Saya telah membaca kisah seseorang yang mengaku sebagai mualaf di sebuah laman blog yang baru di'post' sebentar tadi. Sebelum ini saya telah membaca 'post' yang sama di beberapa laman lain, beberapa kali dan beberapa tahun lalu. Saya tidak pasti sama ada Saudara Johanis yang memeluk Islam itu benar-benar wujud ataupun tidak. Bagaimanapun kita bersyukur jika ianya benar. Saya juga pernah berjumpa dengan seorang anak muda berusia belasan tahun dari Sabah pada tahun 1980an di Melaka yang memeluk Islam dari agama asalnya iaitu Kristian tetapi bukan Farhan (atau Johanis yang dimaksudkan). Pemuda ini mengikuti aktiviti Tabligh pada ketika itu. Waktu itu saya juga masih bersekolah menengah. Banyak pengajaran dan cerita yang saya perolehi dari anak muda ini dan ianya masih dapat saya ingati.
Untuk pengetahuan pembaca, saya bukanlah seorang yang pakar dalam hal ehwal berkaitan agama Islam walaupun saya penganut Islam dari dilahirkan. Ibu bapa saya seorang Islam. Datuk dan nenek serta moyang saya juga beragama Islam. Walaupun saya mendapat pendidikan di sekolah Katolik yang berpengetuakan seorang paderi tetapi saya tidak pernah diajar apa-apa berkaitan dengan Kristian.
Pada bulan Julai yang lalu, saya telah mendengar ceramah yang disampaikan oleh Bro. Idris Tawfiq bertajuk "Journey to Islam". Bro. Idris telah berkhidmat sebagai padri Roman Katolik selama 20 tahun sebelum memeluk Islam. Beliau kini telah banyak memberi ceramah dan menulis buku tentang Islam. Beliau telah bergerak menyampaikan dakwah Islam ke serata dunia. Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan penceramah ini, sila lawat laman http://www.idristawfiq.com/
Berbalik kepada cerita 'Farhan Bin Abdullah' yang menyatakan bahawa 'Holly Water' digunakan untuk memurtadkan orang Islam dan mendakwa ianya dibuat dan dijampi di Vatican City amatlah diragui. Dalam ceramah yang diberikan oleh Bro. Idris, saudara saya iaitu Major (B) Azmee Ahmad telah bertanyakan soalan berhubung 'Holly Water' ini. Menurut Bro. Idris, 'Holly Water' ini adalah air biasa yang dijampi oleh paderi dan tidak mempunyai sebarang keajaiban sehingga boleh menyebabkan orang hilang ingatan atau boleh memurtadkan orang yang meminumnya. Menurut beliau lagi, kita boleh meminumnya 'berkolah-kolah' kalau kita mahu. Air ini tidak ada sebarang kuasa untuk 'memukau' sesiapa.
Menurut Bro. Idris juga, ianya seperti amalan kita orang Islam dengan 'air yasin'. Bezanya, penganut Kristian menjampi air ini mengikut kepercayaan agama mereka. Masalahnya sekarang adalah apabila orang Islam yang bercakap berkaitan dengan agama lain tetapi tidak mempunyai pengetahuan tentangnya dan begitulah sebaliknya. Di sini saya berpandangan, janganlah kita mengeluarkan kenyataan yang tidak betul walaupun niat kita baik sebab nanti ada pihak yang mentertawakan kita.
Dari pengalaman dan pemerhatian saya, ada antara orang Melayu Islam yang suka 'bercerita' tentang perkara-perkara yang tidak masuk akal. Saya penuh yakin terdapat perkara yang tidak dapat difikirkan oleh manusia berhubung sesuatu hukum dan amal yang diperintah oleh Allah s.w.t. tetapi bukan dari kita manusia biasa. Ada juga antara kita yang suka menokok tambah beberapa peristiwa supaya nampak lebih 'real'.
Dalam konteks ini saya tidak tahu dan tidak faham tujuan cerita tersebut disebarkan.
Percayalah dan yakinlah, 'Holly Water' ini tidak sehebat mana dan tidak mempunyai sebarang kuasa. Sebagai umat Islam, kita mesti yakin dan percaya bahawa Allah s.w.t yang maha esa dan maha berkuasa ke atas segalanya. Dalam kerja dakwah, kita seharusnya jujur. Tiada apa-apa tentang Islam perlu disembunyikan. Tiada perkara berkaitan tentang Islam perlu dimanipulasikan. Bersikap telus dan jujurlah agar Islam dapat dikembangkan dengan baik dan harmoni. Apa yang penting kita laksanakan hukum Allah yang telah ditetapkan.
Wallahualam.

0 comments:
Post a Comment