THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, August 11, 2009

MAAF KEPADA PEMUDA UMNO

Pada awalnya ramai yang berfikiran bahawa Pemuda UMNO Selangor berkeinginan menyertai Pemuda PAS untuk mengadakan perhimpunan bagi membantah penjualan arak secara terbuka. Apabila Pemuda PAS mengambil langkah lain untuk menyelesaikan isu ini, Pemuda UMNO Selangor telah bertekad untuk menganjurkannya sendiri perhimpunan ini tanpa Pemuda PAS. Dengan demikian, ramai yang beranggapan Pemuda UMNO Selangor dah bertaubat sebab bantahan jualan arak di selangor hanya dilakukan di Selangor saja.

Semalam Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat dilaporkan berkata, "Khairy (Ketua Pemuda UMNO Malaysia) mengundang Pemuda PAS untuk menyertai satu perhimpunan yang akan dianjurkan oleh Pemuda UMNO di Shah Alam bagi mengutuk Y.B Ronnie Liu berkait isu arak".

Sebelum ini saya rasa pelik kerana kalau Pemuda UMNO bantah penjualan arak mengapa mereka hendak lakukan di Selangor sahaja sedangkan boleh dikatakan semua negeri di Malaysia terdapat aktiviti penjualan arak yang diluluskan oleh UMNO B-end. Rupanya ramai yang salah sangka. Pemuda UMNO Selangor dan Pemuda UMNO Malaysia (satu Malaysia) bukannya menentang penjualan arak secara terbuka tetapi membantah Y.B Ronnie Liu kerana membantah rampasan arak di kedai-kedai runcit di Selangor yang dijalankan oleh Majlis Bandaran Shah Alam (MBSA).


Dengan ini saya meminta maaf kepada Pemuda UMNO kerana tersalah sangka berhubung tujuan Pemuda UMNO tersebut. Ingatkan Pemuda UMNO sudah insaf tetapi rupanya nak kutuk Y.B Ronnie Liu.

0 comments: