THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, September 6, 2009

UMNO BERMIMPI JADI JUARA

Pakatan Rakyat (PR) mula mengambilalih pemerintahan di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak selepas Pilihan Raya Umum Ke 12, (Mac 2008). Walaupun PR mempunyai dasar, program dan visi yang jauh berbeza dari UMNO B-end namun untuk membuat perubahan itu bukanlah sesuatu yang mudah. Aspek perundangan, prosidur dan jentera yang sedia ada dan telah lama berjalan sukar dipinda. Persepsi dan amalan serta budaya yang telah tertanam selama lebih 50 tahun tidak mudah diubah. Sikap pemimpin dan penyokong UMNO B-end yang telah lebih 50 tahun memerintah juga tidak mudah menerima perubahan sebagai pembangkang. Mereka 'terperanjat beruk' bila tidak lagi mempunyai kuasa walhal kuasa yang terdapat pada negeri hanyalah sedikit berbanding dengan kuasa di peringkat persekutuan. Bayangkan jika UMNO B-end gagal dapatkan mandat rakyat di peringkat persekutuan. Mereka akan jadi sasau, hilang ingatan atau mungkin jadi gila.

Lihat pada isu-isu babi, tanah, penempatan, arak dan yang terkini kuil. Semua perkara ini bukannya wujud selepas PRU 12 tetapi telah muncul lama dulu semasa pemerintahan UMNO B-end. Tetapi apabila perubahan hendak dilakukan maka ianya dijadikan isu sehingga boleh mengancam keamanan dan keselamatan negara.

Penternakan babi di Malaysia bukan bemula pada Mac 2008 atau selepas itu tetapi telah berjalan sejak bertahun-tahun lalu semasa pemerintahan UMNO B-end lagi. Penternakan babi bukan sahaja dijalankan di Selangor tetapi di semua negeri di Malaysia tetapi menjadi isu di Selangor apabila kerajaan PR cuba membaiki kaedah penternakan. Isu ini dibuat oleh UMNO B-end. UMNO B-end seolah-oleh lebih rela membiarkan rakyat khasnya orang-orang Melayu di kampong-kampong menikmati limpahan yang tercemar dari kandang-kandang babi dari kaedah yang lebih sistematik. Sudah tentu kandang yang lebih sistematik itu lebih besar dari yang sedia ada kerana ia lebih ekonomik dan kandang-kandang yang kecil di merata-rata tempat akan ditutup dan diletakkan di satu kawasan. Bukankah ini lebih baik? Tetapi mereka cuba menjadi juara kaum Melayu sedangkan banyak kawasan Melayu seperti di Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Johor dan lain-lain di bawah pemerintahan UMNO B-end mempunyai kandang-kandang babi yang 'tidak tersusun' dan sentiasa tercemar. UMNO B-end lebih suka dan gembira melihat orang-orang Melayu 'menikmati' air dan najis dari ternakan babi melimpah ke parit, sungai atau laut yang akhir digunakan oleh penduduk untuk kegiatan harian. Lagipun lebih bertebaran kandang-kandang babi ini, UMNO B-end lebih untung kerana lebih banyak cawangan-cawangan UMNO boleh dapatkan sumbangan dari penternak-penternak untuk kegiatan mereka. Jika kandang ini diletakkan di satu tempat saja, mungkin satu cawangan atau bahagian UMNO saja yang dapat manfaatnya. Dengan itu, adalah menjadi strategi UMNO B-end agar kandang-kandang ini perlu diletakkan di merata tempat.

UMNO B-end lebih rela melihat rakyat tidak mempunyai tanah dan untuk membuat penempatan mereka lebih berminat supaya rakyat tinggal di tanah yang berstatus TOL. Dengan demikian kerajaan UMNO B-end lebih mudah mengugut rakyat supaya menyokong mereka dalam pilihan raya. Jika keadaan memerlukan, mereka boleh membatalkannya dan rakyat akan merempat tanpa tanah untuk didiami. Lihat saja contoh di Perak apabila kerajaan PR memberikan hak milik kepada rakyat miskin. UMNO B-end telah menjadikannya isu perkauman sedangkan bukan sahaja kaum Cina yang mendiami kampong-kampong baru memperolehi hak milik tetapi orang-orang Melayu yang mendiami kampong tersusun juga diberikan hak. UMNO cuba menjadi juara kaum Melayu apabila penduduk kampong baru mendapat hak milik sedangkan banyak sudah tanah-tanah Melayu dan tanah kerajaan telah mereka diberikan kepada tauke-tauke Cina dengan alasan pembangunan dan kemajuan. Pemberian tanah kepada tauke-tauke Cina ini lebih menguntungkan UMNO B-end kerana mereka boleh mendapat 'sumbangan' untuk diri mereka dan kegiatan parti. Memberikan tanah kepada rakyat miskin tidak akan memberi apa-apa manfaat kepada mereka atau parti mereka kerana mereka tidak akan dapat apa-apa imbuhan.

Penempatan tanpa geran untuk pembangunan juga menjadi isu UMNO B-end. Lihat saja kes Kampong Buah Pala di Pulau Pinang. Urusan membangunkan kampong tersebut telah dilakukan sejak zaman UMNO B-end memerintah lagi tetapi terpaksa ditanggung oleh kerajaan PR. UMNO B-end pula telah mengambil kesempatan menjadikan ianya sebagai isu besar. Isu-isu seumpamanya banyak berlaku di Malaysia seperti di Pletong, Johor Baharu, Kg. Berembang, Selangor dan lain-lain tempat tetapi disenyapkan. Isu ini menjadi perkara yang begitu besar apabila ia berlaku di Pulau Pinang dan UMNO B-end telah cuba menjuarainya dengan menggunakan media arus perdana. Bandingkan berita-berita di Kampong Berembang contohnya. Beritanya hanya satu atau dua kali sahaja disiarkan itupun tidak disensasikan tetapi apabila ianya berlaku di Kampong Buah Pala, ianya disiarkan setiap hari, berminggu-minggu dan berbulan-bulan. Ini adalah disebabkan Kampong Buah Pala pada ketika ini diperintah oleh PR berbanding Kampong Berembang yang diperintah oleh UMNO B-end pada ketika itu.

UMNO B-end memang pandai mengambil kesempatan kepada apa saja isu termasuklah isu jualan arak di Selangor. Mereka cuba memecahbelahkan PAS dan DAP khususnya dan PR umumnya dalam isu ini. Mereka cuba menjadi juara dalam hukum Islam walhal segala permit diluluskan oleh puak mereka. UMNO B-end ini tidak pula membatalkan atau menghalang penjualan arak semasa pemerintahan mereka. Di negeri-negeri lain termasuk persekutuan, tidak pula mereka berdemonstrasi untuk membantah jualan arak. Mereka begitu hipokrit dalam isu ini disamping ingin jadi juara Islam kononnya. Tidakkah Pemuda UMNO ini sedar, selama ini permit pengeluaran dan penjualan araklah selain dari judi yang banyak membantu mereka bergerak. Tahukah mereka dari mana datangnya hasil yang diperolehi oleh pemimpin-pemimpin UMNO B-end untuk mereka menjalankan aktiviti-aktiviti bagi cawangan, bahagian, perhubungan negeri dan pusat? Cubalah kamu selidiki.

Yang muthakhir sekali mereka ingin jadi juara orang-orang Melayu @ Islam dalam isu kuil di Seksyen 23, Shah Alam. Isu yang boleh diselesaikan dengan baik telah disensasikan hingga menjadi isu perkauman dan penghinaan terhadap penganut agama Hindu. Tindakan samseng yang ditunjukkan oleh pemimpin dan penyokong UMNO ini langsung tidak menggambarkan budaya sebagai orang Melayu dan tatasusila orang Islam. Jikapun UMNO B-end tidak mahu menghormati Tan Seri Khalid kerana beliau dari PR tidak menjadi masalah tetapi mereka mesti hormati beliau sebagai Menteri Besar yang dilpilih oleh rakyat. Nampak sangat orang-orang UMNO B-end diajar bersikap biadap dan kurang ajar. Sikap dan tingkahlaku ini boleh menimbulkan ketegangan kaum dan huru hara dalam negara. Malang bagi kita sehingga kini (atau selamanya) apabila pihak berkuasa tidak menguatkuasakan undang-undang yang ada terhadap mereka dari UMNO B-end ini tetapi akan sedaya upaya dan bersungguh-sungguh mencari alasan untuk menghukum jika dilakukan oleh pemimpin atau penyokong dari PR.

Walau apapun yang berlaku dan dilakukan oleh UMNO B-end sejak akhir-akhir ini atau setelah kalah dalam pilihan raya lalu, sebenarnya mereka tidak mendapat lagi sokongan rakyat. Untuk mengembalikan pengaruh dan mendapatkan kuasa, mereka sanggup melakukan apa saja dan demi kuasa UMNO bermimpi untuk menjadi juara.

0 comments: