THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, August 17, 2009

SATU LAWAN SATU DI PERMATANG PASIR

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuat pengumuman bahawa pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir (N.11) pada 25 Ogos ini akan menyaksikan pertatandingan satu lawan satu antara calon PAS, Ustaz Salleh Man dengan calon B-end (UMNO), Rohaizat Othman. Penamaan calon dijalankan di Dewan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Bukit Mertajam.

Menurut Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahya, SPR telah menerima 15 bantahan tetapi menolaknya. Beliau kemudian mengumumkan pencalonan Ustaz Salleh dan Rohaizat diterima selepas tamat tempoh bantahan jam 11.00 pagi tadi.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz sebelum ini dilaporkan berkata, pihaknya mengeluarkan enam borang pencalonan dan tiga orang telah membuat bayaran deposit. Calon bebas, Kamarul Ramizu Idris, yang sebelum ini menyatakan hasratnya untuk bertanding telah menarik dari pada saat-saat akhir. Kamarul yang tiba di pusat penamaan calon pada kira-kira jam 9.55 pagi tidak menyerah borang pencalonan. Beliau mendakwa tersalah jalan dan terperangkap dalam kesesakan lalulintas dan dengan demikian tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyerah borang.

Rohaizat, calon B-end menyerahkan borang pencalonnya pada jam 9.03 pagi diikuti oleh Ustaz Salleh beberapa minit kemudian.

Rohizat dilihat diiringi oleh Muhyiddin Yassin, Zahid Hamidi dan peguam Umno manakala Ustaz Salleh diiringi oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali. Pemimpin Pakatan Rakyat lain yang dilihat di IKBN ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Naib Presiden, Salahuddin Ayub dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Seramai 5,000 orang dari Pakatan Rakyat telah hadir memberi sokongan kepada Ustaz Salleh manakala dianggarkan tidak lebih 500 orang penyokong B-end hadir.

Dalam satu perkembangan, Mat Sabu meminta SPR menerima bantahan PAS ke atas calon B-end, Rohaizat yang didakwa menipu pelanggan dan dipecat Majlis Peguam atas masalah disiplin.

Pilihan raya kecil (PRK) DUN Permatang Pasir ini diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman dari PAS kerana serangan jantung pada 31 Julai lepas. Pengundian akan dijalankan pada 25 Ogos.

0 comments: