Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Perak) amat terkejut dengan kenyataan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir yang menyifatkan rakyat negeri Perak yang telah memilih Pakatan Rakyat (PR) untuk mentadbir kerajaan negeri sebagai tindak tanduk mengarut dan tidak waras adalah cuba mencabar kemarahan rakyat terhadap rampasan kuasa jahat Umno B-end.
DPPN Perak mengingatkan Zambry supaya jangan celupar di dalam memperkatakan kemelut dan krisis Perak ini mengikut kaca mata Umno B-end semata-mata. Jika tindakan Umno B-end itu benar, kenapa perlu takut untuk rakyat menentukan siapakah kerajaan negeri yang sebenarnya yang telah di pilih oleh rakyat Perak semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke 12 tahun lepas.
DPPN Perak menganggap kenyataan Zambry itu sebagai satu amaran kepada rakyat Perak supaya menerima cara mereka untuk terus memerintah secara kuku besi yang tidak menghormati undang-undang yang ada dan boleh melanggar peraturan seperti di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) yang telah bersidang pada 7 Mei yang lalu.
DPPN Perak mempersoalkan kenapa Umno B-end takut jika mereka yakin akan terus di terima oleh rakyat Perak. DPPN Perak amat berkeyakinan bahawa rakyat Perak akan terus bersama dengan PR untuk membangunkan negeri Perak dengan berteraskan Negeri Kebajikan. DPPN Perak akan menunggu saat penting yang akan memastikan rakyat akan terus menolak Umno B-end kelak.
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak
0 comments:
Post a Comment