang. Aduhai… negeri berkebajikan… alunannya sungguh memikat. Maka, rakyat terpesona. Mata sepet, hidung penyek dan rambut kerinting berkulit gelap atau kuning semua terpikat. Yah! Yah! Abang Negara Berkebajikan datang! Yah… yah…

Realiti bukan fantasi, rakyat Malaysia menderita perit sekali di bawah cengkaman pemerintahan Umno-BN. Mereka – UBN – mengamalkan segala formula membuncitkan perut sendiri – kronisme, kolonisme, nepotisme ditokok dengan zalim dan korupsi. Rakyat marhaen menderita… yah! Yah! Mujur Abang Negara Berkebajikan datang… Yah! yah…

“Anak cina, anak India, anak Melayu, anak Iban, anak Kadazan, anak Dusun, anak Asli… semua anak saya!”

Yah! Yah! Ini betul-betul jiwa One Malaysia… Najib pun tiru daripada apa yang disebut di ataslah… memang Najib tak ada idea, dia ciplak sahaja yang mana dia suka…Yah! Yah! Najib penciplak…

Okaylah… maka, terbentuklah negeri-negeri Berkebajikan tajaan Barisan Alternatif + Barisan Rakyat yang akhirnya mencipta Pakatan Rakyat. Pakatan…satu nama hebat. Intinya Negara Berkebajikan. Maka, bangganya aku…. aku berkerja memenangkan Pakatan, kini aku boleh buktikan bahawa Pakatan jauh lebih baik daripada UBN. Pakatan mementingkan kebajikan…India di estet, Cina di lorong sempit dan Melayu di kampung tersisih. Yah! Aku yakin…lepas ni rakyat akan puas hati mengundi Pakatan. Pasti UBN akan mati keras kejang lepas ni…jangan haraplah…Abang-abang dan kakak-kakak Negara Berkebajikan pasti akan dapat membuktikannya…

Sayang…kini, slogan Negara Berkebajikan makin tenggelam, makin sepi dan makin sunyi. Abang-abang dan kakak-kakak Pakatan dah mula seronok menyanyikan lagu-lagu lain. Mereka mula cuba memainkan lagu Sejarah Penyelewengan, lagu UG, lagu Degil Nak Mampus, lagu Ego, lagu Lompat Bebas, lagu Hilang Diri dan lagu Nafsu-nafsi. Lagu paling popular ialah Aku Nak Jadi MB dan ini khusus di Selangor.

Maka, isu-isu kebajikan makin hilang di puput angin dari dalam Gua Batu Caves. Makkhal Sakhti dah makin sepi. Teriakannya yang dahulu membahana membelah angkasa kini tak sampai separuh tiang bendera di Sekolah Kebangsaan Tamil Gombak…kalau sekolah tu adalah. Masing-masing juaranya dahulu dah penat, tukang sorak dah letih, tukang kena sepak terajang dengan FRU dah meluat dan tukang pembakar semangat dah hidup melarat. Ceh! Mana abang-abang kakak-kakak Negara Berkebajikan ni?!

Maka mereka pun, termasuklah mantan-mantan komander Reformasi, para jenderal Demonstrasi, para kolonel Makkal Sakhti – duduk-duduklah bermesyuarat. Ke mana hala tuju Negara Berkebajikan yang kita dok perjuangkan dahulu.

“Ini! Hang tengok parut ni. Kesan aku jatuh masa FRU sembur ayaq asid…” Tunjuk Mat Ali kepada Ah Chong dan Muthu, parut besar di dahinya.

“Aiya…maanyak sakit ka kawan?” Seru Ah Chong!

“Dey…tambi…apa u worang ingat saya tarak sakit juga ka…? Ini, cuba u worang tengok sini… (sambil dia menyelak kain pelekat putihnya)…apa nampak ka tak dak nampak?”

Jelas kelihatan parut yang masih berwana putih…agak menyedihkan kiranya!

“Apa tu Muthu, hang kena gelek dengan kereta ka?”

“Pooochit! Ini…itu worang pakai topi merah kasi luka, dia pijak sama saya la…”

“U Chong…tak da apa-apa ka…?”

“Haiya, kawan…wa punya mak wa ma…dia olang tangkap, kasi soal dalam itu lokap, hingga sikalang dia telauma (trauma)…ma…itu wa munya kawan munya pakwa ha…dialong kasi nyatuh itu bangunan…haiya…sampai sikalang wa punya jiwa tatak tentelam…”

Tiba-tiba HP Mat Ali berbunyi….

“Eh…ini ada panggilan la kawan…YB H A dari G S call…”

(Bersambung…)

SUMBER http://mykampungku.blogspot.com/

Oleh: Huzaifah Ahmad Yamani

Negara Berkebajikan! Itulah slogan Pakatan Rakyat dahulu. Slogan itulah yang dijaja ke sana ke mari, dilagukan pagi petang siang dan malam. Didongdangkan sesedapnya di pentas ceramah, mimbar dan sudut padang. Aduhai…negeri berkebajikan…alunannya sungguh memikat. Maka, rakyat terpesona. Mata sepet, hidung penyek dan rambut kerinting berkulit gelap atau kuning semua terpikat. Yah! Yah! Abang Negara Berkebajikan datang! Yah…yah…

Realiti bukan fantasi, rakyat Malaysia menderita perit sekali di bawah cengkaman pemerintahan Umno-BN. Mereka – UBN – mengamalkan segala formula membuncitkan perut sendiri – kronisme, kolonisme, nepotisme ditokok dengan zalim dan korupsi. Rakyat marhaen menderita…yah! Yah! Mujur Abang Negara Berkebajikan datang… yah! Yah…

“Anak cina, anak India, anak Melayu, anak Iban, anak Kadazan, anak Dusun, anak Asli…semua anak saya!”

Yah! Yah! Ini betul-betul jiwa One Malaysia…Najib pun tiru daripada apa yang disebut di ataslah…memang Najib tak ada idea, dia ciplak sahaja yang mana dia suka…Yah! Yah! Najib penciplak…

Okaylah…maka, terbentuklah negeri-negeri Berkebajikan tajaan Barisan Alternatif + Barisan Rakyat yang akhirnya mencipta Pakatan Rakyat. Pakatan…satu nama hebat. Intinya Negara Berkebajikan. Maka, bangganya aku….aku berkerja memenangkan Pakatan, kini aku boleh buktikan bahawa Pakatan jauh lebih baik daripada UBN. Pakatan mementingkan kebajikan…India di estet, Cina di lorong sempit dan Melayu di kampung tersisih. Yah! Aku yakin…lepas ni rakyat akan puas hati mengundi Pakatan. Pasti UBN akan mati keras kejang lepas ni…jangan haraplah…Abang-abang dan kakak-kakak Negara Berkebajikan pasti akan dapat membuktikannya…

Sayang…kini, slogan Negara Berkebajikan makin tenggelam, makin sepi dan makin sunyi. Abang-abang dan kakak-kakak Pakatan dah mula seronok menyanyikan lagu-lagu lain. Mereka mula cuba memainkan lagu Sejarah Penyelewengan, lagu UG, lagu Degil Nak Mampus, lagu Ego, lagu Lompat Bebas, lagu Hilang Diri dan lagu Nafsu-nafsi. Lagu paling popular ialah Aku Nak Jadi MB dan ini khusus di Selangor.

Maka, isu-isu kebajikan makin hilang di puput angin dari dalam Gua Batu Caves. Makkhal Sakhti dah makin sepi. Teriakannya yang dahulu membahana membelah angkasa kini tak sampai separuh tiang bendera di Sekolah Kebangsaan Tamil Gombak…kalau sekolah tu adalah. Masing-masing juaranya dahulu dah penat, tukang sorak dah letih, tukang kena sepak terajang dengan FRU dah meluat dan tukang pembakar semangat dah hidup melarat. Ceh! Mana abang-abang kakak-kakak Negara Berkebajikan ni?!

Maka mereka pun, termasuklah mantan-mantan komander Reformasi, para jenderal Demonstrasi, para kolonel Makkal Sakhti – duduk-duduklah bermesyuarat. Ke mana hala tuju Negara Berkebajikan yang kita dok perjuangkan dahulu.

“Ini! Hang tengok parut ni. Kesan aku jattuh masa FRU sembur ayaq asid…” Tunjuk Mat Ali kepada Ah Chong dan Muthu, parut besar di dahinya.

“Aiya…maanyak sakit ka kawan?” Seru Ah Chong!

“Dey…tambi…apa u worang ingat saya tarak sakit juga ka…? Ini, cuba u worang tengok sini… (sambil dia menyelak kain pelekat putihnya)…apa nampak ka tak dak nampak?”

Jelas kelihatan parut yang masih berwana putih…agak menyedihkan kiranya!

“Apa tu Muthu, hang kena gelek dengan kereta ka?”

“Pooochit! Ini…itu worang pakai topi merah kasi luka, dia pijak sama saya la…”

“U Chong…tak da apa-apa ka…?”

“Haiya, kawan…wa punya mak wa ma…dia olang tangkap, kasi soal dalam itu lokap, hingga sikalang dia telauma (trauma)…ma…itu wa munya kawan munya pakwa ha…dialong kasi nyatuh itu bangunan…haiya…sampai sikalang wa punya jiwa tatak tentelam…”

Tiba-tiba HP Mat Ali berbunyi….

“Eh…ini ada panggilan la kawan…YB H A dari G S call…”

(Bersambung…)

SUMBER http://mykampungku.blogspot.com/

SIAPA DR KHUNYING PORNTHIP?

Dr. Khunying Pornthip Rojanasunand M.D. ialah seorang pakar forensik dan bertugas sebagai Director of Central Institute of Forensic Science Thailand. Beliau adalah pakar forensik yang ulung bukan sahaja di Thailand malah bertaraf antarabangsa.

Dr. Khunying adalah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan DNA sebagai bahan bukti untuk diguna pakai di Mahkamah Thailand.

Pada tahun 2004 – setelah berlakunya tsunami – Dr. Khunying telah menjalankan kajian forensik untuk mengenali mayat-mayat yang telah hancur.

Pada tahun 2005 National Geography telah membuat satu rakaman dokumentri tentang tugas beliau di wilayah Phang Nga ketika membuat kajian forensik untuk mengenali mayat mangsa tsunami.

Paling akhir ialah kajian beliau terhadap kematian pelakon Hollywood David Carradine yang ditemui mati didalam bilik hotel di Bangkok. Dunia telah gempar dengan berita ini matinya pelakon kungfu yang tersohor ini. Pelbagai andaian telah dibuat. Dibunuh oleh samseng. Dibunuh kerana dadah. Dibunuh kerana tersilap orang.

Keluarga David Carradine telah membawa pakar mereka sendiri untuk membuat sissatan.

Dr. Khunying telah dijemput untuk membuat siasatan forensik. Beliau mendapati David mati kerana autoerotic asphyxiation yang menyebabkan autoerotic yang fatal dan bukan dibunuh.

Pendapat Dr Khunying ini telah diterima dengan baik oleh keluraga David walau pun pada awalnya mereka mensyaki ada 'kerja jahat' terhadap David.

Dr Khunying telah di jemput oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk membuat kajian forensik terhadap kematian Teoh Beng Hock.

Hasil dari kajian forensik Dr Khunying telah membuat kesimpulan bahawa 80% dari tanda-tanda yang ditemui menunjukkan Teoh Beng Hock telah dibunuh.

SUMBER http://tukartiub.blogspot.com/

NAJIB CIPLAK LAGI: 16 SEPTEMBER

Oleh: WFAUZDIN NS

Pengumuman PM baru-baru ini yang menetapkan 16 Sept sebagai cuti umum setiap tahun bermula tahun depan memang dialu-alukan. Seperti biasa, media pencacai memuja memuji langkah yang diambil oleh Najib termasuk pak-pak menteri yang laju anggukan kepala mereka menyokong apa yang diumumkan oleh Najib. Kita bersetuju dengan langkah tersebut kerana itu sememangnya hasrat kita sejak dari awal bermula dari cetusan idea DS Anwar tidak berapa lama dahulu,

Bezanya, semasa DS Anwar mengagungkan tarikh 16 Sept sebagai tarikh yang perlu disambut sepertimana tarikh 31 Ogos, tidak seorang pun menteri yang merasa cerdik dan pintar untuk menyambut cadangan tersebut. Termasuklah media perdana yang langsung tidak terfikir betapa jauhnya pandangan DS Anwar. Sudah nasib mereka dijadikan sebagai Pak Turut atau burung belatuk yang cuma mengangguk bila tuan mereka batuk atau bersin.

Jelas pada kita, Najib tidak punyai idea langsung sehinggakan tanpa segan silu mengutip satu persatu idea yang dibawa oleh DS Anwar dan juga idea dari PR. Konsep 1 Malaysia jelas condong ke arah idea PR yang ingin memberikan kesamarataan di kalangan rakyat. Umno juga terpaksa meniru idea PR khususnya konsep yang ingin dibawa oleh PKR. Bezanya, kesemua yang ditiru oleh Najib dan Umno hanyalah kosmetik semata-mata. Sehingga kini, tiada pendekatan ke arah itu dan mereka sendiri pun hilang arah untuk mentadbir negara ini.

Kita percaya, konsep yang bersifat kosmetik ini tidak mampu bertahan lama kerana pemimpin Umno dan Bn yang ada tidak punyai kekuatan diri. Mereka sudah sebati dengan semangat Assabiyyah perkauman mereka serta tidak lagi jijik dengan perilaku rasuah di kalangan mereka. Benarkah pindaan perlembagaan di dalam Umno baru-baru ini menunjukkan sikap Umno tidak merestui pemimpin rasuah? Sukar untuk dijawab kerana Umno masih mempunyai pemimpin seperti Nazri Aziz, Ali Rustam dan terbaru yang diagungkan adalah Isa Samad.

Sehubungan itu, PR perlu terus berusaha meyakinkan rakyat bahawa Umno tidak akan berubah walau seinci sekali pun. Mereka mahu ahli bawahan mereka bersih, jujur dan ikhlas sedangkan diri mereka yang di atas penuh terpalit kekotoran dan noda. Amat malang jika mereka yang di bawah masih setia dengan pemimpin seperti ini. Pemimpin yang sentiasa menganggap bahawa politik wang bukan jenayah dan bukan rasuah. Sampai bila mereka di bawah ini sanggup diperbodohkan?

SUMBER http://wfauzdin.blogspot.com/

CRY FOUL OVER CAFE CHAIN

MALAYSIAN police are investigating a restaurant franchise chain after 10 investors, including a Singaporean, lodged a report claiming one of its directors had absconded with more than RM9 million (S$3.7 million).
.
The investors are part of a group of more than 3,000 people, mostly Malaysians, who bought shares in the franchise known as Island Red Cafe. About 200 Singaporeans are said to have invested in the company, which claimed a monthly turnover of about RM2 million.
Each lot of shares was sold for about RM6,000.
.
The first Island Red Cafe opened in Kuala Lumpur in 2007. The cafe is known for its range of local and Western food and has 15 outlets throughout Malaysia.
The 10 investors lodged their police report at the Nusa Bestari police station in Johor Baru on Sunday.
.
The Malaysian Chinese Association Youth's consumer affairs bureau, which promotes and enforces consumer rights, is working with the police to deal with complaints.
.

PM BOHONG DI PERAK

Perdana Menteri 1Malaysia, Najib Tun Razak kembali ke Perak dengan pelancaran 1Malaysia dengan jumlah belanja yang sangat besar. Buat sementara waktu saya meminjam jumlah yang disiarkan oleh berita arus perdana dengan kebadiran 50,000 orang dalam majlis tersebut, berarti 1/2 juta telah dibelanjakan.

1Perak sudah maklum dan mengetahui bahawa kehadiran mereka dengan makan dan bas percuna serta RM10 seorang. Nasib baik bukannya RM1 sahaja sesuai dengan pelancaran 1Malaysia itu. Kalau tidak kosonglah bas dan stadium Perak. Mungkin air liur ada sedikit meleleh kerana sekeping wang berwarna merah, sepuluh ringgit, sepuluh ringgitlah. Inilah mentaliti rakyat yang terus dikerah dengan apa cara demi untuk meramaikan majlis BN.
Alhamdulillah semasa Pakatan Rakyat memegang teraju pemerintahan di Perak budaya lapok dan politik lama itu telah ditinggalkan, seingat saya sebanyak 2 kali penyokong Pakatan Rakyat dikumpulkan di Stadium Perak. Alhamadulillah mereka bukannya disogok dengan duit malah menyumbang sehingga hampir subuh dan wang dikira oleh unit amal.
.
Maka saya suka untuk memberi beberapa kenyataan pada hari ini:-
1. Saya sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat Perak dengan ini menafikan sekeras-kerasnya tuduhan PM, 1Malaysia bahawa kehadiran kami ke sidang DUN pada 28 okt ini adalah untuk membuat kacau.
2.Sebaliknya saya ingin tegaskan bahawa BNlah yang membuat kacau dengan "memperkudakan" Ganesan untuk mengadakan sidang yang tidak sah. Tindakan tidak bertamaddun itu adalah datang dari BN dan menambahkan lagi siri perlanggaran undang-undang oleh BN.
3. Sebenarnya yang menimbulkan kekecohan sidang pada 7 Mei lepas adalah "samseng" upahan yang dibawa dari luar dan menceroboh masuk ke dalam dewan yang mulia demi untuk mencapai hasrat jahat BN. Tindakan penceroboh mengangkat keluar Speaker yang sah, V. Sivakumar adalah tindakan yang melanggar undang-undang dan mencabol kesucian DUN Perak.
4. Dengan ini saya mencabar Najib supaya dengan segera memberi laluan kepada rakyat Perak untuk memilih semula dengan pembubaran DUN Perak. Ini penting demi kebaikan rakyat sesuai dengan slogan "rakyat didahulukan".
.
Sekian, terima kasih.
.
KENYATAAN MEDIA/ 20 okt 2009.
DRS. KHALIL IDHAM LIM
Pengerusi Kelab penyokong Kerajaan PR Perak/Ketua penerangan PAS Perak.

Monday, October 19, 2009

MESTIKAH JADI PROTAGORAS

Oleh: Megat Sharifudin Ibrahim

Demokrasi lahir dan telah diamalkan di Greek purba lebih dari 2500 tahun tahun dahulu. Dalam bahasa Greek Demos bermaksud rakyat dan kratos bermaksud kuasa. Demokrasi merupakan satu sistem politik dimana rakyat memilih dan menentukan siapa akan memerintah sesebuah negeri atau negeri-bandar (city-state). Pada masa itu sudah banyak negeri-bandar (city-state) di Greek purba seperti Athen yang terkenal, telah mengamalkan sistem politik demokrasi ini.

Selain demokrasi terdapat juga sistem politik yang lain yang diamalkan di Greek pada masa itu iaitu seperti sistem politik monarki dan Oligarchy. Dimana dalam sistem monarki sesebuah daerah diperintah oleh seorang raja atau individu tertentu. Manakala dalam sistem Oligarchy pula sesebuah daerah akan diperintah oleh beberapa orang dari kumpulan tertentu.

Selain dari itu, Greek purba juga terkenal dengan ahli-ahli falsafah yang masyhur seperti Socrates, Plato dan Aristotle. Plato yang lahir di Athen sekitar empat abad sebelum tahun Masihi, anak murid kepada Socrates, dikatakan seorang ahli falsafah yang ulung yang pernah dilahirkan oleh dunia barat. Beliau sangat mempercayai bahawa akal fikiran manusia boleh menyampaikan manusia kepada hakikat kebenaran dan prinsip-prisnsip moral. Malah Plato mempercayai bahawa manusia keseluruhannya secara rasional boleh bertindak berdasarkan kepada kebenaran dan prinsip-prinsip moral ini bagi membentuk sebuah sistem sosial yang adil dan sejahtera.

Menariknya, pada waktu yang sama di Athens, terdapat juga beberapa ahli-ahli falsafah yang mempunyai aliran pemikiran yang bertentangan dengan aliran pemikiran yang di pelopori oleh Plato. Mereka adalah ahli falsafah dari kelompok Sophist. Sophist mempunyai satu kepercayaan yang meragui keupayaan akal fikiran manusia untuk mencari dan mendapat kebenaran sepertimana yang di ajar oleh Plato. Hasilnya mereka juga turut meragui bahawa wujudnya hakikat kebenaran kepada sesuatu realiti.

Di kalangan kelompok Sophist ini, Protagoras merupakan salah seorang ahli falsafah yang terkenal yang mewakili aliran pemikiran ini pada waktu itu. Berlandaskan pemikiran falsafah Sophist ini, Protagoras mengatakan bahawa tidak ada cara untuk manusia mengenalpasti hakikat (kebenaran) sesuatu realiti, realiti mesti dikatakan mempunyai nilai (qualities) sepertimana yang dimahukan .

Hasil dari kefahaman ini mereka juga turut mengatakan bahawa semua peraturan, undang-undang dalam kehidupan seperti politik dan juga prinsip-prinsip moral yang wujud adalah relatif. Kebenaran bukan suatu yang mutlak dan malah boleh berubah bergantung kepada kepercayaan dan adat sesebuah kumpulan manusia.

Seterusnya wujud juga ahli Sophist yang agak radikal yang mengatakan seseorang hanya perlu mentaati atau mematuhi sesuatu peraturan sekira ianya menguntungkan untuk dirinya. Hatta mereka juga turut mengatakan bahawa kuasa yang ada pada seseorang boleh menjadikan sesuatu perkara (asalnya mungkin salah) benar atau - ‘might makes right’. Dan bagi mereka undang-undang yang digubal hanya untuk melindungi kepentingan pihak pemerintah dan sesiapa yang berkuasa. Oleh itu, mereka turut mengatakan bahawa hanya orang bodoh saja mematuhi undang-undang yang tidak mendatangkan faedah untuk dirinya.

Malaysia adalah di antara negara-negara di dunia yang mengamalkan sistem politik demokrasi. Antara ciri-ciri demokrasi yang digunapakai di Malaysia ialah sistem pilihanraya yang diadakan sekali dalam masa lima tahun. Sistem pilihanraya ini diadakan bagi memboleh semua rakyat memilih secara bebas, telus dan adil calun-calun dari parti politik yang menjadi pilihan mereka ataupun calun bebas yang tidak mewakili mana-mana parti politik. Calun-calun ini dipilih bagi mewakili rakyat di dewan undangan negeri dan dewan rakyat.

Selain dari pilihanraya yang bebas dan adil, kita juga turut mengamalkan sistem pengasingan kuasa iaitu di antara legislative, judiciary dan eksekutif. Semua ini sepatutnya diikuti dan di patuhi bagi menjamin sesebuah negeri atau negara dapat ditadbir dengan adil, saksama dan sejahtera dengan berlandaskan kepada kebenaran dan prinsip-prisnip moral.

Hampir setiap lima tahun negara kita mengadakan pilihanraya umum (PRU) bagi memberi peluang kepada rakyat untuk memilih wakil mereka di DUN dan Dewan Rakyat. PRU ke 12 yang telah diadakan pada Mac 2008 telah mencatat beberapa sejarah menarik untuk tanah air kita. Antaranya tentu sekali kekalahan BN di Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor.

Seterusnya PRU ke 12 ini juga turut mencetuskan beberapa peristiwa yang menarik dan tak kurang juga yang tragis. Malah berbagai-bagai kemelut politik yang tercetus yang bagaikan tiada berkesudahan khususnya seperti di negeri Perak. Tentunya berbagai perbincangan, pandangan dan analisa untuk dilakukan sekurang untuk memahami semua kemelut ini.

Secara prinsipnya jikalau semua nilai kebenaran, prinsip moral dan peraturan dalam sistem politik demokrasi di hormati dan dipatuhi, kita yakin semua bahwa semua kemelut dan peristiwa-peristiwa yang tragis ini boleh dielakkan. Namun apa yang kita lihat wujud watak-watak seperti Protogaros - Sophist yang menjadi antara sebab kepada semua kemelut ini. Nilai kebenaran dan prinsip-prinsip moral sudah tidak dihormati dan tak dipatuhi. Malah nilai kebenaran dan prinsip-prinsip moral juga turut berubah bergantung kepada kepentingan pihak tertentu. Hasilnya juga sepertimana kita lihat satu demi satu peraturan atau ketetapan dalam sistem politik demokrasi terpaksa dikorbankan semata-mata demi untuk merealiasasi agenda politik masing-masing.

Dalam PRU 12, BN bukan setakat kalah di beberapa buah negeri tetapi turut juga kalah dalam beberapa pilihanraya kecil (PRK) yang diadakan selepas itu seperti di Permatang Pauh, Kuala Terangganu dan Bukit Gantang. Apa yang dapat di lihat dalam semua PRK ini, sokongan rakyat kepada BN sebenarnya semakin merosot sebaliknya PR menjadi pilihan rakyat contohnya di Kuala Terangganu apabila PR dapat mengalahkan BN di kawasan Parlimen yang telah dimenanginya semasa PRU 12.

Semua ini menyebabkan semua pemimpin dan penyokong PR berada dalam keadaan moral yang tinggi. Beberapa kenyataan yang dibuat oleh PR yang mengatakan beberapa orang ahli Parlimen BN akan lompat ke PR turut menambah lagi semangat dan moral dalam usaha mereka untuk mengambil-alih pemerintahan kerajaan persekutuan dari BN. Tarikh 16 September 2008 yang disasarkan untuk perkara ini berlaku seolah-olah akan menjadi kenyataan tanpa ada banyak masalah kecuali masalah teknikal yang kecil.

Walaupun perbuatan melompat parti ini tidak menjadi kesalahan dari segi undang-undang tetapi tetap menyalahi prinsip-prinsip moral dalam sistem politik demokrasi kerana secara prinsipnya seseorang seorang calun (parti politik) sebenarnya mewakili semua ahli dari parti politiknya bukan dirinya. Oleh itu jika dia mengambil keputusan untuk melompat parti selepas memenangi pililhanraya lebih-lebih kepada parti lawannya, dia sebenarnya telah mengkhianati amanah dan kepercayaan yang diberi oleh ahli dan partinya.

Dalam keghairahan PR untuk mengambilalih pemerintahan kerajaan persekutuan, perbuatan melompat parti ini sudah tidak dikira sebagai sesuatu yang tidak bermoral yang mesti dihentikan tetapi sesuatu yang mesti diraikan dan disokong.

PR mungkin boleh membenarkan perkara ini dengan mengatakan bahawa bahwa perpindahan yang akan dilakukan ahli Parlimen BN sesuatu yang betul kerana ingin berpindah dari buruk kepada baik dan tiada sogokan atau habuan tertentu dibuat kepada ahli Parlimen yang ingin melompat. Ini tentu sekali berdasarkan kepada prestasi pemerintahan BN yang semakin bertambah buruk seperti gejalah rasuah yang seperti sudah tidak dapat dibendung. Tetapi dalam pada masa yang sama untuk mengatakan secara pasti pemeritahan PR akan menjadi lebih baik merupakan satu perkara yang mestikan dibuktikan dahulu.

Namun begitu apa yang menariknya disini ialah kita juga dapat lihat perbuatan melompat parti itu boleh mempunyai nilai yang berbeza malah bertentangan bergantung kepada keadaan yang tertentu. Sebagai contoh dalam kes di Perak secara khususnya apabila semua wakil rakyat PKR dan DAP diminta menandatangani satu surat akujanji yang tak bertarikh yang antara lain mengatakan bahawa kerusi yang telah dimenangi akan dikosongkan sekiranya mereka melompat atau keluar parti. Malah secara umum PAS pula mempunyai peraturan yang lebih tegas kepada semua wakil rakyatnya sekiranya mereka berpaling tadah atau melompat parti. Jelas perbuatan melompat parti dalam keadaan ini mempunyai nilai yang berbeza iaitu sesuatu yang tak bermoral, salah dan mesti dihentikan.

Sepertimana yang diketahui peralihan kuasa yang diwar-warkan oleh PR yang sepatutnya berlaku pada 16 September tidak menjadi kenyatan. Namun begitu sesuatu yang boleh mengembirakan PR iaitu apabila ADUN Bota, Dato’ Nasarudin Hashim, mengisytiharkan untuk keluar dari UMNO dan menyertai PKR pada 25 Januari 2009.

Tetapi senyum dan gembira ini tidak lama kerana berbagai kemelut yang berlaku di Perak hingga akhirnya dua orang ADUN PKR, Osman Jailu (ADUN Changkat Jering) dan Jamaludin Mohd Radzi (ADUN Behrang), dan seorang lagi ADUN DAP, Hee Yit Foong (ADUN Jelapang), mengisytiharkan untuk keluar dari parti masing-masing. Dan mereka bertiga pula kemudian mengambil pendirian untuk menyokong BN. Keadaan menjadi bertambah gawat untuk PR apabila Dato’ Nasarudin pula mengumumkan untuk kembali kepangkuan UMNO.

Bermacam-macam pendapat dan komen diberi dalam usaha untuk memahami krisis politik di Perak ini. Antaranya ialah dua ADUN PKR, Osman dan Jamaludin, terpaksa melompat parti kerana tekanan yang diterima dan masalah peribadi mereka. Ataupun adakah perbuatan Dato’ Nasaruddin ini ikhlas atau hanya sebahagian dari permaianan politik BN iaitu sebagai umpan kepada PR Perak. Tetapi yang jelas BN telah mengunakan kaedah melompat parti ini untuk menguasai Dun Perak tanpa menghirau isu moral lagi.

Dalam kedua-dua kes iaitu PR untuk menguasai kerajaan Persekutuan dan BN untuk menguasai DUN Perak, kaedah melompat parti menjadi senjata ampuh untuk mencapai agenda politik masing-masing. Dalam kedua-kedua kes ini prinsip-prinsip moral dalam demokrasi telah dilupakan atau terpaksa di korbankan kerana ianya tak menguntungkan parti politik masing-masing.

Oleh itu ianya sama seperti pemikiran Protogaros-Sophist iaitu prinsip moral atau sesuatu peraturan tak perlu diikuti sekiranya tak menguntungkan. Persoalannya tidakkah permikiran dan perbuatan sebegini boleh membahayakan sistem demokrasi di negara ini. Bagaimana mungkin kita boleh menwujudkan satu pemerintahan yang stabil dan mantap apabila kita tidak langsung memperdulikan tentang soal kebenaran dan prinsip-prinsip moral dalam memilih pemerintah.

Namun begitu pemikiran ala Protogaros ini tak berhenti setakat ini sahaja, malah krisis politik Perak juga turut menyaksikan kepada kita bahawa ketetapan atau peraturan dalam sistem demokrasi negara kita juga tak dihormati dan tak dipatuhi.

Dalam sistem politik demokrasi di Malaysia Speaker yang telah dilantik secara sah adalah kuasa tertinggi dalam DUN dan segala perintahnya mesti dipatuhi semua ahli DUN samada dari PR atau BN. Inilah peraturan yang mesti dipatuhi untuk memastikan sistem politik demokrasi di Malaysia terus hidup dan memberi manafaat kepada rakyat.

Bagi mengatasi krisis politik di Perak, V Sivakumar, Speaker DUN Perak, telah membuat keputusan supaya DUN Perak di bubarkan. Keputusan ini dibuat bagi memberi kuasa kepada rakyat untuk memilih kepimpinan baru negeri Perak setelah tiada siapa lagi, PR dan BN, mempunyai majority di DUN berikutan 3 kerusi di DUN berkenaan disitiharkan kosong setelah 3 ADUN berkenaan keluar parti (berdasarkan kepada surat akujanji yang di tandatangani mereka bahawa iaitu kerusi mereka di DUN akan dikosongkan sekiranya mereka melompat parti).

Tetapi BN Perak tetap mengatakan mereka mempunyai majoriti di DUN berdasarkan sokongan yang diberi oleh 3 bekas ADUN PR (yang melompat parti) dan seterusnya layak memimpin kerajaan Negeri Perak. Dalam kes ini mungkin sesuatu yang kurang bijak untuk BN mematuhi keputusan DUN Perak ini kerana kalau pilihanraya semula diadakan belum tentu akan di menangi oleh BN.

Walau apa-apa pun perbuatan ini tetap bertentangan dengan keputusan dibuat Speaker DUN Perak supaya DUN dibubarkan. Oleh itu BN Perak bukan sekadar tidak menghormati prinsip moral dengan mengunakan kaedah melompat parti tetapi juga kegagalan BN Perak untuk mematuhi perintah speaker DUN Perak ini jelas melanggari ketetapan atau peraturan dalam sistem politik demokrasi Malaysia.

Dalam sistem politik Demokrasi di Malaysia pula seperti termaktub dalam perlembagaan persekutuan dalam artikel 72 yang menetapkan bahawa keabsahan persidangan di Dewan Undangan tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah. Ini jelas untuk memastikan prinsip pengasingan kuasa di antara legislative, eksekutif dan judisri.

Malangnya BN Perak juga telah gagal memghormati prinsip demokrasi ini bila mengheret mahkamah dalam urusan DUN Perak antaranya dalam kes pergantungan Dr. Zambry dan enam orang ADUN BN oleh Speaker DUN Perak yang dipertikaikan oleh BN Perak sebagai tidak sah.

Dalam hal ini juga, dari sudut yang lain, BN dengan kuasa yang ada, juga dilihat cuba mengunakan mahkamah untuk menghalalkan segala tindakan yang telah melanggar prinsip-prinsip demokrasi di Perak khususnya. Tidakkah perbuatan ini juga sama dengan pemikiran Protogaras-Sophist iaitu – ‘might makes rights’.

Apa yang berlaku dalam DUN Perak pada 7 Mei merupakan satu titik hitam dalam sejarah demokrasi di Malaysia. Kekerasan turut digunakan dalam usaha untuk mencapai matlamat. Amat malang bagi demokrasi di Perak bila V Sivakumar, Speaker DUN Perak, di angkat, diheret dan dikurung dengan tanpa ada rasa belas kasihan oleh pihak tertentu dalam usaha untuk melantik Speaker yang baru yang di sokong oleh BN. Terdapat juga beberapa orang ADUN PR yang dikasari oleh kumpulan orang tertentu dalam sidang DUN yang sama.

Kini watak Protogaros telah bertukar menjadi seperti Caesar Borgia, watak seorang hero dalam sebuah buku bertajuk “The Prince” yang ditulis oleh Machiavelli. Buku ini mengisahkan Ceasar Borgia yang bercita-cita besar untuk menjadi pemimpin yang berkuasa dengan mengguna apa cara sekalipun termasuklah menipu, kekerasan dan hatta membunuh. Melalui buku ini, Machiavelli yang lahir di Itali pada tahun 1469, telah mengajar satu seni politik iaitu dalam berpolitik matlamat boleh menghalalkan cara, walaupun cara yang digunakan jelas bertentangan dengan kebenaran dan prinsip-prinsip moral.

Persoalannya mestikah kita menguna cara-cara sebegini ini secara sedar ataupun tidak semata-mata untuk mencapai agenda politik masing-masing. Tidakkah nanti rakyat akan hilang kepercayaan terhadap amalan demokrasi di negara ini sekiranya cara Protogaros atau kaedah Machiavelli terus menjadi pilihan untuk mengekalkan kuasa atau untuk berkuasa.

Mungkinkah juga sekiranya banyak pemimpin kita terutama sekali yang rasuah dan korup yang lahir dengan cara-cara tak bermoral ini mendorong rakyat ke arah mempercayai sistem anarchism - satu lagi doktrin politik yang menganggap kerajaan dan undang-undang negara sesuatu yang tidak diperlukan malah dalam keadaan tertentu menjadi zalim dan tidak berlaku adil. Seterusnya amat malang juga jikalau rakyat memilih kaedah revolusi untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan dan bukan melalui amalan demokrasi. Tentu sekali majoriti daripada rakyat Malaysia tidak bersedia untuk menerima keadaan seperti ini.

Kembali melihat scenario politik negara secara umum, kita masih boleh memperbaiki sistem politik demokrasi yang sedia ada. Antaranya kembali berusaha menghormati kebenaran dan prinsip-prinsip moral dalam berpolitik. Bagi PR, masa yang ada cuba gunakan untuk memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat terutama sekali di negeri-negeri yang dikuasai oleh PR dengan telus dan ikhlas. Jangan korbankan kebenaran dan prinsip-prinsip moral semata-mata inginkan kemenangan yang cepat seperti dalam kes 16 September. Seterusnya cuba memperkukuhkan PR demi mengwujudkan satu pakatan yang mantap terutama sekali di berbagai kaum dan aliran pemikiran. Sebenar inilah asset yang amat berharga untuk PR.

Tidak dapat dinafikan bahawa BN khususnya UMNO, banyak telah berjasa kepada orang Melayu. Oleh sebab itu UMNO masih kuat berpaut di hati sebahagian orang Melayu.

Namun untuk BN terus jadi relevan, mereka memerlukan taubat nasuha politik. Mula-mula sekali mesti mengakui segala kesilapan yang telah lalu, menyesali segala tindakan tersebut dan berazam tidak akan mengulangi semua tindakan itu. Buang semua sifat-sifat yang dianggap kejam atau buruk oleh rakyat seperti akta ISA dan amalan rasuah politik wang. Kembali menghormati amalan demokrasi yang sihat serta menghormati prinsip–prinsip moral.

Jika ini dapat dilakukan tak mustahil suatu masa nanti negara kita mempunyai parti-parti politik yang senantiasa berjuang di atas landasan yang benar dan seterusnya senantiasa bersaing untuk menawarkan khidmat yang terbaik untuk rakyat. Pada masa itu rakyat bukan lagi memilih antara baik dengan buruk tetapi memilih yang terbaik di antara yang baik.

Tetapi satu persoalan yang mungkin ditanya - Adakah ini mampu dicapai ataupun kita hanya bermimpi disiang hari? Ini disebabkan dalam politik ada pula ‘real politik’. Real politik merupakan satu lagi fahaman dan amalan atau politik yang mula berkembang pada pertengahan abad ke-19 akibat dari pengaruh kemajuan ilmu sains dan teknologi moden pada masa itu. Dalam amalan real politik, kaedah praktikal sangat diutamakan dalam mencapai sesuatu agenda politik. Tetapi masalahnya dengan amalan real politik ini pula ialah dengan adanya pengaruh kebendaan yang kuat dan lemah keimanan dalam agama, semua idealisma dalam teori politik (yang baik) mudah dilupakan malah mungkin terpaksa dikorbankan demi mencapai kehendak politik masing-masing.

Hasilnya kita kembali kepada seperti fahaman Protogaros iaitu kebenaran dan prinsip moral merupakan sesuatu yang relative dan tak perlu diikuti sekiranya tak menguntungkan. Persoalannya dengan mengetahui betapa pentingnya kebenaran dan prinsip moral terhadap manusia terutama sekali dalam konteks Islam dan orang Islam, sanggupkah kita korbankan semua ini semata-mata ingin untuk mencapai kuasa politik.

Oleh itu satu soalan yang mesti dijawab secara jujur dan ikhlas oleh BN dan PR: Mestikah kita menjadi seperti Protogaros?

SUMBER http://wargamarhaen.blogspot.com/

ISU ZAID BERCUTI

Isu cuti 6 bulan Datuk Zaid Ibrahim yang baru-baru ini diwar-war oleh media perdana, sebenarnya telah dijelaskan oleh beliau melalui sepucuk surat kepada Setiausaha Akhbar PKR. Dalam surat tersebut beliau telah menyatakan bahawa beliau tidak akan hadir mesyuarat Biro Politik dan MPP kerana keazaman beliau untuk memberi tumpuan yang lebih mendalam kepada kerja-kerja memperkukuhkan Pakatan Rakyat, termasuk penggubalan dasar-dasar bersama 3 parti untuk pendaftaran Pakatan, dan di samping itu, mengambil kesempatan untuk melawat negeri-negeri, daerah-daerah, kampung-kampung dan sebagainya. Lawatan ini bertujuan untuk mendengar pendapat rakyat jelata.

Surat Datuk Zaid adalah seperti berikut:

"Effective today, I will be taking six months leave from Parti Keadilan Rakyat (PKR). This means that I will not be attending the political bureau meetings of the party. A letter to that effect has been submitted to the secretary-general of the party.
I joined PKR because of my interest to try and put together a common policy platform for Pakatan Rakyat. This common policy framework for the coalition of the three parties, PKR, DAP and PAS respectively, are now in the final stages and I expect to submit the policy framework to the leadership of the respective parties next week.
That being said, a lot more work has to be done in understanding the concerns of the members and the rakyat. A lot more work still needs to be done to provide a cohesive foundation for the coalition and this involves meeting various leaders and members of the respective parties.
With the Pakatan Rakyat Convention due to take place in December 2009, I need time to finalise the policy framework which hopefully will be approved by the leadership of the respective parties. Lately, there have been reports of the political frictions of the PKR leadership with regards to Sabah and Sarawak and that I was in some way involved. I wish to reiterate that I am not at all involved in the leadership issue of PKR Sabah and Sarawak.
I have been invited to attend Hari Raya functions and gatherings by PKR leaders to meet the members, which I have accepted. Similarly, I have also been invited to meet some leaders of Sarawak in Kuching. I see no sinister motive in these invitations. I have no interest in the internal politics of PKR, nor of any of the other parties in Pakatan Rakyat. Neither do I aspire to assume a leadership role in PKR. I made this very clear to Anwar Ibrahim when I joined the party.
I only want to be a facilitator to bring about the realisation of a strong, credible and united opposition — an opposition with a strong leadership, sound common policies and structures to be a meaningful alternative to Barsian Nasional. Only a strong united opposition can restore democracy in this country and can provide good policies to the people.
We must move beyond the BN bashing and sloganeering stage. Only clearly defined policies and a united leadership of Pakatan Rakyat can convince Malaysians that we are a suitable choice for the rakyat. I hope that from my meetings, dialogues and discussions with the members of the three parties at all levels, the dream of a united opposition can be realised."

Sunday, October 18, 2009

UMNO NAK SEKAT PERUNTUKAN SELANGOR

Umno mahu Putrajaya menyekat peruntukan ke Selangor supaya rakyat negeri ini sedar hanya Umno dapat membantu mereka.

Perwakilan Umno Selangor Abdul Shukur Idrus berkata sekatan ini perlu kerana kerajaan Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim meraih sokongan meluas dari program bantuan sosio-ekonomi yang dilaksanakan.

Abdul Shukur menjelaskan kerajaan negeri mengagihkan RM1,000 berupa bantuan khairat kematian dan RM1,500 kepada warga tua - walhal Umno sekadar menyumbang RM300.

Beliau menambah agihan sosio-ekonomi seperti ini menjadi buah-bicara rakyat Selangor walhal peruntukan sebenarnya datang dari Kerajaan Pusat.

Abdul Shukur berkata demikian ketika membahaskan ucapan Presiden Umno Najib Abdul Razak di Persidangan Umno ke-60 hari ini.

Sementara itu Exco Kerajaan Negeri Selangor, Yaakob Sapari berkata kerajaan pusat telah menyekat peruntukan kepada kerajaan negeri selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri.

Menurutnya gesaan berkenaan jelas menunjukkan ketidak matangan pemimpin Umno memahami memahami sistem federalisme dan demokrasi sehingga sanggup menghukum rakyat.

“Hari ini pun peruntukan pusat pada negeri telah ditarik balik. Kerajaan negeri membangunkan negeri dengan pendapatan yang ada sahaja.

“Pemimpin Umno kena faham apa makna kerajaan persekutuan, ada kerajaan persekutuan dan ada kerajaan negeri, dan dia perlu menghormati demokrasi. Mana kita ada pilihan raya, rakyat dihukum kerana membuat pilihan sendiri,” katanya.

Menurutnya kerajaan Pusat perlu memberi penjelasan kepada rakyat Selangor begaimana wang peruntukan yang seharusnya disalurkan kepada Ahli Parlimen dan Pejabat Daerah digunakan.

Beliau bagaimanapun memberi jaminan bahawa kerajaan negeri akan berusaha memastikan bantuan sosio-ekonomi kepada rakyat Selangor tetap dilaksanakan walaupun mendapat halangan dari kerajaan pusat.

Katanya isu berkenaan tidak seharusnya timbul memandangkan rakyat Selangor berhak menerima peruntukan dari kerajaan pusat kerana mereka merupakan pembayar cukai.

“Peruntukan Ahli Parlimen ditarik balik, peruntukan di pejabat daerah ditarik balik dan kita mempersoalkan di mana duit itu dibelanjakan, apa jadi dengan duit-duit itu.

“Kerajaan pusat kena jelaskan kepada rakyat Selangor bagaimana wang itu dibelanjakan secara telus. Dia kena ingat 32 peratus pendapatan pusat dari Selangor, hasil cukai Negeri Selangor,” katanya.

SUMBER http://www.sabahdaily.com/