THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, August 13, 2009

MANA PERGINYA RM10 JUTA WANG KDSB

Datuk Seri Ong Tee Keat, Menteri Pengangkutan telah menafikan dakwaan Datuk Seri Tiong King Sing, Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) bahawa beliau ada menerima 'pinjaman' bernilai RM10 juta dari Tiong. Menurut Ong, dakwaan penyelewengan tersebut "jelas dibuat dengan beberapa motif, termasuk mengalih perhatian dari dakwaan penyelewengan yang didedahkan oleh pasukan petugas".

Sebelum ini, Tiong King Sing yang juga pengerusi Kelab Penyokong BN mendakwa beliau telah 'menderma' RM10 juta kepada Ong, Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan tahun lepas. Tiong menambah bahawa wang tersebut adalah untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahagian-bahagian MCA. Selain itu, Timbalan Tiong dalam KDSB, Datuk Faizal Abdullah berkata Ong telah menggunakan jet peribadi milik syarikat tersebut sebanyak lima kali dan 'berhutang' kepada mereka sebanyak AS$40,000 bagi perkhidmatan tersebut.

'Skandal' Port Klang Free Trade Zone (PKFZ) dan KDSB telah dibangkitkan bertahun-tahun tetapi tiada tindakan serius dari Kerajaan Persekutuan yang di perintah oleh UMNO B-end. Berita penarikan diri pelabur Kuwait, jaminan kerajaan, lantikan KDSB oleh PKFZ, peningkatan kos dan desakan Dato' Seri Anwar Ibrahim pada Disember 2007 untuk mendapatkan penjelasan berhubung status PKFZ tidak dapat perhatian serius pihak berwajib. DSAI juga pada ketika itu (Disember 2007) telah mendesak siasatan audit secara menyeluruh dan bebas oleh firma audit professional terhadap projek PKFZ ini. DSAI menyarankan supaya audit ini sewajarnya menentukan tahap liabiliti kerajaan, mendedahkan kelemahan yang sedia ada di dalam sistem kawalan kewangan dan perakaunan, dan menentukan sama ada wujud bukti kesalahan kewangan, salahlaku ataupun rasuah.

Pelbagai pihak lagi termasuk Y.B Lim Kit Siang dari DAP telah mendesak pihak berwajib menjalankan siasatan. Pada 15 Julai 2009, Y.B Lau Weng San, Setiausaha DAP Selangor & ADUN Kampung Tunku mengemukakan usul di DUN Selangor di bawah Peraturan Tetap 26(1) ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut: “Bahawa Dewan yang mulia ini menggesa Kerajaan Persekutuan menubuhkan satu Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat secara menyeluruh skandal RM12.5 bilion Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang bermula dengan penjualan tanah yang diberi kerajaan Selangor kepada Koperasi Pembangunan Pulau Lumut Berhad pada tahun 1990-an.”

Bagi pihak kerajaan, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Azmi Khalid telah menjalankan penyiasatan tetapi Ong Tee Keat tidak mendedahkan nama mereka yang terlibat dalam skandal ketika memberi keterangan kepada PAC. Jika ada maklumat yang cuba disembunyikan, bagaimana penyiasatan boleh dibuat bagi mendapatkan hasil siasatan yang betul dan adil.

PKA pula telah melantik PricewaterhouseCoopers (PwC) untuk menjalankan audit tetapi mereka tidak mengeluarkan laporannya kerana kuasa terletak pada kabinet. Ong Tee Kiat yang berjanji untuk mengedarkan laporan tersebut pada persidangan dewan yang lalu gagal menunaikannya.

Kini satu persatu isu penyelewengan sedang dan akan dibangkitkan dari orang yang bertanggungjawab terhadap PKA, PKFZ dan KDSB. Ianya akan wujud apabila setiap mereka berusaha untuk melepaskan diri masing-masing. Bagi wang sebanyak RM10 juta yang dibangkitkan ini, pihak penguatkuasa perlu menyiasat dimana sebenarnya pergi wang tersebut jika Ong tidak menerimanya?

Info:
PKFZ terletak di atas satu bidang tanah seluas 1000 ekar di Pulau Lumut (sekarang bernama Pulau Indah). Pemilik asal tanah ini iaitu Koperasi Pembangunan Pulau Lumut Berhad (KPPLB) menjual tanah ini secara beransur-ansur kepada Kuala Dimensi Sendirian Berhad (KDSB) dengan harga RM1.37/k.p dan RM2.98/k.p, ialah sebanyak RM94 juta. PKA membeli tanah daripada KDSB dengan harga RM25/k.p termasuk kos infrastruktur. Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta (JPPH) telah membuat penilaiannya pada harga RM10.16/k.p tanpa mengira kos infrastruktur.

Ianya merupakan hub pemindahan kargo yang dibina di kawasan 405-hektar di Pelabuhan Klang yang turut menempatkan gudang-gudang, blok pejabat dan hotel empat bintang mencetuskan kontroversi selepas pendedahan kos pembangunannya melambung dari RM2.5 bilion kepada RM4.6 bilion.

0 comments: