Takziah kepada ADUN Bagan Pinang, Azman Mohd. Noor ke atas pemergiannya menemui Yang Maha Esa jam 2.30 petang tadi. Azman, 55, meninggal dunia kerana sakit jantung di Hospital Pakar Seremban.
Dengan kematian Azman satu pilihan raya kecil (PRK) akan diadakan dalam tempoh 60 hari. Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Negeri Sembilan, Datuk Razak Mansor diberitakan akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selewat-lewatnya isnin ini mengenai kekosongan kerusi DUN Bagan Pinang.
Sebentar tadi Datuk Seri Najib Tun Razak, Pengerusi B-end telah memaklumkan tentang hasrat B-end untuk bertanding dalam PRK ini berikutan kematian wakil rakyatnya. Beliau juga berkata, "adalah menjadi dasar parti untuk bertanding di kawasan yang dikosongkan akibat kematian atau sesuatu sebab yang selaras dengan peruntukan perlembagaan. Apatah lagi kawasan ini adalah kerusi milik kita."
Apabila Najib mengumumkan penyertaan B-end dalam PRK ini maka tuah dan rezeki akan menjengguk rakyat di Bagan Pinang ini. Secara lumrahnya, ramai orang luar termasuk menteri-menteri yang akan datang menziarahi kawasan ini. Antara yang akan mendapat untung adalah peniaga-peniaga kerana pelanggan bertambah. Selain peniaga, pemilik rumah-rumah yang kosong bila ada penyewa dan harganya pula luar biasa dari biasa. Dua golongan ini akan dapat menfaat dari parti-parti yang bertanding.
Berdasarkan strategi lama UMNO B-end, rakyat Bagan Pinang ini secara keseluruhannya akan mendapat manafaat berganda dari mereka sepanjang kempen berjalan. Warga tua, Orang Kurang Upaya dan yang sakit bertahun-tahun akan dibantu tapi bukan dengan wang UMNO B-end. Mereka akan gunakan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk beri bantuan kewangan, Kor Perubatan dari Angkatan Tentera Malaysia akan diguna untuk memeriksa kesihatan rakyat dan Jabatan Pertanian serta Jabatan Haiwan juga akan digunakan bagi memberi subsidi kepada petani dan penternak. Semua jabatan ini dan lain-lain jabatan yang tidak disebutkan akan datang menghulurkan bantuan bagi menunjukan keperihatinan kerajaan B-end dengan menggunakan wang rakyat.
RTM, Utusan Malaysia dan lain-lain media arus perdana akan mewar-warkan tentang semua 'kebaikan' yang dilakukan oleh kerajaan B-end dan 'keburukan' Pakatan Rakyat. Media-media ini juga akan mengambarkan bahawa B-end akan menang dalam PRK ini walaupun jelas sokongan rakyat terhadap UMNO B-end telah berubah. Perkara ini telah terbukti dalam PRK yang lalu. Setelah 8 kali PRK diadakan selepas PRU 12, 'lagu' yang sama dimainkan dalam setiap PRK. Selak semula 'surat khabar lama' yang ada di rumah. Baca semula semua berita-berita UMNO B-end yang berkaitan dengan PRK yang telah diadakan. Semuanya isu yang sama. Penipuan yang sama.
Rakyat yang mengundi pula akan diberikan 'duit minyak' untuk pergi mengundi. Pengundi yang menetap di sebelah pusat mengundi juga layak menerima 'duit minyak' ini apatah lagi yang bermastautin di luar dari kawasan atau negeri.
Jika sudah tidak mempunyai keyakinan untuk menang, UMNO B-end akan gunakan pemuda dan budak sekolah bermotosikal untuk menganggu pengundi dan membuat provokasi. Ini mungkin strategi akhir mereka pada hari pengundian. Pada malamnya media boleh menyiarkan 'keganasan' yang dilakukan oleh penyokong Pakatan Rakyat (hasil dari provokasi mereka).
Selain dari strategi yang disebutkan itu, kita tunggu strategi-strategi dan janji-janji baru yang akan diumumkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO B-end dalam beberapa hari lagi.

0 comments:
Post a Comment