THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, September 9, 2009

PR SERAH KEPADA PAS

Majlis Pimpinan Negeri Sembilan telahpun membuat keputusan secara sebulat suara dalam satu mesyuarat khas bahawa sempena Pilihan Raya Kecil N31, Bagan Pinang, KEADILAN Negeri Sembilan bersetuju supaya calon Pakatan Rakyat yang bertanding adalah daripada PAS.

Dengan ini juga KEADILAN Negeri Sembilan akan menyokong sesiapa sahaja calon yang dipilih oleh pimpinan PAS pada pilihan raya tersebut nanti. Yang lebih penting KEADILAN Negeri Sembilan akan memberi sokongan padu yang tidak berbelah-bahagi supaya kemenangan Pakatan Rakyat mempastikan kewujudan satu lagi tsunami atau gelombang kebangkitan rakyat.

KEADILAN akan menggerakkan seluruh jentera dan bekerjasama dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat selaras dengan perjuangan untuk menyuburkan semangat politik baru yang melangkaui fahaman perkauman sempit demi membina Negara Malaysia yang gemilang pada masa depan.

Keputusan ini diambil selaras dengan semangat Pakatan Rakyat yang saling bersepakat dalam apa jua keadaan demi memperjuangkan agenda rakyat.

DATO' KAMARUL BAHARIN ABBAS

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri

Parti Keadilan Rakyat
Negeri Sembilan

0 comments: