THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, September 12, 2009

TOMPEK DEN

Umno bahagian Teluk Kemang sebulat suara menyokong pemilihan ketua bahagian, Tan Sri Isa Samad sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan. {Bagan Pinang: Umno bahagian calon Isa}

Tidak Harimau nafikan, Isa Samad memang calon yang berkaliber dan disayangi ahli-ahli UMNO cawangan. Sokongan terhadap Isa Samad, amat berbeza dengan Tok Mat kerana diperkhabarkan bahawa Tok Mat tak apek langsung dengan cawangan-cawangan di bawah Parlimen Telok Kemang semenjak beliau menjadi MB. Orang NS pun rata-rata berharap agar Isa Samad kembali menerajui kepimpinan NS.

Maka, ini adalah cabaran buat Pakatan Rakyat. Sukar untuk menewaskan Isa Samad. Strategi baru wajib diatur jika tidak, selamba kodok saja Isa samad balun calon Pakatan.

Kalau nak cerita rasuah Isa Samad dalam UMNO, Harimau nasihatkan tak payah sebab seantero Malaya sudah tahu. Cari cerita lain. Kalau boleh dibuktikan dakwaan keintiman Isa Samad dengan Bibi Sahrliza, buktikan.

Jika tidak, khabar angin itu boleh lah dianggap fitnah.

Nasib UMNO agak baik kerana UMNO Bahagian tidak mencalonkan anak Isa Samad iaitu Najib. Pada Harimau, Najib tidak pandai berpolitik dan naik kerana beliau adalah anak Isa Samad. Siapa yang pernah bersua dengan Najib, pasti akan tergelak apabila melihat tabiat beliau yang bermain jam di tangan, menggerakkan bahu dan leher; persis orang yang tidak boleh mengawal saraf- saraf di badan. Di harap Najib tidak marah bila membaca dan ubahlah tabiat yang menggelikan hati itu.

Siapa calon Pakatan di PRK Bagan Pinang? Ini yang suspen ni. Ingat! Bukan mudah mahu menakluki Bagan Pinang dan atas sebab itu, saringan dan tapisan calon PAS (Pakatan) wajar dijalankan dengan bersungguh-sungguh.

Sesungguhnya, UMNO Telok Kemang adalah Bahagian UMNO paling mantap di Negeri Sembilan. Kalau Pakatan mampu mengalahkan UMNO, anggaplah UMNO sudah berkubur di dalam sejarah Negeri Sembilan.

SUMBER DARI http://harimau-menaip.blogspot.com

0 comments: