THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, August 12, 2009

PERMATANG PASIR - 1 CALON BEBAS

Kamarul Ramizu, 42, pakar motivasi yang pernah bertanding sebagai calon bebas dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang dan DUN Penanti sebelum ini berhasrat mencuba nasib sekali lagi di DUN Permatang Pasir yang akan diadakan pada 25 Ogos ini. Beliau bercadang membeli borang pencalonan pada Jumaat ini dari Pejabat Suruhanjaya Pilihanraya Negeri.

SPR telah menetapkan hari penamaan calon pada 17 ogos 2009. Dengan hasrat Kamarul ini, PRK DUN Permatang Pasir ini dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru di antara BN, PAS dan calon bebas.

Pada ketika ini terdapat 20,290 pengundi berdaftar bagi DUN Permatang Pasir (N.11). SPR telah menetapkan Daftar Pemilih Induk 2008 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2009 yang telah dikemaskini sehingga 31 Julai lalu untuk digunakan. Hanya terdapat seorang pengundi pos untuk DUN ini. Mengikut pecahan daripada 20,290 pengundi, 72.36 peratus adalah pengundi Melayu, Cina (25.85 peratus), India (1.63 peratus) lain-lain (0.16 peratus).

0 comments: