THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, August 21, 2009

SHAFIE ABDAL TAMBAH PELAWAK UMNO B-END

Menjadi tabiat secara mutlak media arus perdana bersekongkol dengan UMNO B-end pada setiap masa. Ini dilakukan secara berlebihan menjelang setiap pilihanraya. Dalam kempen pilihanraya Permatang Pasir seorang lagi pelawak dari UMNO B-end telah muncul.

Komen dan janji-janji Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang juga Naib Presiden UMNO sememangnya mengelikan hati. Shafie dengan penuh yakin berjanji untuk membangunkan kawasan Permatang Pasir kerana menurut beliau rakyat di kawasan tersebut jauh ketinggalan.

Semua rakyat tahu Shafie ini berasal Sabah. Beliau merupakan Ahli Parlimen Semporna yang terletak di bahagian timur pantai Sabah. Pada ketika ini terdapat hampir 133,000 penduduk dan masyarakatnya berbilang kaum, bangsa dan agama. Namun kaum yang mendominasi di Semporna adalah suku kaum Bajau dan Suluk yang berasal dari Selatan dan Barat Laut di kepulauan Filipina. Kebanyakan masyarakat di sini bekerja sebagai petani dan nelayan.

Bagaimana Shafie boleh berjanji untuk memajukan masyarakat di Permatang Pasir sedangkan kawasan yang diwakilinya sendiri masih mundur dari pelbagai aspek. Sedarkah Shafie, masih banyak lagi kawasan di Semporna tidak mempunyai kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan letrik dan air paip serta lain-lain? Peparitan di pekan Semporna juga tidak sempurna. Mungkin Shafie tidak tahu bahawa nelayan dan petani di kawasannya masih kais pagi, makan pagi dan kais petang, makan petang. Ramai anak-anak di Semporna tidak mendapat pendidikan. Tidakkah Shafie nampak suku sakat dan masyarakat yang diwakilinya majoriti masih daif.

Saya tidak faham, bagaimana seorang wakil rakyat gagal membangunkan kawasannya tetapi dengan penuh ego berjanji untuk melaksanakan pembangunan dan memajukan masyarakat di kawasan lain yang jauh dari kawasan dan kampungnya sendiri. Bolehkah Shafie ini dipercayai? Semporna memang kaya dengan pulau-pulau untuk pelancong. Pulau yang menjadi tarikan dan popular ialah Pulau Sipadan. Jom kita melancong ke pulau tersebut. Tetapi jangan lupa meninjau kehidupan masyarakat di Semporna. Lihatlah bagaimana Shafie memperbodohkan masyarakatnya. Shafie telah menambah bilangan pelawak dalam UMNO B-end.

0 comments: