THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, September 9, 2009

MAHKAMAH MALAYSIA

Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding dalam DUN di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah. Itulah yang telah diputuskan oleh Hakim Datuk Azahar Mohamed. Beliau telah memutuskan bahawa mahkamah tiada kuasa untuk mendengar permohonan saman Speaker Pakatan Rakyat, V Sivakumar terhadap Datuk R Ganesan berhubung dakwaan menyerang dan melakukan pemenjaraan salah pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak 7 Mei lalu. Menurut beliau lagi mahkamah tidak boleh campur tangan dalam keputusan yang dibuat oleh ahli-ahli DUN.

PERSOALAN
Pertamanya, saman dibuat untuk mendakwa Ganesan menyerang dan memenjarakan YB Sivakumar secara salah dan bukannya masalah 'perjalanan' dewan. Bagaimana jika berlaku pembunuhan antara ADUN dalam dewan? Adakah mahkamah tidak boleh campur tangan?


Kedua, menurut Hakim Datuk Azahar, Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan memutuskan bahawa mahkamah tidak boleh campur tangan dalam keputusan yang dibuat oleh ahli-ahli DUN tetapi memutuskan Ganesan sebagai Speaker sah DUN Perak. Bukankah itu merupakan campurtangan mahkamah?

Ketiga, Mahkamah Persekutuan pada 16 April 2009 telah membatalkan penggantungan yang dilakukan oleh Speaker yang sah ketika itu, V. Sivakumar terhadap Menteri Besar Perak, Zambry Abdul Kadir. Mana Artikel 72 tu?

Keempat, pada 11 Mei lalu mahkamah mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah bagi negeri Perak dan sehari selepas itu Mahkamah Rayuan telah mensucikan. Apa jadi dengan Artikel 72 ni?

Inilah persoalan yang bermain dibenak saya yang tidak pandai undang-undang Malaysia apabila membaca berita dari Mahkamah Malaysia ini.

0 comments: