THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, August 15, 2009

CALON PRK N.11

Pilihan raya kecil (PRK) kerusi DUN Permatang Pasir dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara B-end, Pakatan Rakyat (PAS) dan seorang calon Bebas.

Sebentar tadi (14 Ogos 2009, 10.45 malam) Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengumumkan pemilihan Ustaz Salleh Man, 52, sebagai calon dari Pakatan Rakyat (PAS) untuk bertanding bagi DUN Permatang Pasir (N.11). Pengumuman dilakukan di pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Permatang Pasir.

Ustaz Salleh merupakan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang dan pernah bertanding di DUN Pinang Tunggal pada tahun 2004 dan DUN Sg. Dua pada Mac 2008 tetapi gagal. Beliau adalah lulusan Pengajian Islam dan pentadbir sekolah agama.

Beberapa pemimpin kanan PR yang dilihat hadir semasa pengumuman tersebut ialah Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agong PAS, Datuk Mustafa Ali; Ketua PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Hashim; Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Guan Yow dan Pengarah Induk Pilihanraya Permatang Pasir, Datuk Mahfuz Omar. Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak kelihatan pada majlis pengumuman ini dan diberitahu bahawa DSAI berada di luar negara.

USTAZ SALLEH MAN

Pada petang tadi, Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pemilihan Rohaizat Othman, 38, yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh sebagai calon B-end.
ROHAIZAT OTHMAN

Beberapa hari yang lalu, Kamarul Ramizu Idris, 42, seorang pakar motivasi telah menyuarakan hasratnya untuk mencuba nasib bertanding sebagai calon bebas. Sebelum ini Kamarul telah bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan DUN Penanti tetapi kalah.
KAMARUL RAMIZU

Bagi PRK DUN Permatang Pasir ini, hari penamaan calon telah ditetapkan pada 17 Ogos manakala pengundian akan berlangsung pada 25 Ogos.

0 comments: