Media memainkan peranan penting dalam segala aspek kehidupan seharian kita sebagai manusia supaya kita dapat menikmati kehidupan yang selamat dan efektif. Maklumat yang tidak tepat dan tidak betul boleh menyebabkan kita tidak dapat membuat pertimbangan yang betul dan akan berada dalam kekeliruan. Dengan kemajuan teknologi pada ketika ini terdapat pelbagai media yang digunakan untuk menyampaikan informasi. Walaupun begitu, di Malaysia, radio, televisyen dan akhbar masih memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat.
Dari aspek politik di Malaysia, media arus perdana sering disalahgunakan oleh pemerintah UMNO B-end yang telah diberikan kuasa. Setiap kali pilihan raya diadakan, media arus perdana akan turut bersekongkol dengannya. Informasi yang disampaikan sering tidak mengambarkan suasana, keadaan dan hakikat sebenar. Dalam setiap kali pilihan raya yang diadakan, media-media ini sering memutarbelitkan maklumat dan memberikan gambaran yang salah kepada rakyat. Sebagai contoh, jika informasi yang negatif kepada calon parti UMNO B-end, media tidak akan menyiarkannya. Media-media ini juga akan mengambarkan sokongan menyeluruh dari rakyat atau pengundi seolah-olah pihak pembangkang tidak mempunyai sokongan dan akan kalah. Tetapi sebaliknya apabila keputusan dikeluarkan didapati pihak pembangkang yang menang. Hal ini telah terbukti dalam beberapa pilihan raya yang lalu.
Dalam konteks Islam, Allah telah mengingatkan kita seperti maksud Surah al-Baqarah, ayat 42, "... janganlah kamu menyamarkan kebenaran dengan kebathilan serta kamu sembunyikan kebenaran walhal kamu tahu (hakikat sebenar).
Bagi memastikan rakyat menerima maklumat yang betul, media arus perdana seharusnya memainkan peranan sebagai penyampai yang benar, jujur, telus dan beretika.
0 comments:
Post a Comment