Saya telah diarahkan berbogel kemudian dipukul dengan batang besi, ditumbuk, disepak dan ditampar. Kemudian tapak kaki dan alat kelamin saya dirotan menyebabkan saya terkencing dan terberak kesakitan. Saya juga diserang oleh beberapa orang lelaki. Sebelum itu, saya telah digari dan dibawa ke bilik gelap.
Itulah peristiwa yang diberitahu oleh Sivanesan Tanggavelu, 22, sebagai saksi dalam perbicaraan inkues kematian Teo Beng Hock. Pengalaman yang menyeksakan itu telah di alaminya ketika disoal siasat oleh para pegawai penyiasatan SPRM Selangor.
Cerita kekejaman PDRM dalam menjalankan siasatan telah sering kita dengari. Kekejaman melalui penyiksaan bukan sahaja dilakukan terhadap tahanan jenayah tetapi juga terhadap tahanan politik termasuk yang ditahan di bawah ISA. Ada yang telah mati disebabkan oleh penyiksaan polis.
Sejak akhir-akhir ini kita dengar kekerapan pegawai penyiasat SPRM pula melakukan penyiksaan bagi mendapatkan pengakuan dari tertuduh. Ada juga saksi yang telah mati kerana "membunuh diri" bagi membantu penyiasatan bertukar menjadi tertuduh (itupun setelah mati). Oleh kerana kehandalan pegawai penyiasat SPRM ini mereka telah 'berjaya' membongkar satu tuntutan palsu berjumlah RM214.00 dari TBH (bukti diperolehi dari komputer peribadi). Dengan kecekapan latihan yang diterima juga mereka gagal menyelesaikan laporan-laporan penyalahgunaan wang negara yang bernilai jutaan ringgit. Kerana terlalu cekap juga mereka sering memaklumkan bahawa 'siasatan sedang dijalankan' dan akhirnya senyap jika ianya dilakukan oleh pemimpin UMNO B-end.
Begitulah kehandalan dan kecekapan SPRM.

0 comments:
Post a Comment