Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said menyeru pengundi Permatang Pasir agar menggunakan kuasa mereka untuk menolak 'pemimpin yang bertelinga satu dan berlidah dua'.
Dalam ucapannya pada sidang media di Markaz Induk PAS Permatang Pasir hari ini, beliau mengingatkan pengundi agar tidak sesekali menjadikan individu yang bertanggungjawab menguncupkan bahasa ibunda sebagai wakil rakyat. "Kalau ada calon (dalam pilihan raya ini) yang menentang bahasa ibundanya, kita harus tentang mereka dengan tidak mengundi mereka. "Mengapa kita pilih mereka yang mahu menguncupkan bahasanya. Kita ada undi, jadi kita kena ajar mereka dengan tidak mengundi mereka," ujarnya kepada pemberita.

Beliau melahirkan rasa marah dengan pemimpin yang 'bertelinga satu, berlidah dua', ketika merujuk kepada bantahan kerasnya bersama para tokoh bahasa, penulis dan intelektual serta pelbagai NGO terhadap langkah kerajaan meneruskan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris seperti yang dijalankan sekarang ini. Sambil menyifatkan langkah tersebut sebagai usaha penguncupan bahasa Melayu, A.Samad Said dalam nada kerasnya sekali lagi mengulangi istilah pemimpin kerajaan Umno-BN sebagai 'pemimpin bertelinga satu, berlidah dua'. Ketika ditanya pemberita mengenai tujuan kehadiran pada pilihan raya kecil ini, beliau menyatakan ianya merupakan suatu bentuk sokongan moral serta sumbangan ke arah mempertahankan bahasa ibunda.
SUMBER DARI http://prkn11penang.pas.org.
0 comments:
Post a Comment