THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, August 13, 2009

PAKATAN RAKYAT DIDAFTAR

Pada 27 Julai 2009 lalu Pemuda PAKATAN RAKYAT yang terdiri daripada Dewan Pemuda PAS (DPP), Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pergerakan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) telah menubuhkan Majlis Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat. Majlis ini bertujuan menguatkan lagi hubungan kerjasama politik Pakatan Rakyat dan memberikan kekuatan untuk pemuda Pakatan Rakyat merencana gerak kerja bersama.

Pada hari ini (13 Ogos) sejarah tercipta lagi apabila hampir 100 para pemimpin utama Pakatan Rakyat yang berhimpun di Tropicana Golf Club mencapai kata sepakat untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai sebuah pertubuhan. Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat akan memperincikan perkara ini dalam mesyuarat akan datang dan seterusnya mendaftar Pakatan Rakyat kepada Pendaftar Pertubuhan.

0 comments: