THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, May 8, 2010

IBAN AKAN HILANG HAK KE ATAS TANAH ADAT JIKA SOKONG BN

Bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Daniel Tajem memberi amaran kepada masyarakat Iban mereka akan kehilangan hak tanah adat jika mereka terus memilih calon gabungan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya negeri akan datang.

“Ramai orang Iban di tempat lain di Sarawak telah kehilangan tanah mereka akan berterusan hilang jika BN terus memerintah Sarawak," kata Tajem yang kini Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak.

Beliau berkata, “di Balai Ringin kita telah hilang tanah kita, apabila empat syarikat yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan membina kilang minyak sawit.

“Sebanyak 741,000 hektar tanah adat telah digunakan", katanya sambil menambah pemilik tanah membantah tetapi tidak diendahkan," katanya.

Beliau dan pemilik tanah telah menulis surat kepada Umno supaya campur tangan dan menghentikan kerajaan negeri dari mengambil tanah rakyat.

Tajem berkata: “Hanya tanah aset kita. Dan jika kita hilang tanah, kita kehilangan semuanya. Kita akan menjadi orang yang tidak bertanah. Kita tidak tahu ke mana hendak pergi kecuali menjadi pelarian dan tidur di bawah jambatan.

“Orang tidak bertanah tidur di bawah jambatan pandangan biasa di negara lain. Dan apa akan terjadi kepada kita jika kita tidak menukar kerajaan negeri," katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan PKR bahagian Sri Aman, bulan lalu.

“Kita tidak mahu menukar Taib Mahmud, apa yang kita mesti tukar ialah kerajaan negeri. Jadi kita mesti bersatu dan bekerja kuat untuk menukar kerajaan dan hanya dengan itu kita boleh menyediakan program pembangunan baru," katanya.

Tajem berkata, Pakatan Rakyat mesti bercita-cita memenangi sekurang-kurangnya 36 kerusi dari 71 kerusi untuk mengambilalih pentadbiran kerajaan negeri.

“Meskipun menang kerajaan negeri sendirian, ia masih tidak mencukupi. Pakatan Rakyat juga mesti mengambilalih dan mengawal kerajaan persekutuan.

“Lihat bagaimana kerajaan persekutuan mengambil kerajaan negeri Perak dari Pakatan selepas parti memenangi pilihanraya.

“Sama seperti yang terjadi kepada kerajaan Stephen Kalong Ningkan pada akhir 1966, apabila beliau tidak setuju pegawai di Sarawak digantikan dengan pegawai dari Malaya.

“Apabila Ningkan enggan letak jawatan, kerajaan persekutuan mengisytiharkan darurat di Sarawak. Kemudan kerajaan persekutuan meminda perlembagaan negeri untuk memberi kuasa kepada gabenor untuk menyingkirkan Ningkan dari jawatan ketua menteri," kata Tajem.

“Ertinya, ia sangat penting kerajaan persekutuan dikawal oleh Pakatan Rakyat," tambahnya.

– The Broken Shield

Sumber http://freemalaysiatoday.com/

Thursday, May 6, 2010

ANWAR ANTI TAPI UMNO-BN PRO YAHUDI

Artikel ‘Anwar khianati kawan’ oleh Bernama disiarkan dibeberapa media milik BN dengan harapan dapat membongkar penglibatan Anwar dengan kumpulan pelobi Yahudi.

Namun selepas membaca artikel ini saya melihat misi media pro-BN gagal kerana dalam artikel berkenaan, mereka secara langsung membebaskan Anwar dari dakwaan pro-Yahudi dan kecaman hebat Rachel Motte dari akhbar Intenet The New Ledger telah melonjakan imej Anwar di dunia Islam kerana berjaya memperkudakan agen-agen Yahudi yang selama ini menganggap Anwar rakan mereka.

Anwar hanya mengunakan mereka untuk mencari maklumat tentang apa yang Kerajaan BN buat sekarang. Jelas kini, pembelaan akhbar ‘The New Ledger’ ini terhadap APCO telah menunjukan bahawa siapakah rakan Yahudi-Israel yang sebenarnya. BN bermati-matian mengaitkan hubungan Anwar dengan pelobi Yahudi-Wolfowitz dan Al-Gore, namun akhirnya mereka gigit jari kerana Anwar nekad untuk menyerang Yahudi balik termasuklah mereka yang bekerjasama dengan kumpulan Yahudi ini iaitu BN.

Isu Apco menjadikan Anwar sebagai musuh baru dunia Yahudi, dimana kerana isu ini identiti Anwar yang selama ini dianggap pro-Yahudi terbongkar.

Beliau hanya mengambil peluang dan mempermainkan kumpulan-kumpulan dan individu Yahudi yang berpengaruh ini. Barat begitu hebat mengecamnya kerana serang Kerajaan BN-APCO.

Nampaknya BN yang tidak dapat menjawab isu APCO terpaksa mengunakan artikel pelobi Yahudi Amerika ini untuk serang Anwar. Mereka guna Yahudi kedua pula. Yang pasti rakyat kena tahu sekarang, siapakah kawan sejati Yahudi kini.

Pelobi Yahudi sudah istihar Anwar sebagai musuh mereka dan BN sebagai kawan mereka. Itu sudah cukup untuk memberitahu kita siapa kawan sejati Yahudi di Malaysia… BN-UMNO-APCO-Yahudi… susah sangat ker nak faham.

Mungkin kena panggil Rachel Motte atau Benjamin Netanyahu untuk peluk Najib dan umumkan BN lah wakil mereka di Malaysia baru rakyat akan faham.

SUMDER http://kedahlanie.blogspot.com/

KOS MAJLIS DI PERAK BERNILAI RM1 JUTA

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) cukup bimbang dengan pendedahan yang di buat oleh Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) berhubung laporan bahawa agensi dan jabatan kerajaan membelanjakan lebih RM1 juta untuk beberapa perasmian majlis setelah siasatan yang dijalankan tahun lepas oleh PAC baru-baru ini.

DPPN Pk amat menyokong penuh pendedah tersebut atas sifat menyelamatkan wang rakyat supaya ianya disalurkan bagi tujuan rakyat dan bukannya menguruskan perasmian majlis agensi atau jabatan kerajaan semata-mata. DPPN Pk tidak mengetahui motif sebenar pendedahan Datuk Seri Raja Ahmad yang banyak menimbulkan persoalan-persoalan setelah komen yang di buat oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir semalam.

DPPN Pk difahamkan bahawa semua majlis perasmian agensi atau jabatan kerajaan tersebut sudah semestinya yang di hadiri sendiri oleh Datuk Seri Zambry. Ini bermakna terlalu banyak perasmian majlis diadakan pada tahun lepas yang di hadiri oleh Datuk Seri Zambry yang menyebabkan kos majlis meningkat sepertimana yang didedahkan. Datuk Seri Raja Ahmad seolah-oleh memberikan gambaran buruk krebiliti Datuk Seri Zambry di dalam perkara ini.

DPPN Pk menjangkakan bahawa Datuk Seri Raja Ahmad tidak mungkin akan dilantik sebagai Exco kerajaan negeri malah Pengerusi PAC mungkin akan ditukar. DPPN Pk bukan ingin mencampuri urusan Barisan Nasional (BN) tetapi jika Datuk Seri Raja Ahmad yang sanggup kehilangan jawatan-jawatan penting di atas mendedahkan pembaziran wang rakyat adalah seorang yang berintegriti walaupun Datuk Seri Zambry dan media memahami sikap sebenarnya.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.