THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, July 28, 2009

MAHFUZ DAN TGNA TENTANG NOH OMAR

Beberapa hari lepas saya telah "post" pandangan Dato' Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS berhubung kenyataan Dato' Noh Omar, Menteri Pertanian yang melarang kakitangan dan pegawai agensi-agensi di bawah kementerian itu untuk menghadiri program-program atau mesyuarat yang dianjurkan oleh kerajaan atau agensi negeri di bawah Pakatan Rakyat.

Dato' Mahfuz Omar menyifatkan keputusan tersebut adalah tidak demokratik dan tidak munasabah. Beliau juga menyifatkan kenyataan seperti itu datang dari seorang pemimpin yang tidak bersekolah.

Pada hari ini, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat pula berkata, "Ia langsung tidak mencerminkan semangat 1 Malaysia seperti diimpikan Perdana Menteri." Menurut TGNA lagi, arahan itu tidak masuk akal dan menyifatkan kenyataan menteri berkenaan menggali lubang untuk menimbus Umno.

0 comments: