THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES �

Wednesday, September 9, 2009

MAHKAMAH MALAYSIA

Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding dalam DUN di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah. Itulah yang telah diputuskan oleh Hakim Datuk Azahar Mohamed. Beliau telah memutuskan bahawa mahkamah tiada kuasa untuk mendengar permohonan saman Speaker Pakatan Rakyat, V Sivakumar terhadap Datuk R Ganesan berhubung dakwaan menyerang dan melakukan pemenjaraan salah pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak 7 Mei lalu. Menurut beliau lagi mahkamah tidak boleh campur tangan dalam keputusan yang dibuat oleh ahli-ahli DUN.

PERSOALAN
Pertamanya, saman dibuat untuk mendakwa Ganesan menyerang dan memenjarakan YB Sivakumar secara salah dan bukannya masalah 'perjalanan' dewan. Bagaimana jika berlaku pembunuhan antara ADUN dalam dewan? Adakah mahkamah tidak boleh campur tangan?


Kedua, menurut Hakim Datuk Azahar, Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan memutuskan bahawa mahkamah tidak boleh campur tangan dalam keputusan yang dibuat oleh ahli-ahli DUN tetapi memutuskan Ganesan sebagai Speaker sah DUN Perak. Bukankah itu merupakan campurtangan mahkamah?

Ketiga, Mahkamah Persekutuan pada 16 April 2009 telah membatalkan penggantungan yang dilakukan oleh Speaker yang sah ketika itu, V. Sivakumar terhadap Menteri Besar Perak, Zambry Abdul Kadir. Mana Artikel 72 tu?

Keempat, pada 11 Mei lalu mahkamah mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah bagi negeri Perak dan sehari selepas itu Mahkamah Rayuan telah mensucikan. Apa jadi dengan Artikel 72 ni?

Inilah persoalan yang bermain dibenak saya yang tidak pandai undang-undang Malaysia apabila membaca berita dari Mahkamah Malaysia ini.

KEHANDALAN SPRM

Saya telah diarahkan berbogel kemudian dipukul dengan batang besi, ditumbuk, disepak dan ditampar. Kemudian tapak kaki dan alat kelamin saya dirotan menyebabkan saya terkencing dan terberak kesakitan. Saya juga diserang oleh beberapa orang lelaki. Sebelum itu, saya telah digari dan dibawa ke bilik gelap.

Itulah peristiwa yang diberitahu oleh Sivanesan Tanggavelu, 22, sebagai saksi dalam perbicaraan inkues kematian Teo Beng Hock. Pengalaman yang menyeksakan itu telah di alaminya ketika disoal siasat oleh para pegawai penyiasatan SPRM Selangor.

Cerita kekejaman PDRM dalam menjalankan siasatan telah sering kita dengari. Kekejaman melalui penyiksaan bukan sahaja dilakukan terhadap tahanan jenayah tetapi juga terhadap tahanan politik termasuk yang ditahan di bawah ISA. Ada yang telah mati disebabkan oleh penyiksaan polis.

Sejak akhir-akhir ini kita dengar kekerapan pegawai penyiasat SPRM pula melakukan penyiksaan bagi mendapatkan pengakuan dari tertuduh. Ada juga saksi yang telah mati kerana "membunuh diri" bagi membantu penyiasatan bertukar menjadi tertuduh (itupun setelah mati). Oleh kerana kehandalan pegawai penyiasat SPRM ini mereka telah 'berjaya' membongkar satu tuntutan palsu berjumlah RM214.00 dari TBH (bukti diperolehi dari komputer peribadi). Dengan kecekapan latihan yang diterima juga mereka gagal menyelesaikan laporan-laporan penyalahgunaan wang negara yang bernilai jutaan ringgit. Kerana terlalu cekap juga mereka sering memaklumkan bahawa 'siasatan sedang dijalankan' dan akhirnya senyap jika ianya dilakukan oleh pemimpin UMNO B-end.

Begitulah kehandalan dan kecekapan SPRM.

JUDGE SLAPPING HIS OWN FACE?

By Kim Quek

A tragic yet hilarious court proceeding took place in the Ipoh high court on Sept 8 when the judge blatantly contradicts himself in dismissing a suit brought by Perak’s Pakatan Rakyat speaker against the state’s Barisan Nasional speaker (yes, two speakers in the Perak assembly).

Judge Azahar Mohamed rejected V Sivakumar’s suit to seek damages from R Ganesan for assault and false imprisonment during the chaotic and violent state assembly sitting on May 7. He said the court had no jurisdiction to hear the case due to Federal Constitution Article 72 stipulating that “the validity of any proceeding in any state assembly cannot be questioned in any court”.

And yet in the same breath he declared that “the decision of the legislative assembly to remove the plaintiff as speaker and to appoint the defendant was conclusive and had been fairly determined by the state assembly on May 7, 2009.”

Now, the crux of the entire contention between the two speakers is: who is on the right side of law in the violent tussle for the speaker’s chair on May 7? By declaring Ganesan as the rightful speaker, Judge Azahar is in fact making a legal judgment. Is that not a breach of Article 72? How come he has no jurisdiction to hear Sivakumar’s grievances but has jurisdiction to judge Ganesan as legal speaker? Is that not a contradiction of the highest order?

Apart from this atrocious double standard applied by the judge, the main flaw of the judgment is the inability to differentiate between assembly proceeding and criminal behaviour. What Sivakumar is seeking is redress for the unlawful physical violence inflicted on him. And Article 72 covers only businesses conducted in the assembly – not unlawful and criminal act.

Judge Azahar has therefore wrongly used Article 72 to come to his judgment. To make it very clear that this is the case, I will quote in full the relevant clauses in Article 72 (Clauses 1 & 2) and explain the reasons why.

Clause 1: “The validity of any proceedings in the Legislative Assembly of any State shall not be questioned in any court.”

Clause 2: “No body shall be liable to any proceedings in any court in respect of anything said or vote given by him when taking part in proceedings of the Legislative Assembly of any State or of any committee thereof.”

Note the operative words “proceedings” in Clause 1 and “anything said or any vote given” in Clause 2. It is abundantly clear what Article 72 refers to are the speeches and resolutions made in the assembly, not any criminal or unlawful act.

But what happened on May 7 was complete pandemonium and chaos in the assembly hall. There was no chance to conduct any business at all, least of all any resolution passed. In fact the only business done on that day was the address by the Perak Regent Raja Nazrin Shah.

And how was Sivakumar “replaced” by Ganesan during that pandemonium?

While Sivakumar was sitting in the speaker’s chair, hordes of police personnel entered the assembly hall, allegedly on Ganesan’s order, and physically lifted, carried, dragged and moved speaker Sivakumar into a room where he was forcibly detained until the assembly sitting was over. And as soon as Sivakumar was removed from the hall, police personnel escorted Ganesan into the hall and ushered him to the speaker’s chair, with police personnel making a line to stand guard in front of Ganesan to prevent any assemblymen from reaching the speaker’s chair.

The entire tragedy-comedy was stage-managed by the police, and it is therefore more appropriate to say that while Sivakumar was elected by the assembly through a reolution, Ganesan was physically planted into the speaker’s chair by the police. And that about sums up what happened on that tragic-hilarious day.

And since Judge Azahar appears to be so respectful of the constitutional principle of separation of power as demonstrated by his professed adherence to Article 72, is it not puzzling that he should have chosen to ignore completely the heinous violation of the doctrine of separation of power when hordes of police personnel invaded the assembly to physically replace one speaker with another? Is it not another shining example of double standard in the Malaysia Boleh tradition?

After the series of judicial decisions that appear to wantonly trample the constitution and the law following the shameful power grab in Perak, the latest low represented by Azahar’s decision makes us wonder how much lower our judiciary can sink into, as many more judicial decisions in the same series are still pending.

SUMBER DARI http://mt.m2day.org/

SPR, SPRM DAN PDRM

Oleh Zulkifli Yahaya

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan kerusi Dun Kota Seputeh kekal milik Dato' Abu Hassan Sarif dari BN.

Perkara 51, Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah menyebut bahawa seseorang ADUN yang tidak hadir dua mesyuarat berturut-turut membolehkan kerusi yang disandang dikosongkan. Abu Hassan telah dua kali berturut-turut tidak hadir sidang Dun iaitu 19 pada April dan 9 Ogos 2009.

SPR yang menerima notis kekosongan kerusi Kota Siputeh dari Speaker Dun Kedah, Dato' Dr Abdul Isa Ismail, terpaksa bermesyuarat sehingga lewat petang untuk mencari alasan bagaimana pilihanraya tidak boleh diadakan.

Alasan diberikan SPR ialah: "Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah (... mana-mana ahli dewan yang tidak hadir ke mesyuarat dewan dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, maka kerusinya hendaklah dikosongkan) tidak boleh disabitkan ke atas Abu Hasan kerana dua kali ketidakhadiran itu berlaku dalam dua penggal berlainan bukan dalam satu penggal yang sama."

Sementara itu, SPR turut menerima bukti surat sakit Adun tersebut sebagai alasan ketidakhadirannya ke sidang Dun.

Tugas asal SPR ialah mengadakan pilihan raya selepas menerima notis kekosongan dari speaker. Tapi di zaman Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak, speaker menjalankan tugas mahkamah iaitu mentafsir undang-undang. Undang-undang pula ditafsir supaya memenuhi selera nafsu serakah pemimpin BN.

Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah langsung tidak menyebut "... melainkan ketidakhadiran itu berlaku dalam dua penggal berlainan." Di mahkamah semua tafsiran hakim terhadap fasal dalam undang-undang adalah muktamad. Tetapi hakim hanya mentafsir berdasarkan undang-undang yang tertulis, dibaca dan difahami. 'Hakim' SPR ada 'keistimewaannya'. Mereka bebas menokok sendiri fasal dalam perlembagaan.

Cuba andaikan dalam fasal tersebut menyebut "... sekalipun ketidakhadiran itu berlaku dalam dua penggal berlainan" maka SPR akan mencari alasan lain pula. Mungkin SPR akan berkata, "walaupun berturut-turut tapi bulannya berlainan". 1001 alasan loyar buruk boleh diberikan oleh SPR, asalkan ia memenuhi kehendak BN.

SPR pernah dilihat tidak adil apabila enggan menerima notis kekosongan dua Adun Perak (Changkat Jering dan Behrang) pada 3 Februari 2009 lalu. SPR melakukan kerja tambahan iaitu dengan menyiasat kedua-dua Adun tersebut. Keputusannya, tidak kosong kerusi kerana surat perletakan jawatan yang ditulis lebih awal dan sekarang mereka sudah berubah fikiran.

Walhal, dalam kes di Kota Siputeh SPR tidak pula menyiasat kesahihan surat cuti sakit yang dikemukakan oleh Abu Hassan. Sebuah ahkhbar harian melaporkan Abu Hassan mempunyai satu program lain pada 9 Ogos. Jika benar, bermakna dakwaan sakitnya adalah palsu. Di negara ini amalan membeli sijil cuti sakit dari doktor adalah perkara biasa.

Cuba andaikan Adun Kota Siputeh adalah wakil PAS. Tentulah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tanpa disuruh-suruh akan pergi berjumpa doktor yang memberi surat cuti sakit tersebut. Doktor itu akan disiasat habis-habisan sampai berjam-jam.

Surat cuti sakit biasanya mempunyai nombor siri. Jika tarikh surat dikeluarkan terkebelakang dari tarikh surat yang sebelumnya, maka jelas berlaku penipuan. Penat jugalah doktor itu hendak menjelaskan, walaupun mungkin tidaklah sampai ke peringkat doktor itu terjun melalui tingkap pejabat SPRM.

Itu andaian kalau wakil Pakatan sandang ADUN Kota Siputeh. Tapi oleh kerana ADUN itu dari BN, maka tengok SPRM macam buat-buat pekak badak saja.

Dato' Seri Anwar Ibrahim pernah bangkitkan di Parlimen perihal SPRM yang menyiasat peristiwa tokoh BN sogok wang kepada Adun KeADILan disebuah hotel di Perai. Kononnya SPRM ada bukti rakaman. Tapi sampai sekarang senyap sepi. Yang didengar ialah penafian SPRM kononnya menukar pegawai yang menyiasat kes tersebut.

Begitu juga dengan Adun Lunas, Mohammad Radzhi Salleh, waktu jadi Exco heboh dalam media kononnya beliau telah lakukan penyelewengan dalam tuntutan dan sedang disiasat SPRM. Mungkin sepatutnya berita yang kita dengar selepas itu ialah Radzhi diheret ke mahkamah. Tapi babak itu tidak berlaku, sebaliknya beliau isytihar keluar parti dan sokong Najib. Apakah bermakna siasatan SPRM pun selesai di situ?

Isu lain yang dipanaskan oleh ahli-ahli politik ialah isu lanjutan tempoh perkhidmatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang akan berakhir 14 September ini.

Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar berkata, "Yang di-Pertuan Agong berkuasa penuh untuk menolak cadangan ini. Yang Dipertuan Agong pernah menolak cadangan Perdana Menteri sebelum ini untuk menyambung perkhidmatan Ketua Hakim Negara."

Katanya, gesaan itu dibuat berikutan kegagalan pihak polis menangani kadar jenayah yang semakin meningkat di negara ini. Itu alasan kuat untuk penyingkiran Musa. Tapi alasan tersirat ialah Musa menjadikan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bekerja untuk kepentingan BN. Polis bertindak agresif terhadap 100,000 rakyat (majoritinya penyokong pembangkng) yang menyertai Himpunan Membantah ISA 1 Ogos lalu. Tetapi begitu lunak terhadap penyokong Umno yang berarak ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dengan mengusung dan memijak kepala lembu. Tiada tembakan gas pemedih mata dan semburan Water Cannon terhadap mereka walaupun provokasi keagamaan yang dilakukan sangat keterlaluan.

Dr Mohd Hatta Ramli menang dalam samannya terhadap PDRM kerana menghalang ceramah yang diadakan di markas PAS Muazam Shah. Hakim membuat keputusan bahawa himpunan yang diadakan di markas itu tidak menyalahi undang-undang. Bermakna sejak berpuluh tahun PDRM mencabuli undang-undang apabila bertindak sewenang-wenangnya terhadap ceramah yang diadakan di markaz PAS atau rumah persendirian. Mereka bekerja untuk kepentingan politik BN.

SPR, SPRM dan PDRM adalah gabungan tiga serangkai yang dilihat menjadi perkakas BN dalam mempertahankan kuasa. Tindakan mereka selari dengan kehendak BN, bukan hanya kebetulan. Kenyataan-kenyataan yang menyokong tindakan mereka pula banyak yang melucukan. Nampak dibuat-buat. Teringat komedi klasik The Three Stooges, buat lawak asyik-asyik ketuk kepala dan sepak punggung kawan. Macam orang bodoh.

SUMBER DARI http://www.detikdaily.net/v5/


Tuesday, September 8, 2009

RPK ON N31

What will we see this coming by-election? Well, there are many factors to consider. First, of course, would be the candidate. Field the wrong candidate and we shall see a repeat of what happened in the recent by-election in Penang.

Next would be whether PAS can close ranks and unite because it appears like PAS is very badly split down in Negeri Sembilan.

One more factor would be the 5,000 plus postal votes from that state constituency (out of 7,000 postal votes for the Teluk Kemang parliamentary constituency, which Bagan Pinang comes under). That represents about one-third the total number of registered voters. If there is a free and fair election, and if the Election Commission (SPR) does not, as usual, ‘switch’ ballot boxes, then the opposition has a good chance of grabbing that seat. If not, then the fake postal votes would give Barisan Nasional a win with a majority of at least 2,000-3,000 votes.

Note that the number of Malay voters in this constituency is about two-thirds, which means most would come from the postal votes. There are about 10.5% Chinese voters, 19.9% Indian voters, and 3.5% others. This is an ideal breakdown for the opposition, if not for the 5,000 plus postal votes that can be manipulated in Barisan Nasional’s favour.

In 1999, Ruslam Kassim, the opposition candidate from PKR, won the majority of the postal votes in that parliamentary constituency, which the Bagan Pinang state seat comes under. In 2008, Datuk Kamarul Baharin Abbas, the Member of Parliament for Teluk Kemang and PKR’s head for Negeri Sembilan, lost that state constituency by only 2,000 plus votes in spite of the more than 7,000 postal votes.

So, Pakatan Rakyat still has a chance of winning that seat if they can keep those postal votes under control. Then the loss by a majority of 2,000-3,000 may instead be transformed to a win with a 1,500-2,000-vote majority.

That is my prediction if Pakatan Rakyat can address those three main issues above.

One thing to note is that in 2004 Barisan Nasional garnered 74.38% of the total votes cast while in 2008 it garnered only 58.93%. That is a large drop in share of votes. And the Barisan National majority of 2,333 for 2008 (down from 4,411 in 2004) include the more than 5,000 postal votes.

In a fair and free election, that seat is clearly an opposition seat. Come on Pakatan Rakyat. Give us a win with a majority of at least 1,500-1,800 votes. Of course, more would be better -- say 2,200?


SUMBER DARI http://mt.m2day.org/

BN PENING DI BAGAN PINANG

Oleh Lim Hong Siang


Barisan Nasional terpaksa berdepan dengan pilihan raya kecil ke-9, selepas kecundang tujuh kali berturut-turut di Semenanjung Malaysia. UMNO-BN bukan sahaja mengekalkan kekalahan dalam PRU ke-12 di kawasan milik Pakatan Rakyat, malah kehilangan kerusi Kuala Terengganu yang asalnya dimenangi dengan majoriti 628 undi.

DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan meletakkan UMNO-BN dalam keadaan yang lebih selesa, dengan majoriti 2,333 undi memihak kepada BN dalam PRU ke-12. Walaupun dari struktur pengundi memperlihatkan satu pertiganya terdiri daripada bukan-Melayu (India 20%; Cina11%), namun kelebihan BN terletak pada "undi pos", yang merupakan satu pertiga daripada jumlah undi keseluruhannya.Oleh itu, PR sebenarnya lebih sukar untuk menembusi "kubu selatan" UMNO-BN ini. "Keselesaan" BN ini datang dengan risikonya.

Seandainya PR berjaya menghakis secara besar-besaran majoriti BN, maka regim ini perlu menyedari bahawa paras oksigennya semakin menurun ke "selatan". Tetapi seandainya PR berjaya memecahkan tembok di Negeri Sembilan, maka kemungkinan "orang selatan" bakal menarik nafas udara segar dalam PRU ke-13. BN terpaksa berdepan dengan realiti bahawa krisis kredibiliti dirinya belum berakhir, walaupun Abdullah Ahmad Badawi yang dipersalahkan sebelum ini telah menyerahkan kuasa.

Pertikaian integriti calon "Saya berharap pengalaman pilihan raya kecil sebelum ini dijadikan sebagai iktibar kepada kita, kepada pemimpin Umno dan BN tentang apa yang harus kita lakukan (untuk mencapai) yang terbaik," demikianlah ulasan Perdana Menteri, Najib Razak berhubung pilihan raya kecil yang bakal berlangsung.UMNO-BN semestinya dihampakan dengan keputusan pilihan raya kecil Permatang Pasir, apabila PAS-PR berjaya mempertahankan "kubu Anwar Ibrahim" walaupun dilontarkan dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan.

Selain itu, UMNO-BN terpaksa mengaku silap apabila meletakkan Rohaizat Othman (gambar di kanan) sebagai calon, mencungkil pertikaian integriti dan keperibadian calon tersebut. PR tidak menghadapi banyak kesukaran untuk menundukkan musuh politik yang imejnya tercalar. Speaker DUN Selangor, Teng Chang Khim pernah menyindir dalam satu ceramah ketika berkempen, UMNO-BN gagal mencari walau satu calon yang sesuai dari ahlinya di seluruh Malaysia, untuk bertanding di Permatang Pasir! Bukan sekadar sindiran dari musuh politik, malah tokoh veteren dalam UMNO sendiri, Tengku Razaleigh Hamzah mempertikaikan pemilihan calon sebegini. Mohd. Isa Samad bakal calon? Kini, desas-desus tersebar luas bahawa Mohd Isa B Hj. Abdul Samad bakal diturunkan sebagai calon UMNO-BN di Bagan Pinang. Tokoh veteren ini mempunyai kelebihannya sebagai bekas Naib Presiden UMNO, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, malah bahang pengaruhnya dikatakan masih hangat di Bagan Pinang. Cuma, Mohd Isa pernah disingkirkan dari kerusi ketiga dalam UMNO, setelah didapati bersalah kerana terlibat dalam politik wang semasa pemilihan UMNO tahun 2004. Mohd Isa digantung keahlian UMNO-nya selama tiga tahun sehingga 23 Jun 2008. Beliau sempat masuk semula ke gelanggang untuk bertanding sebagai naib presiden tahun ini, tetapi gagal akhirnya.Oleh itu, UMNO-BN kini menghadapi dilema ketika memilih calon. Mohd. Isa mungkin tokoh yang berpengaruh di tempatan, tetapi imejnya yang tercalar boleh dijadikan sasaran serangan dari pihak musuh. "Sekali lagi, UMNO-BN gagal meletakkan seorang calon yang berintegriti untuk memikat undi rakyat", "ini bukti paling kukuh bahawa UMNO-BN belum bersedia untuk berubah setelah dihukum oleh pengundinya sejak 8 Mac 2008," Demikianlah kata-kata yang dijangka akan terkeluar dari mulut pemimpin PR, seandainya Mohd. Isa tampil sebagai calon akhirnya. Dilema UMNO-BNNamun demikian, seandainya UMNO-BN meletakkan calon selain Mohd.Isa atau anak beliau, maka parti ini perlu mengambil risiko seandainya Mohd. Isa bertindak untuk sabotaj kempen UMNO. Sekiranya ketidakpuasan Mohd. Isa meledak bersama pengaruhnya, maka kemungkinan UMNO akan merasai kepedihan. Tetapi, jikalau Mohd.Isa kembali dengan "pengaruhnya", mungkinkah beliau membuka babak baru pergelutan kuasa dalam kerajaan Negeri Sembilan? UMNO-BN semestinya lebih cermat untuk menghadapi pertarungan ke-9 ini. MCA kini bercelaru dengan pergelutan kuasa yang berlaku di dalam parti, sementara komuniti India mungkin masih membara dengan isu perarakan yang mengheret kepala lembu. Daripada perkiraan sedemikian, UMNO perlu bergantung kepada undi Melayu untuk menang dalam pilihan raya kecil ini. Walau bagaimanapun, UMNO-BN masih mampu menang dengan memecah-belahkan undi PR, mungkin melalui calon berkaum India yang ditaja secara tidak rasmi, untuk merangkul undi komuniti India. Kita pernah menyaksikan senario "calon paling banyak" dalam pilihan raya kecil Bukit Selambau, April 2009, walaupun akhirnya gagal meleraikan kemenangan PR. Namun, keadaan mungkin berbeza selepas insiden Kampung Buah Pala di Pulau Pinang, dan isu pemindahan kuil Hindu di Shah Alam, Selangor. Tokoh Hindraf telah menyatakan ketidakpuasan mereka terhadap PR secara terbuka, dan mempertikai keikhlasan PR menyelesaikan masalah.

Mempertahankan majoriti kerusi untuk UMNO-BN, kerusi Bagan Pinang wajib dipertahankan supaya tidak membuka celah kepada PR yang mengintai kuasa kerajaan negeri ini. BN kini berada dalam kedudukan 21-15 kerusi mengatasi PR. Seandainya jurang ini dirapatkan sehingga 20-16, maka PR hanya memerlukan tiga lagi kerusi untuk mengambil alih kerajaan Negeri Sembilan, mengikut permainan "lompat-melompat" parti. Kerajaan BN Negeri Sembilan pernah disebut akan tumbang sejak tahun 2008 lagi. Malah, pada ambang 16 September tahun lepas, khabar angin kencang bahawa kerajaan BN di negeri ini bakal ditumpaskan, walaupun mungkin kerajaan pusat belum digulingkan. Sehinggalah Februari tahun 2009, Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak, Ngeh Koo Ham masih cuba "berperang saraf" dengan kerajaan BN apabila mendakwa kerajaan Negeri Sembilan bakal jatuh ke tangan PR. Namun, perkembangan seterusnya menjadi dramatik apabila kerajaan negeri PR Perak sendiri ditumbangkan melalui rampasan kuasa dengan "melompat parti". Kemelut Perak masih bergelora sehingga kini... apa pula Bagan Pinang seterusnya?

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Melayu.

Monday, September 7, 2009

5 RUKUN UMNO B-END

Akhbar Malay Mail hari ini menyiarkan pengakuan dari bekas orang kanan MIC yang mendakwa telah menipu dalam pemilihan parti 31 tahun lalu. Baca laporan di bawah.

Ex-MIC strongman says he ‘cheated’ in 1977 party polls

(The Malay Mail, 7 September 2009) – FORMER MIC strongman Datuk V. Govindaraj has made public a dark secret that could have altered the presidency of the party.

Govindaraj has confessed that he pocketed 30 votes meant for Datuk S. Subramaniam in the contest for the deputy president’s post against Datuk Seri S. Samy Vellu 31 years ago.

Subramaniam ended up losing to Samy Vellu by a mere 26 votes and the latter became president when then president Tan Sri V. Manickavasagam died in 1979.

Terdapat 5 rukun yang jelas jadi amalan oleh mana-mana komponen dalam B-end untuk membolot kuasa. Pertama, menipu dalam pemilihan. Kedua, menfitnah pihak lawan. Ketiga, merasuah pemilih. Keempat, ugutan kepada pemilih. Kelima, salah guna sepenuhnya kuasa yang ada.

Rukun yang telah tertanam sekian lama dalam parti B-end ini juga dibawa dan diamalkan dalam setiap pilihan raya umum atau pilihan raya kecil yang melibatkan rakyat keseluruhannya. UMNO ke, MCA ke, MIC ke dan semua yang seangkatan dengannya menggunakan kaedah dari rukun yang sama. Jom lihat amalan ini dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang.

RPK STRIKES BACK

By Leslie Lau

Fugitive blogger Raja Petra Kamarudin is taking his fight to the government with a series of video interviews that are expected to be posted on the Internet from this Thursday.

His popular Malaysia Today website began airing a trailer yesterday to promote the video interviews. In the short trailer, RPK, as he is popularly known, is shown talking about what he claims is government persecution against him.

“They already decided on my crime and the punishment I am getting without investigations,” he is shown saying.

He also comments on the continuing debate about Islam. He says in the trailer: “Muslims are the biggest enemies of Islam, not the kafir (infidels).”

The Malaysian Insider understands that the interview lasts for up to two hours, but is likely to have been edited down into a number of shorter segments.

It is unclear where the video interviews were recorded. RPK’s whereabouts remain a mystery.

Malaysian police are seeking the help of Interpol to apprehend him, suggesting the authorities believe he is overseas.

RPK went on the lam in April when he failed to turn up for his sedition trial. There is also a second warrant of arrest issued against him for failing to turn up for his criminal defamation trial in May.

Despite being a fugitive, RPK continues to taunt the authorities and remains a thorn in the side of the administration of Datuk Seri Najib Razak.

Both his sedition and criminal defamation trials are related to his allegations that Najib was involved in the murder of Altantuya Shaariibuu, the former mistress of the prime minister’s associate.

RPK continues to write regularly on his Malaysia Today website, giving his take on political developments and criticising the police and the Barisan Nasional (BN) government.

According to a news report in May, police said they believed RPK was in Brisbane, Australia, together with his wife.

But in July, a Sessions Court was told that RPK was believed to be in the country and not in Australia as reported by the media.

Deputy public prosecutor Mohd Dusuki Mokhtar said police investigation revealed that RPK, 59, had never left the country.

It is unclear if the video interviews will offer any clues as to RPK’s whereabouts.

SUMBER DARI http://www.themalaysianinsider.com/


Sunday, September 6, 2009

PR IS DIFFERENT

After decades of politics MCA-style, the experience of just over a month of fiery Opposition politics has been nothing short of a major culture shock for former party stalwart Datuk Chua Jui Meng.

For once, he is finding his oratory skills can be put to good use and people actually listen to him in rapt attention during ceramahs.

Those who turn up also do not seem to expect free handouts like transportation, food, money or goodie bags.

In fact, many appear willing to travel some distance to attend such rallies.

This was evident during the ceramah at the Tow Boo Keong hall here on Saturday night where more than 1,000 supporters gathered to listen to a star-studded line-up of speakers, which included Chua himself, Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, PKR vice-president R. Sivarasa and Parti Keadilan Rakyat strategic director Tian Chua.

In his speech, Chua, who not too long ago had adamantly said he would never leave the MCA for PKR, said such a sight was enough to convince him he had indeed made the right move to leave.

“I woke up on Merdeka morning and told my wife who was lying down beside me — I feel good and so young today — and I knew what made me feel that way.

“When I joined the PKR, it was after a long struggle for me. It was not easy to leave and join a new pathway.

“But after that decision, I suddenly began to feel…like how you felt when you voted for the Opposition… I felt free,” he said, to thunderous applause.

The former MCA man claimed he had never before experienced such “heart-warming” and overwhelming response for any political function in his political career until the day he joined PKR.

“I was in Permatang Pasir, helping with the by-elections and it was so amazing, so overwhelming to see the crowd come together.

“It is so heart-warming to see people of different races actually sitting together and working together and getting along — and they all want change,” he said in a press conference after the function.

His eyes lit up when reporters asked if he would be instrumental in the coming by-election for the Bagan Pinang state seat in Negeri Sembilan.

“Yes, yes, I will be there to contribute. Definitely,” he firmly said.

In fact, Chua is also confident that more would follow in his footsteps and leave the MCA to join a Pakatan Rakyat component party.

During the function earlier, a total of 600 applications for PKR memberships, signed by Barisan Nasional members, were handed over to Anwar.

Of the lot, at least 400 were from MCA, and officials claimed they comprised a former elected representative, a former division deputy chairman, scores of central delegates, divisional party post holders and members.

“It is no surprise that so many would join us from MCA. We expect that this wave is only just the beginning,” said Chua.

He added that the crossovers only mirrored the fact the party members were finally waking up to see that MCA was only a space-filler in the Barisan Nasional structure.

“We are only there to say yes and to take up some spots in the Cabinet and in the Government.

“MCA does not rule the nation. In the end, it is Umno that leads Malaysia, under the name of the BN,” he said.

Chua said that MCA could probably stand a better chance of survival if it abandoned the coalition and stood on its own.

During the function, Umno strongman Datuk Dr Abdul Malek Md Hanafiah, who is a former Perak state executive councillor, former Kamunting assemblyman and former Taiping Umno division chairman, was also seen confidently strolling into the temple hall shortly after Anwar’s arrival, to loud applause from the people.

Anwar however said that Abdul Malek was “yet to make any crossover announcement.”

SUMBER DARI http://www.themalaysianinsider.com/

KISAH SEORANG MUALAF

Saya telah membaca kisah seseorang yang mengaku sebagai mualaf di sebuah laman blog yang baru di'post' sebentar tadi. Sebelum ini saya telah membaca 'post' yang sama di beberapa laman lain, beberapa kali dan beberapa tahun lalu. Saya tidak pasti sama ada Saudara Johanis yang memeluk Islam itu benar-benar wujud ataupun tidak. Bagaimanapun kita bersyukur jika ianya benar. Saya juga pernah berjumpa dengan seorang anak muda berusia belasan tahun dari Sabah pada tahun 1980an di Melaka yang memeluk Islam dari agama asalnya iaitu Kristian tetapi bukan Farhan (atau Johanis yang dimaksudkan). Pemuda ini mengikuti aktiviti Tabligh pada ketika itu. Waktu itu saya juga masih bersekolah menengah. Banyak pengajaran dan cerita yang saya perolehi dari anak muda ini dan ianya masih dapat saya ingati.

Untuk pengetahuan pembaca, saya bukanlah seorang yang pakar dalam hal ehwal berkaitan agama Islam walaupun saya penganut Islam dari dilahirkan. Ibu bapa saya seorang Islam. Datuk dan nenek serta moyang saya juga beragama Islam. Walaupun saya mendapat pendidikan di sekolah Katolik yang berpengetuakan seorang paderi tetapi saya tidak pernah diajar apa-apa berkaitan dengan Kristian.

Pada bulan Julai yang lalu, saya telah mendengar ceramah yang disampaikan oleh Bro. Idris Tawfiq bertajuk "Journey to Islam". Bro. Idris telah berkhidmat sebagai padri Roman Katolik selama 20 tahun sebelum memeluk Islam. Beliau kini telah banyak memberi ceramah dan menulis buku tentang Islam. Beliau telah bergerak menyampaikan dakwah Islam ke serata dunia. Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan penceramah ini, sila lawat laman http://www.idristawfiq.com/

Berbalik kepada cerita 'Farhan Bin Abdullah' yang menyatakan bahawa 'Holly Water' digunakan untuk memurtadkan orang Islam dan mendakwa ianya dibuat dan dijampi di Vatican City amatlah diragui. Dalam ceramah yang diberikan oleh Bro. Idris, saudara saya iaitu Major (B) Azmee Ahmad telah bertanyakan soalan berhubung 'Holly Water' ini. Menurut Bro. Idris, 'Holly Water' ini adalah air biasa yang dijampi oleh paderi dan tidak mempunyai sebarang keajaiban sehingga boleh menyebabkan orang hilang ingatan atau boleh memurtadkan orang yang meminumnya. Menurut beliau lagi, kita boleh meminumnya 'berkolah-kolah' kalau kita mahu. Air ini tidak ada sebarang kuasa untuk 'memukau' sesiapa.

Menurut Bro. Idris juga, ianya seperti amalan kita orang Islam dengan 'air yasin'. Bezanya, penganut Kristian menjampi air ini mengikut kepercayaan agama mereka. Masalahnya sekarang adalah apabila orang Islam yang bercakap berkaitan dengan agama lain tetapi tidak mempunyai pengetahuan tentangnya dan begitulah sebaliknya. Di sini saya berpandangan, janganlah kita mengeluarkan kenyataan yang tidak betul walaupun niat kita baik sebab nanti ada pihak yang mentertawakan kita.

Dari pengalaman dan pemerhatian saya, ada antara orang Melayu Islam yang suka 'bercerita' tentang perkara-perkara yang tidak masuk akal. Saya penuh yakin terdapat perkara yang tidak dapat difikirkan oleh manusia berhubung sesuatu hukum dan amal yang diperintah oleh Allah s.w.t. tetapi bukan dari kita manusia biasa. Ada juga antara kita yang suka menokok tambah beberapa peristiwa supaya nampak lebih 'real'.

Dalam konteks ini saya tidak tahu dan tidak faham tujuan cerita tersebut disebarkan.

Percayalah dan yakinlah, 'Holly Water' ini tidak sehebat mana dan tidak mempunyai sebarang kuasa. Sebagai umat Islam, kita mesti yakin dan percaya bahawa Allah s.w.t yang maha esa dan maha berkuasa ke atas segalanya. Dalam kerja dakwah, kita seharusnya jujur. Tiada apa-apa tentang Islam perlu disembunyikan. Tiada perkara berkaitan tentang Islam perlu dimanipulasikan. Bersikap telus dan jujurlah agar Islam dapat dikembangkan dengan baik dan harmoni. Apa yang penting kita laksanakan hukum Allah yang telah ditetapkan.


Wallahualam.

UMNO BERMIMPI JADI JUARA

Pakatan Rakyat (PR) mula mengambilalih pemerintahan di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak selepas Pilihan Raya Umum Ke 12, (Mac 2008). Walaupun PR mempunyai dasar, program dan visi yang jauh berbeza dari UMNO B-end namun untuk membuat perubahan itu bukanlah sesuatu yang mudah. Aspek perundangan, prosidur dan jentera yang sedia ada dan telah lama berjalan sukar dipinda. Persepsi dan amalan serta budaya yang telah tertanam selama lebih 50 tahun tidak mudah diubah. Sikap pemimpin dan penyokong UMNO B-end yang telah lebih 50 tahun memerintah juga tidak mudah menerima perubahan sebagai pembangkang. Mereka 'terperanjat beruk' bila tidak lagi mempunyai kuasa walhal kuasa yang terdapat pada negeri hanyalah sedikit berbanding dengan kuasa di peringkat persekutuan. Bayangkan jika UMNO B-end gagal dapatkan mandat rakyat di peringkat persekutuan. Mereka akan jadi sasau, hilang ingatan atau mungkin jadi gila.

Lihat pada isu-isu babi, tanah, penempatan, arak dan yang terkini kuil. Semua perkara ini bukannya wujud selepas PRU 12 tetapi telah muncul lama dulu semasa pemerintahan UMNO B-end. Tetapi apabila perubahan hendak dilakukan maka ianya dijadikan isu sehingga boleh mengancam keamanan dan keselamatan negara.

Penternakan babi di Malaysia bukan bemula pada Mac 2008 atau selepas itu tetapi telah berjalan sejak bertahun-tahun lalu semasa pemerintahan UMNO B-end lagi. Penternakan babi bukan sahaja dijalankan di Selangor tetapi di semua negeri di Malaysia tetapi menjadi isu di Selangor apabila kerajaan PR cuba membaiki kaedah penternakan. Isu ini dibuat oleh UMNO B-end. UMNO B-end seolah-oleh lebih rela membiarkan rakyat khasnya orang-orang Melayu di kampong-kampong menikmati limpahan yang tercemar dari kandang-kandang babi dari kaedah yang lebih sistematik. Sudah tentu kandang yang lebih sistematik itu lebih besar dari yang sedia ada kerana ia lebih ekonomik dan kandang-kandang yang kecil di merata-rata tempat akan ditutup dan diletakkan di satu kawasan. Bukankah ini lebih baik? Tetapi mereka cuba menjadi juara kaum Melayu sedangkan banyak kawasan Melayu seperti di Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Johor dan lain-lain di bawah pemerintahan UMNO B-end mempunyai kandang-kandang babi yang 'tidak tersusun' dan sentiasa tercemar. UMNO B-end lebih suka dan gembira melihat orang-orang Melayu 'menikmati' air dan najis dari ternakan babi melimpah ke parit, sungai atau laut yang akhir digunakan oleh penduduk untuk kegiatan harian. Lagipun lebih bertebaran kandang-kandang babi ini, UMNO B-end lebih untung kerana lebih banyak cawangan-cawangan UMNO boleh dapatkan sumbangan dari penternak-penternak untuk kegiatan mereka. Jika kandang ini diletakkan di satu tempat saja, mungkin satu cawangan atau bahagian UMNO saja yang dapat manfaatnya. Dengan itu, adalah menjadi strategi UMNO B-end agar kandang-kandang ini perlu diletakkan di merata tempat.

UMNO B-end lebih rela melihat rakyat tidak mempunyai tanah dan untuk membuat penempatan mereka lebih berminat supaya rakyat tinggal di tanah yang berstatus TOL. Dengan demikian kerajaan UMNO B-end lebih mudah mengugut rakyat supaya menyokong mereka dalam pilihan raya. Jika keadaan memerlukan, mereka boleh membatalkannya dan rakyat akan merempat tanpa tanah untuk didiami. Lihat saja contoh di Perak apabila kerajaan PR memberikan hak milik kepada rakyat miskin. UMNO B-end telah menjadikannya isu perkauman sedangkan bukan sahaja kaum Cina yang mendiami kampong-kampong baru memperolehi hak milik tetapi orang-orang Melayu yang mendiami kampong tersusun juga diberikan hak. UMNO cuba menjadi juara kaum Melayu apabila penduduk kampong baru mendapat hak milik sedangkan banyak sudah tanah-tanah Melayu dan tanah kerajaan telah mereka diberikan kepada tauke-tauke Cina dengan alasan pembangunan dan kemajuan. Pemberian tanah kepada tauke-tauke Cina ini lebih menguntungkan UMNO B-end kerana mereka boleh mendapat 'sumbangan' untuk diri mereka dan kegiatan parti. Memberikan tanah kepada rakyat miskin tidak akan memberi apa-apa manfaat kepada mereka atau parti mereka kerana mereka tidak akan dapat apa-apa imbuhan.

Penempatan tanpa geran untuk pembangunan juga menjadi isu UMNO B-end. Lihat saja kes Kampong Buah Pala di Pulau Pinang. Urusan membangunkan kampong tersebut telah dilakukan sejak zaman UMNO B-end memerintah lagi tetapi terpaksa ditanggung oleh kerajaan PR. UMNO B-end pula telah mengambil kesempatan menjadikan ianya sebagai isu besar. Isu-isu seumpamanya banyak berlaku di Malaysia seperti di Pletong, Johor Baharu, Kg. Berembang, Selangor dan lain-lain tempat tetapi disenyapkan. Isu ini menjadi perkara yang begitu besar apabila ia berlaku di Pulau Pinang dan UMNO B-end telah cuba menjuarainya dengan menggunakan media arus perdana. Bandingkan berita-berita di Kampong Berembang contohnya. Beritanya hanya satu atau dua kali sahaja disiarkan itupun tidak disensasikan tetapi apabila ianya berlaku di Kampong Buah Pala, ianya disiarkan setiap hari, berminggu-minggu dan berbulan-bulan. Ini adalah disebabkan Kampong Buah Pala pada ketika ini diperintah oleh PR berbanding Kampong Berembang yang diperintah oleh UMNO B-end pada ketika itu.

UMNO B-end memang pandai mengambil kesempatan kepada apa saja isu termasuklah isu jualan arak di Selangor. Mereka cuba memecahbelahkan PAS dan DAP khususnya dan PR umumnya dalam isu ini. Mereka cuba menjadi juara dalam hukum Islam walhal segala permit diluluskan oleh puak mereka. UMNO B-end ini tidak pula membatalkan atau menghalang penjualan arak semasa pemerintahan mereka. Di negeri-negeri lain termasuk persekutuan, tidak pula mereka berdemonstrasi untuk membantah jualan arak. Mereka begitu hipokrit dalam isu ini disamping ingin jadi juara Islam kononnya. Tidakkah Pemuda UMNO ini sedar, selama ini permit pengeluaran dan penjualan araklah selain dari judi yang banyak membantu mereka bergerak. Tahukah mereka dari mana datangnya hasil yang diperolehi oleh pemimpin-pemimpin UMNO B-end untuk mereka menjalankan aktiviti-aktiviti bagi cawangan, bahagian, perhubungan negeri dan pusat? Cubalah kamu selidiki.

Yang muthakhir sekali mereka ingin jadi juara orang-orang Melayu @ Islam dalam isu kuil di Seksyen 23, Shah Alam. Isu yang boleh diselesaikan dengan baik telah disensasikan hingga menjadi isu perkauman dan penghinaan terhadap penganut agama Hindu. Tindakan samseng yang ditunjukkan oleh pemimpin dan penyokong UMNO ini langsung tidak menggambarkan budaya sebagai orang Melayu dan tatasusila orang Islam. Jikapun UMNO B-end tidak mahu menghormati Tan Seri Khalid kerana beliau dari PR tidak menjadi masalah tetapi mereka mesti hormati beliau sebagai Menteri Besar yang dilpilih oleh rakyat. Nampak sangat orang-orang UMNO B-end diajar bersikap biadap dan kurang ajar. Sikap dan tingkahlaku ini boleh menimbulkan ketegangan kaum dan huru hara dalam negara. Malang bagi kita sehingga kini (atau selamanya) apabila pihak berkuasa tidak menguatkuasakan undang-undang yang ada terhadap mereka dari UMNO B-end ini tetapi akan sedaya upaya dan bersungguh-sungguh mencari alasan untuk menghukum jika dilakukan oleh pemimpin atau penyokong dari PR.

Walau apapun yang berlaku dan dilakukan oleh UMNO B-end sejak akhir-akhir ini atau setelah kalah dalam pilihan raya lalu, sebenarnya mereka tidak mendapat lagi sokongan rakyat. Untuk mengembalikan pengaruh dan mendapatkan kuasa, mereka sanggup melakukan apa saja dan demi kuasa UMNO bermimpi untuk menjadi juara.

Saturday, September 5, 2009

UNDERSTAND???

I’ve figured it out. Yes, I have. The whole problem here is that people are misinformed. Everything is just a misunderstanding.

That’s how the organisers didn’t know about a cow’s head being brought to the protest against the Hindu temple in Shah Alam. Somebody must have gotten his dates wrong and thought it was Hari Raya Korban instead of Puasa. So he brought the best part of the cow to the party. Just unfortunate it turned out to be a party about a Hindu temple.

Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein was also probably not briefed about the situation properly by his aides. Because he said, “If it can be resolved quickly and can be done with both sides understanding each other ... why would we want to penalise anybody?”

He also said that it was all down to negative publicity and being linked to racial sentiments when the protestors were not being racist at all. He must have thought it was a business deal concerning a plot of land since the protestors wanted to meet the Hindu Sangam guys.

Nobody told him that what had happened was actually all about race and religion and it was unlikely that any meeting would include some masala chai.

Nobody.

At all.

Only after people asked him to resign did he realise the true situation. That’s why he changed his tune later and said that police have investigated and now wants those responsible charged. See, he actually knows what to do if he is properly informed.

Same with the police. They must have not really known what was going on when the 50 protestors popped up that day. In their heads, they have only been briefed about what to do when it is thousands of protestors. Because there are so many, you have to shoot water cannon and tear gas la, even up the odds a bit.

When so few, what do you do? Nobody informed them about how to deal with small crowds, you see.

Nobody.

At all.

I bet even the Attorney-General is confused. Maybe he feels he shouldn’t charge Muslims during Ramadan. Tan Sri Gani Patail must know that in Malaysia there is no right to gather and protest peacefully. The issue, now, is protesting violently and threatening bloodshed. How? Usually if it is something harmless only he knows. Also nobody informed him what to do about this sort of thing.

You got it. Nobody at all. Not even his professor at law school.

This is just one incident and one example. Actually, all the issues in this country can be blamed on misunderstanding.

Just like PAS Youth protesting having the Michael Learns to Rock concert during Ramadan. Of course, at face value, you think it is some Satanic heavy metal group. Rock ma. Actually, it is only some soft pop ballads.

If it was some anti-Islam music, then yes, you should not have the concert at all, never mind during Ramadan. Actually, Michael just wants to tell you he’s not an actor or a star and he would make a good father to a sleeping child.

So we should listen to Tun Dr Mahathir Mohamed who suggested Chinese papers should be in Malay. See, then everyone can understand Chinese issues.

Next, English papers should also be in Malay. Then Chinese and Tamil and English songs and movies. All dub into Malay. No more misunderstanding. We should also get rid of Malay words with more than four syllables. So difficult to understand, isn’t it? What is “memperkasakan”? Goodness.

After that nobody will misunderstand each other anymore. Everyone will understand.

No more racism. No more protests and riots, no more Western immorality.

This is the solution. Understand?

SUMBER DARI http://themalaysianinsider.com.my

5,000 POSTAL VOTERS IN BAGAN PINANG

PAS today called on the Election Commission to allow postal voters to vote like regular constituents during the impending Bagan Pinang by-election in Negeri Sembilan. In announcing that the party would contest the seat, party president Datuk Seri Abdul Hadi Awang also voiced doubts over whether the results of the by-election would truly represent the people’s choice, in view of the high number of postal voters in the constituency. This, he said, was why the EC needed to change the postal voting process and clear all doubts over the “cleanliness” of the votes cast during elections.

“I call on the new EC chairman to make some changes in the system and I am not talking about cosmetic changes. “We still doubt postal votes because we know that postal voters like the army and the police are not given a free hand in voting.

“This is why postal votes are always considered unclean votes,” he said after praying with Perak PAS leaders at Surau Al-Ikhlasiah here this evening.

Abdul Hadi said that if the EC revamped the system and allowed postal voters to cast their votes like any other constituent, this would ensure some amount of fairness, transparency and democracy in the voting process.

“We want them (postal voters) to even be given the right to attend political campaigns and ceramahs without being stopped by certain quarters.

“If possible, we want political parties to be allowed to come and keep watch over the postal voting process and we want their votes to be kept truly secret,” he said.

He added that postal voters should not be placed under pressure, be subjected to threats or feel worried and stressed when casting their votes for the candidate that they truly supported.

Abdul Hadi’s concerns stem from the fact that there are over 5,000 postal voters in the Bagan Pinang constituency of Negeri Sembilan.

“This is a very high number. In the previous elections, Barisan Nasional won with over 6,000 votes while our candidate obtained about 4,000 votes.

“Who knows, if not for the postal votes, the margin would have been about 1,000? Or maybe even less?” he said.

Despite this, Abdul Hadi said the party was still confident changes could be made and PAS could emerge victors in the country’s ninth by-election.

“We hope that even though they are voting under stress, we may still win some of the postal votes.

“We will be holding a political meeting this coming Monday to hear a briefing by the Negeri Sembilan PAS. Insyaallah, we will contest the seat,” he said.

The Bagan Pinang assemblyman, BN’s Azman Mohd Noor, passing on Friday, paves the way for the country’s ninth by-election since Election 2008.

In the March 8 elections, he had garnered 6,430 votes over PAS Ramli Ismail’s 4,037, earning him a 2,333 vote-majority win.

SUMBER DARI http://www.themalaysianinsider.com

DATA PENGUNDI DUN BAGAN PINANG

Berdasarkan data pilihan raya umum ke 12 (Mac 2008), Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang mempunyai 14,192 pengundi yang terdiri dari 66% Melayu, Cina (10.5%), India (19.9%) dan lain-lain (3.5%).

DUN ini mempunyai 4,925 pengundi pos. Mereka adalah dari Pusasda Kem Si Rusa (1,903 undi), KAD Kem Sunggala (1,130 undi), IJED Kem Kg Sawah (847 undi), IPDA Port Dickson (407 undi), Kompeni KPD Kem Si Rusa (265 undi), WKSP Bgd Kem Sg Sawah (165 undi), Sekolah Pertukangan Perintis (105 undi) dan ILMI Port Dickson (103 undi).

DUN Bagan Pinang terletak dalam Parlimen Telok Kemang. Dalam PRU ke 12, Parlimen Telok Kemang dimenangi oleh calon PKR iaitu Datuk Kamarul Baharin Abbas. Terdapat 5 DUN dalam parlimen ini iaitu Chuah (PKR), Lukut (DAP), Port Dickson (PKR) dan Linggi (B-end) serta Bagan Pinang (B-end) dimenangi oleh Azman Mohd Noor yang telah meninggal dunia semalam.

Pada masa ini B-end menguasai 21 daripada 36 kerusi DUN di Negeri Sembilan manakala Pakatan Rakyat pula terdiri daripada DAP (10), PKR (4) dan PAS (1).

Friday, September 4, 2009

STRATEGI UMNO B-end DI BAGAN PINANG

Takziah kepada ADUN Bagan Pinang, Azman Mohd. Noor ke atas pemergiannya menemui Yang Maha Esa jam 2.30 petang tadi. Azman, 55, meninggal dunia kerana sakit jantung di Hospital Pakar Seremban.

Dengan kematian Azman satu pilihan raya kecil (PRK) akan diadakan dalam tempoh 60 hari. Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Negeri Sembilan, Datuk Razak Mansor diberitakan akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selewat-lewatnya isnin ini mengenai kekosongan kerusi DUN Bagan Pinang.

Sebentar tadi Datuk Seri Najib Tun Razak, Pengerusi B-end telah memaklumkan tentang hasrat B-end untuk bertanding dalam PRK ini berikutan kematian wakil rakyatnya. Beliau juga berkata, "adalah menjadi dasar parti untuk bertanding di kawasan yang dikosongkan akibat kematian atau sesuatu sebab yang selaras dengan peruntukan perlembagaan. Apatah lagi kawasan ini adalah kerusi milik kita."

Apabila Najib mengumumkan penyertaan B-end dalam PRK ini maka tuah dan rezeki akan menjengguk rakyat di Bagan Pinang ini. Secara lumrahnya, ramai orang luar termasuk menteri-menteri yang akan datang menziarahi kawasan ini. Antara yang akan mendapat untung adalah peniaga-peniaga kerana pelanggan bertambah. Selain peniaga, pemilik rumah-rumah yang kosong bila ada penyewa dan harganya pula luar biasa dari biasa. Dua golongan ini akan dapat menfaat dari parti-parti yang bertanding.

Berdasarkan strategi lama UMNO B-end, rakyat Bagan Pinang ini secara keseluruhannya akan mendapat manafaat berganda dari mereka sepanjang kempen berjalan. Warga tua, Orang Kurang Upaya dan yang sakit bertahun-tahun akan dibantu tapi bukan dengan wang UMNO B-end. Mereka akan gunakan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk beri bantuan kewangan, Kor Perubatan dari Angkatan Tentera Malaysia akan diguna untuk memeriksa kesihatan rakyat dan Jabatan Pertanian serta Jabatan Haiwan juga akan digunakan bagi memberi subsidi kepada petani dan penternak. Semua jabatan ini dan lain-lain jabatan yang tidak disebutkan akan datang menghulurkan bantuan bagi menunjukan keperihatinan kerajaan B-end dengan menggunakan wang rakyat.

RTM, Utusan Malaysia dan lain-lain media arus perdana akan mewar-warkan tentang semua 'kebaikan' yang dilakukan oleh kerajaan B-end dan 'keburukan' Pakatan Rakyat. Media-media ini juga akan mengambarkan bahawa B-end akan menang dalam PRK ini walaupun jelas sokongan rakyat terhadap UMNO B-end telah berubah. Perkara ini telah terbukti dalam PRK yang lalu. Setelah 8 kali PRK diadakan selepas PRU 12, 'lagu' yang sama dimainkan dalam setiap PRK. Selak semula 'surat khabar lama' yang ada di rumah. Baca semula semua berita-berita UMNO B-end yang berkaitan dengan PRK yang telah diadakan. Semuanya isu yang sama. Penipuan yang sama.

Rakyat yang mengundi pula akan diberikan 'duit minyak' untuk pergi mengundi. Pengundi yang menetap di sebelah pusat mengundi juga layak menerima 'duit minyak' ini apatah lagi yang bermastautin di luar dari kawasan atau negeri.

Jika sudah tidak mempunyai keyakinan untuk menang, UMNO B-end akan gunakan pemuda dan budak sekolah bermotosikal untuk menganggu pengundi dan membuat provokasi. Ini mungkin strategi akhir mereka pada hari pengundian. Pada malamnya media boleh menyiarkan 'keganasan' yang dilakukan oleh penyokong Pakatan Rakyat (hasil dari provokasi mereka).

Selain dari strategi yang disebutkan itu, kita tunggu strategi-strategi dan janji-janji baru yang akan diumumkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO B-end dalam beberapa hari lagi.