THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, August 16, 2009

PEMUDA UMNO TIDAK WARAS

By Tulang Besi

Saya tak tau lah. Apalah nasib UMNO ada barisan pemuda yang tak habis-habis melalut tak tentu pasal. Saya membaca laporan MalaysianInsider berkenaan ceramah Pemuda UMNO yang diadakan malam tadi. Dan saya dapati, pimpinan2 pemuda UMNO ini sudah semakin hilang kewarasan dan pertimbangan sebagai manusia yang normal.

Sebagai contoh, dilaporkan:


Muhyiddin membuat tuduhan kepada Anwar tanpa ada bukti-bukti yang kukuh. Hanya tuduhan rambang. Tapi, Muhyiddin tak pula komen bila Dato Najib pernah berkata di Heritage Foundation di Washington DC:
” The United States has excellent access to Malaysian intelligence.”
(Amerika mendapat maklumat perisikan Malaysia dengan begitu baik/mudah).

Keseluruhan ucapan Najib dapat dibaca di sini: http://www.heritage.org/research/asiaandthepacific/hl742.cfm)

Atau untuk ringkasan dalam bahasa Malaysia, boleh dibaca di sini: http://www.malaysiawaves.com/2009/04/najibamerika-mempunyai-aksess-yang.html

Jelas Najib dan UMNO berbangga menjadi alat Amerika di dalam memusuhi Islam termasuk menjalankan tangkapan ISA kepada orang2 yang tidak bersalah dan memotong semua bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat. Semua dilakukan untuk mendapat keredhaan Amerika.

Jadi, saya mencabar Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Muhyiddin supaya membuat tuduhan pembelot kepada Najib Tun Razak juga kerana sanggup menjadikan Malaysia barua kepada Amerika di dalam usaha mereka memerangi Islam? Ini berdasarkan bukti yang cukup jelas dan terang.

Lokman Nor Adam pula dilaporkan berkata:
” PAS used to fight for Islam but now they have become liberal,” Umno Youth exco member Lokman Adam told the crowd.
The founding member of PKR also questioned why the Shah Alam Municipal Council (MBSA) now controlled by PR did not revoke the license for Carlsberg brewery to operate in the district.
“When PAS wanted to ban alcohol, they did not refer to the Quran or the Sunnah, but they referred the matter to DAP,” said Lokman.”


Aikk Lokman. Dulu masa PAS dalam Barisan Alternatif, Lokman pun sama jugak dalam Barisan Alternatif. Takda pun Lokman cakap macam ni ye? Dulu apasal elok je, Lokman duduk dalam meeting sama dengan pimpinan DAP dan PAS. Takda pun komplen. Sekarang ni komplen pulak. Ni la dia contoh manusia lidah bercabang. Dulu bukan main kutuk UMNO dan BN. Sekarang jilat balik.

Saya nak tanya, masa UMNO dulu, kenapa UMNO tak buang alkohol dari Shah Alam? UMNO duduk dalam Majlis MBSA selama bertahun2, takda pula usaha nak buang alkohol macam sekarang ni? UMNO rujuk pada siapa apabila UMNO tidak mengharamkan arak dan judi di Malaysia? Rujuk pada MCA dan Gerakan? Ataupun yang lebih jelas, UMNO takut pada tokeh judi dan arak yang menjadi sumber kewangan UMNO?
(sila rujuk: Isu Arak di Selangor: Pemuda UMNO Jangan jadi Munafik).
UMNO biar sahaja 3 orang Melayu/Islam duduk dalam Lembaga Pengarah Carlsberg dan dua orang Melayu/Islam dalam Guiness/Anchor.

(Untuk Guiness Anchor, rujuk http://www.gab.com.my/investor/ar_08 Board_of_Directors.pdf)

Padahal diorang boleh lantik BoD dari Bumiputra Sabah/Sarawak yang bukan Islam tapi diorang lantik orang UMNO juga.
Dia sebuk pasal PAS dengan DAP sedangkan di Selangor, arak tetap haram kepada orang Islam. Itu polisi yang jelas dan dipersetujui DAP.
UMNO ni hipokrit, munafik, talam dua muka, lidah bercabang, mengata dulang paku serpih, cakap tak serupa bikin.

Pemuda UMNO pula macam orang separuh tiang. Tak tau ke hulu, tak tau ke hilir. Pemuda PAS Selangor bijak sebab mereka tak termakan dengan pelawaan Pemuda UMNO Selangor untuk berdemo baru-baru ini.

Pemuda PAS Selangor sedia maklum bahawa UMNO adalah penipu no wahid. Jadi, tak perlu nak ikut mereka.


SUMBER DARI http://www.malaysiawaves.com/

0 comments: