Sebanyak 7 pilihan raya kecil (PRK) telah dijalankan sejak pilihan raya umum (PRU) ke 12. Daripada 7 PRK itu hanya 1 saja dimenangi oleh UMNO B-end iaitu di Batang Ai, Sarawak. 6 lagi PRK dimenangi oleh PR. Disebabkan kalah 6 kali berbanding dengan sekali kemenangan maka UMNO B-end akan mengekalkan strategi lama disamping beberapa strategi baru dalam PRK Permatang Pasir yang akan berlangsung pada 25 Ogos ini.
Strategi pertama yang baru telah diumumkan oleh Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid iaitu UMNO B-end akan menunaikan janji kepada pengundi di peti undi yang dimenangi walaupun calonnya kalah. Strategi kedua baru pula telah diumumkan oleh Pengerusi B-end Pulau Pinang, Koh Tsu Koon iaitu menggunakan pendekatan 'sentuhan peribadi' dengan mendekati dan bertemu pengundi sendiri.
Sebenarnya kedua-dua strategi yang diumumkan itu bukan sesuatu yang baru tetapi sememangnya telah lama digunakan oleh UMNO B-end. Hanya satu saja strategi yang UMNO B-end telah lupa hendak gunakan dalam beberapa PRK lalu iaitu berita-berita tentang Ketua Bahagian atau cawangan dan ahli-ahli dari PAS atau PKR yang menyertai UMNO secara beramai-ramai. Sebelum ini berita ahli-ahli dari Pakatan Rakyat yang hilang kepercayaan kepada parti mereka masing-masing sememangnya menjadi tajuk utama dalam media perdana yang dikongkong oleh UMNO menjelang pilihan raya.
Kata kunci yang disebut oleh Abdul Jalil adalah janji. UMNO B-end memang pandai berjanji untuk memancing undi. Lihat sahaja janji membina jambatan di Manek Urai. Jentera-jentera berat dibawa dan diletakkan di sana tetapi dibawa balik apabila kalah dalam PRK tersebut. Banyak lagi janji-janji mereka tidak dilaksanakan di Manek Urai. Masalahnya, janji yang dibuat adalah janji yang jika ditunaikan akan menggunakan duit rakyat tetapi diucapkan seolah-olah duit dari poket UMNO B-end. Begitu juga janji-janji peruntukan kepada masjid-masjid termasuk surau di kawasan Permatang Pauh. Selain contoh di Manek Urai dan Pematang Pauh, semua kempen PRK yang lain juga dipenuhi dengan janji-janji dari UMNO B-end ini.
Koh Tsu Koon pula mengumumkan penggunaan 'sentuhan peribadi' iaitu dengan bertemu pengundi sendiri. Ini telah dilakukan oleh UMNO B-end dalam PRK yang diadakan kebelakangan ini. PR telah lama dan sentiasa melakukannya walaupun bukan untuk kempen pilihan raya. Bezanya PR tidak memberikan 'elaun perjalanan' atau 'ang pow' (contoh di Kuala Terengganu menjelang Tahun Baru Cina) untuk pergi mengundi berbanding UMNO B-end yang murah hati membayar 'elaun perjalanan' dan beri 'ang pow'. Oleh kerana PRK ini dalam bulan puasa maka UMNO B-end dijangka akan berikan 'duit raya' pula dengan syarat pengundi mesti mengundi B-end.
Setakat ini terdapat 2 pengumuman berhubung strategi 'baru' B-end bagi PRK Permatang Pasir. Ini bagi memastikan B-end menang satu lagi PRK untuk dijadikan kemenangan kedua yang hampir mustahil kerana telatah buruk pemimpin UMNO B-end yang sentiasa berulang. Rakyat masih menunggu pengumuman 'strategi baru' dari pemimpin lain B-end. Mungkin akan diwar-warkan pada hari atau selepas hari penamaan calon. Kita tunggu.

0 comments:
Post a Comment