THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, August 11, 2009

REPLIKA OH REPLIKA

Pada tahun lepas sebuah replika gergasi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR telah didirikan di kawasan DUN Batu Caves menjadi kontroversi antara PKR dengan Umno. Banyak pihak mempertikaikan kehadiran replika besar itu yang terletak di simpang utama dekat Wisma Keringat. Mereka yang mempertikaikannya pada ketika itu beranggapan "patung" seperti itu dilarang oleh Islam dan membazir. Di bawah ini adalah gambar replika tersebut. Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, mufti Perlis waktu itu mendakwa ia "berunsur keberhalaan" dan "perlu dihapuskan dengan segera."

Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO berkata, pembinaan replika itu "tidak diizinkan di sisi agama" dan "usaha taksub" penyokong PKR yang bukan Islam.

Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka yang didapati mengamalkan rasuah dalam pemilihan Majlis Tertinggi UMNO yang lalu berkata, "pembinaannya menunjukkan PKR "mendewa-dewakan pemimpinnya."

Umno Bahagian Gombak yang diketuai oleh Abdul Rahim Kamarudin pula ingin mengadakan 'bantahan terbuka' disamping mengeluarkan fatwa yang sama.

Habis semua pencacai-pencacai UMNO B-end riuh rendah membantah dengan pelbagai alasan. Kini sebuah patung besar Datuk Seri Najib Razak pula diletakkan. Lihat gambar ini. Apa kata mereka yang buat kalut dulu? Sila keluarkan fatwa anda yang baru jika ada.

0 comments: