THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, July 26, 2009

YASMIN AHMAD MENINGGAL DUNIA

Bernama melaporkan, Pengarah filem dan iklan terkenal Yasmin Ahmad meninggal dunia kira-kira 11.25 malam, hari Sabtu. Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di Hospital Pakar Damansara ketika dihubungi.

Yasmin, 51, rebah ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, ibu pejabat stesen televisyen TV3, pada Khamis dan dikejarkan ke hospital berkenaan. Beliau dilaporkan mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak.

BERITA DARI BERNAMA

Hari ni telah pasti dia pergi. Kita semua akan menyusul hanya tak pasti bila. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. ALFATIHA

0 comments: