THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, August 16, 2009

KEMPEN PENGKHIANAT UMNO

UMNO B-end sedang giat menjalankan kempen bagi mengutuk Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI). Bagaimanapun kempen yang dijalankan ini tidak mendapat sokongan rakyat setempat. Dalam ceramah-ceramah yang diadakan didapati kerusi kosong lebih 'ramai' dari orang yang hadir.

Ceramah di Shah Alam yang diwar-warkan akan dihadiri oleh 1,000 orang hanya berjaya menarik tidak sampai 300 orang. Ceramah ini diadakan bagi mengutuk DSAI, PAS dan DAP. Di Dataran Penggaram, Batu Pahat pula, walaupun usaha menarik 10,000 orang untuk mendengar ceramah mengutuk ini tetapi hanya tidak lebih 400 orang yang hadir. Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin yang membuat tuduhan pengkhianat terhadap Anwar sepatutnya hadir pada perhimpunan itu juga menarik diri apabila diberitahu mengenai sambutan dingin yang diterima. Mereka yang hadir pula menyisihkan diri daripada perhimpunan berkenaan apabila beberapa pemimpin UMNO memberi ucapan berbau perkauman dalam keghairahan menuduh Anwar sebagai pengkhianat bangsa.

Kempen mengumpul tandatangan yang dianjurkan oleh Puteri dan Pemuda UMNO Terengganu di Jalan Batas Baru (hadapan Bangunan UMNO) juga tidak mendapat sambutan. Orang ramai yang lalu lalang di kawasan itu tidak menghiraukan kempen itu.

Rakyat semakin meluat dan jijik dengan kempen yang dijalankan ini. Kegagalan menarik sokongan dalam ceramah-ceramah dan kempen mengumpul tandatangan yang diadakan memberi petanda tidak baik kepada UMNO B-end.

Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata,“Saya yakin sebahagian besar daripada penyokong Umno masih lagi dengan Datuk Seri Anwar. Oleh kerana slogan pengkhianat ini retorik Umno B-end dan diulang sebab itu saya yakin ia tidak mendapat sambutan kerana mereka tahu sebenarnya siapa yang mengkhianati Melayu, siapa pengkhianat?

Sebelum ini pada 02 Ogos lalu, Utusan Malaysia dilaporkan berkata, Muhyiddin Yassin menyifatkan Ketua Umum PKR, DSAI sebagai pengkhianat besar terhadap perjuangan orang Melayu. Perkara yang sama pernah dibangkitkan oleh Khairy Jamaluddin semasa memegang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO pada tahun 2007.

0 comments: