THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, September 9, 2009

KALAU ORANG AMERIKA GUNA ALASAN PENDUDUK SEKSYEN 23?

Oleh Tulang Besi

Nak bagitau, masjid di Amerika ni banyak. Tapi boleh dikatakan tiada kawasan di Amerika ini majoritinya Islam. Ertinya, orang-orang bukan Islam di Amerika bertoleransi dan bersikap terbuka membenarkan orang-orang Islam yang minoriti membuka Masjid dan Musolla.

Bayangkan kalau alasan yang digunakan oleh Penduduk Seksyen 23, “yakni Seksyen 23 ini majoriti Islam maka tak boleh dibuat kuil di sini”, digunakan oleh orang2 di Amerika. Nescaya, tiada masjid yang boleh dibina di mana-mana tempat di Amerika (kecuali di Guantanamo Bay).

Ertinya, apa yang dilakukan oleh penduduk Seksyen 23 serta beruk-beruk UMNO yang telah berdemonstrasi kepala lembu dan bersikap macam beruk kena belachan sewaktu dialog, seperti member lesen kepada penduduk2 bukan Islam di Amerika untuk MENUTUP kesemua masjid di sana serta menghalang pembinaan mana-mana masjid baru di sana. Ertinya tindakan penduduk Seksyen 23 bersama beruk2 UMNO mereka meletakkan kedudukan masjid2 di Amerika dalam risiko yang besar memandangkan isu pembinaan kuil ini sangat luas dibincangkan dalam internet. Dan, Amerika merupakan negara yang luas jangakauan internet mereka.

Inilah dia bila nak berjuang Islam tak da ilmu. Buat ikut semberono tak fikir panjang. Pergi ikut cakap orang-orang UMNO Seksyen 23 yang separuh tiang. Terima sahaja hasutan puak-puak UMNO ini tanpa soal.

Tidakkah penduduk Seksyen 23 ini hairan mengapa beruk2 UMNO ini kuat membising dalam isu kuil ini tapi senyap sunyi bila Presiden mereka meluluskan 10 lesen judi yang baru? Mengapa beruk-beruk UMNO ini tidak bising apabila Menteri Kewangan tidak mengambil tindakan terhadap 3 orang Melayu/Islam yang duduk dalam Lembaga Pengarah Calrsberg dan 2 Melayu/Islam yang duduk dalam Lembaga Pengarah Guiness Anchor?

Mengapa beruk2 UMNO ni tak bising bila pemimpin2 mereka secara terbuka menolak hukum hudud dan hukum qisas? Mengapa beruk2 ni tak bising bila Muhyiddin jual tanah kita ke Singapora? Mengapa beruk2 ni tak bising bila maksiat dibenarkan berleluasa oleh kerajaan Barisan Nasional?

Ertinya penduduk2 Seksyen 23 telah termakan dengan cerita bohong beruk2 UMNO ini. Kedudukan kuil itu jauh dari surau dan jauh dari kawasan perumahan. Kedudukan kuil itu tidak mengacau kententeram surau. Malahan beruk-beruk UMNO yang membuat bising itu, bukannya mereka ini selalu bersolat di surau tu pun. Malahan, muka diorang pun tak pernah nampak kat surau.

Isu kuil ini adalah batu loncatan beruk-beruk UMNO Seksyen 23 ini untuk mendapat publisiti murahan. Ia juga percubaan untuk membuktikan kononya kerajaan Pakatan Rakyat ini tunduk kepada kaum Hindu dan Bukan Islam. Sedangkan YADIM membuat laporan yang terdapat terlampau banyak kuil di Malaysia dan semua kuil2 itu dibina diwaktu kerajaan Barisan Nasional memerintah.

Beruk2 UMNO Seksyen 23 mahu menjadikan usaha mereka ini usaha membenci kerajaan Pakatan Rakyat. Padahal ianya bukan isu, dan kalau penduduk rasa ia terlampau dekat, maka boleh ianya dipindah ke lokasi lain.

Beruk2 UMNO Seksyen 23 ini sedang cuba mencipta suasana tidak aman supaya nanti MAGERAN dapat diisytiharkan. Itu sahaja.

Di bawah saya masukkan satu dialog yang ditulis oleh salah seorang pembaca saya bernama antilembumno:

Anonymous said...

lembUMNO 1: Kerajaan PR tak bincang dgn penduduk dulu sebelum buat keputusan nak pindah.
Jawapan: YB Khalid dah jawab. Perbincangan dgn penduduk hanya dibuat setelah cadangan rasmi dari PKNS dibuat, yakni setelah proses perbincangan dgn jabatan2 kerajaan dan jawatankuasa kuil selesai. Tak kan nak bincang dgn penduduk sebelum kerajaan sendiri endorse secara rasmi.
lembUMNO 2: Kenapa tak pindah kat sek 18 yang ramai org India?
Jawapan: Sek 18 dah ada kuil. Tak kan nak buat dua kuil kat situ.
lembUMNO 3: Kenapa tak pindah kat Sek 22?
Jawapan: Tapak cadangan Sek 22 tu kat tengah2 kaw kilang. Langsung tak sesuai. AJK kuil pun tak setuju. Hanya lembu sahaja yang boleh setuju buat kuil kat tengah2 kaw kilang.
lembUMNO 4: Kenapa tak kekal sahaja kat Sek 19?
Jawapan: Kalau tempat kat Sek 19 tu sesuai, tak de orang sibuk suruh pindahkan. Kuil kat kaw perumahan mana sesuai. Bila time orang ramai nak pakai kuil, tempat parking pun payah. Marah orang yg duduk kat situ.
lembUMNO 5: Kenapa tak roboh aje kuil tu?
Jawapan: Islam ajar kita hormati hak penganut agama lain. Merobohkan rumah ibadat orang lain bercanggah dgn ajaran Islam. Sapa nak jawab kat akhirat nanti?
lembUMNO 6: Tapi bukan ke kuil dah terlalu banyak kat S'ngor ni, byk yg tak daftar pulak tu.
Jawapan: Soalan tu kena tanya MB lepas. Kenapa tak urus dgn baik. Setahun lebih PR merintah s'gor, belum ade pembinaan kuil baru.Tapi bila kuil dah ada, mana boleh robh camtu aje.

anti-lembUMNO.


SUMBER DARI http://www.malaysiawaves.com/

0 comments: